JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Thursday, December 8, 2011
Majoriti Anak Muda Sokong Najib, So bubarlah Parlimen segera
12:36PM Dis 8, 2011
Golongan belia Malaysia daripada enam kumpulan minoriti - India Muslim, Portugis, Baba Nyonya, Orang Asli, Siam, dan Chetti - menerima dengan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendekatan mesra rakyatnya.
Ini adalah penemuan kajian julung kali yang dijalankan oleh Ahli Antropologi Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Sarjit Singh Gill untuk menilai pengetahuan politik dan kecenderungan politik golongan minoriti ini.
Kajian mengenai Persepsi dan Penerimaan Belia Minoriti Terhadap Parti Pemerintah ini juga mendedahkan bahawa golongan minoriti ini yang mewakili 8 peratus daripada jumlah penduduk seramai 28 juta mengikuti dengan teliti perkembangan politik di negara walaupun mereka tidak terbabit dengan aktif dalam arus perdana politik.
Sejumlah 54.2 peratus daripada responden dalam kajian ini memilih Najib sebagai orang yang paling sesuai memegang jawatan Perdana Menteri berbanding ketua defacto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.
Tinjauan Sarjit juga mendapati purata 82 peratus daripada 850 responden akan mengundi Barisan National (BN) dalam pilihan raya akan datang kecuali sebilangan besar belia Baba Nyonya yang memilih PKR.
"Undi minoriti pasti bermakna pada Pilihan Raya Umum ke-13 khasnya memandangkan 66.5 peratus daripada responden adalah pengundi berdaftar dengan 53.1 peratus daripada mereka mengundi pada pilihan raya lepas," kata Sarjit mengenai kumpulan minoriti itu yang tidak menerima perhatian dalam arena politik negara sehingga Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan BN tewas teruk di
beberapa negeri.
Peralihan selera
Hasil kajian ini adalah petanda baik bagi Najib dan BN serta selaras dengan penemuan satu lagi kajian persepsi terhadap Najib sebelum ini yang dijalankan oleh seorang lagi anggota akademik Professor Datuk Dr Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kajian dalam kalangan pengundi kumpulan etnik utama dengan penemuannya yang diterbitkan pada bulan lepas menunjukkan bahawa populariti Najib terus meningkat sejak 2009.
Penyelidikan dua tahun ini dalam kalangan masyarakat minoriti berusia 17-40 ini dibiayai melalui geran universiti penyelidikan UPM dengan kajian lapangan dijalankan dari Jun hingga Julai 2011 di Semenanjung.
kesedaran politik
Sarjit, yang juga ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan di bawah Fakulti Ekologi Manusia UPM, berkata golongan minoriti ini mempunyai aspirasi politik tersendiri tetapi menghadapi masalah dalam menyertai mana-mana parti politik di negara ini kerana sistem politik yang berlandaskan kaum.
"Masyarakat Baba Nyonya berpendapat mereka lebih dekat dengan masyarakat Cina tetapi tidak dapat sertai MCA, begitu juga masyarakat Chetti yang rasa mereka lebih dekat dengan masyarakat India tetapi oleh kerana mereka bukan sebahagian daripada kumpulan etnik yang lebih besar itu mereka dipandang sepi oleh parti-parti ini," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, peratusan signifikan belia India Muslim (67.6 peratus), Portugis (41.8 peratus), Orang Asli (74.2 peratus), Siam (76.7 peratus) menunjukkan minat untuk menyertai Umno sementara belia Baba Nyonya pula memilih MCA (25.6 peratus), DAP (16.3 peratus) dan PKR (11.6 peratus) dengan satu lagi bahagian signifikan tidak menunjukkan minat dengan mana-mana parti (46.5 peratus). Belia Chetti pula memilih MIC (56.8 peratus) tetapi mengeluh yang parti itu tidak menghiraukan mereka.
Satu lagi penemuan menarik adalah bilangan besar belia daripada masyarakat minoriti ini kecuali daripada masyarakat India Muslim, bergantung kepada media tradisional seperti akhbar dan televisyen dan bukan media alternatif seperti Internet dalam mengikuti perkembangan politik semasa.
Mereka juga mempunyai pengetahuan baik akan Malaysia, politik semasa dan pilihan raya dan pada amnya mempunyai persepsi yang agak baik terhadap BN dan dasar-dasar kerajaan.
Calon pilihan mereka juga berbeza mengikut agama, negeri dan ideologi politik kecuali bagi Baba Nyonya yang mahu calon daripada kaum mereka, dengan kepercayaan mereka dan dari negeri mereka.
Dr Mahathir masih disegani
Seperti kajian Dr Syed Arabi sebelum ini, Sarjit juga menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menanda aras pilihan pengundi dan jelas sekali mantan Perdana Menteri itu masih disegani dengan 28.7 peratus daripada responden menamakan beliau sebagai calon paling sesuai selepas Najib untuk jawatan Perdana Menteri.
Selain itu, Sarjit berpendapat oleh kerana penghormatan tinggi terhadap Dr Mahathir, mereka memilih anak beliau Datuk Mukriz Tun Mahathir sebagai pemimpin belia yang disegani (58.7 peratus).
Mukriz mendahului senarai dan ia disusuli dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda MCA Datuk Ir Wee Ka Siong, Naib Ketua Umno Datuk Razali Ibrahim, Gobind Singh Deo dari DAP, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda MIC T. Mohan kesemuanya mencatatkan kurang 10 peratus.
Sarjit juga menunjukkan golongan minoriti, kecuali Orang Asli dan Portugis, merasa mereka dipinggirkan oleh kerajaan selama ini dan buktinya adalah sehingga ini tiada pihak atau jawatankuasa yang diwujudkan untuk menjaga hal ehwal India Muslim, Chetti dan Baba Nyonya di kebanyakan negeri.
Walaupun kumpulan minoriti ini dipandang sepi oleh kumpulan etnik yang lebih besar, mereka mungkin menjadi penentu pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang diwar-warkan pada suku pertama 2012.- Bernama
=====================================================================================
Zentrum: Orang muda lebih sokong BN
Salhan K Ahmad
11:16AM Dis 9, 2011
BN mendahului Pakatan Rakyat sekurang-kurangnnya tiga peratus dalam persaingan untuk mendapatkan sokongan anak muda dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut institut kajian Zentrum Future Studies.
NONEPengasas institut kajian itu, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebahagian besar sokongan itu diraih dari kalangan anak muda golongan Cina.
"Jumlah kaum muda dalam demografi SPR adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 hingga 92 peratus menyokong Pakatan," katanya dalam wacana perdana pilihan raya umum ke-13 di Kota Bharu malam tadi.
Katanya lagi, sokongan di kalangan masyarakat Cina terhadap Pakatan, tanpa mengikut gender dan umur dianggarkan pada kadar 82 hingga 88 peratus.
Bagi pengundi Melayu pula, ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus, untuk memberi kelebihan sokongan 3 hingga 5 peratus kepada BN.
Bagaimanapun, ia mungkin berubah pada saat-saat terakhir pilihan raya kerana golongan muda itu disifatkannya lebih berhati-hati dan lebih cakna kepada isu.
"Bermaksud, Pakatan mampu memecut dan bentuk keseimbangan akibat sokongan kaum Melayu," katanya lagi.
NONEMenjelaskan bacaannya itu, Abu Hassan (tengah) berkata kaum muda Melayu lebih dekat dengan budaya popular manakala masyarakat Cina lebih dekat dengan isu-su ekonomi.
Oleh itu isu rasuah dan penyelewengan seperti yang dikaitkan dengan National Feedlot Corporation (NFC) juga akan memberi impak yang besar kepada komuniti Melayu, tambahnya.
Ditemui selepas program anjuran kerajaan negeri Kelantan itu berakhir lewat malam tadi, Abu Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan butiran kajian berkenaan kerana ia masih belum diterbitkan.
Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut memberikan pandangannya bahawa 60 peratus daripada kira-kira seramai tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap kepada isu-isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.
Perkara yang ditimbang oleh golongan ini melibatkan isu kebajikan – keadaan ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.
Sementara itu, wakil BN di wacana berkenaan, Datuk Saifuddin Abdullah pula tetap yakin bahawa parti itu akan meraih sokongan daripada pengundi atas pagar.
