JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 26, 2010

Pimpinan PKR taja parti baru ? (Update)

Pemimpin tertentu dalam PKR Sabah yang terlibat dalam menubuhkan Parti baru dikenali sebagai Parti Cinta Sabah (PCS)dicadangkan menerima hukuman penggantungan satu tahun.

Demikian menurut Saifuddin Nasuition dalam satu kenyataan kepada pejabat KABAR sebentar tadi.

"Pejabat Setiausaha Agung PKR pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS).

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti megikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan 12 penama yang diadu sepertimana yang dilampirkan.

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan selama satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos yang akan datang," jelas Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

Kenyataan itu turut menyebut 12 penama itu diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos ini.

PKR di Sabah khususnya di Tenom kini kian hangat berhubung pemilihan parti November ini.

Difahamkan pemilihan PKR Sabah ketika ini wujud beberapa kumpulan yang bersaing untuk memenangkan proksi masing-masing seterusnya menentukan hala tuju PKR Sabah yang tidak habis-habis dilanda kemelut sejak dua tahun lalu.

Berikut ialah senarai 12 Penama yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slvyester @ Balon Mujim

7. Innocent Makaji

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandeee Kohoi.

Desas-desus setahun lalu juga mengaitkan PCS dengan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan turut dilaporkan di salah sebuah portal berita yang berpangkalan di negeri Sabah.

Malah, seorang pimpinan PKR Sabah ada mendedahkan senarai penaja PCS di laman sosial facebook, sejak setahun lalu.

Tidak lama selepas isu PCS timbul, pada Februari lalu muncul pula kumpulan tertentu di Sabah mahu menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang dikaitkan dengan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) yang berhasrat meletakkan calonnya disemua kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihanraya akan datang.

PPRS difahamkan diterajui oleh Datu Mohd.Arshad Abdul Mualap,33, seorang ahli perniagaan yang satu ketika dulu merupakan ahli UMNO di Sungai Sibuga dan Datu Zulkifli Tun Datu Mustapha.

Parti ini yang entah dari mana asal-usulnya mendakwa mempunyai kira 80,000 penyokong di 25 bahagian di sabah.

Peliknya, sidang media khas yang diadakan di Inanam pada 18 Februari 2010 itu dilihat malu-malu untuk mengumumkan senarai jawatankuasa mereka kepada wartawan yang hadir.

Bagi PCS pula, ia dikaitkan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang cenderung menyokong kerajaan negeri Sarawak jika menang dalam pilihanraya negeri kelak.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar akan ke Sabah pada 28 Ogos ini sebelum ke Sarawak bermula 31 Ogos ini.

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

28 Ogos 2010 (Sabtu)

1. 2.00 PM – Mesyuarat MPN bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tempat – Borneo Paradise Resort, Papar, Sabah

4.00 PM – Ceramah Politik

Tempat – Borneo Paradise Resort , Papar, Sabah

Penceramah :

i. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

iii. Dato’ James Ghani

iv. Sdr Tamrin Jaini

v. Dato’ Jeffrey Kitingan

6.30 PM – Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Ahli Parti

7.45 PM – Solat Isya’, Tarawih dan Tazkirah

Tempat – Masjid Al-Mahabah, Kampong Muhibah, Putatan

.

9.00 PM – Ceramah Perdana

Tempat – Kampong Rampaian , Sepanggar

Penceramah :
1. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

3. Dato’ James Ghani

4. Sdr Tamrin Jaini

5. Dato’ Jeffrey Kitingan

6. Sdr Najwan Halimi

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

31 Ogos – 01 September 2010 (Selasa dan Rabu)

31 OGOS 2010 (Selasa) – Lawatan ke Limbang / Lawas

11.30 am – Perjumpaan dengan masyarakat N68 Bukit Kota di Pekan Limbang

2.00 pm – Perjumpaan dengan masyarakat N70 Bakelalan di Lun Bawang

3.30 pm – Perjumpaan dengan masyarakat Lawas sempena perasmian

Pejabat Khidmat P222 Lawas, N71 Bukit Sari

6.32 pm – Berbuka puasa di Restoran Musbee bersama

Jawatan Kuasa Pakatan Rakyat Limbang / Lawas

7.42 pm – Solat Isya’ dan Tarawikh

di Masjid Bahagian Limbang

01 Sept. 2010 (Rabu) – Lawatan ke Kucing

02.00pm Perjumpaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan

Pimpinan dan Ahli Parti Keadilan Rakyat

Tempat : Grand Continental Hotel, Kuching

03.00pm Mesyuarat Biro Politik MPN dengan Dato’ Seri Anwar Ibrhim

Tempat : Grand Continental Hotel, Kucing

04.30pm Sidang media

06.48pm Berbuka puasa di N6 Tupong

Rumah Datuk Hjh. Hafsah Harun

7.58 pm Solat Isya’ dan Tarawikh

di Masjid Kpg.Pinang Jawa, Kuching


Ahli PKR Sabah Yang Digantung Boleh Merayu, Kata Anwar

KINARUT: Dua belas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang digantung daripada parti kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan sebuah parti baru masih boleh merayu kepada jawatankuasadisiplin PKR, kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini disebabkan 12 anggota terbabit menarik balik cadangan itu dan tidak melancarkan parti yang telah mereka tubuhkan.

"Saya harap mereka akan menerimanya secara jujur dan saya juga meminta kepimpinan parti supaya tidak merumitkan perkara ini. "Kami perlu memberi mereka peluang untuk merayu. Ini hanyalah satu prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan PKR Sabah di sini, Sabtu.

Anggota terbabit dikatakan telah membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Disember lepas ekoran rasa tidak puas hati Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah. - BERNAMA Ahad Ogos 29, 2010.

PCS : Tiga digantung, baki diberi amaran 30 Ogos 2010

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah menolak syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung keahlian 12 pemimpin PKR Sabah, dan memutuskan untuk melepaskan sembilan daripada mereka dengan diberi amaran.


MPP bagaimanapun mengesahkan syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung selama setahun keahlian presiden penaja Parti Cinta Sabah (PCS) Daniel John Jambun, timbalan presiden Awang Ahmad Sah dan setiausaha Moses Iking - semuanya aktivis kanan Sabah - tetapi mereka boleh merayu terhadap keputusan tersebut.

Hukuman ke atas mereka dijangka dikurangkan kepada separuh selepas rayuan dibuat dan dikebelakangkan kepada 3 Disember.

Ini adalah tarikh permohonan dibuat untuk mendaftar PCS di Kota Kinabalu dan dilaporkan telah ditarik balik dalam tempoh 24 jam.

Dengan itu, ketiga-tiga mereka masih layak untuk bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 18 September.
Mereka masing-masing bertanding jawatan ketua cabang Sepanggar, Putatan dan Keningau.

Manakala hukuman ke atas sembilan orang lagi - yang turut disyorkan oleh jawtankuasa disiplin digantung keahlian selama setahun - diganti dengan diberi surat amaran

Gelora PKR Tenom


60 CALON KETUA CABANG SUDAH AMBIL BORANG?

CABANG PKR Tenom tidak bersikap pilih kasih kepada anggotanya kerana mereka berhak dicalonkan menjadi Ketua Cabang untuk menerajuI PKR Tenom kerana borang pencalonan sudah tersedia di Pejabat PKR Tenom dan sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding sebarang jawatan, sila datang sendiri ke pejabat untuk mengambil borang tersebut.

Demikian satu kenyataan media dikeluarkan oleh Setiausaha Cabang PKR Tenom, Misery Raisimin.

Bercakap mengenai minat orang orang terpelajar dan cendikiawan untuk berkecimpung dalam politik PKR Tenom,

Misery berkata, "Begitulah kita dengar khabar banyak yang berminat dan PKR Cabang Tenom alu-alukan kehadiran mereka sebagai calon untuk menguji bakat masing masing."

Kata Misery lagi, "Kita mempunyai dasar terbuka kepada semua anggota parti yang berminat, PKR amalkan dasar demokrasi mengikut peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan PKR.

Cabang PKR Tenom, kata Misery, tidak mempunyai bidang kuasa mentadbir urus penamaan calon dan pada hari pengundian nanti. Semuanya akan diambil alih oleh Team Pemantau dan Penyelia Pemilihan yang didatangkan khas oleh Majlis Tertinggi Kepimpinan PKR Pusat.

Menjawab satu pertanyaan, Miseri berkata, beliau sudah mengeluarkan 60 borang penamaan calon dan semua calon bolehlah menyerahkan borang mereka pada 29 Ogos 2010 pada jam 9.00 pagi kepada Penyelia dan Pemantau Pemilihan PKR dengan menyertakan RM20.00 (tunai) sebagai bayaran pencalonan dan RM2.00 yuran bagi setiap calon. (Hanya ahli PKR sahaja yang layak bertanding).

Menjawab isu ‘permainan kotor’ dalam kempen pemilihan, Misery berkata, "Amat tidak wajarlah mereka menyebar surat layang berbentuk fitnah, termasuk mengaibkan tokoh tertentu terutama Halik Zaman ke seluruh Tenom sebagai taktik untuk melemahkan calon yang ingin bertanding.”

“Siapa lagi, kalau bukan perbuatan orang yang selalu menganggap dirinya sendiri cerdik, tapi bodoh dan rosak akhlaknya," bidas Miseri.

Apabila Krew Sabahkini mengajukan pertanyaan kepada Halik Zaman, beliau berkata, "Biarlah apa yang dia mahu tulis, tulislah asalkan dia senang hati apa yang dia sudah tulis.

Kita serahkan kepada Allah. Allah jua yang akan membalasnya. Doa orang yang difitnah maka balasannya akan segera diterimanya di dunia. Di dunia dia terima bala dan diakhirat dia ahli neraka."

"Tuan bekerja untuk PKR, Tuan berkorban untuk PKR, bukan untuk fitnah orang sebagai pasport untuk menang jawatan. Kalau nak jawatan dalam parti, bersikap ikhlas dan jujurlah pada diri sendiri dan kerja kuatlah, baru gentlemen," jelas Halik dengan senyuman.

Bila diasak satu pertanyaan lagi, Halik enggan mengulas. Katanya, hal budak-budak tidak payah dilayan.

“Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya ringkas.


SETIAUSAHA PKR TENOM NAFI GUNA PATI

TUDUHAN Daniel John Jambun bahawa ada 150 orang PATI dari Sepanggar telah didaftarkan dalam buku pendaftaran anggota-anggota Cabang PKR Tenom adalah dusta dan fitnah semata-mata.

“Kalau Daniel John bukan seorang pembohong, sila datang sendiri pada 19 September 2010 dan saksikan sendiri kehadiran perwakilan atau Daniel John Jambun boleh datang ke Tenom dan periksa sendiri dalam buku daftar dari Pusat,” kata Setiausaha Cabang PKR Tenom, Misery Raihimin petang semalam.

"PKR Pusat hantar 4 orang pemantau. Sesiapapun boleh buat bantahan kalau perkara itu ada berlaku, orang Tenom kenal orang Tenom, Tenom bukannya besar ia sebuah pekan kecil," jelas Miseri.

Kata Misery lagi, "Sikap dan perangai Daniel John Jambul semua orang tahu, suka jadi penyibuk dan suka buat khabar sensasi, fitnah adalah permainannya."

"Gunsibin Yosundang, Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom memberi tahu Halik Zaman, bahawa Daniel John menuduh beliau sedemikian petang tadi dan Halik Zaman telah menghubungi saya untuk menjelaskan kebenaran tentang tuduhan Daniel John tersebut," terang Setiausaha itu.

Kata Misery lagi, "Kalaulah tuduhan Daniel John itu memangnya betul, beliau ada cakap begitu, maka saya rasa Daniel John sakit 'sakit mental '. Tapi kalau tidak betul dia cakap begitu, anggaplah satu perkhabaran palsu yang bukan dari percakapan Daniel John.”


PERPINDAHAN AHLI PERKARA BIASA!


TIMBALAN Ketua Bahagian PKR Pensiangan, Affendy Hasbollah Angindih menolak dakwaan kononnya Ketua Bahagian PKR Danny Andipai tidak menerima notis mengadakan mesyuarat pemilihan pada September ini sebagai dusta dan sebagai suatu gimik semata mata yang bertujuan untuk mengucar-kacirkan lagi proses persiapan pemilihan itu.

“Janganlah ada lagi jenis pemimpin yang bersikap mengada-ada yang mahu melihat PKR terus berterabur dan berpecah-belah hanya kerana tamakkan kuasa dan tidak mahu mengaku kalah di tangan rakyat mengikut proses suara majoriti,” tegas Angindih ketika memberitahu Krew Sabahkini.net pada Jumaat.

Mengenai dengan dakwaan berhubung keciciran ahli dalam senarai cabang, Angindih berkata ia adalah menjadi perkara biasa kerana setiap cabang mempunyai urusetia yang bertanggung jawab mengurus dan menangani masalah tersebut; yang bukan sahaja dialami di kawasan-kawasan lain di Sabah tetapi kawasan Pedalaman khususnya Pensiangan juga tidak terkecuali.

Menyentuh berhubung perpindahan kawasan bagi Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari Keningau ke Pensiangan, Angindih berkata, ia merupakan proses biasa yang mengikut Perlembagaan parti dan tidak seharusnya menjadi persoalan besar.

“Pokoknya perpindahan seseorang ahli itu telah diluluskan oleh Pusat dan sebaliknya bukan dibuat buatnya sendiri,” ujar Angindih yang kesal dengan dakwaan Andipai.

Tegas Angindih, PKR yang mengamalkan sistem demokrasi tulen, membolehkan sesiapa juga ahli yang sah, boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti termasuk Ketua Cabang.

“Kalah atau menang dalam pemilihan merupakan perkara biasa. Tetapi dalam PKR, sama ada dia kalah tidak bererti dia kalah terus, manakala bagi yang menang bukan menang terus dan menjadi kebanggaannya. Tetapi yang bangga adalah imej PKR menjadi bersih di mata rakyat,” tegas Angindih.

Angindih yang akan bertanding mempertahankan jawatan yang dipegangnya selaku Timbalan Ketua Cabang PKR Pensiangan, optimis bahawa beliau tidak akan bermasalah untuk mempertahankan jawatan itu bersama-sama dengan calon Ketua Cabang, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada pemilihan 19 September akan datang, yang dijangka akan diadakan di Hotel Perkasa, Keningau.

Saingan Menarik pertandingan AMK Pusat

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -- Nurul Izzah difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

“Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja,” kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepada Malaysiakini semalam.

Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas 'ditarik' daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.

Pada masa yang sama, ketika kedua-dua 'lawannya' dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu.

“Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi - bekas pemimpin pelajar di United Kingdom - beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat”.

Kumpulan 'direstui' Anwar

Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam politik”.

“Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.

Kumpulan ini yang khabarnya 'direstui' Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan, berkaca mata) (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA.

“Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul (kanan) - seorang peguam - kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

'Berseorangan belum tentu sunyi'

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai 'gimik' politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan.

Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia - NGO yang diasaskannya - enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.

“Saya tidak akan umumkannya. Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini.

Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN.

Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.

Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya.

“Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

Fuziah Salleh tanding naib presiden PKR

Wanita PKR sepakat untuk mencalonkan pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh untuk bertanding jawatan naib presiden.

Fuziah merupakan ahli parlimen Kuantan dan juga bekas ketua Wanita PKR.

Enam lagi pemimpin Wanita akan bertanding merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mereka ialah Elizabeth Wong, Felicia Ling, Hasnah Hashim, Salma Ismail, Siti Aishah Shaik Ismail dan Rozaini Mohd Rosli.

Perkara itu diumumkan oleh ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Manakala Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang akan mempertahankan jawatannya.

Begitu juga dengan timbalannya, Rodziah Ismail dan dua lagi naib ketua - Hazina Talha dan Noorsham Abu Samah.

Dalam sidang akhbar tersebut Zuraida juga memberitahu bahawa 38 pemimpin Wanita, termasuk Nurul Izzah Anwar akan bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat cabang.

Anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bertanding merebut jawatan ketua cabang Lembah Pantai.

Manakala ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismal yang juga presiden PKR, akan bertanding jawatan ketua cabang Permatang Pauh.

Menurut Zuraida lagi, 10 orang wanita akan bertanding jawatan ketua cabang, manakala 28 lagi akan bertanding jawatan timbalan dan naib ketua cabang.

Sementara itu, Fuziah berkata beliau yakin berpeluang untuk memenangi salah satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

"Semua orang bertanding untuk menang. Saya yakin dengan segala keutamaan kepada parti, saya yakin (menang) kerana anggota kenal dan tahu khdmat saya," katanya.

Dalam sidang akhbar yang sama, Rodziah mengumumkan beliau dan Zuraidah akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Manakala Haniza Talha dan Noorsham akan mempertahankan jawatan naib ketua Wanita PKR.

"Ini memberi mesej kepada anggota dan parti bahawa wanita adalah komited untuk memenuhi kuota 30 peratus.

"Kita sudah bersedia. Ini adalah permulaan," kata Rodziah.

Sementara, Zuraida berkata Dr Zaliha Mustaffa tidak mempertahankan jawatan naib ketua Wanita kerana memberi tumpuan bertanding jawatan ketua cabang Gelang Patah (Johor).

"Kita akan calonkan Gan Pei Nei (ADUN Rawang) sebagai naib ketua wanita," katanya.

Menurutnya lagi, dua exco kerajaan Selangor - Rodziah dan Elizabeth - juga masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Shah Alam dan Petaling Jaya Utara.

Manakala Fuziah dan Haniza yang juga timbalan Speaker DUN Selangor, masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Petaling Jaya Selatan dan Kuantan.

Ditanya sama ada akan berlaku cabaran bagi jawatan utama Wanita PKR, Zuraidah berkata: "Kita jangkakan beberapa nama... Kita mengambil sikap untuk membuat rundingan yang matang supaya Wanita menjadi kukuh dan mantap."

Senarai Pengganti Taib Mahmud

SIAPA bakal pengganti Taib? Soalan cepu emas ini kini berkumandang lagi, selepas agak lama disenyapkan. Kenyataan terkini yang keluar daripada mulut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri mengenai kesediaannya berundur.

Ramai mengatakan saya sudah tidak diperlukan lagi. Jika benar saya tidak diperlukan lagi maka saya sedia untuk berundur.
Itulah kenyataan yang dilafazkan Abdul Taib apabila diajukan soalan apakah beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum tempoh DUN sekarang berakhir pada 24 Julai 2011.
Dalam kalangan wartawan dan pengamal media di Sarawak, cukup arif betapa soalan mengenai pengunduran Taib amat sensitif untuk ditanya kepada pucuk kepemimpinan negeri Sarawak sejak 29 tahun lalu itu.

Antara reaksi Abdul Taib yang paling digeruni apabila beliau membeliakkan matanya sebaik soalan diajukan kurang disenangi. Justeru, rata-rata pengamal media di Sarawak cukup berhati-hati dan pasti akan melihat mood Abdul Taib terlebih dulu, sebelum mengajukan soalan dianggap sensitif.

Namun bagi wartawan senior yang pernah duduk bersembang atau mengadakan wawancara eksklusif dengan ahli politik veteran yang mula aktif berpolitik sejak 43 tahun lalu dan menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 itu, Abdul Taib tidak segarang disangka.

Malah seorang pemimpin kanan Umno yang pertama kali mengadakan kunjungan hormat ke atas Abdul Taib tahun lalu, turut memberitahu penulis betapa beliau amat terkejut melihat keperibadian sebenar Abdul Taib yang jauh berbeza daripada yang digambarkan.
Saya ingat beliau seorang yang sangat serius dan sukar untuk diajak berbicara. Rupa-rupanya bersemuka dan berbicara dengan beliau cukup menyeronokkan. Banyak pengalaman dan nasihat yang beliau kongsikan, kata pemimpin itu.

Hakikatnya, kedudukan Abdul Taib yang cukup lama dalam politik dan pernah berkhidmat di bawah kelima-lima Perdana Menteri setakat ini, meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang cukup disegani, bukan ditakuti.

Mood Abdul Taib ketika ditanya pemberita kelmarin mengenai kedudukannya, sama ada akan bertanding lagi atau tidak pada pilihan raya negeri akan datang, cukup baik dan beliau nampak begitu ceria.

Abdul Taib secara terbuka menyatakan kesediaannya berundur jika tidak lagi diperlukan turut menyerahkan nasibnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan parti.

Beliau menjadi Ahli Parlimen buat pertama kalinya di bawah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada 1967 ketika berusia 31 tahun.

Kenyataan terkini Abdul Taib mengenai kesediaannya untuk berundur menyebabkan teka-teki siapa bakal pengganti beliau dan bakal menjadi Ketua Menteri kelima bagi Sarawak kini muncul semula.

Carta nama yang disebut-sebut bakal menggantikan beliau termasuklah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta Penasihat Khas Ketua Menteri yang muncul semula dalam politik Sarawak setelah tenggelam seketika, Tan Sri Adenan Satem.

Adenan dikatakan pernah menjadi pilihan utama Abdul Taib juga bekas adik ipar Ketua Menteri Sarawak itu. Dengan latar belakang pendidikan undang-undang, Adenan seorang pemimpin yang pintar dan fasih berhujah, selain terkenal dengan tabiatnya sebagai ulat buku.

Adenan pernah menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di peringkat Pusat sejak Mac 2004, namun melepaskan jawatannya pada 2006 dan sejak itu hanya menumpukan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, dan namanya tenggelam selama enam tahun sehinggalah pada Mac lalu, apabila rombakan kabinet menyaksikan Adenan kembali diberi kepercayaan oleh Abdul Taib dengan jawatan Penasihat Khas Ketua Menteri, portfolio baru bertaraf Menteri.

Abang Johari pula dilihat sebagai cukup disenangi akar umbi terutama dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera kerana khidmat cemerlangnya, selain mesra rakyat serta mudah didekati akar umbi.

Awang Tengah juga tidak ada kurangnya serta antara orang kanan yang sering diberi kepercayaan oleh Abdul Taib dalam soal politik dan pentadbiran.

Nama Datuk Seri Effendi Norwawi, yang paling menyinar satu ketika dulu juga bagaikan sudah tiada lagi dalam carta bakal Ketua Menteri Sarawak, apa lagi anak saudara Abdul Taib itu sendiri nampak tidak lagi berminat untuk aktif dalam politik. Namun ia tidak bermakna nama Effendi sudah terpadam terus dalam carta itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Abdul Taib sebenarnya pernah membayangkan bakal penggantinya sejak 18 tahun yang lalu.

Penulis masih ingat ketika Abdul Taib merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBB Bahagian Satok dan Tupong pada 26 April 1992, beliau menamakan tiga muka lama dan seorang muka baru sebagai penggantinya - Abang Johari, Adenan, Effendi (muka baru ketika itu) dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapha.

Pada majlis ulang tahun ke-23 sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 2004, Abdul Taib membayangkan betapa barisan bakal pengganti yang dinamakan itu belum lulus penuh untuk peralihan kuasa dilakukan. Malah beliau mahu memastikan BN mantap sebelum bersara.

Tiada siapa boleh menafikan betapa besarnya sumbangan Abdul Taib sepanjang menerajui Sarawak, terutama dalam membangunkan seluruh pelosok negeri ini dan menganjakkan ekonomi Sarawak sehingga ke tahap sekarang. BH

Wednesday, August 25, 2010

Abdul Taib sedia berundur?

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata, beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Amanah Raya Berhad (ARB) kepada tiga pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, di sini hari ini.

Pelajar berkenaan ialah Mohammad Zubair Mustafa yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan, Faliq Asraf Jafri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tunaz di Kuching dan Nadira Hamapei dari SMKA Miri.

Taib berkata, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya.

Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata, perkara itu masih belum diputuskan lagi.

Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, katanya, trend itu masih membingungkannya sehingga kini.

"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya dan menurutnya kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini.

Friday, August 13, 2010

Kisah Keluarga Rosmah di Negeri Sembilan


Rosmah Mansur, isteri kedua kepada Presiden Umno, Najib Razak pernah dikaitkan dengan pembunuhan terhadap wanita Mongolia Altantuya Sharibu...

Rosmah juga digelar sebagai wanita puaka dalam kempen politik yang turut dikaitkan memakai susuk diwajahnya seperti mana dalam satu ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru=baru ini.

Berita di bawah adalah sesuatu yang pelil dan benar yang melibatkan keluarga Rosmah di negeri Sembilan.

Kru Wartawan Suara Keadilan, setahun lalu pernah diganggu polis apabila mereka berusaha mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kejadian itu.

Jika pemerhati politik dan dan peminat setia yang sering mengikuti siri perkembangan isteri kesayangan Najib ini, mereka pasti tahu bahawa wajah Rosmah suatu ketika dahulu ada memiliki tahu lalat di bahagian pipinya yang didakwa di buang selepas itu.

Malah Rosmah turut dikaitkan dengan kisah perceraian Najib semasa Najib bergelar Menteri Besar Pahang suatu ketika dahulu.

Rosmah juga pernah dikaitkan dengan Video Puaka sebelum ini yang turut dimuatkan dalam laman You Tube yang didakwa diceritakan sendiri oleh keluarga beliau di negeri Sembilan.

Apa-apa pun, saya melihat Najib Razak bukan sahaja dibebani dengan cara beliau yang gagal menuruskan ekonomi negara bahkan lebih parah ialah beliau terpaksa menghadapi bebanan Rosmah kesayangannya yang dilaporkan kaki Shopping di luar negara selain beberapa kerenahnya termasuklah lebih menonjol berbanding Najib sendiri di media milik pemerintah.

Jika Pak Lah sebelum ini dikaitkan dengan penguasaan Khairy, Najib pula lebih parah apabila lebih dikuasai Rosmah.

Lihat sahaja program Permata Negara, kesannya kepada dunia pendidikan kita cukup parah.

Pemansuhan UPSR dan PMR bakal berlaku kononnya mementingkan peperiksaan tetapi sebenarnya kerajaan BN terbeban dengan kos yang tidak sedikit wang yang perlu dibelanjakan untuk tujuan kedua-dua peperiksaan itu setahun selain perlu membayar gaji pemeriksa di seluruh negara.

begitu juga guru yang dipotong pelbagai kos termasuklah claim dan hanya makan sepotong kuih dan nasi bungkus dalam kursus.

Semua bajet ini dipotong agar projek Rosmah berjalan lancar.

Rosmah juga kini lebih 'Wanita' berbanding Menteri Wanita, Shahrizat Jalil.

Selamat Membaca!


SEREMBAN 12 Ogos - Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya mendakwa, dia kerap mendapat visual tulisan di dinding yang menjadi medium perhubungannya antara alam hidup dan alam mati.

Rasidi, 32, juga menyatakan, visual tulisan tersebut yang mengarahkan dia membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuk, Atan Daud, 87; nenek, Sufiah Katas, 80; dan adik, Siti Khadijah, 22, pada awal Januari lalu.

Pengakuan itu dibuat olehnya ketika membela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh bapa, datuk dan neneknya di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada masa dan tarikh yang sama.

Keempat-empat tuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Rasidi yang berbaju kemeja putih dan seluar hijau muda memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan membacakan kenyataan yang ditaip di atas dua helai kertas.

Dalam keterangan tanpa bersumpah itu, Rasidi yang kelihatan tenang menyatakan, dia telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang kematian bapa, ibu, abang dan adiknya.

"Visual tersebut memaparkan ayah saya telah diangkat ke langit dan ibu saya terperanjat lalu meninggal dunia manakala abang kedua saya menjadi batu dan adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Ujarnya, walaupun ahli keluarganya telah meninggal dunia tetapi dia masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan dari hati ke hati.

Menceritakan kejadian itu, Rasidi berkata, dia pulang ke kampung pada 4 Januari lalu tetapi pada sebelah malamnya, dia tidak dapat tidur kerana tulisan di dinding memberitahu syaitan dan dajal telah keluar di negara ini.

"Setelah hari siang, saya mendapat arahan daripada tulisan di dinding menyuruh saya membunuh dajal yang telah memasuki badan nenek saya dan membunuh syaitan yang memasuki badan datuk saya.

"Saya telah pergi ke rumah datuk dan mendapat arahan agar menikam nenek saya menggunakan pisau yang berada di lantai sebelum menikam datuk saya," ujarnya.

Selepas membunuh kedua-dua mangsa, kata Rasidi, dia pulang ke rumah untuk membasuh tangan dan pisau tersebut.

"Tiba-tiba ayah saya keluar dan tulisan di dinding itu mengarahkan saya menyembelih ayah dan mengambil kepalanya untuk dibawa ke Thailand.

"Selepas itu saya terus masuk ke dalam rumah dan berjumpa adik saya. Tulisan di dinding itu kemudian mengarahkan saya menikam adik saya untuk menyelamatkannya daripada dirasuk dajal dan syaitan," jelasnya.

Kata pemuda itu, dia membawa kepala bapanya dengan menaiki motosikal ke pekan Tampin dan dari situ dia menaiki teksi ke Seremban sebelum ke ibu negara dengan menaiki bas.

"Di Kuala Lumpur saya menyewa bilik di sebuah hotel bajet di Jalan Petaling dan pada malam itu saya telah diadili oleh Tuhan atas pembunuhan yang saya lakukan serta dijatuhi hukuman pancung.

"Pada waktu pagi saya pergi ke Penjara Pudu untuk menjalani hukuman gantung tetapi saya dapati ia sudah ditutup. Saya kemudian pergi ke mahkamah berdekatan Dataran Merdeka tetapi mahkamah itu sudah berpindah," katanya.

Rasidi memberitahu, dia kemudian pergi ke Masjid Jamek dan mendengar banyak suara menyuruhnya menyerang anggota polis agar mereka menembaknya sekali gus melaksanakan hukuman pancung yang dijatuhkan terhadapnya.

"Saya kemudian mengambil sebilah pisau dari sebuah kedai makan berdekatan Masjid Jamek lalu berjalan mencari balai polis berhampiran.

"Tiba-tiba saya terjumpa dua anggota polis bantuan yang sedang meronda di stesen LRT Masjid Jamek dan saya telah mengacukan pisau tadi kepada mereka dengan harapan mereka akan menembak saya," ujarnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Hanif Hassan berkata, anggota polis berkenaan tidak melepaskan tembakan sebaliknya mereka mengejar dan memberkasnya.

Bekas tunang tertuduh, Mysharah Mohammad Ali, 29, yang turut dipanggil sebagai saksi pembelaan memberitahu, dia dihubungi oleh tertuduh pada 3 Januari lalu dan dimaklumkan mengenai ibu, bapa, abang dan adik lelaki tertuduh telah meninggal dunia.

"Saya tanya tertuduh... betul ke, takkan semua mati serentak. Kemudian tertuduh kata betul sebab dia (Rasidi) adalah Rasulullah," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersambung 30 Ogos ini.

Tuesday, August 10, 2010

Sajak sempena Hari Lahir Datuk Seri Anwar Ibrahim

Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang

Sekali tanganmu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suaramu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyahutnya

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

~Usman Awang

Wednesday, August 4, 2010

Datuk Seri Anwar Ibrahim raikan hari lahirnya di bulan Ramadhan

10 Ogos tarikh lihat anak bulan Ramadan

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 10 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan.

Lokasi berkenaan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).

Turut menjadi lokasi Bukit Besar, Bukit Kemuning, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu); Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan).

Lokasi lain adalah Tanjong Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni di Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat (Perlis) turut menjadi lokasi melihat anak bulan.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.

Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu.

PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai semalam hingga 10 Ogos, menurut Kuala Lumpur.

Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

- Bernama



10 Ogos ini
juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar akan menyambut hari lahirnya.

Tuesday, August 3, 2010

Kerajaan gagal bela nasib OKU

KATAKAN apa saja istilah – Orang Kurang Upaya (OKU), orang kelainan upaya, orang cacat, golongan istimewa atau apa saja– nasib mereka tidak banyak berubah.

Yang terbanyak adalah berada di bawah paras kemiskinan. Yang berjaya pula setakat lima peratus.

Sejak negara merdeka 53 tahun lalu, nasib OKU tidak banyak mendapat pembelaan kerajaan berbanding rakan mereka di Britain, Jerman dan Finland.

Jika negara maju banyak mengutamakan kebajikan OKU dalam prospek pembangunan prasarana negara, Malaysia lebih banyak bercakap, keluhan dan bersimpati, namun terlalu sedikit menyediakan ruang membantu golongan cacat.

Malah, kementerian yang diwujudkan khusus untuk membantu OKU seperti hilang fokus dan lebih membicarakan isu sosial, buang bayi, masalah janda dan wanita daripada masalah OKU yang melarat sekian lama.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 10 peratus jumlah penduduk sesebuah negara dikategorikan sebagai cacat.

Ini bermakna 2.7 juta penduduk Malaysia menghadapi masalah kecacatan. Sehingga Disember 2009, hanya 267,513 OKU berdaftar di negara ini.

Ramai yang tidak mendaftar kerana alasan tersendiri.

Ramai juga merasakan kerajaan tidak banyak membuat apa-apa untuk membantu OKU, sekadar retorik dan seminar yang akhirnya tidak melaksanakan apa-apa.

Masalah OKU di Malaysia terlalu banyak dan sepatutnya kita sudah mempunyai pelaksanaan untuk menyelesaikan masalah. Peluang pekerjaan amat terbatas walaupun segelintir mereka mempunyai kelulusan dan kemahiran yang setaraf dengan orang ramai.

Siti Huraizah Ruslan antara contoh OKU yang cemerlang dalam pendidikan, namun dinafikan peluang untuk mengisi jawatan setimpal kemampuannya.

Dia gagal memohon jawatan pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi kerana penemuduga memberi alasan kecacatan penglihatan bakal menyukarkan tugasnya mendidik siswa di menara gading.

Walaupun dia lulus cemerlang di pusat pengajian tinggi sama, penemuduga mempunyai alasan tersendiri untuk menafikan keupayaannya bekerja.

Dia kini sekadar bertugas di suatu tempat yang tidak setimpal dengan kelulusan dan kemahiran dimiliki.

Dia dinafikan hak kerana cacat penglihatan.

hanya dibayar gaji RM1,200 sebulan walaupun antara graduan cemerlang.

Seorang warga cacat yang lain pula terpaksa berdepan kerenah birokrasi apabila menemui kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di premis Hentian Bas Kajang, Selangor.

Dia mahu menggantikan kad pengenalan OKU yang sudah rosak.

Malangnya hasrat itu tergendala apabila kakitangan JKM dengan tegas menolak permohonannya kerana alasan tiada surat pengesahan doktor.

“Kami tidak boleh proses permohonan tanpa surat pengesahan doktor,” tegas pegawai JKM sambil menghulurkan borang yang perlu diisi oleh doktor kerajaan.

Saya sudah ada kad OKU, hanya mahu menggantikan yang baru.

Kad OKU lama mengesahkan saya cacat anggota. Encik lihat saya bertongkat yang mengesahkan saya OKU.

Apakah ini pun perlu surat doktor untuk mengesahkan sesuatu yang sudah sah? Apakah JKM tidak mempunyai rekod OKU yang sudah berdaftar?”

Pegawai JKM itu tetap menolak rayuan berkenaan kerana dia terikat dengan kerenah birokrasi jabatan kerajaan.

Di Malaysia, isu kerenah birokrasi tidak pernah sunyi di jabatan kerajaan dan tidak pernah selesai.

Hampir semua jabatan kerajaan menjadi tumpuan umum kerana isu remeh yang sepatutnya diperbetulkan sesuai konsep 1Malaysia.

Akta OKU yang dikuatkuasakan pada Julai 2008 sepatutnya berjalan lancar untuk menyediakan peluang dan ruang kepada golongan cacat.

Di atas kertas, ia seolah-olah berperanan memberi pengiktirafan hak kepada golongan itu yang memperuntukkan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Namun sehingga kini keberkesanan masih menjadi pertanyaan umum.

Apakah akta diwujudkan sekadar ‘ada-ada’ atau masih berfungsi membantu OKU di negara ini.

Ramai OKU gagal mendapat pekerjaan setimpal meskipun mempunyai kelayakan dan kemahiran.

Memang diakui peluang pekerjaan amat terhad tetapi Akta OKU masih berperanan untuk menggariskan panduan kepada sektor awam dan swasta menyediakan peluang kepada OKU berkhidmat.

Majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU sepatutnya menerima insentif dan hal ini sepatutnya digariskan menerusi bajet negara dan dipertegaskan juga dalam rancangan pembangunan lima tahun.

Tanpa penguatkuasaan akta, usaha membantu OKU menjadi sia-sia kerana minda kelas ketiga masih tebal di Malaysia walaupun mempunyai kemudahan prasarana kelas pertama.

JKM melancarkan program Job Coach sejak 2006 bagi membantu golongan OKU mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan masa depan cerah.

Bagaimanapun, keberkesanannya masih misteri.

Apakah program itu dapat menyelesaikan masalah ekonomi OKU yang kini masih ramai jadi pengemis, pemuzik jalanan atau pekerja bawahan.

Setakat Disember 2009, seramai 766 OKU berkhidmat di sektor awam, 7,683 lagi mendapat pekerjaan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Seramai 26,422 orang lagi mendapat pekerjaan, membuka perniagaan sendiri atau menerima Elaun Pekerja Cacat daripada kerajaan.

Angka itu terlalu kecil berbanding 2.7 juta warga OKU di negara ini.

Bagaimana pula taraf ekonomi mereka?

Masalah lain yang sering menjadi isu dalam membela nasib golongan OKU ialah aspek infrastruktur dan kemudahan awam.

Pengangkutan awam sudah menyediakan ruang khusus untuk OKU. Bagaimanapun masih banyak bangunan awam tidak mesra OKU.

Tangga bergerak tidak sesuai untuk pengguna cacat anggota dan cacat penglihatan. BH