JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, April 29, 2010

PRK Sibu : Pertembungan dua peguam di luar mahkamah


Walaupun penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu ditetapkan pada 8 Mei depan, SUPP dan DAP masing-masing telah mengumumkan calon mereka secara serentak semalam.

DAP yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) menamakan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, sebagai calon mereka manakala SUPP meletakan Robert Lau Hui Yew, seorang muka baru.

Pencalonan Wong diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu majlis jamuan di Sibu malam tadi.

Turut serta di majlis itu ialah pemimpin dari empat komponen PR di Sarawak iaitu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, Timbalan Pengerusi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Johnny Wong Sie Lee, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sarawak, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi dan penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Wong, 50, yang juga seorang peguam, merupakan Ketua Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri di Sarawak.

Di bawah teraju beliau, DAP berjaya menawan enam buah kerusi Dun di Sarawak pada pilihan raya negeri pada tahun 2006.

Lebih manis lagi apabila kejayaan itu diraih dengan menyaksikan beberapa menteri dan pemimpin kanan SUPP di negeri itu tumbang satu demi satu.

Bagi calon SUPP, Hui Yew, 45, bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau merupakan sepupu kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu, selama lima penggal, yang meninggal dunia pada 9 April lalu.

Bapa Hui Yew, iaitu Lau Swee Nguong, merupakan Pengerusi Kumpulan syarikat GTS, yang terbabit dalam perniagaan pembalakan, pembuatan papan lapis, perladangan kelapa sawit dan perkapalan.

Hui Yew merupakan Penolong Bendahari SUPP cawangan Sibu dan menjadi ahli parti itu sejak 17 tahun lalu.

Kerusi Parlimen Sibu menjadi kosong berikutan kematian Robert Lau dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 16 Mei sebagai hari pengundian.

Dalam pilihan raya umum 2008, Robert Lau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,549 undi,

Bagaimanapun, majoriti itu jauh lebih rendah berbanding majoriti yang diraih oleh BN bagi ketiga-tiga Dun dalam kawasan Parlimen Sibu. (Sila lihat gambarajah di sebelah)

Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos.

SPR akan membuka 45 stesen mengundi dengan 110 saluran mengundi yang akan diuruskan oleh 1,149 petugas SPR.

Untuk rekod, kedua-dua calon itu merupakan seorang peguam dam mereka bakar bertembung di luar mahkamah.

Wednesday, April 28, 2010

isu gaji pengawal keselamatan



SAYA terpanggil untuk menulis berhubung isu kenaikan gaji pengawal kerana laporan akhbar ini baru-baru ini antara lain menyatakan 'jangan ada majikan yang berdalih dengan 1,001 alasan untuk tidak mematuhi pengumuman berkenaan.'

Untuk maklumat, syarikat kawalan keselamatan rata-ratanya menjalankan perniagaan dengan memberi khidmat pengawal keselamatan mengikut kadar upah yang kami terima.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sudah meminta supaya kaji semula kadar upah pengawal yang tersiar dalam akhbar ini pada hari yang sama.

Ia bermaksud jika pelanggan mampu membayar lebih, maka sudah tentu kami juga sanggup membayar lebih daripada itu.

Pada masa kini rata-rata pelanggan masih ada yang membayar upah pengawal selama lapan jam dengan kadar cuma RM800 hingga RM900 saja sebulan, bekerja 24 hingga 26 hari.

Jadi bagaimana syarikat keselamatan boleh bayar RM1,100 sebulan. Inilah masalah sebenar kami, bukannya kami tidak mahu bayar gaji yang lebih tinggi.

Setiap gaji yang dibayar oleh semua pengusaha syarikat kawalan keselamatan adalah berbeza-beza.

Ia mengikut upah yang dibayar oleh pelanggan kepada kami. Rata-rata pelanggan berkehendakkan khidmat yang baik tetapi enggan membayar dengan kos dipinta.

Oleh kerana terlalu ramai pengusaha syarikat kawalan keselamatan, maka peperangan harga menjadi-jadi antara satu sama lain.

Inilah yang menyebabkan gaji pengawal tidak seragam. Menyedari hakikat ini, maka timbul inisiatif Kementerian Sumber Manusia mengambil tindakan mengadakan Majlis Penetapan Gaji dan persatuan diminta turut menyertai perbincangan demi perbincangan beberapa tahun lalu yang dipengerusikan oleh Datuk Lee Hwa Beng.

Keputusan bersama sudah pun tercapai pada 2009. Ia terbahagi kepada beberapa zon mengikut kadar sara hidup di satu-satu kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Gaji pokok yang patut dibayar berbeza antara zon dan yang saya tahu, gaji pokok yang di sebut oleh beberapa akhbar sebanyak RM1,150 dan RM1,450 adalah tidak benar.

Ia adalah gaji yang akan dibawa pulang atau disebut ‘take home pay’ oleh pengawal.

Ini setelah diambil kira kerja lebih masa pengawal keselamatan yang dibenarkan sebulan 104 jam atau sehari empat jam.

Kebanyakan pengawal dibayar berbagai-bagai elaun tambahan seperti elaun sara hidup, elaun kedatangan, elaun dobi, elaun minyak, elaun pos dan lain-lain elaun mengikut lokasi mereka ditugaskan.

Ada tempat yang terpencil, jauh dari rumah mereka dan sebagainya.

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri baru-baru ini adalah tidak menyeluruh, kurang jelas dan tidak diperincikan.

Ia menyebabkan kekeliruan antara media, pengguna, pengawal dan keseluruhan pengusaha syarikat kawalan keselamatan.

Saya percaya Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan kadar gaji yang sudah dipersetujui bersama oleh beberapa Ahli Jawatankuasa PPKKM dan badan-badan lain yang terbabit dalam perbincangan Majlis Penetapan Gaji dan penulis juga turut serta.

Diharap kementerian dapat segera membetulkan keadaan yang mengelirukan orang ramai yang terbabit dalam industri ini.

DATUK RAHMAT ISMAIL,
Bekas Presiden PPKKM/
AJK Biro Latihan PPKKM

Saturday, April 24, 2010

Apa salahnya calon BN Pengundi hantu - SPR

Sekutu dan pencacai Umno-BN, iaitu SPR tidak kisah jika calon MIC, P. Kamalanathan sebagi pengundi hanta dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof yang dihujani TENGAH HARI semalam, panggilan daripada beberapa pemberita akhbar Cina hanya berkata; 'apa salahnya'.

"Syarat menjadi calon ialah dia mesti tinggal di mana-mana negeri (warganegara Malaysia), berusia lebih 21 tahun, siuman dan tidak bankrap. Maka dibolehkan dari segi undang-undang untuk menjadi calon pilihan raya kerusi Parlimen.

Bagi Abd. Aziz, pertanyaan-pertanyaan tadi adalah baik untuk mencari jawapan terhadap kekeliruan yang timbul. Ia juga memperlihatkan keprihatinan dan minat mendalam terhadap proses demokrasi pilihan raya di negara ini.

"Seperti mana yang kita tahu, proses untuk mengesahkan seseorang individu sebagai calon pilihan raya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk berada dalam daftar pemilih.
Anda tidak boleh kata hari ini mendaftar, esok dipanggil satu pilihan raya kecil, anda segera boleh memilih wakil rakyat. Itu salah.

"Pengundi Hulu Selangor bertuah kerana mendapat peluang ini Ahad ini," katanya.

Menurut Abd. Aziz lagi, pengundi Hulu Selangor perlu mengambil peluang untuk menunaikan tanggungjawab kerana ia mungkin hanya datang sekali seumur hidup sebelum mandat kerajaan berakhir 2013.

"Ini kerana sesuatu pilihan raya kecil tidak boleh diadakan lagi jika berlaku kekosongan di luar jangka termasuk kematian wakil rakyat selepas April 2011.

"Ini kerana pilihan raya kecil tidak boleh diadakan sebelum dua tahun tempoh hayat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen," katanya.

Tempoh tiga tahun sebelum tempoh hayat itu mula dikira bermula sidang pertama Parlimen ke-12 yang bermula pada 30 April 2008. Ini bermakna mandat kerajaan dijadual berakhir pada 30 April 2013 meskipun berdasarkan sejarah pilihan raya negara, pembubaran Parlimen tidak pernah genap lima tahun pentadbiran parti pemerintah.

"Sebab itu, saya katakan tadi inilah (pengundian Ahad esok) saat terbaik anda (pengundi).

"Masuk ke tempat mengundi, segalanya rahsia, tidak ada orang yang akan kacau.

"Jangan ikut perasaan, tenang, fikir dengan waras dan pangkahlah calon yang anda suka," kata Abd. Aziz mengingatkan pengundi jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada orang yang tidak dikenali.

Untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, SPR membuka 136 saluran mengundi di 47 pusat mengundi.

Mengikut rekod SPR, sehingga akhir tahun lalu sejumlah 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Dari jumlah itu, 65 peratus adalah bumiputera.

Thursday, April 22, 2010

Kalah PRK, DASAR SAYA GAGAL - NAJIB MONGOLIA


Presiden Umno, Najib Mongolia menegaskan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor merupakan medan penting bagi menilai penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya melalui slogan ilusi 1Malaysia.

Perasuah besar itu berkata, sebarang keputusan pada Ahad ini, bakal menentukan sama ada dasar yang diperkenalkan seperti Model Ekonomi Baru (MEB) dan pendekatan 1Malaysia, diterima atau tidak oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, Najib Mongolia itu turut mengugut sekutunya dari MCA bahawa pilihan raya itu juga menjadi penentu sama ada kepimpinan baharu MCA diterima dan mampu mengembalikan semula sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).'' Walaupun MCA bukan calon di Parlimen Hulu Selangor tetapi mereka mesti bekerja keras dan komited untuk menarik sokongan masyarakat Cina kerana saya mahu mereka bersama-sama kerajaan dalam memajukan negara," katanya semasa berucap ketika melawat Bilik Gerakan MCA di Kuala Kubu Baru malam tadi.

''Hulu Selangor ini unik kerana saya juga merupakan Pengerusi BN Selangor dan seharusnya saya berada di sini," ujarnya.

Sampai kiamat MIC tak kan ada kerusi - Najib Mongolia

Presiden Umno, Najib Mongolia semalam memberi jaminan kepada para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor bahawa Barisan Nasional (BN) akan menunaikan segala janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu diadakan.

Untuk menunjukkan keseriusan kerajaan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN melantik Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar sebagai pengawas yang akan memastikan semua janji itu ditunaikan.

Beliau berkata, langkah tersebut dilakukan kerana salah satu isu di kawasan Parlimen berkenaan ialah pengundi bimbang jika janji yang dibuat tidak ditunaikan walaupun pelbagai pengumuman dibuat.


"Saya hendak beritahu kepada pengundi di Hulu Selangor, jangan gusar BN akan tetap tunaikan semua janji. Selama ini, rekod kita menunjukkan apabila ada pilihan raya kecil, kita berjanji, kita tunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan dengan jentera BN Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Bukit Sentosa, di sini, hari ini.

Dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan Ahad ini, calon BN, P. Kamalanathan akan berhadapan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan turun padang bagi memastikan segala janji yang telah dibuat oleh kerajaan dilaksanakan.

''Jika tidak cukup peruntukan, saya sebagai Menteri Kewangan akan meluluskan peruntukan bagi membolehkan apa yang dijanjikan itu dilaksanakan," katanya.

Najib berkata, langkah melantik Noh dilakukan bagi memberi keyakinan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa kerajaan BN akan menunaikan janji yang dibuat.

''Inilah isu utama di sini iaitu sama ada BN mampu menyelesaikan masalah pengundi atau tidak, maka saya memberi jaminan pada malam ini sebagai ketua kerajaan, kita tetap akan melaksanakan semua janji kepada pengundi.

''Tolong sampaikan perkara ini, pemberita-pemberita tolong laporkan, inilah janji kita," katanya sambil menyifatkan isu-isu lain seperti cabar-mencabar dan tuduhan oleh pembangkang bukanlah isu utama.

Beliau berkata, ketika ini permuafakatan antara parti komponen BN amat baik kerana boleh bertolak ansur walaupun Parlimen Hulu Selangor mempunyai 53 peratus pengundi Melayu.

''Tetapi kita bagi kepada MIC kerana kalau hendak kira majoriti, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang orang India menjadi majoriti, oleh itu sampai bilakah mereka akan mempunyai wakil di Parlimen, sampai kiamat pun mereka tidak ada wakil," katanya.

Najib berkata, berdasarkan kepada perkiraan itu, BN membenarkan calon MIC bertanding kerana kerusi seperti Hulu Selangor amat berharga jika MIC mahu mendapat pengaruh dalam politik negara.

''Semua warganegara Malaysia berketurunan India mesti sokong calon kita (BN) kerana mereka tidak ada banyak kerusi Parlimen," katanya.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri menasihatkan orang Melayu dan kaum Cina supaya tidak bimbang memandangkan Kamalanathan ialah calon untuk semua kaum.

''Orang Melayu sudah ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Hulu Bernam dan Batang Kali), orang Cina ada satu ADUN (Kuala Kubu Baru) di kawasan Parlimen ini, maknanya lengkap Malaysia, Parlimen ada, DUN ada," katanya.

Tuesday, April 20, 2010

Keganasan seks meningkat

KUALA LUMPUR 19 April - Kes jenayah berkaitan keganasan seks seperti rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan semakin meningkat sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, apa yang menjadi kemusykilan ialah sepanjang tempoh itu, jumlah pelaku yang dihadapkan ke muka pengadilan amat sedikit, seolah-olah kes itu tidak begitu penting.

Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 ialah 2,427 kes manakala 2,943 kes (2006); 3,689 kes (2007); 3,986 kes (2008) dan 4,238 kes (2009), keseluruhannya 17,283 kes.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah hanya 1,437 orang.

"Bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 orang (2006); 304 orang (2007); 228 orang (2008) dan 187 orang (2009)," katanya dalam jawapan bertulis ketika menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Teresa meminta kerajaan menyatakan pecahan bilangan laporan polis berkenaan kes jenayah berkaitan keganasan seks sejak 2005 hingga 2009 termasuk kes pesalah ditangkap dan didakwa ke mahkamah.

Tambah Hishammuddin, jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan adalah semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 orang pada 2009 - peningkatan 1,197 orang.

Ketika menjawab soalan lain Teresa berkaitan langkah kerajaan menangani masalah kematian dalam penjara dan pusat tahanan pendatang tanpa izin, Hishammuddin menjelaskan, antara langkah dan prosedur konsisten dilaksanakan ialah:

l Menyediakan perkhidmatan doktor panel di seluruh institusi penjara bagi tujuan memeriksa dan merawat penghuni.

l Melaksanakan pemeriksaan kesihatan bagi semua penghuni penjara dan tahanan depot semasa kemasukan.

l Menyediakan prosedur mempercepatkan rawatan kesihatan di hospital luar penjara.

l Menyediakan kemudahan sick- bay (bilik rawatan) dan meningkatkan kemudahan ubatan dan peralatan klinik dalam penjara.

l Mengadakan kerjasama antara Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan bagi pengisian jawatan pembantu perubatan di setiap depot tahanan imigresen.

l Melatih anggota penjara untuk mengawal pemberian ubat dan menyelia keperluan rawatan lanjut penghuni.

l Menyediakan kemudahan Sistem Maklumat HIV (SIMHIV) di Jabatan Penjara yang boleh digunakan bersama oleh Kementerian Kesihatan yang terlibat membuat pemeriksaan, rawatan dan aktiviti untuk penghuni yang menghidap penyakit itu.

l Jabatan Imigresen sedaya upaya melaksanakan proses pengusiran ke negara asal tahanan dengan segera bagi mengelak mereka menjadi beban kepada kerajaan.

Saya akan bongkar skandal PKFZ - Tee Keat

KUALA LUMPUR 19 April - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini memberi jaminan bahawa beliau masih komited dengan janjinya untuk bertanggungjawab atas siasatan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tee Keat berkata, beliau akan menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia bagi membongkar perkara sebenar berhubung skandal PKFZ.

"Apabila saya memberikan kata- kata (janji), maka ia menunjukkan saya komited pada siasatan ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu PKFZ sewaktu ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mesyuarat Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dua minggu lalu telah memutuskan supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap bekas ahli-ahli PKA yang menyebabkan menyebabkan isu skandal PKFZ itu.

Seramai 11 ahli PKA telah mencapai kata sepakat itu walaupun mendapati bekas ahli-ahli PKA termasuk bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPZ), Datin Paduka Phang Oi Choo, gagal menjalankan tugas mereka.

Menurut pihak PKA, bekas ahli- ahli LPZ bukan sengaja menyebabkan PKFZ terlibat dalam skandal berkenaan dan mereka tidak mengaut sebarang keuntungan daripada skandal itu.

Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Stephen Abok; seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swe dan Oi Choo didakwa di Mahkamah Sesyen pada Disember lalu atas tiga tuduhan pecah amanah antara Oktober 2004 dan Januari 2006 membabitkan RM254 juta.

Mereka turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas dua tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5.41 juta kepada PKA.

Tee keat berkata, beliau tidak sedar mengenai keputusan Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dua minggu lalu untuk tidak mengambil tindakan terhadap ahli-ahli LPZ termasuk Oi Choo.

"Saya belum diberitahu oleh pihak PKA lagi, jika ia adalah benar, saya perlu mendapat maklumat dan menyelesaikannya daripada asasnya," katanya.

Fomca seru Jom boikot TV sehingga 27 April ini


KETIKA ini pelbagai masalah sosial membabitkan remaja dan ia mencengkam masyarakat kita.

Kes pembuangan bayi, merokok, merempit, menagih dadah, seks bebas, vandalisme, lari dari rumah dan macam-macam lagi salah laku jenayah cukup merisaukan semua pihak.

Ternyata ibu bapa dilihat semakin hilang kawalan terhadap anak yang semakin liar.

Mereka juga menghadapi masalah mendidik dan membentuk anak menjadi manusia berguna mengikut acuan dikehendaki.

Terkini polis Kuala Lumpur mendedahkan, 3,263 pelajar sekolah ditahan tahun lalu kerana terbabit dalam 2,003 kes salah laku.

Pelajar berusia antara 13 dan 18 tahun dilaporkan turut terbabit dalam kes seks bebas, kehamilan, pembuangan bayi, rogol, samun dan mencuri motosikal.

Statistik ini dikatakan semakin meningkat tiap tahun cukup untuk membuktikan tahap masalah sosial remaja kita.

Golongan yang sepatutnya menjadi harapan masa depan negara ini dilihat semakin hanyut dek dunia bebas tanpa sempadan.

Antara punca masalah sosial melanda remaja dan belia ialah pengaruh negatif rancangan televisyen yang boleh dikategori sebagai kurang sihat.

Televisyen yang sentiasa menjadi medium panduan dan pendidikan mula menguasai minda dan pemikiran anak kita dengan nilai yang jauh bertentangan dengan adat ketimuran yang kemudian mempengaruhi segala tingkah laku dalam kehidupan seharian.

Adegan pergaulan tanpa batasan dan seks bebas serta perlakuan ganas seperti gengsterisme dipaparkan dalam televisyen sama ada menerusi drama dan filem tempatan mahupun Barat boleh diibaratkan menjadi ‘guru’ kepada remaja.

Drama sinetron tahyul dari seberang dan filem ganas dari Barat dilihat cukup mudah mempengaruhi minda penonton.

Itulah yang sedang menjadi gaya dan trend ikutan muda mudi zaman sekarang.

Mereka mencontohi semua perlakuan dan gelagat yang ditonjolkan secara bulat-bulat dan sering menjadikannya sebagai panduan dalam hidup.

Perbuatan yang dimulakan atas dasar ingin mencuba sesuatu yang baru akhirnya menjadi ketagih dan budaya yang sukar untuk ditinggalkan.

Fenomena ini sebenarnya adalah selaras dengan pandangan sarjana komunikasi yang bersetuju bahawa media seperti televisyen mempunyai pengaruh cukup kuat terhadap penonton. Ia dibuktikan melalui beberapa teori komunikasi terkenal.

Magic Bullet Theory yang diperkenalkan Katz dan Lazarsfeld pada 1955 misalnya mengandaikan bahawa televisyen memberikan kesan negatif kepada penonton secara langsung dan segera seperti peluru dengan penonton cenderung untuk percaya semua perkara dilihat, sekali gus boleh mempengaruhi tingkah laku mereka.

Maka jika kita mengkaji secara mendalam segala masalah sosial hari ini dengan pengaruh televisyen ke atas remaja, ternyata andaian teori komunikasi itu ada kebenarannya.

Ini membuktikan, menonton televisyen hari ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak dikawal dengan sewajarnya.

Mengambil kira senario yang membahayakan ini, wajar untuk ibu bapa menyokong kempen ‘Minggu Tidak Menonton Televisyen’ anjuran Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) yang berlangsung mulai 21 hingga 27 April ini.

Fomca juga mendedahkan, kajian dibuat pada 2005 membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka untuk menonton televisyen.

Dilaporkan juga, kanak-kanak menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di depan televisyen masing-masing.

Justeru, ibu bapa perlu mengawal dan memberi perhatian serius kepada jenis rancangan ditonton anak mereka supaya tidak terdedah dengan rancangan yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral.

Memang tidak dapat dinafikan kepentingan televisyen dalam hidup sebagai sumber maklumat, tetapi ia banyak bergantung kepada rancangan apa yang menjadi bahan tontonan seisi keluarga.

Dalam hal ini, diharapkan kementerian dan Lembaga Penapisan Filem memainkan peranan lebih efektif untuk membendung penularan filem dan drama kurang sihat di negara ini.

Selain keruntuhan moral, ketagihan menonton televisyen banyak mendatangkan kesan buruk pada tahap kesihatan seperti kegemukan dan diabetes mula mengancam kerana kita terlalu pasif untuk suatu tempoh masa lama ketika di depan kaca televisyen.

Pembaziran masa begitu lama (tiga hingga lima jam sehari) di depan televisyen pastinya menjejaskan pelajaran anak.

Mereka terlalu asyik menonton televisyen dan tidak mengulangkaji pelajaran mahupun menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Akibatnya, prestasi akademik mereka terjejas.

Keruntuhan moral, masalah kesihatan dan pelajaran adalah antara kesan negatif secara langsung akibat kelalaian ibu bapa mengawal anak daripada terus menjadi hamba televisyen. Anak hari ini adalah generasi pewaris masa depan negara.

Justeru, kelestarian pembangunan modal insan perlu dititikberatkan agar kita dapat melahirkan generasi yang bukan saja berilmu, tetapi kaya dari segi akhlak dan budi bahasanya.

Kita khuatir tabiat yang kurang sihat ini akan mula menjauhkan kita daripada anak kita, merenggangkan hubungan kekeluargaan sekali gus menghancurkan keharmonian keluarga kita.

Pengundi Hulu Selangor dipindahkan ke Selayang?

KUALA KUBU BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan pemindahan pusat pengundian 13,488 pengundi dilakukan mengikut peruntukan kuasa Akta Pilihan Raya 1958 (Seksyen 7) bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada mereka menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata beliau amat kesal dengan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya SPR menjadi dalang Barisan Nasional (BN) bagi menjatuhkan parti itu.
Beliau berkata, pemindahan pusat pengundian tidak mengganggu atau mengelirukan pengundi kerana pusat pengundian sebelum ini ditutup.
“Melalui Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958, SPR diberi kuasa menyemak setiap masa dan kemas kini serta diberi kuasa untuk melakukan belah bagi. Kuasa ini akan digunakan apabila pengundi mencecah sehingga 3,000 atau lebih di satu pusat pengundian.

“Kita buat kerana ada sekolah baru. Jumlah pengundi di satu tempat pengundian dikecilkan untuk keselesaan pada hari mengundi dan kita tidak menjangkakan akan ada pilihan raya kecil ini,” katanya semalam.

Kelmarin, PKR mendakwa SPR dalang kepada usaha menjatuhkan parti itu pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.

Pengarah pilihan rayanya, Fuziah Salleh, mendakwa pemindahan itu sengaja dirancang untuk mengelirukan pengundi dan menjatuhkan PKR.
Wan Ahmad berkata, SPR melakukan proses ini sebelum berlaku pilihan raya kecil berkenaan dan akan memaklumkannya kepada pemimpin parti politik mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, katanya, PKR perlu dapatkan penjelasan SPR terlebih dulu sebelum membuat tuduhan.

Mengulas dakwaan PKR mengenai 228 pengundi di Kampung Tanjung, Sungai Choh, dikeluarkan dari Hulu Selangor, beliau berkata, ia berlaku selepas pembetulan kedudukan lokaliti diletakkan di tempat sebenarnya.

“Apabila kita lakukan semakan, kita dapati kawasan berkenaan berada dalam Parlimen Selayang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang dan mengikut peruntukan undang-undang kita perlu memperbetulkan lokalitinya.

“Yang menjadi isu, pengundi tidak diberitahu kerana kita kesuntukan masa, tapi sebenarnya SPR sudah memberitahu perkara ini secara bertulis kepada cawangan parti di kawasan berkenaan beberapa bulan lalu,” katanya. BH

Akim pantau Adik ZAid Ibrahim

BUKIT BERUNTUNG: Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) semalam menyatakan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) selepas hilang kepercayaan terhadap pakatan pembangkang.

Presidennya, Zakaria Salleh, berkata tindakan yang dilakukan parti itu bertujuan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang jelas perjuangannya membela rakyat.

Katanya, Akim yang ditubuhkan pada 1965 mempunyai 18,000 ahli berdaftar dan sebelum ini menyokong pakatan pembangkang.

“Selain Parti Keadilan Rakyat (PKR), kami juga berpendapat Pas tidak mempunyai perjuangan membela rakyat. Kami tidak akan bersekongkol dengan mereka lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Zakaria berkata, beberapa ahli jawatankuasa mereka akan membantu jentera BN berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan mengambil tindakan tegas kepada ahlinya yang membantu kempen pembangkang.

“Kami tahu kelemahan Datuk Zaid Ibrahim. Perkara ini akan didedahkan kepada penduduk di Hulu Selangor menerusi kempen yang akan diadakan.

“Saya akan memantau adik Zaid iaitu Mohd Adnan Ibrahim yang juga Setiausaha Agung Akim jika dia membantu berkempen,” katanya.

Saturday, April 17, 2010

Muhyiddin kian terdesak di Hulu Selangor

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu seboleh-bolehnya calon Barisan Nasional P.Kamalanathan mengunjungi setiap kawasan di Parlimen Hulu Selangor yang sebesar Melaka dalam tempoh lapan hari ini.

Katanya, sebagai orang baru yang kurang dikenali pengundi, jadual kempen beliau perlu disusun agar tidak ketinggalan untuk mengunjungi semua kawasan di Hulu Selangor.

"Oleh kerana dia baru, tolong ambil masa untuk pergi semua kawasan di Hulu Selangor. Mesti meliputi semua kawasan dalam masa lapan hari lapan malam ini.

"Maknanya tugas beliau adalah berat, jadi tolong pastikan jadual yang disusun membolehkan beliau dapat mengunjungi seluruh kawasan dan jumpa sebanyak mungkin pengundi," katanya ketika memperkenalkan calon BN itu kepada pengundi di markas mini BN di Kuala Kubu Baru di sini.

Muhyiddin juga menyarankan Kamalanathan agar sentiasa membawa isterinya S. Shobana ke setiap lokasi kempen bagi mengelak sebarang eksploitasi yang mungkin ditimbulkan pembangkang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mahu Kamalanathan mematuhi segala jadual yang telah disusun parti bagi mengelakkan pengundi merasa tidak selesa apabila terpaksa menunggu terlalu lama ataupun akibat perubahan jadual di saat akhir.

Katanya, calon juga tidak perlu menghabiskan masa yang lama di satu tempat dengan berceramah sebaliknya beliau perlu pantas bergerak ke kawasan lain memandangkan tempoh kempen yang diperuntukkan adalah singkat.

"Kalau pergi beliau hanya berucap dalam masa tiga hingga lima minit. Perkenalkan nama, lahir di mana dan kata saya telah terpilih sebagai calon BN. Sokong dan pilihlah saya. Saya janji jika terpilih saya akan menjadi wakil rakyat yang baik untuk anda semua. Itu sahaja," katanya.

Ketika menyampaikan ucapan sulungnya selepas disahkan sebagai calon BN, Kamalanathan dengan Bahasa Malaysia yang fasih berharap pengundi-pengundi di Hulu Selangor memberikan peluang kepadanya untuk berbakti kepada mereka.

Katanya beliau akan menjadi pendengar yang setia kepada segala permasalahan penduduk seterusnya memperjuangkannya untuk keadilan bersama.

Kamalanathan berkata, sebagai rakyat Malaysia beliau akan menegakkan prinsip Rukun Negara kerana prinsip itu prinsip rakyat Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan BN yang menggambarkan betapa pentingnya silaturrahim kepada semua rakyat.

Justeru itu, beliau merayu agar diberikan peluang untuk mewakili suara rakyat di kawasan tersebut dan berjanji akan melakukan perubahan selagi termampu.

"Tolonglah beri peluang kepada saya untuk mengenali anda. Saya dengan sungguh rendah diri meminta bantuan, tolong jangan undi kerana saya Kamalanathan, tolong jangan undi kerana saya budak tempatan tetapi tolong undi kerana saya calon Barisan Nasional. Saya calon 1Malaysia, saya calon yang mewakili Perdana Menteri Malaysia dan saya calon yang akan mewakili anda semua selepas ini," katanya.

Kamalanathan akan berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dan dan dua calon Bebas - V.S Chandran dan Johan Mohd Diah.

-- BERNAMA

Muhyiddin mula berkempen di Parlimen Sibu

imbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 yang buat pertama kalinya berlangsung di Sarawak pada 20 April ini.

Jabatan Penerangan Sarawak berkata, MSAM yang dianjurkan buat kali ke-11 itu akan berlangsung mulai 20 hingga 26 April di padang letak kereta Wisma Bapa Malaysia bermula 10 pagi hingga 10 malam.

"Sepanjang 10 tahun MSAM, ia telah menarik minat seramai 1.7 juta pengunjung di pelbagai tempat ia diadakan," kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini pada hari Sabtu.

"Pengunjung MSAM 2010 berpeluang membawa pulang Toyota Hilux dan MPV Perodua Alza dan ia mampu dimiliki jika menyertai e-peraduan yang turut menawarkan lebih 900 hadiah menarik lain seperti motosikal, basikal, televisyen dan komputer riba," menurut kenyataan itu.

Jabatan Penerangan Sarawak berkata, antara aktiviti yang dianjurkan ialah pameran MSAM dan program Ikon Inspirasi yang menampilkan angkasawan negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, pelajar SPM 2009 Gladys Tan Yee Kim, perenang paralimpik negara Zul Amirul Sidi dan Kanang anak Langkau bagi kategori pahlawan.

-- BERNAMA

Rintihan seorang guru

SAYA kecewa dengan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang tidak prihatin kepada pemohon seperti saya yang memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sejak 2002 sehingga 2010 dan tidak pernah diberi peluang menunjukkan kemampuan saya untuk menjadi guru.

Apa yang menyedihkan tahun ini saya tidak dipanggil menduduki ujian MTest pada 13 Mac dan 27 Mac lalu (untuk calon rayuan) sedangkan ia tahun terakhir saya layak memohon kerana antara syarat layak KPLI ialah umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kemasukan ke maktab perguruan.
Apabila saya membuat rayuan dengan berjumpa Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sabah (BPG), beliau pun tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya budi bicara Pengarah BPG di kementerian yang boleh membantu, kata beliau.
Menurut beliau, umur saya pada tarikh 28 Jun (iaitu tarikh kemasukan ke maktab pelajar KPLI ambilan Jun 2010) lebih 35 tahun 1 bulan 26 hari. Bagaimanapun beliau tetap membantu saya dengan mengemukakan rayuan kepada Pengarah BPG di Putrajaya.

Persoalan saya, kenapa permohonan KPLI pemohon yang sudah melebihi lima kali tidak diberi perhatian? Selama memohon saya tidak pernah dipanggil temu duga walaupun saya membuat rayuan untuk dipanggil temu duga setiap tahun sejak 2002.

Jika tidak berminat menjadi guru, saya tidak memohon setiap tahun dan mungkin berhenti memohon apabila kecewa dengan jawapan yang terpapar di skrin komputer setiap kali menyemak keputusan panggilan temu duga ‘MAAF NAMA ANDA TIDAK BERJAYA’.

Tetapi disebabkan minat dan keinginan yang kuat, saya tidak berputus asa dan terus memohon. Setiap kali gagal dipanggil temu duga, saya tertanya-tanya apakah saya tidak layak?
Saya mempunyai ijazah yang diiktiraf, ada pengalaman mengajar serta aktif dalam persatuan dan sukan peringkat sekolah menengah dan universiti.

Apa lagi yang perlu saya ada untuk melayakkan dipanggil temu duga. Kalau mahu diambil kira soalan dan jawapan MTest, rasanya tiap-tiap tahun soalan yang hampir sama diberikan.

Saya juga pernah memohon guru sandaran tidak terlatih. Alhamdulillah, saya dipanggil temu duga setiap kali memohon, tapi perasaan saya hampa apabila orang yang berjaya mendapat jawatan itu adalah anak orang yang mempunyai kabel kuat di jabatan pendidikan negeri.

Namun, saya tidak pernah putus asa. Tahun lalu saya menghadiri sesi temu duga jawatan guru sandaran tidak terlatih bagi sekolah menengah di PPD Kota Marudu. Entah di mana silapnya sesi temu duga itu berlanjutan sehingga malam dan saya sendiri selesai temu duga kira-kira jam 8 hingga 9 malam.

Saya sampai di rumah kira-kira jam 11 malam kerana dari PPD Kota Marudu ke rumah saya mengambil masa sejam. Mujur pada masa itu saya ditemani ibu saya. Jika saya tidak berminat menjadi guru, saya tidak akan tunggu sampai begitu lama.

Sebelum keluar bilik penemuduga itu, saya nyatakan juga bahawa ini peluang saya yang terakhir, sebab faktor umur.

Namun, malangnya yang berjaya adalah calon yang belum pun setahun menganggur dan tiada pengalaman mengajar.

Saya amat kesal dan terkilan dengan pengurusan bahagian pengurusan KPLI. Kenapa orang yang benar-benar berminat tidak diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka.

ANN M,
Kuala Lumpur

Kisah Benar 1Malaysia

INI adalah kisah benar. Seorang peniaga warung yang telah berniaga nasi ayam dan nasi campur selama 12 tahun di atas tanah milik seorang pesara di sebuah kawasan dalam Kuala Lumpur.

Apabila Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) hendak dibina, perniagaan dia terpaksa ditutup untuk membuka jalan bagi pembinaan terowong tersebut.

Pada masa itu dia dapat tahu bahawa tanah yang disewanya sebanyak RM1,200 sebulan selama 12 tahun sebenarnya tanah kerajaan. Oleh itu apabila ditutup warung peniaga tersebut, jabatan yang berkenaan, Jabatan Saliran sepatutnya memberikan pampasan ke atas penutupan perniagaan tersebut.

Dengan penutupan tersebut maka bermulalah masalah peniaga tersebut. Dia telah dirujuk kepada Pejabat Tanah Wilayah yang berjanji akan memberitahu Jabatan Saliran tentang pampasan yang patut diberikan.

Kemudian dia telah berhubung dengan Jabatan Saliran dan juga bertemu dengan pegawai jabatan tersebut yang telah memberitahu beliau bahawa kesnya terpaksa dirujuk kepada Unit Perancang Ekonomi.

Begitulah seterusnya sehingga hampir dua tahun berlegar-legar antara satu jabatan dengan satu jabatan lain sehingga pernah hadir di suatu mesyuarat yang mendengar tuntutan beliau serta tuntutan tuan tanah yang sebahagian tanahnya ialah milik kerajaan.

Sampai hari ini peniaga ini belum dapat bayaran pampasannya. Nasib baiklah dia mendapat tempat berniaga di medan selera yang berdekatan. Walaupun tempat itu tidak sebaik warung yang ditutup dahulu, untuk terus hidup dia terpaksalah menjalankan perniagaannya di sana.

Inilah masalah masyarakat peniaga kecil yang dipermainkan oleh pihak berkuasa hanya untuk menuntut hak mereka.

Pada pegawai-pegawai yang berkenaan, mereka tidak simpati dengan masalah peniaga tersebut kecuali simpati melalui kata-kata manis sahaja. Bagi seseorang yang tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa untuk membantu masalah mereka, mereka akan dilupakan begitu sahaja.

Saya ingin bertanya di manakah letaknya manifestasi kenyataan "Rakyat Didahulukan" oleh penjawat-penjawat awam yang berkenaan dalam slogan 1Malaysia yang menjadi tumpuan sekarang. Dalam kes begini memang rakyat tidak didahulukan.

Saya bersyukur kerana ada juga pihak-pihak yang nampak kebaikan daripada cadangan saya menghidupkan semula Bursa Saham Bumiputera tempoh hari.

Di antara pihak yang saya rasa dapat melihat faedah cadangan tersebut ialah mereka di Astro Awani yang telah menghubungi saya tiga kali untuk tiga rancangan terbitan mereka yang berlainan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Malahan pada suatu program, saya telah bersama seorang pengamal industri sekuriti yang merasakan tidak perlu diwujudkan lagi bursa tersebut kerana di Bursa Malaysia sudah ada bahagian ACE yang dulunya dikenali dengan nama MESDAQ.

Saya telah menerangkan bahawa walaupun ACE ada di Bursa Malaysia, sehingga hari ini tidak ada satu pun syarikat Bumiputera yang tersenarai di bahagian tersebut walaupun syarat penyenaraian di bahagian berlainan daripada pasaran utama Bursa Malaysia.

Seperkara lagi, kalau kita perhatikan syarikat-syarikat di bahagian ACE ini, boleh dikatakan kesemuanya berkaitan dengan teknologi maklumat atau IT.

Daripada segi kecairan yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak, jawapan saya ialah kita akan meneroka seluruh dunia melalui Internet kerana cadangan Bursa Saham Bumiputera ini perlu bergerak melalui Internet untuk mengambil kesempatan jumlah pelanggan yang besar.

Walaupun kita sasarkan peratusan bawah daripada setengah peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggan, ia sudah lebih daripada mencukupi.

Dan seperti yang saya terangkan dengan adanya syarikat Bumiputera ini, dengan sendirinya kita menawarkan syarikat yang diluluskan oleh syariah. Ini memberikan kemungkinan cerah pelabur dari Asia Barat mungkin berminat dengan syarikat yang berpotensi dan berprestasi baik selain rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Ertinya dari segi kecairan, kita tidak terhad kepada pelabur negara kita atau Bumiputera sahaja.

Peranan pendidikan tentang selok-belok pasaran saham penting bagi usahawan untuk memahami. Bursa ini akan memberikan keutamaan kepada pendidikan bukan sahaja kepada usahawan malahan kepada pelabur sekali.

oleh : Dato' Salleh Majid ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Angka 5 dalam hubungan suami isteri

KUALA LUMPUR 16 April - Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan 'cair' terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

"Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.

"Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.

Dalam konteks sosiologi, katanya, lima tahun pertama perkahwinan adalah untuk mengenal pasangan, sementara lima tahun kedua adalah proses mengadaptasi untuk mencari keharmonian.

Beliau berkata, selepas 10 tahun barulah pasangan suami isteri berada dalam keadaan selesa dan memahami antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Ahli jawatankuasa Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Munirah Abdul Hamid pula menyarankan agar isteri mengikut suami apabila ke luar negara agar mereka dapat meluangkan masa bersama.

Percutian keluarga dengan pelbagai aktiviti, katanya, dapat menghindarkan kaum lelaki daripada berpeluang berkenalan dengan wanita seberang hingga terjebak dengan alam perkahwinan baru.

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj turut menolak dakwaan kononnya wanita Malaysia tidak arif dalam mengendalikan hal-hal rumah tangga dan memberi layanan mesra.

"Seperti golongan tua di negara Barat misalnya yang masih romantis melancong bersama. Elok kita amalkan," katanya.

"Dalam hal ini semua pihak yang terlibat perlu bersikap lebih bertanggungjawab supaya tidak ada pihak teraniaya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Indonesia dengan 80 peratus daripadanya adalah sebagai isteri kedua.

Rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia menunjukkan secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas.

Maika Holdings Selesai sempena PRK Hulu Selangor?

Penantian sekian lama yang ditanggung seramai 66,000 pemegang saham MAIKA Holdings Bhd bakal berakhir apabila satu kumpulan sektor swasta India bersetuju membeli kesemua pelaburan mereka yang bernilai kira-kira RM106 juta, demikian menurut sumber-sumber yang mengikuti rapat perkembangan isu berkenaan.

Cadangan nilai pembelian kesemua saham MAIKA itu juga mewakili RM20 juta lebih daripada nilai bersih keseluruhan aset-aset MAIKA, yang hanya bernilai kira-kira RM85 juta pada masa ini, kata mereka kepada Bernama.

"Penantian amat lama lebih 26 tahun ini akhirnya tamat bagi ribuan orang India," kata seorang daripada sumber itu.

Sumber itu berkata, kerajaan memahami bahawa masalah saham MAIKA menjadi satu isu yang menyakitkan hati masyarakat India di negara ini sejak sekian lama dan memutuskan untuk menyelesaikan isu itu.

Dilaporkan ramai orang India melabur dalam saham-saham MAIKA pada 1984, termasuk pekerja ladang yang menggadaikan barang kemas keluarga dan mengeluarkan simpanan sepanjang hayat mereka untuk melabur.

Tetapi MAIKA Holdings, yang ditubuhkan pada 1982 bagi membolehkan kaum India Malaysia untuk menyertai pertumbuhan ekonomi negara, tidak memberi pulangan menguntungkan dan hanya mengecewakan para pemegang sahamnya.

Sumber-sumber itu menyatakan bahawa kerajaan mengharapkan semua pihak yang terbabit dalam pembelian saham MAIKA akan mengutamakan kepentingan para pemegang saham dan bertindak segera menyelesaikan semua masalah tertangguh.

Mereka berkata, isu saham MAIKA merupakan satu daripada banyak isu yang ditimbulkan oleh kaum India, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat itu bagi kerajaan menanganinya.

Kerajaan, kata mereka, menyedari isu-isu berkenaan dan sedang berusaha menyelesaikannya menerusi pelbagai cara termasuk mewujudkan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kaum India dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan bagi membantu kaum India di negara ini. - BERNAMA

Friday, April 16, 2010

FRU, PORU perlu 12 kereta perisai meriam air

KOTA KINABALU 15 April - Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) di Sabah dan Sarawak memerlukan tambahan 12 buah kereta perisai meriam air bagi meningkatkan kekuatan pasukan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid berkata, selain itu, pasukan tersebut juga memerlukan kira-kira 24 mini meriam air dalam usaha menangani rusuhan dengan lebih berkesan.

"Polis sentiasa memandang berat keselamatan dalam negeri dan walaupun sedar kenderaan meriam air agak mahal, kita minta supaya kenderaan itu ditambah di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Meriam air amat perlu dan kita dapat lihat apa yang terjadi di Bangkok baru-baru ini yang tidak mempunyai meriam air menyaksikan 21 orang mati dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan kursus Meriam Air PORU Bersepadu Siri 01/2010 Peringkat Briged Sabah di padang kawat Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Turut hadir Komander Pasukan Gerakan Am Sabah, Datuk A. Paramasivam; Timbalan Komander FRU, Asisten Komisoner Nasaruddin Zahari; Komander Pasukan Gerakan Marin Sabah, Asisten Komisioner Abdul Manaf Othman dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria.

Pada majlis itu, seramai 63 anggota PORU di negeri ini berjaya menamatkan kursus latihan bersepadu itu.

Menurutnya, ketika ini, jumlah meriam air di seluruh negara hanya 11 buah dan ia wajar ditambah bagi memperkasakan pasukan anti rusuhan itu.

Katanya, langkah penambahan itu penting dalam melaksanakan pendekatan baru menggandingkan meriam air dan anggota FRU untuk menyuraikan rusuhan tanpa mengabaikan keselamatan penunjuk perasaan.

Sementara itu, Salleh berkata, pihaknya akan menyediakan pakaian keselamatan terkini bagi meningkatkan perlindungan keselamatan kepada anggota unit rusuhan itu.

Katanya, kekuatan FRU sebanyak 21 pasukan dan PORU sebanyak 24 unit tidak akan ditambah memandangkan jumlah berkenaan sudah memadai.

Wednesday, April 14, 2010

Farid Ravi calon BN di Hulu Selangor ?

ditulis Oleh : Satu Hala (seorang blogger Umno)

Pastinya kita semua pernah mendengar nama Ustaz Farid Ravi Abdullah.

Dengar cerita, beliau adalah antara nama yang sedang dipertimbangkan untuk bertanding bagi pihak MIC di Hulu Selangor.

Beliau adalah ahli MIC untuk pengetahuan semua pembaca.

Belum tentu terpilih tetapi sedang dipertimbangkan.

Jadi peluang untuk menjadi calon itu tetap adalah.

Mungkin juga Ustaz Farid Ravi ini adalah calon yang baik. Kita tidak boleh nafikan.

Sebagai seorang yang beragama Islam dan mendalam pula ilmu agamanya, pastinya masyarakat Islam di Hulu Selangor senang dengan beliau. Mungkin masyarakat Islam yang menyokong pembangkang pun akan segan dengan beliau.

Masyarakat Islam kita maksudkan orang-orang Melayu dan orang Islam lain seperti mamak dan sebagainya.

Dalam masyarakat India yang berfikiran terbuka dan menjiwai perjuangan Barisan Nasional (BN) di negara ini, mereka juga boleh menerima Ustaz Farid kerana beliau juga berbangsa Tamil seperti mereka.

Cuma masyarakat India yang perasaan anti terhadap agama lain akan menolak. Dan Takut kumpulan ini lebih ramai daripada yang berfikiran terbuka.

Ini boleh juag mengudang bala kepada BN.

Namun jika diambil dari segi sikap dan pembawakan dirinya, Farid Ravi yang merupakan lulusan Usuluddin dari Jordan sepatutnya diterima dengan baik semua pihak jika terpilih.

