JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, February 28, 2010

Setia dan Tahan Uji, syarat calon KEADILAN PRU ke-13, tegas Anwar


oleh Masdar Wahid


berita berkaitan Di sini, di sini dan di sini

KUALA LUMPUR : Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.

"Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran rakyat.

"Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran," katanya.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.

"Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

"Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan," katanya.

"Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini," kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.

Senarai Pengkhianat PKR




Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)

Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar (Kini Presiden JUST)

Naib Presiden, Marina Yusof

Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak (kepada kepada Datuk Salleh Said Keruak yang kini merupakan Timbalan Perhubungan Badan Perhubungan Umno Sabah)

Naib Presiden, Datuk Dr Jeffrey @ Gapari Kitingan (Adik kepada Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan)

Naib Presiden, N. Gobala Krishnan (keluar parti selepas seorang anak muda yang juga peguam dilantik sebagai Naib Presiden. gobala gagal dalam pemilihan parti. tinggalkan PKR walaupun sebelum itu berkali-kali menegaskan tidak akan tinggalkan pkr yang diakuinya sebagai parti reformasi)

http://www.tukartiub.org/%E2%80%98saya-tak-akan-tinggalkan-pkr%E2%80%99-gobala/

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/12618

http://www.malaysiakini.com/news/154814

Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Kononya menumpukan bidang perniagaan, tapi kekal hadir setiap kali MP Keluar parti - Gambar Salehudin menunjukkan cara melompat secara terangsang kepada Mohsin)



Timbalan Setiausaha Agung, Paul Kadang Dinggat (Kini AJK Eksekutif SNAP)

Timbalan Setiausaha Agung, P Jenapala (Anggota parti KITA)

Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha

Ketua Penerangan, Ruslan Kassim (Kini Ketua Penerangan PERKASA)

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor (Kini pencacai paling hina Najib Razak)

Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip (Anggota PERKASA)

Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan (Presiden MIUP, sebuah parti India yang ahlinya hanya Nalla seorang)

Ahli MPT, Zainur Zakaria (kini ahli Umno)

Ahli MPT, Ng Lum Yong (Kini ahli MCa)

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Zaid Ibrahim (Kini Presiden KITA, parti yang asalny bernama AKIM. Tinggalkan PKR selepas gagal dalam perebutan jawatan timbalan presiden. Menghina Anwar sepanjang pemilihan walaupun Anwarlah yang berhempas pulas membantu beliau semasa kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor)


Wakil Rakyat Pengkhianat

Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim (Pinggir Anwar yang juga sahabatnya sendiri demi wang)

MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng (Kaki Judi)

MP Bagan Serai, Mohsin Samsuri

MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)

MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (Tidak memahami perjuangan KEADILAN)

Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi, (Rasuah Seks)

ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, (Penyokong kuat Jamaluddin)

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin, (kini ahli Umno, hutangnya setel sekelip mata selepas sertai Umno)

ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah (Sakit mental, bercerai dengan isteri, abaikan rakyat dan kini ahli Umno)

ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh, (berterusan minta wang dari kerajaan PR tapi gagal jalankan tugas selaku wakil rakyat)

ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong (Kini Presiden PCM, tinggalkan PKR selepas Baru Bian dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak.)

Lain-lain yang bermasalah

Tidak Puas Hati, Tinggalkan PKR Sekarang Jumaat Mei 21, 2010

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/21/mstar_berita/20100520115505&sec=mstar_berita

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan notis lisan kepada semua ahlinya yang tidak berpuas hati supaya meninggalkan parti itu dalam tempoh sebulan tanpa perlu menunggu tibanya pilihan raya kecil untuk berbuat demikian.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, notis lisan sudah memadai dan tepat pada masanya berdasarkan perkembangan terkini rangkaian beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan parti terutama semasa pilihan raya-pilihan raya kecil.

"Mana-mana pihak yang berfikir nak tinggalkan parti boleh berbuat demikian sekarang.

"Tak perlu tunggu bila tibanya pilihan raya kecil untuk berbuat demikian kerana ia akan menimbulkan masalah bila mereka keluar semasa musim pilihan raya kecil... ia akan menjejaskan strategi parti," katanya kepada The Star kelmarin.

Beliau berkata bagi mereka yang ikhlas tidak akan meninggalkan parti semasa pilihan raya dan tidak akan membuat sebarang kenyataan.

"Mereka akan tinggalkan parti secara senyap," katanya.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengumumkan pendirian keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas kira-kira 48 jam sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Bulan lalu, ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu bersama beberapa pemimpin PKR peringkat cabang dan ranting mengumumkan pendirian yang sama semasa musim pilihan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sehingga kini PKR kehilangan lima orang Ahli Parlimen dan empat ADUN sejak pilihan raya umum 2008.

Selain itu Fuziah berkata, individu yang menyertai PAS dan DAP mempunyai objektif yang jelas sebaliknya ada yang menyertai PKR dengan mempunyai banyak faktor.

"Ada yang sertai PKR kerana mereka marah kepada Barisan Nasional (BN), ada yang kerana mempunyai kepentingan peribadi ataupun kerana projek-projek tertetu malah ada juga yang kerana bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka bukan menyertai PKR untuk memastikan negara ini berubah kearah kebaikkan untuk generasi akan datang, bila mereka menghadapi masalah kecil, mereka jadi tak waras terutama bila ditawarkan ganjaran oleh sesetengan pihak.

"Sebab itulah kami perlu membersihkan dan mengukuhkan parti dan terus bergerak ke hadapan," katanya.


MB Selangor: Biar mereka tinggalkan PKR sebelum PRU-13
Posted on Sunday, February 14 @ 03:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Berita Oleh: Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar ahli-ahli PKR yang kecewa agar meninggalkan parti sambil menegaskan organisasi adalah lebih penting berbanding mana-mana individu.

Pengerusi PKR Selangor itu melahirkan pendirian tegasnya di sebalik spekulasi akan ada lagi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bakal mengikut langkah wakil rakyat Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim, yang memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat bebas.

“Bagi saya keputusan sama ada mahu berada bersama PKR atau tidak terserah kepada individu terbabit. Kami ini sebuah parti reformasi bermakna kami bersatu demi satu matlamat perjuangan,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur hari ini.

Kata beliau, kemungkinan mereka merasakan tidak boleh memenuhi kehendak masing-masing dengan kekal bersama PKR.

“Jadi lebih baik mereka tinggalkan (PKR sekarang),” katanya lagi.

Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider hari ini bahawa lima lagi Ahli Parlimen PKR disebut-sebut bakal keluar parti itu - sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya parti itu.

Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan sekali lagi menguji kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998.

Kelmarin Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, memutuskan untuk keluar PKR berkuat kuasa serta-merta, sekali gus bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang pertama berbuat demikian selepas dipilih pada 8 Mac 2008.

“Berdasarkan maklumat semasa, akan ada empat hingga lima wakil rakyat yang mahu keluar PKR, akan umumkan pendirian mereka selepas sambutan Tahun Baru Cina... tunggu sidang media kedua minggu depan,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata adalah lebih baik wakil rakyat yang disebut-sebut itu meninggalkan PKR sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk apa saja perkara berlaku sebelum kita menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Jadi saya juga merasakan ini juga masanya untuk memahami apa yang kita sedang perjuangkan,” kata beliau pada majlis yang dihadiri ahli politik dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Khalid kemudian menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan buat kali pertama di Dewan Hamzah, Klang. The Malaysian Insider/http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2509

Pendedahan Raja Petra

Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.

(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.

Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, “Orang di belakang ’shoping spree’ membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai ‘cash cow’ untuk membiayai ’shoping spree’ ini.”

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

“Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh,” tulis Raja Petra.

“Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945,” tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

No comments: