JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, August 28, 2009

USTAZ ISMAIL KAMUS DI MEKAH

Salam 2 all.

Saya menerima terlalu banyak email, sms dan call bertanyakan berita kononnya Alfadhil Dato Ismail Kamus meninggal dunia.
Saya baru kejap tadi dapat pengesahan Ustadz sedang mengerjakan umrah di Makkah dan alhamdulillah masih sihat.
Saya percaya ada orang yang terkeliru dengan berita pemergian Almarhum Senator Professor Dato Ismail yang meninggal dunia dalam flite dari Beijing ke KL via Changi. Jenazah Almarhum masih di Singapura dan akan dibawa balik untuk pengkebumian.
Saya harap maklumat ini akan menghentikan mesej2 liar dan tidak bertanggungjawab mengenai Dato Ismail Kamus.
Apa hal pun, saya mengucapkan takziah dan innalillah hiwa inna ilaihioroji'un atas pemergian Almarhum Senator Professor Dato Ismail, orang buta pertama yang dilantik menjadi senator di Dewan negara. Moga ALLAH mengampunkan beliau dan memasukkan beliau dalam golongan soleh dan memberi kesabaran kepada keluarga yang menghadapi ujian besar ini insyallah. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Ramadhan 1430
28 Ogos 2009

Tuesday, August 25, 2009

JUTAWAN KEDAH DALANG LOMPAT PARTI ?

JUTAWAN yang disebutkan sebagai menjadi pemudahcara yang mendorong keluarnya Adun Lunas, Mohd Radzi Salleh daripada PKR seharusnya membuat penafian jika beliau tidak terlibat dengan kejadian melobi Adun Pas dan PKR meninggalkan parti masing-masing.

Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan (gambar) menghubungi sabahkini dari Permatang Pasir, Pulau Pinang untuk mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu yang mendakwa seorang Jutawan dari Sandakan sabah menjadi dalang sebenar yang mempengaruhi agar Adun Lunas meninggalkan PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas.

“Saya kenal siapa jutawan yang dimaksudkan Lahirul iaitu Effendi. Beliau memang kaya kerana memiliki perniagaan di Malaysia dan juga luar Negara. Beliau pernah menjadi orang kuat Anwar dan kini cari makan bersama Shafie Apdal. Hanya dia yang rapat dengan Shafie. Saya kutuk keras jika beliau yang dimaksudkan Lahirul atau terlibat dalam urusan memancing keluar Adun Lunas,” ujar Zainuddin yang mendesak agar pihak yang terlibat menghentikan kegiatan mereka.

Zainuddin juga mendesak agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak pilih kasih dengan menjalankan pemantauan terhadap pergerakan Effendi yang memiliki rangkaian Restoran Makanan Segera dan juga Pusat Ternakan Akuakultur yang didakwa terlibat dengan kegiatan memancing keluar Adun PKR dan Pas meninggalkan parti masing-masing.

“Dulu SPRM macam orang gila talak memantau kami sedangkan yang terhegeh-hegah mau jumpa Datuk Seri Anwar ialah pemimpin BN yang mahu melompat parti. Kini saya kenalpasti ada seorang Taukey Cina yang mendapat konsesi penyelanggaraan Jalan yang menjadi tulang belakang Effendi,” ujar Zainuddian yang enggan menamakan individu terbabit namun kesal dengan perkembangan terbaru di Kedah yang disifatkan sebagai tidak demokratik dan tidak bermoral.

Oleh: HAFIZ JAMAIL

TANGKAL ELAK H1N1 ?


Caption: ELAK H1NI...Beberapa kanak-kanak dari Lubok Antu memakai tangkal Engkerabun di pergelangan tangan masing-masing kerana percaya mereka dapat mengelak jangkitan wabak H1N1.

LUBOK ANTU Penularan wabak Influenza A atau H1N1 ternyata membawa kesan yang cukup besar terhadap kehidupan seharian penduduk di negeri ini khususnya dari kawasan Lubok Antu.

Ini terbukti apabila ribuan penduduk dari kawasan daerah terbabit mula memakai sejenis tangkal yang dikenali sebagai ‘Engkerabun’ bagi mengelak jangkitan wabak berkenaan dalam diri masing-masing.

Tangkal terbabit yang diamalkan oleh penduduk di situ dalam tempoh seminggu kebelakangan ini dipercayai bermula apabila seorang individu mendakwa bahawa beliau bermimpi tentang kaedah untuk mengelak jangkitan wabak berkenaan sebelumnya.

“Apabila tersebarnya mimpi tersebut, penduduk di kawasan Lubok Antu mula membuat tangkal Engkerabun milik masing-masing berasaskan seutas benang berwarna merah yang dililit bersama sejenis tumbuhan bergelar ‘Lemba Kumang’.

“Tumbuhan Lemba Kumang dan benang merah terbabit kemudian dibentuk menjadi sebuah gelang yang kemudiannya dipakai pada bahagian pergelangan tangan individu terbabit,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Santang ketika dihubungi hari ini.

Santang juga memberitahu bahawa penduduk di kawasan Lubok Antu masih sibuk membuat tangkal Engkerabun untuk dipakai oleh keluarga masing-masing hingga sekarang.

Berasaskan mimpi itu, penduduk Lubok Antu yakin bahawa tangkal Engkerabun mampu mengelakkan jangkitan wabak H1N1 ini terhadap mana-mana individu yang memakai tangkal tersebut pada pergelangan tangan masing-masing.

Wabak H1N1 yang dipercayai berasal dari negara Mexico kini telah mengorbankan lebih 70 penduduk di Malaysia.

sriamannews

MISI BN TAWAN KEDAH - MP SEMPORNA MAHU SEMPURNAKAN KEDAH ?

MISI Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal untuk menawan Kerajaan Negeri Kedah mungkin akan berjaya jika Pakatan Rakyat leka setelah Adun Lunas (PKR), yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat & Tenaga Manusia), Mohd Radzi Salleh (gambar kanan berketayap) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi Adun Bebas.

Bagaimanapun, Shafie harus bertanggung jawab di atas cubaan dan tindakan beliau memancing keluar Adun PKR tersebut dengan habuan yang lumayan dan seharusnya berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO peringkat akar umbi di Kedah.

Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu (berbaju merah hati), menjelaskan bahawa beliau tahu siapa yang memainkan peranan memancing Adun PKR dan sedang berusaha memancing sekirang-kurang tiga lagi Adun agar meninggalkan parti tersebut dengan ganjaran yang lumayan, sama dengan modus operandi yang dijalankan di Perak dan Sabah sebelum ini.

"Kita telah lama mengekori seorang jutawan dari Sandakan, Sabah yang amat rapat dengan Shafie dan kita mempunyai bukti pertemuan mereka sebelum ini. Kita akan serahkan bukti kepada pihak berwajib apabila tiba masa yang sesuai," ujar Lahirul yang kesal dengan cara Shafie cuba mendapatkan kuasa melalui pintu belakang.

Lahirul menegaskan pihaknya mengutuk tindakan membeli 'Adun' oleh mana-mana pihak kerana memegang prinsip demokrasi disebabkan Adun atau Ahli Parlimen yang dipilih berdasarkan parti yang diwakili dan bukannya peribadi tokoh berkenaan.

"Sewajarnya Mohd Radzi meletakkan jawatan setelah keluar daripada PKR dan tidak menggunakan tiket parti untuk kepentingan diri. Dia mahu keluar Pakatan, dia boleh keluar tetapi jangan bawa kerusi yang dimenangi atas tiket PKR," tegas Lahirul yang mengecam tindakan Mohd Radzi yang mengekalkan potfolio Exconya sekalipun kini menjadi Adun bebas.

Bagaimanapun Lahirul enggan mengulas sama ada Adun tunggal DAP, Lim Guan Aik yang telah mengumumkan menjadi ahli bebas pada 4 Julai lalu adalah atas pengaruh Shafie atau tokoh lain kerana mereka masih menjalankan pemantauan.

Percubaan koresponden Sabahkini di Kedah untuk menghubungi Mohd Radzi di pejabatnya di No. 76 Tingkat 1, Taman Sri Limau, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman gagal kerana dimaklumkan beliau berada di Kuala Lumpur.

PAS PENERAJU PAKATAN

"Dahsyat! Itulah perkataan yang dapat menggambarkan situasi semasa politik di Malaysia. Kacau bilau, kucar kacir dan sedang menggelegak dengan berbagai-bagai isu baru setiap hari tambahan pula dengan adanya PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung esok. Barang harus diingat oleh semua jentera Pakatan Rakyat (PR), UMNO sememangnya pakar dalam merancang dan mencetuskan isu, dengan bantuan media-media utama, mereka mampu memanipulasi dan memprovokasi sesuatu isu bagi memberikan gambaran yang sangat buruk kepada PR.

