JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label MUHYIDDIN YASIN. Show all posts
Showing posts with label MUHYIDDIN YASIN. Show all posts

Friday, July 16, 2010

4 Adun Umno Boikot Muhyiddin Yassin ?

Timbalan Presiden Umno,Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi orang terawal mendesak bekas bosnya, Abdullah Ahmad Badawai agar segera berundur dari kerusi Perdana Menteri, hari ini menerima nasib memalukan apabila empat Adun Umno di Terengganu memboikot kehadirannya di negeri itu sebentar tadi.

Muhyiddin yang sejak beberapa hari lalu memanipulasi isu kerjasama-Umno PAS kononnya untuk kepentingan Islam dan Melayu dimalukan dalam majlis itu dalam keadaan kononnya Umno Terengganu sudah bersatu sepertimana yang dipropagandakan oleh Sepupu Najib, Hishamuddin Hussien beberapa hari lalu.

Muhyiddin yang sebelum ini cuba memutarbelitkan isu pasir di Selangor dan pada masa yang sama enggan bekerjasam dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat melahirkan kekecewaannya secara terbuka di majlis itu sepertimana dilaporkan Bernama hari ini.

Dalam isu pasir, Muhyiddin sebenarnya menunjukkan kebodohannya apabila menolak untuk bersama-sama membanteras isu itu walaupun belum pun membaca kandungan surat yang dihantar oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebagaimana Muhyiddin sejak beberapa minggu ini mensabotaj orang lain, hari ini beliau mendapat balasan setimpal apabila Timbalan Presiden Umno itu diboikot oleh wakil rakyatnya sendiri yang juga Adun Umno, bukan seeekor tetapi empat orang.

Nampak gaya, bukan sahaja bangunan runtuh di Terengganu, tetapi juag Umno bakal runtuh dan tersungkur di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

di bawah ini adalah laporan dari bernama sebentar tadi.



SETIU, 16 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan anggota UMNO supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.


Timbalan Presiden UMNO itu berkata perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sebut ini bukan sahaja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Setiu, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Anggota Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusuh.


Bagaimanapun, empat wakil rakyat kawasan Setiu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, Abd Halim Jusoh (ADUN) Permaisuri, Asha'ari Idris (ADUN Langkap) dan Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) tidak hadir pada majlis tersebut.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan empat wakil rakyat itu hadir pada majlis penting seumpama itu.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai Timbalan Presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya.

"Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota UMNO sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.

-- BERNAMA

Monday, August 17, 2009

MUHYIDDIN CEMAS DI SABAH ???

KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) -- Helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pendaratan biasa di Tuaran akibat cuaca buruk dan bukan pendaratan cemas seperti dilaporkan sebelum ini.

Pegawai Perhubungan Raya Kementerian Pertahanan cawangan Sabah, Kapten Masrina Jamaludin berkata pada ketika itu keadaan cuaca buruk "di mana hujan lebat dan ribut petir berlaku".

Sehubungan itu, katanya Panglima 2 Divisyen Udara, Brig Jen Datuk Khairul Bakri Mustaffa mahu laporan awal itu diperbetulkan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Keadaan sebenar ialah pendaratan Nuri itu adalah berikutan cuaca buruk yang menyebabkan pesawat mendarat di Impian Jadi Resort, Tuaran," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Selain Muhyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Menurut Ainon, sebelum kejadian mereka berlepas dari Kudat pada 1.45 tengah hari selepas Muhyiddin merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kudat, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ainon berkata ekoran kejadian itu Muhyiddin terpaksa membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Penampang dan meminta agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mewakili beliau.

Beliau berkata Muhyiddin kemudian menaiki kereta menuju ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.-- BERNAMA

Helikopter bawa Muhyiddin buat pendaratan cemas di Tuaran

KOTA KINABALU: Helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Bagaiamanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut Ainon sebelum kejadian mereka berlepas dari Kudat pada 1.45 tengah hari selepas Muhyiddin merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kudat, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

"Selepas itu beliau sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula," kata Ainon kepada Bernama di sini.

Ainon berkata kira-kira 45 minit selepas berlepas, cuaca buruk melanda dan helikoper yang mereka naiki terpaksa membuat pendaratan cemas berdekatan pusat peranginan Impian Jadi di Tuaran kira-kira 45 km dari sini.

Ainon berkata ekoran kejadian itu Muhyiddin terpaksa membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Penampang dan meminta agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mewakili beliau.

Beliau berkata Muhyiddin kemudian menaiki kereta menuju ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata beliau bersyukur kerana semua yang berada dalam helikopter itu terselamat dan tidak cedera.

"Saya okay.. tiada ada-apa yang berlaku," katanya sambil mengakui ini merupakan pertama kali beliau mengalami saat-saat getir pendaratan cemas.

Mengulas tindakan juruterbang, Muhyiddin berkata " Saya fikir beliau (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul (mendarat cemas) kerana cuaca buruk pada ketika itu. BERNAMA

Juruterbang terbunuh pesawat ringan terhempas
PASUKAN bomba memeriksa pesawat ringan yang terhempas di Taiping, Perak hari ini yang mengorbankan juruterbang pesawat warga United Kingdom, Michael Robert Dacre, 53.--fotoSIN CHEW DAILY

TAIPING: Seorang warga asing terbunuh apabila pesawat ringan yang sedang diujipandu terhempas dan terbakar ketika baru berlepas di landasan terbang Tekah, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Syed Abdul Wahab Abdul Majid berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu dikenali sebagai Michael Robert Dacre, 53, berasal dari United Kingdom.

Mangsa yang mengalami cedera parah selain melecur, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini.

Syed Abdul Wahab berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu sendirian dikatakan melakukan ujian ke atas pesawat yang baru dipasang oleh syarikat AVCEN yang berpangkalan di United Kingdom.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohd Sobri Abdullah berkata ketika kejadian anggota bomba telah ditempatkan di lapangan terbang tersebut pada pukul 8.30 pagi atas permintaan daripada Syarikat Patimas Technology Centre yang dipercayai pemilik pesawat terbabit.

Katanya ketika pesawat tersebut berada kira-kira 200 meter di ruang udara, tiba-tiba pesawat tersebut menjunam ke bawah dan terhempas lalu terbakar.

Seramai 18 anggota bomba dengan tiga jentera yang berada di situ dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran sebelum mangsa dikeluarkan, kata Mohd Sobri.

Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat bagi mengetahui punca kejadian. BERNAMA