JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, March 28, 2012

Guna untung Petronas, bayar PTPTN

27th March, 2012

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyeru Petronas supaya membantu anak-anak tempatan di negeri ini membayar baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka.

Katanya, langkah itu akan dapat membantu para graduan terlibat, yang ramai di antara mereka hari ini masih lagi belum bekerja ataupun hanya berpendapatan kecil tetapi mempunyai tanggungan yang ramai.

Tambahnya, saranan itu diberikannya kepada Petronas memandangkan syarikat itu mengaut keuntungan yang besar setiap tahun hasil dari operasinya di negeri ini.

“Kita berharap Petronas dapat melakukan hal ini sebagai satu lagi khidmat baktinya kepada anak-anak tempatan kita di negeri Sabah, yang sebelum ini melanjutkan pelajaran mereka dengan menggunakan pinjaman PTPTN.”

“Dengan langkah ini, kita berharap graduan tempatan kita dapat menarik nafas lega, apatah lagi bagi graduan yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi dan mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang usul-usul yang dibangkitkannya di dalam Persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Selain berkaitan hutang PTPTN, Ghapur juga memberitahu bahawa di dalam usulnya minggu lalu beliau turut membangkitkan mengenai isu geran tanah yang dihadapi oleh para peneroka Felda di negeri ini.

Selepas kira-kira 30 tahun tanah mereka dibangunkan oleh Felda katanya, para peneroka terlibat masih ternanti-nanti pengeluaran geran tanah mereka dan isu itu menjadi antara keresahan utama golongan berkenaan.

“Oleh itu, kita meminta kerajaan dan Felda sendiri supaya mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah kepada para peneroka di negeri ini termasuklah kepada para peneroka di Rancangan Felda Umas.”

“Ini akan dapat mempermudahkan mereka menguruskan tanah mereka seperti hal-hal yang berkaitan dengan pertukaran nama pewaris dan sebagainya,” katanya.

Menyentuh usul seterusnya, Ghapur berkata, beliau meminta supaya para pengguna dan para peniaga di negeri ini diberikan ganti rugi oleh syarikat pembekal elektrik berikutan masalah gangguan elektrik yang sering berlaku.

Katanya, gangguan bekalan menyebabkan ramai peniaga seperti mereka yang menjalakan perniagaan sejuk beku mengalami kerugian yang besar, selain ia benar-benar menyusahkan rakyat.

“Apa yang kita lihat, kalau masalah bekalan terputus berlaku di Semenanjung, para pengguna termasuk peniaga diberikan pampasan. Kita mahu langkah sama dilaksanakan di negeri ini.”

“Kalau masalah ini berterusan, cuba bayangkan berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para peniaga yang perniagaan mereka memerlukan penggunaan bekalan elektrik?,” katanya.

Mengakhiri temubual, Ghapur berharap setiap usul yang dibangkitkannya akan diberikan perhatian oleh kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat, demi kebaikan rakyat Sabah, khususnya yang berada di kawasan yang diwakilinya.

Projek paip gas Sabah-Sarawak belum siap

DALAM PEMBINAAN: Antara paip gas yang masih dalam pemasangan dan pembinaan di sebuah kawasan Uma Akeh.

3,000 tenaga kerja giat jalankan kerja ke atas projek yang dijangka siap sepenuhnya April 2013

MIRI: Projek Perpaipan Gas Sabah Sarawak (SSGP) yang menelan belanja sebanyak RM6 bilion dari Kimanis, Sabah hingga ke Samalaju, Bintulu kini telah siap sebanyak 85 peratus.

Pengurus Kanan SSGP, Shaiful Bahrin Hashim berkata, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada April 2013.

“Kita menjangka gas akan mula disalurkan melalui paip (SSGP) bermula April tahun hadapan,” katanya pada satu siri penerangan di Kem 5 SSGP di Long Bedian pada Program Pengenalan SSGP Kepada Media, Rabu lepas.

Menurutnya, projek perpaipan gas sepanjang 521 kilometer (km) berkenaan kini secara keseluruhannya mempunyai 3,000 tenaga pekerja di mana separuh daripadanya adalah terdiri daripada pekerja tempatan.

“Paip berkenaan adalah sepanjang 94 km di Sabah manakala selebihnya 427 km adalah di Sarawak,” katanya.

Selain itu, terdapat lapan kem diwujudkan untuk memudahkan pihaknya membina SSGP iaitu Kem 1 di Beaufort, Kem 2 di Lawas, Kem 3 di Merarap, Kem 4 di Limbang, Kem 5 di Long Bedian, Kem 6 di Long Lapok, Kem 7 di Niah dan Kem 8 di Bintulu.

Shaiful turut memberitahu terdapat beberapa cabaran yang harus diharungi sepanjang perlaksanaan projek berkenaan.

Antaranya, berkenaan komuniti tempatan yang menyentuh tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), wang pampasan tanah, permintaan untuk projek-projek komuniti serta permintaan bersifat individu.

Walau bagaimanapun, katanya, pihaknya tampil dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan dan turut bersedia dengan pengoperasian SSGP sesudah ia siap nanti.

Mengenai Program Pengenalan SSGP Kepada Media, seramai 10 wakil media sekitar Miri terlibat dalam program selama dua hari berkenaan bermula 21 hingga 22 Mac lalu.BP

Rakyat bersuara baru dapat rumah

28th March, 2012

TAWAU: Penantian untuk menduduki rumah baru bagi 114 pembeli projek perumahan Taman Apas Permai, Batu 12 akhirnya terjawab apabila penyerahan kunci kepada para pembeli akan mula dilakukan pada bulan September tahun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh pihak pemaju dan proses penyerahan kunci terbabit juga akan dijalankan secara berperingkat-peringkat, demikian menurut Ketua Pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Negeri Sabah, Mohd Hafiz Sua Abdullah.

Menurutnya, penyerahan kunci tersebut akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan melibatkan pembeli rumah kategori sederhana rendah terlebih dahulu dan selebihnya lagi akan diserahkan pada tahun hadapan.

“Pihak SPNB memberikan jaminan untuk membayar pampasan sebanyak lapan peratus kepada para pembeli terlibat sejajar dengan kandungan perjanjian pembelian rumah yang telah dibuat di antara pihak SPNB dan pembeli,’’katanya.

Mengulas mengenai kelewatan projek perumahan berkenaan yang tidak mengikut waktu, beliau berkata kelewatan itu berpunca daripada beberapa perkara teknikal yang dihadapi oleh pihak pemaju yang dilantik.

Ketika diminta mengulas mengenai kegagalan perjumpaan pihak pembeli rumah yang sepatutnya berlangsung dengan melibatkan pihak SPNB, beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu.

Beliau yang dihubungi pemberita di sini mengakui bahawa pihaknya baru mengetahui tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan.

“Kita berharap, sekiranya pihak pembeli di kawasan terlibat hendak mengadakan majlis perjumpaan bersama SPNB, mereka perlu memaklumkan kepada SPNB negeri terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, seramai 114 orang pembeli projek perumahan Taman Apas Permai di sini menuntut penjelasan daripada pihak bertanggungjawab berhubung status pelaksanaan projek perumahan berkenaan yang tidak mampu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Penduduk yang kesal dengan kelewatan itu menyifatkan tindakan pihak berkenaan yang tidak tampil memberi penjelasan berhubung status projek perumahan berkenaan memburukkan lagi keadaan.

Ketua kumpulan pembeli rumah berkenaan, Baharuddin Andi Sena, 35, berkata Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbendaharaan sering dihubungi namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas rasmi dari mereka.

Menurutnya, berdasarkan perjanjian awal perumahan itu sepatutnya siap dalam tempoh 30 bulan iaitu sekitar bulan Oktober 2010 namun sehingga kini ia masih terbengkalai.

“Kami mahu tahu bila tarikh penyerahan kunci rumah dapat diserahkan, berapa jumlah pampasan dan bila pampasan tersebut akan dibayar kepada pembeli-pembeli rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak projek perumahan tersebut.

Sijil Adun tunggal PR dibatal

28th March, 2012

KOTA KINABALU: Lem- baga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan pera- kuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.

Jimmy yang juga Pengerusi DAP Sabah merupakan satu-satunya Adun tunggal Pakaran Rakyat di negeri itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.

“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).

“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Berkenaan dengan cadangan Adun Balung agar kemen- terian mengekalkan dasar 30 peratus rumah mampu milik bagi setiap projek perumahan swasta, beliau berkata: “Saya telah mengkaji dan sedang men- yediakan kertas cadangan kepada kerajaan dengan mengambil kira pandangan daripada Unit Perancang Ekonomi dengan (UPEN) dan Sabah Housing Real Estate Development Association (SHAREDA) supaya setiap pembangunan perumahan swasta diperuntukkan 30 peratus rumah mampu milik.

“Sekiranya diluluskan oleh kerajaan, dasar ini akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah di kawasan yang dimajukan oleh pemaju swasta di kawasan bandar kelak,” katanya.

Thursday, March 22, 2012

'Beta pada percaya Khalid Ibrahim'

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar pentadbiran Kerajaan Selangor bertanggungjawab mengawal selia tanah dengan amanah dan berhemah.

Dalam titah tersebut, baginda mahu kawasan kepentingan umum seperti hutan simpan, kawasan tadahan air, rizab sungai dan sebagainya dipertahan.

Manakala pencerobohan mesti dibanteras dan kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk projek pembangunan di kawasan tersebut.

“Peruntukan Perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

“Beta percaya Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status,” titah baginda pada Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dun Selangor Isnin lalu.

Wednesday, March 21, 2012

Kerusi SAPP : PBRS vs PBS vs LDP vs UPKO vs Umno

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata isu mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional negeri pada pilihan raya umum sebaiknya dibincangkan pada meja bulat dan bukan secara terbuka.

Beliau berkata ini bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan BN.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata agihan kerusi, yang diberikan dan dipersetujui oleh semua anggota parti komponen BN Sabah pada pilihan raya yang lepas, seharusnya menjadi asas rundingan.

“Cuma kerusi Parlimen dan negeri yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) (yang keluar daripada Barisan Nasional pada September 2008), perlu dibincang secara bersama oleh BN negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Air Sedunia peringkat negeri Sabah di sini kelmarin.

Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose pada Ahad lepas yang mahu BN mengkaji semula formula agihan kerusi dalam kalangan parti komponennya.

John dipetik sebagai berkata bahawa BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini yang menurutnya banyak mendatangkan keburukan kepada BN kerana berdasarkan amalan itu, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak.

“Beliau bebas memberi pandangan namun ada baiknya isu seperti ini dibincangkan melalui perundingan meja bulat,” kata Pairin.

Mengenai keinginan beberapa parti komponen BN negeri meletakkan calon daripada parti masing-masing untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sepanggar, yang dahulunya dimenangi oleh SAPP, beliau berkata: “Seperti juga parti komponen BN yang lain, PBS juga berminat untuk meletakkan calon di situ.”

SAPP keluar daripada BN pada 17 Sept 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi Parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.

Dua lagi kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP iaitu Elopura dan Tanjung Papat kekal dalam BN selepas wakil rakyatnya, Au Kam Wah dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, memutuskan untuk keluar daripada SAPP dan menyertai Gerakan.

krisis SPDP Mas Gading

KUCHING: Kumpulan Ber-lima (SPDP 5) akan meletak-kan calon di kerusi Parlimen Mas Gading untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Jurucakapnya, Datuk Peter Nansian Ngusie memberitahu, mereka berhak meletakkan calon di kerusi itu meman- dangkan mereka tidak lagi ber-ada dalam Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan BN untuk menerima atau sebaliknya.

“Semua orang termasuk SPDP boleh meletakkan calon di mana-mana kerusi tetapi selaku calon BN, kita tahu hanya pucuk kepimpinan BN yang boleh memutuskan siapa akan bertanding berdasarkan pe- nilaian mereka terhadap calon mampu menang, sekali gus apa yang terbaik untuk BN.

“SPDP mempunyai hak untuk memilih calon mereka sen-diri dan seperti itu juga, kita turut mempunyai hak untuk meletakkan calon… kita biarkan pucuk pimpinan BN untuk menentukan dan keputusan itu perlu diterima oleh semua orang,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Nansian, yang juga Menteri Muda Pembangunan Industri dan Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Tasik Biru memberitahu, kumpulan tersebut juga tidak mempunyai sebarang bantahan jika SPDP meletakkan calon kerana ia terpulang ke-pada pucuk kepimpinan untuk membuat keputusan.

“Kenapa perlu kecoh? Ada-kah Presiden SPDP (Tan Sri William Mawan) fikir kedudukannya sangat baik dan boleh membanggakan diri di depan semua orang termasuk BN dan wakil BN?

“Kita teruskan berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat yang mengundi kita, jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat BN daripada berbuat bising,” katanya.

Kerusi Parlimen Mas Gading menimbulkan kepeningan untuk SPDP khasnya apabila penyandangnya, Datuk Dr Tiki Lafe berulang kali mengatakan bahawa beliau akan memper-tahankan kerusi itu.

Masalah lain dihadapi SPDP ialah memastikan bahawa parti itu menamakan calon sendiri yang boleh diterima ramai di kawasan tersebut.

SPDP mengenal pasti lima calon berpotensi — Rayan Narong, Nogeh Anthony, Datu Ik Pahon Joyik dan adik ber-adik Wiliam Jinep dan Henry Harry Jinep untuk mempertahankan kerusi itu terutamanya bagi BN pada PRU13 nanti.

Menurut perjanjian 1996, jika ADUN kawasan itu datang daripada masyarakat Singai, maka Ahli Parlimennya hen-daklah dari kumpulan Jagoi-Bratak.

Jadi untuk menghormati perjanjian itu, suka atau tidak, SPDP terpaksa mencalonkan masyarakat Jagoi kerana Nansian mewakili masyarakat Singai dan situasi inilah yang dipercayai memberikan masa yang paling sukar kepada kepimpinan parti.

Masalah pertama bermula apabila Dr Tiki bersama-sama dengan tiga yang lain bertindak meninggalkan SPDP tahun lepas berikutan Datuk Sylves-ter Entri dilucutkan daripada jawatan Setiausaha Agung pada tahun yang sama.

Ahli lain dalam SPDP 5 ialah Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang yang masing-masing merupakan wakil rakyat Bekenu dan Batu Danau.-BP-

Peralatan 'sultan' dirampas

21st March, 2012

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi kelmarin menepikan arahan oleh Majistret yang membenarkan permohonan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad untuk mengembalikan semua peralatan yang dirampas semasa pertabalan sebagai ‘Sultan Sulu’ tahun lepas.

Hakim Dato’ Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu apabila kes diputuskan kajian semula jenayah yang dikemukakan oleh ketua polis Bandaraya untuk mengawal peralatan yang dirampas dari Mohd Akjan.

Ketika mengenapikan arahan oleh majistret itu, Abdul Rahman berkata tentang perlunya di bawah Seksyen 413 Kanun Kesiksaan tidak mandatori, di mana peralatan yang dirampas dari seseorang yang disyaki melakukan kesalahan jenayah atau harta yang di rampas adalah perlu disimpan untuk penyiasatan polis.

Beliau berkata dalam kes sekarang responden adalah orang yang disyaki melakukan jenayah dan perlaatan dirampas daripadanya adalah peralatan yang diperlukan oleh polis dalam menjalankan siasatan mereka.

“Majistret telah tersalah membuat arahan agar peralatan itu dikembalikan tanpa syarat kepada responden. Dalam menggunakan kuasa yang ada, saya mengenapikan arahan ini,” katanya.

Pada 27 Disember tahun lepas, Majistret Noor Hafizah Mohd Salim telah menolak permohonan ketua polis Bandaraya untuk menangguhkan penyerahan barang-barang yang dirampas itu kepada Mohd Akjan sehingga kesnya dikaji semula di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof pada 7 Disember 2011, membenarkan permohonan Mohd Akjan agar semua barang-barang miliknya antara lain, baju pertabalan dan beberapa dokumen dikembalikan kepadanya.

Untuk rekod pada 16 Mei 2011, Majistret Noor Hafizah Mohd Salimmengeluarkan arahan reman tujuh hari terhadap Mohd Akjan dibawak Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah atas permintaan pegawai penyiasat, ASP Azizul Hj Mansuruntuk memudahkan siasatan polis terhadap dakwaan pertabalan oleh Mohd Akjan sebagai ‘Sultan Sulu’ di kediamannya di Likas.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 130C Kanun Kesiksaan kerana melakukan keganasan,satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 30 tahun dan juga boleh didenda jika sabit kesalhan.

Bagaimanapun pada 22 Mei 2011, Mohd Akjan dibebaskan tanpa syarat dari Balai Polis Karamunsing selepas menjalani tahanan reman itu.

TPP Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin bersama TPP Uma Devi Ballasubramaniam mewakili perayu dan peguam P.J Pereira mewakili Mohd Akjan.

Mohd Akjan tidak hadir di mahkamah kelmarin.

Pembeli rumah Bandar Seri Gemilang rayu pembayaran pinjaman ditangguh

21st March, 2012

LAHAD DATU: Para pembeli rumah di Bandar Seri Gemilang Lahad Datu merayu agar pembayaran pinjaman perumahan mampu milik yang dibangunkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ditangguhkan serta-merta sehinggalah projek perumahan itu yang didakwa terbengkalai sejak lebih tiga tahun lalu siap dibina sepenuhnya.

Ini kerana, mereka mendakwa terpaksa menangggung perbelanjaan tinggi berikutan perlu membayar pinjaman perumahan meskipun belum menduduki rumah berkenaan dan pada masa sama mereka (pembeli) terpaksa menyewa rumah di tempat lain.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Bandar Seri Gemilang Lahad Datu, Sultan Abdullah, mengakui pembayaran pinjaman yang dibuat sejak 2010 amat membebankan mereka kerana sebahagian besar pembeli daripada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, projek itu yang menempatkan 2,622 unit rumah teres dan kedai mampu milik dimulakan sejak 2007 secara berperingkat-peringkat di Bandar Seri Gemilang di sini, dengan tempoh penyiapan selama tiga tahun berdasarkan perjanjian jual beli rumah.

“Masalah ini menyebabkan kami (pembeli) amat terbeban kerana terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi setiap bulan untuk membayar pinjaman perumahan dan pada masa sama perlu membayar sewa rumah.

“Walaupun aduan sudah berkali-kali dikemukakan kepada pihak pemaju, namun sehingga kini tiada tindakan susulan diambil dan hingga sekarang juga seperti belum ada petanda yang rumah kami akan siap dibina.

“Setiap kali meminta penjelasan mengenai status rumah kami, mereka juga tidak dapat memberi alasan kukuh berhubung kelewatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu perjumpaan Majlis Sesi Dialog Bersama Pembeli-pembeli Rumah Bandar Seri Gemilang yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said.

Sultan berkata, pembeli turut menerima surat daripada SPNB yang mendakwa projek berkenaan sudah diambil alih kontraktor baru iaitu Tetuan Supernesa Sdn Bhd dengan kerja pembinaan dimulakan pada April ini yang dijangka siap dalam tempoh 36 bulan lagi.

Bagaimanapun katanya, jaminan itu tidak memadai bagi pembeli kerana masih terbeban dengan kos perbelanjaan tinggi jika pembayaran pinjaman perumahan diteruskan.

Sehubungan itu beliau juga berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menangani keadaan itu sekali gus memastikan projek perumahan di kawasan itu berupaya memberi manfaat kepada golongan sasar.

Sementara itu Datuk Mohd Suhaili Said, berkata masalah dikemukakan pembeli itu akan dibawa dalam perbincangan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) depan.

Katanya, ia bagi mencari langkah terbaik bagi menangani kemelut yang dihadapi pembeli rumah mampu milik itu sekali gus memastikan matlamat kerajaan meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah tercapai.NST-

Ex-leader claims PKR crippled in Keningau

KENINGAU: A former Parti Keadilan Rakyat (PKR) leader claimed that the Malaya-based party here is already crippled as more than 2,000 members have since quit it for the State Reform Party (STAR).

“I myself as being the elected deputy head of PKR for Keningau division, has quit together with the majority of the elected divisional committee members. Among those who have also quit were the division vice head, Daniel Palangi and its information chief, Salim Nair,” Melvin Jaikul said.

Others in the divisional line-up who have also quit are Fred Aliun, Dominic Liew, Adrian Mikin and Alex Amik to mention a few, Melvin claimed in a statement yesterday.

Meanwhile in the divisional youth, all but one, had also left PKR for STAR. Likewise in the women wing, many have left too, joining more than 2,000 PKR members in STAR which is led by Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“There will be more who will leave PKR both in Keningau and in other divisions too. In the very near future there will be an exodus from PKR Putatan to join STAR,” he said.-BP-

Tuesday, March 20, 2012

KWSP tersalah masuk wang RM11,257.41

March 20, 2012, Tuesday

KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu seorang wanita di Miri memulangkan wang berjumlah RM11,257.41 yang telah salah dimasukkan ke dalam akaunnya pada 13 Julai 2010.

Pengurus Besar (Perhubungan Awam) KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan bertulisnya semalam berkata, berda-sarkan siasatan terperinci pihak-nya mendapati wanita berke-naan bukan pencarum KWSP.

Wanita berkenaan tambahnya, juga tidak mempunyai sebarang rekod menunjuk-kannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP.

“KWSP merujuk kepada laporan dikeluarkan akhbar tempatan berbahasa Cina bertarikh 19 Mac 2012 berhubung seorang wanita yang mendakwa KWSP meminta beliau memulangkan wang yang telah dikre-ditkan ke dalam akaun bank-nya berjumlah RM11, 257.41.

“Berdasarkan siasatan terperinci pihaknya mendapati wanita berkenaan bukan pencarum KWSP.

“Beliau juga tidak mem-punyai sebarang rekod me-nunjukkannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP,” jelasnya.

Menurut Nik Affendi, wa-nita berkenaan dengan se-ngaja memperdayakan KWSP agar mempercayai yang beliau adalah pemilik sebenar akaun KWSP tersebut.

“Kami telah membuat pindaan kepada butiran akaun tetapi menyedari beliau telah memberi maklumat palsu apabila pemilik sebenar akaun (KWSP) datang untuk mengeluarkan simpanannya setahun kemudian,” jelasnya.

Beliau menambah, pemegang sebenar akaun KWSP itu adalah pencarum yang telah mendaftar sejak 1982 yang dipercayai turut mempunyai butiran nombor pengenalan diri yang sama dengan wanita terbabit.

Selepas menyedari pembayaran dibuat ke atas akaun yang salah, KWSP mengeluarkan surat kepada wanita berkenaan meminta beliau memulangkan wang berkenaan yang bukan miliknya.

“KWSP di sini mahu menekankan bahawa tiada alasan untuknya mengatakan dirinya tidak bersalah dalam situasi ini kerana mengetahui yang wang itu bukan miliknya malah tidak pernah mencarum dengan KWSP,” ujarnya.

Akhbar tempatan berbahasa Cina itu juga melaporkan wanita berkenaan telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan KWSP yang hanya memintanya memulangkan wang itu setahun kemudian.

Menurutnya beliau hanya mendapat surat daripada KWSP meminta memulangkan wang itu pada 8 Disember tahun lalu dan di dalam surat itu KWSP memintanya berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya.

Bagaimanapun menurutnya wang tersebut telah habis dibelanjakan.

Lebih 12 mengundi PRU-13

KUALA LUMPUR: Seramai 12,595,268 (lebih 12 juta) orang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas nama mereka diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata, jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember 2011 mengan-dungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baharu dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

“Daftar ini akan diwartakan pada 20 Mac depan. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baharu atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, beliau berkata SPR menangguhkan perakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR ke atasnya.

Sabri berkata sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2011 dari 8 hingga 14 Februari lepas, SPR menerima 804 bantahan yang melibatkan 17 bahagian pilihan raya Parlimen dan kesemua bantahan itu masih belum diselesaikan.

Kawasan yang terlibat ialah Jerlun dan Bandar Baru Kulim (Kedah), Bachok dan Ketereh (Kelantan), Marang dan Hulu Terengganu (Terengganu), Tanjong Karang, Gombak, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang, Shah Alam, Kapar dan Kota Raja (Selangor) serta Seremban (Negeri Sembilan).

Beliau berkata, pemilih berdaftar dalam tempoh suku tahun berkenaan boleh menyemak maklumat pendaftaran mereka di talian 03-8885 6565 atau di laman web www.spr. gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip SPRSEMAK No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai 20 Mac ini. — Bernama

Penduduk kesal tanah adat diceroboh

19th March, 2012

KENINGAU: Penduduk Kg. Mansiat dan Kg. Lalapakon kesal dengan tindakan beberapa pihak, yang turut melibatkan agensi kerajaan, menceroboh Tanah Adat mereka yang diwarisi dari nenek moyang sejak ratusan tahun yang lalu.

Menurut AJK tuntutan Tanah Adat merangkap jurucakap kedua-dua kampung berkenaan, Dukiu Timbob, bantahan rasmi penerokaan Tanah Adat Hak Asasi Anak Negeri (NCR) Kampung Mansiat dan Lalapakon telah pun dibuat.

Katanya, kawasan yang sedang diusahakan oleh sebuah syarikat swasta adalah termasuk dalam kawasan NCR Kampung Mansiat dan Lalapakon.

“Oleh itu kami merayu supaya segala kerja-kerja membalak atau membersihkan kawasan berkenaan dengan apa juga tujuan diberhentikan dengan serta merta termasuk jentera hendaklah dibawa keluar,” katanya.

Dukiu berkata, jawatankuasanya sedang dalam usaha untuk menuntut kawasan terbabit termasuklah juga kawasan LIGS sebagai Tanah NCR selaras dengan peruntukan Ordinan Tanah Sabah Bab 68 dan bahagian IV: Seksyen 13,14,15,65 dan 66.

“Kami sebagai orang asal berhak menuntut kawasan tersebut sebagai tanah warisan dari nenek moyang kami turun temurun berdasarkan bukti-bukti sejarah peninggalan nenek moyang kami yang pernah menetap di kawasan tersebut masih wujud sehingga sekarang ini,” kata Dukiu.

Jelasnya, masih terdapat kuburan, tanaman buah-buahan, tempat keramat, air masin serta nama-nama tempat dan anak-anak sungai yang masih kelihatan dan masih segar dalam ingatan orang-orang tua mereka yang masih hidup dan sempat menetap di kawasan itu.

Dukiu turut menceritakan latarbelakang penceroboh Tanah Adat Mansiat kawasan Nomukon yang di pelopori oleh penceroboh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan sebuah syarikat swasta.

Katanya, kawasan Nomukon adalah kawasan tanah adat yang diwarisi oleh suku Mansiat dari nenek moyang sejak 500 tahun dahulu dan ia berkeluasan 7,000 ekar dan 3,000 ekar daripadanya telah ditanam dengan kelapa sawit oleh LIGS sejak tahun 2000 lagi.

“Pada tahun 1986, LIGS telah membuat permohonan untuk membuka kawasan tanah adat ini sebagai skim penempatan getah, kononnya untuk menaiktaraf kehidupan penduduk kampung atas persetujuan ketua-ketua kampung pada masa itu.

“Apa yang berlaku ialah, setelah LIGS mengambil semua kayu balak yang terdapat di kawasan tanah adat ini, mereka bukan pula menanam getah, sebaliknya kelapa sawit yang hanya bertujuan untuk kepentingan beberapa individu tertentu.

“Mengikut siasatan awal kami, kawasan tanah adat ini dimiliki oleh individu tertentu dan bukannya LIGS.

“Keadaan ini sudah cukup membuktikan bahawa tujuan penerokaan tanah ini bukanlah untuk menaiktaraf kehidupan penduduk asal suku Mansiat, tetapi untuk kepentingan peribadi individu yang terlibat,” jelasnya lagi.

Dukiu berkata, mengikut siasatan yang jawatankuasa beliau jalankan, individu yang terlibat adalah kakitangan LIGS itu sendiri.

“Tidak cukup dengan itu, pihak luar pula mengambil kesempatan memohon kawasan ini menyebabkan rasa tidak puas hati penduduk asal di sini iaitu suku Mansiat.

“Belum pun masalah ini selesai, syarikat swasta berkenaan telah meneroka kawasan ini dengan menebang dan meneres kawasan ini seluas 800 ekar yang kononnya telah dibeli dari penduduk kampung tanpa mengemukakan sebarang bukti pemilikan.

“Ini juga menyebabkan penduduk asal kawasan ini sangat tidak berpuas hati kerana telah dinafikan hak ke atas tanah adat ini,” tegasnya.

Dukiu berkata, penerangan dari syarikat berkenaan membuktikan terdapat dua orang penduduk kampung berkenaan yang telah menjadi orang tengah yang digunakannya untuk merampas tanah adat ini dari penduduk asal suku Mansiat.

“Kedua-dua individu yang dimaksudkan tersebut merupakan dalang utama pencerobohan kawasan ini,” katanya.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Tanah Adat Suku Mansiat, Jamary Kokowa, berkata kawasan ini telah dipohon oleh penduduk asal suku Mansiat sejak tahun 1970-an tetapi tidak pernah diluluskan oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur dengan memberikan pelbagai alasan.

“Keadaan ini telah memberikan peluang kepada orang luar untuk menceroboh kawasan ini seperti yang telah berlaku hari ini,” katanya.

Jamary berkata, laporan polis telah dibuat oleh penduduk asal yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tanah Adat, iaitu Inek Kokowak, beberapa bulan yang lalu.

“Surat bantahan serta surat rayuan telah dibuat kepada PPHT untuk memohon siasatan awam tetapi belum ada tindakan kerana mungkin PPHT masih tidak faham-faham lagi tentang bertapa pentingnya isu ini bagi kami.

“Memorandum juga telah diserahkan kepada Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Alfred Angin, pada bulan Mei 2011 yang lalu untuk kali yang kedua tetapi belum ada tindakan,” katanya.

Menurut Jamary lagi, gambar-gambar bukti seperti kuburan, buah-buahan dan sebagainya telah diambil dan direkodkan, manakala pembikinan Profail serta Dokumentasi Suku Mansiat sedang dalam proses penyiapan (90 peratus sudah siap).

“Manusia akan bertambah tetapi saiz tanah tetap sama, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa Orang Asal mempunyai hak ke atas tanah adat, oleh itu pihak kerajaan harus menghormati keputusan ini.

“Jika benar adanya 1Malaysia, Rakyat Mesti Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, oleh itu, kembalikan tanah NCR kami yang telah dirampas oleh LIGS dan pihak luar.

“Iktiraf pemilikan tanah Hak Adat Anak Negeri dan hentikan rampasan ke atas Tanah Adat sekarang juga,” tagas Jamary.

Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Mansiat turut membatah penerokaan kawasan itu.

Pengerusi JKKK Kampung Mansiat Lebby Marasim @ Levister berkata, seluruh penduduk kampung Mansiat dan Lalapakon membantahnya.

Katanya, JKKK Kampung Mansiat dan Lalapakon tidak pernah membenarkan sama sekali mana-mana syarikat meneroka kawasan tersebut sehingga ada penyelesaian dan kelulusan dari pihak berwajib.

“Oleh itu kami memohon sekali lagi supaya kerja-kerja penerokaan tanah di luar kawasan LIGS, di sepanjang Sungai Namukon, Sungai Obah, Sungai Rongit dan sekitarnya, hendaklah dihentikan dengan serta merta,” tegasnya.

“Tambahnya, emua pihak harus menghormati hak-hak asasi orang asal sebagaimana yang diterima pakai dan diisytiharkan oleh perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Pengerusi JKKK Kampung Lalapakon, Sook, Yusuff @ Fabian Bilas, berkata rayuan serta surat makluman mengenai perkara ini telahpun diajukan kepada Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup, Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin.

“Makluman yang sama turut diedarkan ke perhatian Penolong Pegawai Daerah Sook, Penolong Pemungut Hasil Tanah Jabatan Tanah dan Ukur Keningau, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Sabah, Jabatan Alam Sekitar Kota Kinabalu, Pegawai Perhutanan Jabatan Hutan Sook dan lain-lain,” katanya.

Menteri nafi Telco bocorkan maklumat pelanggan

20th March, 2012

KUALA LUMPUR: Tiada bukti menunjukkan syarikat telekomunikasi membocorkan nombor telefon bimbit pengguna kepada pihak penyedia kandungan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu kelmarin.

Bagaimanapun kerajaan tidak menolak kemungkinan ada wakil pengedar atau orang dalaman syarikat telekomunikasi yang membocorkan maklumat pengguna kepada penyedia kandungan, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

“Memang ramai yang sangkakan nombor-nombor yang dihantar SMS perniagaan seperti ini diperoleh daripada syarikat telekomunikasi. Tapi siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuktikan ia tidak berlaku.

“Ada kemungkinan dealer telco atau orang dalam yang keluarkan nombor telefon atau maklumat yang dikehendaki oleh content provider (penyedia kandungan). Saya percaya kebanyakannya dilakukan secara rambang dengan menyasarkan mangsa yang mudah didapati,” katanya menjawab soalan Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) pada sesi soal-jawab.

Ismail ingin tahu cara kementerian mengawal selia promosi perniagaan melalui SMS dan bentuk hukuman jika terbukti wujud unsur penipuan dalam perniagaan tersebut.

Salang berkata SKMM sentiasa memantau aktiviti pemegang lesen melalui Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika berlaku sebarang pelanggaran standard mantadori oleh penyedia kandungan.

Beliau juga berkata menerusi pemantauan SMMM, sebanyak 185 kes penyebaran SMS lucah, fitnah dan jelik disiasat mengikut seksyen 233 AKM 1998 sepanjang tahun lepas.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) mengenai jaminan keselamatan pengguna daripada teraniaya oleh perniagaan SMS, Salang berkata pihak industri juga mengamalkan kawal selia kendiri dalam menangani aduan pelanggan.

“Ia termasuk mewujudkan ‘billing command centre’ untuk menangani masalah bil pelanggan dan mengadakan rangka kerja bagi memperbaiki sistem bil, kaedah pulangan wang balik pengguna atau rebat bagi kes tertentu; dan kempen kesedaran pengguna mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman sesawang masing-masing,” katanya.

Salang juga berkata Pos Malaysia Berhad sedang melaksanakan projek ‘Alamat Untuk Semua’ bagi rumah dan premis yang tidak mempunyai alamat lengkap.

Katanya terdapat 361,241 premis dan rumah tidak bernombor di seluruh negara yang melibatkan 138 pejabat serahan dan 3,963 pusat serahan setempat.

“Melalui projek ini, rumah dan premis akan diberi alamat lengkap.

Kementerian berharap program ini cepat siap dan dapat dilaksanakan di seluruh negara bagi memudahkan urusan pos,” katanya menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai.

kerusi SAPP milik kami - PBRS

March 19, 2012, Monday

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) is keen to contest in Sepanggar which is now held by SAPP Deputy President Datuk Eric Majimbun.

Speaking to reporters after attending the PBRS’ 18th anniversary dinner on Saturday night, its president, Tan Sri Joseph Kurup, said he haD instructed PBRS divisional leaders in Inanam and Sepanggar to work hard and evaluate the party’s chances of contesting in Sepanggar.

So far, the reports and feedback that he had received are very positive, Kurup said.

To a question if he had submitted the list of candidates and constituencies to the Sabah Barisan Nasional (BN) chief Datuk Seri Musa Aman or Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Tun Razak, Kurup said no.
“I have indicated our interest to contest in the constituency (Sepanggar) but have not formally put it down in writing. There is still room to strengthen our position there.

“I do not want to reveal how many seats we are interested in because it is not proper to do so. I know for a fact that our comrades in BN are also working hard and I believe they also feel that they have winnable candidates but I know that the Prime Minister has his own way to evaluate the candidate is winnable or not.

“This means that the final decision is in the hands of the Prime Minister after discussing the matter with the Chief Minister,” he said.

Kurup in his speech also stressed that PBRS is not giving up on its claim for the Deputy State Assembly Speaker post because it was the party’s quota since BN was established in Sabah.

The Deputy Minister of Natural Resources and Environment said that he failed to understand why the BN government still allowed the post to be held by a member of the opposition party.

“I cannot help but feel that something fishy is going on,” he said.

Speaking at the dinner, Kurup called on the party’s members to be prepared for the coming 13th general election.

“The clock is already ticking (and) in this particular case, the clock is ticking faster that before … before parliament and the State Assembly are dissolved. This means that the period of enjoyment after the 12th general election is short.

“We have to be prepared so that we are able to not only defend our seats but also prove that we are the ‘winnable’ party for other specific constituencies,” he said.

Umno teruskan tekad rampas kerusi sekutunya

‘Re-look formula on allocation of seats’

Posted on March 19, 2012, Monday

KOTA KINABALU: There is a need for the Barisan Nasional (BN) to relook its formula on the allocation of seats to the various component parties for the general election, said Penampang Umno chief Datuk John Ambrose.

He opined that the BN should do away with the usual practice of re-allocating seats to component parties contested by them in the last general election.

“This practice is doing more harm than good for the BN. Under the standard practice, regardless of whether that component party has a winnable candidate or not, it will still be given the chance to contest again. This will not only make these parties complacent, knowing whether they work or not, the seats will still be theirs,” he told reporters here yesterday.

Ambrose said this would demoralise other component parties, especially members, who have been working hard in the area for their whole life and “yet the party they are in was never given a chance to contest”. — Bernama

=====================================================================================

March 19, 2012 20:57 PM

Formula Agihan Kerusi Wajar Dikaji Semula - Bernard Dompok

KOTA KINABALU, 19 Mac (Bernama) -- Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berkata formula agihan kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) wajar dikaji semula pada pilihan raya umum akan datang.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, berkata langkah itu merupakan usaha baik bagi memastikan kemenangan BN seperti yang pernah dinyatakan bekas Perdana Menteri keempat Tun Mahathir Mohamed ketika memegang tampuk pemerintahan.

"Itu satu pandangan baik (kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose) sebab 'ia merupakan idea baru' dalam pembahagian kerusi. Saya masih ingat Tun Mahathir apabila menjawat jawatan Perdana Menteri dan datang menghadiri Kongres UPKO, menyatakan negeri Sabah tiada parti perlu menguasai lebih 50 peratus kerusi.

