JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, September 25, 2010

Saya boleh kaya jika menolak Anwar - Azmin


Wartawan : Adakah YB rasa dengan pengalaman dalam parti selama ini akan meletakkan YB sebagai pemimpin yang telah diuji dan teruji ?

Azmin :
Saya mahu anda mengetahui bahawa betapa sukarnya untuk mengambil keputusan ketika kes Anwar bermula.

Saya boleh mengambil sikap untuk berkecuali. Saudara pun tahu hubungan saya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu bukan hubungan biasa, boleh dikatakan keluarga dekat beliau.

Tetapi saya sebut kes Anwar, keterangan saya di mahkamah bahawa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan supaya saya diperkenalkan kepada Anwar, ketika saya tidak kenal Anwar.

Jadi begitu akrabnya saya sehinggakan majlis perkahwinan saya dihadiri beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad) bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Saya bukan anak bangsawan, bukan orang elit, arwah ayah saya hanyalah pesara tentera tetapi hubungan kami sehingga beliau anggap saya ini sebagai anaknya.

Saudara bayangkan pada 2 September (1998, tarikh pemecatan Anwar Ibrahim) betapa sukarnya saya membuat keputusan untuk bersama Anwar atau Dr. Mahathir ? Bukan mudah untuk saya buat keputusan.

Saya bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 1997, setahun sebelum saya dipecat.

Saya beritahu kepadanya saya tidak terima Ini, mungkin Dr. Mahathir merasakan Anwar tidak layak sebagai Menteri Kewangan, tidak cekap saya boleh terima.

Tetapi sekiranya melampau batas, saya tidak boleh. Saya telah menjelajah seluruh dunia bersama beliau (Anwar) dan saya tidak melihat seperti yang dituduh oleh Umno pada ketika itu.

Malangnya Dr. Mahathir masih berkeras dan saya terpaksa membuat keputusan untuk mempertahankan keadilan dan kebenaran.

Saya hilang adik. Saudara kena ingat tidak mudah kepada saya, seluruh anggota keluarga saya dipaparkan di muka-muka akhbar ketika itu, dengan isteri dan anak saya difitnah tetapi apa pilihan saya ketika itu.

Saudara perlu lihat perkara ini, pengalaman yang saya lalui, pengalaman yang sebenar walaupun peguam ketika itu menyarankan agar saya tidak menjalankan ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa ini soal moral.

Saya buat ujian DNA termasuk dua terhadap isteri dan anak saya. Kalau saya inginkan kesenangan, pada 2 September (1998) saya boleh pilih untuk bersama Dr. Mahathir.

Bukan saya angkuh atau bongkak tetapi saya pasti sekiranya saya bersetuju dengan mereka, saya tidak akan duduk di sini seperti sekarang.

Saya telah mengharungi ujian yang getir. Saya rasa selain Anwar, saya telah menghadapinya bersama isteri dan anak saya, tetapi Alhamdulillah saya yakin dengan pilihan saya walaupun terpaksa menolak adik saya.

Namun saya akan mempertahankan pendirian saya dan keadilan sebenar.

Friday, September 24, 2010

2 Izzah, apa kata Azmin ?

Soalan : Nurul Izzah sebelum ini menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim. Apa komen YB mengenai perkara ini dan bagaimana YB melihat ancaman-ancaman dari luar parti ?

Azmin :
Itu laporan yang diputar belitkan oleh media, tetapi Nurul Izzah sendiri memberitahu saya dalam majlis rumah terbuka di Lembah Pantai bahawa maklumat yang dilaporkan itu tidak tepat dan berniat jahat.

Saya tidak berkecil hati kerana bagi saya apa juga pandangan yang dilontarkan adalah hak beliau dan saya mengenalinya sejak kecil lagi.

Jangan ada lagi cubaan untuk mengeruhkan hubungan kami sekeluarga kerana saya mengenali Anwar dan keluarganya hampir 26 tahun.

Mengapa mahu dipertikaikan. Mengenai ‘Pencacai Politik’(Mungkinkah Ezam?) yang kata kenal Anwar luar dan dalam, mereka tidak lama pun berkhidmat dengan Anwar.

Baru dua tahun sahaja. Program tarbiah itu belum habis. Kalau saudara lihat bagi yang sudah melepasi tempoh tarbiah semua setia sampai sekarang.

Apabila berlaku insiden 1998, di mana dia? Lari ke Jakarta. Ketika kami berhempas pulas, dia tidak ada di sini. Dia hanya pulang setahun kemudian setelah keadaan kembali reda. Lawan saya bukan dia. Lawan saya lebih dari itu.

Soalan :
Sekiranya menang jawatan Timbalan Presiden, adakah nanti akan timbul satu persepsi bahawa YB yang akan mengawal parti disebabkan presiden sekarang dilihat hanya boneka sahaja?

Azmin : Jangan memandang rendah tentang kebolehan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti kerana beliau adalah ketua kami ketika parti ini baru berkembang.

Beliau ketua kami ketika parti ini sedang menghadapi kekuatan luar biasa Umno.
Hanya ketika sekarang kita boleh berkepak sedikit . Beliau mempunyai kekuatan tersendiri berbeza dengan Anwar.

Wednesday, September 22, 2010

Zaid Ibrahim bersama Ketua Penerangan Umno malam ini.

Bekas calon PKR yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim akan bersama Ketua Penerangan Umno, yang juga orang kepercayaan Najib Razak iaitu Ahmad Maslan di Johor pada malam ini dalam sebuah forum yang bertajuk “Membina Negara Bangsa Malaysia Dari Perspektif Perlembagaan – Masa Depan dan Harapan”.

Kumpulan Zaid dalam satu kenyataan memaklumkan forum itu aakan diadakan antara 8.30 hingga 12 malam ini dengan kehadiran dijangka kira-kira 500 orang dari sekitar negeri Johor dan satu sidang akhbar akan diadakan selepas itu.

Zaid yang kini merupakan Penyeleras Pakatan Rakyat dilihat kian kerap menghentam PKR dalam usahanya merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini.

Selain itu, Zaid juga memanipulasi blognya yang digunakan sempena PRK di Hulu Selangor yang lalu, ‘zaiduntukrakyat’ untuk menjejaskan imej Presiden PKR, Datuk Seri Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan pelbagai tanda-tanya dalam kalangan ahli berhubung cara beliau yang masih kelihatan seperti cara Umno dalam berkempen.

Malah, beberapa bloger Umno dilihat bersetuju bekas pemimpin Umno di Kelantan itu merebut jawatan Timbalan Presiden dan siap menyenaraikan kira-kira enam agenda Zaid mesti menang bagi memastikan Azmin tumbang.

Tidak dapat dipastikan tujuan Zaid bersama Ahmad Maslan dalam keadaan pemilihan PKR sedang hangat berlangsung, namun jika dilihat kronologi Zaid yang baru setahun dalam PKR, pelbagai persoalan menimbulkan tanda-tanya berkaitan beliau.

Beberapa pihak mendakwa beliau ditaja oleh Umno untuk merosakkan PKR dari dalam seperti mana yang berlaku kepada beberapa pimpinan sebelum ini.

Lebih menarik apabila dakwaan itu dinafikan Zaid sebelum pimpinan PKR bersuara mengenainya.

Sama sepertimana yang dilakukannya di Hulu Selangor baru-baru ini apabila tuduhan terhadap beliau kaki botol di’iya’kan walaupun Zaid belum melihat asal-usul tuduhan itu yang sebenarnya berpunca daripada gambar super-impose beliau memegang botol arak yang dipropagandakan oleh bloger Umno yang juga anti Najib tetapi Pro Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dan Perkasa, sebuah NGO yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, seorang politikus yang suka melompat parti.

Dalam bahasa mudahnya, Zaid sebelum menjawab soalan wartawan sepatutnya menyelidiki dahulu dakwaan itu dan bukan terus mengaku yang akhirnya dipropagandakan media upahan Umno, Zaid kaki botol dan kuat minum arak.

Antara yang dibincangkan dalam kalangan anggota PKR termasuklah di laman sosial facebook ketika ini ialah kebimbangan mereka jika Zaid kalah, adakah beliau akan meninggalkan PKR, sebagai mana beberapa pemimpin PKR yang kecewa dalam parti itu keluar parti apabila beberapa kemahuan mereka tidak dapat ditunaikan oleh PKR, sebuah parti baru dan miskin pula.

Saya berharap Zaid kekal dalam PKR, kerana jika beliau keluar parti dan kembali kepada Umno, ia sesuatu yang berbahaya kerana Zaid ialah Penyelaras Pakatan Rakyat dan sudah tentu ada beberapa maklumat penting yang melibatkan gabungan parti itu ada dalam tangan beliau yang dibimbangi akan dipergunakan oleh pihak Umno-BN untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Ingat lagi, Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR yang didakwa terlibat dalam membawa beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti ?

PKR sedikit terjejas kerana sebagai bekas Setiausaha Agung, beberapa dokumen penting parti ada dalam tangan beliau dan beliau turut didakwa ada menemui Najib Razak sebelum beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti.

Salehuddin juga ialah Pengarah Jawatankuasa Pengelola Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009.

Sebagai wartawan, penulis akui beliau bukanlah seorang yang mesra media, tapi apa boleh buat, beliau merupakan Setiausaha Agung dan Pengarah ketika itu.

Adalah diharapkan PKR dan Pakatan Rakyat lebih berhati-hati dalam melantik orang-orangnya dalam jawatan tertentu yang cukup penting buat parti itu dan Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun, sidang akhbar pada malam ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua media di negara ini.

20 peratus royalti minyak untuk Sarawak - Fuziah


Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, Fuziah Salleh sekali lagi menegaskan bahawa royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan pendapatan petroleum di Sarawak tetap akan diberikan kepada negeri itu jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang.

Menurutnya, royalti minyak sebanyak 20 peratus merupakan hak rakyat Sarawak yang selama ini gagal diperjuangkan oleh rejim BN pimpinan Taib Mahmud di Sarawak.

Ditanya bagaimana tuntutan itu dipenuhi pada pilihanraya negeri akan datang dalam keadaan kerajaan pusat masih dalam taklukan BN, beliau menegaskan dengan kata-kata berikut.

“Insya’Allah sekiranya kita berjaya menawan Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang, kita tetap akan menuntut royalti 20 peratus itu untuk Sarawak walaupun ketika itu kerajaan pusat masih lagi diperintah oleh BN.

BN boleh sahaja menuntut perkara itu namun dalam tempoh mereka memerintah, mereka jelas tiada komitmen untuk itu dan pada masa yang sama pemimpin mereka lebih mementingkan kekayaan peribadi, keluarga dan kroni walaupun majoriti rakyat di Sarawak kekal dalam paras kemiskinan,” katanya ketika dihubungi KABAR.

KABAR ialah akhbar politik yang sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menjelaskan, walaupun rejim BN memerintah Sarawak hampir 50 tahun, rejim BN hanya menghargai Sarawak dalam bentuk pujian politik apabila Sarawak kerap dilabelkan oleh pimpinan BN sebagai Deposit tetap BN setiap kali menjelangnya pilihanraya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Sarawak wajar menolak BN pada pilihanraya akan datang dengan memberi peluang kepada PR untuk memerintah Sarawak seterusnya melaksanakan pelbagai program kebajikan bagi merakyatkan ekonomi Sarawak untuk rakyat Sarawak.

Beliau memberi contoh, bagaimana negeri Selangor yang baru dua tahun diperintah oleh PR berjaya merakyatkan ekonomi Selangor agar benar-benar dirasai oleh rakyatnya sendiri.

Pimpinan PKR dan PR ketika ini silih berganti ke Sarawak dalam gerak kerja pilihanraya bagi memastikan segala isu dan penerangan benar-benar sampai kepada rakyat di negeri terbesar di Malaysia itu.

Antara cabaran PR di Sarawak selain kurangnya laporan media berhubung program mereka, turut menjadi cabaran ialah bentuk muka bumi Sarawak yang luas dan jaringan jalan raya yang sukar untuk dikunjungi termasuklah di kawasan tertentu yang hanya boleh dikunjungi melalui bot dan helikopter.

Tuesday, September 21, 2010

Kisah elektrik di Simunjan



“Semasa saya membantu kempen parti pada pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2001 di Simunjan, Sarawak, BN hanya mencampakkan tiang-tiang elektrik di Sarawak selepas kita membangkitkan kegagalan BN berhubung bekalan elektrik yang di kawasan itu.

Malangnya, selepas BN menang, mereka tetap membiarkan penduduk Simunjan terus bergelap sepertimana yang berlaku pada pilihanraya negeri berikutnya, iaitu pada tahun 2006 di mana tiang elektrik baru hendak dipacakkan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Datuk Dr. Mansor Othman yang melawat Sarawak baru-baru ini.

Beliau yang kini merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata, rejim BN kekal dalam sindrom penafian kononnnya membela nasib rakyat bukan semasa pilihanraya tetapi lawatan beliau bersama jentera pilihanraya PKR ke Sarawak berkali-kali jelas membidas secara automatik penafian pemimpin BN.

“Saya ke Sarawak bukan sekali, malah sejak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya peringkat pusat sejak tahun 2001 hingga 2009, saya terlibat hampir ke semua pilihanraya termasuklah peringkat negeri di Sarawak.

Antara kawasan yang kita lawati ialah Saribas, Simunjan sebelum ini dan baru-baru ini saya bersama pimpinan PKR berada di Sadong Jaya.

Faktanya ialah rejim BN di Sarawak tetap gagal membela nasib rakyat dan ini boleh dilihat dengan jelas didepan mata kita sendiri bila mana prasarana asas yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sarawak seperti bekalan air bersih, jalanraya gagal dinikmati oleh majoriti rakyat di Sarawak,” tegasnya kepada KABAR sebentar tadi.

KABAR ialah sebuah akhbar yang sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan.

Selain Mansor, turut berada di Sarawak baru-baru ini ialah Naib Presiden Kanan PKR, Azmin Ali, Exco Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Mansor turut membidas alasan pihak tertentu kononnya Sarawak tidak mampu memberikan air percuma kerana kawasan negeri itu yang luas dan tidak sekaya negeri Selangor.

“Bukan persoalan luasnya mukabumi atau negeri Sarawak miskin, soalnya ialah keazaman politik dipihak BN, mahu memberikan air percuma atau sanggup melihat rakyat sendiri meminum air yang tidak bersih berpuluh-puluh tahun?

Jika persoalan negeri miskin, rakyat jelas mengetahui bahawa Sarawak amat kaya dengan pelbagai hasil bumi seperti gas, minyak dan balak, manfaatkanlah hasil itu untuk rakyat?

Jangan pula kata pemimpin BN tidak mampu, bagaimana dengan kekayaan Ketua Menteri, Taib Mahmud sepertimana yang didedahkan (Sarawakreport)?

Alangkah baiknya jika kekayaan pemimpin turut dikongsi sama oleh rakyat Sarawak yang majoritinya masih tergolong dalam kategori miskin?” tambah beliau.

Sejak awal tahun ini, Sarawakreport.org sebuah laman web muncul dengan pendedahan yang antara lain mendakwa Taib dan keluarganya memiliki kekayaan luar biasa termasuklah di luar negara.

Sementara itu, Mansor yakin pilihanraya di Sarawak akan datang akan diadakan seawalnya November ini dan tidak lebih pada April tahun depan.

Friday, September 17, 2010

Air Bersih di Kelantan ? Selesaikan dulu di Sabah dan Sarawak - Wan Zainal


Umno yang tersungkur di bumi Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu dan sehingga kini pelbagai Bahagian Umno di negeri itu masih dalam status haram, kian terdesak apabila kononnya mahu memberikan air bersih buat rakyat di Kelantan.

Anehnya, Sabah dan Sarawak yang dicengkamnya sejak puluhan tahun lalu, sehingga kini dinafikan hak mereka berhubung air bersih termasuklah pada sambutan Syawal baru-baru ini walaupun kedua-dua negeri itu sering dipropagandakan sebagai simpanan tetap BN oleh bosnya, Najib Razak.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak, Haji Wan Zainal Wan Sanusi berkata, tindakan Umno-BN di Kelantan itu sekadar retorik politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, Sarawak yang kekal dalam cengkaman rejim BN sejak negeri itu menyertai Malaysia 47 tahun lalu pun gagal menikmati air bersih inikan pula mahu melakukannya di Kelantan ?

"Kita menghargai niat Umno itu untuk memberikan air bersih,itu pun kalau betul sebab pemimpin BN ada yang berjanji tetapi banyak juga yang dimungkiri.

Persoalannya bagaimana dengan negeri yang kamu perintah di Sabah dan Sarawak ?

Kamu bising berkaitan air di Kelantan yang diperintah PAS kira-kira 20 tahun termasuk hak royalti di rakyat negeri itu yang kamu nafikan, tetapi kamu terbukti gagal membekalkan air bersih di Sarawak yang kamu perintah hampir 50 tahun," Soalnya.

Wan Zainal turut mengecam alasan segelintir pihak bahawa keluasan Sarawak antara punca banyak kawasan di negeri itu gagal mendapat bekalan air.

"Kalau keluasan dijadikan alasan, bukankah Sarawak memiliki hasil bumi yang banyak?

Saya yakin bukan setakat air bersih, hatta air percuma pun mampu dinikmati rakyat di Sarawak jika pengurusan ekonomi dan wang rakyat tidak dibazirkan termasuklah kekayaan yang melimpah ruah dikalangan pemimpin tertentu dalam BN berbanding kemiskinan berterusan yang menghimpit majoriti rakyat di negeri ini.