Walaupun boleh dikatakan hampir seratus peratus pimpinan PR yang tidak menonton dan membaca suapan berita daripada media-media utama seperti RTM, TV3, Berita Hairan dan Utusan Malaysia, namun berapa ramai dikalangan para penyokong PR yang tidak mengikutinya? Kita yakin kesemua isu yang dibangkit tidak akan sedikitpun menjejaskan hubungan antara para pimpinan PR namun apa yang dibimbangkan adalah persepsi akar umbi terhadap keutuhan PR kerana merekalah yang memberi undi kepada PR.

Sejarah telah menyimpan segala taktik keji yang digunakan oleh UMNO bagi mengekalkan kuasa di persada pemerintahan negeri dan negara. Hari ini kita dapat melihat segala taktik ini dipraktikkan semula memandangkan keadaan mereka yang ibarat 'retak menanti belah' dan 'telur dihujung tanduk'. Namun apa yang boleh diperkatakan adalah misi PR untuk menggantikan BN bukan suatu yang mudah atau boleh dikatakan 'mission impossible' kecuali dengan kehendak Allah.

UMNO telah menerajui negara sejak daripada merdeka sehinggalah ke hari ini. Mereka mempunyai pengaruh yang amat besar didalam hampir kesemua badan dan institusi utama negara seperti kehakiman, polis, SPR, SPRM dan sebagainya. Ini bukanlah suatu tohmahan atau sekadar persepsi, tetapi hakikat yang dapat dilihat dengan mata kasar sesiapa sahaja, sudah terang lagi bersuluh.

Lihat sahaja bagaimana perbezaan badan-badan ini bertindak dalam sesuatu kes yang melibatkan pemimpin PR dan BN. Suatu diskriminasi yang sangat jelas dan nyata, tak perlulah disebut secara panjang lebar disini kerana terlalu banyak.

Semua pihak sudah jelas bagaimana mereka menjatuhkan Kerajaan PR di Perak. Mereka menggunakan SPRM untuk mewujudkan kes dan mengugut ADUN untuk berpaling tadah. Modus operandi ini cuba digunakan lagi di Selangor dan Kedah, sasaran mereka adalah negeri yang memiliki jumlah ADUN PKR dan DAP yang agak ramai. UMNO memiliki seni ugut yang amat hebat dan mampu membuatkan sesiapa sahaja untuk 'turning over' 360 darjah.

Perhatikan bagaimana seorang ADUN BN Perak yang berhijrah ke PKR boleh di 'turning over' untuk kembali kepada BN dalam masa beberapa hari sahaja dan ini menjadi satu amaran yang menakutkan mana-mana ADUN BN yang mempunyai hasrat untuk keluar dari BN.

Kenapa sasaran mereka hanya ADUN PKR dan DAP sahaja? kerana mereka mengetahui kekuatan akhlak dan jatidiri ADUN-ADUN PAS yang terikat dengan bai'ah sebelum diangkat sebagai pemimpin rakyat, ini terbukti apabila PAS berjaya mengharungi pemerintahan di Kelantan pada penggal yang lalu walaupun dengan hanya berkelebihan 2 undi.

PAS bergerak sebagai sebuah gerakan Islam yang bertunjangkan dasar Al-Quran dan Sunnah, menjadi satu-satunya parti Islam didalam kancah politik negara. Dengan pemimpin yang bersilih ganti, perkembangan PAS terus menjadi igauan UMNO yang mendakwa menjadi tonggak kekuatan Melayu walaupun pada hakikatnya hanya menjahanamkan Melayu.

Kalau dahulu, walaupun UMNO kehilangan undi daripada pengundi Melayu, mereka langsung tidak gusar kerana sokongan pengundi bukan Melayu kepada MCA dan MIC begitu utuh. Pada saat itulah, mereka tidak merasa bersalah untuk menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat(SAR) dan diberikan kepada sekolah cina. Mereka tidak pernah menimbulkan isu 'ketuanan melayu' kerana bimbang kehilangan undi bukan Melayu.

Namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya, kedua 'kaki' mereka iaitu MCA dan MIC hampir lumpuh sepenuhnya malah semakin hari semakin membimbangkan UMNO. Isu 'ketuanan Melayu' dicetuskan untuk menarik semula undi dari pengundi-pengundi Melayu. Mereka tidak lagi mengharapkan undi bukan Melayu kerana hari ini hampir mustahil untuk mereka melakukannya, hanya orang Melayu sahajalah harapan UMNO untuk terus berkuasa. Dalam situasi seperti hari ini, tidak ada kelebihan bagi mana-mana komponen Pakatan Rakyat kecuali PAS, hanya PAS mempunyai kelebihan itu.

Berdasarkan kepada Pilihanraya Umum yang lalu, undi daripada kalangan pengundi Melayu tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara tetapi lonjakan undi dari pengundi bukan Melayu begitu luar biasa.

Memang PKR berjaya meraih kerusi terbanyak di Parlimen, namun umum mengetahui PKR didokong oleh kebanyakan bekas ahli-ahli BN dan umum juga mengetahui 'mereka-mereka' boleh di 'turning over' dengan sedikit habuan kebendaan, oleh itu PKR hakikatnya masih belum mempunyai kekuatan penyokong-penyokong 'totok' sepertimana UMNO dan PAS. Bagi DAP pula, mereka masih dilihat sebagai parti perjuangan komuniti Cina, tanpa sokongan PKR dan PAS adalah amat sukar untuk mereka mendapatkan undi orang Melayu.

Disinilah dikatakan bahawa PAS mempunyai kelebihan dari setiap penjuru. Kaum bukan Melayu melihat pemimpin PAS sebagai pemimpin yang bermaruah, berakhlak, bermoral dan bersih. Hasil daripada itulah maka wujudnya kelab-kelab penyokong PAS dari kalangan orang Cina dan India diseluruh Malaysia, suatu yang tidak dijangka hasil daripada pancaran akhlak kepimpinan Islam.

Dari semua sudut PAS dilihat paling layak untuk menerajui PR namun oleh kerana dalam ruang lingkup demokrasi yang berpandukan kepada majoriti kerusi yang dimenangi maka PAS masih belum mampu mencorakkan PR.

Oleh itu adalah penting satu jawantankuasa displin Pakatan Rakyat ditubuhkan agar sedikit sebanyak pengalaman PAS membentuk pimpinan dapat dimanafaatkan oleh PKR dan DAP. Walaupun setiap parti mempunyai jawantankuasa disiplin masing-masing, namun adalah penting untuk berkongsi dengan PAS yang telah terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh pimpinan yang bermaruah dan dihormati.

PAS perlu sentiasa dihadapan dalam menangani pelbagai isu yang timbul pada masa hadapan. Apa yang dapat dilihat hari ini hanya Mursyidul Am yang berhempas pulas menyelamatkan Pakatan Rakyat menyebabkan beliau menjadi sasaran serangan UMNO dan media.

Tok Guru Nik Aziz adalah sosok yang sangat istiqomah dalam perjuangan dan persahabatan. Beliau tidak akan berdiam diri untuk melihat PR digoncang oleh UMNO, baginya selagi mana laluan dakwah Islam tidak ditutup oleh mana-mana pihak maka selagi itulah ia tidak seharusnya dikhianati.

Oleh: TINTA ISLAM

NAJIS NAJIS KFC


MAJLIS Daerah Tenom berkemungkinan akan mengarahkan operasi restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) ditutup sementara jika pengurusan KFC itu masih berdegil tidak memberi kerjasama dengan pihak Majlis dari segi pengawalan pembuangan sisa-sisa minyak ke dalam pembentungan yang menjadi punca pembentungan itu tersumbat.

“ Saya akan bincangkan masalah ini dalam satu mesyuarat khas jawatankuasa kebersihan Bandar isnin ini…dan selepas itu kita akan keluarkan surat kepada KFC,” kata Wilfred Gantiu, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah ketika beliau melawat kerja-kerja membaikpulih enam pembentung yang tersumbat di lorong pasar ,berhampiran KFC pada malam Ahad.

Masalah pembentungan tersumbat yang heboh diperkatakan di dalam akhbar tempatan baru-baru ini, masih belum dapat dibaikpulih sepenuhnya yang melibatkan 6 pembentung, di mana kesemuanya telah tersumbat akibat dipenuhi sisa pepejal berminyak yang dipercayai telah dibuang ke pembentung itu oleh restoran KFC.

Menurut Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) Grey Lind yang turut berada pada ketika itu untuk menyelia kerja-kerja membaikpulih mendakwa bahawa sisa minyak yang telah dibuangkan ke dalam pembentung itu telah membeku lalu membentuk ‘plak’ membuatkan kelancaran laluan kumbahan telah tersekat.

“ Kita pasti sisa minyak itu datang dari restoran KFC, kerana berdasarkan pemeriksaan kami telah dapat mengesan tahi tahi minyak terkumpul di dalam pembentung persendirian KFC sebelum mengalir ke pembentung besar,” jelas Grey Lind.

