JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, October 3, 2011

Mahu bersalin 11.11.2011

SAYA berusia 37 tahun dan sudah berkahwin selama sembilan tahun. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan termasuk kaedah permanian berhadas (IUI) beberapa kali namun gagal. Kini saya hamil kali pertama dengan sendiri.

Usia kandungan saya sudah tujuh bulan dan dijangka ber-salin pada 30 November ini.

Kandungan saya didapati tidak bermasalah, tetapi saya bercadang untuk menjalani pembedahan Caesarean kerana bimbang risiko terhadap bayi jika bersalin biasa.

Bolehkah saya memilih tarikh bersalin selain daripada yang diberitahu oleh doktor?

Saya bercadang memilih sama ada 11 November atau 20 November. Adakah sebarang masalah jika saya memilih tarikh terbabit?

MISHA
Kuala Lumpur


MENJADI suatu trend sekarang ibu bapa memilih tarikh tertentu bagi melahirkan anak atas alasan tersendiri misalnya tarikh yang ‘cantik’ dan seumpamanya.

Isu ini perlu dibincang dengan doktor yang lebih mengutamakan keadaan janin serta kesediaan rahim ibu berbanding tarikh.

Lazimnya tarikh jangkaan bersalin dikira berdasarkan kitaran haid wanita 28 hingga 30 hari. Formula itu memberikan tarikh usia kandungan genap 40 minggu dari tarikh haid terakhirnya bermula.

Secara ringkasnya, istilah tarikh jangkaan bersalin (expected date of delivery atau EDD) digunakan untuk mencatat tarikh ini.

Walaupun begitu, EDD yang diberikan hanya sebagai panduan bagi memastikan janin yang dikandung tidak terkurang ataupun terlebih usia kerana ia boleh mengundang masalah.

Malah, kebanyakan ibu hamil (sekitar 90 peratus) selamat bersalin sebelum tarikh jangkaan terbabit. Ini kerana apabila usia kandu-ngan mencukupi 38 minggu, ia sudah dikatakan matang dan selamat dilahirkan.

Sekiranya ibu hamil masih belum bersalin pada tarikh EDD berkenaan, doktor akan menilai semula sama ada kandungan benar-benar sudah 40 minggu, keadaan ibu dan kandungan sama ada selamat untuk diteruskan selama beberapa hari lagi ataupun terpaksa bersalin menggunakan kaedah yang dicadangkan atau dipersetujui.

Pilihan menjalani pembedahan Caesarean perlu dibincang secara teliti dengan doktor mengenai kebaikan dan keburukannya.

Begitu juga dengan pilihan tarikh bersalin ini.

Sekiranya kitaran haid anda antara 28 dan 30 hari dan EDD diberikan pada 30 November ini, kandungan anda baru saja matang (cukup bulan) pada 16 November.

Pada tarikh 11.11.11, kandungan anda baru saja berusia 37 minggu dua hari iaitu masih pramatang (belum cukup bulan) manakala pada 20.11.2011 pula, kandungan anda sudah matang (cukup bulan) iaitu 38 minggu 4 hari.

Kemungkinan ovulasi, persenyawaan dan pembentukan janin berlaku lebih lewat daripada lazim pada waktu itu perlu diambilkira kerana ini bermakna kemungkinan usia janin lebih pramatang. Anda semestinya sedia maklum mengenai komplikasi bayi pramatang.HM.

=====================================================================
Bogel urut pelanggan
AHMAD ISMADI ISMAIL
16 April 2013 = hari penamaan calon

http://www.sinarharian.com.my/semasa/bogel-urut-pelanggan-1.150348

Tukang urut warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.
KUALA LUMPUR - Kelekaan 11 tukang urut warga China melayan pelanggan tanpa seurat benang dikejutkan dengan serbuan anggota penguat kuasa Imigresen dalam Operasi Sayang, di Setapak, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, tukang urut warga asing terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan urut daripada badan ke badan dan juga seks jika dikehendaki pelanggan.

Menurutnya, beberapa anggota penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki premis berkenaan, sebelum menahan semua warga asing terbabit dalam serbuan kira-kira jam 10 malam.

"Semua tukang urut lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dipercayai melanggar syarat pas lawatan sosial, ditahan.

"Dua lelaki warga tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga premis itu juga ditahan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa pas sah,” katanya.

Beliau berkata, Operasi Sayang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama sembilan orang anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan orang awam.

"Operasi sama juga dijalankan secara berterusan bagi menangani isu sosial di kawasan ibu kota secara bersepadu.

“Kami memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan premis berkenaan jika disabitkan kesalahan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut.


================
Jumaat, 19 Ogos 2011

PM: K'jaan senarai 1,100 syarikat bumi untuk dibantu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata konsep meritokrasi akan diamalkan dalam agenda membantu usahawan Bumiputera dan untuk itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedang dalam proses menyenaraikan 1,100 syarikat Bumiputera yang berkemampuan untuk berjaya di bursa saham.

NONE"Kerajaan akan membantu syarikat-syarikat, yang senarainya akan diumumkan dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi," katanya di majlis perasmian konvensyen dua hari - Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera - anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan Universiti Teknologi MARA, bermula hari ini.

Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan akan membantu syarikat berkenaan supaya menjadi lebih besar.

"Jika perolehannya RM100,000 tahun ini, dalam tempoh tiga tahun akan datang, ia akan meningkat kepada RM1 juta, dan kalau sekarang ini hanya beroperasi di dalam negara, syarikat-syarikat itu nanti akan berkembang ke peringkat antarabangsa.

"Insya-Allah program ini merupakan satu pendekatan baharu yang berdasarkan meritokrasi dalam kalangan bumiputera... tak ada lagi soal kroni... tidak ada lagi soal siapa kita tahu bukan kawan rakan kita, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang kita bantu," katanya.

Beliau berkata perubahan pendekatan dalam membantu usahawan Bumiputera berdasarkan meritokrasi ini dilihat lebih baik memandangkan kaedah dahulu seperti pemberian saham terbitan awam menerusi kuota bumiputera, tidak bertahan lama kerana saham-saham itu dijual kembali ke pasaran.

Najib berkata: "Saya nak beritahu tuan-tuan, puan-puan jangan terkejut, 60 bilion saham yang kita agihkan kepada bumiputera pada masa dulu menerusi IPO, kuota hari ini tinggal 2 bilion. Kenapa?"

Beliau berkata pegangan saham bumiputera berkurangan disebabkan sesetengah pelabur bumiputera tidak berkemampuan untuk memegang saham-saham berkenaan.

Memang ada dalam kalangan mereka menjual saham kerana harga saham yang meningkat, namun beliau mempersoalkan ke manakah perginya keuntungan yang diperoleh itu.

Najib berkata: "Kalau kita nak tolong syarikat-syarikat bumiputera, syarikat-syarikat itu mesti terbukti kewibawaannnya sebagai pengusaha yang komited dan rajin. Saya kata pada mereka ia bukan soal siapa mereka, bukan siapa mereka kenal tetapi pengetahuan mereka."

Justeru, kerajaan akan mengenal pasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di bursa saham, namun memerlukan sedikit bantuan bagi memenuhi kriteria Suruhanjaya Sekuriti agar mereka boleh disenaraikan, katanya.

Najib yang turut mengimbau kembali sewaktu beliau menjadi menteri besar Pahang, berkata ramai usahawan bumiputera yang berjumpanya minta tandatangan untuk mendapatkan projek.

Namun setelah diselidik, mereka ini hanya mahukan keuntungan atau "berniaga atas angin" kerana orang yang di belakang mereka bukan usahawan bumiputera, kata Najib.

Beliau berkata jika usahawan Bumiputera tidak mengubah sikap dan nilai kerja mereka, usahawan Bumiputera tidak akan maju dalam perniagaan meskipun beberapa konvensyen seperti ini dianjurkan.