Katanya, BN telah berjaya memujuk pengundi yang memberikan undi protes dalam pilihan raya 2008 dan parti itu juga telah menyedari "realiti politik baru" yang perlu diharungi dalam pilihan raya umum akan datang.
Timbalan menteri pengajian tinggi itu turut menyenaraikan usaha-usaha yang dijalankan parti pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan bahawa BN telahpun sedar, termasuk kempen 1Malaysia dan juga program transformasi yang dicanang.
NONEBeliau turut mengulangi pandangan bahawa mood pengundi dalam 18 pilihan raya kecil juga telah berubah pada saat akhir.
Mengulas data yang dikemukakan Zentrum, seorang lagi ahli panel, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution pula berkata parti itu terbuka dalam menerima apa juga kajian dan akan menggunakannya dalam menghadapi pilihan raya.
"Kita tidak amalkan sindrom penafian," katanya yang mengambil data berkenaan sebagai cabaran kepada parti untuk memperbaiki peluangnya.
Beliau juga menerima bacaan daripada pelbagai sumber lain, namun apa yang lebih penting bagi PKR adalah sistem audit dalam parti.
Audit berkenaan akan memberi gambaran sebenar kepada kekuatan parti dan masalah yang dihadapinya, katanya lagi ketika ditemui selepas program di Balai Islam, Lundang itu berakhir lewat malam semalam.
Seorang lagi ahli panel yang turut mengambil bahagian dalam wacana yang disiarkan secara langsung melalui saluran web mykelantan.tv itu ialah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat.
Wednesday, December 7, 2011
Lagi media Najib promosikan dirinya di luar negara
Worldview Broadcasting Channel (WBC), satu saluran berita televisyen tempatan baharu yang akan memulakan operasi April tahun depan kini membuat siaran ujian di Lembah Klang sejak 1 Dis lalu.Menurut satu kenyataan Worldview Broadcasting Channel (M) Sdn Bhd, ujian siaran itu adalah dari pukul 7 petang hingga 10 malam dan boleh diikuti menerusi frekunesi UHF Saluran 39 pada 615.25 megahertz dengan siaran program majalah serta dokumentari tempatan dan asing.
Kandungan utama stesen televisyen itu adalah 70 peratus liputan berita antarabangsa manakala bakinya adalah pelbagai program meliputi hal ehwal semasa dan dokumentari.
"Penonton WBC boleh mengikuti laporan berita yang disiarkan secara langsung dari beberapa lokasi di seluruh dunia yang disampaikan mengikuti perspektif Malaysia dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Arab," demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut pendekatan WBC untuk mempelbagaikan sumber berita menerusi kerjasama dengan stesen televisyen berita dan hal ehwal semasa seluruh dunia akan memberikan penonton pengalaman baru menonton siaran berita.Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.wbcchannel.tv, menurut kenyataan itu.
Monday, November 28, 2011
Najib bimbang, dirinya senasib rejim Mubarak
Nigel Aw
12:40PM Nov 28, 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.
"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.
"Tetapi tidak kira betapa berjayanya kita atau begitu banyak kejayaan di negara ini kerana usaha kita, landskap hari ini berbeza. Rakyat dan pengundi hari ini mahu mengetahui tentang hari ini dan masa depan," katanya semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kualz Lumpur.
Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.
"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."
Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi.
justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.
Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.
"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.
"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya.
Thursday, August 25, 2011
Jadual-jadual Najib menjelang PRU
Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat yang jelas kepada Kabinetnya bahawa pilihan raya umum semakin dekat sambil berkata, beliau mahu bertemu dengan rakyat setiap hujung minggu - Jumaat hingga Ahad mulai bulan depan.
Perdana Menteri (gambar) menegaskan mahu berbuat demikian selepas sambutan Aidilfitri dan menilai persekitaran landskap politik semasa.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib mahu Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya, yang kemungkinan diadakan bila-bila masa dalam tempoh enam bulan ini meskipun kebimbangan besar ialah beberapa bahagian masih belum bergerak sebagaimana diharapkan.
“Perdana Menteri memberitahu Kabinet bahawa jadual beliau mudah. Isnin hingga Jumaat di pejabat, Khamis kerja politik dan Jumaat hingga Ahad di lapangan untuk bertemu dengan orang ramai dan mendapatkan maklum balas,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan mesyuarat majlis ekonomi setiap Isnin dan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu.
Difahamkan beliau tidak akan menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Perth, Australia mulai 28 hingga 30 Oktober ini.
Kini, beliau memfokus soal ekonomi selain memberi bonus dan bayaran khas kepada kakitangan awam, peneroka Felda dan orang miskin selain menyentuh soal aliran masuk pelaburan menerusi Program Transformasi Ekonomi di bawah Model Baru Ekonomi - dalam usaha memikat pengundi-pengundi atas pagar ke arah BN.
Bagaimanapun tindakan keras pihak berkuasa ke atas gerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0 bulan lalu telah menjejaskan imejnya, memaksa beliau melakukan pembetulan termasuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen lima bulan kemudian.
Pun begitu katanya, pilihan raya umum boleh diadakan ketika jawatankuasa itu masih bersidang.
Momentum persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula sudah memesan peti undi dan mendapatkan maklumat mengenai penggunaan sekolah sebagai pusat pengundian November ini.
Pemimpin-pemimpin BN mula meninjau beberapa negeri sejak awal 2011 selepas Najib memberitahu partinya, Umno bahawa beliau akan mengunjungi setiap negeri bersama timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menilai fikiran rakyat bagi mendapatkan mandat baru.
Najib menjadi perdana menteri pada April 2009 dan mandat semasa berakhir April 2013.
Terdapat tekanan dari dalam partinya dan komponen perikatan agar memastikan BN memperoleh dua pertiga kerusi di Parlimen dan mendapatkan balik beberapa negeri yang ia kalah pada Mac 2008.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan, kepimpinan BN bimbang dengan 40 kerusi persekutuan yang disandang oleh perikatan itu memandangkan jentera peringkat bawah belum bergerak dalam mendaftar pengundi-pengundi baru ataupun mengadakan kempen.
“Mereka belum bergerak lagi. Dan, pemimpin-pemimpin bimbang kerana ia akan mengambil masa enam bulan khususnya dalam memperkenalkan muka-muka baru,” katanya.TMI-
Sunday, July 4, 2010
PRIMA DONA BIRU KALAH

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.
Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".
"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite UMNO dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?."Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pekan di sini.
Friday, August 14, 2009
BILA MENTERI SOKONG I.S.A
Namun pada 11 Ogos lalu, saya tergerak untuk mengikuti syarahan perdana Naib Canselor, Prof Dr Zaini Ujang, bertajuk Universiti, Kreativiti, Inovasi. Dan memang berbaloi saya mengorbankan 'waktu tidur petang' selepas menyiapkan deadline Harakah.
Zaini, 43, naib canselor termuda, merupakan teman lama sewaktu aktif dalam gerakan pelajar sekitar 1984-86. Walaupun tidak berkesempatan menyerlahkan sepenuhnya daya kepimpinan beliau sewaktu menggerakkan Persatuan Mahasiswa UTM, bakat alam Zaini cukup terserlah.
Intipati syarahannya pada petang Selasa itu mengingatkan saya idealisme Zaini yang tidak pernah pudar. Tanggapannya terhadap konsep universiti, budaya ilmu dan tugas kesarjanaan kekal segar.
Ini tidak menghairankan; Zaini dikenali sejak mahasiswa sebagai ulat buku, pencinta ilmu, yang kemudiannya penulis prolifik yang memenatkan para editor di Penerbit UTM Press!
Bayangkan untuk tahun ini sahaja sudah enam judul bukunya diterbitkan.
Antara lain Zaini mengungkapkan senario semasa yang perlu diubah: "... betapa menjadi pensyarah tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia ... Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, 'kegilaan membaca dan menulis' dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.
"Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan isu semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Kalaupun ada jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan segala macam syarat dan perkiraan supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. Akhirnya aktiviti kampus yang sepatutnya meriah ilmu menjadi hambar dan lesu ..."
Walaupun kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah adalah untuk merasmikan majlis syarahan perdana itu, namun ucapannya juga menggugah pemikiran dan mencetuskan minat audien.
Agak lama tidak mendengar pak menteri bercakap dengan nada dan lenggok Saifuddin, terutama selepas Anwar Ibrahim dipecat. Kupasannya tentang dunia ilmu nampak original dan selari dengan Zaini.
