JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 30, 2012

Lagi pemimpin Upko tinggalkan BN

Masdar Wahid

Tindakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN), Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN 29 Julai lalu dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat Sabah nampaknya tidak keseorangan.

Penyertaannya turut diikuti pimpinan tertinggi Upko termasuk Naib Presidennya yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap (gambar atas), Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

Penyertaan beliau turut diikuti beberapa penyokong dan ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen Tuaran itu.

Beliau turut mengakui dipujuk Presidennya, Tan Sri Bernard Giluk Dompok agak menarik balik hasrat itu, namun beliau menolaknya dan bertegas menubuh Angkatan Perubahan Sabah (APS).

"Kami, Upko dan beberapa pemimpin PBS dengan ini secara rasminya meninggalkan BN dan bersetuju menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebagai paltform baru yang bukan sahaja menyertai Pakatan Rakyat.

Tetapi juga menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berjanji akan menjelajah seluruh Sabah untuk membangkitkan kesedaran politik terutama warga Kadazan-Dusun-Murut (KDM) agar mengundi Pakatan Rakyat," katanya pada majlis itu.

Beliau turut menafikan dakwaan beberapa blog dan media yang menyatakan APS ialah parti, tetapi menegaskan ia merupakan sebuah pertubuhan gerakan pembaharuan di Sabah dan menyokong Pakatan Rakyat.

Bumburing pernah mendesak partinya meninggalkan BN menjelang 16 September, namun senyap selepas beberapa pemimpin Upko diberi jawatan.

Bumburing sudahpun meletak jawatan selaku Pengerusi BN Tuaran pada 23 Julai lalu dan merupakan MP Tuaran sejak tiga penggal lalu.

Lajim, Bumburing meriahkan politik Sabah

Masdar Wahid

Tindakan Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN), Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN memeriahkan lagi gelora politik Sabah.

Walaupun kedua-dua pemimpin itu meninggalkan BN dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, mereka bagaimanapun tetapi tidak menyertai KEADILAN seperti diuar-uarkan sejak setahun lalu.

Lajim menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang memfokuskan pengundi Bumiputera Islam (BI) manakala Bumburing membentuk Angkatan Perubahan sabah (APS) dan memfokuskan pengundi Bumiputera Bukan Islam (BBI) di Sabah.

Sesuatu yang menarik dalam politik Sabah, penjenisan atau pengkelasan pengundi bukan berasaskan kaum walaupun sentimen perkauman dan kenegerian sangat kuat di negeri itu.

Jika di Semenanjung pengundi dikategorikan kepada Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain, Sarawak kepada Melayu-Melanau, Cina, Iban, Orang Ulu dan lain-lain, ia tidak pula di Sabah.

Di Sabah pengundi dikelaskan kepada tiga yang utama iaitu Bumiputera Islam (BI), Bumiputera Bukan Islam (BBI), Cina (C) dan lain-lain.

Ini kerana jika anda mengkelaskan pengundi mengikut kaum, ianya sangat sukar kerana pokok pangkal di sini tetap berkait kepentingan agama dan sentimen itulah yang menjadi asas sebagai tujuan akhir sesebuah parti untuk memerintah.

Contohnya, jika anda menyebut Kadazan-Dusun-Murut (KDM), Cina dan kaum-kaum lain, ia agak sukar kerana tidak semua kaum itu menganut agama yang sama.

KDM misalnya, kumpulan itu juga ada yang sudah lama memeluk Islam dan begitu juga dengan Cina, malah ada kaum yang disebut sebagai Sino (Cina-Dusun), begitulah unik dan menariknya politik dan sosiobudaya di Sabah.

Maka penubuhan PPS dan APS oleh Lajim dan Bumburing itu sudah tentu sangat baik untuk gelombang perubahan rakyat Sabah memilih Pakatan sebagai kerajaan baru di negeri itu.

Ketika ini hanya pengundi majoriti Cina di sesebuah kawasan sahaja yang solid dan sangat pasti menyokong Pakatan.

Bagi kawasan Campuran BI dan BBI, ia agak sukar di ramal kerana ia bergantung kepada gabungan pelbagai isu dan memerlukan tokoh untuk menarik kedua-dua gabungan pengundi itu menyokong Pakatan.

Walaupun penulis akui Lajim, Bumburing mungkin menang jika bertanding di kawasan yang disandang kini, namun tidak akan memberi impak di kawasan lain negeri itu, kecualilah Parlimen di bubar hari ini.

Bumburing misalnya, hanya menang tipis di Tuaran pada PRU 2008 dan sejak itu, gerak kerja KEADILAN Cabang Tuaran aktif membentuk sokongan rakyat dari pelbagai lapisan rakyat.

Malah, selain Upko-bumburing, Umno dan sekutunya yang lain di Parlimen Tuaran juga bermasalah dan dilanda krisis sehingga akhbar milik keluarga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman terpaksa melaporkan di media mereka.

Lajim pula meninggalkan Umno selepas wujudnya krisis beliau dengan pemimpin Umno di situ, Datuk Azizah Mohd Dun dan beliau bakal digugurkan pada PRU akan datang, selain gerak kerja aktif KEADILAN-PAS di situ untuk menewaskan Lajim-Umno.

Apapun, Lajim-Bumburing menambahkan lagi persaingan pembangkang untuk merebut 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN di Sabah pada PRU kali ini kerana bakal mewujudkan pertandingan lebih satu penjuru jika Pakatan gagal menyelesaikan masalah agihan kerusi.

Berikut ialah bentuk gabungan yang mungkin menghiasi politik Sabah pada PRU kali ini.

Pakatan Rakyat Sabah = KEADILAN, PAS, DAP + APS dan PPS

BN = Umno, MCA, Gerakan, Upko, PBS, PBRS, LDP dan parti kecil lain dalam BN seperti PPP, MIC,

Parti Pembangkang lain

= SAPP mahu tanding lebih 2/3 DUN dan beberapa Parlimen

= UBF/Star juga mahu tanding semua kerusi negeri dan Parlimen atas alasan konon untuk Sabah, tapi sebenarnya untuk kepentingan peribadi Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

= Parti Pembangkang tajaan BN yang menamakan diri mereka 'Parti Pembangkang Bersatu' iaitu

- Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu), Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia) kini dikenali sebagai Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama).

- Bersekutu diasaskan Datuk Harris Sallleh yang juga rakan rapat Tun Dr Mahathir, Pasok memfokus pengundi KDM dan setia kawasan BI.

- Ketiga-tiga parti ini tidak pernah ada himpunan agung pilih pemimpin, namun akan muncul dan bertanding semua DUN dan Parlimen setiap kali ada pilihanraya.

Tidak puas hati pada BN punca Bumburing keluar - Upko

Tindakan Datuk Seri Wilfred Bumburing meletak semua jawatannya dalam BN kerana tidak berpuashati dengan parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu, kata Datuk Seri Wences Angang.

Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya tidak akan mengulas apa-apa lagi. Tunggu sehingga mesyuarat Majlis Tertinggi parti dan selepas itu kita akan membuat satu kenyataan.

"Saya tidak mempunyai idea (Apa tindakan susulan Bumburing), tetapi dari apa yang saya tahu, dia tidak berpuas hati dengan BN," katanya.

Ditanya sama ada Wences turut tidak berpuas hati dengan BN, beliau bagaimanapun menyifatkan soalan itu sangat baik untuk dijawab.

"Itu adalah soalan yang baik. Saya akan memberi jawapan lain kali," katanya lagi.

Pada 25 Julai lalu, Setiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata parti itu tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Bumburing kerana peletakan jawatannya selaku pengerusi BN Tuaran atas lantikan Najib.

Pada 29 Julai lalu, Bumburing pada perhimpunan di Dalit, Tuaran mengumum keluar BN dan menyokong Pakatan Rakyat melalui pertubuhan Angkatan Perubahan sabah (APS) yang memfokuskan pengundi Kadazan-Dusun-Murut.

“Presiden Upko dua tiga kali memujuk saya terus menjadi calon PRU-13 di Tuaran tetapi saya menolak kerana tidak mahu menjadi calon mewakili BN.

“Hari ini (29 Julai) saya umumkan keluar daripada BN manakala perjuangan politik saya diteruskan menerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebagai saluran baru politik yang akan bekerjasama dengan pembangkang,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bumburing pernah mendesak partinya meninggalkan BN menjelang 16 September, namun senyap selepas beberapa pemimpin Upko diberi jawatan.

Bumburing sudahpun meletak jawatan selaku Pengerusi BN Tuaran pada 23 Julai lalu dan merupakan MP Tuaran sejak tiga penggal lalu.

Friday, July 27, 2012

Saya Sudah terima peletakan Bumburing - Upko

Parti kami sudah menerima surat peletakan jawatan Datuk Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN), Datuk Wilfred Madius Tangau.

Madius berkata, partinya tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab kerana pelantikan jawatan pengerusi BN dalam mana-mana kawasan Parlimen dibuat pemimpin BN peringkat persekutuan.

"Salinan surat peletakan jawatan beliau sudah dihantar ke pejabat Upko dan oleh kerana pelantikan jawatan pengerusi BN Bahagian dibuat pemimpin BN pusat, kita tidak akan mengambil tindakan terhadap beliau," katanya dihubungi 25 Julai lalu.

Ahad ini bersamaan 29 Julai, Bumburing akan hadir pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada 1:00petang dan pimpinan KEADILAN bersama Pakatan Rakyat negeri dan pusat sudah mengesahkan kehadiran.

Bumburing yang juga UPKO pernah mendesak partinya meninggalkan BN menjelang 16 September, namun senyap selepas beberapa pemimpin Upko diberi jawatan.

Bumburing sudahpun meletak jawatan selaku Pengerusi BN Tuaran pada 23 Julai lalu dan merupakan MP Tuaran sejak tiga penggal lalu.

Manakala Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin akan membuat pengumuman mengenai hala tuju politiknya dan mengulas pelbagai isu berkaitan kepentingan Sabah d Kampung Kaundu, Beaufort jam 5 petang juga pada Ahad ini.

Lajim juga sudah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu dan tidak akan bertanding mempertahankan sebarang jawatan pada pemilihan Umno akan datang.

Ketika ini, Lajim ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan MP Beaufort sejak 2008, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias beberapa penggal, bekas Timbalan Ketua Menteri dan masih memegang Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Orang kanan Lajim, Amsir Dani juga sudah meletak jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga dan Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, jawatan yang disandangnya sejak 18 tahun lalu.

Amsir yang terlibat dalam politik sejak 1994 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian bertindak demikian sebagai mengikut jejak langkah Lajim.

“Jika Lajim boleh dan rela meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno mengapa pula saya tidak boleh mengikut jejaknya melepaskan Ketua Cawangan," katanya pada 23 Julai lalu serentak dengan pengumuman keluar parti Bumburing pada hari sama.

Lajim, Bumburing jemput Anwar

Masdar Wahid

Ahli Parlimen (MP) Datuk Lajim Ukin dan MP Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing sendiri yang menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada 29 Julai ini, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Tamrin Jaini.

Tamrin berkata, walau apapun keputusan yang bakal diumum kedua-dua pemimpin BN itu, ia pasti memberi impak kepada politik Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana Lajim dan Bumburing sudah pasti menyertai pembangkang.

"Mereka berdua yang jemput sendiri Anwar dan samada Ketua Umum hadir atau tidak, itu perkara kedua kerana yang penting akan berlaku gelombang baru politik Sabah selepas pengumuman itu.

"Walaubagaimanapun, kita tetap berharap mereka sertai KEADILAN," katanya ketika dihubungi.

Ahad ini bersamaan 29 Julai, Bumburing akan hadir pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada 1:00petang dan pimpinan KEADILAN bersama Pakatan Rakyat negeri dan pusat sudah mengesahkan kehadiran.

Bumburing yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN) pernah mendesak partinya meninggalkan BN menjelang 16 September, namun senyap selepas beberapa pemimpin Upko diberi jawatan.

Bumburing sudahpun meletak jawatan selaku Pengerusi BN Tuaran pada 23 Julai lalu dan merupakan MP Tuaran sejak tiga penggal lalu.

Manakala Lajim akan membuat pengumuman mengenai hala tuju politiknya dan mengulas pelbagai isu berkaitan kepentingan Sabah d Kampung Kaundu, Beaufort jam 5 petang.

Lajim juga sudah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu dan tidak akan bertanding mempertahankan sebarang jawatan pada pemilihan Umno akan datang.

Ketika ini, Lajim ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan MP Beaufort sejak 2008, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias beberapa penggal, bekas Timbalan Ketua Menteri dan masih memegang Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Orang kanan Lajim, Amsir Dani juga sudah meletak jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga dan Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, jawatan yang disandangnya sejak 18 tahun lalu.

Amsir yang terlibat dalam politik sejak 1994 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian bertindak demikian sebagai mengikut jejak langkah Lajim.

“Jika Lajim boleh dan rela meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno mengapa pula saya tidak boleh mengikut jejaknya melepaskan Ketua Cawangan," katanya pada 23 Julai lalu serentak dengan pengumuman keluar parti Bumburing pada hari sama.


Thursday, July 26, 2012

Ada bincang politik bersama Nik Aziz - Lajim

Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Lajim Ukin berkata, beliau akan mengulas banyak isu melibatkan kepentingan rakyat Sabah dan hala tuju perjuangannya pada 29 Julai ini.

Mengenai kedudukannya dalam Umno, Lajim mengakui sudahpun menjelaskannya kepada Datuk Seri Najib Razak dalam empat pertemuan sebelum ini dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pertemuan itu, katanya beliau turut memberi pandangan mengenai penambahbaikan Umno dan pelbagai isu melibatkan kepentingan rakyat Sabah, namun hasil pertemuan itu beliau 'diserang oleh orang Umno sendiri'.

Sehubungan itu katanya, beliau terpaksa membuat dua pilihan, pertama kekal dalam politik atau bersara dan jika kekal, beliau mahu melihat pembangunan bukan sahaja dalam kawasannya, tetapi juga seluruh Sabah.

"Saya sudah jelaskan kepada Perdana Menteri dalam empat pertemuan sejak 20 Disember 2011 lagi. saya juga sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri dan memberitahu bahawa saya tidak akan membuat apa-apa keputusan secara terburu-buru.

"Sebagai ahli politik, Saya juga sudah membuat persediaan dari segi fizikal dan mental," katanya kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Lajim turut bersetuju dengan Ahli Parlimen Tuaran yang meninggalkan BN, Datuk Wilfred Bumburing bahawa masa depan Sabah perlu  ditentukan sendiri rakyat negeri itu.

Mengenai pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Lajim berkata ia dibuat atas kapasiti beliau selaku Timbalan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri mengenai penswastaan ​​sistem kutipan sisa pepejal di negeri itu.

"Namun oleh kerana saya juga ahli politik, saya tidak menafikan adanya perbincangan politik selepas pertemuan itu," katanya lagi.

Tuesday, July 24, 2012

Tiga pemimpin BN keluar parti.

Masdar Wahid

Semalam, 23 Julai 2012, tiga pemimpin BN di Sabah dan Sarawak keluar parti. Mereka ialah Datuk Seri Wilfred Bumburing (Sabah), Wong Judat (Sarawak) dan Amsar Dani (Sabah).

Bumburing (gambar atas) ialah Ahli Parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN) dan turut terlibat dengan perbincangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang 16 September 2008.

"Berkuatkuasa hari ini, 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran.

"Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di Sabah, lapor Bernama semalam.

Manakala Wong Judat (gambar bersongkok) ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan selama tiga penggal dengan permulaan politik beliau sebagai calon Bebas di Sarawak dan kini merupakan Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP-BN).
“Pada 30 Julai ini nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP) Tan Sri William Mawan dan Timbalannya Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya. Hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya.

Ditanya samada beliau mungkin akan menyesali keputusan dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada Saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kata Wong judat semalam.

Amsir Dani pula ialah orang kanan kepada Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang diura-uarakan bakal meninggalkan BN bersama Wilfred Bumburing sejak 2008 lagi.

Amsir turut meletak jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga dan Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, jawatan yang disandangnya sejak 18 tahun lalu.

Amsir yang terlibat dalam politik sejak 1994 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian bertindak demikian sebagai mengikut jejak langkah Lajim.

“Jika Lajim boleh dan rela meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno mengapa pula saya tidak boleh mengikut jejaknya melepaskan Ketua Cawangan.

“Saya telahpun menulis surat peletakan jawatan dan menghantarnya kepada Pengarah Unit Kemajuan Rakyat melalui Pemimpin Kemajuan Rakyat dan notis peletakan jawatan itu telah dihantar pada 13 Julai dan berkuatkuasa pada 17 Julai untuk tempoh selama sebulan peletakan jawatan itu,” katanya, lapor Sabah Times semalam.

Lajim (gambar) pada majlis sambutan Hari Lahirnya bulan lalu mengumum enggan bertanding pada pemilihan Umno akan datang dan turut meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu pada 18 Jun lalu.

“Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” kata Lajim.

'Saya rela dipecat dari Umno'

Labuan : Ahli politik veteran Datuk Lajim Hj Ukin mengumumkan disini yang beliau tidak kisah sekiranya dipecat oleh UMNO dan akan menyertai sama ada KEADILAN, PAS atau DAP berdasarkan kehendak penyokongnya.

Bercakap dalam satu perhimpunan anjuran KEADILAN Kuala Penyu dikediaman bekas Adun bebas Kuala Penyu Datuk John Ghani, di Bukit Kallam, Labuan 18 Julai lalu.

Lajim berkata: "Saya tidak tahu dimana saya berdiri. Saya seorang Timbalan Menteri dalam pentadbiran BN tetapi petang ini saya dikelilingi ahli-ahli pembangkang, termasuk sebahagian daripada Upko dan Umno.

"Tetapi saya tidak takut akan apa yang saya lakukan. Saya hanya takut kepada Allah, ayah saya dan guru saya. Saya malah tidak takutkan iblis.

"Saya sanggup melepaskan gaji bulanan RM20,000 saya dan ganjaran lain sebagai seorang menteri selagi perjuangan saya dapat memastikan hak tempatan dihormati dan dilindungi, isu-isu imigresen, rasuah, kronisme yang telah menjadi lubang dalam kapal BN boleh diatasi.

"Sebagai contoh Kuala Penyu yang telah menuntut bekalan air bersih bertahun-tahun lamanya tetapi tidak diendahkan. Apabila saya membuat bising mengenainya, mereka potong peruntukan MP saya."

Lajim berkata, Pakatan Rakyat (PR) disokong oleh pakar dan dibawah pemerintahannya hasil negeri boleh mencapai RM40 bilion setahun dengan RM20 bilion lagi daripada agensi-agensi lain.

Katanya PR boleh melakukannya dan memperbetulkan segala yang salah. "Saya tidak boleh beritahu kamu sekarang bagaimana PR hendak melakukan ini.

Tunggu saja manifestonya dan RM40 bilion akan mencukupi untuk memajukan infrastruktur di semua kampung".

Mengenai Labuan, Lajim berkata, seorang profesional dengan latar belakang ekonomi akan diletakkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang dan identitinya akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

Lajim, selaku pengerusi Umno bahagian Beaufort sebelum ini berkata, beliau menjangkakan yang beliau tidak akan dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Berhubung Parti STAR sebagai alternatif pembangkang, Lajim berkata, arah tuju STAR tidak jelas, tidak ada agenda jangka panjang.

Kira-kira 400 orang menghadiri majlis tersebut.

Sumber: Terjemahan dari akhbar berbahasa Inggeris DailyExpress.

Monday, July 23, 2012

Siapa Ahmad Faisal Mohd Yunos ???

Tindakan Sinar Harian menyiarkan laporan seorang pengendali Blog sebuah parti mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 menyebabkan ramai tertanya-tanya Blog dari parti manakah lelaki itu. 

Bagi yang sudah biasa dengan alam cyber ini, apabila disebut pengendali Blog dibayar atau Pengendali Blog Upahan ianya pasti akan menghala kepada UMNO/BN.

Dari apa yang pernah tersiar dalam Utusan Malaysia, Ahmad Faisal Mohd Yunos sememangnya bertugas untuk UMNO, beliau adalah Pegawai Khas Blog Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. 

Beliau pernah membuat satu laporan Polis meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan Ali Rustam. 




Pengendali blog tuntut tunggakan gaji 

AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370. 

Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog. 

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000. 


Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan. Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji. 

“Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan,” katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam. 


Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan. 

“Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300. 

“Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini,” katanya. 


Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil. 

 “Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya. Sinar Harian

Tuesday, July 17, 2012

Fahami Buku Jingga sebelum sertai kami - Anwar

Masdar Wahid

Mana-mana pimpinan Umno BN yang berhasrat menyertai KEADILAN dinasihatkan memahami agenda Pakatan Rakyat sebagaimana dipersetujui bersama dalam Buku Jingga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menjawab pertanyaan wartawan mengenai desas-desus Timbalan Presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukim menyertai KEADILAN.

Anwar berkata, bukan jumlah penyertaan yang menjadi isu, perkara pokok katanya ialah kesediaan kedua-dua pemimpin Umno-Upko itu memahami sentimen rakyat Sabah yang mahukan perubahan besar dalam negara.

“Kami (KEADILAN) sudah pasti mengalu-alukan orang yang komited kepada agenda reformasi, orang yang faham akan Buku Jingga (manifesto) dan agenda Pakatan Rakyat.

“Perkara yang paling penting ialah tidak hanya kedudukan Datuk Wilfred atau Datuk Lajim tetapi apa yang diinginkan oleh rakyat Sabah.

“Pemimpin-pemimpin mesti menghormati dan memberi maklum balas sewajarnya… sudah tentu saya mengalu-alukan mereka jika menghormati hasrat dan sentimen rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sebuah hotel di Kuching, 15 Julai lalu selepas berada di Sarawak selama dua hari termasuk dijemput berucap di Kampung Serayan, Lundu dan Satok di negeri itu.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee Haw, Adun Krian, Ali anak Biju dan puluhan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Menjawab soalan lain, Anwar berkata, 90 peratus daripada 222 kerusi parlimen seluruh negara sudah selesai diagih antara KEADILAN, PAS dan DAP, namun keputusan akhir hanya diumum selepas Dewan Rakyat dibubarkan.

Friday, July 13, 2012

Ahli Parlimen Umno pertahan GRO asing

Walaupun GRO asing antara penyumbang besar jenayah dan skandal maksiat di Labuan, namun Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Yussof Mahal (gambar) mempertahankan penglibatan mereka.

Malah pemimpin Umno itu dengan bangganya mengatakan penglibatan GRO asing di pulau bebas cukai itu masih terkawal walaupun penduduk tempatan sering mengadu mengenainya sejak puluhan tahun lalu.

“Tiada penambahan berlaku, jumlah mereka masih kekal dan pihak berkuasa seperti polis dan Imigresen sentiasa memantau pergerakan mereka dari masa ke semasa” katanya.

Beliau berkata demikian hanya selepas media mendesak memberi komen mengenai laporan akhbar tempatan bahawa 'GRO Asing Timbulkan Masalah di Labuan.'

Beliau memberi alasan kehadiran GRO asing di Labuan diluluskan permit dan bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan yang dikunjungi pelancong termasuk pekerja minyak dan gas di pulau itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Labuan, Sarbini Hussin berkata, seramai 250 GRO berlesen dibenarkan bekerja di 37 buah premis pusat hiburan di wilayah itu.

Wednesday, July 11, 2012

Pemimpin BN jumpa saya mahu sertai KEADILAN - Baru

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) didakwa menunjukkan minat untuk menyertai parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata mereka yang akan berbuat demikian merupakan wakil rakyat dari Sarawak dan Sabah.

Sambil enggan mendedahkan nama dan jumlah, beliau mendakwa tindakan wakil rakyat tersebut mencerminkan mereka tidak setuju dengan dasar-dasar BN.

“Saya dengar khabar angin yang kencang (wakil rakyat BN akan menyertai pembangkang) dan mereka ada berjumpa saya. Ini akan berlaku,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat KEADILAN di Kuching pada 10 Julai lalu.

Baru yang juga ADUN Ba’Kelalan berkata lagi, sokongan terhadap pembangkang kian bertambah.
Lawatan ke Kota Kinabalu pada Ahad lepas katanya me-nunjukkan sambutan orang ramai terhadap pembangkang amat memberangsangkan.

“Saya boleh katakan sambutan amat luar biasa. “Ke mana saja kami pergi kami kekurangan kerusi untuk orang ramai duduk,” katanya.

Mengenai kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya kelak, Baru berkata KEADILAN akan memberi tumpuan terhadap 10 kerusi termasuk Julau.

Di Julau, Baru berkata dua anak tempatan telah memulakan usaha meraih sokongan di peringkat akar umbi.