"Itu salah satu aspek (untuk kemenangan BN)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ambrose bahawa BN perlu menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini.

Terdahulu, Dompok merasmikan majlis penutupan program Hello Komoditi anjuran kementeriannya dengan kerjasama Pejabat Daerah Putatan di Dewan Kompleks Rakan Muda Putatan isnin. -- BERNAMA

Kami mahu 10 kerusi - LDP

LDP eyes 10 seats in GE

March 17, 2012, Saturday

KEPAYAN: Liberal Democratic Party (LDP) is gearing up for the coming 13th general election and has submitted its list of candidates to Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Najib Tun Razak.

LDP president Datuk VK Liew said the list of about 20 names was submitted to the Prime Minister late last year.

Speaking to reporters after officiating at LDP’s central election operations room in Kepayan Perdana here yesterday, Liew said, “We have submitted our list of candidates to the Prime Minister who is the Barisan Nasional (BN) chairman late last year and there are no changes so far.

The Deputy Minister in the Prime Minister’s Department said that LDP not only has many winnable but also ‘want to be’ candidates so the party’s leaders really have to assess to identify who are the willing and able candidates.

“This is very important to me because the next phase of political challenge for LDP will be different… the political landscape of the party will be bigger and we will be more significant in the administration of the government,” he said.

According to Liew, taking into consideration the six seats available after SAPP left BN and the current four held by LDP, the party’s leadership has submitted at least two names for each constituency.

The candidates include professionals and many qualified people who are fresh, young and eager to serve the state and country, he stressed.

Asked whether he would be defending the Sandakan parliamentary seat, Liew said, “I am the MP for Sandakan… Sandakan has been identified with me and vice versa, so when the time comes I will let you all know what will happen.

On the party’s relationship with Umno now, Liew said that what happened is now history.

“Now we are looking forward to ensure BN wins the 13th general election and we are working closely as a team to ensure BN wins,” he said.

Asked if LDP had also submitted the names of candidates for the Karamunting state constituency which is currently held by former party vice president Datuk Peter Pang, he said the seat belonged to LDP.

“He (Pang) was our candidate in 2008 and he left us in 2010. Can he take the seat away? That will be against the principle of BN,” Liew said, adding that by doing so Pang is paving the way for other BN component parties’ candidates to do the same in the future.

“This is not right as it would create chaos. I don’t think that is the agreed principle by the BN supreme council as we have the convention whereby if a person leaves the party, that individual should not have the right to take away that constituency.

“I would also like to suggest to the BN supreme council that if the person is a minister, he or she should also resign as a cabinet minister and leave it to the Chief Minister of the day to decide who is the appropriate person to fill in the vacancy.

“But the individual cannot take the seat and cabinet post together.

When it was pointed out to him that both Datuk Raymond Tan and Datuk Peter Pang had offered to resign from the state cabinet, Liew said that in Raymond’s case the scenario was different because he did not follow SAPP and instead remains with BN.

“In our case we did not leave BN, it was his (Pang) differences with the party leadership that resulted in him making such a decision,” Liew said.

When reminded that Pang remained in the state cabinet because Chief Minister Datuk Seri Musa Aman did not accept his resignation, said, “The Chief Minister has prerogative in this matter but it must be exercised in the interest of all the BN component parties…that is very important.?

Monday, March 19, 2012

PRU-13 sesuai pertengahan Jun - Timbalan Speaker

Sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipilih untuk diadakan pada 3 Jun, ia seolah-olah tidak menghormati Sabah dan Sarawak yang menyambut perayaan Hari Gawai dan Kaamatan pada awal bulan tersebut.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tarikh 3 Jun adalah tidak sesuai sama sekali kerana tidak memikirkan perasaan dan hati orang Sarawak dan Sabah.

“Jadi kalau Sabah dan Sarawak dianggap simpanan tetap kepada BN, jangan adakan pilihan raya pada 3 hari bulan,” katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama penduduk Kampung Bako Hulu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Bloomberg yang dipetik mengenai 3 Jun merupakan salah satu tarikh yang dicadangkan untuk mengadakan PRU13.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong memberitahu, ia sewajarnya diadakan seawal 15 Jun bagi memberi ruang selain menghormati masyarakat menyambut Hari Gawai pada 1 Jun dan Hari Kaamatan pada 31 Mei.

Jelasnya, pertengahan bulan Jun lebih sesuai kerana ada ruang yang besar sehingga bulan puasa yang dijangka jatuh pada 19 Julai.

“Maknanya kita ada ruang besar pada pertengahan bulan Jun hingga Julai,” katanya.

Wan Junaidi ialah pemimpin BN terawal sering memberi bayangan mengenai tarikh pembubaran PRU.

Manakala Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing memberitahu, kepulangan pengundi muda ke kawasan luar bandar jika PRU13 diadakan pada musim Gawai dijangka akan memberi sedikit sebanyak impak.

Jelasnya, pengundi muda yang bekerja di bandar atau luar negeri, yang banyak berada di kawasan luar bandar ketika Gawai bagaimanapun tidak semestinya akan mengundi Barisan Nasional (BN), berbanding pengundi lebih berusia.

“Dari segi peratusan, saya rasa ia tidak melebihi lima peratus dari biasa dan persoalannya di sini adalah sejauh manakah keberkesanan mereka mempengaruhi pengundi lain di luar bandar, itu yang perlu kita ketahui.

“Jika pilihan raya diadakan sebelum Gawai, ia akan mempunyai sedikit perbezaan kerana kita mempunyai pengundi lebih berusia dan kita tahu mereka menyokong BN tetapi dengan adanya pengundi lebih muda, kita tidak tahu dan mungkin mereka ini akan meninggalkan impak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Dr Dusit Jaul memberitahu, ia adalah budi bicara Perdana Menteri tetapi sebaiknya jangan diadakan pada minggu pertama bulan itu memandangkan masyarakat Dayak di Sarawak dan di Sabah masing-masing menyambut perayaan.

Menurutnya, bukan sahaja tarikh itu tidak sesuai, tetapi dari segi persiapan juga boleh terjejas tanpa mengira pembangkang mahupun kerajaan.

“Kita perlu bersiap sedia tetapi bagaimanakah kita bersedia jika kita sedang dalam ‘mood’ Gawai dan menjalankan aktiviti Gawai?

“Ia agak sukar, dan saya pasti kerajaan persekutuan dan terutamanya PM sedar dan mengambil kira perkara ini, apa yang berlaku di Sarawak pada minggu pertama Jun,” katanya.

