JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label Internet 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Internet 1Malaysia. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Menara ada, tapi internet tiada

MENARA di Kampung WiFi FELDA Sungai Tengi Selatan dibina hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Telekom Malaysia kira-kira dua bulan lalu.

SKMM/TM menyediakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar dengan memasang antena WiFi pada tempat strategik iaitu di kawasan bukit di Masjid FELDA Sungai Tengi Selatan.

Malang sekali selepas didirikan menara WiFi di FELDA Sungai Tengi Selatan, hingga kini penduduk tidak dapat menikmati kemudahan WiFi berkenaan dengan sebaik-baiknya walaupun pada jarak terdekat.

Saya mewakili penduduk FELDA Sungai Tengi Selatan kecewa di atas kemudahan WiFi yang dibina itu, yang langsung tidak boleh diguna pakai untuk mendapatkan perkhidmatan internet.

Masalah ini sudah dilaporkan kepada SKMM/TM sebanyak tiga kali melalui on-line. Difahamkan pihak SKMM/TM menghantar jurutekniknya tetapi sehingga kini penduduk masih belum dapat menggunakan kemudahan WiFi yang disediakan.

Penduduk tidak mahu menara Kampung WiFi yang dibina di FELDA Sungai Tengi Selatan itu diibaratkan seperti gajah putih.

Sudah tentu sekali kerajaan yang mengeluarkan peruntukan kewangan akan rugi dan tidak mencapai matlamat yang diharapkan dalam menyediakan prasarana internet di luar bandar.

Bagi pihak penduduk, kami tidak puas hati kerana kami selama ini begitu mengharapkan kemudahan WiFi ini.

Ramai pelajar di kampung ini mendapat kemudahan komputer percuma daripada kerajaan tetapi tidak dapat menggunakan kemudahan berkenaan untuk tujuan pendidikan, pembelajaran dan sebagainya.

Begitu juga masyarakat FELDA yang lain, memang begitu dahagakan perkhidmatan internet sebagai landasan untuk mendapat kemahiran teknologi maklumat (ICT).

Justeru, sebagai mewakili penduduk di Kampung FELDA Sungai Tengi Selatan, Daerah Hulu Selangor, saya merayu kepada pihak terbabit agar dapat turun ke padang bagi melihat sendiri apa yang berlaku dan mengatasi masalah ini bagi memenuhi kehendak penduduk.

MOHD YUSHAK SAJARI,
Felda Sungai Tengi Selatan,

Wednesday, July 21, 2010

Lawak Internet 1Malaysia ?

SAYA adalah antara pelanggan pakej komputer 1Malaysia. Saya mengambil keputusan untuk melanggan pakej ini kerana saya adalah penduduk luar bandar iaitu sasaran utama pakej ini ditawarkan. Saya melanggan pada 28 Mei lalu yang dilancarkan di tempat saya iaitu sebuah daerah kecil di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, hampir dua bulan sehingga sekarang saya tidak dapat menggunakan internet ini walau bilnya sudah dihantar ke alamat kediaman saya. Untuk pengetahuan TM, kontraktor datang untuk melakukan penyambungan wayar dan selepas selesai kerja itu, pihak TM akan datang ke kediaman saya untuk melihat sama ada wujud sambungan rangkaian atau tidak.
Malangnya, tidak wujud langsung di kediaman saya yang menyebabkan sambungan internet tidak dapat dilakukan dan lebih malang lagi netbook percuma itu sendiri tidak akan dihantar selagi tiada sambungan internet.
Click Here
Lawak apakah yang cuba dibuat di mana mempromosi sehabis mungkin untuk pakej RM38 + netbook percuma ini tetapi pada masa sama kemudahan kawasan liputan tidak dipertingkatkan.

Saya pernah cuba untuk melanggan pakej jalur lebar tanpa wayar, tetapi kerana kawasan saya ini tiada perkhidmatan 3G maka perkhidmatan ini tidak dapat digunakan.

Saya merayu kepada pihak TM agar mempertingkat dulu kemudahan kawasan liputan agar kami pelanggan di luar bandar tidak terus teraniaya dek kerana promosi bak gula tetapi hasilnya bak hempedu.

PELANGGAN KECEWA, Negeri Sembilan.