Sekiranya rasuah sifar di Sarawak dan setiap sen wang rakyat diuruskan dengan penuh amanah saya yakin rakyat Sarawak mampu menikmati air bersih secara percuma dan kami dalam Pakatan Rakyat mampu melakukannya jika diberi peluang menawan negeri ini pada Pilihan Raya negeri akan datang," tegas beliau.

Air Percuma antara manifesto PKR bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini.

Beliau berkata demikian kepada KABAR sebagai mengulas propaganda Umno bahawa parti itu kononnya mahu memberikan air bersih kepada rakyat Kelantan jika berjaya merampas kubu kuat PAS itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau ketika ini berada di Dun Sadong Jaya bersama beberapa pimpinan PKR termasuklah Naib Presiden PKR, Azmin Ali dalam gerak kerja pilihanraya bagi menawan Sarawak menjelang Pilihan Raya di negeri itu yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Turut serta di majlis itu, Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman Exco Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Terdahulu, seorang pengetua di Sarawak mendedahkan bahawa kanak-kanak di salah sebuah sekolah di negeri itu terpaksa bermandi air lumpur (gambar bawah) sejak lebih 35 tahun lalu.

Manakala akhbar tempatan Sabah pada 14 September lalu melaporkan bahawa kira-kira 7,000 penduduk kampung di kawasan Weston dan Lubok terjejas pada sambutan 1 Syawal lalu akibat ketiadaan air di kawasan mereka.

Bekalan air turut 'bercuti' sempena hari raya

14th September, 2010 - NST


WESTON: Penduduk Weston dan Lubok, merungut dan kesal apabila berdepan masalah bekalan air di saat umat Islam sibuk menyambut ketibaan syawal.

Ketibaan 1 syawal yang sepatutnya disambut meriah menjadi hambar kerana ketiadaan bekalan air.

“Malah ramai diantara mereka yang pulang awal ke kota. Ketiadaan bekalan air bermula sehari sebelum hari raya sehinggalah ke hari ini,” kata beberapa penduduk yang kecewa dengan Jabatan Air.

“Mana tidaknya kami kecewa kerana bermula hari raya sudah tidak ada air, bukan saja segala pinggan mangkuk dan pakaian tidak dapat dicuci malah untuk mandi dan masak pun susah nak dapatkan bekalan air.

Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana beberapa hari sebelum hari raya bekalan air tidak bermasalah walaupun terpaksa ikut jadual namun mengapa perkara ini boleh berlaku pada setiap kali menjelang hari raya dan inilah yang menjadi persoalan kepada Jabatan Air.

Terdapat hampir lima ribu penduduk Weston dan lebih 2,000 penduduk di Kampung Lubok Weston, terjejas akibat ketiadaan bekalan air bermula sehari sebelum hari raya sehingga ke hari ini.

Sambil berseloroh, beberapa penduduk mengatakan “bila cuti hari raya, bekalan air pun turut sama bercuti,” kata mereka.

Thursday, September 16, 2010

PKR Sarawak fokus pilihanraya negeri - Mustaffa


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub dengan tegas menafikan wujud sebarang perbalahan di kalangan pemimpin parti itu di Sarawak untuk menggugurkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Baru Bian.

Beliau berkata, khabar angin yang tersebar dalam internet menerusi sebuah laman web pro-Barisan Nasional (BN) atau mana-mana pihak hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan parti menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Menurutnya, PKR negeri telah mencapai banyak kejayaan di bawah kepimpinan Baru sebagai pengerusinya malah katanya jika berlaku sebarang masalah dalam parti beliau dengan segera memberi penekanan dan ‘masih mampu mengurusnya’.

“Kepimpinan pusat tidak menerima sebarang memorandum bertulis dari Sarawak (untuk menggugurkan Baru Bian sebagai pengerusi)… dan berdasarkan rundingan saya bersama mereka, tiada masalah (nampak tiada perpecahan),” katanya.

Mustaffa berada di Kuching baru-baru ini untuk merasmikan Seminar New Dawn Malaysia dan Program Tranformasi Pemimpin.

Beliau turut menjelaskan, kedatangannya ke Sarawak semata-mata untuk merasmikan dua aktiviti parti itu dan bukan mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan masalah yang wujud antara pucuk kepimpinan PKR Negeri.

Seminar Malaysia ‘New Dawn’ jelas Mustaffa berjaya menarik lebih 200 penyertaan.

Manakala Program Transformasi Pemimpin pula disertai 35 pemimpin akar umbi dan bertujuan mempersiapkan parti untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang yang diramal bila-bila masa dalam waktu terdekat ini atau selewat-lewatnya Julai tahun depan.

Selaku pembangkang terbesar di Sarawak, Mustaffa berkata, PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya separuh daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan yakin PKR negeri mampu melakukan yang terbaik.

Baru-baru ini, sebuah blog pro-BN mengeluarkan sebuah artikel bertajuk ‘Perbalahan Dalam PKR Sarawak? yang mendakwa wujud rancangan untuk menulis petisyen dan menghantar delegasi ke Kuala Lumpur meminta Baru digugurkan daripada jawatan pengerusi PKR Sarawak.

Laporan itu juga mendakwa mesyuarat dianggotai pucuk kepimpinan utama parti telah diadakan di kediaman salah seorang penasihat PKR Sarawak dan dihadiri beberapa orang penting termasuk bekas-bekas pemimpin PKR Negeri.

Baru, seorang peguam, mengambil alih jawatan pengerusi PKR Sarawak sejak Oktober tahun lalu daripada Mustaffa yang berasal dari Perak.

Baru juga merupakan seorang yang cukup terkenal khususnya dalam isu perjuangan Hak Tanah Adat (NCR).

Kabar Era Pakatan sebelum ini ada menebual beliau secara eksklusif dan antara respon beliau berhubung PKR negeri ialah parti itu komited untuk menawan Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang bersama DAP, PAS dan SNAP.

Wartawan Senior Utusan Mula bersuara, TABIK SPRINGGGG

Kerajaan perlu membenarkan media mengambil sikap lebih terbuka dan bebas mendebatkan sesuatu perkara termasuk isu sensitif, untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua pihak, kata
presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia Norila Daud.

Beliau berkata NUJ percaya langkah tersebut mampu melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan menghargai perbezaan pendapat itu sebagai satu asas penting yang membolehkan negara mencapai kemajuan setelah 53 tahun merdeka.


"Adalah lebih sihat perkara yang walaupun dianggap dan diklasifikasikan sebagai sensitif, diperjelaskan dan diperdebatkan dalam media dengan cara beretika, daripada membiarkan rakyat mengambil tindakan sendiri kerana tidak mendapat gambaran jelas serta maklumat tepat mengenai sesuatu perkara itu.

"Kebebasan pembaca untuk berdebat dan memberi pandangan mengenai sesuatu isu tidak boleh disekat di akhbar-akhbar yang dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berikutan keterbukaan dan kebebasan mereka berbuat demikian di portal-portal dan akhbar online," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong bahawa kementerian itu akan merangka garis panduan penerbitan baru, Norila berkata ia akan menjadikan akhbar yang dikawal akta berkenaan tidak lagi relevan, dan secara perlahan mampu membunuh industri persuratkhabaran itu sendiri.

"Dengan ini, NUJ berpendapat sudah sampai masanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda supaya penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah.


"NUJ juga berpendapat pihak yang mengancam ketenteraman awam dan menjejaskan keharmonian rakyat menerusi penulisan dan penyiaran, mesti didakwa di bawah undang-undang sedia ada, bagi membolehkan mereka membuat pembelaan diri di mahkamah," katanya.

Semalam, Lee berkata garis panduan baru itu dirangka bagi memastikan penerbit memahami tanggungjawab serta peranan mereka sepenuhnya.

Katanya, antara perkara yang perlu dilakukan penambahbaikan ialah memperjelaskan dengan lebih terperinci peraturan dan syarat permit serta peruntukan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Norila berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya penerbit atau akhbar tertentu menghurai dan memberitahu pembaca tentang keadaan sebenar jika berlaku gangguan terhadap mana-mana agama, budaya atau tatatertib oleh pihak yang tidak memahami sensitiviti sesuatu kaum.

"Menggunakan isu sesuatu berita dan rencana itu boleh membawa kesan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan hari ini sebagai syarat untuk mengetatkan dan mengawal penerbitan berita.

"Kekayaan budaya yang dilahirkan daripada kepelbagaian bangsa, agama dan keturunan di negara ini tidak akan menuju ke satu tahap kemajuan, sekiranya kementerian terus menggunakan akta itu sebagai alasan untuk mengetatkan syarat-syarat penerbitan sehingga menyukarkan penyaluran maklumat sebenar," katanya. --Bernama

Tuesday, September 14, 2010

Anwar sah tidak bertanding


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam sebarang jawatan dalam parti itu walaupun menerima pencalonan mengenainya.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, apa yang beliau inginkan ialah persaingan yang sihat dikalangan anggota parti tanpa nama beliau dilibatkan sama sekali kononnya mendapat restu dari beliau.

“Rakan-rakan serta pemimpin di peringkat akar umbi juga melahirkan keprihatinan dan melontarkan beberapa cadangan tambahan buat pertimbangan pimpinan.

Maka sesuai ditegaskan bahawa adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti.

Saya menginginkan persaingan yg sihat dengan semua calon yang dikemukakan mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya.

Saya juga tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti,” jelas Anwar melalui blognya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Mohd Rafizi Ramli yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) dikaitkan dengan restu Anwar sebelum dinafikan oleh Rafizi tidak lama selepas itu.

Rafizi yang bertanding buat pertama kali bagi jawatan itu turut memperkenalkan regunya termasuklah beberapa wakil rakyat Muda PKR dan beberapa bekas pimpinan Mahasiswa dalam sidang akhbar pada 1 September lalu.

Anwar turut menjelaskan, sistem pemilihan yang diperkenalkan oleh PKR jelas bersifat demokratik dengan ruang sepenuhnya diberikan kepada setiap anggota untuk menentukan calon pilihan masing-masing.

“Parti Keadilan Rakyat memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik, memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan. Kaedah etika pemilihan wajib dipatuhi semua,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru setiap anggota PKR yang akan bertanding mematuhi segala peraturan pemilihan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Monday, September 13, 2010

Kes Bunuh Sosilawati dan Cabaran sang Wartawan


Kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibunuh dan dibakar benar-benar menguji insan yang bergelar wartawan.

Dalam dunia kewartawanan, semakin dekat berita itu di hati pembaca, semakin ghairah wartawan untuk melaporkannya termasuklah berdepan dengan kekangan peraturan yang kadangkala mahu tidak mahu perlu diredah juga demi menjadi orang pertama mendapatkan berita itu.

Lebih-lebih lagi jika pihak Editor berkeras mahukan lebih bahan berita berbanding yang diberikan oleh pihak polis dalam sidang akhbar yang pastinya ada beberapa perkara pasti tidak akan diberikan bulat-bulat walaupun soalan ditanyakan mengenainya.

Bernama hari ini melaporkan Polis terpaksa menahan tiga wartawan kerana didakwa cuba menyusup masuk ke ladang ayam, tempat di mana kesemua mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Sebenarnya, selagi tiada usaha dilakukan sendiri oleh pihak wartawan berkaitan perkara itu, pastinya banyak perkara penting tidak akan dihebahkan kepada orang ramai kerana kes ini ada kaitan dengan seorang Datuk yang juga seorang ahli perniagaan.

Apa-apapun, kepada anda yang bertekad ingin menjadi wartawan khususnya wartawan Jenayah, anda mesti sanggup tidak tidur malam, peka dengan keadaan sekeliling dan mempunyai keinginan yang tinggi mendapatkan sendiri berita itu tanpa bergantung pada sidang akhbar semata-mata.

Teringat pesan seorang Editor kanan di akhbar media arus perdana yang tidak balik ke rumah selama tiga hari kerana melaporkan berita pembunuhan Mona Fendy suatu ketika dahulu.

Editor itu yang hanya berkelulusan SPM dan kini berjaya di akhbar tersebut berkata, laporan itu antara penyumbang segera beliau dinaikkan pangkat sehingga kini.

Lima petugas media ceroboh kena tahan

BANTING: Lima petugas media termasuk dua daripada Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ditahan polis kerana cuba memasuki kawasan dipercayai menjadi lokasi jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu dibunuh serta dibakar, di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, wartawan jenayah Harian Metro, Shamsul Munir Safini dan jurugambar, Mohd Yusni Ariffin ditahan ketika cuba meninjau kawasan rumah ladang serta pusat penternakan milik suspek utama kes bunuh dan bakar empat mangsa terbabit.

Shamsul dan Yusni dikatakan cuba memasuki tempat kejadian melalui kawasan belukar bersebelahan sebelum kehadiran mereka disedari polis yang berkawal dan ditahan.

Difahamkan, kad memori kamera, buku nota dan tag petugas media mereka dirampas untuk tujuan rekod, tetapi dipulangkan semula setengah jam kemudian selepas diberi amaran keras.

Tiga lagi yang ditahan dan diberi amaran adalah jurukamera agensi berita Xin Hua, Lim Ling Fong; pemberita sambilan NTV7, Mohd Shahif Ibrahim; dan wartawan portal berita Malaysian Insider, Yow Hong Chieh.


Polis Tahan Dua Jurukamera, Seorang Pemberita Di Lokasi Pembunuhan Sosilawati

BANTING, 13 Sept (Bernama) -- Dua jurukamera video dan seorang pemberita ditahan anggota polis yang berkawal di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, lokasi yang dipercayai menjadi tempat jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibunuh dan dibakar.

Mereka ialah jurukamera agensi berita Xin Hua Lim Ling Fong, stringer NTV7 Mohd Shahif Ibrahim dan wartawan portal berita Malaysian Insider Yow Hong Chieh.

Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira 4.15 petang Isnin ketika cuba menyusup masuk ke ladang ayam, tempat di mana kesemua mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Namun mereka hanya berjaya menyusup masuk kira-kira 200 meter dari tempat polis berkawal, iaitu di kawasan pintu masuk jalan ke ladang berkenaan.

Selepas ditahan, mereka diarah menaiki kereta peronda polis sebelum dibebaskan pada 5.43 petang kira-kira 50 meter dari tempat mereka ditahan.

Mohd Shahif berkata ketika ditahan, anggota polis cuma memeriksa kad pengenalan mereka dan memberi amaran agar tidak lagi menceroboh tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, Sosilawati, 47, menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32. -- BERNAMA

KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain

6 September 2010

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
10 September

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.

Saturday, September 11, 2010

Majoriti berhutang di Lembah Klang


Sebahagian besar penduduk di Lembah Klang terpaksa berhutang bagi membeli keperluan asas kerana pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menanggung kos hidup yang tinggi.


Hasil kajian yang dijalankan oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap 232 responden di sekitar Lembah Klang mendapati 41.9 peratus daripada mereka terpaksa berhutang bagi mendapatkan keperluan asas.

Responden juga didapati telah membeli secara ansuran di kedai runcit berdekatan dengan tempat tinggal mereka, meminjam wang dari kaum keluarga atau menggunakan kad kredit.

Manakala 33.6 peratus lagi terpaksa bergantung pada penggunaan kad kredit untuk membeli-belah barang keperluan isi rumah dan mengisi minyak kenderaan.


Rumusan kajian itu dibentangkan dalam kertas kerja bertajuk ‘Kesan Kenaikan Harga Barang Terhadap Perbelanjaan, Tabungan dan Kredit Isi Rumah di Lembah Klang’ yang dijalankan oleh Norlaila Abu Bakar, Doris Padmini Selvaratnam, Nor Aini Idris dari fakulti tersebut.

Kajian itu merupakan antara 67 kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Kepenggunaan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea) Ke-14 di Hotel Equatorial di Bangi hari ini.

Seminar bertajuk ‘Halatuju Penyelidikan Kepenggunaan: Isu dan Cabaran’ itu dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Macfea.

Kajian itu juga mendapati, kenaikan harga barang telah menyebabkan isi rumah terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang lebih tinggi terhadap makanan, pengangkutan dan pendidikan anak-anak.


Peningkatan itu dilihat paling ketara berlaku dalam kategori makanan dan minuman.
Isi rumah juga tidak dapat mengurangkan kuantiti pembelian kerana ia merupakan barang keperluan asas yang penting bagi menjamin kesejahteraan hidup.


Peningkatan perbelanjaan bulanan isi rumah menyebabkan lebihan pendapatan untuk tabungan menjadi berkurangan malah ada yang tidak berbaki.

Berikutan itu, 94.4 peratus responden mencadangkan supaya kerajaan bertindak dengan lebih agresif untuk mengawal harga barang khususnya keperluan asas.

Friday, September 10, 2010

Blog Anwar Ibrahim digodam ?


SHAH ALAM, 9 Sept – Blog Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama portal berita freemalaysiatoday.com (FMT) dan laman web Raja Petra Kamarudin tidak dapat diakses hari ini dipercayai ekoran serangan siber.

Penyelaras media kepada Anwar, Mohd Eekmal Ahmad juga mengesahkan blog ketua pembangkang itu tidak boleh diakses hari ini.

“Kami masih menyiasat punca gangguan tetapi ketiga-tiga insider dilihat terjadi secara kebetulan,” katanya.

Editor FMT, K. Kabilan berkata portal itu berhadapan dengan gangguan Distributed Denial of Service (DDOS) sekejab-kejab sejak dua tiga minggu lalu sebelum tidak dapat diakses sama sekali mulai pukul 3 pagi tadi.

DDOS adalah satu bentuk serangan berterusan untuk mengelak laman web daripada berfungsi secara berkesan dengan menyalurkan permintaan-permintaan luaran secara berlebihan.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan hubungan hari ini,” kata Kabilan kepada The Malaysian Insider.

Menurut Kabilan, laman web malaysia-today.net juga tidak dapat diakses ekoran gangguan sejak awal minggu ini.

Dalam pada itu, ketua pegawai teknikal FMT Thirun Nadason dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata pihaknya percaya yang DDOS adalah kerja mereka yang profesional dalam bidang ICT.

“Pasukan kami sedang mengambil tindakan untuk memastikan perkhidmatan boleh disediakan sedia kala tanpa gangguan,” katanya.

Pengarang Urusan FMT Phllip Rodrigues mengecam tindakan itu.

“Ini kali kedua insiden seperti ini terjadi tetapi FMT tidak akan terganggu dengan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab dan akan terus membuat laporan tanpa rasa bimbang dan takut,” katanya.

“FMT ingin memohon maaf kepada pembaca kami atas sebarang ketidakselesaan yang wujud,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu pihaknya telah mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam Negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Zeti Marziana Muhamed berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lepas.

“SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.

“Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web,” katanya.

Katanya pemilik laman web juga disaran mengambil langkah-langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan. M.I.

Wednesday, September 8, 2010

Lagi penjenayah lari dari lokap


KUCHING : Tiga lelaki, termasuk seorang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) 1969, berjaya meloloskan diri dari lokap sebuah balai polis di daerah ini pada awal pagi Selasa.

Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai mengumpil jeriji besi dan meloloskan diri melalui bumbung bangunan itu dan hanya disedari oleh anggota polis yang membuat pemeriksaan lokap pada pukul 1.45 pagi Selasa.

Tiga lelaki tersebut ialah seorang tahanan EO berusia 29 tahun, seorang pendatang tanpa izin warga Thailand berusia 38 dan seorang remaja berusia 18 tahun yang dtahan kerana terbabit dalam kes mencuri motosikal.

Menurut sumber polis, ketika kejadian, terdapat empat tahanan dalam lokap tersebut tetapi hanya tiga sahaja melarikan diri manakala seorang lagi enggan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong, yang megesahkan kejadian itu, berkata polis telah melancarkan operasi memburu ketiga-tiga suspek tersebut. -- BERNAMA

Perogol kanak-kanak lari dari penjara(16 Mei 2010)

TAWAU : Seorang perogol kanak-kanak berjaya melepaskan diri dari Penjara di Tawau, Sabah pagi semalam.

Banduan itu yang juga seorang warga Indonesia berusia 27 tahun dikatakan sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, kehilangan banduan itu yang bernama Anas Omar hanya diketahui kira-kira 10 pagi ketika proses mengira jumlah banduan dijalankan.

Menurut beliau, Anas disyaki melarikan diri dengan memanjat tembok penjara itu antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi semalam (16 Mei 2010) dan dipercayai bertindak seorang diri.

“Anas sedang menjalani hukuman di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipercayai bertindak seorang diri.

"Kehilangan Anas hanya diketahui kira-kira pukul 10 pagi ketika proses mengira jumlah banduan dijalankan," katanya.

Beliau turut memberitahu, polis telah mengerahkan anggotanya daripada pelbagai unit untuk mencari dan memburu Anas.

Tinjaun erapakatan.com mendapati, sehingga petang semalam, kelihatan anggota polis bersama pasukan gerakan Am kelihatan berlegar-legar di kawasan perbandaran Tawau terutamanya di sekitar bangunan MARA, antara kawasan yang sesak di bandar tersebut.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan banduan tersebut supaya segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di talian 089-772121.



Tahanan lari dari Imigresen 2 Ogos 2010

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden membabitkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad.

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara.

"Nasib saya... kalau sebagaimana kata Menteri (Dalam Negeri). Kalau sesuatu tidak dilakukan maka ketua pengarah perlu ditukarkan. Saya terima hakikat itu.

"Maknanya, saya tidak berperanan atau saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik yang diharapkan oleh menteri dan kerajaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, semua tahanan berusia 25 hingga 40 tahun itu, disyaki memotong jeriji dua pintu halangan sebelum menyusup keluar.

Sebelum ini, pada 27 April lepas, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.

Hishammuddin, hari ini memberi kata dua kepada Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mahmood Adam dan Abdul Rahman berhubung insiden berkenaan.

Beliau mahu Mahmood dan Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas ketika kejadian itu selain memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan di depot berkenaan.

Abdul Rahman berkata pada masa ini, 20 pegawai dan anggota jabatan berkenaan yang bertugas di depoh tersebut ketika kejadian itu berlaku, telah digantung tugas.

Pada masa sama, beliau meminta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu supaya mengambil kira semua faktor termasuk kedudukan depoh berkenaan serta mereka yang ditahan di situ.

Beliau berkata warga Afghanistan terbabit telah ditahan pada Disember tahun lepas di Kuala Selangor sebelum diserahkan ke depoh berkenaan pada 18 Februari lepas.- Bernama.

Monday, September 6, 2010

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira).

Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih.

Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.




Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan misteri - Sebagai cover up (yang sebenarnya ditunjuk2 adalah Masjid)
b) Perbuatan menunjuk menggunakan jari telunjuk - Seolah-olah perlakuan biadab.

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).-http://aulakalimah.blogspot.com

Berita berkaitan di sini dan di sini.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Douglas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dituntut meletak jawatan bersama seorang lagi proksi Umno di stesyen berkenaan, Johan Jaafar yang turut mendapat perbincangan hangat di facebook.com.

Thursday, September 2, 2010

Wahai LDP setialah engkau bersama BN

Sekutu tertua BN Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP) buat hal lagi (Baca: lakonan menjelang PRU).

Parti itu antara lain dikaitkan akan meninggalkan rejim BN di Sabah.

Namun, saya berpandangan agar aprti itu kekal dan setialah bersama BN. Janganlah engkau seperti Parti Maju Sabah (SAPP), apabila keluar BN, enggan pula bersama dalam Pakatan Rakyat serta angkuh pula mahu bertanding 48 dari 60 kerusi Dun di Sabah dan selebihnya hanyalah ditinggalkan untuk PKR, PAS dan DAP.

Bila keadaan itu berlaku, maka semakin sukarlah PR untuk menawan Sabah dan semakin bertambah susahlah lagi rakyat Sabah pada masa akan datang yang terus dihimpit kemiskinan, prasarana pendidikan dan luar bandar selain pengangguran dan jenayah yang kian parah di era pemerintahan BN.

Ini kerana tindakan SAPP sekaligus bakal menjadikan saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Apa jadi jika LDP meninggalkan BN? Maka mereka akan menuntut kerusi sekarang milik mereka dan seterusnya menyukarkan lagi agihan kerusi PR di Sabah.

Jika LDP kekal bersama BN, parti itu akan terus melambakkan masalah dalam rejim BN seterusnya mempercepatkan kejatuhan rejim itu di Sabah.

Untuk rekod, kerusi yang ditandingi oleh kesemua calon LDP bolehlah dianggap tidak selamat bagi mereka menjelang PRU akan datang.

Kerusi tersebut antaranya ialah Dun Merotai yang sejak sekian lama mahu dirampas oleh Umno di kawasan itu.

Sejak Disember tahun lalu, Umno sudah pun melakukan bancian di kawasan itu dengan upah pembanci yang cukup lumayan berkaitan kehendak pengundi di kawasan itu.

Antara yang boleh saya dedahkan di sini ialah pengundi majoriti tidak kenal wakil rakyat mereka malah ada di antara pengundi atau penduduk di kawasan Merotai, Pasir Putih dan Taman Semarak secara terbuka menyatakan kepada pembanci tersebut bahawa wakil rakyat LDP sejak dahulu lagi tidak pernah turun dan berdailog dengan mereka.

Secara asasnya ada yang lebih menyenangi bekas Adun terdahulu, Datuk Liew Yun Fah berbanding wakil rakyat sekarang.

Merotai sebelum ini diwakili Umno sebelum dirampas oleh LDP sejak dua penggal lalu.

Merotai juga sejak dahulu lagi antara kawasan yang berpeluang cerah di tawan oleh Pakatan Rakyat melalui PAS.

Pada PRU lalu, PAS mencalonkan Pesuruhjaya di kawasan itu dan BN hanya menang 242 undi sahaja.

Satu lagi kerusi ialah bagi Dun Tanjung Kapor.

Kerusi ini sejak dahulu lagi milik LDP dan sentiasa menjadi kerusi panas sejak puluhan tahun lalu.

Faktor kemenangan LDP di kawasan ini banyak bergantung kepada perpecahan undi pembangkang.

Seingat penulis antara lima hingga lapan penjuru kerap berlaku bagi Dun ini sejak puluhan tahun lalu yang suatu ketika dahulu di wakili oleh bekas Ketua Menteri Sabah, yang juga bekas Presiden LDP, Datuk Chong Kah Kiat.

Chong juga bersara dari politik selepas berperang dengan Pengerusi Umno Sabah ketika ini, Musa Aman khususnya berhubung Patung Ma Tzu.

Satu lagi kerusi LDP ialah Parlimen di Sandakan. Pada PRU lalu, Presidennya, Datuk V K Liew hanya menang tipis iaitu 176 undi dan Parlimen itu pernah di tawan oleh calon Bebas pada PRU 2004.

Tambahan pula, kemenangan LDP/BN pada PRU lalu akibat tiadanya kesepakatan antara calon dari parti pembangkang di Sabah.

Dalam erti kata lain, LDP menimbulkan isu dan ugutan untuk keluar parti hanyalah bertujuan menyelematkan sekutu BN paling tua itu di Sabah.

Strategi sama yang kini digunakan oleh SUPP di Sarawak ketika ini yang mahu meninggalkan BN jika Taib Mahmud enggan berundur sebelum pilihanraya negeri akan datang.

Untuk rekod, SUPP di Sarawak juga merupakan sekutu tertua BN di negeri itu.

SUPP juga satu-satunya sekutu BN Sarawak yang sehingga kini tidak mengeluarkan kenyataan berhubung persaraan Taib Mahmud.

Sekiranya LDP meninggalkan BN, ia akan menggembirakan sekutu mereka dari parti berasaskan Cina seperti MCA, Gerakan dan juga parti saigganya yang lain seperti PBS yang akan menuntut kerusi yang mereka tandingi sekarang.

Presiden MCA, Chua Soi Lek, mialnya, semasa kunjungannya di Sabah baru-baru ini mahu parti itu diberi tambahan kerusi pada PRU akan datang yang difahamkan antara kerusi sasaran mereka ialah Dun dan Parlimen yang ditinggalkan SAPP.

Perlu kita fahami, kawasan majoriti Cina di seluruh negara kini boleh dikatakan tidak selamat buat BN dan jika kerusi yang tidak selamat ini pun berlakunya pertembungan lebih tiga penjuru antara BN, PR, SAPP, LDP, parti-parti kecil dan calon bebas, maka makin mudahlah BN untuk menang di Sabah kerana undi untuk Pakatan Rakyat akan berpecah dan mengecil.

Sehubungan itu, LDP wajar kekal dalam BN dan berterusanlah membuat kacau walaupun kamu sebenarnya hanyalah melakukan opera Cina menjelang PRU akan datang.