"Apa yang kita hendak ialah orang yang komited dan sanggup berjihad untuk berjaya, sesuai dengan tema konvensyen hari ini... maknanya bukan sahaja kerajaan bantu, tuan-tuan dan puan-puan mesti membantu diri sendiri untuk berjaya," katanya.

Najib berkata ada antara vendor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Telekom Malaysia Bhd dan Petroliam Nasional Bhd, yang selesa menjadi vendor dan tidak mahu keluar daripada status berkenaan untuk berdiri atas kaki sendiri.

Sepatutnya, jika mereka telah menjadi syarikat vendor selama lima tahun, mereka berdikari dan memberi peluang kepada syarikat lain untuk menjadi vendor pula, kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata selain syarikat vendor bumiputera, kontraktor Bumiputera Kelas F juga sepatutnya keluar dari kelas itu dan berdikari untuk menjadi kontaktor yang memiliki kelas lebih tinggi.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata ada syarikat bumiputera yang berjaya, dan baru-baru ini terdapat syarikat bumiputera membeli sebuah syarikat Australia yang terlibat dalam bidang minyak dan gas

"Apa yang saya nak lihat ialah bumiputera yang sudah berjaya dan mempunyai syarikat yang disenarai, perlu mempunyai program pembangunan vendor bagi membantu syarikat Bumiputera.

"Bukan sahaja setakat memberi bantuan kebajikan, malah membantu melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera yang boleh membantu syarikat lain," katanya.

Najib meminta usahawan Bumiputera supaya tidak takut terhadap perubahan dalam persekitaran perniagaan global, sebaliknya berusaha menangani perubahan ekonomi dunia yang kini menyaksikan kemunculan dua kuasa baru - China dan India.

Najib berkata beliau mahu masyarakat Bumiputera bersikap positif dalam melakukan perubahan supaya apabila negara mencapai status negara maju pada 1 Januari 2020, orang Melayu dan bumiputera juga diiktiraf sebagai bangsa yang maju dan berjaya.

Beliau berkata kemunculan lebih banyak badan bukan kerajaan, selain daripada GABEM bagi memperjuang ekonomi bangsa, merupakan usaha yang positif, asalkan mereka "sekapal" dengan kerajaan yang mempunyai hala tuju yang sangat jelas dalam perkara ini.

Menyentuh tentang meritokrasi, perdana menteri berkata ia diperlukan bagi menggalakkan budaya kecemerlangan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan pasa masa yang sama merupakan tindakan pengesahan kerajaan terhadap masyarakat bumiputera yang terpinggir, yang tidak boleh diabaikan.

Najib memberi contoh mengenai taraf hidup anak-anak yang dibesarkan di Kenny Hill Kuala Lumpur yang berbeza dengan anak-anak yang dibesarkan di kawasan pedalaman di Kampung Bantal, Pahang.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi GABEM Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Bernama

====================================================================================

1MDB Taja 111 Imam Dan Pengerusi JKKK Tunaikan Haji - Najib

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Sebagai menghargai peranan dan sumbangan para imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kerajaan Isnin menyampaikan surat tawaran kepada 111 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji tahun ini.

Surat tawaran menunaikan Rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 57 imam dan 54 pengerusi JKKK seluruh negara itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis di Seri Perdana di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Rustam dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Dalam ucapannya, Najib berkata langkah mengadakan program yang julung kali itu adalah kerana kerajaan sedar betapa besarnya peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi JKKK yang juga merupakan ketua kampung kepada masyarakat.

"Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini memartabatkan kedudukan serta kebajikan imam-imam dan ketua kampung.

"Program ini merupakan satu lagi cara atau kaedah bagi kerajaan untuk menghargai peranan imam dan ketua kampung di mana melalui program ini kita membiayai sepenuhnya kos mengerjakan haji bagi 111 imam dan ketua kampung," katanya.

==============================================================================

July 11, 2009 = 100 hari jadi PM: Hadiah dari Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibunegara, perdanamMenteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa, lapor Bernama.

Katanya beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri: "Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

"Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi perdana menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program tersebut.

Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Potongan 50 peratus

Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

najib 100 day bash 110709 crowd outsideNajib berkata ia bagi memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.

"Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

Selain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

Menurutnya, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

Amanah saham 1Malaysia

"Setelah berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik sahaja beliau mengumumkan pengurangan itu.

Perdana menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

Selain itu, beliau juga mengumumkan kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

Pendaftaran kelahiran

Satu lagi pengumuman hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib berkata, jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah 34,000, dan sehingga bulan lalu, 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air
minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.

Sumber : Malaysiakini

==============================================================================
Najib's 11 gifts

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dished out 11 “goodies” in conjunction with his 100th day as Prime Minister yesterday.

The measures were both people-friendly and, in some cases, solutions to longstanding grievances.

The “goodies” are:

> a 20% discount for motorists who pay toll 80 times a month via Smart Tag or Touch ’n Go from Sept 1;

> some 44,000 low-cost houses in Kuala Lumpur to be sold to existing tenants;

> a 50% discount on licences for petty traders in the Federal Territory;

> a RM150mil allocation for entrepreneurs, and another RM15mil specifically for young Indian businessmen;

> another 3,000 taxi permits to be approved soon;

> expediting birth registrations in Sabah and Sarawak;

> clearing the backlog of citizenship applications;

> improving access to basic utilities in rural areas;

> reducing the cost to obtain a B2 motorcycle licence (under 250cc);

> setting up a new trust fund, Amanah Saham 1Malaysia, for investors aged above 18; and

> various measures to be announced soon to curb crime and corruption.

=================================================================================
Najib, angka 11, dan tarikh pilihan raya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas,Kuala Lumpur.

Bernama melaporkan ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya "untuk mengisi masa terluang".

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.-6/5/2011

====================================================================================

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2011 (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang”.

“Saya rasa elok diteruskan teka teki ini,” katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

“Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

“Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja,” kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: “Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu…Wallahhualam”.

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.

===================================================================================
Rumah Terbuka PM Najib Di Permatang Pauh 11 Sep 2011

09/09/2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Guar Perahu, Permatang Pauh dekat sini pada Ahad ini.

Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba pada jam 11.30 pagi dan akan meluangkan masa selama tiga jam untuk bertemu rakyat di kawasan itu.

Turut dijadual hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais, demikian menurut aturcara majlis yang dihantar kepada Bernama, di sini hari ini.

Pulau Pinang terpilih sebagai tuan rumah majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat kebangsaan tahun ini.

Pada majlis yang dijadual berlangsung di padang Sekolah menengah Kebangsaan Guar Perahu itu, Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat kepada rakyat, selain memberi sumbangan hari raya kepada penduduk.

Beliau kemudian akan menyertai kira-kira 10,000 tetamu untuk makan tengah hari sebelum dijadual pulang ke ibu kota jam 1.30 petang. - BERNAMA

====================================================================================

11 August 2011

Najib ada 11 pegawai media, 30 menteri. ...USA hanya 12 menteri

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.

=====================================================================================

Najib lancar 11 unit ambulans Kelab Putera 1Malaysia

Sebelas unit ambulans Biro Kecemasan Kelab Putera 1Malaysia akan ditempatkan 24 jam di beberapa lokasi panas di sepanjang lebuh raya seluruh negara, bermula hari ini hingga 6 September depan sempena perayaan Aidilfitri.

Unit ambulans itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, di perkarangan Bangunan Perdana Putra, dekat Putrajaya, petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata empat ambulans akan ditempatkan di lokasi tertentu sepanjang Tol Subang, Kuala Lumpur-Bukit Kayu Hitam; tiga ambulans di Tol Sungai Besi-Johor Baharu; dan empat lagi ambulans di Tol Gombak-Gua Musang.

“Setiap ambulans lengkap dengan kemudahan bantuan kecemasan dan 11 doktor sukarelawan bersama 66 anggota paramedik berumur lingkungan antara 18 hingga 25 tahun yang dahulunya adalah bekas mat rempit,” katanya.

Abdul Azeez berkata, semua anggota paramedik itu telah menjalani kursus intensif di kolej perubatan tertentu di seluruh negara seperti Kolej Masterskill dan Kolej Islam Terengganu (KIST).

“Kita juga akan bekerjasama dengan pengendali lebuh raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu agensi terbabit jika berlaku sebarang kemalangan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, pihaknya gembira kerana dapat memberi peluang kedua kepada bekas mat rempit untuk berbakti kepada masyarakat dengan berkhidmat sebagai paramedik.

Katanya, melalui kursus komprehensif serta tambahan yang diberi oleh pakar jabatan kecemasan, mereka yang dahulunya mat rempit kini mempunyai pekerjaan tetap di klinik kerajaan dan hospital swasta.

“Bekas mat rempit ini merasakan sudah tiba masanya bagi mereka pula menabur bakti kepada rakyat dengan mengorbankan masa dan cuti untuk bersama keluarga di Hari Raya dengan bertugas secara bergilir-gilir dalam tempoh 24 jam di sepanjang tempoh Ops Sikap ke-24 berlangsung.

“Ini cukup bertepatan dengan gagasan Rakyat Didahulukan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan penaung kepada Kelab Putera 1Malaysia,” tegasnya lagi.

Menurut Abdul Azeez lagi, sejak kelab itu ditubuhkan, pihaknya telah mendekati lebih 7,000 mat rempit di seluruh negara yang menunjukkan minat dalam pelbagai bidang kemahiran antaranya masakan, automatif dan paramedik.

Katanya, pengalaman sebagai bekas mat rempit dan melihat sendiri rakan terbabit dalam kemalangan menimbulkan minat kepada sebahagian daripada mereka untuk mengikuti kursus paramedik.

Ujar beliau lagi, melalui dana Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan, bekas mat rempit yang berminat ditawarkan mengikuti kursus paramedik Tahap 1, 2 dan 3 selama setahun dengan kos RM18,000 seorang.

“Melalui kursus paramedik yang ditawarkan kepada bekas mat rempit ini, kita berjaya memperkenalkan pemikiran di luar kotak memandangkan negara memerlukan lebih ramai paramedik lelaki.

“Kini, mereka dapat membantu dalam usaha menyelamatkan mangsa kemalangan dan mungkin khidmat paramedik ini akan diperluaskan bagi membantu mangsa bencana alam pula,” katanya lagi.Friday, August 26th, 2011

===================================================================================

Utusan Malaysia : 11 April 2010 : Pertemuan Najib-Obama Buka Vista Baru Hubungan Dua Hala, Kata Rais
E-mail Cetak PDF Hit : 525

Daripada Tham Choy Lin

WASHINGTON, 11 April (Bernama) -- Perhubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat bakal menempuh vista baru dengan pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama, di sini Isnin ini.

Pertemuan itu akan menentukan bagaimana kedua-dua negara itu mengubah hala tuju perhubungan mereka, kata Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais, yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, berkata Najib dan Obama dijangka membincangkan beberapa perkara penting termasuk perhubungan dua hala dan peranan Malaysia dalam dunia Islam.

Perkara yang dijangka turut ditimbulkan ialah Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010 yang diluluskan oleh Malaysia pada peringkat Dewan Rakyat minggu lepas dan isu-isu berkaitan keselamatan di rantau Asia.

"Seperti yang dilihat, ini adalah pertama kali Perdana Menteri kita dapat berbincang dengan secara ikhlas dengan presiden Amerika dalam perbincangan secara dua hala dan isu-isu ini akan menentukan warna dan juga masa depan hubungan antara kedua-dua negara," Rais berkata kepada wartawan Malaysia selepas mesyuarat pra-majlis bersama Najib yang tiba di sini Sabtu untuk lawatan kerja selama seminggu.

Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 itu yang mengambil masa hampir lima tahun untuk digubal adalah untuk membolehkan Malaysia memainkan peranan sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membanteras percambahan senjata pemusnah besar.

Perdana Menteri merupakan antara hanya dua pemimpin dari Asia yang akan bertemu dengan Obama sebelum mereka menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear dua hari bersama-sama 48 pemimpin lain dunia di sini untuk membincangkan inisiatif Obama untuk membanteras keganasan nuklear.Obama juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Hu Jintao dari China.

Rais, yang pernah memegang jawatan Menteri Luar sebelum ini, yakin hubungan Malaysia-Amerika Syarikat berada pada persada baru di bawah kepimpinan Najib yang merupakan perdana menteri negara yang keenam.

"Memang takat ini, boleh saya nyatakan apa yang berlaku sekarang lantaran peluang yang diperolehi oleh Perdana Menteri kita, ini merupakan satu vista yang baru, perkembangan yang sebelum ini tidak wujud dalam sejarah hubungan dua hala Malaysia dan Amerika.

"Saya yakin masa depan hubungan kedua-dua negara ini akan menempuh vista baru atau pun jendela baru bukan sahaja berkaitan dengan soal-soal politik antarabangsa, soal-soal perniagaan dan juga persoalan Guantanamo dimana dua orang warga Malaysia yang masih berada dalam tahanan," kata Rais.

Amerika juga mungkin melihat kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang sudah muncul dengan perolehan status dalam dunia Islam, kata Rais, dan ini mungkin dibincangkan oleh Najib dan Obama.

Najib sendiri telah membangkitkan isu penahanan dua warga Malaysia di Guantanamo ketika Obama menelefon Perdana Menteri pada Jun tahun lepas untuk membincangkan isu-isu semasa.

Malaysia mahu Mohd Farik dan Mohammad Nazir yang merupakan antara 250 warga asing yang ditahan di Guantanamo dihantar pulang untuk diadili menurut proses perundangan Malaysia.

Kedua-dua ditahan kerana didakwa terlibat dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda sejak 2003. -- BERNAMA

=================================================================================

Sabtu Julai 11, 2009
Najib umum Amanah Saham 1Malaysia, antara 11 pendekatan baru

PM: Langkah-langkah pemula ke arah masa depan lebih baik

Oleh G. MANIMARAN

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/11/mstar_berita/20090711115736&sec=mstar_berita

SATU MALAYSIA... Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melihat poster induk yang menggambarkan konsep 1Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" pagi tadi. Pada tanggal 11 Julai ini, beliau memulakan ucapannya pada pukul 11.11 pagi sebagai simbolik selain menerima salaman sekumpulan 11 pelajar mewakili rakyat pelbagai lapisan masyarakat yang turut menghadiahkannya sebuah pokok Bucida Monileti atau pokok Doa yang akan ditanam di pekarangan Kompleks Perdana Menteri di Putrajaya. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan 10 bilion unit sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam.

Ia antara 11 pengumuman penting - yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan - dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi tadi pada majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat".

"Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia.

"Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini.

"Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada.

Kata Najib, menjelang 2010 seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk mereka di bawah senarai E-Kasih.

"Dalam rangka untuk meratakan kemakmuran kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk skim Amanah Saham Wawasan terutama bagi golongan miskin tegar di bandar.

"Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama di hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.

"Menjelang 2010 seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk isu rumah di bawah senarai E-Kasih," katanya.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa pengguna lebuh raya 80 kali dan lebih dalam sebulan akan mendapat potongan 20 peratus berkuat kuasa 1 September ini.

Lain-lain bidang pendekatan yang diumumkan ialah:

- Dana Tekun ditambah sebanyak RM150 juta bagi faedah peniaga dan penjaja kecil.

- RM15 juta lagi diperuntukkan khusus untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda.

- Lesen memandu: Kadar baru bagi pengambilan lesen motosikal baru kelas B2 (250 cc ke bawah) dikurangkan sehingga RM211 berbanding RM500 hingga RM700 sekarang. Inisiatif baru ini berkuat kuasa mulai 1 September.

- Program Perumahan Rakyat: Ditawarkan kepada warga Wilayah Persekutuan yang menyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat untuk membelinya. Sebanyak 44,000 unit disediakan.

- Peniaga dan penjaja kecil: Pengurangan 50 peratus kadar bayaran pembaharuan lesen penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta merta. Ia melibatkan antara RM10 hingga RM700 setahun. Menyeru kerajaan-kerajaan negeri yang lain mengambil langkah yang sama.

- Tambah pengeluaran permit teksi: Jumlah permit teksi individu ditambah sebanyak 3,000 dalam tiga bulan lagi.

- Mencegah jenayah: Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah, antaranya yang berleluasa seperti ragut dan pencurian kenderaan. Perincian langkah-langkah pencegahan konkrit akan diumumkan penghujung bulan ini.

- Pendaftaran kelahiran: Mahu Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara khususnya di Sabah dan Sarawak terus diperkemas bagi memberi bantuan dan kemudahan yang lebih luas kepada penduduk di pedalaman untuk mendaftarkan kelahiran anak.

- Kewarganegaraan: Usaha untuk menyelesaikan baki permohonan yang belum diputuskan akan dipergiatkan dengan sasaran penyelesaian sepenuhnya penghujung tahun ini. Jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000 dan sehingga Jun 2009, 46 peratus telah selesai dibuat keputusan.

- Infrastruktur: Pelaksanaan program people centric seperti jalan luar bandar dan kemudahan bekalan elektrik dan air akan dipertingkatkan terutama di Sabah dan Sarawak. Kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak daripada 750 kilometer yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kepada 1,500 kilometer dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 dan di Semenanjung Malaysia, kerajaan akan meningkatkan pembinaan rangkaian jalan demi kemudahan rakyat.

Bersangkutan liputan bekalan air yang boleh diminum kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak. Ia akan ditingkatkan. Penekanan yang sama juga akan diberikan kepada liputan bekalan elektrik. Sasaran dan KPI untuk peningkatan ini akan dikemukakan pada hujung bulan ini.

================================================================================
http://twitter.com/#!/nnajib11 = twitter Najib

=================================================================================

11.1.11 Prime Minister Najib Razak Announces 19 ETP Progress Updates
PemanduETP

http://www.youtube.com/watch?v=7lAFmbwLA-Q

===================================================================================

Turunkan bendera pada 17 Disember = 1+7+1+2 = 11

========================================================================

Umno anjur himpunan raksasa Jumaat depan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

"Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.

"Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online di ibu negara.

Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.

"Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini," katanya.

Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema 'Umno Pembela Rakyat' berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas. -Bernama

===========================================================


Aslani M,    28 Jan 2013 

11 beradik sertai PAS

TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.

Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.

Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.

Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan.

“Segalanya bermula selepas saya mendengar ceramah penceramah Umno Abdullah Saamah dari Geting, Tumpat tidak jauh dari rumah tahun lepas.

“Ketika itu penceramah yang disebut sebagai ustaz itu mencerca Menteri Besar Kelantan sehingga bagi saya langsung tidak masuk akal.

“Bermula dari situlah jiwa saya mulai pudar untuk terus berjuang bersama Umno kerana penceramahnya menabur fitnah tanpa berlapik langsung,” katanya ditemui di program berkenaan.

Pada majlis itu beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Selain itu Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.

Bendang Nyiur sebelum ini dianggap kubu Umno. Malam tadi menyaksikan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang padang.

Ali yang bekerja sendiri kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno.

Ketika ucapan ringkasnya sebelum itu Ali berkata, Umno sudah terlalu penat bagi menghadapi pelbagai kerenah ahli dan penyokong.

Sebelum ini pada 15 Januari lalu seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.

Mereka diketuai Sudin Nuh, 37 menyerahkan borang kepada Nasuruddin, yang juga Adun Meranti.

========================================================
11 sekolah ditutup di Lahad Datu ekoran pencerobohan


Sebelas sekolah di Lahad Datu, Sabah ditutup sementara sehingga Rabu ini sejak Jumaat lepas berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di kawasan itu, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Arahan penutupan sementara itu dikeluarkan melalui surat bertarikh 1 Mac, katanya.

"Sekolah akan ditutup sehingga Rabu ini, sekiranya keadaan tidak reda, tempoh penutupan itu mungkin dilanjutkan mengikut keperluan sekolah," katanya kepada Bernama hari ini.

Jabatan Pelajaran Sabah dan polis akan memantau perkembangan semasa di kawasan tersebut sebelum memutuskan keperluan melanjutkan tempoh penutupan tersebut, katanya.

Abdul Ghafar berkata meskipun tiada desakan daripada ibu bapa untuk menutup sekolah terlibat namun Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

"Perancangan untuk memindahkan kesemua pelajar terlibat ke sekolah berdekatan juga tidak perlu, apabila situasi telah reda semua pelajar akan kembali ke sekolah seperti biasa," katanya.

Abdul Ghafar berkata cuti gantian perlu dilaksanakan selepas keadaan kembali pulih.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Maimunah Suhaibul ketika dihubungi mengesahkan menerima surat daripada Kementerian Pelajaran pada 1 Mac lepas yang mengarahkannya menutup sekolah terlibat.

"Kita segera kenal pasti sekolah supaya arahan itu dapat dilaksanakan," katanya.

Antara sekolah yang kini ditutup sementara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Vun, Sekolah Kebangsaan Tungku dan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II.

Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah yang dilaporkan sejak 12 Februari, kini telah mengorbankan lapan anggota keselamatan negara -- dua di Lahad Datu dan enam di Semporna. -Bernama

============================================================

Kerajaan Sementara perlu patuhi 11 perkara- Mahfuz


KUALA LUMPUR 4 April: Pas meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.
“Saya dengan ini menyeru Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.
11 perkara itu adalah:
i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara  adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;
ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi
iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;
v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.
vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;
vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;
viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;
ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;
x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.
xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.
“Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar,” kata Mahfuz dipetik harakahdaily.
=====================================================

Tarikh pengumuman senarai penuh calon KEADILAN


Anwar pilih 11 malam umum calon KEADILAN
KUALA LUMPUR 4 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai penuh calon KEADILAN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) secara berperingkat bermula malam ini.
Pengumuman itu akan dibuat Ketua Umum sempena siri Jelajah Merdeka Rakyat selepas pembubaran Parlimen semalam.
Jadual jelajah sembilan hari berturut-turut itu seperti berikut:
4 April (Khamis) – Perak di Gerik (11 malam)
5 April (Jumaat) -  Pulau Pinang di Batu Maung (11 malam)
6 April (Sabtu) – Kelantan di Tanah Merah (9.30 malam)
7 April (Ahad) – Perlis di Kuala Perlis (8.30 malam) dan Kedah di Merbuk (11 malam)
8 April (Isnin)  -  Negeri Sembilan (tempat akan dimaklumkan) (8.30 malam), Melaka di Ibu Pejabat Negeri (10 malam)  dan Johor di Muar (11 malam)
9 April (Selasa) – Pahang di Kuantan (9 malam) dan Terengganu di Kemaman (11 malam)
10 April (Rabu) – Selangor dan Wilayah Persekutuan (tempat dan waktu akan dimaklumkan)
11 April (Khamis) – Sarawak di Petra Jaya, Kucing (waktu akan dimaklumkan)
12 April (Jumaat) – Sabah di Sandakan (waktu akan dimaklumkan)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49171




No comments: