Susunan Masdar Wahid
Sejak akhir-akhir ini, Umno BN terus menyerang Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ekoran pendedahan konsisten pertubuhan itu mengenai skandal rasuah Kapal Selam Scorpene melibatkan Datuk Seri Najib Razak semasa menjawat Menteri Pertahanan dari 1999 hingga 2008.
Hakikatnya, Malaysia sudahpun meraih bantuan asing sejak merdeka, namun sengaja memanipulasi isu NGO seperti Suaram dan lain-lain kerana bimbang skandal Scorpene yang melibatkan RM7.3 bilion wang pembayar cukai di ketahui rakyat dan bangun menjatuhkan Najib, Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. Berikut ialah maklumat yang perlu pembaca sekalian tahu mengenai dana asing di negara ini.
1. Jangan pertikai bantuan Suaram
NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari yayasan Open Society Institute kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penjangak matawang oleh Dr Mahathir pada 1997.
Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi matawang Soros.
Sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini. Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia.
Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang melibatkan Najib Razak.
2. Keperluan bantuan asing
NGO yang tidak sehaluan dengan BN diasing dan tidak menerima geran bantuan kerajaan. Hanya NGO memberi imej baik kepada kerajaan BN yang diberi bantuan tahunan.
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), sebuah organisasi yang dianggotai bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong Suaram.
Pertubuhan itu menegaskan menerima pembiayaan dari mana-mana sumber yang sah untuk promosi dan perlindungan hak asasi manusia tidak boleh dianggap menyalahi undang-undang atau anti-nasional dalam apa cara jua.
3. Malaysia terima bantuan asing
Selepas merdeka Malaysia menerima banyak bantuan ketenteraan dan pembangunan dari negara asing. Malaysia bergantung kepada Britain dari aspek pertahanan melalui Perjanjian Pertahanan Anglo – Malaya ( AMDA ) ditandatangani pada 1957.
Semasa darurat (1950an – 1960an) negara ini mendapat bantuan ketenteraan dari Negara komanwel seperti Fiji dan Nepal menentang komunis.
Menerima bantuan tentera Komanwel semasa Konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 1964 bagi mengawasi kawasan perairan Sabah dan Sarawak daripada pencerobohan Indonesia.
Pada tahun 1950an, negara mendapat banyak bantuan dari Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran keluar negara.
4. Bantuan pembangunan
Pada tahun-tahun 1960an – 1970an Malaysia menerima bantuan asing dalam sektor pembinaan, pertanian serta pendidikan melalui pinjaman dari Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam.
Pinjaman tersebut diberi bersama bantuan pakar-pakar asing untuk menyelia penyaluran dana dan kemajuan projek yang ditaja. Bantuan paling kontroversi melibatkan pembinaan empangan Pergau di Kelantan.
Projek ini memalukan kerajaan United Kingdom dan Malaysia kerana nilai bantuan £234 juta untuk projek tersebut merupakan pertukaran berbentuk rasuah bagi pembelian jet pejuang Hawk bernilai £1.3 bilion pada bulan Mac 1988.
Pada November 1994, Mahkamah Tinggi Britain memutuskan tindakan menyalurkan bantuan tersebut salah dari segi undang-undang British.
5. Bantuan krisis ekonomi 1997
Ketika krisis ekonomi melanda Asia pada 1997, Malaysia meminta pinjaman dana dari Bank Dunia.
Dr Mahathir menjamin kewangan negara kukuh dan tidak perlu memohon bantuan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF). Beliau menyelar IMF cuba menjajah ekonomi Asia.
Padahal Dr Mahathir takut struktur ekonomi disusun semula dan memusnahkan sistem kapitalisme kroni yang menguntungkan keluarga dan kroninya. Sehingga hari ini ekonomi Malaysia belum pulih sepenuhnya.
Bank Dunia ketika itu telah meluluskan pinjaman AS$300 juta pada 1998 untuk program makanan, pendidikan tinggi dan mikrokredit serta AS$100 juta pada Mac 1999 untuk bantuan teknikal.
6. Bantuan menyelamatkan BN
Selepas terpencil akibat pemecatan Anwar, Dr Mahathir terpaksa meminta bantuan Jack Abramoff, seorang pelobi Zionis dibayar AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.
Najib minta bantuan firma perunding Apco Worldwide memulihkan imej beliau dan BN selepas PRU 2008. Apco berpengkalan di Israel. Firma perunding itu mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Israel Shin Bet.
Kerajaan BN membayar RM77 juta setahun membiayai Apco. Firma itu bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.
Najib guna khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai Apco) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.
Tender naik taraf sistem komunikasi PDRM, Police Reporting System sejak 2001 hingga 2010 diberi secara sub-kontrak kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd yang berpusat di Singapura.
Izhak David Naskar yang membina sistem itu adalah bekas tentera Israel. Beliau pernah membina sistem risikan pasukan pertahanan Israel dari 1970an hingga 1987.Rakannya, Ido Sccheschter pula masih berkhidmat dalam angkatan tentera Israel.
No comments:
Post a Comment