JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label KEADILAN SABAH. Show all posts
Showing posts with label KEADILAN SABAH. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

KEADILAN Sabah identifies polls candidates

KOTA KINABALU: The Sabah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) candidates for the election are mostly young, professionals and educated.

Disclosing this at a press conference KEADILAN deputy president Azmin Ali, said that the names of the candidates that have been identified at the divisional level have been submitted to the state and central leadership.

“However, even though KEADILAN is highlighting young candidates, it is important to balance the selection process as the support from the grassroots must be taken into account,” he said.

Azmin was heading an 8-member delegation from the central leadership for the KEADILAN Sabah general election meeting which was attended by election machinery representatives from 16 divisions.

During the meeting, Azmin briefed on the distribution of seats among Pakatan Rakyat (PR) members namely KEADILAN, PAS and DAP which is in its final stage.

“Most of the parliamentary seats have been sorted out and the PR leadership will identify the candidates in the near future so that they will be able to focus on the next general election.

“The discussion among PR component parties will also include SAPP (Sabah Progressive Party) as mutual partner.

"I am optimistic that we will be able to finalise the process amicably and for KEADILAN to take the lead in the next general election,” he added.

Azmin also said that KEADILAN will be appointing two more central supreme council members from Sabah which will be announced by KEADILAN President Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail in early November.

Present at the press conference were Sabah KEADILAN chief Ahmad Thamrin Jaini, Penang Deputy Chief Minister Datuk Mansor Othman, KEADILAN Women’s chief Zuraida Kamaruddin, Petaling Jaya Selatan member of parliament Hee Loy Sian, KEADILAN Deputy Secretary-General Darell Leiking and KEADILAN Supreme Council member Roland Chia.
22 Oktober 2011.

Thursday, July 28, 2011

Tarikh PRU ditentukan Bomoh Najib – Azmin

Secara sinis Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia berbeza dengan negara lain kerana ia ditentukan ‘bomoh’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Bagaimana tarikh pilihan raya di tentukan oleh bomoh, ini demokrasi apa? Kita (pembangkang) hanya diberi tempoh seminggu untuk berkempen.

“Hanya tiga orang yang tahu tarikh PRU ke-13, yang pertama (Datin Seri) Rosmah (Mansor), (Datuk Seri) Najib (Razak) dan ketiga mungkin bomoh Najib,” katanya semasa melancarkan jentera pilihan raya Cabang Tuaran.

Tarikh pilihan raya sebelum ini sering menjadi isu yang ditimbulkan Pakatan Rakyat memandangkan ia hanya ditentukan oleh seorang individu iaitu perdana menteri.

Berbeza di negara maju yang lain, tarikh pilihan raya kebiasaanya diumumkan lebih awal beberapa bulan oleh parti pemerintah, sebagai persiapan kepada parti-parti politik bertanding.

Azmin turut menyelar kenyataan Najib kononnya pembangkang diberi peluang berceramah setiap malam tetapi pada masa sama menafikan hak parti itu memperkenalkan dasar Buku Jingga di media arus perdana.

“Tetapi Najib memberitahu beberapa hari lalu, kenyataan yang kita tidak pernah dengan sebelum ini, bahawa pembangkang berkempen setiap malam ceramah.

“Ya, sebab itu tanggungjawab kita untuk turun memberikan maklumat kepada rakyat dan pengundi kerana dalam sistem demokrasi, adalah menjadi hak rakyat untuk mendapat maklumat tepat sebelum mereka membuat penilaian sewajarnya,” tegas Azmin.

Turut serta dalam majlis itu, Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah, bekas Jurulatih bola sepak Sabah, Kelly Tham, pimpinan parti dari beberapa Cabang seluruh negeri serta kira-kira 130 rakyat pelbagai kaum Sabah.

Jurulatih Bola Sepak, hadiri Pelancaran Jentera PRU KEADILAN

Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Pengarah Pilihanraya parti, Azmin Ali (gambar atas) sebentar tadi melancarkan jentera pilihan raya Cabang Tuaran.

Bercakap kepada Keadilandaily.com, Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Natassia Sarah Mohd Danny berkata, pelancaran itu diadakan di perkarangan pejabat cabang itu yang turut dihadiri Ketuanya, Ansari Abdullah (gambar bawah).Menariknya, majlis itu turut dihadiri bekas Jurulatih Bola Sepak Sabah, Kelly Tham dan bekas anggota Cabang itu yang keluar parti sebelum ini, Pajuddin Nordin.

Kelly Tham pernah membimbing pasukan bola sepak Sabah menjuarai Naib Juara Liga Perdana (kini Liga Super) pada 1994 serta memimpin pasukan itu dinobatkan selaku Juara Piala FA buat pertama kali untuk negeri itu pada 1995.

Lain-lain pimpinan yang turut hadir termasuklah Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simon, Ketua Cabang Kota Marudu, Anthony Mandiau, Ketua Wanita Cabang Tuaran, Begum Abdullah serta kira-kira 130 anggota parti dan masyarakat pelbagai kaum dari sekitar kawasan itu.

“Cabang Tuaran terdiri daripada 40 daerah mengundi dan sudah mengatur strategi dan cukup bersedia pada bila-bila masa dari sekarang untuk menumbangkan kerajaan Umno Barisan Nasional di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang kian hampir,” kata Natassia yang juga anggota parti di Cabang itu.

Parlimen Tuaran memiliki kompoisi kaum pengundi Bumiputera Islam sebanyak 43.8 peratus, Bumiputera Bukan Islam (48%), Cina (7.2%) dan lain-lain sebanyak (0.23%).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17733

Thursday, June 30, 2011

Sabah terima tiga Timbalan MPN

Datuk James Ghani, Christina Liew dan Datu Mustapha Tambuyong dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN(MPN) Sabah manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Dr Roland Chia Ming Shin sebagai Setiausaha negeri.

Pelantikan itu diumumkan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi Interim parti di negeri itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Penampang pada 26 Jun lalu.

James Ghani dan Christina Liew, kedua-duanya merupakan peguam selain masing-masing menjawat Ketua Cabang Papar dan Ketua Cabang Kota kinabalu.

Manakala Mustapha merupakan graduan dari Amerika merangkap Ketua Cabang Kinabatangan serta Roland Chia adalah doktor di negeri itu.Sementara itu, James yang dihubungi Suara Keadilan memberitahu, pelantikan itu berkuatkuasa serta merta dari tarikh pelantikan itu.

"Datuk Seri Presiden juga mengingatkan kami bahawa pelantikan ini harus disusuli dengan kerja keras dengan memperkuatkan parti diperingkat negeri dan cabang masing-masing.

"Saya menghargai kepercayaan yang diberi parti dan semasa mesyuarat itu juga, Datuk Seri Presiden akan terus memimpin parti sehingga Pilihan Raya Umum akan datang dengan setiap pimpinan yang hadir menyokong penuh keputusan itu," katanya.

Menurut James, berkemungkinan selepas ini, parti akan membentuk bironya tersendiri.

"Pembentukan biro belum diputuskan, mungkin pada mesyuarat akan datang," katanya yang pernah dilantik sebagai Timbalan MPN semasa parti itu mula mengembangkan pengaruhnya di Sabah pada 1998.

Pada 6 Februari lalu, Wan Azizah mengumumkan pembentukan Majlis Presiden KEADILAN Sabah dengan beberapa pimpinan Cabang dipilih menjawat 11 portfolio termasuk James, Christina dan Mustapha.

Ketika itu, James memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Christina menjawat portfolio Pembangunan Insfraktuktur dan Mustapha menerajui portfolio Pertanian dan Industri Makanan.

Kemuncaknya, KEADILAN Sabah mengadakan konvensyennya pada 12 Mac lalu dengan James diberi kepercayaan sebagai pengerusi penganjur dengan beliau sendiri turut membentangkan kertas kerja bertajuk Sistem Kehakiman & Perhubungan Persekutuan-Negeri.Menariknya, konvensyen bertempat di Papar itu turut memperkenalkan edisi Buku Jingga yang memuatkan 10 agenda khas untuk Sabah yang ditandatangani Wan Azizah.

Berikut ialah 10 agenda tersebut.

1. Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.

2. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.

3. Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

4. Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.

5. Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

6. Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

7. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

8. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

9. Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.

10. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.Pada Ramadhan 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di Papar, Sabah menegaskan, Pakatan Rakyat meletakan sasaran minima 10 kerusi mesti ditawan di negeri itu bagi memastikan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP berjaya memerintah Malaysia pada PRU akan datang.

Saturday, March 26, 2011

Bekas Penolong Pengarah Bomba sertai KEADILAN

Wahab Timpai 'menenyehkan' cap jari bukti penyertaannya dalam KEADILAN

KEADILAN terus mendapat sambutan hangat apabila beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai parti ini di Sabah.

Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman berkata, mereka ialah bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tenom, Wahab Timpai dan seorang ahli Umno Tenom yang juga bekas Penolong Pengarah Bomba Sarawak, Sanchi Kalingou.

“Kedua-duanya menyertai KEADILAN di pejabat parti di Tenom hari ini,” kata Halik kepada KeadilanDaily.

Halik yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tenom berkata, penyertaan itu, membuktikan BN di Sabah bakal tumbang.

“Yang penting ialah kerja keras berterusan demi memastikan kemenangan melalui pemerkasaan parti di peringkat cabang masing-masing,” katanya.

Beliau menjangka, kira-kira 80 ahli parti komponen BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang juga terletak dalam Parlimen Tenom turut menyertai KEADILAN.

Halik ketika ini turut diberi kepercayaan untuk menjawat portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam kepimpinan KEADILAN Sabah.

Sejak hujung tahun lalu sehingga kini, hampir setiap bulan ada sahaja ahli Umno BN dalam Parlimen Tenom menyertai KEADILAN.

Wednesday, December 30, 2009

Pertandingan satu lawan satu untuk tawan Sabah - Dr Jeffrey



oleh : Masdar Wahid

Pimpinan PR Sabah yakin akan berjaya menawan negeri tersebut sekiranya strategi satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam pilihanraya Umum akan datang.

"Kita kini menuju kehadapan dan sebarang perkara yang berlaku sebelum ini merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi sebagai ahli politik."kata Naib Presiden PKR, Datuk Jeffrey Kitingan.

Menurut Jeffrey, PKR Sabah tidak lagi mahu menolah kebelakang kerana fokus utama pada masa ini ialah bagaimana memperkasakan keahlian parti dipelbagai peringkat bagi memastikan kemenangan PKR dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) di seterusnya menawan Sabah pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, perkembangan terkini di Sabah sejurus setelah tamatnya Konvensyen PR pada 19 Disember lalumenunjukkan rakyat pelbagi kaum semakin menunjukkan sokongan berterusan terhadap parti khususnya melalui gerak kerja yang dilakukan dari segi keahlian dan sokongan di peringkat Pantai Timur dan pedalaman Sabah.

“Bagi PKR negeri misalnya, kita memberi jaminan bahawa perbincangan aktif sesama parti komponen PR dan parti pembangkang lain di Sabah yang berminat bahawa pertandingan satu lawan satu akan dilaksanakan pada PRU akan datang bagi memastikan BN tumbang di Sabah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, perkara berkaitan pembahagian kerusi pembangkang di Sabah akan diselesaikan dengan segera dan langkah awal yang aktif akan diatur bermula Januari ini.

Beliau turut menyambut baik berhubung semangat perjanjian Malaysia yang diumumkan oleh PR di Shah Alam 19 Disember lalu yang menjamin hak tanah adat Orang Asal di Sabah dan Sarawak selain royalty 20 peratus diberikan kepada Sabah dan Sarawak jika PR berjaya menawan kedua-dua negeri itu pada PRU akan datang.

Berhubung laporan media yang dimilki keluarga Ketua Menteri Sabah yang melaporkan beliau tidak gembira selepas Konvensyen PKR Sabah Ahad lalu, beliau menyifatkan itu adalah mainan media berkenaan yang tidak senang dengan perpaduan PKR negeri sejak dulu lagi.

Beliau yang kesal dengan laporan itu menegaskan beliau bukan sahaja masih kekal sebagai orang penting PKR malah menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan lebih erat dengan Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini selain komited membantu PKR Sarawak pada pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka berlaku tahun hadapan.

Dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, BN memenangi 59 kerusi DUN dan satu oleh DAP. Manakala kerusi Parlimen pula BN mengusai 24 kerusi Parlimen dan satu DAP. Kekalahan teruk PR lalu disebabkan berlakunya pertembungan sesama sendiri parti pembangkang, calon bebas dan beberapa parti kecil yang hanya muncul menjelang pilihanraya.

Pada pilihanraya lalu, PR di Sabah yang terdiri daripada PKR,PAS dan DAP tidak memeterai perjanjian secara rasmi sehingga mengakibatkan komponen itu bertembung samada bagu kerusi Dun dan Parlimen.

manakala parti kecil di Sabah dan selalunya muncul menjelang pilihanraya ialah Bersekutu, Setia, Pasok dan calon-calon bebas yang di taja oleh pihak-pihak tertentu.


Bersekutu telah mengadakan perhimpunan tahunannya baru-baru ini.

Sunday, December 20, 2009

ANWAR TAHU SIAPA DIA GAPARI KITINGAN


PKR adalah sebuah parti politik berbilang kaum Melayu atau Muslim-based party. Jika konsep ini difahami kumpulan yang pro atau penyokong Datuk Dr Jeffrey Kitingan sudah tentu pemilihan Ahmad Thamrin sebagai Ketua umum PKR Sabah tidak menjadi satu isu politik di Sabah.

Yang merisaukan Anwar Ibrahim bukan soal menerima atau tidak perletakan jawatan Datuk Dr Jeffrey tetapi jika parti lawan iaitu UMNO dan BN menjadikan isu Jeffrey ini sebagai isu “PKR merancang mengujudkan sebuah kerajaan Kristian di Sabah”. Isu seperti ini pasti menjejaskan imej PKR dan Anwar di negeri-negeri lain di Semenanjung terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Memilih Dr Jeffrey Kitingan sebagai Ketua PKR Sabah adalah satu risiko yang begitu besar kepada Anwar dan PKR. Namun dalam masa yang sama Anwar juga mengakui pengaruh politik Jeffrey dan sokongan kaum KDM kepada parti itu di Sabah. Tetapi soalnya adakah sokongan kaum KDM kepada PKR semata-mata kerana faktor Jeffrey Kitingan?

Jika diimbas kembali, banyak isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negeri Sabah lebih menarik minat rakyat KDM dan golongan muda di Sabah daripada soal siapa menjadi pemimpin PKR. Oleh yang demikian golongan yang bersimpati dengan perjuangan Anwar Ibrahim dan PKR di negeri itu ingin melihat kemelut kepimpinan ditangani segera.

Mereka ingin melihat pucuk pimpinan Pusat tegas dalam keputusannya. Tidak mudah tunduk kepada ugutan perletakkan jawatan pemimpin yang tidak terpilih. Soal samada perletakan jawatan Dr Jeffrey diterima atau tidak sepatutnya tidak dijadikan polemic politik. Anwar amat masak dengan politik Sabah. Anwar kenal dan tahu latar belakang politik Dr Jeffrey Kitingan.

Jika Anwar minta pandangan pemimpin-pemimpin di Sabah mengenai tindakan yang sepatutnya diambil, sebenarnya Anwar sekadar menguji mereka. Jawapan sudah ada dikepala beliau. Kekuatan PKR di Sabah bukan kerana Dr Jeffrey atau Ahmad Thamrin atau sesiapa pun. Kekuatan PKR di Sabah kerana Anwar bin Ibrahim. Tiada tokoh lain.

Pemimpin-pemimpin PKR Sabah hanya perlu bersatu dan bersiap sedia dengan isu-isu yang dapat menawan hati rakyat jika parti itu berhasrat menjadi saingan BN pada PRU akan datang. Kerjasama dengan SAPP sewajarnya dimulakan diperingkat awal untuk tidak mengulangi kesilapan PRU12. Ada kabar angin mengatakan SAPP akan bertanding semua kerusi dan berjanji menggilir-gilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada tiga kaum utama.

Setakat ini parti SAPP kelihatan lebih aktif mengadakan program politik berbanding dengan PKR yang dianggap parti pembangkang utama di Sabah. Membiarkan SAPP bersendirian tidak akan menguntungkan PKR kerana kepimpinan SAPP, Datuk Yong Teck Lee adalah seorang tokoh politik yang berpengalaman dan tidak mudah tunduk jika PKR tidak memulakan langkah lebih awal.

Apakah politik dalaman PKR akan terus bergolak atau PKR telah bersedia menjadi kerajaan alternative kepada rakyat Sabah?

Sama-samalah kita fikirkan.muslioli.

GAPARI KITINGAN LIABILITI PKR ?


BERMULA dengan beberapa ketua Cabang PKR yang penyokong kuat Dr. Gapari Kitingan mengadakan mesyuarat, seterusnya menghantar memorandum kepada Presiden PKR mendakwa, kononnya majoriti Ketua Cabang PKR dari Sabah tidak setuju YB Azmin Ali terus menyandang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah (MPPKRNS); pergolakan tidak sihat anjuran geng Dr. Gapari Kitingan ini telah terus menerus mewarnai lanskap politik seteru terkuat UMNO di negeri Sabah.

Kenyataan demi kenyataan yang dibuat tidak henti-henti oleh pihak penyokong Dr. Gapari Kitingan memperlekeh pucuk pimpinan PKR termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam media siber nasional khasnya Malaysiakini dan di akhbar cetak di bawah kawalan Barisan Nsional membayangkan terdapat segelintir telah menyertai PKR dengan agendanya tersendiri.

Selain Ketua Cabang yang terang-terangan mendesak pucuk pimpinan Parti melantik Dr. Gapari Kitingan menjadi pengerusi MPPKRNS terdapat juga bekas ahli PKR yang sudah dilucutkan jawatan seperti Kanul Gindul (bekas Setiausaha Politik Dr. Gapari Kitingan), muncul di dada akhbar milik Barisan Nasional memberi rumusan. Pergolakan terbaru ini membuktikan walaupun Kanul telah dipecat daripada PKR namun khidmat dan kesetiaannya kepada Dr. Gapari Kitingan sebagai askar upahan untuk menyalak dari sebalik tabir, masih dikekalkan.

Penggunaan media siber dan akhbar di bawah kawalan Barisan Nasional oleh geng penyokong Dr. Gapari Kitingan sebagai wadah propaganda memperlekeh kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di samping meletakkan MPPKRNS menjadi bahan ketawa dan ejekan di kalangan pengundi di Sabah, sememangnya efektif dan berjaya mencapai sasaran mereka.

Sementara sebilangan besar rakyat, penyokong kuat ahli setia PKR Sabah faham akan niat sebenar dalang yang telah sekian lama menimbulkan kekecohan dalam MPPKRNS ini tetapi kekeliruan sebilangan kecil rakyat Sabah tentang perjuangan pemimpin PKR hasil sabotag geng penyokong Dr. Gapari Kitingan adalah perkara wajib ditangani segera oleh Pengerusi MPPKRNS yang baru, Tamrin Hj Jaini.

Berita RTM yang turut menyiarkan kenyataan geng Dr. Gapari Kitingan dengan nada mempersenda PKR telah menambah kuat lagi pendapat ahli dan penyokong kuat PKR di Sabah bahawa terdapat tangan-tangan ghaib mengatur strategi menggunakan geng penyokong Dr. Gapari Kitingan melumpuhkan PKR dari dalam.

Oleh kerana Negeri Sabah dan Sarawak merupakan ‘fixed deposit‘ kepada Barisan Nasional maka kehadiran Dr. Gapari Kitingan sebagai alat baru kumpulan yang satu ketika dulu dilabel agen UMNO dalam PKR tidak boleh disangsi lagi.

Walaupun pemimpin UMNO bersama rakan kongsi kuasa mereka dalam Barisan Naional telah lakukan dosa bertimbun terhadap rakyat Sabah dan Malaysia amnya namun segala rompakan harta rakyat yang dilaksanakan, salahgunakuasa yang dilakukan atau rasuah yang kian hari mencekik dan berleluasa sudah tidak menjadi isu.

Dr. Gapari Kitingan bukan orang sembarangan yang tidak tahu akan segala dosa-dosa pemimpin UMNO terhadap rakyat negeri ini. Dr Gapari Kitingan juga tahu adengan sengketa yang diketuainya boleh menyebabkan PKR lesu tidak bermaya menghadapi lawan tetapi dia sengaja jadikan jawatan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah sebagai isu untuk memesong pandangan rakyat tentang kerja amal dan usaha murni yang telah, sedang dan sentiasa hendak dilakukan oleh pimpinan PKR di peringkat negeri Sabah.

Tawarkan pemimpin PKR di semua peringkat untuk menyumbang khidmat bakti dengan agenda membela rakyat yang telah 50 tahun diperbodohkan oleh pemimpin UMNO kini sudah jadi perkara halal dan disokong Dr. Gapari Kitingan dan gengnya!

Menyedari tohmahan-tohmahan dan fitnah dilempar terhadap pucuk pimpinan PKR tidak mendapat sambutan, kerana terdesak, geng Dr. Gapari Kitingan segera ubah skrip sandiwara mereka. Ancaman akan meninggalkan parti jika tuntutan yang mereka kemukakan tidak dituruti dihebah oleh hampir semua jentera media Barisan Nasional seolah oleh PKR Sabah sudah nazak menanti hari dikebumikan.

Untuk menjadikannya dramatic, Dr. Gapari Kitingan hebohkan perletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi. Untuk lebih sensasi kenyataan ”I have burned my bridges” yang membawa maksud saya tidak akan kembali kepada PKR diisythiarkan.

Perletakan jawatan Christina Liew, Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR kemudian menyusul. Mengiringi aksi Dr. Gapari Kitingan beberapa kerat geng penyokong Dr. Gapari Kitingan seperti Daniel John dan Moses Iking kemudian memfailkan permohonan untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah (PCS) mengikut rentak dan acuan Dr. Gapari Kitingan.

“Patuhi kehendak Parti atau sila keluar dari PKR,” begitulah reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun dilafazkan di Pulau Pinang tetapi mesej yang diluahkan jelas menyatakan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perkembangan dalam PKR akibat angkara Dr. Gapari Kitingan bersama geng-gengnya.

Terperangkap dalam kanca sandiwara gubahannya sendiri, Dr. Gapari Kitingan yang kononnya bercuti hingga Januari 2010 akhirnya, tanpa pengumuman menamatkan percutiannya, telah segera merubah strategi lakonannya dengan menghadiri konvensyen PKR di Kuching, Sarawak.

Dengan menunjukkan muka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Gapari Kitingan berharap lakonannya yang telah merosakkan imej PKR akan dilupakan. Tanpa segan silu kenyataan “I have burned my bridges” dilafazkan oleh Dr. Gapari Kitingan melalui Malaysiakini dengan niat ‘talak tiga kepada PKR” seolah olah tidak pernah ujud.

Mungkin semua ini dilakukan oleh Dr. Gapari Kitingan kerana beranggapan dia adalah seorang doktor berkelulusan daripada Universiti bertaraf dunia sementara ahli PKR Sabah adalah amatur yang boleh diperbodohkan.

Pada 20 Disember 2009 (esok) PKR Negeri Sabah akan mengadakan konvensyen yang bakal dihadiri oleh Presiden Parti Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kesemua pemimpin berserta ahli Jawatankuasa daripada 25 cabang PKR seluruh Sabah telahpun menyatakan pendirian mereka akan hadir di konvensen itu kelak. Dianggarkan lebih 1,000 pemimpin PKR menyertai konvensyen tersebut.

Suasana aman damai yang dinikmati semula pemimpin PKR Negeri Sabah sejak Dr. Gapari Kitingan keluar PKR bertukar bilamana pada 12 Disember 2009 tiba-tiba muncul berita disiar melalui laman web Malaysiakini bahawa Dr. Gapari Kitingan telah dilantik semula menjadi Naib Presiden Parti dengan tanggungjawab baru sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak.

Manakala Christina Liew disebut telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah beberapa nama juga turut disebut sebagai senarai ahli jawatankuasa MPPKR Negeri Sabah yang baru, sedangkan jawatan yang kononnya dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun lebih awal diisi dan disandang oleh beberapa veteran politik seperi Datuk Kong Hong Ming, seorang jurutera berusia lebih muda daripda Christina Liew dan mantan Menteri Kabinet Sabah.

Anggapan orang ramai, konvensyen PKR Negeri Sabah kali ini akan berjalan lancar dengan pemergian Dr. Gapari Kitingan bersama kuncu-kuncunya yang telah membakar jambatan ternyata meleset. Kemunculan semula Dr. Gapari Kitingan di saat akhir PKR Negeri Sabah mengatur lengkap hendak berkonvensyen di Kota Kinabalu menimbulkan situasi baru. Berbagai pertanyaan timbul daripada pelbagai pihak.

Ramai berpendapat Dr. Gapari Kitingan menimbulkan kekecohan seterusnya dalam usahanya menubuhkan sebuah parti baru untuk melemahkan PKR adalah ‘pengkhianat’ Parti. Menerimanya semula sebagai naib Presiden PKR kerana Parti yang hendak ditubuhkan olehnya tidak diluluskan oleh Pengarah Pendaftar Pertubuhan tidak menampakkan kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.

Di sudut lain ramai juga bertanya apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu tidak gentar menghadapi seteru politiknya, Tun Mahatir Mohamad malah sanggup masuk penjara, kini telah berubah menjadi pemimpin yang lemah dan sanggup ‘berlutut’ kepada tuntutan Dr. Gapari Kitingan, individu yang bukan saja permohonannya menjadi ahli UMNO dibatal setelah diterima menjadi ahli tetapi kini tidak akan diterima menjadi ahli oleh mana-mana parti politik di Sabah kecuali PBS, itu pun sebagai ahli biasa.

Kehadiran semula Dr. Jefri Kitingan bersama kumpulannya dalam PKR Negeri Sabah pastinya akan menimbulkan mala petaka baru kepada PKR. Pertama penerimaan semula Dr. Gapari Kitingan sebagai naib Pengerusi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melahirkan perasaan tidak puas hati pemimpin PKR Negeri Sabah.

Kemungkinan sebilangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti juga tidak akan setuju dengan ura-ura campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan PKR di Sabah. Bukan mustahil penerimaan semula Dr. Gapari Kitingan akan menyebabkan sebilangan pemimpin yang selama ini setia kepada parti akan keluar daripada barisan kepimpinan parti.

Kenyataan Azmin Ali bertajuk “Azmin Ali Oblivious PKR Keeping Kitingan” disiar oleh Malaysiakini pada 13 Disember 2009 merupakan bibit pertama penentangan dari kalangan pucuk pimpinan PKR terhadap ura-ura pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menangani gelora PKR negeri Sabah.

Berita bahawa Christina Liew telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah dan Dr. Gapari Kitingan dilantik semula menjadi Naib Presiden sekaligus menjadi Pengerusi Biro menjaga Hal Ehwal Sabah Sarawak, dikatakan tidak pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, akan menghancurkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang dipercayai berpegang kepada prinsip demokrasi.

Apakah dia sanggup membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR kerana kecut gementar kepada ancaman Dr. Gapari Kitingan?.

Jika berita seperti disiar oleh Malaysiakini itu benar, maka besar kemungkinan pemimpin daripada 18 hingga 20 Cabang PKR Negeri Sabah yang selama ini toleransi terhadap ‘pengkhianat’ Dr. Gapari Kitingan tetapi memilih berdiam diri kerana tidak mahu membawa masalah dalaman parti kepada media akan hilang sabar.

Desas-desus kini bertiup kencang bahawa sebahagian daripada 18 Pengerusi Cabang yang menganggap Dr. Gapari Kitingan sebagai duri dalam daging kepada PKR akan keluar daripada konvensyen PKR Negeri Sabah sebagai tanda protes mereka sekiranya Dr. Gapari Kitingan hadir sebagai Naib Presiden PKR.

Ketua-ketua daripada 18 cabang PKR ini pernah menyokong cadangan Azmin Ali supaya penggantinya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah yang baru dipilih melalui pengundian. Cadangan itu telah dibuat pada kali terakhir YB dari Gombak itu mempengerusikan mesyuarat MPPKR Negeri Sabah.

Malangnya cadangan itu ditentang habis-habisan oleh Christina Liew. Penentangan itu turut disokong Nahlan Damsal yang telah diundi tidak percaya oleh ahli jawatankuasa Cabang PKR Batu Sapi tetapi masih berlagak sebagai Ketua Cabang.

Fakta ini bukan rahsia di kalangan penyokong PKR Negeri Sabah. Malangnya kisah benar ini telah diputar belit oleh penulis upahan Dr. Gapari Kitingan dengan menyiarkan berita sebaliknya. Kisah karut dilaporkan dalam laman web Malaysiakini kononnya geng Dr. Gapari Kitingan yang merupakan kumpulan majoriti mahukan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah dipilih melalui pengundian tetapi cadangan mereka ditolak oleh pucuk Pimpinan Tertinggi PKR.

Selepas mesyuarat tersebut, masa sidang akhbar, Azmin juga memberitahu antara keputusan dipersetujui sebulat suara di mesyuarat itu adalah agar lantikan Pengerusi MPN diserah kepada Presiden.

Selepas disoal dua kali oleh pemberita dalam sidang akhbar Dr. Gapari Kitingan turut berkata, dia bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ianya mengikut kehendak Perlembagaan. Anehnya apabila Majlis Pimpinan Tertinggi parti melantik Tamrin Hj Jaini menjadi Pengerusi Perhubungan baru, geng Dr. Gapari Kitingan melenting dan memberontak.

Persoalaannya kenapa cadangan Azmin Ali ketika kali terakhir beliau mempengerusikan mesyuarat PKR Negeri Sabah ditolak oleh geng Dr. Gapari Kitingan? Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu akan perkara ini? atau apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah terpengaruh kepada propaganda BN yang kini sibuk hendak jadikan Dr. Gapari Kitingan hero mereka!

Sebahagian daripada jawatan penting MPPKR Negeri Sabah telahpun diisi oleh Tamrin Hj Jaini sejurus dilantik menjadi Pengerusi MPPKR Negeri Sabah. Berbagai rancangan telah diatur untuk mempastikan urusan Parti berjalan lancar walaupun ada pihak cuba sabotag.

Kini kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Christina Liew dan beberapa pemimpin lain dari kalangan kumpulan yang beberapa bulan lalu mengancam akan keluar dari PKR kalau tuntutan mereka tidak dituruti mengundang gelora pada dimensi yang lebih kencang kepada PKR Negeri Sabah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berkhayal kesan buta-buta menerima propaganda geng Dr. Gapari Kitingan. Realitinya apakah para Pengerusi cabang PKR yang selama ini menyumbang bakti dan setia kepada Parti ketika geng Dr. Gapari Kitingan cuba hancurkan PKR dari dalam akan terus berdiam diri dan setia kepada Parti?

Adalah diramal kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah kali ini akan meletakkannya dalam situasi yang amat mencabar, sama ada tunduk kepada tuntutan geng makhluk perosak yang melampau ini atau menimbang taat setia penyokongnya yang selama ini mengambil sikap berdiam diri terhadap semua kelakuan sumbang Dr. Gapari Kitingan bersama geng-gengnya sebagai kesinambungan perjuangan PKR di Sabah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin terpaksa berhadapan dengan satu masalah baru menangkis pendapat sesetengah rakyat Sabah bahawa wajah politik sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama dan serupa dengan politik para pemimpin UMNO dari Semenanjung; pecah dan perintah para pemimpin Sabah, ada kebenarannya.

Apa juga kesudahannya, kelak ahli PKR bukan seperti ahli UMNO. Penyokong PKR majoritinya adalah terdiri daripada mereka yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan kejujuran. Kalau salah, kita katakan salah. Rasuah, kita kata rasuah dan rasuah itu salah. Itulah beza kita dengan penyokong UMNO.

Rasuah mereka katakan politik wang dan politik wang itu halal. Kepada semua ahli PKR yang mahu mempastikan sebuah parti alternatif hidup subur di Malaysia, marilah kita beramai-ramai hadir ke konvensyen PKR pada 20 Disember 2009 untuk sama-sama saksikan apakah benar Datuk Seri Anwar Ibrahim telah jadikan pemimpin PKR Negeri Sabah sama seperti barisan pemimpin UMNO Negeri Sabah yang kita semua tahu ‘ibarat kerbau dicucuk hidung’ atau sebagai pemimpin-pemimpin dari sebuah negeri yang mempunyai autonomi melalui Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara?.

DSAI perlu bersikap rasional dan tidak anggap ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah yang telah dilantik oleh Tamrin Hj Jaini kambing ternakan-tanpa perasaan dan boleh disembelih pada bila-bila masa. Dr. Gapari Kitingan kini adalah liabiliti dan berisiko tinggi kepada PKR Sabah. Selamat bersidang dan selamat berjuang!

Oleh: ABDULLAH MADUN

Sunday, November 29, 2009

Dua Pergi, 100 Mari – Datuk Johan


KUALA LUMPUR : Tindakan dua Setiausaha PKR dalam Cabang (Bahagian) Papar, yang keluar parti dan menyertai Umno baru-baru langsung tidak menggugat kekuatan PKR di negeri itu malah akan menambahkan masalah pada Umno.

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Johan O.T Ghani (gambar) berkata, kebanyakan mereka yang keluar parti itu mungkin menghadapai masalah tertentu tetapi yang pastinya PKR sebagai parti masa hadapan akan terus hidup dan bekerja keras untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, kekuatan parti bukan bergantung kepada individu tetapi berteraskan kepada semangat perjuangan yang dipegangnya.

“Jika hari ini ada dua ahli yang keluar, esok lusa, saya yakin akan lebih ramai dan boleh jadi beratus-ratus ahli Umno/BN yang menyertai PKR seperti yang berlaku di Kunak baru-baru ini,” katanya kepada Konsep Era Pakatan di sini sebentar tadi.

Beliau yang berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak tahun 1970an di Sabah memberitahu, dalam perjuangan pasti ada cabaran yang mesti ditempuhi termasuklah dari aspek kekuatan mental dan sikap daya juang yang tinggi yang menjadi pra-syarat penting kepada kekuatan diri menempuh cabaran.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap ahli PKR di negeri itu memahami dengan bersungguh-sungguh intipati perjuangan parti serta memperkemaskan jentera di setiap cabang dan ranting masing-masing ke arah menawan Sabah dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Datuk Johan O.T Ghani ialah bekas ahli Umno dan merupakan mantan Adun Kuala Penyu pada tahun 2004 dan hanya kalah tipis iaitu 257 undi kepada calon Upko dan PKR dalam persaingan tiga penjuru pada pilihanraya umum lalu.

Beliau yang ketika itu bertanding atas tiket Bebas akhirnya menyertai PKR beberapa bulan kemudian.

http://www.erapakatan.com

Wednesday, November 25, 2009

480 penyokong BN sertai PKR SILAM



KUNAK : Seramai 480 penyokong dan ahli dari rejim BN di Kampung Bumi Asli, di bahagian Kunak tekad menyertai PKR Ahad lalu.

Pengerusi Perhubungan (Majlis Pimpinan Negeri) PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata, mereka mengambil keputusan itu selepas melihat kegagalan demi kegagalan rejim BN membela nasib rakyat khususnya dalam isu tanah di Pekan Kunak.

Menurutnya, daripada jumlah itu kebanyakannya ialah ahli-ahli Umno selain ahli dari parti PBS, PBRS dan parti Pasok iaitu antara sekutu rejim BN di Sabah.

“Berdasarkan siri lawatan saya di kawasan Pantai Timur ini khususnya di bahagian Tawau, Kunak, Semporna dan Sandakan, sokongan rakyat bertali arus terhadap parti ini cukup baik dan saya melihat ia sesuatu yang positif dan signal rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com, di sini hari ini.

Beliau menambah, dalam masa terdekat PKR Sabah akan terus menerima keahlian baru termasuk dari kalangan pimpinan BN di beberapa bahagian di Pantai Timur Sabah.

Ahmad yang juga Ketua Cabang PKR Libaran memberitahu, pimpinan Umno itu kelak akan turut membawa ribuan ahli Umno dan BN untuk berhijrah menyertai PKR.

Terdahulu, pada 22 November lalu, 12 Ranting PKR Kunak di Sabah menerima 480 keahlian baru termasuklah ahli Umno dan beberapa golongan professional di negeri itu.

Di antara golongan professional itu ialah bekas Ketua Mahkamah Anak Negeri Kunak, Hj. Ramli Ibrahim @ Berahim yang juga bekas orang kuat Umno.

Manakala 12 Ranting itu ialah dari cawangan Pangi Tengah, Hampilan, Madai, Dasar Baru, Dasar Lama, Kunak Tiga Darat, Kunak Tiga Kabog, Jaya Baru, Ulu Madai, Kunak Jaya Laut, Kg.Kunak Jaya dan Sungai Atas. Dua lagi cawangan baru yang bakal ditubuh belum dinamakan.

Turut sama pada majlis penuh bersejarah pada hari tersebut ialah Timbalan pengerusi PKR negeri, Datuk Kong Hong Ming, Ketua Penerangan PKR Silam, Samsuri Baharudin dan Timbalan Ketua PKR Kunak, Djapri Kudosat.

DI PETIK DARI ERAPAKATAN.COM

Monday, November 16, 2009

DRAMA JEFFRY DALAM KEADILAN


DSAI sudah menilai dan menghitung syarat-syarat yang dikenakan Dr. J dalam pelan damai yang ditawarkan Dr. J. Bagi DSAI, syarat-syarat Dr. J tiada tujuan lain melainkan "cari pasal". Mana mungkin DSAI mengubah keputusan kolektif PKR Pusat yang melantik Ahmad Thamrin Haji Zaini dan Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Mana mungkin Dr. J seorang cuba sewenang-wenangnya "over rule" keputusan kolektif PKR Pusat itu.

Sejak awal PKR memasuki Sabah, DSAI tidak pernah memberi penekanan utama ke atas DEKLRASI TAMBUNAN. Dalam PRU12 pun DSAI membisu mengenai Deklarasi Tambunan. Tetapi Dr. J insist Deklarasi Tambunan ini untuk diterima PKR Pusat sebagai salah satu pra syarat bagi Dr. J mematuhi "plan damai " dengan PKR bersabit krisis kepimpinan PKR Sabah yang terkini. Isu lain, mengenai Royalti Minyak 20%, Autonomi PKR Sabah, Kebebasan membuat keputusan PKR Sabah untuk Sabah tanpa campur tangan PKR Pusat. Itulah antara keistemewaan yang Dr. J gariskan. Bagi kebanyakan, permintaan Dr. J memang sukar dan kelihatan sekadar "cari pasal" untuk menghancurkan PKR dari dalam sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya. Jelas Dr. J tidak lagi mahu mematuhi displin dan ideologi PKR.

Berikutan dengan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai 'pengacau' di dalam PKR. Dengan ini Dr. J adalah tergolong dalam kategori "PENGACAU".

"Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir 'pengacau' dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan," DSAI -di sini

Episod, di mana Dr. J mengenakan syarat-syarat yang sukar dipenuhi PKR pusat ini, malah di luar bidang kuasa PKR sendiri, dilihat sebagai episod terakhir dalam drama Dr.J dalam PKR. Sebagai "pengacau" Dr. J tiada pilihan melainkan BERUNDUR ATAU DISINGKIR. syarat-syarat Jeffrey kepada PKR...SABAHKITA

Monday, November 9, 2009

ANWAR BERI SIGNAL AGAR JEFFRY SEGERA KELUAR PARTI ???

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

NONEAnwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti.

Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.

Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhidasar-dasar yang ditetapkan oleh parti. Malaysiakini

Thursday, October 29, 2009

KEADILAN SABAH AKAN LEBIH BAIK TANPA JEFFREY

Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu tidak akan melemahkan PKR Sabah.

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Thamrin Zaini berkata, tindakan Jeffrey itu juga tidak akan menyebabkan PKR negeri goyah dan berpecah.

"Dia (Jeffrey) meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden tetapi masih kekal sebagai ahli parti dan Ketua Bahagian.

"Jadi saya nampak ia tidak akan memberi kesan melemahkan parti. Lainlah kalau dia keluar dari PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemelut PKR Sabah yang dilihat semakin meruncing apabila Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Jeffrey yang juga Ketua PKR Bahagian Keningau membuat keputusan drastik itu atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

Beliau melepaskan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Menurut Thamrin beliau menerima dan menghormati pendirian Jeffrey untuk melepaskan semua jawatannya itu.

"Kita sanjung perasaan rendah diri beliau yang akur keupayaannya melaksanakan tugas sebagai Naib Presiden dan kita mengucapkan terima kasih atas khidmatnya sebagai Naib Presiden selama ini," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Jeffrey, beliau berkata, hubungan mereka adalah baik.

"Kami tiada masalah (hubungan). Itu hanya spekulasi," ujarnya.

Thursday, October 22, 2009

PKR SABAH GADUH - BN KETAWA = KAH KAH KAH

BILA terbaca beberapa berita dari akhbar-akhbar tempatan, kita merasakan wujudnya suatu kerugian politik di sini. Beberapa pertikaian antara kepimpinan PKR Sabah memagut rasa kecewa kerana pada pandangan kita, dalam keadaan UMNO/BN yang kegoyahan, sepatutnya kita di Pakatan Rakyat mengambil inisiatif ini untuk lebih memperkasakan parti dengan melebihkan kerjasama kefahaman dan mengeratkan lagi hubungan antara saf kepimpinan PKR Sabah dengan rakyat pengundi Sabah.


Hentikanlah segala pertikaian sesama kita di PKR. Daripada masing-masing sibuk untuk menjadi juara, alangkah baiknya masa itu diperuntukkan untuk bersatu dan berusaha keras mencari langkah-langkah bertepatan dalam menghadapi UMNO/BN di Sabah.


Kita masih ada pengundi-pengundi atas pagar yang boleh kita yakini. Kerana pengundi atas pagar ini melalui kajian yang telah kita buat, mereka biarpun diberikan sogokan, namun mereka tetap mengundi Pakatan Rakyat. Jadi golongan inilah yang harus kita sasar dan kita tanamkan kepercayaan mereka terhadap Pakatan Rakyat.


Semua kita maklum bahawa dengan hanya berbekalkan semangat tanpa disisipi kerja kuat dan kerjasama dalam usaha mentalqinkan UMNO/BN di Sabah adalah suatu perkara yang amat mustahil. Kita semua harus akur dengan kenyataan bahawa sebahagian besar pengundi rakyat Sabah berjiwa materialistik. Mereka hanya bersungut pada awalnya namun bila tiba pengakhirannya hari penentu PRU, mereka akan tenang setelah diberi imbuhan hatta RM50 sekalipun.


Rakyat Sabah cepat lupa akan kepayahan hidup mereka selama ini kerana sebaik sahaja not RM50 bertukar tangan kepada mereka, maka undi dan sokongan mereka 100% diberikan kepada UMNO/BN. Begitu senang kerja UMNO/BN dalam menangani kemarahan rakyat Sabah selama 5 tahun, sejuk hati dalam masa 15 saat.


Berdiri teguhnya UMNO/BN Sabah ini adalah kerana sikap rakyat Sabah sendiri. Jika di lihat di Semenanjung Malaysia, bila mana berlakunya peningkatan kos sara hidup di sana, mereka bersuara dan minta hak mereka diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat.


Tetapi berlainan suasananya di Sabah, biarpun kos sara hidup, kenaikan minyak, kekurangan gula, beras naik mendadak, mereka tetap diam dan enggan bersuara. Rakyat Sabah keberatan menggunakan suara demokrasi rakyat dan sekiranya dilhat secara hakiki, seolah-olahnya rakyat Sabah tidak hairan dengan segala peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga minyak.


Bagi sebahagian rakyat Sabah, cukuplah dengan RM50 dan bantuan-bantuan kecil yang akan diberikan oleh pemimpin UMNO/BN di Sabah bila tiba musim pilihanraya kelak dan mereka akan dengan senang hati mengundi UMNO/BN. Inilah budaya yang diamalkan oleh rakyat Sabah sejak turun-temurun.

Budaya sebeginilah yang harus kita pecahkan tapi hanya dengan satu jalan sahaja yakni bekerjasama dan bersatu dalam segala hal dan kita pasti akan menemui kejayaan.


Apabila kita renungkan kembali, apakah kemajuan dan kebajikan yang telah Musa Aman/UMNO/BN lakukan kepada rakyat Sabah? Segala projek mega semuanya di takluki oleh orang-orang terpilih sahaja. Tender-tender besar juga di kuasai sepenuhnya oleh kaum kerabat Musa/UMNO sahaja. Rakyat hanya menerima serpihan-serpihan sahaja dan itupun sebahagian besar rakyat Sabah diam.


Jika dibandingkan di zaman pemerintahan USNO, di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha, kita dapat melihat begitu besar bezanya. Rakyat Sabah pada ketika itu mewah di samping memperolehi pelbagai kemudahan dinikmati. Biasiswa Yayasan Sabah diperuntukan sepenuhnya untuk membiayai pembelajaran anak-anak Sabah ke peringkat pengajian tinggi.


Allahyarham Tun Mustapha juga memperkenalkan saham Sabah melalui hasil keuntungan hasil-bumi Sabah. Setiap rakyat Sabah mendapat RM150-RM200 setiap tahun dan diberikan juga sijil. Akan tetapi semua keistimewaan ini ditarik semula oleh kerajaan UMNO/BN dengan begitu sahaja.


Apakah ini yang kita restui? Hak kita sebagai rakyat Sabah dinafikan dan kita mahu tahu kemana perginya hasil keuntungan hasil-bumi Yayasan Sabah? Jika dahulu kita sebagai rakyat Sabah dapat juga menikmatinya, tetapi kini siapa yang dapat?


Sekitar 1964, Allahyarham Tun Mustapha pernah memohon kepada kerajaan UMNO/-Perikatan supaya siaran televisyen dipanjangkan ke Sabah siarannya. Namun jawapan dari Perdana Menteri pada ketika itu amat mendukacitakan. Perdana Menteri pada ketika itu menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak ada cukup peruntukan untuk melebarkan siaran televisyen ke Sabah.


Tun Mustapha akhirnya mengarahkan kerajaan negeri Sabah untuk mengeluarkan dana bagi tujuan siaran televisyen Sabah demi untuk rakyat Sabah yang dicintainya. Begitu besar jasa dan pengorbanan Allahyarham Tun kepada rakyat Sabah berbanding dengan Musa Aman serta kerajaan UMNO/BN.


Kerajaan UMNO/BN di bawah kepimpinan Musa Aman hari ini, telah memBARISAN-NASIONALkan segala projek dan bantuan kepada rakyat Sabah. Untuk merasmikan projek-projek dan bantuan kepada rakyat, UMNO/BN mengangkut segala media massa dan elektronik.


Secara peribadi, kita sebenarnya tidak pernah membenci UMNO/BN, cuma kita rasakan tindak-tanduk pemimpin UMNO/BN pada hari ini agak diktator. Pemimpin UMNO/BN pada hari ini telah berlaku banyak kepincangan dan keburukan berbanding kebaikan yang mereka lakukan.


Di mana aspek keadilan dalam pemerintahan UMNO/BN ? Yang terlihat hanyalah barisan kepimpinan yang sibuk dan leka memperkayakan diri sendiri dari mempeduli kan kebajikan rakyat jelata. Fikirkanlah bagi menyaksikan keprihatinan mereka yang penuh kepura-puraan terhadap rakyat.


Mereka mahukan publisiti yang seluas-luasnya untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa Barisan Nasional Sabah kononnya prihatin kepada rakyat selalu ditonjolkan ‘Satu Lagi Projek Barisan Nasional’ untuk rakyat Sabah, padahal digunakan wang rakyat.


