JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, June 13, 2013

Malaikat Maut menjenguk kita setiap hari

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.

Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Saturday, June 8, 2013

Saifuddin jumpa MB Selangor ketika ini

Saifuddin jumpa MB Selangor 10 Jun ini

Masdar Wahid

Datuk Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan bertemu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikannya sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor pada
jam 2 petang 10 Jun ini.
"Saya dijadualkan bertemu  Tan Sri Khalid pada jam 2 petang Isnin ini dan saya hanya akan komen mengenainya selepas perbincangan itu nanti. Pelantikan ini adalah hak
Menteri Besar dan saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan yang diberi.

"Apa jua tugas dan kewajipan yang diamanahkan kelak, akan saya galas sebaik mungkin dengan penuh tanggungjawab," katanya kepada masdarwahid.blogspot.com

Pada 5 Jun lalu, Khalid mengesahkan Saifuddin akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dengan peranan utama membantu pembangunan masyarakat luar bandar di negeri itu.

Saifuddin merupakan graduan Pengurusan Latihan dari Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun serta graduan Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia.

Sebelum menyertai politik, Saifuddin aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosial di desa dengan menyusun dan menggerakkan pelbagai program yang memanfaatkan
golongan itu yang kebanyakannya melibatkan masyarakat Melayu.

Dalam bidang politik, beliau ialah Adun pertama KEADILAN yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas di negeri Jelapang Padi negara pada tahun 2000.  Semasa menjadi Ahli

Parlimen pada penggal lalu, hujah-hujah beliau bukan sahaja penuh dengan fakta dan angka, malah setiap kali berbahas pemimpin Umno BN sering gagal berdepan beliau.

Pada 15 Januari 2012, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menganugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha

Agung KEADILAN ini sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 di Istana Anak Bukit, Alor Star.

Monday, June 3, 2013

Gaji Taib Mahmud RM114,000 sebulan

Gaji Taib Mahmud RM114,000 sebulan

Masdar Wahid
Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini memiliki pendapatan kasar RM114,000 sebulan berdasarkan Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 yang dilulus dalam sidang DUN 21 Mei lalu, kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh.

Gaji itu katanya, meliputi jawatan Taib selaku Ketua Menteri RM39,000 sebulan, Adun (RM15,000) dan dua menteri kanan negeri yang dibolotnya, masing-masing Menteri Kewangan (RM30,000) dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar (RM30,000).

"Jumlah ini tidak termasuk elaun dan 'pendapatan' lain melalui skandal rasuah melibatkan Taib, keluarga dan kroninya yang diketahui umum," katanya kepada Suara Keadilan
Undang-undang baru itu melulus kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000 sebulan; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000 dengan alasan perlu menjaga kawasan luas terutama di kawasan luar bandar.

"Luasnya sesuatu kawasan pilihanraya kerana gagalnya BN menyedia akses jalanraya walaupun memerintah lebih 50 tahun. "Kedua, kenaikan ini tidak wajar dilaksana dalam keadaan majoriti rakyat Sarawak masih berada di bawah paras kemiskinan, malah ada yang hanya bergaji RM300 sebulan.

"Ketiga, kenaikan gaji ini hanya dinikmati wakil rakyat kerana merupakan pemandangan biasa setiap kali calon BN menang, mereka menaiki kereta mewah dan memiliki rumah besar walaupun baru beberapa bulan bergelar Yb, maknanya wang itu untuk peribadi bukannya pengundi," katanya.

Beliau turut menyifatkan kelulusan undang-undang itu bertujuan untuk dana pilihanraya BN menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2016 atau lebih awal dari itu.

Ini kerana katanya, undang-undang itu dilulus enam hari selepas BN negeri mengisytihar fokus mereka berdepan PRN dalam masa terdekat ekoran kemerosotan prestasi BN pada PRU 5 Mei lalu.

    Jawatan                 Gaji

1. Ketua Menteri         (RM39,000 sebulan)

2. Menteri Kewangan  ( RM30,000 sebulan)

3.  Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar  (RM30,000 sebulan)

4. Adun Balingian         (RM15,000 sebulan)

  Jumlah                        (RM114,000 sebulan)