JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, April 28, 2011

PRU ke-13, pada 11 November ini - Timb. Speaker

Deputy Dewan Rakyat Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, who did not brush off that possibility, said Parliament had a history of being dissolved even before the term expired.

“At present, our five years term of office will expire in April, 2013. Plus another 60 days then it will be until June…that is the definite exhaust period,” he said yesterday after handing over relief fund amounting to RM17,760 to 14 recipients from Santubong constituency.

Wan Junaidi stressed that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had to take all factors into consideration before making a decision on when to dissolve parliament.

He said it was also possible for Parliament to be dissolved in the midst of a Dewan Rakyat sitting.

“The question now is whether our Prime Minister is confident enough to dissolve Parliament considering the current happenings in Sarawak.”

Wan Junaidi said he believed Najib would take into consideration the fact that the Chinese community in urban Sarawak had more or less rejected the BN and opted to support the DAP as shown in the results of the recently-concluded state election.

Nelayan diberi amaran hanya kerana undi Pakatan

Barisan Nasional yang tewas di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya Sarawak yang berakhir 16 April lalu semakin zalim.

Terbaru, BN di negeri itu sedang menimbang untuk menarik bantuan kepada Nelayan Sarawak yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Amaran itu dikeluarkan Adun Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi di Kuching pada 27 April lalu.

“Saya telah menerima maklum balas dan beberapa pihak menyarankan agar kita (kerajaan) menilai balik bantuan kepada mereka ini (Nelayan yang mengundi Pakatan Rakyat).

“Jika dilihat secara logiknya kalau kita menghulurkan tangan untuk memberi bantuan namun selepas itu tangan kita pula digigit oleh mereka yang menerima bantuan, ia

adalah sesuatu yang tidak wajar,” katanya.

Rahman turut mengakui lebih 400 Nelayan di DUN Pantai Damai menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat di kawasan itu pada pilihanraya Sarawak lalu.

Pada pilihanraya Sarawak 16 April lalu,Timbalan Pengerusi KEADILAN di negeri itu, Tuan Haji Wan Zainal Wan Senusi yang pertama kali bertanding di DUN Pantai Damai berjaya meraih 2,354 undi berbanding majoriti yang diperolehi Rahman pada pilihan 2006 hanya 2,164 undi.

Amaran seperti itu bukan sesuatu yang baru malah kian aktif sejak Pakatan Rakyat berjaya menafikan dua per tiga BN pada 8 Mac 2008 dan berlarutan sehingga kini.

Antara pemimpin BN yang lantang memberi amaran termasuklah Datuk Michael Manyin yang kerap memberi amaran terhadap komuniti Bidayuh di negeri itu.

Malah, beberapa hari sebelum pengundian, Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Mambong, Datuk Dr James Dawos Mamit memberi amaran akan meminggirkan pembangunan di DUN Bengoh dan Tarat yang turut terletak dalam parlimen itu jika ia berjaya di tawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Sarawak kali ini.

“Kalau pembangkang menang, saya tidak akan mengatur lagi kawasan ini sebab saya tidak pandai bekerjasama dengan mereka.

“Maka, pada pilihan raya ini jangan memikirkan pembangkang, sokonglah calon BN kita,” katanya berucap sempena majlis perasmian Kolam Air Panas Annah Rais, di Padawan pada 10 April lalu.

Namun, pada pilihanraya Sarawak lalu, kedua-dua calon KEADILAN di kawasan itu berjaya meraih peningkatan undi sekaligus menurunkan undi BN dalam saingan tiga (Tarat) dan empat (Bengoh) penjuru.

PAS mahu tanding di Parlimen MIRI

Pas Miri telah memberi kerjasama yang penuh bersama pakatan rakyat di Miri semasa pilihanraya umum Sarawak yang baru berlalu.

Sekarang tiba masanya untuk pakatan rakyat meningkatkan kerjasama yang kukuh agar impian dan harapan rakyat Malaysia untuk menawan putrajaya akan tercapai dalam pilihanraya ke 13 umum nanti.

Pas Miri ingin menyatakan hasrat ahli dan penyokong pakatan rakyat yang kami bersedia untuk menawan parliament Miri sekiranya diberi peluang dalam PR13 nanti.

Mengapa Pas Miri harus diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar dan majority kaum bukan Melayu dan Islam.

1. Pas Miri ingin membuktikan bahawa Pas bukan parti eksterimis dan perkauman.

2. Pas Miri ingin buktikan bahawa semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat menerima Pas sebagai sebuah parti yang berjuang untuk semua.

3. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam yang dibawa oleh Pas bukan zalim dan ganas seperti yang digambarkan oleh Umno/Bn dan yang anti Islam.

4. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam mengajar supaya membantu orang susah tanpa mengira kaum dan agama.

5. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam agama yang mengajar kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.

6. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam mengajar kita supaya jangan memaksa orang bukan Islam menganut agama Islam secara paksa.

7. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam menghormati agama lain dan mereka bebas mengamal ajaran agama masing-masing.

8. Pas Miri ingin buktikan bahawa Pas adil untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

9. Pas Miri ingin buktikan bahawa Pas sebuah parti untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama dengan ujudnya dewan himpunan penyokong Pas.

10. Pas Miri ingin buktikan bahawa Pas tidak mengamalkan rasuah dan taat setia dengan kepimpinan.

Inilah sebahagian sebab mengapa Pas Miri harus diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar agar masyarakat umum akan dapat menilai sendiri apa tujuan Pas untuk bertanding dan apa maktlamat sebenar Pas bertanding dalam kawasan bandar.

Pas Miri yakin masyarakat Bandar lebih terbuka sebab mereka dapat maklumat terus dari pimpinan kalau dibandingkan dengan kawasan luar Bandar dimana kawasan luar Bandar masih bergantung harapan dengan Bn walaupun mereka tahu Bn banyak kali gagal menunaikan janji mereka.

Pas Miri berharap sangat agar semua rakan-rakan kita dalam Pakatan dapat memberi kerjasama penuh dengan Pas agar tujuan dan maktlamat kita yang sama untuk menganti kerajaan Umno/Bn akan tercapai.

Hanya dengan kerjasama saja kita dapat menumbang kerajaan Bn, Ambilah pengajaran dari pilihanraya umum Sarawak yang lalu di mana akibat terlalu banyak perebutan kerusi impian rakyat untuk menumpas kerajaan Bn Sarawak gagal.

Kita tidak mahu perebutan kerusi berulang lagi dalamm PR13 nanti lebih-lebih lagi di saat-saat akhir dimana akibat dari perebutan dan penukaran kerusi menjejaskan sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat Sarawak.

Pihak atasan seharusnya mendengar pandangan serta pendapat orang dibawah lebih-lebih lagi orang yang berada dalam kawasan tempat pengundian kerana mereka lebih tahu apa yang mereka kehendaki.

Jangan kita terlalu angkuh dan merasa terlalu kuat sehingga akhirnya kita kecundang.

Di harap semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dapat berfikir sebaik-baiknya dan dapat menimbang pemohonan yang kita sebut tadi.

Sebelum pilihanraya umum Sarawak yang lalu sudah kita bagi tahu akibat dari perebutan kerusi pasti akan menberi peluang kepada Bn untuk memecah belahkan pakatan rakyat tetapi perkara ini dipandang remeh dan akhirnya Pakatan Rakyat gagal untuk menumpas Bn, ini sudah terbukti sekarang mengapa Pakatan Rakyat Sarawak gagal menawan Sarawak sebab berebut kerusi yang akhirnya impian rakyat hancur berkecai.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Akhir sekali kita menyeru kepada semua pimpinan dan ahli serta penyokong pakatan Rakyat marilah kita ikhlas dalam perjuang kita untuk kebajikan rakyat, jangan kita sombong dan tamak yang akhirnya semua kita akan menanggung rugi .

Jangan hampakan sekali lagi harapan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat Berjaya mengantikan BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Isy’Allah kita boleh berjaya dengan syaratnya kita bergabung dalam satu pakatan jangan berpecah belah.

Berjuanglah kerana Allah sesungguhnya orang yang berjuang kerana Allah dan rakyat pasti mencapai kemenangan tetapi mereka yang berjuang untuk kepentingan diri sendiri akhirnya menerima kerugian.

Sekian harap dapat perhatian dari semua pihak.

PAS Untuk Semua

http://pas-miri.blogspot.com/2011/04/pas-miri-mahu-bertanding-di-parliment.html

Wednesday, April 27, 2011

BN akui gagal tunai janji

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin, Joseph Mauh mengakui banyak janji di kawasan itu gagal dikotakan sehinggakan rakyat memberi kepercayaan dan mengundi calon KEADILAN, Mengga anak Mikui pada pilhanraya Sarawak yang berakhir 16 April lalu.

Antara janji itu termasuklah tidak membekalkan kemudahan asas dan tidak menaik taraf jalan raya yang rosak teruk di Pakoh, Hilir Tamin, Ulu Mukah, Ulu Selangau dan Bejait serta bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Selangau yang dijanjikan sejak 2009.

Menurut Mauh, ada di antara janji itu sepatutnya diselesaikan menerusi perlaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan Kesembilan (RMK-9) namun gagal sehingga kini menyebabkan rakyat di kawasan itu mengundi KEADILAN untuk membuktikan kuasa undi mereka.

“Kegagalan menyelesaikan isu-isu tersebut, membuatkan rakyat kecewa dan memilih pembangkang,” kata Mauh pada 25 April lalu.

Pada pilihanraya itu, Mauh menang dengan majoriti 1,292 berbanding Mengga yang berjaya meraih 3,706 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Adun tunggal Bebas Sarawak mahu bebas buat masa ini

KUCHING: Wakil rakyat Bebas yang berjaya memenangi kerusi Pelagus, George Lagong membuat keputusan untuk kekal neutral apabila Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung tidak lama lagi.

Walaupun beliau secara teknikalnya merupakan pembangkang selepas bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar pada pilihan raya negeri baru-baru ini, George memberitahu bahawa beliau memilih untuk menyesuaikan diri dengan peranan baru sebagai wakil rakyat terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memihak kepada mana-mana parti.

“Setakat ini, saya bersendirian. Saya belum mempunyai rancangan mengenai tindakan seterusnya. Tunggu dahulu semuanya reda,” katanya pada 25 April lalu.

Ditanya sama ada beliau akan memilih sebagai calon mesra-BN seperti wakil rakyat Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa apabila beliau menang pada pada 2006 dengan tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), George memilih untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat buat masa ini.

Bagaimanapun, sekiranya beliau mengikuti jejak langkah Dr Rayong, peluang George dimasukkan ke dalam BN menerusi parti komponen PRS (yang diperuntukkan kerusi Pelagus) agak besar dengan mengambil kira Dr Rayong yang kemudiannya diserap masuk ke dalam SUPP pada 2010 dan dipertandingkan oleh parti pada pilihan raya negeri yang baru selesai.

Wakil rakyat Engkilili itu mempertahankan kerusinya pada perlawanan empat penjuru dengan undi majoriti sebanyak 3,807.

Ditanya jika beliau mahu menyertai PRS, George juga memilih untuk berdiam diri mengenai perkara itu bagi mengelakkan sebarang spekulasi masa depan.

George turut memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menyertai parti pembangkang seperti yang didakwa baru-baru ini bahawa beliau akan menyertai PKR.

“Saya ingin meneliti semua pilihan yang ada. Tetapi setakat ini, saya belum mempunyai sebarang rancangan,” katanya.

George bertanding atas tiket Bebas dan memenangi Pelagus dengan majoriti sebanyak 2,837 apabila beliau memperolehi 5,740 undi berbanding Stanley 2,903 manakala calon PKR, Edward Sumbang Asun memperolehi 1,171 undi.

KEADILAN akan kemuka petisyen di beberapa kawasan DUN

KEADILAN akan mengemukakan petisyen pilihan raya melibatkan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Senadin pada pilihan raya Sarawak yang berakhir 16 April lalu.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, parti itu kini dalam proses mendapatkan bukti-bukti kukuh bagi membolehkan petisyen dikeluarkan ke atas kawasan-kawasan berkenaan.

“Ketika ini kami dalam proses mendapatkan bukti-bukti kukuh bagi membolehkan petisyen dikeluarkan dan tindakan diambil ke atas kerusi yang terlibat,” katanya pada sidang media yang turut disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching pada 25 April lalu.

Sementara itu, Anwar berkata, walaupun parti itu hanya menang tiga DUN, namun KEADILAN dan jenteranya menunjukkan semangat yang cukup tinggi pada pilihanraya Sarawak kali ini.

Menurutnya, antara faktor Pakatan Rakyat tidak berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN berpunca dari tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghadkan kempen singkat sekaligus maklumat tidak sampai ke akar umbi.

Mengulas cadangan Penasihat, Lim Kit Siang berhubung penggabungan DAP bersama Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Anwar berkata, ia perlu dikemukakan menerusi platform yang betul seperti Majlis pimpinan Pakatan Rakyat untuk perbincangan dan tindakan selanjutnya.

“Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada DAP, KEADILAN, PAS sentiasa berpegang kepada semangat hormat-menghormati dan tidak akan menyinggung perasaan parti seangkatan yang lain dalam apa jua tindakan yang diambil,” kata Anwar.

Tuesday, April 26, 2011

Krisis BN Selangor, celarukan Noh Omar

Masdar Wahid

Cubaan Datuk Seri Noh Omar cuba melaga-lagakan komponen Pakatan Rakyat melalui kenyataannya yang tersiar dalam sebuah akhbar hari ini membuktikan betapa tertekannya Timbalan Pengerusi UMNO Selangor itu akibat krisis dalaman yang melanda BN di negeri itu.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Suhaimi Shafie berkata, konsensus Pakatan Rakyat, sama ada di peringkat Nasional dan Negeri membuktikan kukuhnya gabungan KEADILAN, PAS dan DAP dalam melaksanakan polisi untuk kesejehteraan rakyat.

"Kenyataan Noh Omar ini cuba menyembunyikan kemelut UMNO Selangor dengan dirinya di tolak majoriti kepimpinan Umno Bahagian.

"Noh juga gagal memperkukuh sekutunya termasuk MIC, PPP dan MCA Selangor walaupun menyandang Timbalan Pengerusi di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, krisis BN Selangor kian jelas apabila perwakilan dari sekutunya meninggalkan Dewan semasa Noh masih berucap di konvensyen BN Selangor beberapa bulan lalu.

"Ia diburukan lagi dengan tindakan MCA yang bertekad untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia yang merupakan lidah rasmi Umno," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Noh menyelesaikan terlebih dahulu krisis yang melanda sesama sekutu BN di Selangor dari membuang masa mencampuri urusan dalaman Pakatan Rakyat.

"BN Selangor di bawah kepimpinan Noh sebenarnya sedang terkedu dengan sikap harmoni Pakatan Rakyat dan fikiran beliau semakin bercelaru dengan pertelagahan dalaman sesama sekutunya.

"Molek sangatlah jika betulkan dulu kapal bocor UMNO BN sebelum cuba robohkan tembok kepercayaan Pakatan Rakyat," tegas Suhaimi lagi.

Pengerusi Perhubungan Umno BN ketika ini dipegang Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Umno BN.

Ulasan : Kisah Najib yang Gagal

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Najib kerap menggunakan apa sahaja cara dan taktik jahat untuk merampas negeri itu termasuklah menimbulkan isu kerajaan Perpaduan, DAP anti Melayu dan serangan peribadi terhadap Ketua Umum KEADILAN, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Kerajaan Perpaduan dimanipulasi dengan bantuan medianya seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Tv3, RTM, Media Prima dan beberapa media yang kelihatan bebas tetapi turut memiliki hubungan dengan Umno BN.

Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk menimbulkan kecurigaan dalam kalangan orang Melayu khasnya penyokong tegar PAS kononnya Parti Islam itu lebih sesuai bersama Umno berbanding DAP dan KEADILAN.

Dakwa Umno BN, Umno itu Islam dan DAP itu kafir manakala Anwar difitnahkan sebagai kaki seks melalui rekayasa kes Fitnah kali kedua dan terbaru, kes Video Seks Fitnah.

Peliknya, Umno membisu berhubung skandal Najib bersama seorang artis di Negeri Sembilan dan ratusan kes rasuah kepimpinan Umno BN.

Namun, semua cubaan itu gagal dengan PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat. PAS juga sebelum ini dijanjikan jawatan Menteri Besar dan separuh dari jawatan Exco turut ditawarkan kepada Adun PAS di negeri itu.

Namun, Adun PAS yang dididik dengan tarbiah, setia pada pimpinan dan perjuangan menolaknya dan lebih rela memimpin kerajaan Selangor bersama DAP dan KEADILAN melalui dasar berkebajikan.

Kesetiaan PAS ini bukan baru kerana pengalamannya berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di Kelantan dan Barisan Alternatif (BA), parti itu tidak pernah mengkhianati perjuangan malah teguh bersama Pakatan Pembangkang sehingga kini.

Kesetiaan PAS itu sedikit sebanyak membuka mata golongan bukan Islam dan bukan Melayu untuk lebih mendekati PAS yang turut memiliki Kelab Penyokong PAS di seluruh negara.

Dalam konteks Selangor, Najib juga mempropagndakan DAP sebagai anti Melayu dan Islam dalam kalangan pengundi Melayu/Islam manakala di depan pengundi Cina isu seperti DAP menyokong negara Islam digunakan.Peliknya, lebih 50 tahun Malaysia ditadbir BN dengan Umno memiliki kuasa dominan, mengapa sehingga kini Undang-undang Islam tidak dilaksanakan malah menghina undang-undang ciptaan Allah itu.

Tohmahan ini turut dilakukan Umno bersama beberapa bloggernya yang diupah semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Umno juga berdiam diri dengan tindakan MCA memperlekehkan undang-undang Islam, tetapi bising bila PAS mahu melaksanakannya.

PAS pernah mengajak Ahli Parlimen Umno menyertai PAS untuk menyegerakan pelaksanaan undang-undang itu namun ditolak Umno.

Tetapi Umno hanya mahu bersama PAS ketika tersepit.

Selain itu, oleh kerana Selangor di pimpinan KEADILAN melalui Tan Sri Khalid Ibrahim dan Anwar selaku Penasihat Ekonomi, kedua-dua tokoh ini turut diserang dari pelbagai penjuru dengan fitnah dan serangan peribadi.

Malah, sampai ke tahap menimbulkan isu seks walupun berita seumpama itu memberi kesan buruk kepada jutaan Muslim di negara ini termasuk kanak-kanak kecil.

Namun, semua fitnah dan rekayasa jahat itu gagal malah negeri itu dengan dasarnya Merakyatkan Ekonomi Selangor terus berjaya demi menjaga kebajikan rakyat.

Antara dasar yang popular di Selangor ialah Air Percuma, bantuan pendidikan dan Warga Emas.

Semua ini gagal dilaksanakan Umno BN di Selangor walaupun negeri paling maju di Malaysia itu mereka perintah lebih 50 tahun sebelum 8 Mac 2008.

Akhbar Melayu arus perdana bodohkan minda Melayu dengan isu seks

Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa akhbar berbahasa Melayu di negara ini menghentikan paparan isu seks dan fitnah yang disifatkan hanya membodohkan minda rakyat terutama orang Melayu, kata Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat.

Beliau memberi contoh laporan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini yang memaparkan berita muka depannya bertajuk “Nasi lemak twice a week” manakala The Star memaparkan tajuk “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”.

Manakala akhbar Mandarin seperti China Press dan Sin Chew memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan, selain akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

“Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”.

“Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama, maka, sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks,” tegas Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, akhbar Melayu arus perdana jelas tidak sensitif dengan gejala sosial yang kian menghambat Umat Islam khasnya anak muda di negara ini apabila mengutamakan isu seks sebagai paparan muka depannya berbanding isu yang lebih segar untuk manfaat rakyat.

“Akhbar bahasa Melayu majoritinya mengambil kes liwat 2 (Kes Fitnah terhadap) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama (di muka depannya). Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini?

“Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Cerita seumpama itu sangat tidak sesuai (untuk bacaan) anak-anak sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, kes itu kata Suhaizan masih dibicarakan di mahkamah dan Anwar hanyalah mangsa fitnah dari sekolompok individu tertentu yang mencemburui tokoh itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru akhbar Melayu arus perdana menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu yang hanya merugikan kaum itu sejak sekian lama.

“Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun.

“Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.

Campurtangan Mahathir, punca Proton bermasalah – KPRU

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpandangan campur tangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pengurusan Proton antara punca syarikat automotif itu mengalami pelbagai masalah sehingga kini.

Dalam satu kenyataan ia menjelaskan, ’minat peribadi’ Mahathir terhadap Proton turut meliputi urusan pelantikan jawatan penting, pembukaan pasaran baru dan membantah penjualan saham Proton.

KPRU memberi contoh bagaimana rundingan dengan syarikat Jepun, Mitsubishi yang diketuai bekas Presiden Umno itu diselubungi ‘kerahsiaan’ sehingga mengecualikan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan syarikat-syarikat tempatan berpengalaman dalam pemindahan teknologi automotif.

“Hal ini mengakibatkan kontrak yang ditandatangani berat sebelah, lebih memihak kepada Jepun serta Mitsubishi daripada Malaysia.

“Misalnya, Proton yang seharusnya mengutamakan pasaran eksport, disekat berbuat demikian dalam perjanjian asal kerana Mitsubishi tidak inginkan Proton bersaing dengannya dalam pasaran antarabangsa,” kenyataan itu dipetik.

Menurut KPRU, tindakan Mahathir yang terkenal dengan cadangan projek penswastaan dan mengamalkan kronisme dalam kepimpinannya, menyebabkan Proton mengalami kerugian.

“Semasa penyenaraian Proton dalam Bursa Malaysia, Khazanah menjualkan 32 peratus pegangan sahamnya bernilai RM1.72 bilion kepada Diversified Resources Bhd (DRB) milikan Yahaya Ahmad tanpa bidaan terbuka.

“Kemudian, apabila Malaysia dilanda krisis ekonomi, Petronas pula dipaksa mengambil alih 27.2 peratus saham Proton pada 29 Oktober 1998.

“Ini satu contoh klasik "keuntungan diswastakan, kerugian dinasionalisasikan",” kata kenyataan itu.

Oleh itu, tegas KPRU, tidak menghairankan apabila kebanyakan pembekal komponen kereta Proton tidak mendapat pengiktirafan QS9000.

“Terdapat dakwaan barangan hasil mereka (Proton) banyak masalah akibat sikap ‘keselesaan’ dan ‘tidak apa’ kerana dijamin dengan kontrak jangka panjang dan mempunyai pertalian politik yang kuat.

“Dengan kata lain, naungan politik bukan sahaja berlaku pada peringkat atasan, tetapi juga meresap ke tulang rusuk Proton sehingga peringkat rantaian pembekalan (supply chain).

“Lantaran itu, rakyat Malaysia dibebani kos penyelenggaraan kereta yang berlarutan,” tegas kenyataan itu lagi.

KPRU merupakan sebuah pusat kajian yang membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog. Ia memfokuskan kajian terhadap bidang ekonomi, politik dan sektor strategik yang membawa impak jangka panjang kepada masyarakat.

Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak, kajian KPRU diyakini membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad mendatang.

Monday, April 25, 2011

KSU Menteri enggan bincang - PSM

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof enggan berbincang dengan delegasi yang berhimpun di depan kemnterian itu bagi menyerahkan memorandum sempena “Protes Selamatkan Bumi” pada 22 April lalu.

Perkara itu didedahkan PSM yang memimpin himpunan itu dengan 45 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komponen Pakatan Rakyat turut menyertainya.

PSM dalam satu kenyataan memberitahu, Zoal Azha enggan berbincang dengan delegasi berhubung memorandum itu dengan alasan beliau hanya ditugaskan menerima memorandum.

"Zoal Azha Yusof menemui kami dan memberitahu Menterinya,Datuk Douglas Unggah Embas sibuk.

"Walaupun terasa tertipu kerana Menteri tiada namun kami masih menerima kedatangan Zoal di lobi Wisma Sumber Asli," kenyataan itu dipetik.

Menurutnya, surat pemberitahuan mengenai serahan memorandum itu sudah diberi seminggu lebih awal."Apa yang memeranjatkan, Zoal Azha enggan berdiskusi dengan delegasi mengenai lima tuntutan walaupun cuba diterangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Dr. Nasir Hashim dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj yang turut serta dalam himpunan itu."Apa gunanya memberi memorandum kepada Ketua Setiausaha kementerian yang mengatakan 'tidak kuasa' dan enggan berbincang mengenai kandungan memorandum itu," soalnya.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, delegasi memutuskan tidak menyerahkan memorandum itu kerana berpendapat usaha itu hanya sia-sia.

"Dr Jeyakumar berkata, besar kemungkinan memorandum itu dibuang dalam tong sampah selepas delegasi bersurai.

"Justeru itu, delegasi memutuskan untuk tidak menyerahkan memorandum kerana KSU itu menghina rakyat selaku pembayar cukai," kata kenyataan itu lagi.

Sunday, April 24, 2011

“AC Mizal nak masuk liang lahad pun orang tak peduli…”

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon ‘terkenal’, AC Mizal menggamatkan dunia maya, apabila beritanya menyertai Umno tersebar petang ini.

Berita yang turut dimuat naik dalam portal Malaysikini itu turut menerima reaksi pembaca, majoritinya berpandangan negatif.

Lebih kelakar dan mencuit hati, AC dilapor membuat kenyataan turut ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan ‘dasar’ yang diperjuangkan parti berkenaan.

Akibatnya, kenyataan AC itu menerima kecaman di ruangan komen berita itu oleh pembaca-pembaca Malaysiakini.

Seorang pembaca bernama Mohd Hishamuddin Hasan berkata, “Orang bisnes mana boleh menunjuk-nunjuk sangat condong ke arah parti mana. Projek gelang sakti dia tu jangan lupa orang PR pun ramai yang melabur kat gelang dia tu. Ayuh orang PR.. boikot je diri korang dari menyokong bisnes mamat ni..dah pilih Umno tu jangan nak kutuk pihak lain pulak. Diam-diam sudah,” katanya.

Manakala seorang pembaca bernama Rusidah Salim Shida pula berkata “Sesuai ke ko duduk dalam pembangkang? Isyyy… tolong tengok cermin ok!,” katanya.

Bagi seorang pembaca bernama Mus Mulyadi Trisno pula, beliau berkata “Pembangkang pun tolak dia, pembangkang tak minat dia ni..”

Manakala seorang pembaca bernama Ipoh Mali pula, mendakwa bisnes yang dijalankan Ac, menipu orang ramai dan turut menghubungkan alamat sebuah blog yang memuatkan cerita itu.

“Jenis Penipu Mcm AC Mizal elok masuk UMNO.. Kah Kah.. Jual gelang modal RM40.. Jual RM1000.. telan /tipu ramai peniaga melayu! Baca sini penipuan AC MIZAL http://www.zonartis.com/panas-ac-konsortium-milik-ac-mizal-penipu.

Seorang pembaca bernama Otman Leh pula menulis “Umno pilihan tepat bagi AC Mizal. Kalau pilih parti lain, alamatnya susah nak dapat kontrak atau projek. Dia kata Umno parti yang mengamal keadilan, tapi untuk ahli dan pengikut Umno saja.. kalau kamu tak sokong Umno, siap kamu boleh bungkus..,”

Mohd Rozany Abdullah lebih mencuit hati, tetapi agak kasar apabila membuat komen demikian “woi AC, hang nak masuk liang lahad pun aku peduli apa..bodo*,” katanya.

Berbanding Ac Mizal, Selebriti terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Namun, penyertaan Bob Lokman itu lebih kepada perjuangan Islam dan bukan kerana desakan wang.

"Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah," kata Bob Lokman yang diajukan soalan adakah beliau tidak bimbang rezekinya terjejas kerana menyertai PAS.

Beberapa bulan sebelum menyertai PAS, Bob Lokman lebih banyak membawakan watak seorang alim dalam lakonan berbanding watak lain termasuk pelawak yang dipegangnya sebelum itu.

Sementara itu, Juara Akademi Nasyid, Azhar Atan dilarang sama sekali muncul di media khasnya RTM. Pendedahan ini penulis kutip darinya semasa menemubual beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang Januari lalu.

Azhar menjelaskan, halangan itu diterimanya hanya kerana beliau rapat dengan PAS.

Hairan sungguh, artis yang membawakan lagu keTuhanan dilarang, tapi artis yang merosakan dihalalkan.

Adakah AC Mizal selepas ini dihalang dari liputan media selepas menyertai Umno? sudah tentu tidak.

Bagi penulis, pilihan artis untuk menyertai mana-mana parti, itu hak mereka yang dijamin kebebasannya dari segi perlembagaan Malaysia.

Namun, dari segi perlembagaan Al-Qur'an kita boleh menilai dan melihat perbezaan jelas antara artis yang menyertai PAS dan Umno ini.

Turut menyertai PAS sebelum ini ialah Ringgo, bekas penyanyi utama Kumpulan Rock bernama Arrow.

Lagu popular arrow berbunyi 'Cinta untuk Nabila' akan disegarkan semula menjadi 'Cinta Untuk Nabi' dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Artis masuk Umno hanya kerana Wang

Woot! AC Konsortium milik AC Mizal penipu? Biar betul ni? Kalau tanya kat kami, kami tak berani nak kata betul ataupun tak. Sebab tu la kami letak tanda soal kat tajuk atas tu. Jadi, apa kata korang nengok semua pembongkaran kat bawah ni kemudian anda tentukan.

Penipuan 1

AC Konsortium milik AC Mizal dikatakan menjual gelang yang dibeli dari sebuah syarikat di China iaitu Hottime Jewelry Co. Ltd. Rujuk pic bawah ni.Samada betul ataupun tak yang AC Konsortium mengambil tempahan daripada Hottime Jewelry Co. Ltd, kena tanya kat AC Mizal sendiri. Huhu..

Jika dilihat pada harga untuk setiap 1 gelang made in China tu hanyalah sekitar RM78 je tapi syarikat AC Konsortium menjualnya pada harga yang super mahal iaitu RM1000 setiap 1. Patutlah cepat je dapat kereta mewah walaupun perniagaan baru setahun jagung. Rupa-rupanya…

Penipuan 2

AC Konsortium kantoi menipu testimoni bila beberapa testimoni yang mereka tunjukkan sama seperti yang terdapat pada website luar negara. Cuma nama dan produk je yang berbeza. Buktinya:

Testimoni yang ‘dibuat’ oleh AC Konsortium





Cuba tengok pula yang ni..

Macam, ada persamaan tak?

Lagi testimoni yang disalin bulat-bulat dari website luar negara

Ada lagi…

So, apa yang dapat anda simpulkan?

Sebenarnya ini masih sedikit. Belum lagi masuk bab plan perniagaan yang telah membuatkan ramai ‘pelaburnya’ pening kepala dan juga bab gelang yang konon’nya hanya propa semata-mata tu. Jadi, kalau korang berminat untuk membaca lebih lanjut pembongkaran secara besar-besaran mengenai AC Konsortium milik AC Mizal ni, korang terjah link berkaitan yang kami sertakan kat bawah ni. Kami jamin korang pasti terkejut.

Lagi, lagi, lagi, lagi, lagi, lagi, lagi, lagi,

Syed Husin dedah SB ‘lantik’ pensyarah universiti

Oleh Masdar WahidKUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali (gambar) berkata, Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik.

Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, pada 18 April lalu.

“Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya.

“Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan,” ujarnya yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN.

Menurut Syed Husin, selain pensyarah, pihak polis cawangan khas turut mempengaruhi keputusan dalam pelantikan seseorang profesor Emeritus, yang dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Bahkan lebih buruk lagi diketahui bahawa SB campur tangan dalam hal perlantikan Profesor Emeritus. Gelaran ini diberi kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas ia bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik,” ujarnya.

Menurutnya lagi, terdapat kes di mana seorang bekas profesor yang terkenal dibatalkan gelaran Profesor Emeritus oleh sebuah universiti ulung di Malaysia kerana disekat SB.

“Badan-badan akademik dalam Universiti itu bersetuju mengaugerahkan gelaran ini kepada bekas Profesor berkenaan. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat Lembaga Universiti, campur tangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerah,” katanya.

Syed Husin ialah bekas Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM), selama hampir 30 tahun.

Saturday, April 23, 2011

Pemilihan PAS : Fahami amanat tokoh ini

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu berkata, biarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.

"Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti.

"Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Sehubungan itu tegasnya, calon yang hendak dipilih perlu mempunyai dua syarat penting iaitu layak dan kedua, mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab.

Elak perang melalui media, blog

Mengulas trend sesetengah pihak di kalangan PAS yang gemar menggunakan media termasuk blog untuk menghentam mana-mana pimpinan dalam parti, beliau berkata perkara itu sewajarnya dielakkan.

"Kita kena berhati-hati dalam soal ini.

"Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah.

"Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu," katanya lagi.

Awas manipulasi media

Ianya termasuk isu pencalonan Datuk Husam Musa bertanding jawatan presiden oleh PAS Bukit Bintang.

"Tetapi perbezaan yang ditunjukkan oleh Bukit Bintang itu kita raikan, itu hak kawasan," katanya.

Datuk Husam Musa dicalonkan oleh PAS Bukit Bintang untuk jawatan presiden namun begitu Husam telah menolaknya dengan berkata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi adalah calon yang paling layak untuk jawatan itu.

"Beliau adalah antara faktor penyatuan dalam PAS," kata Husam dalam reaksi segeranya kepada Harakahdaily sebelum ini ekoran ke atas pencalonan itu.

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-57 pada 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar Gombak, Selangor.

Tahun ini akan diadakan pemilihan untuk semua jawatannya samada di peringkat pusat, kawasan dan juga cawangan-cawangannya di seluruh negara.-Harakahdaily-

Menteri pertahan projek BN lewat dari jadual asal

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor mempertahankan kelewatan dalam pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf jalan Pujut-Tudan-Kuala Baram bernilai RM115 juta di Bandaraya Miri memandangkan kajian mendalam perlu dijalankan sebelum projek itu boleh dimulakan.

Berang dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh pembangkang, Shaziman berkata isu membabitkan projek infrastruktur bukanlah semudah membeli "ikan di pasar raya."

"Kami tidak pernah memungkiri janji, kontraktor telah dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan projek itu dan kini memulakan kerja-kerja menaik taraf," katanya kepada pemberita selepas melawat Sungai Pandaruan di Limbang pada 11 April lalu

Shaziman berkata sungguhpun pengumuman untuk menaik taraf jalan Pujut-Tudan-Kuala Baram sepanjang 13km itu dibuat pada 4 Okt tahun lepas, surat tawaran diserahkan kepada kontraktor yang berjaya pada bulan lepas.

Beliau berkata projek itu membabitkan kerja-kerja menaik taraf laluan selorong setiap hala yang sedia ada kepada laluan dua lorong setiap hala termasuk pemanjangan sebuah jambatan yang dijadual siap dalam tempoh dua tahun.

Bulan lepas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan dilaporkan berkata kerja-kerja menaik taraf itu akan siap menjelang April 2013.

Dr Chan berkata kerja-kerja menaik taraf itu membabitkan dua bahagian iaitu jalan Pujut-Tudan sepanjang 3.2km dan jalan Tudan-Kuala Baram sepanjang 11.2km.

Pekerjaan Piasau Konkerit Sendirian Berhad (PPKSB) telah dilantik sebagai kontraktor projek berkenaan.

Sebaik siap, projek itu dijangka dapat menyurai kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan yang mempunyai lebih 30,000 rumah.

MCA krisiskan BN Sarawak

KUCHING: MCA seharusnya tidak mengajar Sarawak apa harus dilakukan dan masuk campur politik negeri ini sebaliknya memfokuskan masalah yang berlaku dalam parti itu sendiri.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, MCA sepatutnya menjaga kedudukan mereka dalam politik di Semenanjung Malaysia.

“MCA banyak lagi kerusi yang perlu dimenangi untuk mengembalikan kedudukan sebagai parti yang diterima masyarakat Cina di Semenanjung.

“Begitu juga dengan Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda BN Pusat) janganlah guna Ketua Menteri Sarawak (peletakan jawatan) dan politik negeri ini untuk masuk nama dalam media lagi, selepas senyap begitu lama,” katanya.

Jelas beliau, mereka seharusnya menjaga kedudukan masing-masing di Semenanjung dan tidak perlu masuk campur apa yang berlaku di Sarawak.

“Sarawak mempunyai sejarah politik yang tersendiri yang agak berlainan dari Semenanjung Malaysia dan kita tahu mengendalikannya tanpa tunjuk ajar MCA dan Khairy,” tegasnya.

Dalam satu laman berita semalam menyiarkan Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu meminta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib meletak jawatan, meman-dangkan beliau hilang ke-seluruhan sokongan pelbagai etnik di Sarawak.

Gan dipetik sebagai berkata meskipun BN Sarawak mencapai kejayaan pada pilihan raya yang baru sahaja selesai 16 April lepas dengan dua pertiga majoriti yang menjadikan BN kekal memerintah namun Taib nampaknya masih tidak mendapat sokongan komuniti Cina.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri James Masing.

Menurutnya, MCA atau parti komponen lain tidak sepatutnya masuk campur apa yang berlaku di negeri ini terutamanya perkara berkaitan dengan peletakan jawatan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Bagaimana anda boleh mempersoalkan peletakan jawatan Ketua Menteri apabila kami menang dua pertiga majoriti pada pilihan raya negeri lepas dan sesuatu yang amat meyakinkan bahawa rakyat Sarawak masih inginkan kepimpinan beliau.

“Kami juga perlu mendengar apa yang diinginkan pengundi… pengundi inginkan Ketua Menteri kekal, jadi beliau (Ketua Menteri) harus kekal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Negeri di Wisma Bapa Malaysia yang dipengerusikan Ketua Menteri di sini, semalam.

Masing memberitahu bahawa soal peletakan jawatan Ketua Menteri tidak harus dipertikaikan termasuk MCA kerana rakyat Sarawak sen-diri telah membuat keputu-san bahawa mereka masih mahukan Taib sebagai pene-raju negeri ini.

“MCA tidak boleh me-nyatakan perkara itu jika rakyat Sarawak sendiri telah membuat keputusan (semasa pilihan raya) sedemikian dan ia amat penting,” tegas Masing.

Jelasnya dalam sesuatu pilihan raya, apa yang menjadi keutamaan adalah pilihan pengundi itu sendiri dan ia harus dihormati.

“Pengundi adalah ke-utamaan dalam negara demokrasi, kalau pengundi kata Ketua Menteri menang dengan kemenangan besar maka beliau kekal jadi Ketua Menteri itu yang penting.

“Tetapi apa yang berlaku seterusnya biar beliau (Taib) buat keputusan,” tegasnya sambil berkata yang penting adalah peralihan kuasa itu nanti perlu berjalan dengan baik dan lancar.

Sementara itu Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata MCA sepatutnya menjaga parti itu sendiri.

“Jangan campur tangan dalam urusan dalaman kita… kerana Ketua Menteri tahu apa yang beliau ingin lakukan,” tegasnya.

Krisis dalaman SUPP berterusan

KUCHING: Pertikaian dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) seakan-akan mencapai kemuncak baru semalam apabila Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti enggan mengendors atau menyokong penerimaan Timbalan Setiausaha Agungnya, Dato Sri Wong Soon Koh ke dalam kabinet negeri.

Mengenai pelantikan Wong sebagai menteri kabinet kelmarin (selepas mengangkat sumpah), CWC SUPP mengeluarkan kenyataan dari ibu pejabat semalam yang ber-bunyi : “Penerimaan YB Dato Sri Wong Soon Koh sebagai Menteri Kabinet Negeri adalah keputusan peribadi beliau.”

Kenyataan tersebut bagai-manapun tidak mengulas lanjut apa akibatnya sekiranya Wong menerima pelantikan itu.

SUPP juga tidak menyata-kan apa cadangan yang mereka ingin dan telah kemukakan kepada Ketua Menteri me-ngenai Soon Koh, yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Bawang Assan dan juga ADUN Datuk Lee Kim Shin.

SUPP turut menegaskan pendiriannya yang dipersetujui pada mesyuarat CWC Isnin lalu bahawa cadangan empat wakil rakyatnya iaitu Bumiputera atau Dayak di Opar, Bengoh, Simanggang dan Engkilili untuk dipertimbangkan berkhidmat dalam kabinet negeri.

“Memandangkan SUPP ga-gal mendapatkan mandat daripada masyarakat Cina pada pilihan raya negeri yang lalu, manakala sokongan Bumiputera kepada BN (Barisan Nasional) meningkat, parti mencadangkan bahawa lebih ramai YB Bumiputera dilantik sebagai menteri dan menteri muda dalam kabinet negeri.

“Cadangan itu sudah di- kemukakan oleh Presiden parti (Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan) kepada kepim-pinan BN negeri.

Kenyataan akhbar itu semalam dikeluarkan oleh Bendahari parti Datuk David Teng Lung Chi yang terdahulunya bermesyuarat dengan Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui dan Setiausaha Penerangan dan Publisiti Datuk Alfred Yap.

Teng dan Yap masing-masing tewas di Repok dan Kota Sentosa pada pilihan raya ne-geri yang baru selesai.

Teng yang bercakap me-wakili jawatankuasa memberitahu, bahawa ‘mesyuarat’ itu sekadar ‘sesi ceramah motivasi’ antara pemimpin parti yang hadir.

“Kita tidak membincangkan situasi Soon Koh sama sekali. Kenyataan akhbar ter-sebut menjelaskan semua-nya,” katanya lagi.

Sementara itu, situasi tersebut tercetus kelmarin dalam mesyuarat CWC apabila parti mempunyai beberapa cadangan kepada dua wakil rakyat kaum Cina iaitu Wong dan Lee.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut cadangan tersebut dan memberitahu keputusan itu terletak di tangan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, sumber dalam parti menyebut bahawa beberapa pemimpin parti yang kalah bertegas menyata-kan ia tidak harus menerima sebarang pelantikan dalam kabinet negeri yang baru ekoran kekalahannya di kawasan Cina dalam pilihan raya.

Wong yang telah dispekulasikan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri, menentang idea menarik diri dari kabinet itu dan ini meletak-kan beliau sebagai menentang hasrat partinya.

Gabungan SNAP-DAP

KUCHING: SNAP akan menjadi kuli jika parti yang dahulunya pernah menjadi ahli komponen BN Sarawak itu, setuju bergabung dengan DAP seperti yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan usaha DAP menangkis pandangan ramai yang mengatakan ia bukan parti Cina apabila bergabung dengan SNAP yang kebanyakan ahlinya adalah Bumiputera.

“Ia hanya perkahwinan untuk kepentingan DAP,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas mengenai ilham Kit Siang, penasihat DAP, untuk bergabung dengan SNAP, baru-baru ini.

Menurut Abdul Karim, penggabungan dua parti itu akan memudahkan DAP menyerap masuk ke kawasan luar bandar Sarawak untuk memenangi kerusi pilihan raya pada masa depan.

Ia merupakan satu usaha yang tak mungkin akan dapat DAP lakukan sekarang.

“Saya percaya pemimpin SNAP tidak akan mahu diperkudakan oleh DAP sebegitu rupa,” katanya.

Malah, Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya mencabar DAP agar melantik Ketua PKR Sarawak Baru Bian sebagai ketua pembangkang.

“Sebelum ini mereka telah sanggup menerima beliau (Baru) untuk menjadi ketua menteri sekiranya pakatan menang dalam pilihan raya negeri baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, ada pihak memberi pandangan gabungan SNAP dan DAP akan membentuk satu parti pembangkang kuat di Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi bagi Presiden SNAP Edwin Dundang Bugak ilham Kit Siang perlu dikaji secara mendalam.

Menurut Edwin yang mengetuai parti gagal meraih kemenangan sebarang kerusi pada pilihan raya negeri baru-baru ini, keputusan mustahak seumpama itu tidak boleh dilakukan dengan berkata, “ya, SNAP setuju”.

“Ada yang mengatakan gabungan (SNAP dan DAP) akan menjadi sebuah parti baik dan ada yang berpendapat sangat baik.

“Walau apa pun pendapat mereka, keputusan berhubung perkara penting sebegini perlu dikaji secara mendalam,” katanya.

Kit Siang baru-baru ini mencadangkan gabungan antara dua entiti tersebut bagi membangkitkan kekuatan politik Dayak berikutan pilihan raya negeri Sabtu lepas.

Sebelum pilihan raya negeri, SNAP menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, bagaimanapun mengambil tindakan bercanggah dengannya apabila meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi PKR.

Mengenai perbincangan rasmi dengan Kit Siang berhubung perkara tersebut, Edwin memberitahu, kedua-dua pihak belum pernah berjumpa untuk berbincang.

“Saya dapat tahu cadangan bergabung ini cuma menerusi media massa, tidak pernah berhubung terus dengan Kit Siang mengenai hal ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik menerusi sebuah portal berita berkata, beliau yakin SNAP dan DAP tidak akan bergabung.

Katanya, ia berikutan dua entiti tersebut mempunyai ideologi politik berbeza.

“Saya tidak nampak bagaimana SNAP boleh menerima DAP. Saya tidak nampak. Ideologi mereka berbeza,” katanya.

Cadangan gabung SNAP dan DAP tidak logik: Minos

KUCHING: Cadangan menggabungkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah satu idea yang tidak logik dan hanya akan menambah kemelut yang dihadapi oleh dua entiti itu.

Timbalan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos berkata zaman kegemilangan SNAP telah berakhir dan ia tidak mungkin dapat bangkit semula meskipun bergabung dengan DAP.

Katanya, terpulang kepada DAP untuk bergabung dengan SNAP, tetapi secara logiknya penggabungan tidak mungkin dapat mengukuh-kan kubu dua entiti tersebut seperti mana yang dikatakan oleh pemimpinnya, Lim Kit Siang.

“Berdasarkan kepada pilihan raya negeri yang lepas, jelas menunjukkan bahawa SNAP gagal mendapat so-kongan rakyat dan tidak lagi diterima oleh rakyat termasuk masyarakat Bumiputera.

“Bagaimana DAP boleh tampil dengan cadangan untuk bergabung dengan orang yang kalah (SNAP)? Tidakkah ini sesuatu yang tidak logik?” katanya pada 23 April lalu.

Menurut Minos lagi, cadangan tidak berasas ini juga dilihat sebagai satu taktik oleh parti pembangkang itu untuk membolehkan mereka me-nyerap masuk ke kawasan luar bandar terutama di kawasan Bumiputera.

Kit Siang: DAP, SNAP masih bincang April 24, 2011 - TMI

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kit-siang-dap-snap-masih-bincang/

SIBU, 24 April — Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada perpaduan Pakatan Rakyat tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

“Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kepimpinan DAP Sarawak masih meneliti idea ini lebih lanjut. Ia tidak akan diteruskan jika pimpinan SNAP menentangnya,” katanya kepada pemberita di sini selepas bedah siasat parti mengenai pilihan raya negeri.

Lim (gambar) juga berkata bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

“Jika bukan kerana sokongan Bumiputera, ia agak sukar untuk memenangi kawasan pilihan raya seperti Batu Kawah, Meradong, Kidurong, Kota Sentosa, Repok, Piasau dan Dudong.

“Mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan kita iaitu bagi semua orang Sarawak,” katanya.

Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata satu mesyuarat antara DAP, PKR dan PAS akan diadakan pada 1 Mei pukul 2 petang di Kuching bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu.

PBB beri DAP ‘amaran’

by Patricia Gari. Posted on April 25, 2011, Monday

Kawasan Bidayuh bukan untuk ditawan dan dikuasai oleh parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia: Peter Minos

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) diberitahu agar melupakan hasrat untuk menguasai kawasan majoriti Bidayuh pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana kehadiran parti itu ke kawasan Bidayuh ibarat ‘tetamu tidak diundang’.

Timbalan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos berkata DAP boleh mencuba nasib di kawasan-kawasan Parlimen Bidayuh tetapi itu hanyalah usaha sia-sia kerana Bidayuh tetap kekal berpihak kepada Barisan Nasional (BN) seperti selama ini.

“DAP, jangan sentuh kawasan Bidayuh, kerana Bidayuh tidak sukakan DAP. Selain pembangkang, DAP adalah parti yang datang dari Semenanjung Malaysia dan Bidayuh tidak suka parti yang datang dari Semenanjung Malaysia.

“DAP boleh cuba memasuki kawasan Bidayuh kerana Malaysia adalah negara demokrasi tetapi saya amat pasti kehadiran mereka akan ditolak (reject),” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Menurut Minos komuniti Bidayuh di tiga kawasan Parlimen iaitu Mambong, Serian dan Mas Gading tidak akan berganjak pendiriannya dan dengan konsisten menyokong BN kerana selama ini terbukti hanya BN berjaya membawa pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan.

Beliau menambah antara sebab Bidayuh akan menolak DAP ialah Bidayuh tetap mahukan BN sebagai kerajaan yang memerintah dan komuniti itu masih inginkan pembangunan.

“DAP jangan pergi ke kawasan Bidayuh hanya untuk mengelirukan orang Bidayuh yang selama ini ingin hidup dalam situasi damai dan terus memfokus kepada BN,” tegasnya.

Minos berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengatakan DAP kini mengintai peluang untuk menguasai tiga kawasan parlimen Bidayuh (Mambong, Serian dan Mas Gading) termasuk Sri Aman dan Petra Jaya.

Bukan itu sahaja, Chong memberitahu DAP juga kini dalam usaha merampas lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada BN. Lima daripada kerusi itu adalah kawasan Bidayuh iaitu Opar, Tasik Biru, Bengoh, Tarat dan Kedup manakala empat lagi ialah Tupong, Satok dan Balai Ringin.

Pada sidang medianya Sabtu lepas Chong memberitahu ‘misi’ merampas kawasan-kawasan berkenaan kini digalas sepenuhnya oleh DAP selepas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian mengakui PKR tidak mampu menguasai lebih banyak kerusi kerana sumber-sumber yang terhad.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu, DAP menang 12 daripada 15 kerusi yang tandingi manakala PKR hanya menang di tiga kerusi meskipun meletakkan calonnya di 49 kerusi.

Kejayaan DAP itu juga adalah pencapaian terbaik parti itu berbanding PRN Sarawak kesembilan pada 2006 apabila parti dari Semenanjung Malaysia itu hanya menang di enam kerusi.

Pertembungan dielak jika SNAP bergabung dengan DAP: Ho Leng

Posted on April 27, 2011, Wednesday

KUCHING: Pertembungan antara calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya akan datang mungkin dapat dielakkan jika DAP bergabung dengan SNAP, agar lebih fokus dalam menentang calon BN.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata, pertembungan antara SNAP dan PKR di beberapa kerusi pada pilihan raya negeri yang baru lepas dapat dielakkan jika dua parti tersebut mempunyai persefahaman.

“Ia (SNAP) pada asalnya memang dalam Pakatan Rakyat tetapi berikutan wujud perbezaan dengan PKR ia bertanding menentang PKR,” katanya ketika dihubungi semalam.

SNAP yang dipimpin Edwin Dundang bertanding di 26 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lepas. Bagaimanapun, parti yang dahulunya merupakan sebuah parti komponen BN, gagal memenangi sebarang kerusi.

DAP yang bertanding di 15 kerusi menumbangkan calon-calon lawan di 12 kerusi, menjadikan ia sebagai parti terkuat di Sarawak berbanding PKR, PAS dan SNAP.

Ada pihak mengandaikan usaha menyatukan DAP dan SNAP sebagai usaha agresif DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Syor untuk menggabungkan dua parti tersebut dinyatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan sehubungan itu, pemimpin DAP Sarawak kelmarin mengadakan pertemuan bagi membincangkan usul tersebut.

Penggabungan itu dilihat sebagai strategi DAP untuk meningkatkan sokongan terhadap pembangkang di kawasan majoriti Dayak.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen dipetik menerusi sebuah portal berita semalam berkata, mereka telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa pemimpin SNAP berhubung penggabungan tersebut.

BN tak gentar gabungan DAP-SNAP

by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 27, 2011, Wednesday

Ahmad Lai yakin kepercayaan rakyat terhadap k’jaan BN bertambah kuat

MIRI: Cadangan penggabungan antara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak akan menggugat kekuatan dan keutuhan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata meskipun jika kedua-dua parti itu bergabung sekali pun, kepercayaan rakyat terhadap BN tidak akan luntur, sebaliknya bertambah kukuh.

“Kita tidak melihat sebarang kesan jika penggabungan itu benar-benar berlaku kerana rakyat tahu hanya satu kerajaan sahaja yang mampu mentadbir mereka dengan baik iaitu kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini, kedua-dua parti tersebut telah meletakkan calon masing-masing bagi kerusi Lambir dan Bekenu, yang merupakan konstituensi di bawah Parlimen Sibuti.

“Calon BN telah menewas-kan kedua-dua calon dari parti terbabit dan kita menang dengan majoriti besar. Ia cukup membuktikan rakyat di sini sudah menolak mereka secara terang-terangan,” ujarnya.

Menurutnya, BN tidak takut dengan cadangan penggabungan tersebut kerana rakyat sendiri mampu menilai kemampuan dan sumbangan kerajaan BN kepada mereka selama ini.

“Kita tidak pernah rasa tergugat dengan cadangan mereka namun apa yang penting ialah kita meneruskan usaha membangunkan kawasan masing-masing demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau turut yakin bahawa majoriti penduduk luar bandar masih setia dan menyokong kerajaan BN berdasarkan ke atas kemenangan calon BN mempertahankan kerusi Lambir dan Bekenu.

“Namun begitu, kita tidak boleh berasa selesa kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan termasuk me-mastikan setiap kemahuan dan keperluan rakyat dipenuhi,” jelasnya.

Katanya, penolakan rakyat di kawasan luar bandar terhadap kedua-dua parti itu cukup jelas membuktikan pendirian rakyat bahawa kerajaan BN lebih baik memerintah jika dibandingkan dengan pembangkang.

“DAP dalam pilihan raya lalu sudah banyak menaburkan janji manis kepada rakyat serta memburukkan kerajaan, namun mereka tidak sedar bahawa ramai pengundi yang mengundi mereka kini menyesal,” ujarnya.

Adun BN cadang SNAP sertai BN

April 30, 2011, Saturday

MIRI: Gabungan di antara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) akan merugikan senario dan arena politik di Sarawak.

Wakil rakyat Telang Usan, Dennis Ngau Jok sebaliknya secara peribadi merasakan adalah lebih baik jika SNAP bergabung dengan mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

“Tindakan yang lebih bijak ialah bekerjasama dengan parti komponen BN demi mengukuhkan lagi sistem politik di Sarawak dan juga masa depan politik generasi akan datang,” kata Dennis pada 29 April lalu.

Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan gabungan DAP-SNAP kerana SNAP pernah menjadi salah satu parti komponen BN di Sarawak.

“DAP sebenarnya mempunyai agenda tersendiri yang berhasrat untuk menawan kerusi di kawasan sub bandar dan luar bandar melalui SNAP,” ujarnya.

Jelasnya, kerugian yang ditanggung oleh SNAP adalah jelas jika gabungan dengan DAP menjadi realiti.

Ini kerana, katanya, SNAP sekadar dipergunakan oleh DAP demi impian politik mereka, bukan kerana kepentingan politik di Sarawak.

Selepas dua hari kemenangan besar DAP di kerusi-kerusi bandar pada Pilihan Raya Negeri lalu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan penggabungan antara DAP dan SNAP.

Bagaimanapun, ia mendapat reaksi dan pandangan berbeza dalam arena politik terutamanya di Sarawak.

Setiausaha SNAP Stanley Jugol melalui sebuah portal berita dipetik sebagai berkata gabungan berkenaan tidak mungkin direalisasikan dalam masa terdekat.

Sementara itu, kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan BN Sarawak menyifatkan cadangan gabungan berkenaan adalah sesuatu yang sia-sia.

Pakatan Rakyat (PR) Sarawak menang di 15 kerusi di mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat tiga daripada 49 kerusi manakala DAP pula berjaya menawan 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

SNAP pula gagal mendapat sebarang kerusi di semua 26 konstituensi calon-calonnya diletakkan.

SPDP: Zaman kegemilangan Snap sudah berakhir

Zaman kegemilangan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah berakhir dan penyokong mereka perlu menyedari bahawa parti itu bukan lagi sebuah wadah politik yang boleh dipercayai, kata Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Sylvester Entri Muran hari ini.

Beliau berkata selepas kalah teruk dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, yang menyaksikan 25 daripada 26 calonnya hilang wang pertaruhan, SNAP perlu berundur daripada politik.

"Ini menunjukkan rakyat kini tidak lagi menyokong SNAP. Bagi saya, SNAP patut tutup kedai saja," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai tindakan parti pembangkang itu untuk keluar daripada pakatan bersama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Entri, yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Marudi dalam pilihan raya 16 April lepas, mencatatkan kemenangan besar ke atas Presiden SNAP Edwin Dundang Bugak, calon PKR Gerang Dagom dan seorang calon bebas Michael Ding Tuah dengan memperoleh 4,578 undi. Dundang pula hanya meraih 281 undi dan hilang wang pertaruhan.

Dalam tindakan terbarunya, SNAP mengumumkan bahawa parti itu akan meninggalkan pakatan pembangkang selepas merasakan mereka telah diketepikan.

Sebelum langkah itu diambil, parti berkenaan dikatakan dipelawa oleh DAP untuk bergabung dalam usaha pembangkang untuk bertapak di kawasan majoriti Dayak.

Sebelum pilihan raya Sarawak, SNAP turut dikaitkan dengan pembentukan Barisan Borneo Bersatu (UBF) yang membabitkan beberapa pemimpin pembangkang Sabah.

Parti itu juga bertegang leher dengan PKR berhubung pembahagian kawasan untuk ditandingi mereka dalam pilihan raya negeri itu.

Entri, yang juga Menteri Muda Pembangunan Tanah dan Menteri Muda Bekalan Air Sarawak, berkata keputusan yang dibuat oleh SNAP sejak beberapa tahun kebelakangan hanya menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai prinsip yang sewajarnya.

"Mereka terus bermain dengan sentimen selaku parti paling tua (di Sarawak) dan sebuah parti yang bersejarah tetapi ini tidak diterima dengan baik oleh penduduk Sarawak," katanya.- Bernama = Mei 8, 11 6:19pm

Kaum Dayak Penghalang DAP Tawan Sarawak - James Masing

Oleh Edward Subeng Stephen = May 15, 2011 18:58 PM

SIBU, 15 Mei (Bernama) -- Bukan mudah untuk DAP merealisasikan impiannya menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang kerana mereka perlu meraih sokongan majoriti kaum Dayak.

Namun, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri James Masing percaya kaum itu tidak akan terpedaya dengan janji DAP untuk membolehkan parti tersebut bertanding di kawasan majoriti pengundi Dayak.

"Mungkin akan ada yang menyertai DAP tetapi parti itu tidak akan dapat memikat pemimpin Dayak yang berkualiti.

"Ini kerana walaupun parti itu disertai pelbagai bangsa, DAP pada asasnya parti kaum Cina. Kaum Dayak tidak akan berpeluang bersuara," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau juga percaya kedudukan hierarki dalam DAP juga akan tetap berorientasikan kaum Cina.

Masing mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, yang baru-baru ini dilapor berkata, dalam usaha menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang, parti itu akan ke pedalaman bagi memikat kaum Dayak, termasuk mewujudkan lebih banyak cawangan kaum tersebut.

Mengulas lanjut, Masing berkata DAP tidak mampu menarik minat etnik Dayak seperti yang dibuktikan menerusi kegagalan kerjasama antara parti itu dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Katanya kekuatan DAP adalah di kawasan bandar yang mana parti itu sekarang mempunyai 12 kerusi yang bermajoritikan kaum Cina.

Bagaimanapun kata Masing, beliau tidak memandang remeh impian DAP itu dan PRS akan meningkatkan usaha mengukuhkan sokongan kaum Dayak kepada partinya.

Ini kerana katanya, pada pilihan raya negeri yang baru berakhir sokongan kaum Dayak kepada Barisan Nasional (BN) merosot sedikit.

"Saya juga akan mencadangkan kepada parti komponen BN agar melihat kerjasama dengan kaum Dayak sebagai satu perkongsian bermakna dan membuatkan mereka berasa lebih positif," katanya. -- BERNAMA


Apa nama gabungan DAP-SNAP?

Posted on May 17, 2011, Tuesday = http://www.theborneopost.com/?p=130674

Chong enggan ulas sama ada usul penggabungan itu babitkan perubahan nama

KUCHING: Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan mengulas sama ada cadangan penggabungan antara DAP dan SNAP akan membabitkan perubahan nama bagi menunjukkan entiti penggabungan.

Pada sidang media di sini semalam, beliau berkata isu penggabungan antara dua parti itu adalah ‘perkara besar’ dan disebabkan itu juga SNAP nampaknya mahu bercakap semula mengenai perkara tersebut.

Mengelak menyentuh isu bertukar nama (parti), Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata: “Kami tidak perlu berbincang lebih lanjut mengenai perkara itu. Adalah memadai jika kami boleh mendapat persetujuan ahli-ahli mengenai idea penggabungan terlebih dahulu.”

Chong mendakwa bahawa DAP dan SNAP telah mengadakan beberapa pertemuan tidak rasmi bagi membincangkan cadangan penggabungannya.

Beliau bagaimanapun menolak kenyataan menyatakan bahawa SNAP hanya selesa dengan penggabungan dan atau pemilihan pakatan parti.

Sebaliknya kata Chong, jika dua parti itu bergabung ia sudah tentu akan mengukuhkan lagi DAP dan SNAP kerana mereka akan memperoleh sinergi untuk menjadikan parti lebih kuat.

“Penggabungan membawa banyak makna. Mereka (SNAP) tidak terus menolak idea itu. Tidak sekali gus menolak.

“Pintu masih terbuka untuk penggabungan (DAP-SNAP),” katanya apabila diberitahu SNAP tetap dengan bentuk ‘kerjasama’ dan perkara itu ditegaskannya pada pertemuan terakhir mereka baru-baru ini.

Menurut Chong, sebelum pilihan raya negeri lalu, SNAP membentuk pakatan dengan sebahagian daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) Sarawak.

Tetapi akhirnya membuat keputusan keluar daripada PR hanya beberapa hari sebelum pilihan raya negeri berlangsung (16 April 2011) yang menyaksikan cuma seorang daripada calon-calon mereka tidak hilang deposit, jelasnya.

Chong berkata demikian sebagai mengulas laporan portal berita Sabtu lalu, bahawa SNAP membentuk jawatankuasa terdiri daripada empat orang diketuai bekas Hakim Mahkamah Sesyen Augustine Liom untuk bercakap bagi pihak parti itu berhubung sebarang kerjasama atau pemilihan pakatan.

Tiga lagi ahli jawatankuasa itu ialah Wong, Johari Bujang dan Dayrell Walter Entrie.

Kerjasama atau pemilihan pakatan itu tidak hanya membabitkan DAP tetapi dengan sebarang parti politik lain, misalnya PRS.

SNAP juga mendakwa mereka bersedia untuk membincangkan isu pakatan dengan PRS ekoran cadangan Presiden PRS Dato Sri Dr James Masing iaitu SNAP, PRS dan SPDP harus bekerja sama rapat demi kepentingan komuniti Dayak.

Sementara itu, Masing apabila dihubungi semalam berkata SNAP sekarang mempunyai peluang untuk menentukan masa depannya, lebih-lebih lagi kini mereka perlu mendapat semula keyakinan daripada penduduk Sarawak.

“SNAP mesti menentukan apa yang (parti) mahukan… bersama pembangkang (DAP) atau dengan Barisan Nasional?

“Yang pastinya mereka tidak boleh menyertai kedua-dua pihak,” kata Masing.

Thursday May 26, 2011
Meeting only first step to merger, says SNAP sec-gen
By CALVIN YEO
yeop@thestar.com.my

KUCHING: The meeting between DAP and SNAP last Thursday in Sibu is said to be just the first step towards a possible merger of the two parties.

SNAP secretary-general Stanley Jugol said his party sent three representatives — vice-presidents Johnny Wong and Augustine Liom and Johari Bujang, its defeated Lambir candidate in the April 16 state election, to the meeting which was held at state DAP chairman Wong Ho Leng’s legal firm.

“We attended the meeting because we wanted to explore further the merger plan and the details of the proposal,” Stanley said when contacted yesterday.

He said the three would come back to the party to brief the Central Executive Committee, which will convene its meeting in the middle of June, on what had transpired on Thursday.

“I can only comment after looking at their report,” Stanley said when asked to comment on an earlier statement by Wong.

Wong had said that a meeting between the two parties took place last Thursday on the proposed merger, claiming that the discussion was fruitful and looked positive.

Wong also said that was one of the mechanics discussed during the meeting was the subject of name change if the merger was realised. He, however, declined to reveal further details.

On April 19, DAP advisor Lim Kit Siang proposed that DAP and SNAP merge in time for the general election to better serve the Dayak community.

Lim said such a merger would accelerate the Dayak political awakening that began in last month’s state election where there was a swing of more than 20% of Dayak votes to the opposition.

Asked on the Thursday meeting, state PKR chief Baru Bian merely said: “We have made our statement in the past. No comments. Let our national leaders make the comments.”

PKR strategic director Rafizi Ramli had said recently that the proposed merger between DAP and SNAP would not benefit the opposition.

He reminded Pakatan leaders not to quickly forget SNAP’s betrayal and game play which forced PKR into three-cornered clashes in the recent state election.

Bentuk gabungan DAP, SNAP belum ditentukan

Posted on May 26, 2011, Thursday

KUCHING: Di sebalik kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang menyifatkan perbincangan penggabungan parti tersebut dan SNAP sebagai positif, Setiausaha Agung SNAP Stanley Jugol pula seolah-olah acuh tak acuh dengan hasrat tersebut.

Stanley berkata, perbincangan dengan pemimpin DAP memang ada tetapi tidak boleh dijadikan ukuran rasmi bagi menentukan hala tuju matlamat berkenaan.

Beliau berkata disebabkan ia masih terlalu awal untuk diperkatakan, apa bentuk gabungan pun masih belum diputuskan.

“Kita tidak tahu sama ada gabungan itu berbentuk fizikal atau ‘semangat’ (kerjasama antara parti),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jika fizikal bermakna DAP dan SNAP akan menjadi satu entiti politik, manakala jika sekadar kerjasama antara dua parti, apakah mekanisme untuk merealisasikannya.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan perkara tersebut ‘tidak seperti yang didakwa para pemimpin DAP’ (menerusi laporan berita kelmarin).

Ho Leng dipetik berkata, proses gabungan itu menunjukkan tanda-tanda positif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek itu juga mengakui ada beberapa pemimpin SNAP membantah penggabungan, tetapi ada yang mengalu-alukannya.

“Secara amnya (mesyuarat) ialah (mengenai) cara untuk bergabung. Ia positif,” kata Ho Leng.

Pada pilihan raya negeri 16 April lepas, DAP menang di banyak kerusi di kawasan bandar tetapi gagal menyerlah di luar bandar, yakni majoriti pengundi adalah Dayak.

Berikutan itu, DAP muncul dengan ilham untuk bergabung dengan SNAP, parti yang majoriti ahlinya Dayak.

DAP juga kini mengorak langkah untuk mengembangkan pengaruh ke kawasan majoriti Dayak.

PKR bagaimanapun memandang dingin syor tersebut dengan mendakwa SNAP telah mensabotaj pembangkang ketika pilihan raya negeri.

Perbincangan agihan kerusi antara SNAP dan PKR gagal mencapai kesepakatan yang membawa kepada pertembungan calon dua parti tersebut di 26 kerusi.

Justeru, Ketua PKR Sarawak Baru Bian risau syor penggabungan itu akan memberi impak negatif terhadap hubungan parti-parti pakatan pembangkang di Sarawak.


‘SNAP not dominated in proposed merger’

Posted on May 26, 2011, Thursday

SIBU: SNAP refuted claims that they would be dominated by DAP if they went ahead with the proposed merger plan.

Vice-president Johnny Wong Sie Lee, insisted that the two parties could still work together if they stood on common ground.

Wong, who was among the three members, who had the first round discussion with Sarawak DAP chairman Richard Wong Ho Leng, hinted the pact was confined to the state alone and not nationwide.

Pointing out the idea (merger) was mooted by DAP national adviser, Lim Kit Siang, he figured the pact would enable both sides to penetrate into rural areas.

“I think the pact is for the state level only to enable both parties to work better. But nothing has been confirmed. I can’t reveal much as that was what I heard and moreover, the discussion is still in its early stage.

“So, nothing concrete has been finalised but the meeting was fruitful,” he told The Borneo Post yesterday when asked about the proposed merger between the two parties.

“More can only be revealed soon perhaps, after the second round of the discussion,” he hinted, falling short of revealing the date for the next round of discussion.

Ho Leng was reported to have said the much awaited negotiation took place last Thursday and had been positive, refusing to reveal what had transpired.

He also did not disclose the identities of the three members from SNAP, who negotiated with them.

“I am one of the three representatives from SNAP, which was supposed to have four but only three showed up for the discussion.

“It is a friendly discussion and we hope to look forward to the next round,” Wong said.

Eager to prove that SNAP and DAP could form an alliance and silence the critics, he urged top leaders from both sides to back the plan.

He figured after some eight years in the doldrums, SNAP could no longer fight a lonely battle and they are in dire need of partnership to regain their former glory in the shortest possible period.

“Unless we have somebody to work together; perhaps, the new system of approach may be able to gain back grassroots support especially in rural areas,” he said.

DAP, he figured also needed SNAP as all this while they (DAP) had been branded as an urban based party.

Wong felt DAP also saw the need to merge following a substantial swing of rural votes to Pakatan Rakyat (PR).

However, the senior SNAP leader admitted the road to the merge is no walk in the park.

He insisted that there must be utmost sincerity to work together or else things would fall out as soon as they started.

To this, Wong added: “It has to be a two-way traffic and both sides must work hard towards making it work.”

He, however, added that both parties had agreed in principle to discuss further on how to work together.


Tuesday May 31, 2011
DAP adviser says either his party or SNAP could be dissolved for merger
By PHILIP HII
philiphii@thestar.com.my

SIBU: Either SNAP or Sarawak DAP could be dissolved for the formation of a new party made up of the members of the two parties.

DAP adviser Lim Kit Siang said that this could be one of the ways whereby the proposed merger of the two parties could move forward.

“There could be other ways but I would leave it to the Sarawak DAP leaders to decide,” Lim told reporters after attending a Gawai Dayak luncheon with about 350 party members and supporters at a local restaurant here.
For a bountiful harvest: (From left) Pelawan assemblyman David Wong, Lim, Wong Ho Leng and Dudong assemblyman Yap Hoi Liong making a Gawai toast during their celebration.

Sarawak DAP chairman Wong Ho Leng, who represented DAP in the first round of merger talks with SNAP three weeks ago, said the parties would meet again next month.

“We will form a committee consisting of Sarawak DAP leaders to further discuss with SNAP during the future talks,” Wong said, adding that the first round was positive.

On the mechanism for the proposed merger, he said it would be too premature to reveal it.

Meanwhile, Lim said there was a 50:50 chance of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak calling for the 13th general election in July this year.

“It could be on July 11, September 11, October 11 or better still November 11 as Najib believes 11 is the lucky number to him,” Lim joked.

He ruled out August 11 because it was the Ramadan month.

He said DAP was targeting to win 30 parliamentary seats in Sarawak and Sabah in the coming general election.

“If we succeed in doing that, Pakatan Rakyat would be able to form the next Federal Government,” Lim said.

He also said 10 Sarawakians would be appointed to the highest public positions in the country within the first 100 days if Pakatan could form the next government.

Lim stressed that Dayak-majority seats which were traditionally Barisan Nasional’s fixed deposits were very crucial to DAP if it were to make inroads in the state.

“We will soon make available a Dayak website in order to reach out to more Dayaks, to mobilise and rally them for the coming general election,” Lim disclosed.


SNAP rules out merger with DAP

Posted on June 18, 2011, Saturday

SIBU: SNAP has ruled out any possibility of a merger with DAP, putting to rest weeks of speculations on the proposed (merger) plan.

“Merger is totally out of the question because it is not workable. What we are looking forward to is the cooperation between SNAP and DAP,” its vice-president Johnny Wong Sie Lee said when contacted yesterday.

With this disclosure, the second round of the so-called proposed negotiation may not see the light of day.

Talks on the proposed merger were rife last month following the idea mooted by DAP national adviser, Lim Kit Siang.

Even state DAP chairman Richard Wong Ho Leng admitted that the much awaited negotiation did take place, but fell short of revealing what had transpired.

Wong was among the three members from SNAP who negotiated with the DAP.

The vice-president made it clear that there were still ways for both parties to work together despite the fallout (in the merger plan).

“I see no reason why we can’t work together if we are sincere and genuine to fight for a common goal,” he said.

He, however, said that for cooperation to take place, more ground works needed to be done.

He insisted that there must be utmost sincerity to work together or else things would fall out as soon as they started.

He revealed that in their coming TGA, they would study ways on how they can cooperate for a win-win situation.

Wong added: “It has to be a two-way traffic and both sides must work hard towards making it work.”

Initially, the idea was mooted, aimed at strengthening DAP’s presence in the rural areas.

Wong figured that with some eight years in the doldrums, SNAP could no longer fight a lonely battle.

Prior to the state election, SNAP ruffled the feathers of its partners in Pakatan Rakyat (PR) by jumping to announce its own candidates.

More surprises followed later, widening the rift in PR as SNAP and PKR crossed swords in numerous constituencies.

sbw-bp170511-pb-snap-p

Johnny Wong Sie LeeSIBU: SNAP has ruled out any possibility of a merger with DAP, putting to rest weeks of speculations on the proposed (merger) plan.

“Merger is totally out of the question because it is not workable. What we are looking forward to is the cooperation between SNAP and DAP,” its vice-president Johnny Wong Sie Lee said when contacted yesterday.

With this disclosure, the second round of the so-called proposed negotiation may not see the light of day.

Talks on the proposed merger were rife last month following the idea mooted by DAP national adviser, Lim Kit Siang.

Even state DAP chairman Richard Wong Ho Leng admitted that the much awaited negotiation did take place, but fell short of revealing what had transpired.

Wong was among the three members from SNAP who negotiated with the DAP.

The vice-president made it clear that there were still ways for both parties to work together despite the fallout (in the merger plan).

“I see no reason why we can’t work together if we are sincere and genuine in fighting for a common goal,” he said.

He, however, said that for cooperation to take place, more ground works needed to be done. He insisted that there must be utmost sincerity to work together or else things would fall out as soon as they started. He revealed that in their coming TGA, they would study ways on how they can cooperate for a win-win situation.

Wong added: “It has to be a two-way traffic and both sides must work hard towards making it work.”

Initially, the idea was mooted, aimed at strengthening DAP’s presence in the rural areas.

Wong figured that with some eight years in the doldrums, SNAP could no longer fight a lonely battle.

Prior to the state election, SNAP ruffled the feathers of its PR partners (PR) by jumping to announce its own candidates.

More surprises followed later, widening the rift in PR as SNAP and PKR crossed swords in numerous constituencies.

sbw-bp170511-pb-snap-p

Johnny Wong Sie Lee


DAP Sarawak targets 10 Dayaks in think tank

Posted on July 13, 2011, Wednesday

MIRI: Democratic Action Party (DAP) Sarawak is targeting at least 10 Dayak professionals in a special brain trust or think tank to prepare for future elections.

Piasau assemblyman Alan Ling Sie Kiong said the idea was mooted early last month.

The mainly Chinese-based party is expanding its reach to Bumiputeras in line with its multi-racial character, after having won the confidence of the Chinese electorate in urban seats in the state.

Ling and his DAP colleague Pujut assemblyman Fong Pau Teck had introduced their first Iban member David Balan Kuleh who joined DAP Miri early this month.

They introduced David to the people during a walkabout in Tamu Khas recently.

“We are looking for at least 10 Dayaks of good standing to advise DAP Sarawak
should Pakatan Rakyat (PR) were to form a government one day, which is not impossible in a democracy,” said Ling who revealed that he would be flying over to Kuala Lumpur to join a forum with the Dayaks working there.

He disclosed all 12 DAP Sarawak assemblymen were expected to attend the forum.

“This is a follow up with our meeting with Dayaks working in Johor last month, where two of our assemblymen from Sarawak attended, and the response was very encouraging,” he said.

However, he understood that some Dayaks may be apprehensive about being associated with the opposition.

“We understand their predicament and fears of being penalised, but we hope to work out a suitable arrangement for them to provide us with useful feedback,” he added.

PBB menang di Sarawak kerana Umno - JPUNS

MIRI: 70,000 ahli Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS) harus bersatu meneruskan perjuangan membela dan mengangkat masyarakat Bumiputera.

Ahli Senior JPUNS Egi Bangan King berkata, ahli tidak seharusnya kecewa dengan krisis yang melanda JPUNS dan memperkuatkan semangat memperjuangkan matlamat mereka.

“Perjuangan kita tetap diteruskan. Ahli perlu tabah, terus berjuang hingga matlamat kita tercapai.

“Matlamat kita ialah untuk menyatupadukan Bumiputera dalam parti yang terbesar supaya mengukuhkan kedudukan Bumiputera secara keseluruhan dan UMNO,” jelasnya kepada pemberita pada 22 April lalu.Objektif penubuhan protem JPUNS sebagai satu platform bagi penduduk Sarawak menerima masuk UMNO ke negeri ini dan menyatupadukan kaum Bumiputera.

Beliau berkata, matlamat utama perjuangan mereka ialah menyatupadukan rakyat Bumiputera untuk memperkasakan kedudukan serta keutuhan perpaduan orang Melayu dan Bumiputera dalam membela serta memperjuangkan hak rakyat peribumi melalui UMNO.

“Sehingga kini kami mempunyai seramai 70,000 orang ahli yang kebanyakannya adalah golongan belia sejak beroperasi pada 2006. Ibu pejabat utama kami terletak di Kuching,” jelasnya.Egi berkata, JPUNS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini untuk membincangkan tentang hala tuju JPUNS seterusnya.

Ditanya tentang perjuangan JPUNS setelah ketiadaan pengerusi, Egi memberitahu, pemimpin akan datang dan pergi dan keputusan bergantung kepada semua ahli.

“Itu bukan hak saya untuk membuat keputusan kerana JPUNS bukan milik seseorang tetapi ia dimiliki oleh semua ahli.

“Kita serahkan kepada ahli dan rakyat Sarawak yang menyokong JPUNS untuk membuat keputusan,” jelasnya.

Mengenai peluang UMNO ke Sarawak setelah PBB memenangi semua kerusi, Egi merasakan kemenangan PBB banyak bergantung kepada UMNO secara tidak langsung dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jentera UMNO ke Sarawak dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Ahli JPUNS buat laporan polis terhadap ketua penyelarasnya

Posted on April 27, 2011, Wednesday

MIRI: Satu laporan polis dibuat seorang ahli yang enggan namanya diketahui terhadap Jeffery Jemi yang menganggap dirinya sebagai ketua penyelaras Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS).

Laporan polis itu antara lain mengaitkan Jefri bersubahat dengan Pengerusi JPUNS Affendi Jeman dan Penasihatnya Azman Mohamad dalam mengeliru, menipu dan membohongi calon-calon serta ahli JPUNS apabila mengeluarkan kenyataan di Utusan Borneo baru-baru ini.

Menurut pengadu, kenyataan yang dibuat Jefri dalam akhbar itu tidak masuk akal dan seolah-olah menyokong pembohongan serta penipuan yang dibuat pengerusi dan penasihat JPUNS.

Menurutnya, bukan hanya ahli JPUNS tetapi umum mengetahui Affendi Jeman berkali-kali mengeluarkan kenyataan sebelum pilihan raya malah selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pun masih mengatakan akan bertanding namun janji itu tidak ditepati.

“Soal segelintir calon yang kononnya baru menyertai untuk beberapa bulan dan juga mempersoalkan kelayakan mereka sebagai pemimpin amat tidak masuk akal dan menunjukkan pengerusi bersikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan terhadap calon sendiri yang telah di pilih.

“Sekarang mereka harus dipertanggungjawab dan bukan berangan-angan untuk meneruskan kepimpinan dan perjuangan JPUNS,” katanya.

Menurut pengadu lagi, JPUNS terbukti gagal dan mengecewakan ahli-ahli serta penyokong-penyokong.

“Jika diteruskan dengan agenda yang mengelirukan dan hanya digunakan pemimpin tidak telus, maka ia tidak relevan untuk rakyat Sarawak yang menginginkan UMNO.

“Walaupun tidak menerusi JPUNS, kami meneruskan usaha dengan apa cara sekali pun demi menyatupadu serta memperkukuh kedudukan Melayu dan Bumiputera dengan semua yang memahami hasrat kami,” katanya.