Rejim BN kian tertekan dalam usahanya mempertahankan negeri Sarawak apabila terus menggunakan pelbagai taktik dan cuba mengelirukan rakyat menjelang pilihanraya di negeri itu.
Terbaru, rejim BN di Sarawak didakwa menjadi dalang kepada pembentukan sebuah parti baru, Peace Party yang diterajui oleh bekas pemimpin Parti Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB), Julian Petrus Jout.
PBB ialah sekutu utama BN di Sarawak selain Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Rekod menunjukkan Julian mula menjadi ahli PBB sejak tahun 1986 dan hanya meninggalkan parti itu awal Jun lalu sebelum menubuhkan Peace Party pada 13 Jun 2010.
Menarik juga untuk dicatatkan di sini apabila parti itu mendapat liputan berterusan daripada akhbar yang dimiliki oleh sekutu BN selain sehingga kini parti itu berusaha memantapkannya sebelum mendaftarkannya kepada Perdaftar Pertubuhan (R.O.S), sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri di Sarawak.
Sebelum ini, Kongres Dayak Malaysia (MDC), sebuah parti serpihan BN yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) gagal didaftarkan malah tidak mendapat liputan sebaik Peace Party.
Peace Party dalam laporan media pro-BN turut dipaparkan nombor telefon serta rayuan kepada penduduk Sarawak yang berminat menyertai parti itu.
Namun, apa yang pasti kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Julian menguatkan lagi hujah bahawa parti itu sebenarnya tajaan BN bagi memecahkan undi Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri yang ke 10 pada kali ini.
“Saya menerima kata-kata perangsang daripada rakan-rakan yang kebanyakannya merupakan golongan profesional dan ahli parti komponen BN agar menubuhkan sebuah parti.
Lazimnya, mana-mana parti di luar BN adalah parti pembangkang.
Kami berada di luar BN tetapi bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.
Sila dapatkan edisi khas pilihanraya negeri Sarawak dalam keluaran akhbar KABAR di pasaran.
KABAR sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan, yang penerbitannya kerap diganggu Kemneterian Dalam Negeri (KDN).
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Tuesday, July 13, 2010
Syarikat judi taja makanan Muslim ?

KUCHING: Magnum 4D (Malaysia Timur) Sdn Bhd (Magnum) menaja sejumlah RM35,000 untuk Pesta Makanan 2010 semalam.
Sejak 2006 pihak Magnum telah menyokong pesta terbabit dengan memberi sejumlah sumbangan wang untuk membantu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menganjurkan pesta yang bakal diadakan dari 31 Julai hingga 22 Ogos di Dewan Komuniti, Jalan Padungan.
Menurut Datuk Bandar MBKS James Chan pesta makanan ini adalah satu-satu yang seumpamanya yang bertahan sekian lama dan berjaya menjadi tarikan kepada 600,000 pengunjung pada tahun lepas daripada sumber rekod bancian MBKS.
Sejumlah 124 gerai didirikan untuk pilihan makanan daripada 11 gerai berkembar, 10 gerai makanan premium antarabangsa dan 70 gerai individu, dua gerai minuman beralkohol dan dua gerai minuman.
Makanan yang dijual adalah seperti makanan restoran,makanan Muslim, makanan Dayak, Jepun, Barat, India, sosej Taiwan, rojak, ikan BBQ, lok-lok, tim summ, penkek tiram, luicha, pansuh ayam, itik an chao dan banyak lagi.
“Mengikut kebiasaan, terdapat ruang memasak hidangan masyarakat Cina daripada pelbagai suku dengan promosi tiga hari bermula dengan klan Hainan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos.
“Disusuli dengan Chawan dari 3 hingga 5 Ogos, Hakka 6 hingga 8 Ogos, Hokkien 9 hingga 11 Ogos, Kwong Wai Sien 12 hingga 14 Ogos, Hing Ann 15 hingga 17 Ogos, Foochow 18 hingga 20 Ogos dan Teochew 21 hingga 22 Ogos,” katanya.
Selain itu, terdapat gerai yang menjual makanan Vietnam, Filipina, Korea, Indonesia dan China untuk orang ramai mencuba.
Saturday, July 10, 2010
Musim Perompak Merompak Orang Umno
Berita Harian melaporkan 3 penjenayah amat dikehendaki ditembak mati ketika memecah masuk rumah ketua cawangan UMNO di Kg Air Gelugor Tenai, Gemencheh, Seremban dan seorang sempat melarikan diri. Kejadian berlaku jam 5 pagi tadi.
Pada 5 Julai, 4 lelaki ditembak mati ketika merompak di kediaman exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dan di Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek, Kuantan. Menurut berita RM300 000 dilarikan dari rumah tersebut. Seorang perompak sempat melarikan diri. Rompakan ini menjadi pertikaian dengan angka RM300 000 dan 4 yang ditembak mati.
Kedua-duanya berlaku di rumah orang-orang Umno. Orang-orang Umno mungkin menyimpan banyak ‘pitis’ di rumah mereka, itulah yang disukai perompak. Dua kes 7 ditembak mati. Setiap kes seorang berjaya melarikan diri. Seorang berjaya melarikan diri adalah kerana boleh menjadi saksi bagaimana rakan-rakan mereka ditembak mati oleh polis. Itulah gambarannya.
Kita pun hairan, bagaimana dengan pertambahan anggota polis, bertambahlah kejadian jenayah berlaku. Sebenarnya itu tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah tanpa ada keberkatan. Kita perlu kepada berkat-Nya juga.

Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?
Pertandingan Piala Dunia Bolasepak 2010 di Afrika Selatan sudah hampir ke penghujungnya.
Sudah hampir sebulan peminat bolasepak di Malaysia bersorak menyaksikan pertarungan antara negara-negara selain daripada negara tanahair mereka sendiri.
Dalam keghairahan bersorak pasti ramai yang tertanya, ‘Bilalah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia akan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia?’
Melihat pada prestasi pasukan kebangsaan sepanjang beberapa tahun yang lalu, agak mustahil Malaysia dapat beraksi di pentas Piala Dunia.
Senarai ranking mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meletakkan Malaysia di tangga 146, setaraf dengan ‘gergasi’ bolasepak yang lain seperti Turkmenistan, Burundi dan Madagascar.
Walhal, kurang 30 tahun yang lalu pasukan bolasepak kebangsaan duduk setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan yang sudah berturut kali layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Saya sempat menyaksikan pertarungan antara Malaysia dan Jepun sebanyak dua kali di Stadium Merdeka pada tahun 1980-an.
Pertamanya di peringkat separuh akhir Pestabola Merdeka 1986: Malaysia menang 2-1 dalam masa tambahan.
Perlawanan kedua ialah di pusingan kelayakan Piala Asia 1988: Malaysia tewas 0-1.
Sekarang, sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Jepun ataupun tewas tipis di tangan mereka, pasti dianggap kejayaan yang sangat besar.
Walaupun tewas 0-1 pada tahun 1988, hakikatnya Malaysia pada perlawanan tersebut menguasai pasukan Jepun sepanjang tempoh perlawanan.
Kekalahan tipis ketika itu dianggap cukup mendukacitakan.
Kemerosotan pasukan bolasepak kebangsaan boleh dilihat daripada pelbagai sudut.
Yang pasti, kemerosotan ini banyak mencerminkan beberapa perkara ‘pelik’ yang berlaku di dalam negara.
Pertama, jika dilihat pada barisan pemain kebangsaan sekarang, sudah tidak ada lagi pemain berbangsa Cina yang menyarung jersi kebangsaan.
Malah, hanya S. Kunalan, pemain dari Negeri Sembilan yang merupakan pemain bukan Melayu tunggal yang sering turun dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.
Sudah pasti kemerosotan prestasi pasukan bolasepak kebangsaan bukan kerana tiadanya pemain berbangsa Cina.
Cuma, apa yang berlaku ialah menularnya polarasi kaum dalam arena sukan negara.
Bolasepak kini boleh dianggap sukan untuk kaum Melayu sahaja, manakala kaum Cina lebih tertumpu pada acara sukan lain seperti bola keranjang dan bola tampar .
Dalam bersukan pun sudah kurang integrasi antara kaum! Bukankah ini sesuatu yang amat menyedihkan?
Saya percaya kepelbagaian kaum dalam sebuah pasukan bolasepak ada manfaatnya.
Lihat saja pada pasukan Jerman dalam kejohanan Piala Dunia kali ini.
Dalam kesebelasan utama pasukannya yang membenam England dan Argentina, ada permain yang berbangsa Turki, ada yang berasal dari Ghana dan Tunisia, dan di bangku simpanan ada pemain-pemain yang berasal dari Sepanyol dan Brazil.
Pemain-pemain ini membawa pembaharuan dalam corak permainan pasukan Jerman.
Jika sebelum ini mereka dianggap hanya bergantung kepada disiplin dan organisasi permainan yang tinggi, pasukan Jerman kali ini dilihat mempamerkan aksi menyerang yang baik dan kreatif.
Jangan dipolitikkan sukan
Pasukan kebangsaan Malaysia dahulunya punya kelebihan ini.
Pemain-pemain Melayu dan India lebih exspresif mempamerkan skil permainan manakala pemain-pemain berbangsa Cina dan Sikh punya daya tumpuan dan disiplin yang tinggi.
Maka, tidak hairan jika dilihat pada senarai pemain kebangsaan pada tahun 1970-an dan awal 1980-an, tembok pertahanan negara dibarisi pemain-pemain seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Lee Kin Hong dan Serbegeth Singh; dan tonggak serangan digalas pemain seperti Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Hassan Sani dan Zainal Abidin Hassan.
Budaya yang berbeza membawa gaya permainan yang berbeza, dan ini membawa manfaat bila diadun dengan sempurna.
Seperkara lagi yang menyedihkan dalam bolasepak negara ialah penglibatan ahli-ahli politik.
Memang benar, daripada sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu membawa manfaat.
Mereka mampu menarik dana yang diperlukan untuk mengurus persatuan bolasepak tempatan.
Selain daripada itu, penglibatan mereka sebenarnya tidak perlu.
Saya tidak faham misalnya mengapa jawatan presiden persatuan-persatuan bolasepak negeri sering dipegang menteri-menteri besar.
Tidak cukupkah kerja di pejabat menteri besar sehingga perlu mencari kerja tambahan mengurus persatuan bolasepak?
Mengapa tidak dibiarkan sahaja pentadbir profesional mentadbir dan membuat keputusan?
Saya percaya ramai menganggap penglibatan ahli-ahli politik ini tidak lebih daripada usaha mencari publisiti murahan.
Kita tidak mahu ahli-ahli politik masuk campur kerana tidak mahu ‘penyakit politik’ meresap dalam bolasepak.
‘Penyakit’ yang paling ketara ialah kurangnya fokus pada rancangan jangka panjang.
Banyak dana dan tenaga lebih tertumpu pada kejayaan serta merta.
Siapa di kalangan ahli-ahli politik yang mahu membuang masa merancang pelan jangka panjang seperti ‘Malaysia ke Piala Dunia 2018’?
Tahun 2018 itu sangat jauh dan jangka hayat politik mereka mungkin tamat sebelum itu.
Sekiranya perancangan rapi dibuat, saya percaya pasukan bolasepak kebangsaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Saiz dan tubuh pemain yang kecil tidak lagi boleh dijadikan alasan.
Pemain-pemain Jepun dan Korea Selatan sudah membuktikan ia bukanlah penghalang untuk mengecap kejayaan.
Kejayaan pasukan kebangsaan merangkul pingat emas Sukan SEA tahun lalu perlu dijadikan asas kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Bersorak untuk pasukan Brazil, Sepanyol dan Argentina dalam pertandingan Piala Dunia banyak membawa kepuasan.
Namun, bagi setiap peminat bolasepak di tanahair, tidak ada yang lebih memuaskan dan membanggakan daripada bersorak untuk pasukan Malaysia dan mendengar lagu Negaraku berkumandang di stadium. Bilalah agaknya impian ini boleh menjadi kenyataan?
by Zaki Samsudin http://english.cpiasia.net/

Piala Dunia 2010 : Pemain Muslim Turut Menyerlah
SEDANG demam Piala Dunia kini mencapai suhu kemuncaknya, beberapa pemain yang dahulu tidak diketahui ramai kini menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak.
Ini termasuk beberapa pemain Muslim, yang mewakili pasukan Belanda dan Jerman, seperti Ibrahim Afellay dan Khalid Boulahrouz (Belanda) serta Sami Khedira dan Mesut Ozil (Jerman).
Bahkan, Afellay sebenarnya berpeluang menyarung jersi negara kelahiran ibu bapanya, Maghribi, namun beliau memilih mewakili negara kelahirannya sendiri, iaitu Belanda.
Begitu juga Khedira dan Ozil, yang memilih Jerman.
Bagi pemain Ghana, Andre Ayew, pula, beliau memilih negara Afrika asal keluarganya meskipun dilahirkan di Perancis.
Walau apa pun pilihan mereka, bintang bola sepak beragama Islam ini telah mempamerkan kelakonan menyerlah dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, yang bakal berakhir esok.
Bahkan, kehadiran Ozil, 21 tahun, seakan membawa nafas baru kepada skuad Jerman yang dahagakan pemain yang boleh menjadi nadi pasukan.
Beliau pendatang berketurunan Turkey tetapi memilih Jerman sebagai pasukannya.
Beberapa laporan menukil jurulatih Jerman, Joachim Loew, memuji Ozil sebagai 'hadiah bagi bola sepak Jerman'.
Beliau menjaringkan satu gol untuk membolehkan Jerman menundukkan Ghana 1-0, sekali gus mendahului Kumpulan D, dan mempamerkan persembahan cemerlang, walaupun tidak menjaringkan gol, untuk membantu negara menggilis Argentina 4-0 dalam peringkat suku akhir.
Begitu juga dengan Afellay, 24 tahun.
Pemain Belanda berketurunan Maghribi ini pernah diberikan Anugerah Johan Cruyff sebagai 'Pemain Muda Terbaik' di Belanda pada 2007.
Meskipun begitu sibuk dengan jadual latihan dan perlawanan, para pemain ini tidak pernah melupakan agama mereka.
Laporan Bloomberg News menukil pemain tengah Jerman, Khedira, yang berketurunan Tunisia- Jerman, mendedahkan beliau sering berdoa sebelum memulakan sebarang perlawanan.
Seorang lagi pemain Belanda yang mewakili kelab Liga Perdana England, Arsenal, Robin van Persie, juga dikatakan penganut Islam.
Belanda, Jerman dan Ghana bersama-sama Paraguay, Sepanyol, Argentina, Uruguay dan Brazil membentuk lapan pasukan yang mara ke pusingan suku akhir.
Esok, perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol, akan melihat kededua pasukan bertarung untuk mendapatkan piala emas yang diidam-idamkan - yang pertama bagi kededua negara.
Namun, lebih daripada semua itu, penglibatan para pemain beragama Islam ini membawa pengertian yang lebih mendalam, terutama bagi lebih 53 juta penduduk Islam di benua Eropah yang sebahagian besarnya merupakan para pendatang.
Penampilan pemain seperti Boulahrouz dan Khedira, yang merupakan anak kelahiran pendatang, dalam skuad kebangsaan masing-masing hanya menandakan satu perkara - golongan pendatang kini mampu mewakili negara mereka.
'Kami anak-anak pendatang akhirnya dapat melakukannya.
Meskipun ia memerlukan tiga generasi. Skuad ini menunjukkan kita semua boleh hidup dan berjaya bersama,' kata pemilik kedai di Berlin, Jerman, Encik Jan Coskun, 24 tahun, ditukil dari Bloomberg News.
Hanya 12 tahun lalu, skuad Piala Dunia Jerman tidak pernah memiliki sebarang pemain berketurunan asing tetapi ini berubah empat tahun kemudian dengan kemasukan Miroslav Klose yang dilahirkan di Poland dan Gerard Asamoah dari Ghana.
Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Theo Zwanziger, bahkan menjangkakan anak pendatang dalam skuad nasional Jerman dijangka meningkat:
'Ia menunjukkan kepada dunia bahawa anak-anak muda dari latar belakang pendatang juga boleh berjaya,' katanya. [sumber :cyberita]

Thursday, July 8, 2010
Lagi Parti Pembangkang tajaan BN di Sarawak ?

PRESS INVITATION
TO : ALL LOCAL AND FOREIGN MEDIAS AND POLITICAL SOURCE OF INFORMATION
DATE : 5TH JULY 2010
RE : PRESS CONFERENCE – PROTEM MEETING OF PARTI EKONOMI RAKYAT SARAWAK BERSATU (PERSB)
An announcement will be made during the Press Conference that we are ready, willing and able to compete in all 71 state seats in the 10th Sarawak State Legislative Assembly Elections and 31 seats of parliament during the 13th General Elections.
Kindly send your reporters and photographers to our Press Conference scheduled below to meet our candidates for the Elections.
Date : 10th July 2010 (Saturday)
Time : 9.30am
Venue : Rafflesia 2, Hotel Grand Continental, Kuching, Sarawak
Kindly confirm your attendance by emailing to info@pers.com.my before 10th July 2010. Thank you.
Issued by : Noh @ Mohammad Noh Bin Bakri @ Bakeri
Secretary, Protem Meeting, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB)
Lot 303, 1st Floor, Beg Berkunci 356, 98857 Lawas, Sarawak
Parti baru mahu tanding 71 kerusi DUN Sarawak
PERSB rancang perkenal calon pilihan raya negeri Sabtu
KUCHING: Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB), sebuah parti baru ditubuhkan menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Kesepuluh mengesahkan akan bertanding di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Setiausaha penaja parti itu, Noh @ Mohammad Noh Bakri @ Bakeri, berkata mereka sudah mengenal pasti 71 calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang dijangka akhir tahun ini, atau paling lewat awal tahun depan.
Malah katanya, parti itu sudah bersiap sedia dari segi modal sebagai wang cengkeram untuk semua calonnya.
"Kami akan memperkenalkan semua 71 calon parti kami pada satu sidang media khas di Hotel Grand Continental di Kuching pada jam 9.30 pagi, Sabtu ini, katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti itu kecuali mengesahkan ia diketuai seorang ahli perniagaan, David Mathew, dari Lawas.
Katanya, parti itu ditubuhkan sekumpulan ahli perniagaan dan golongan profesional termasuk peguam.
Noh berkata, perjuangan PERSB berbeza dengan parti lain kerana tidak menyokong parti kerajaan Barisan Nasional (BN), mahupun pakatan pembangkang.
"PERSB mempunyai landasan perjuangan tersendiri dan kita akan memperjuangkan nasib penduduk luar bandar terutama yang tidak menikmati bekalan asas elektrik, air dan tiada sumber ekonomi," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak yang dihubungi mengesahkan PERSB sudah memohon untuk didaftarkan.
Tuesday, July 6, 2010
Mogok anjuran pembangkang berkesan

NEW DELHI - Pasukan polis India mengarahkan anggota-anggotanya berkawal di bandar-bandar seluruh India semalam ekoran mogok besar-besaran kerana kenaikan harga minyak sekali gus menjejaskan perkhidmatan kapal terbang dan kereta api selain menyebabkan banyak sekolah serta premis perniagaan ditutup.
Mogok itu dianjurkan oleh parti pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan parti-parti berhaluan kiri bagi menunjukkan penentangan terhadap program pembaharuan yang dilaksanakan pemerintah.
Pada bulan lalu, pihak pemerintah menamatkan subsidi petrol dan mengumumkan kenaikan harga bahan api lain sebagai satu langkah utama demi mengurangkan defisit fiskal yang serius. Mogok itu dilihat tertumpu di Mumbai dengan seramai 40,000 anggota polis ditempatkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya kekacauan yang lebih besar.
Penerbangan ke Mumbai terjejas teruk dengan syarikat penerbangan domestik membatalkan 25 pelepasan dan 39 ketibaan penerbangan. Teksi di bandar itu turut tidak beroperasi. - AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)