Orang seperti ini yang bijak dan memiliki pegangan agama yang kuat pastinya bersikap lebih amanah dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat tanpa mengira agama atau kaum.

Ini hanya pandangan penulis setelah mendengar khabar Ustaz Farid Ravi adalah antara calon yang sedang dipertimbangkan.

Masyarakat mungkin ada persepsi sendiri.

Semoga Lutfi segera sembuh

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah ,Ahmad Lutfi Othman akan menjalani operasi angioplastri ke 3 untuk membuka saluran jantungnya yang tersumbat pada pagi Isnin 12hb April 2010.Marilah kita bersama -sama doakan semoga pembedahan tersebut berjaya.


Lutfi mengucapkan jutaan terima kasih atas doa, ingatan, sumbangan dan segala bantuan dari pengunjung TKO,DD dan juga khususnya Harakah yang banyak membantu.(sms dari Lutfi)

Budak Jalanan
Pembantu Webmaster
11 April 2010

sumber : tranungkite

Sunday, April 11, 2010

'UMNO pun sama'

APAKAH ketua bahagian UMNO yang sedang digantung ekoran menghadapi pelbagai tuduhan termasuk rasuah di mahkamah, boleh dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Awang lontarkan pertanyaan ini berdasarkan aduan sebahagian ahli di salah satu bahagian di Selangor yang musykil dengan pelantikan tersebut.

Menurut mereka, ketua bahagian berkenaan sedang menghadapi kes perbicaraan di mahkamah dan ibu pejabat UMNO telah mengeluarkan arahan penggantungan terhadap beliau.

Bagaimanapun difahamkan UMNO Selangor telah melantiknya sebagai penyelaras DUN, yang diketahui umum turut berperanan menjalankan tugas-tugas parti di peringkat kemasyarakatan.

Maka berlegar banyak persoalan. Dalam UMNO sedang berusaha gigih memulihkan imej, menjaga integriti dan lebih mendekati masyarakat, apakah wajar perkara sedemikian dibenarkan?

Awang tidak mahu menjawab tetapi biarlah semua orang menilai sama ada aduan akar umbi ahli-ahli UMNO ini wajar diberi perhatian. Rakyat sudah tentu memerhatikan bagaimana UMNO menangani isu-isu integriti seperti ini. Janganlah nanti keluar ungkapan 'UMNO pun sama'....-utusan-

Wednesday, April 7, 2010

Dua Ong Tolak Tawaran dari 'Pelakon Lucah'


Presiden MCA yang baru dipilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau telah menawarkan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting untuk menganggotai Majlis Presiden (PC), namun kedua-dua bekas presiden parti itu menolak.

Dr Chua berkata beliau telah menemui kedua-dua Ong itu selepas pemilihan parti 28 Mac lepas dan mereka bersetuju untuk membantu dalam usaha mengukuhkan perpaduan parti.

"Saya juga menawarkan kepada mereka untuk duduk di dalam PC tetapi mereka menolak kerana berasakan masih mampu menyumbang kepada parti tanpa perlu memegang jawatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas antara Tee Keat dan beliau, di sini Selasa.

"Saya berharap Ong (Tee Keat) dapat terus membantu kita dalam usaha menyatupadukan parti. Nasihat, teguran dan tunjuk ajar beliau sebagai seorang pemimpin kanan amat dialu-alukan," katanya lagi.

Dr Chua yang menewaskan kedua-dua Ong itu pada pemilihan tersebut juga belum menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan senarai calon MCA bagi kemungkinan rombakan Kabinet.

Sambil menggesa orang ramai khususnya media agar tidak membuat spekulasi bahawa beliau akan kembali ke Kabinet, Dr Chua mengulangi perkara itu tidak sepenting misi beliau untuk menyatu dan menstabilkan parti selepas berbulan-bulan dilanda krisis dalaman.

Mengulas tindakan sesetengah pihak yang berkempen menentang kepimpinannya, Dr Chua yang imejnya tercemar gara-gara skandal seks, menyifatkan perkara itu sebagai isu kecil.

"Orang suka berkempen setiap hari. Saya gembira melakukan tugas saya dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengukuhan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu Tee Keat yang ditemui pemberita selepas itu berkata beliau kini menumpukan kepada tugas-tugas di kementerian dan kawasan Parlimennya.

"Paling penting bagi saya sekarang ialah mengatur semula keutamaan saya. Selain tugas sebagai menteri dan tanggungjawab sebagai Anggota Parlimen Pandan, saya telah menambah satu lagi agenda iaitu meningkatkan tahap kesihatan saya," katanya.

Ditanya mengapa beliau menolak tawaran yang dibuat Presiden MCA, Menteri Pengangkutan itu yang kelihatan terkejut menjawab: "Ada ke tawaran itu?"

Bagaimanapun Tee Keat menghujahkan bahawa jawatan dalam PC adalah bagi barisan kepimpinan sekarang, dan seseorang tidak perlu berada dalam majlis itu untuk menyumbang idea bagi membina semula parti.

"Apa saja yang kita buat mesti selaras dengan perlembagaan parti. Kita boleh menyumbang tanpa perlu berada dalam PC kerana ianya ada kuota.

"Bagaimanapun saya tidak pernah mempertikaikan hak presiden, tidak seperti sesetengah orang," katanya.- BERNAMA

Sunday, April 4, 2010

Din Berambai : Hadiahkan Al-fatihah, bukan lagu. Faham !!!



TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi yang kembali ke rahmatullah malam kelmarin.

Saya juga berkesempatan bersama seorang rakan menziarahi arwah pada sebelah pagi jenazah dikebumikan semalam.

Sepanjang perjalanan saya dari pejabat yang terletak di Jalan Ipoh ke Taman Ehsan (tempat jenazah disemadikan), saya mendengar radio yang menjadi tempat Allahyarham Din Beramboi bertugas setiap pagi itu.

Apa yang menyedihkan, sepatutnya radio tempat arwah bekerja menyiarkan bacaan surah Al-Fatihah, Yasin atau surah-surah Al-Quran untuk arwah tetapi lain pula jadinya.

Penyampai radio pagi itu (beragama Islam) memberi dedikasi kepada arwah dengan memutarkan lagu Barat (Inggeris) untuk arwah.

Saya hormati sekiranya penyampai itu membaca SMS dan menerima panggilan takziah daripada pendengar dan peminat arwah, tetapi amat tidak wajar bila dedikasi kepada arwah dengan lagu Barat yang tidak mempunyai apa-apa makna selain hiburan yang melalaikan.

Justeru, saya berharap agar semua pihak memandang berat perkara ini.

Apa perasaan keluarga arwah apabila mengetahui rakan penyampai arwah sendiri di radio mendedikasikan lagu Inggeris itu.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Al-Fatihah.

MUHAMMAD SULHI,