Lebih dari itu, secara peribadi saya melihat Saifuddin mempunyai 'keberanian' tersendiri khususnya apabila membicarakan soal idealisme mahasiswa dan kaitan dengan dunia politik.
Dalam satu program Astro Awani, Saifuddin ditanya hal pembabitan mahasiswa dengan pergolakan semasa. Timbalan menteri dalam jawapannya banyak memberi ruang buat pelajar untuk bereksperimen. "Biar mahasiswa menentukan diri mereka sendiri," begitulah antara yang beliau sering tekankan.
Dari sudut ini, saya kira, jalur pemikiran Saifuddin nyata berbeza dengan rakan-rakannya dalam Umno dan kerajaan. Malah ketika menyampaikan ucaptama dalam kongres anjuran Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 8 Ogos lalu, beliau dilaporkan memuji penganjurnya kerana lantang berjuang supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda.
Dalam sidang media selepas itu, Saifuddin berkata, selepas pindaan Auku, mahasiswa boleh terlibat lebih banyak dalam politik.
Ditanya sama ada kementeriannya telah mengenal pasti mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi anti-ISA, 1 Ogos, Saifuddin hanya menjawab "tidak ada". Lebih menarik apabila beliau menyoalnya kembali: "Apa masalahnya dia hendak demonstrasi?"
Saifuddin dan Zaini mungkin dilihat sebagai watak-watak baru yang diharap berupaya memecahkan kongkongan lapuk di kampus-kampus, yang sekian lama menderita terpasung.
Malangnya lebih ramai pentadbir universiti, apatah lagi golongan penguasa, yang terus terikat dengan pendekatan kuno, dan meletakkan warga kampus dalam penjara terbuka.
Moga-moga dua anak muda ini, yang rasanya rapat secara peribadi dengan Perdana Menteri, berjaya menggapai impian mereka meskipun saya masih sangsi Najib Razak akan membuka ruang selesa buat mereka.
Tuesday, August 11, 2009
REPLIKA NAJIB
Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.
Ahli jawatankuasa kuil itu N Sivakumar bagaimanapun menjelaskan bahawa
replika Datuk Seri Najib Razak diturunkan selepas tamat festival tiga hari itu.
Kunjungan Malaysiakini pagi ini di kuil Sri Mariaman mendapati papan-papan lapis yang digunakan untuk mempotretkan imej Najib disusun tidak jauh dari kaki struktur besi penyangga replika tersebut.
Sebelum ini, replika Najib berwajah tanpa senyuman yang sedang mengangkat tangan kanannya, sementara tangan kirinya di belakang, didirikan di hadapan pintu masuk kuil berkenaan.
Ia terletak kira-kira 50 meter dari patung Dewa Muruga berwarna emas yang menjadi mercu tanda destinasi tumpuan pelancong itu.
Imej berketinggian kira-kira 10 meter itu memaparkan imej Najib berkemeja oren – warna yang dikaitkan dengan pertubuhan Hindraf – dan berseluar hitam dalam keadaan seolah-olah sedang melangkah.
Sivakumar, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata bahawa pembinaan replika itu bagi meraikan kedatangan Najib di situ yang dijadikan tapak festival "Satu Malaysia" yang tamat kelmarin setelah 30 tahun kompleks kuil itu tidak dikunjungi oleh perdana menteri.
Ia juga dibina bagi menandakan sokongan terhadap gagasan Najib itu, tambahnya.
"Ia sebahagian daripada sambutan terhadap perdana menteri. Kita juga mahu menunjukkan sokongan terhadap konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya," katanya.
Jelasnya lagi, wang itu disumbang oleh masyarakat sekitar dan peniaga di kawasan kompleks tersebut.
Festival yang julung kali diadakan akan diraikan secara tahunan memandangkan sambutan menggalakkan, sehingga 10,000 orang, daripada masyarakat pelbagai kaum, tambah Sivakumar.
Pesta tersebut dimeriahkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, pertunjukan bunga api dan gerai jualan.
Ketika kunjungannya Sabtu lalu, Najib turut diperdengarkan lagu tema slogan perdana menteri itu dalam irama hip hop dan R&B buat pertama kalinya.
Lagu berbahasa Inggeris bertajuk "One Malaysia, Living Harmony" itu dihasilkan tiga remaja India, V Vishal dan pasangan kembar, K Rashmika dan K Raanita.
Wednesday, July 29, 2009
NAJIB BAYAR 20JUTA KEPADA MEDIA YAHUDI ???

Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Anco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.
Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN (media pro yahudi).
Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.
Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.
Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.
Apco Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM. Sila klik sini untuk melawat rangkaian pejabat Apco di Tel Aviv.
Apco dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..
Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..
Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.
Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.
Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.
cheGuBard sudah pun menulis sebelum ini mengenai perkara ini. sila baca petikan di bawah.
petikan di atas ialah dalam tulisan antara Chin Peng dan Henry Gurny untuk baca lanjut sila klik sini.Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.
CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )
Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)
EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)
http://chegubard.blogspot.com/
Thursday, July 23, 2009
HAPPY BIRTHDAY NAJIB - MIC

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dan setiausaha agung parti itu Datuk Dr S.Subramaniam pada Rabu mengucapkan selamat hari jadi ke-56 kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang disambut esok (23 JULAI 2009).
Mereka berharap Perdana Menteri akan dianugerahkan kekuatan dalam usaha beliau menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini menerusi konsep "1Malaysia".
"MIC akan tetap memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada Datuk Seri Najib. Semoga panjang usia dan teruskanlah misi membangunkan Malaysia," kata mereka dalam satu kenyataan di sini.
Samy Vellu dan Subramaniam juga berkata rakyat telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap inisiatif Perdana Menteri dalam menangani pelbagai isu.
Kedua-dia pemimpin MIC itu berharap rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan kepada Najib untuk menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri.
Kenduri Doa Selamat Sesama Keluarga Sambut Hari Lahir Najib
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berharap suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-56 esok diberi kekuatan untuk terus menjalankan tugas dengan baik, adil dan saksama."Kita akan menyambut hari lahir Datuk seperti biasa esok malam dengan mengadakan kenduri doa selamat yang dihadiri oleh keluarga serta sahabat politik Datuk," katanya kepada pemberita yang bertanyakan mengenai majlis sambutan yang beliau aturkan sempena hari lahir suaminya itu.
Sunday, July 19, 2009
KRINI-KRONI NAJIB ???
Indonesian tycoon Peter Sondakh has been identified as one of Prime Minister Najib Abdul Razak's team of advisors, specialising in Indonesian affairs.
According to Singapore daily Straits Times, Sondakh met Najib during negotiations to sell to his telecommunications group, Excelcomindo Pratama, to Telekom Malaysia in 2004.
Records of the duo's links were more apparent this year when Sondakh were among a select few invited to witness Najib's swearing-in as prime minister in April.
Sondakh had earlier invested heavily in two luxury hotels in the Malaysia.
Following this, Sondakh was one of the few foreigners who have been awarded the Tan Sri title by the King last month.
Named as Indonesia's 14th richest individual by Forbes Magazine in 2009, Sondakh controls conglomerate Rajawali Group, which has a diverse interest including cement and tobacco products.
Along with Sondakh, Straits Times also named four others as part of Najib's inner circle:
Siew Ka Wei, 53
Controls several listed companies include Nylex and Ancom.
- Together with senior Umno politician Mohamed Al-Amin Abdul Majib, he is believed to be in the process of acquiring the Malay Mail.
- Believed to be Najib's golf buddy.
- Controls public-listed investment holding company Johan Holdings.
- Owner of business consultancy Ethos & Co and former special assistant to Najib when he was deputy premier.
- Believed to be architect of Najib's '1Malaysia' slogan.
- Proposed by Najib as Petronas board member but rejected by the board for failing to honour scholarship agreements with the company, which financed his studies in Britain.
Joe Low
- Architect of Terengganu Investment Authority (TIA), a multibillion-ringgit sovereign wealth fund.
- Believed to be an advisor to the king, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Monday, July 13, 2009
11 Hadiah atau 11 Muslihat ?

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. - 11 ‘hadiah rakyat’
Hanief:-- Diskaun 20% Touch n' Go (mulai 1 Sept.) pada pengguna tol tegar hanyalah satu pakej merangsang pendapatan syarikat tol dan lebuhraya. Kesannya makin ramai akan beriman dengan tol. Ia sepatutnya dihapuskan. Jika kerajaan ikhlas, tol yang dilalui para pelajar, orang bekerja, orang miskin dan orang kaya ini patut dilenyapkan. Cara mencukai melalui tol tidak adil. Jika mahu cukai, pergi cukai peniaga kaya. Bukankah 1 September itu tarikh kenaikan harga petrol dan diesel? Juga waktu itu akan diperkenalkan RON95 secara 1Malaysia?
- Orang miskin patut dapat rumah percuma. Mengapa perlu mendesak mereka menyewa? Ikut kata Pak Lah, kadar kemiskinan paling kecil lokasinya di Malaysia. Jadi apa masalah untuk beri rumah percuma pada puak yang segelintir ini? Lihat mahligai Khir Toyo yang berharga puluhan juta. Pada saya kerajaan dilihat seperti mahu berniaga rumah pula dengan orang miskin.
- Potongan 50% harga lesen kepada peniaga kecil bersifat jangka pendek. Kilang produk bagi menjana jualan peniaga itu yang patut difikirkan. Tak guna kalau hari ini ada potongan harga esok-lusa sekiranya harga minyak naik, maka keadaan akan kembali sama. Penghasilan produk tempatan akan menjamin ekonomi rakyat tempatan itu sendiri.
- Tambahan apa-apa dana ini perlu dipantau rapi. Jika tidak ia melencong ke tangan orang-orang seperti Khir Toyo. Ingat sama itu duit rakyat.
- Kerajaan kena celik dalam mengenalpasti punca masalah kesesakan jalanraya. Tak guna kalau teksi ditambah jika jalanraya sekarang sesak. Selesaikan masalah kesesakan jalanraya terlebih dahulu. Harus diajar kepala otak para menteri, bahawa bukan teksi sahaja punca pendapatan warga Malaysia. Bagaimana dengan sistem pengangkutan lain? Takkan tiada peluang cari makan yang mampu ditawarkan?
- Hapuskan rasuah dahulu jika mahu tangani jenayah. Tak guna cipta slogan, cipta montaj di TV dan nyanyi lagu tema dan sebagainya. Buang kelapa polis yang rasuah dan gantikan dengan yang bersih. Kita tak mahu polis yang kena beli dengan penjenayah dan hakim yang dibeli oleh taukeh judi.
- Ini pun sebab rasuah dan sedikit perkauman. Dilaporkan hal ini berlaku disebabkan ada tangan-tangan ghaib yang menyuap pihak tertentu bagi mengambil warga asing menjadi warganegara. Kaum pribumi yang bukan Islam di Sabah dan Sarawak dengar katanya juga dipinggir. Layanan manis pula diberi pada warga Filipina beragama Islam. Apakah ini berlaku tanpa aktiviti rasuah? Apakah ini yang dianjurkan Islam?
- Rujuk nombor 7.
- Kelangsungan hal ini nyata sekali akibat para pemimpin Sabah dan Sarawak (dari BN) makan duit rakyat di situ. Kediaman mereka berstatus mahligai mirip mahligai Khir Toyo. Suruh bikin pembangunan rakyat, tetapi tidak terlaksana. Lain di suruh, lain pula yang dibuat. Buat malu saja, bayangkan di zaman iPhone ini masih ada lagi kawasan yang tiada air dan elektrik. Kalau nak internet lagilah tak ada.
- Saham mana pun akan jatuh. Wujudkan kawasan untuk bercucuk-tanam dan menternak bagi semua anak muda yang berminat untuk kembali pada dunia kampung. Sediakan kawasan dan banci anak-anak muda yang berminat untuk memajukan kampung dengan aktiviti tersebut. Ingatlah! Orang Melayu takkan ke bandar jika tok nenek mereka tak punya wang hasil dari pertanian dan penternakan dahulunya. Sila kaji sejarah!
Friday, July 10, 2009
NAJIB 17 TAHUN DULU

Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini..
Majalah ini diterbitkan pada November 1999..Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan..
Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)...
Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M..tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita...
Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam..sama-sama kita renungkan...
http://apadianie.blogspot.com.