Ingat semua kepimpinan PKR Sabah, Datuk Jeffrey, Awang Ahmad Sah, Haji Ansari, Hamzah Amir, Ahmad Tambrin, Daniel John dan Azmin Ali bukan musuh PKR Sabah. Musuh kita di depan mata adalah Musa Aman/UMNO/BN. Ini yang perlu kita kukuhkan tenaga kita bersatu untuk hancurkan kepimpinan mereka. Kalau kita sama sendiri asyik krisis, kita akan kalah dalam PRU akan datang.


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

Wednesday, October 14, 2009

KEADILAN DI SABAH : BILA MAHU BERDAMAI ??? HAAA

DR. JEFFREY, JANGAN JADI PAK KADOK! PDF Print E-mail


Oleh: ABDUL RAHIM HAJI MAAROF

TERPANGGIL untuk memberikan pandangan peribadi mengenai PKR Sabah yang kini terlihat umum semakin berombak bergelora. Jika dilihat dari awal dari zaman Ustaz Rahman Yaakub, yakni pada peringkat awal penubuhan Parti Keadilan Rakyat di Sabah, memang terlihat kelembapan PKR. Apatah lagi Ustaz Rahman yang kurang berpengalaman memangkin kelembapan perjalanan PKR pada ketika itu.

Senario PKR cuba diolah dengan penggantian Ustaz Rahman dengan Datin Saidatul, adik kepada Datuk Salleh Said Keruak. Diterajui oleh wanita yang agak emosional melambatkan lagi kerancakan PKR Sabah. Tiada pembaharuan dan kemajuan di wujudkan pada Dinasti Datin Saidatul.

Malah telah wujud pula puak-puak antara kepimpinan dan ahli-ahli. Tiada keserasian antara pemimpin PKR pada ketika itu dan ahli-ahli PKR yang bilangan boleh dikira. Amat sedikit jumlahnya. Kepimpinan Datin Saidatul banyak tercalar dan tiada kemajuan.

Beralih lagi kepada era Hj Awang Tengah. Kesinambungan senario kepimpinan politik Datin Saidatul diteruskan oleh Hj Awang Tengah. Puak A dan Puak B sering bertelagah dan tiada kerjasama terjalin.

Kuncu-kuncu Hj Awang Tengah terkenal dengan sifat keegoan, keangkuhan dan tiada usaha menambah baik indeks keahlian. Yang agak ketara terlihat hanyalah kesungguhan ‘orang kuat’ Hj Awang Tengah untuk menjatuhkan mana-mana Ketua Bahagian yang 'tidak sehaluan' dengan pemikiran mereka.

Keadaan cuba di baik-pulih selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim di bebaskan. Beberapa perubahan cuba dilakukan di Sabah. Antaranya penggantian Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah. Kali ini Anwar cuba untuk menaikkan golongan 'bijak-pandai' menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah.

Hj Ansari Abdullah di lantik dengan kuasa 'veto' di tangan Anwar Ibrahim. Sungguh pun begitu, banyak 'kuasa-kuasa jahat' cuba untuk menjatuhkan Ansari dalam pelbagai corak dan bentuk. Surat-surat layang, petition dari Ketua-Ketua Bahagian dan berbagai lagi dibuat untuk menjatuhkan Ansari. Pun begitu jika dilihat secara rasional Ansari sebenarnya juga gagal dalam memperkasakan PKR Sabah.

Sikap egoisnya mendalamkan lagi jurang di antara kepimpinan Ketua-Ketua Bahagian. Dalam era Ansari juga perpecahan dalaman banyak terjadi. Kumpulan Ansari dan Kumpulan Jeffrey. Kuncu-kuncu Awang Tengah mengambil jalan selamat dengan menyertai Kumpulan Jeffrey.

Ansari tidak mempraktikkan sikap kerjasama antara pemimpin PKR, keegoannya untuk berbaik sangka dan sukar menerima pandangan dari orang menambahkan lagi beban keretakan PKR Sabah. Ada beberapa Ketua-Ketua Bahagian yang meninggalkan PKR oleh kerana tidak mampu untuk bekerjasama dengan Ansari.

Apabila situasi ini semakin parah, maka Anwar mengambil keputusan untuk meletakkan dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah menggantikan Hj Ansari Abdullah. Namun kesibukan masa Dato' Seri Anwar membataskan lagi peruntukan masanya untuk sering berada di Sabah bagi memantau perjalanan PKR di Sabah yang secara nyata dari depan Ketua Ketua Bahagian dipimpin oleh Anwar dan dari belakang diasak tekanan oleh Dr.Jeffrey.

Jawatan Pengerusi Perhubungan bertukar tangan lagi. Kali ini di tangan YB Azmin Ali. Sekali lagi puak B tidak puas hati kerana Azmin Ali mempunyai hubungan yang baik dengan Ansari Abdullah. Sehinggakan ada Ketua Bahagian yang sanggup mengadakan mesyuarat untuk menolak Azmin Ali dari jawatan tersebut. Orangnya Jalumin Ketua Bahagian PKR Kota Belud.

Buat Ketua Bahagian Ketua Belud yang mengetuai mesyuarat itu perlulah saya ingatkan bahawa bukan semua suara Ketua Bahagian yang bersetuju dengan anda mewakili suara hati ahli-ahli akar umbi PKR diseluruh Sabah.

Mengapa suara hati ahli-ahli tidak di ambil pakai ? Bukan bermakna sokongan majoriti Ketua-Ketua Bahagian kepada anda mewakili hak bersuara ahli-ahli akar umbi PKR.

Jalumin, apa yang anda telah buat ini tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada akar umbi PKR, ianya menambah-burukkan lagi situasi genting yang ada sekarang ini.

Cadangan mesyuarat berkenaan yang memberikan cadangan sama ada Awang Ahmad Sah atau Ahmad Tamrin. Siapa mereka ?

Awang Ahmad Sah!, apakah pengalaman beliau untuk menduduki kerusi Pengerusi Perhubungan Negeri? Jika kita lihat bahagian beliau sendiri Putatan tunggang langgang. Tiada kemajuan. Hanya omongan kosong dan ketukan tin-tin kosong.

Dulu semasa era Awang Tengah, beliaulah yang merupakan mastermind dalam perancangan 'mematahkan' Ketua-Ketua Bahagian secara tidak professional. Sana-sini dengan cakap-cakap besar yang kononnya kepimpinan pusat takut dan akur dengan segala kata-katanya. Semua orang maklum skandal beliau. Bangkai gajah tidak mampan ditutup dengan dulang.

Ahmad Tamrin, tidak pasti apa sebab beliau dicadangkan ke jawatan tertinggi itu. Atas kapasiti apa? Sekadar pengalaman sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri yang tidak effisien? Atau mungkin juga faktor 'angkat kaki' yang hebat? Kalaulah Pengerusi Perhubungan jatuh ke tangan Ahmad Tamrin atau Awang Ahmad Sah, saya percaya PKR akan terkubur dengan cepatnya.

Jadi persoalannya, siapakah yang layak untuk menggantikan YB Azmin Ali? Apakah Dr Jeffrey Kitingan? Perlu diingatkan disini beliau mewakili golongan etnik minoriti KDM dan sejarah 'hitam' Dr Jeffrey dalam politik Sabah masih lagi terpahat di minda rakyat Sabah Bumiputera Islam.

Bagaimana Dr Jeffrey mengharu-birukan parti PBS, AKAR dan PBRS. Sedangkan abangnya sendiri keberatan untuk menerimanya kembali dalam PBS. Sikap 'suka tikam dari belakang' yang menjadi amalan Dr Jeffrey. Mana-mana parti yang disertainya pasti 'berantakan' olehnya.

Kalau anda masih ingat bagaimana Setiausaha Politik Dr Jeffrey, Kanol membidas Dato' Seri Anwar dalam warta tempatan Sabah. Adakah anda percaya ini bukan mainan dalaman dan atas restu Dr Jeffrey?

Terlalu banyak kerakusan Dr Jeffrey yang terlihat di mata umum ahli-ahli PKR. Saya tidak lihat apa-apa kebaikan yang telah di lakukan oleh Dr Jeffrey kepada PKR. Malah semakin teruk PKR selepas kemasukan Dr Jeffrey.

Sikap perkauman yang mereka perdagangkan menjadi duri di mata rakyat Sabah. Malah puak-puak Jeffrey beranggapan PKR ini adalah milik mutlak mereka. Seolah-olah PKR ini hak mereka abadi maka sewenang-wenangnya mereka mempergunakan PKR untuk kepentingan peribadi dan pangkat semata-mata.

Untuk kepimpinan pusat PKR, perbaikilah PKR Sabah sebelum ianya tinggal sejarah. Rombaklah susunan majlis pimpinan negeri. kaji dan selidiki dahulu kebolehan mana-mana individu sebelum mereka dilantik menerajui majlis pimpinan negeri Sabah.

Jangan main tangkap muat atau berdasarkan pengalaman seseorang memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan sebelum ini. Kami ahli-ahli dari akar umbi PKR sayangkan PKR namun kami kecewa dengan pergolakan dalaman PKR Sabah sekarang ini.

Dr Jeffrey terlalu sibuk menggapai impian menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah dengan meraih sokongan dari Ketua-Ketua Bahagian Sabah tapi hakikatnya kebanyakan akar-umbi Bumiputra Islam masih belum mampu menerima anda sebagai peneraju utama PKR Sabah.

Perlu saya nyatakan disini, kebanyakan Ketua-Ketua Bahagian cuma 'Pak Angguk' dan 'Tukang Kipas' sahaja. They did it because they doesn't want their divisions to be disturbed by your so called 'secret-mission teams'. Most of the Ketua Bahagian has learnt from the past, never says NO, and you are safe !

Mempunyai kedudukan yang baik dalam PKR Pusat sebagai Naib Presiden PKR, adakah masih tidak mencukupi bagi Dr Jeffrey ? Mengapa dibiarkan rasa tamak dan haloba itu menguasai minda anda?

Biarkanlah suku Bumiputera Islam yang majoriti bilangan DUN di Sabah menerajui PKR Sabah. Percayalah sekiranya Dr Jeffrey masih berkeras untuk menguasai jawatan tersebut, PKR Sabah akan 'kebocoran bahtera' dan ibarat bidalan melayu, seperti Pak Kadok ayam menang tetapi kampung tergadai'.

Menang sebagai calon tetapi memudaratkan kerusi-kerusi Bumiputera Islam keseluruhannya. Saya percaya semua ahli-ahli PKR tidak mahu senario ini terjadi di Sabah.

KRISIS KEPIMPINAN PKR SABAH PDF Print E-mail


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

SEANDAINYA Azmin Ali mengetahui tentang adanya satu mesyuarat Ketua-Ketua Cabang PKR diadakan baru-baru ini di Kota Kinabalu, sekurang kurangnya dihadiri 7 orang Ketua Cabang PKR Sabah yang telah menyatakan hasrat mereka dengan sendirinya, di mana mereka mahukan Pengerusi Majlis Tertinggi Negeri PKR Sabah dipilih dari orang Sabah sendiri, apakah perspektif beliau ?

Sekiranya cadangan berkenaan boleh membantu PKR Sabah untuk menang dalam PRU13 kita fikir tujuan mereka haruslah dihormati. Kalau Majlis Tertinggi PKR Pusat berpendapat belum ada lagi pemimpin Sabah yang berkaliber untuk menguatkan PKR Sabah, teruskan memberi kepimpinan tapi keperluan kewangan untuk Cabang-Cabang PKR Sabah mestilah dipermudahkan.

Para pemimpin Cabang PKR Sabah jika sudah bersedia menjadi pemimpin PKR Sabah tanpa mengharapkan bantuan kewangan dari Pusat, mereka boleh memimpin PKR Sabah, janji PKR boleh menang dalam PRU13 akan datang. Saya tidak nampak mengapa hasrat mereka perlu dihalangi? Masalahnya sudah cukupkah kewangan Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah boleh berdikari atau berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan Pusat?

Mungkin Anwar beranggapan, seperti pengalamannya dalam PRU12 lalu, semua Ketua Cabang PKR Sabah bila PRU12 tiba, memberi jaminan kepada Dato Seri Anwar, Ketua Ketua Cabang atau calon-calon yang bukan Ketua Cabang yang menawarkan diri jadi calon mengakui yang mereka mempunyai wang pertaruhan dan belanja kempen yang cukup dan mereka mahu menjadi calon, walaupun mereka sebagai driver taxi dan penganggur terhormat tapi sanggup jadi calon PKR, walhal semua kalah banyak pula yang hilang deposit.

Kalau Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah yang mahu menjadi Pengerusi PKR Sabah mampu membiayai semua kos perbelanjaan untuk PKR Seluruh Sabah termasuk ongkos PRU, maka tidak ada sebab hajat Ketua Ketua Cabang itu tidak ditunaikan.

Ada dua cara yang boleh dibuat oleh PKR Pusat:-

a. Pertama serahkan semua kuasa perlantikan Pengerusi Majlis Tertinggi PKR Negeri kepada anak Sabah yang mampu membiayai kos PRU13 dan Ketua Ketua Cabang bertangggung jawab menjaga kawasan pilihanraya masing-masing dengan kos kewangan peribadi. Kalau tidak sanggup bagus letak jawatan.

b. Kedua, kalau Ketua-Ketua Cabang PKR keras kepala, gantung sahaja Cabang- Cabang PKR Sabah yang ada di kawasan tersebut dan lantik semula pemimpin yang berkemampuan kewangan untuk memimpin Cabang-Cabang PKR di Sabah.

Kita sedar perkara ini bukan mudah dibuat oleh PKR Pusat, tapi terpaksa. Walaupun akibatnya Ketua-Ketua Cabang dan orang penting dalam PKR Sabah akan keluar dari ahli PKR tetapi hakikatnya mereka Ketua-Ketua Cabang yang pernah menjadi calon PRU12 yang telah ditolak oleh pengundi patut berundur dan berikan kepercayaan kepada orang lain. Kalau mereka mengugut mahu keluar parti juga, biarkan 'satu keluar 10 orang masuk'.

Kalau PKR Pusat selalu menerima ugutan, kenapa tidak sesekali PKR Pusat sahut cabaran ugutan itu, banyak lagi pemimpin-pemimpin politik Sabah yang boleh mengganti mereka yang suka mengamalkan ugutan itu?

Kiranya PKR Pusat mahu tangani krisis kepimpinan PKR Sabah dengan cara diplomasi dan tolak ansur, maka ikuti sahaja kemahuan Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah dan memberi mereka kuasa melantik pengerusi yang dipilih oleh Ketua-Ketua Cabang dan bantu mereka dengan memberi kewangan sewa pejabat, gaji Setiausaha Kerja dan beri gaji kepada Pegawai Pegawai BIRO Penerangan mencari ahli-ahli dari kampung ke kampung.

Para Pemimpin PKR Pusat dan Ketua-Ketua Cabang PKR, zaman sekarang ini bukan lagi zaman 60-an dianggap seseorang itu berpengaruh kerana mereka bijak bercakap, bijak berceramah, bijak mengritik, kalau jumpa rakyat di kampung-kampung wang minyak kereta pun Ketua-Ketua Cabang keberatan untuk mengeluarkannya. Zaman ini tanpa wang anda bukan pemimpin.

Politik zaman sekarang ini, sebelum Ketua-Ketua Cabang PKR turun padang mahu buat ceramah di kampung-kampung, anda mestilah ‘ada kaki’ di kampung tersebut, dan satu ceramah tidak kurang RM2,000 untuk minuman ringan, untuk kemah, untuk sewa kerusi, sewa kawasan ceramah, sewa lori angkut kerusi pergi/balik dan gaji 10 orang kampung untuk panggil mereka dengar ceramah. Bukan senang jadi seorang Ketua Cabang kalau tidak ada wang.

Setiausaha Agung PKR Pusat dengan senang sahaja buat arahan rasmi dalam surat pekeliling arahkan Ketua-Ketua Cabang turun padang jumpa rakyat dan daftar ahli-ahli baru. Setiausaha Agung PKR Pusat tidak sedar yang Ketua-Ketua Cabang PKR di Sabah 90% menganggur tidak punya kerja dan tidak ada pendapatan tetap.

Kemampuan kewangan Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah boleh katakan tersangat sempit dan ada yang ZERO RM. Kalau begini lah kemampuan Ketua-Ketua Cabang PKR di Sabah maka PRU13, Musa Aman akan terbahak-bahak ketawa sekali lagi calon calon PKR akan dapat ZERO kerusi. Percayalah!.

Tuesday, August 11, 2009

KERUSI PAS DI SABAH WAJAR DI TINGKATKAN



Mungkin PKR, DAP dan SAPP akan menyangka dalam hati masing-masing bahawa PAS di Sabah tidak ada value, dengan perkataan LAIN, PAS tidak ada kualiti. Kalau bertanding pun sebagai calon dalam mana-mana kawasan PRU13 akan datang, PAS tetap akan hilang wang pertaruhan di Sabah.

Anggapan negatif para pemimpin PKR, DAP dan SAPP terhadap PAS itu, yang hanya nampak pengaruh PAS di kalangan ahli-ahli surau dan masjid sahaja. Inilah andaian ahli-ahli politik dan para pemimpin PKR, DAP dan SAPP yang tidak jauh pandangan politiknya, berfikiran ala katak
di bawah tempurung sahaja.

Padahal PAS di Semenanjung "Boleh mengalahkan atau memenangkan calon calon PKR dan DAP di tempat-tempat yang pengundi Islamnya 49%. dan PAS adalah pemegang tramp card Pilihan Raya Umum Nasional nanti.

Misalnya di kawasan 49% pengundi Islam di Semenanjung di semua Negeri, calon PKR atau DAP dan BN sangat memerlukan sokongan pengundi PAS. Percaya atau tidak di Semenanjung PAS boleh jadi keseimbangan kuasa politik "balancing of political power".

PAS boleh mengalahkan calon DAP dan PKR kalau tidak ada persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Jadi, jangan pandang sebelah mata dengan kewibawaan PAS dalam arena politik Malaysia. PAS adalah keseimbangan kuasa politik atau balancing of political power. Pemegang Tramp Card kemenangan komponen mana-mana parti politik.

Menyedari hakikat itu, hari ini, Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Rais Yatim macam gila talak nak pujuk Dato Hadi Awang untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan PAS. Walaupun pada dasarnya tujuan Dato Hadi Awang mengilhamkan idea itu, tapi Hadi Awang bertujuan "kalau nak burung dalam sangkar, mesti ambil dengan sangkar-sangkarnya sekali".

Bagi Najib, beliau sanggup lagi bersekutu dengan DAP dan PAS, namun PKR susah sangat nak ditelannya kerana ada Anwar Ibrahim di dalam PKR seteru politiknya sampai mati. Dengan apa cara pun sekali, kalau memangnya tidak dapat DAP, tapi PAS tetap menjadi pujaan kalbu Najib dan Muhyiddin. Pujukan demi pujukan telah menggoda Hadi Awang. Utusan sulit pun dihantar untuk merayu dan mendayu namun Tok Guru Hadi Awang tetap tegas dengan pendiriannya bahawa Anwar adalah cinta setia hidup semati bersama Pakatan Rakyat.

Dato Seri Najib tahu Tok Guru Nik Aziz orangnya terlalu keras dan liat untuk dimamah, tapi Najib gunakan jarumnya untuk memujuk Tok Guru Nik Aziz dan sanggup membawa beliau bersama-sama untuk turut kempen 1Malaysianya di Pekan Pahang baru-baru ini. Tok Guru Nik Aziz tahu lakonan filem Hindustan Najib, namun Tok Guru lebih pakar ilmuan lagi

"Melihat ikan di laut, sudah tahu jantan atau betina?". Cesss !! Muhyiddin pun buka langkah silat macam Hang Tuah Melayu, lantas menuduh Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu untuk jadikan isu Pilihan Raya Kecil di Permatang Pasir.

Jadi, DAP dan PKR di Sabah pun mesti faham-faham lah, betapa pentingnya peranan PAS di Semenanjung? Kalau PKR dan DAP cuba main kayu tiga dengan PAS di Sabah maka PAS di Semenanjung juga pakar "bikin wayang" dalam filem Kerajaan Perpaduan pujaan hati Najib dan Muhyiddin. Di Sabah PKR dan DAP lagi sakit kepala. Azmin Ali pun bisa kena jantungan nanti.

Jangan sekali, PAS dibuat macam anak tiri Pakatan Rakyat di Sabah. Jangan fikir Tiga Timbalan Timbalan dan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Anwar tidak gulungkan tikar? Begitu juga DAP, Kit Siang pun akan kasi gulung tikar juga dengan orang kanannya di Sabah. Jangan main-main dengan politik PAS, PAS pun pandai main politik "Kill or to be killed" juga.

Anwar dan Kit Siang pun tentu sekali tidak mahu beri layanan buruk kepada PAS di Sabah, kerana akibatnya Pakatan Rakyat di Semenanjung akan terima tempiasnya "Yang dikandung berciciran yang dikejar tidak dapat".

Cukup dan cukup lah, apa yang PAS sudah terima layanan buruk dari PKR Sabah dalam PRU12 dulu? cuma bagi 2 kerusi DUN Sabah sahaja, itu pun di Ulu Kinabatangan dan Merotai.

Senario politik hari ini "Jangan main-main lagi dengan PAS Sabah" 1Malaysia PAS akan pertahankan hak PAS di Sabah. Najib pun sudah mulai nampak "main-main mata dengan PAS Sabah" tapi Hadi Awang belum minat lagi nak bercinta gelap dengan UMNO. Mesti mahu INGAT PKR dan DAP, esok PAS pun masih ada. Dunia belum kiamat lagi.

OLEH: HALIK ZAMAN

Sunday, July 26, 2009

BUKAN 1,000 TETAPI HANYA 10 ORANG?

UMNO Silam yang masih berkemelut semakin kehilangan pengaruh akibat perpecahan dalaman parti itu kerana gagal mendapat sokongan seorang wakil rakyat dan seorang ahli Parlimen daripada bahagian tersebut sehingga tergamak membuat dakyah palsu kononnya 1,000 orang ahli PKR Silam menyertai UMNO.

"Siapa Hassan Melempeng? Dia seorang desperado dan tidak langsung mempunyai pengaruh dan merupakan katak politik yang mudah diternak oleh mana-mana parti. Dakwaan 1,000 orang ahli PKR hanyalah cerita dongeng yang direka oleh Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur," ujar Ketua Bahagian (Cabang) PKR Silam, Johani Abdul Halim.

Menurut Johani, beliau sentiasa memantau pergerakan Hassan dan ketika Majlis Makan Malam di Dewan Tun Mustapha baru-baru ini, beberapa ahli dan AJK PKR turut diundang dan mereka diperangkap dengan pengumuman terbuka Hassan dan isterinya, Che Sitti Sarina Che Ismail sehingga menyebabkan AJK dan ahli PKR yang turut serta tertipu.

"Hassan pernah memujuk saya menyertai UMNO apabila kami tidak terpilih pada pilhanraya umum 2008, namun saya kekal dengan prinsip perjuangan PKR," ujar Johani lagi yang merupakan Mantan AJK Bahagian UMNO Silam selama tiga penggal dan pernah menjadi Pengarah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO Silam sebelum menyertai PKR pada Julai 2005.

Kata Johani, sebenarnya UMNO hanya sesuai untuk pendatang asing tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek yang ditaja UMNO dan tidak sesuai bagi rakyat Sabah yang cintakan negara ini.

Oleh itu kata Johani, beliau mengucapkan selamat berangkat kepada Hassan suami isteri dan beberapa AJK yang terpengaruh dengan janji palsu Nasrun.

"Jika enam jiran keluarga Tiong Hua hidup dalam kemelaratan di belakang rumahnya, bagaimana Nasrun boleh membela Hassan dan ahli UMNO yang gilakan projek kecil?," ujar Johani yang menekankan bahawa Angkatan Muda PKR telah membuat laporan polis dan SPRM terhadap Nasrun yang telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian memberi projek kecil kepada Ketua Cawangan UMNO dan kroninya.

Sehubungan itu, Johani berharap agar Ahli PKR dan Pucuk Pimpinan PKR Pusat tidak gelisah kerana hanya sepuluh orang sahaja yang menyertai UMNO dan bukannya 1,000 seperti yang digembar-gemburkan oleh Nasrun dan tergelak besar ketika menunjukkan simbol 1 kosong menggunakan jari kedua belah tangannya.

Johani turut menggesa SPRM agar menyiasat amalan politik wang yang diamalkan Nasrun yang didakwa melesapkan lebih RM850,000 daripada peruntuk ahli parlimen untuk menanam pengaruh politiknya dengan memberikan lebih 37 projek kecil kepada Ketua Cawangan dan kroninya.

"Jika Nasrun boleh membeli perwakilan UMNO, adalah tidak hairan jika beliau juga membuat tawaran projek kecil dan biasiswa untuk anak tiri Hassan," ujar Johani yang telah mengenalpasti 10 orang ahli PKR yang menyertai UMNO.

Mereka ini kata Johani telah dijanjikan projek kecil termasuk rumah PPRT oleh Nasrun sebagai imbalan kemasukan mereka ke dalam UMNO.

Johani menegaskan beliau tidak hairan dengan amalan politik katak Hassan kerana sebelum ini beliau meninggalkan UMNO masuk PBS tetapi mengekalkan keahlian di dalam UMNO cawangan Kampung Berigas, kemudian apabila bertanding sebagai Calon Bebas 2004, dipecat seumur hidup oleh Lembaga Disiplin UMNO.

"Kini dia masuk UMNO balik. Apa nak hairan? Tapi bagaimana UMNO boleh terima ahli yang dipecat seumur hidup?," tanya Johani yang meminta ahli PKR bertenang dengan ribut dalam cawan di Silam.

Johani berkata beliau agak hairan dengan sikap YB Papantanda (Billboard) iaitu Nasrun yang hanya mencari populariti dengan menumpang glamor Ketua Menteri Sabah di sepuluh billboard yang tidak ditukar selama hampir setahun dan tidak mempedulikan kebajikan ahli UMNO yang hampir kesemuanya adalah miskin tegar.

"Jika 36 cawangan UMNO Silam enggan bermesyuarat dan tidak menghantar wakil ke Persidangan Agung UMNO Silam hari ini, bagaimana Hassan dan kumpulannya boleh mempercayai Nasrun?," tanya Johani yang masak dengan politik kampungan Nasrun yang bertenggek di sebalik jawatannya sebagai Pembantu Menteri yang kini ghairah untuk melobi jawatan Pengerusi Barisan Nasional Silam.


BERNAMA : Kira-kira 1,000 anggota PKR bahagian Silam sertai Umno

LAHAD DATU: Kira-kira 1,000 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Silam, termasuk Exco Wanita Pusat PKR Siti Sarina Che Ismail, keluar beramairamai meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno.

Penyertaan beramairamai bekas anggota PKR ke dalam Umno dibuat di sini malam ini diketuai oleh bekas anggota jawatankuasa perhubungan PKR negeri Sabah yang juga bekas ketua PKR Bahagian Silam, Hassan Malempeng.

Mereka bersamasama 23 orang bekas ketua cawangan PKR menyerahkan borang penyertaan masingmasing kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Hassan ketika ditemui berkata beliau dan rakanrakannya meninggalkan PKR secara sukarela selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan PKR yang tidak jelas, sebaliknya mereka yakin terhadap perubahan kepimpinan baru Umno.

"Saya yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan '1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.' Sebenarnya inilah yang dimahukan rakyat. "Jadi sebagai rakyat, saya bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada Najib melaksanakan apa juga yang diilhamkannya.

Sebenarnya sejak dahulu saya menyokong perjuangan Umno. Saya meninggalkan Umno dahulu kerana kepimpinannya yang tidak mendengar pandangan akarakar umbi," katanya.

Beliau berkata setelah melihat perubahan kepimpinan Umno sama ada di peringkat bahagian ataupun di peringkat tertinggi, keyakinan beliau muncul semula untuk berjuang bersama rakanrakan dalam Umno.

Hassan berkata beliau sukar untuk menjelaskan perjuangan sebenar PKR dalam pakatan pembangkang yang tidak jelas, terutamanya berhubung siapakah sebenarnya tunggak utama dalam pakatan berkenaan.

Sementara itu, Siti Sarina, 48, pula berkata perjuangan PKR sekarang tidak lagi jelas dan seolaholah bukan lagi parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan bumiputera.

"Saya benar-benar yakin dengan pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri berbanding pakatan pembangkang yang masih kucarkacir dan saling bertelagah antara satu dengan yang lain," katanya. BERNAMA