Beliau turut sependapat dengan Wan Junaidi kerana ia boleh dianggap tidak menghormati masyarakat Dayak jika ia diadakan pada 3 Jun.

“Saya boleh katakan ia bukan sahaja tidak bagus kepada kerajaan tetapi juga rakyat.

“Jika kerajaan tetap mahu mengadakannya pada 3 Jun, kerajaan boleh dianggap tidak sensitif kepada keperluan rakyat,” katanya.

==================================================================================

Najib terus berahsia bila Pilihan Raya Umum Ke-13

Posted on March 20, 2012, Tuesday

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Perdana Menteri berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

“Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini Isnin malam.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

“Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat,” katanya, sambil menambah kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

“Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh,” katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. — BERNAMA

Cukai kepada rakyat bermula April ini - Menteri

Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

husni eon bank function 120310 ahmad husniBeliau berkata, borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.

"Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kita akan terus membuat pertimbangan bagi memastikan setiap pemohon layak mendapat bantuan.

"Kita tak tetapkan tarikh akhir permohonan tapi saya berharap akhir bulan Mac ini majoritinya akan buat rayuan kerana bulan April nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi yang memproses permohonan itu akan mula terlibat dalam kutipan cukai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis perasmian pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor di Ipoh, hari ini.

Husni berkata melalui permohonan rayuan, 90 peratus daripada 200,000 pemohon berjaya menerima bantuan itu dan kegagalan pemohonan sebelum ini adalah berpunca daripada masalah teknikal.- Bernama

Friday, March 16, 2012

Ketua Polis Negara dicabar isytihar harta

Masdar Wahid

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mencabar pimpinan tertinggi polis termasuk ketuanya, Tan Sri Ismail Omar mengishtiharkan harta mereka.

Beliau mengulas kenyataan Ismail 14 Mac lalu kononnya hanya satu peratus dari kira-kira 100,000 anggotanya terlibat dengan jenayah rasuah.

"Secara matematiknya satu peratus dari 100,000 itu maknanya ada 1,000 anggota polis terlibat dengan rasuah seperti disahkan Ismail.

"Bagaimana pula kalau yang 1,000 itu merupakan barisan pimpinan tertinggi polis, sudah pasti rasuah cukup parah dalam pasukan itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut meragui kenyataan Ismail itu kerana ia jelas bertentangan dengan pendedahan Transparency International Global Corruption (GCB) 2010 yang menyatakan polis dilihat sebagai paling korup dengan nisbah 4.1/5.

Berbanding parti politik (4.0/5.0) dan Anggota Parlimen (3.4/5.0) dengan tinjauan dilakukan secara bersemuka melibatkan rakyat bandar dan luar bandar mengenai rasuah dan usaha kerajaan menangani isu rasuah.

Di Malaysia, selain polis dilihat sebagai paling korup, kajian itu juga menunjukkan keyakinan masyarakat adalah rendah atau tidak berpuas hati terhadap polis dengan tiadanya 'ikan besar' yang ditangkap dalam sesuatu kes rasuah berprofil tinggi.

Perkara itu turut diakui sebelum ini oleh Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali yang menyatakan agak sukar mengheret perasuah besar.

"Kes melibatkan pegawai tertinggi biasanya kes berprofil tinggi dan memakan masa dan rumit hingga membabitkan pemindahan wang ke luar negara dan membataskan kuasa kita sedia ada.

"Kes membabitkan pegawai sokongan atau bawahan (ikan kecil) ini tidak sesukar kes pegawai tinggi dan kadangkala hanya membabitkan pemalsuan dokumen," kata Mustafar.

Thursday, March 15, 2012

Pengeluaran petroleum Sabah menjunam 17 peratus - Azmin

Masdar Wahid

Pengeluaran petroleum Kikeh, Sabah menjunam 17 peratus ekoran ekoran masalah serius yang dihadapi Petronas dalam kerja-kerja carigali minyak di negeri itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

"Petronas berdepan masalah dalam kerja carigali minyak di Kikeh, Sabah dan memerlukan dua tahun memperbaikinya, kelewatan ini memberi kesan kepada pengeluaran petroleum di Sabah yang merudum 17 peratus.

"Petronas juga gagal menyiapkan kemudahan platform pengeluaran minyak di Gemusut, Kakap, Sabah yang sepatutnya mula mengeluarkan minyak pada 2010, malangnya kemudahan ini hanya dijangka siap pada 2014," katanya pada perbahasan di Parlimen 14 Mac lalu.

Oleh itu beliau mencadangkan Petronas menggunakan kaedah bersesuaian bagi menyelesaikan masalah seumpama itu.

"Bagi mengekal pengeluaran petroleum, Petronas harus mengelak dari mengguna teknologi carigali konvensional, tetapi meningkatkan teknologi pengeluaran termasuk kaedah EOR (Enhance Oil Recovery) di telaga minyak lama (brown field).

"Maka Petronas patut menumpu kerja carigali minyak di Marginal Field yang memerlukan kaedah dan teknologi carigali berbeza kerana saya dimaklum, wujud 106 marginal fields di Malaysia dengan 22 daripadanya tersedia untuk kerja carigali petroleum," katanya yang juga lulusan kejuruteraan.

Tuesday, March 6, 2012

Wanita miliki 2 rahim perlukan bantuan

SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.

Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.

Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.

Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.

Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.

Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.

Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.

Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.

Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.

Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!

Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281 = Sinar Harian

Monday, March 5, 2012

Sedia debat walau dengan perempuan - Najib

Masdar Wahid

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja termasuklah perempuan.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, samada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," kata Najib dalam cacatan diblognya pada 5 Mac lalu.

Respon Najib itu dipercayai selepas pelbagai desakan termasuk dari kalangan Umno sendiri yang mahu beliau berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika benar pimpinan Umno itu tidak pengecut.

Sebelum ini, Anwar berkali-kali menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Najib termasuk memberi ruang masa lebih 10 minit, jika Najib menyatakan kesediaannya.

Kenyataan pertama Najib mengenai kesediaanya untuk berdebat dengan Anwar hanya dikeluarkan pada Pilihan Raya Kecil kerudi DUN Tenang, Johor Januari tahun lalu.

Dalam ceramah itu, Najib dakwa Anwar akan demam jika beliau bersedia menyahut cabaran Ketua Pembangkang itu.

Najib bagaimanapun hanya bersedia debat berhubung isu peribadi berbanding Anwar yang mahu memfokuskan debat berkaitan pengurusan ekonomi dan hala tuju kepimpinan negara.