“ Kami mahu KFC sedar masalah ini malah KFC harus bertanggung jawab kesemuanya…kerana masalah pembentung tersumbat berulangkali berlaku hampir 10 kali dalam tahun ini sahaja dan ditempat yang sama,” tambahnya lagi.

Grey menambah, malahan ada segelintir peniaga di sini memandang serong terhadap perkhidmatan yang JKR telah lakukan berkaitan masalah tersebut yang beranggapan bahawa kerja kerja yang telah dijalankan tidak berkualiti.

Sementara itu, seorang peniaga kedai kopi di kawasan terbabit, Christopher Lee meminta pihak Majlis mengambil tindakan serius kepada peniaga yang gagal mematuhi peraturan penjagaan kebersihan sehingga menyebabkan berlakunya masalah seperti itu.

Beliau berkata, disebabkan masalah tersebut semua peniaga yang berada di persekitaran kawasan pembentung yang bermasalah telah terganggu.

DENGAR....Pegawai Eksekutif MDT Wilfred (kiri) mendengar taklimat daripada peniaga kedai kopi Christopher Lee

Oleh: MAIL MATHEW

masdarwahid : KFC ialah salah sebuah daerah di Sabah di mana kawasan ini diwaliki oleh Ahli Parlimen BN melalui Presiden PBS iaitu salah satu sekutu BN Sabah yang kini bergelut dengan UMno dalam perebutan kerusi.

Monday, August 24, 2009

PAKSI PAS TAWAN SABAH

SATU kejayaan yang sangat luar biasa apabila PAS telah berjaya mendapat perhatian bukan sahaja dari pengundi tradisinya; Melayu, bahkan pengundi Cina, India dan kaum Bumi di Sabah dan Sarawak. Kejayaan yang dipilih dan dirancang, bukan kebetulan atau tidak sengaja. Ia lahir dari fikrah yang jelas, perancangan yang jelas dan tawakkal yang sangat jelas.

Sangat berbangga dengan kepimpinan yang telah membuka medan-medan yang baru dan luas untuk dakwah dan jihad di bumi Malaysia ini. Ia adalah satu pengalaman yang baru, malah menjadi kebanggaan pendakwah-pendakwah di luar negara. Selepas kejayaan PRU 2008, ada dikalangan ‘ahli-ahli’ terpinga-pinga dengan kejayaan ini. Malah merasa binggung dan menganggap ia satu musibah pula.

Bagi penulis kejayaan telah bermula apabila PAS berjaya menyesuaikan diri dengan pengundi-pengindi bukan Islam dan mengekalkan pengundi Islamnya. Kejayaan telah bermula apabila medan-medan amal untuk ahli semakin terbuka. Lebih jelas apabila mereka diberi peluang oleh Allah untuk duduk bersama dengan Cina dan India dalam banyak aktiviti mereka. Satu tindakan yang sangat berani bagi sebuah Jemaah Islam di Malaysia. Jangan diharap kepada Jemaah lain kerana PASlah satu-satunya yang berani dan telah memulakannya.

Namun kelihatan apabila diberi kejayaan kedua, dengan memenangi banyak kerusi yang sebahagiannya dari tangan pengundi Islam dan sebahagian yang lain dari kerjasama tangan-tangan pengundi bukan Islam, ‘ahli PAS’ kebingungan. Terasa betapa susahnya dan kekok sebahagian ‘ahli PAS’ bekerjasama dengan bukan Islam dan bukan rakan sefikrah. Sedangkan bekerja dengan sang rakan sefikrah pun kadang-kadang dianggap musuh dan munafiq; inikan pula dengan dua kumpulan sang kafir dan sang bukan sefikrah yang disebut sebelum ini. Bagi penulis inilah saat paling manis apabila kita ahli-ahli PAS yang menjadi ‘gurkha’ bekerja siang dan malam untuk parti.

Mengorbankan segalanya, demi Jemaah tercinta ini. Bagi penulis yang cuba berkorban di medan kecil di Rengit yang tidak dikenali orang sejak 1999 dapat merasakan kemanisan bekerja dengan pengundi-pengundi UMNO yang pekat dan karat. Pengorbanan ini tercabar apabila melihat sebahagian ‘ahli PAS’ yang berjaya tidak pandai menghargai kejayaan itu.

Kita berjuang kerana Allah dan bermatian untuk memenangkan Jemaah di medan pekat Johor; tidak terfikir meninggalkan bumi Johor, kerana memang niat nak mulakan sesuatu di Johor. Dan ia bermula berputik, tetapi bimbang pengalaman di kawasan yang dimenangkan Allah, kelihatan sebahagian ‘ahli PAS’ tidak menunjukkan kematangan ‘memimpin’.

Ya! Menjadi Ahli PAS dan meleburkan diri dalam PAS adalah perjuangan dunia dan akhirat. Kita bersedia berdakwah, mendidik, mentarbiyyah dan MEMIMPIN mereka. Kebijaksanaan ahli PAS menyesuaikan diri dengan tuntutan Cina dan India di Semenanjung adalah sesuatu tuntutan amal Jama’ie hari ini.

Tuntutan Cina dan India adalah bom jangka panjang yang ditinggalkan oleh penjajah. Adakah ‘ahli PAS’ tidak mengkajinya sebelum sama-sama membuat keputusan untuk terlibat dengan pilihanraya ala demokrasi Malaysia. Mengganggap kerjasama dengan Cina dan India sesuatu yang silap dan merugikan, satu perkiraan yang sangat menghampakan.

Kerjasama ini berdasarkan ilmu ‘Qawaid Dakwah’ dan ‘Siasah Syariyyah’ yang kita pelajari dan amalkan. Dicampur dengan ilmu sepak terajang ‘win-win situation’ adakah Jemaah ini mengaku kalah sehingga ada dikalangan sebahagian ‘ahli PAS’ yang merasakan PAS telah rugi dan dinodai.

Berbangga dengan PAS yang semakin matang dan terkehadapan menyebabkan banyak lagi pengorbanan yang akan disumbangkan oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PAS ‘menumpang sementara’ populariti DSAI sesuatu yang sangat ajaib. Semua tahu ke mana sangat fikrah dan ilmu DSAI. Dia insan biasa dari segi kelulusan ilmu agama.

Tetapi memahami beliau ada satu kekuatan anugerah Allah semulajadi, boleh menarik perhatian manusia dan pengundi, boleh menggerakkan jentera dan negeri, boleh menyebabkan India dan Cina menghampiri, pemimpin PAS dengan penuh bijaksana menumpang anugerah Allah itu. Menumpang tanpa menggadai prinsip Jemaah yang jelas.

Kerjasama itu tidak akan menarik ahli-ahli PAS yang ditarbiyyah meninggalkan Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan Jemaah ini. Kerjasama dibatasi dengan fikrah dan aqidah yang jelas. Pemimpin PAS tidak merasa cemas apabila melihat orang awam berbangga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Pemimpin PAS tidak pernah merasa pengaruh PAS hilang bila bekerjasama dengan DSAI. Malah PAS berjaya menarik dari kalangan awam itu ke Jemaah kita. DSAI pula tidak pernah menghalang kita secra terbuka, untuk menarik orang awam kepada kita. Itulah bijaknya pemimpin kita.

Tidak seperti sebahagian ‘ahli PAS’ yang sukar menyesuaikan diri dalam suasana baru. Tarbiyyah sentiasa berkembang dengan mengekalkan ‘Tsawabit’ dan menyesuaikan diri Jemaah dengan ‘Mutaghaiyirat’. Mengekalkan Asas-asas yang ada dan menyesuaikan diri dengan perkembangan dan perubahan yang dibenarkan syarak. Percayalah, kegemilangan Jemaah Islam akan kembali di bumi Malaysia. Tahniah kepada pemimpin PAS.

Oleh: USTAZ HASANUDDIN

( UstazHasanuddin@hotmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

RAMADAN DAN ELEKTRIK DI SABAH

PAS Kawasan Tawau sangat prihatin dan simpati dengan nasib rakyat seluruh Tawau yang terpaksa meneruskan penghidupan harian mereka dalam keadaan terus-menerus setiap hari menerima gangguan bekalan elektrik.

Kami juga melahirkan rasa bimbang dengan gangguan bekalan elektrik ini akan menggagalkan malahan mencacatkan ibadah puasa dan ibadah lain yang sangat diharap, di sanjungi dan di tunggu-tunggu oleh umat Islam terutama yang hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan sahaja.

Sehubungan itu, kami menuntut supaya kerajaan mengkaji dan seterusnya membayar ganti rugi terhadap kerosakan akibat dari bekalan elektrik yang tidak menentu ini dan kerajaan perlu memberi pampasan kepada seluruh rakyat Tawau ekoran ketidak selesaan dan gangguan mental serta tekanan yang dihadapi berikutan dengan gangguan bekalan elekterik ini.

Kami juga menuntut supaya kerajaan merombak pengurusan SESB dan mengkaji semula semua kontrak SESB dengan pembekal-pembekal tenaga bebas. Dalam hal ini kami mencadangkan supaya kerajaan melantik satu perunding pengurusan bagi mengkaji dan membuat cadangan supaya satu sistem urus tadbir yang sistematik dan telus dapat dibuat untuk SESB.

Salam Hormat,

MOHAMAD HUSSAIN

Yang Dipertua PAS Tawau

23 Ogos 2009 bersamaan 02 Ramadan1430 H

PAS KIAN SUBUR DI SABAH

PARTI PAS sudah mulai popular namanya di mulut rakyat Sabah terutama sekali Bumiputera Islam. Nama Parti PAS disebut-sebut di merata tempat kampung Bumiputera Islam. Di kedai-kedai kopi Bumiputera Islam bercerita semasa sendiri, kerana kata mereka, di masa lalu Bumiputera Islam Sabah tidak serasi dengan perjuangan PAS kerana pada ketika itu ada sebuah pertubuhan politik yang mewakili Bumiputera Islam iaitu USNO di bawah pimpinan Tun Datuk Mustapha Bin Datuk Harun.

Namun memandangkan USNO sudah tidak wujud lagi dalam arus politik perdana, maka PAS mula menusuk kalbu rakyat Sabah yang mula menerima PAS sebagai penerus kesinambungan perjuangan UMNO. Pada mulanya PAS sangat digeruni oleh bukan Islam kerana PAS ditohmah akan mengganggu-gugatkan agama lain di Sabah.

Sebenar PAS cuma bergiat dalam kebajikan dan politik serta menjaga hokum-hakam Islam kepada orang Islam sahaja dengan tidak mengganggu-gugat agama lain di Sabah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak agama agama lain juga terpelihara dalam Negara Malaysia.

PAS bukan berperanan seperti Majlis Ugama Islam Sabah atau Pertubuhan USIA. Majlis Ugama Islam Sabah di bawah kerajaan UMNO/BN Sabah dan USIA anggota-anggotanya majoriti daripada Parti UMNO Sabah. Peranan PAS menjaga hukum hakam Islam dan memperjuangkan Islam dalam politik agar ia sejajar dengan kehendak Allah swt.

Pendekatan PAS kepada seluruh rakyat Bumiputera Islam Sabah hendaklah dimulakan dari sekarang melawat ke kampung-kampung untuk membuka Cawangan dan Bahagian PAS Negeri Sabah. Yang penting sekali, mereka harus menerangkan dengan terperinci halatuju PAS di setiap pelusuk kampung Bumiputera Islam di Sabah.

Sebagai langkah pertama, PAS Sabah sewajarnya melantik 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir (Think Thank) di Sabah terdiri dari para cendikiawan untuk merangka strategi mendekati Bumiputera Islam Sabah. Ahli-Ahli Fikir mesti menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang rapi dan teratur untuk mendekati individu secara peribadi sehingga dapat PAS menubuhkan cawangan di tempat-tempat yang menjadi sasaran operasi.

Cawangan PAS yang diwujudkan juga sewajarnya mempunyai 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir untuk merangka penubuhan Bahagian PAS di kawasan tersebut dan menjalankan gerak kerja penganjuran acara kemasyarakatan dan keagamaan melalui perbincangan dari hati ke hati dengan penduduk kampung.

PAS Sabah juga mesti aktif menganjurkan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Sabah agar Pakatan Rakyat Sabah dapat menganjurkan satu perhimpunan raksaksa yang akan dihadiri oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari Semenanjung.

SEKRITARIAT..... Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat akan merintis kerusi di Sabah pada pilihanraya akan datang. Dari kiri Teddy Yang, Razak Jamil dan Lahirul Latigu bersama logo parti masing-masing.

Kesungguhan gerakan Pemuda Pas Sabah harus dipuji apabila telah berjaya menubuhkan Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah yang akan menjalankan aktiviti secara bersama dan menjalinkan kerjasama bestari dengan jentera Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi.

Kesungguhan tenaga muda yang dipacu Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu menunjukkan PAS mula diterima generasi muda yang berpendidikan agama dan professional bumiputera sehingga pandangan serong rakyat Sabah terhadap PAS mula lekang dan kejayaan terserlah melalui semua aktiviti yang dianjurkan di kawasan pedalaman mendapat sambutan masyarakat setempat daripada pelbagai jurai keturunan dan agama.

Oleh: HALIK ZAMAN

Friday, August 21, 2009

SALLEH TERAJUI MAIPP 25 OGOS INI ?

Pakatan Rakyat akan mencadangkan supaya Mohd Salleh Man dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menggantikan penyandang sekarang sekiranya calon PAS itu menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan itu masih dipegang oleh setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahabudin Yahaya dan tempoh perkhidmatannya akan tamat dua bulan lagi.

"Saya meminta pandangan (Ketua Menteri) YB Lim Guan Eng, untuk menyampaikan hasrat kita, termasuk PKR dan PAS itu. Kita doakan Ustaz Mohd Salleh Man menang.

"Dan sekiranya ini berlaku, kita akan kemukakan nama beliau untuk dipertimbangkan melalui ketua menteri, seterusnya kepada Tuan Yang Terutama ()(Yang Dipertua Negeri) dan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri," katanya.

Anwar memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Surau Said Jalan Kampung Paya, Bukit Mertajam.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata selepas kerajaan Pakatan pimpinan Lim menerajui negeri tersebut, jawatan tersebut, masih dipegang oleh Shahabudin.

"Selalunya mengikut kes biasa, perubahan itu berlaku awal, tetapi kita terimalah keadaan sekarang. Kita tunggu sampai tempohnya habis dalam dua bulan lagi, sebelum peralihan kuasa ini berlaku," katanya.

Mohd Salleh Man yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, merupakan seorang guru agama yang berkelulusan Syariah dari Universiti Malaya.

Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Selasa ini, Mohd Salleh berdepan calon BN, Rohaizat Othman yang merupakan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh.

Menurut Anwar, Mohd Salleh dilihat mampu memantapkan institusi masjid, kegiatan agama Islam di masjid dan pengajian agama Islam di Pulau Pinang, memandangkan kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan peruntukan kewangan yang lebih untuk tujuan tersebut, berbanding kerajaan BN sebelum ini.

Dalam sidang media itu juga, Anwar berkata kerajaan Pulau Pinang tidak mengumumkan cuti pada hari pengundian Selasa ini, tetapi akan mengambil langkah untuk memastikan pengundi pulang mengundi.

"Saya merayu agar pegawai kerajaan diberi waktu untuk mengundi dan pejabat ketua menteri, akan menguruskan supaya pengundi daripada kilang-kilang, berkerja mengikut syif dan diberi masa yang cukup untuk datang ke Permatang Pasir untuk mengundi," katanya.

Wednesday, August 19, 2009

WARTAWAN & PILIHANRAYA

SEJAK Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu, tujuh pilihan raya kecil sudah diadakan termasuk yang terbaru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos depan.

Tujuh pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Parlimen dan lima DUN dalam tempoh setahun lima bulan selepas Pilihan Raya Umum adalah sesuatu jarang berlaku di negara kita.

Ia bermula dengan Parlimen Permatang Pauh tahun lalu, Bukit Gantang (Parlimen) dan Bukit Selambau (DUN) diadakan serentak, Batang Ai (DUN), Penanti (DUN) Manek Urai (DUN) dan Permatang Pasir (DUN).

Apa yang menarik, dalam tempoh itu, tiga daripada pilihan raya terbabit berlangsung di tempat kebetulan semua bermula dengan huruf ‘P’ di Pulau Pinang iaitu Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Pasir.

Yang pasti, setiap kali pilihan raya kecil selain calon, jentera parti dan anggota keselamatan, petugas media yang merangkumi wartawan dan jurugambar adalah golongan yang paling sibuk.

Dalam soal ini, petugas media yang berpangkalan di Pulau Pinang dilihat lebih ‘istimewa’ kerana dalam tempoh itu mereka sudah terbabit dengan tugasan empat pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu.

Malah, sebahagian besar mereka turut terbabit dalam pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Sungai Petani Kedah, April lalu.

Sebagai petugas media, membuat liputan sewaktu pilihan raya adalah suasana berbeza berbanding liputan biasa. Yang pasti, waktu bekerja akan meningkat berkali ganda di mana mereka perlu bertugas pagi, petang, siang dan malam setiap hari tanpa hari cuti bermula pada hari penamaan calon, tempoh berkempen sehinggalah hari membuang undi yang biasanya mengambil masa antara lapan hingga 10 hari.

Bagi mereka, cabaran membuat liputan pilihan raya seperti mengejar dateline yang singkat, bekerja hingga lewat malam (ada juga sehingga waktu dinihari), berpanas, berhujan, dicaci pihak tertentu malah ada yang pernah dipukul, sudah menjadi lumrah.

Bagi sesetengah orang, bekerja tidak tentu masa dalam keadaan begitu adalah sesuatu yang tidak masuk akal, tetapi itulah yang perlu dihadapi petugas media terutama di Pulau Pinang yang sudah bekerja dalam empat pilihan raya dalam tempoh lebih setahun. Memang istimewa!

Walaupun penat, komitmen terhadap tugas tetap diutamakan dalam memberi laporan terbaik kepada orang ramai baik menerusi akhbar, televisyen, radio dan Internet.

HARIAN METRO

PRU SARAWAK : MENTERI DIPAKSA LAWAT SARAWAK ?

Menteri-menteri persekutuan harus lebih kerap ‘turun padang’ untuk melihat sendiri masalah yang dialami rakyat, khasnya di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Sri Utama Pandikar Amin Mulia berkata, rakyat pedalaman kedua-dua negeri tersebut memerlukan lebih perhatian untuk memastikan mereka dapat berkongsi nikmati kemajuan yang dikecapi negara.

“Seperti di Sabah, kawasan luar bandar di Sarawak harus diberikan fokus lebih (oleh menteri persekutuan) dengan mengamalkan sikap ‘turun padang’ bagi melihat sendiri masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di pedalaman,” ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

Pandikar berkata, setiap permasalahan rakyat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen (AP) dari Sarawak di Parlimen sememangnya demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Sambil menyifatkan AP dari Sarawak sangat prihatin terhadap masalah-masalah rakyat, Pandikar berkata mereka semuanya sentiasa bersuara ketika Parlimen bersidang.

“Saya akui bahawa AP dari Sarawak sungguh prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat khasnya di pedalaman. Ini menunjukkan mereka amat mengambil berat terhadap isu-isu rakyat,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian, AP dari Sarawak turut bersopan santun ketika bertutur serta mengutarakan sebarang masalah di Dewan Rakyat.

“AP termasuk menteri dan timbalan menteri dari Sarawak menunjukkan sikap yang amat baik setiap kali bersidang di Dewan Rakyat, dan mereka tidak pernah menimbulkan sebarang masalah,” tambah-nya.

Pandikar yang mengadakan lawatan tidak rasmi ke Sarawak sejak beberapa hari yang lalu turut melawat beberapa tempat di pedalaman Sarawak untuk menyaksikan sendiri masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk.

“Apa yang diutarakan oleh AP dari Sarawak ketika sidang Parlimen mengenai masalah penduduk luar bandar adalah benar kerana saya sendiri ‘turun padang’ ke kawasan berkenaan dan melihat sendiri,” tambahnya sambil menekankan bahawa AP dari Sarawak sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada apa jua masalah rakyat negeri ini.

borneopost

REBUTAN DUN KIDURONG


KUCHING: Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kidurong cuma boleh dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN).

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata ‘perbincangan’ menerusi media adalah pendekatan kurang sesuai untuk menyelesaikan isu politik.

“Lazimnya perkara seperti ini dibincangkan di kalangan pucuk pimpinan tertinggi BN.

“Malah saya berpendapat perkara ini masih terlalu awal untuk diperkatakan,” katanya kepada pemberita selepas Seminar dan Dialog Perdagangan dan Pelaburan Sarawak dalam Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan di sini, semalam.

Beliau berkata, beliau lebih gemar menyerahkan keputusan yang membabitkan parti-parti komponen BN kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri enggan mengulas lanjut.

Isu DUN Kidurong muncul apabila Presiden Parti Demo-kratik Progresif Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing muncul dengan kenyataan itu.

Mawan dan Masing kelmarin berkongsi pendapat apabila diminta mengulas mengenai syor Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin baru-baru ini.

Khaled mencadangkan agar BN mengkaji semula agihan kerusi di kalangan parti-parti komponen dengan berteraskan kehendak penduduk di sesebuah kawasan Parlimen atau DUN.

Ini menurut beliau merupakan persiapan awal BN untuk menang pilihan raya umum akan datang.

Kerusi itu kini diwakili Chiew Chiu Sing daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk tempoh dua penggal - pilihan raya negeri 2001 dan 2006 setelah mene-waskan calon daripada SUPP.

Sementara itu di BINTULU, SUPP Cawangan Bintulu tidak bersetuju dengan syor meletakkan calon BN daripada parti komponen lain untuk bertanding di kerusi itu pada pilihan raya negeri ini akan datang.

Pengerusinya Henry Ling Kuong Meng semasa dihubungi Utusan Borneo berkata, menang atau kalah bukan berkaitan parti komponen sebaliknya banyak faktor yang mempengaruhinya dan syor yang dikemukakan itu kurang sesuai.

“Banyak kerusi BN mengalami masalah yang sama. Pada akhirnya rakyat yang akan menentukan dan kita tidak mahu keadaan itu membawa implikasi lebih besar kepada BN kelak,” katanya.

Henry berkata sewajarnya parti komponan BN saling bekerjasama dan bukan isu kalah atau menang yang dibangkitkan.

Katanya, banyak isu berkaitan polisi kerajaan, isu setempat yang timbul cuma bagaimana untuk pihak berkuasa tempatan menyelesaikannya (sekiranya membabitkan isu tempatan).

Selain itu Henry berkata, banyak faktor yang menentukan kemenangan dan kekalahan seseorang calon itu dan adalah lebih baik parti komponen BN saling bantu-membantu berbanding mencadangkan untuk meletakkan calon daripada parti komponen BN lain.

“Saya tidak bersetuju dengan syor tersebut dan sewajarnya dalam semangat BN semua parti komponen perlu bekerja keras bersama dalam satu polisi kerajaan yang sama,” katanya.

Jelasnya, kekalahan seseorang calon yang diletakkan kadang-kadang dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada masalah calon itu sendiri, pemimpin parti atau berkaitan masalah negara

borneopost

BERITA BERKAITAN DI SINI

4 KEMALANGAN DALAM TEMPOH 48 JAM


1908-lead-1b
JALAN BAHAYA ... Berpuluh kenderaan terbabas dan terjatuh ke gaung ketika melalui jalan ini
19th August, 2009

KENINGAU: Empat kemalangan berlaku da- lam tempoh 48 jam di lokasi yang sama, di Ke- ningau melibatkan satu daripadannya nyaris mengundang maut.

Mangsa yang terlibat seorang pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri Cawangan Keningau, dikejarkan ke hospital daerah sebaik diselamatkan oleh orang ramai, selepas kenderaannya terbabas dan tergolek sekurang-kurangnnya 10 kali, sebelum terjunam kira-kira 50 meter ke gaung.

Mangsa seorang wanita dan masih trauma dengan kejadian mengerikan itu.

Menurut saksi, kemalangan pertama berlaku tengah hari dan petang pada Isnin, sementara pagi tadi dua lagi kemalangan berlaku kesemuannya disebabkan gagal dikawal ketika menuruni jalan aspal sebebuah anak bukit, yang ditembusi batu kelikir yang terjatuh daripada lori yang membawa batu pasir berlebihan.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas di tempat yang sama selang 3 jam daripada kejadian pertama pagi tadi.

Pemandu terselamat, namun kenderaannya mengalami kerosakan selepas terbabas sebelum tergolek.

Saksi saksi kejadian memberitahu, jalan aspal menuruni sebuah anak bukit berhampiran Taman Bersatu Jalan Trans Pegalan, sering ditimbusi batu kelikir mengakibatkan kenderaan yang melalui jalan itu sukar diberhentikan dan terbabas.

Tahun lalu seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, nyaris maut di tempat yang sama.

Laluan setinggi 30 darjah ketinggian itu menjadi laluan utama lori-lori pengangkut batu pasir, milik sebuah pengusaha kauri yang beroperasi kira-kira 1,000 meter dari tempat tersebut.

Amaran telah beberapa kali dikeluarkan oleh pihak keselamatan kepada pengusaha kauri tersebut, agar tidak membenarkan lori-lori membawa muatan batu pasir berlebihan, tetapi amaran itu tidak pernah dihormati oleh syarikat tersebut, menyaksikan kemalangan demi kemalangan berlaku.

“Mereka memperlekehkan keselamatan pengguna … mereka lebih memikirkan keuntungan,” jelas seorang mangsa yang enggan namanya dipetik.

Pengerusi Tukun Tetangga (RT) Panagatan Ulu – Mohd Khairil Abdullah mahu supaya laluan itu ditutup sementara kepada kenderaan berat, bagi mengelak kemalangan berulang lagi.

Khairil mendesak pengurusan syarikat itu supaya bertanggungjawab ke atas kesemua kejadian kemalangan itu, dan membayar kesemua kerugian yang dialami mangsa-mangsa yang terlibat.

DIKEBUMIKAN SELEPAS MATI DUA BULAN ?

LOS ANGELES: Mayat Michael Jackson akan dikebumikan di tanah perkuburan Forest Lawn pada hari ulang tahun kelahirannya minggu depan.

Perkara itu diumumkan oleh bapanya, Joe Jackson, semalam.

Kekeliruan berlaku mengenai tempat persemadian Raja Pop itu sebelum ini.

Abangnya, Jermaine mahu Michael dikebumikan di Neverland Ranch.

Bagaimanapun, Joe, 80, berkata, penyanyi itu yang mati 25 Jun lalu akan disemadikan pada pagi 29 Ogos sempena ulang tahun ke-51 kelahiran Michael dan majlis itu akan diadakan secara tertutup. — Agensi

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL DI KEDAH?


ABU HASAN


ALOR SETAR - Kedah mungkin menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil selepas Bukit Selambau di sini April lalu.

Kemungkinan pilihan raya itu berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali berturut-turut.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail memberitahu, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, kerusi yang disandang Abu Hasan akan menjadi kosong apabila beliau tidak menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

"Kami telah memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Terserah kepada SPR untuk membuat sebarang keputusan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

kosmo!

ANWAR IBRAHIM & 2 SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menangguhkan 2 September ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi semakan kehakiman untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya mendakwa tidak terdapat fakta memihak pembelaan dalam kes liwat bekas pembantunya.

Hakim Lau Been Lan menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan peguam Anwar untuk penangguhan itu sehingga rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya membekalkan dokumen yang diminta Anwar diselesaikan di Mahkamah Rayuan. - Bernama

masdarwahid: 2 September 1998 ialah tarikh keramat apabila Anwar Ibrahim di pecat dan ditendang oleh umno. Beliau dilucutkan kesemua jawatan dalam Umno dan kerajaan termasuklah jawatan timbalan Perdana Menteri. Jawatan itu kini disandang oleh bekas orang kuatnya Muhtiddin Yassin.Mungkinkah ada kejutan pada 2 September ini? Buat pengetahuan bersama pada 10 Ogos lalu, sempena Hari Lahir Anwar,Muhyidddin memulakan serangan pembunuhan karektor terhadap Anwar. samada ini kebetulan atau perancangan, penulis tidakpasti, tetapi yang pasti setiap tarikh itu berlaku dengan perkaitan rapat dalam hidup Ketua Umum KEADILAn itu.

PELACUR KOTA KINABALU YANG TAK SELESAI-SELESAI


PONDAN seksi mengurut manja bahu seorang lelaki sambil berunding harga di Kota Kinabalu.

Siang lelaki tulen bekerja, malam bersolek cari duit lebih

KOTA KINABALU: "Bukan semua pondan buat kerja ni sepenuh masa. Ada yang menjadi pondan separuh masa. Siang lelaki tulen, berambut pendek, pakai kemeja dan seluar panjang masuk pejabat. Ada juga kakitangan kerajaan.

"Habis kerja, balik rumah, berdandan dua tiga jam, keluar semula sebagai orang baru. Rambut panjang, mekap cantik, jalan melenggang dan suara pun manja.

"Apa nak buat, cari duit. Bila dah bersolek dan tukar nama, kalau terjumpa rakan sepejabat pun mesti tak kenal," kata Kay, 24, ketika dihubungi Berita Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Susuk tubuh masing-masing memang menggiurkan. Rambut mayang mengurai, kulit cerah mulus, liuk-lentuk lenggok dan suara gedik menyapa membuatkan ramai lelaki menghentikan kenderaan lalu turun berunding harga.

Antara sarangnya sekitar Kampung Air, di tengah-tengah bandar raya. Setiap hari, laluan sempit kawasan itu antara paling sibuk dengan kenderaan dan orang ramai membereskan urusan harian.

Sebaik matahari terbenam, suasana kelam diselubungi kesunyian menghadirkan cerita berbeza. Jangan terkejut jika secara tiba-tiba ada aroma harum menusuk hidung mengiringi langkah di kaki lima deretan kedai.

Ia bukan senario usikan alam ghaib, jauh sekali tahyul yang menaikkan bulu roma. Sebaliknya, semerbak haruman adalah milik `kupu-kupu malam' mencari `kumbang' untuk dihinggap sementara.

Mereka adalah kumpulan pondan berusia lingkungan usia awal 20-an hingga pertengahan 30-an. Di sesetengah tempat, golongan pondan mungkin `mencari makan' secara bersembunyi atau takut-takut, tetapi tidak di Kampung Air. Sekitar jam 10 malam, pondan berpakaian seksi dan berkasut tumit tinggi serta aksi gemalai mula menghiasi penjuru laluan utama dan pinggir jalan.

Lelaki yang melintasi disapa manja. Ada yang berani menahan kereta jika melihat ia dipandu lelaki bersendirian, terutama kenderaan mewah atau pacuan empat roda serba berkilat.

Tinjauan tiga jam Berita Harian antara lain menyaksikan bakal pelanggan menghampiri si pondan. Lelaki dianggar berusia pertengahan 30-an itu kelihatan bertanya sesuatu - kemungkinan berunding harga - sambil bahunya sesekali diraba si pondan. Selepas 10 minit, si lelaki berlalu manakala si pondan mencekak pinggang sebelum mencari `mangsa' seterusnya.

Difahamkan, mereka boleh dilanggani dari harga serendah RM10 hingga ratusan ringgit, bergantung kepada kemahuan pelanggan.

Kay mengakui saingan memang sengit, tetapi jarang berlaku pergaduhan.

"Masing-masing ada `port' (kawasan), jaga sendirilah. Jangan kacau tempat orang. I ada beberapa pelanggan tetap tapi kena juga cari orang baru sebab bukannya setiap hari pelanggan tetap datang cari kita.

"Ini hakikat dan kami buat semua ini sebab kami mahu terus hidup. Orang keliling cuma pandai mengata dan mencaci. Apa mereka tahu pasal susah payah hidup kami?," katanya.

Usaha menerangi bandar raya dengan kerlipan lampu dan rondaan penguat kuasa di lorong-lorong hitam turut menyusutkan sarang pondan kerana kebanyakannya tidak berani kembali ke tempat pernah diserbu.

Kesimpulannya, DBKK dan pihak berkuasa lain tidak boleh menganggap senario `kupu-kupu malam' sebagai biasa, tidak kiralah kakitangan awam atau swasta, separuh atau sepenuh masa

20 RUMAH MUSNAH

TAWAU : Dianggarkan lebih 20 buah rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Kg. Tanjung Batu Tengah, kira-kira jam 4.00 petang kelmarin.

Kebakaran tersebut merupakan kebakaran kedua yang berlaku di kawasan berhampiran dalam tempoh seminggu selepas lebih 30 buah rumah musnah di Kg. Vietnam, 12 Ogos lepas.

Kebakaran kelmarin difahamkan berpunca akibat tindakan bermain api oleh kanak-kanak di salah sebuah rumah di kampung itu, namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu Datuk Hajah Hamisa Samat yang ditemui di lokasi kejadian berkata, beliau amat dukacita dan turut bersedih kerana kebakaran itu memusnahkan harta benda penduduk.

“Kita amat bersimpati dengan apa yang berlaku. Kita akan berusaha memberi mereka bantuan yang sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa pihaknya berharap Jabatan Air dapat memantau dan memperbanyakkan pili-pili bomba di kawasan penempatan penduduk agar sebarang insiden kebakaran, mudah dikawal dan dipadam oleh pihak bomba.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa tekanan air di pili-pili bomba di dua lokasi kebakaran sebelum ini agak rendah sekaligus menyukarkan usaha pihak bomba memadam api.

Dalam hal sama, Hamisa turut meminta kerajaan supaya segera menyediakan penempatan atau rumah-rumah mampu milik untuk penduduk yang masih tinggal di kawasan penempatan yang padat dan sesak, serta amat berisiko tinggi berhadapan dengan bencana kebakaran

tawaukini

PRU 13 : LAGI DESAKAN UMNO BOLOT BANYAK KERUSI


Penganalisis politik mencadangkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai lebih 50 peratus penduduk Melayu perlu meletakkan calon Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) mengkaji semula tradisi pengagihan kerusi kepada parti komponennya.

"Saya berasa sudah tiba masanya untuk BN bertindak ke arah itu. Buat masa ini, hasil pemerhatian saya, Umno meletakkan calonnya jika kawasan itu mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu.

"Sepatutnya calon diletakkan mengikut kehendak pengundi bukannya secara tradisi, jika letak calon MCA tetapi ditolak lebih baik letak calon Umno ataupun MIC dan begitu jugalah sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mencadangkan pengagihan kerusi yang diguna pakai sekarang dikaji semula dengan mengambil kira kehendak pengundi kawasan itu.

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata cadangan itu sesuatu yang baik, bagaimanapun ia tidak boleh menjejaskan parti komponen lain.

"Sudah tiba masanya BN membuat pertimbangan mengenai perkara ini, apa pun keputusannya ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen BN dan peratusan pengagihan juga tidak memberi kesan mana-mana parti.

Bagaimanapun, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata saranan Mohamed Khaled boleh menimbulkan kontroversi dalam BN walaupun ramai yang sukakannya.

masdarwahid: kalau macam tu, pas juga wajar mendominasi kerusi majoriti muslim.P

Azwan Ali Lelaki Gay Yang Pelihara "Anak Ikan"

Hubungan kami yang agak rapat juga dengan artis-artis lembut seperti Azwan ini telah menyebabkan kami mendapat maklumat yang mengatakan beliau sememangnya antara lelaki yang gemar kepada lelaki atau diistilahkan sebagai "Gay".

Menurut kisahnya, Azwan telah banyak membela "Gay Boy" yang dipanggil "Anak Ikan" hingga ke hari ini. Istilah anak ikan adalah gelaran yang diberikan oleh para lelaki yang membela dan memelihara "Gay Boy" untuk dijadikan habuan melempiaskan nafsu serakah mereka.

Aktiviti ini pernah didedahkan oleh Mazidul Akmal Sidek dalam rancangan 360 di TV3 suatu ketika dulu. Ianya memang menjadi rencah kehidupan sebahagian golongan masyarakat Melayu Hadhari mutakhir ini.

Kegiatan "liwat" memang sudah menjadi tabie mereka yang memelihara "Anak Ikan" ini.

Cuma "bau-bau" mereka sukar untuk dikesan oleh jabatan agama, memandangkan mereka lelaki sama lelaki.

Azwan dipercayai salah seorang yang gemar menyimpan "gay boy" yang hensem-hensem.

Buktinya, sila rujuk kepada tulisan dalam blognya iaitu :-

"LEPAS SEMBAHYANG SUBUH....LAKI DAH MULA TOLONG URUT URUT KAN....YA LAH...SEJAK MENJAK DAPAT ANAK IKAN NI KAN???? ALA ALA KES ROSNAH MAT ARIS YANG THE VAZZ TU LAH........SUAMI MUDA U ALLZ....!!!! TU YANG SEMAKIN RAMAI.....MAKAN HATI...BUNUH DIRI KAT DIVA GEBUSS AZWAN ALI KAN??? MANA TAKNYA??? UMUR DAH 43 TAHUN.....KULIT SEMAKIN MENGOYAK GEBUSSS NYA....ANAK ANAK IKAN LONG QUE U ALLLZ.!!! KO??? YANG HADO??? PEERAHH"
Bukti sudah nyata bahawa beliau mengaku dirinya memang ada memelihara anak ikan. Kenyataan ini jelas sekali mengiyakan apa yang telah dinayatakan tadi.

Makanya spesis manusia seperti Azwan Ali ini sebenarnya sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan "idola" dikalangan generasi muda hari ini.

Azwan semakin merapu dan tergamak untuk menuduh yang bukan-bukan kepada Pakatan Rakyat.

Apakah beliau fikir beliau terlalu hebat untuk bercakap sedemikian rupa. Walhal segala rahsia yang ada pada dirinya sudah diketahui oleh sebahagian besar dikalangan sahabat dan teman-temannya yang juga teman kami.

[Buat Azwan Ali, Eloklah anda menguruskan dunia hiburan anda sampai "mati". Apakah anda fikir yang anda itu benar belaka. Bersama artis mungkin anda boleh mendabik dada kononnya ada menguasai mereka.

Tetapi jika anda mencampuri urusan politik yang begitu teruk seperti ini, maka sudah pasti kami tidak akan duduk diam dan akan membongkarkan lebih banyak lagi rahsia disebalik kisah hidup Azwan Ali iaitu "pemelihara Anak Ikan" bertauliah.

Sikap anda lebih buruk dari apa yang disangka.

Anda mengiyakan segala tuduhan orang terhadap Anwar Ibrahim, sebaliknya kemungkinan besar anda adalah salah seorang yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan diluar tabie itu sebenarnya.

Ia terbukti dengan kata-kata anda yang jelas menunjukkan bahawa anda adalam pemburu anak ikan profesional.

Hinggakan anak-anak ikan terpaksa beratur panjang untuk menikmati "keindahan hidup" bersama anda.

Bukankah ini bermakna terwujudnya adengan-adengan yang tidak ingin kita lihat.

Kami juga mempunyai ramai rakan-rakan yang menjadi "anak ikan" dan kami cukup arif apakah yang harus mereka lakukan kepada anda. Anda akan taburkan wang dan kemewahan kepada anak-anak ikan ini, dan mereka akan memuaskan nafsu sarakah anda.

Justeru itu, jangan sampai kami membongkarkan rahsia besar ini.]

SUMBER http://pahangdaily.blogspot.com

come Masing or Mawan, DAP would prevail, Chiu

kidurong

Kidurong Assemblyman Chiew Chin Sing could not understand Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) or Parti Rakyat Sarawak (PRS) president on Barisan Nasional (BN) argument on the need to change representation to suits the needs of electorate.

“I was contesting against BN, not Sarawak United People Party (SUPP), SPDP or PRS. I repeat it was BN,” Chiew said.

Chiew said no matter whatever party they sent, it will still be BN… and people are voting DAP because they reject BN policy and not any particular party.

“They are voting DAP for what DAP stand for. It is not personal glory, DAP is for the people. I never contest against SUPP logo, they put Mawan or Masing themselves here, they will also be using the same logo…The BN logo,” he said.

Chiew also welcome Mawan or Masing to contest in Kidurong, given if they are interested and start listening to what the Rakyat is unhappy about.

“They are not unhappy against SUPP, they are not happy over the BN government policy. People are fed up of abuse of power and corruption. The local authorities at times are being run like private company and have no people representation. The people want to be part of the decision making body, especially on issues that affect their livelihood,” he said.

On SPDP supremo, Datuk Seri Tiong King Sing ability to crush DAP apart in Bintulu, Chiew said there are three state seats in that area, and Kidurong voters are mainly urban population.

“The Kidurong people see LNG tankers come and go, but did the money goes too?” he quipped.

Zakat fitrah Sabah RM6.60

KOTA KINABALU 18 Ogos - Bayaran zakat fitrah di Sabah pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM6.60 berbanding RM7.70 pada tahun lalu.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, kadar yang ditetapkan oleh MUIS itu adalah berasaskan kepada satu gantang atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk Sabah.

"Kadar zakat fitrah bagi tahun 1430 Hijrah bersamaan tahun 2009 adalah berharga RM6.60 atas setiap orang Islam yang bermastautin di negeri Sabah.

"Jumlah kutipan yang disasarkan untuk zakat fitrah pada tahun ini adalah sebanyak RM6.6 juta daripada kira-kira sejuta orang manakala, sasaran bagi zakat harta adalah RM20 juta," katanya pada sidang akhbar sempena majlis taklimat amil negeri Sabah 2009 di Wisma MUIS dekat sini hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Zaratkhan Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Public Bank Kota Kinabalu yang diwakili oleh Penolong Pengurusnya, Muhammad Tolling, turut menyerahkan wang zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2008 sebanyak RM20,000 kepada Syed Abas.

Menurut Syed Abas, seramai 35 amil dan 2,000 pembantu amil telah dilantik oleh MUIS untuk memungut zakat fitrah di seluruh negeri Sabah sepanjang Ramadan ini.

Dalam pada itu, katanya, MUIS berjaya merekodkan kutipan zakat tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak RM23.8 juta, berbanding RM17.5 yang direkodkan pada 2007.

"Jumlah ini merupakan yang tertinggi pernah direkodkan oleh MUIS sejak ia ditubuhkan pada 1972 di mana kutipan zakat fitrah pada tahun lepas adalah sebanyak RM7.3 juta manakala kutipan zakat harta pula adalah sebanyak RM16.4 juta," katanya.

Sementara itu beliau berkata, pada bulan Ramadan ini, MUIS memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk diagihkan kepada golongan yang layak.

"Peruntukan itu akan diagihkan kepada asnaf fakir, golongan miskin dan mualaf bagi menggembirakan hati para penerima dan sebagai persediaan mereka menyambut 1 Syawal," katanya.

Buka puasa: Pilih hotel miliki sijil halal

PUTRAJAYA 18 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan umat Islam menitikberatkan aspek halal ketika berbuka puasa di hotel-hotel ketika bulan Ramadan yang dijangka bermula Sabtu ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, umat Islam perlu memastikan mereka hanya memilih hotel yang memiliki persijilan halal bagi dapur utama mereka.

''Menyedari tentang budaya berbuka puasa di hotel-hotel sepanjang bulan Ramadan, kita berharap pihak penganjur majlis berbuka puasa dapat memilih hotel-hotel yang memiliki sijil halal Jakim atau dari Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

''Ini kerana berbuka puasa adalah majlis ibadah, nanti tidaklah majlis berbuka puasa itu sia-sia apabila berbuka puasa dengan hidangan tidak halal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Forum Ambang Ramadan dan pelancaran buku Panduan Berpuasa Bagi Pesakit terbitan Jakim di sini hari ini.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Wan Mohamad mengulas trend umat Islam menghadiri atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel termasuk yang masih belum memiliki persijilan halal bagi dapur utama mereka.

Hotel-hotel kini sibuk menyediakan pakej berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan menghidangkan pelbagai jenis sajian.

Terdahulu beliau memberitahu, Jakim akan mengedarkan 5,000 naskhah pertama buku Panduan Berpuasa Bagi Pesakit secara percuma kepada orang ramai sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

''Ini diharap dapat dimanfaatkan terutama kepada para pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta," katanya.

Mengenai program mengimarahkan bulan Ramadan, Wan Mohamad berkata, empat buah masjid di bawah Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Presint 2, Putrajaya telah menyediakan program masing-masing.

Katanya, antara program tersebut ialah kuliah zohor, majlis berbuka puasa, tadarus dan qiamullail selain memberi peluang kepada badan-badan bukan kerajaan menganjurkan majlis seperti sumbangan anak yatim.

''Insya-Allah, kalau puasa bermula Sabtu, maka Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru siap dibina akan mengadakan solat tarawihnya yang pertama.

''Selain itu, kita jemput semua umat Islam untuk membawa ahli keluarga masing-masing untuk berbuka puasa di masjid-masjid," katanya.

Jelas beliau, berbuka puasa di masjid tidak sepatutnya dianggap hanya untuk golongan miskin dan daif tetapi ia adalah amalan sunnah selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Di samping itu, beliau berkata, penganjur yang mengadakan majlis berbuka puasa di masjid juga boleh menjemput golongan bukan Islam untuk hadir sama.

''Biasanya majlis dibuat di kawasan dewan masjid, ini tidak dikategorikan sebagai masjid, jadi orang bukan Islam boleh ikut sama," katanya.

DPPNS sangkal kenyataan Muhyiddin

Kota Kinabalu: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam akhbar New Sabah Times bertarikh 17 Ogos semasa lawatannya ke Kudat untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kudat dan Kota Marudu pada 16 Ogos 2009.

Jelas Sdr Lahirul, bukannya rakyat Sabah tidak tahu apa yang UMNO dan BN lakukan selama ini terhadap hasil mahsul di negeri ini.

Jika benar Kerajaan UMNO dan BN mendakwa merekalah selama ini yang memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin Sabah pada hari ini kekal pada kedudukan tertinggi sekali kadar kemiskinannya.

Tegas beliau, UMNO-BN bukan sahaja gagal menaik taraf kedudukan bumiputera Sabah, malah mereka juga telah gagal membantu orang melayu di semenanjung walaupun sebahagian besar pemimpinnya terdiri daripada orang nombor satu di Malaysia dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari kalangan orang melayu.

Sdr Lahirul juga menegaskan pengkhianatan UMNO terhadap orang melayu juga terbukti apabila cuba menyekat pembangunan orang melayu di Kelantan dengan melantik konco-konco meraka dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

Telah banyak wang rakyat dibazirkan di Kelantan, dakwa beliau, semata-mata kerana dendam kesumat UMNO sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Ketidakadilan UMNO dalam memberikan hak kepada rakyat juga dapat dilihat sewaktu PAS memerintah pada tahun 1059 sehingga 1978.

Tambah Lahirul, pengkhianatan UMNO-BN terhadap rakyat Sabah juga apa kurangnya.

Melalui kroni-kroni mereka yang diserap masuk kedalam USIA dan MUIS, akhirnya tanah yang menjadi tempat berdirinya 1 Borneo bersebelahan UMS, menjadi mercu tanda bahawa UMNO telah merompak hasil mahsul negeri ini dengan sesuka hati.

Sementara itu, juak-juak UMNO terus bermaharajalela dengan menipu perjanjian tanah kononnya untuk menyewa tetapi sebenarnya cuba untuk melupuskan hak bumiputera terhadap tanah tersebut.

Mengulas berkenaan tuduhan Muhyiddin terhadap PAS, beliau berkata, UMNO sepatutnya cermin diri sendiri sebelum menuduh pembangkang sebagai pengkhianat.

Saudara Lahirul mengingatkan pemimpin UMNO, bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan akan bangkit membuat perubah.

Soal siapa pengkhianat bangsa, rakyat Sabah sudah celik dan tahu membuat penialaian. -DPPNS/SABAHDAILY.COM

Usia's focus also to improve youths

Sandakan: The United Sabah Islamic Association (Usia) will always strive to improve its missionary programmes for the benefit of the entire Muslim community.

Its Secretary-General, Datuk Abdullah Hussin, said the organisation not only focuses on adults but also the younger generation through the central Usia Youth Body.

"This approach is among our strategies to enhance the understanding of youths on the teachings of Islam, apart from strengthening their self-identity.

"This is to produce successful and productive Muslim youths in terms of mindset, morality and spiritually," he said when opening the Usia Kinabatangan division annual general meeting in Kinabatangan, near here, Monday.

Also present were Usia Kinabatangan division head Haji Hamidin Radin, his deputy Datuk Pg Abd Rahman Pg Galpam and Usia Kinabatangan division Wanita head, Datuk Nafsiah Pg Galpam.

Abdullah said all Muslims would be given equal opportunities to acquire knowledge through the missionary programmes and education organised by Usia.

"We are implementing various programmes for the younger generation and will not sideline the interest of youths.

"What is really important is for the young generation to show interest and support for each of the programmes that we organised," he said.

Among the programmes, Abdullah added, were visiting mosques, youth forums and recreational activities.

In another development, he said the annual general meetings of all divisions were conducted smoothly so far.

Out of the 25 divisions, Abdullah said 14 had held their meetings and the rest are expected to have theirs before end of October, adding the central level AGM would be held on Nov 13 to 15.

Era baru Harakahdaily

Mulai 15 Ogos 2009, penyusunan semula Harakahdaily akan berkuatkuasa sepenuhnya. Melalui penyusunan semula ini, Tvpas akan bergabung dengan Harakahdaily dan akan menyiarkan berita dan rencana bervideo dalam laman web ini.

Melalui penyusunan semula ini juga, laman ini akan mempunyai petugas sepenuh masa. Ini bermakna, petugas Harakahdaily akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada laman web ini bukan lagi sebagai kerja sampingan sebagaimana sebelum ini.

Kami kini mempunyai 10 petugas tetap dan akan dibantu oleh kakitangan Harakah yang berada di seluruh negara.

Kami juga akan dibantu oleh para petugas sambilan yang sentiasa memberikan sumbangan kepada laman ini.

Jika anda termasuk dalam kategori ini, kami sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan tuan-puan untuk memajukan lagi laman kita bersama ini. Sebagai salah satu laman web berita yang awal di negara ini, kita berazam untuk mengukuhkan lagi laman ini dan menjadi yang terbaik.

Tuan-tuan boleh menghantar gambar, cerita, video dan maklumat untuk kami proses sebelum dihidangkan kembali kepada para pelayar semua.

Jika anda berminat untuk menulis berita atau rencana, hantarkan kepada editorharakahdaily@gmail.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Sebarang maklumat mengenai aktiviti yang difikirkan anda patut dikongsikan bersama pihak lain hantarkan kepada infoharakahdaily@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Jika ingin menulis di ruangan surat pembaca sila hantar tulisan anda ke suratpembacaharakahdaily@gmail.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Sekian, terima kasih

Zulkifli Sulong
Harakahdaily
15 Ogos 2009

PAS BERBAKTI DI MANA JUA

Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat.

Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka.

Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'.

Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu.

Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malu untuk menghampiri bangunan itu.

Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi.

Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu. Image

Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu.

Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini.

Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu.

"Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily.

Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi.

Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya.

"Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah.

Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan.

"Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran.

Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu.

Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan tertentu, yang mengagihkan makanan percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana golongan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah.

Tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo� Hj Ghazali dengan mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini. Image

Sungguhpun terkejut, namun penghuni-penghuni gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain.

Hari ini, kelibat para pemimpin PAS tidak kelihatan seperti lazimnya, kerana kepadatan jadual tugas di tempat masing-masing, dan tanggungjawab mengagihkan ini dipikul Syaripuddin yang lebih mesra di panggil 'Abang Chem'.

Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu.

"Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini.

Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya.

Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini. Image

Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka.

"Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu.

Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati...

(Bagi yang berhajat dan ingin menyumbangkan dana bagi edaran makanan percuma setiap Jumaat ini, maklumat lanjut bolehlah dimajukan kepada Pejabat Agung PAS di talian 03-26925000)

(Sebarang pandangan dan kritikan, boleh di sisipkan ke azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )