
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Saturday, August 20, 2011
Name and shame them: PAS
Its Deputy Commissioner Hamzah Abdullah said this in response to remarks by Peter Pang En Yin, a member of the Yayasan Sabah (YS) Board of Trustees-cum-Minister of Youth and Sports.
"PAS Sabah had all along believed that study loans from the revenue earned by YS were being abused by State political leaders in that those who were awarded come from students whose parents are either Umno or other BN component parties.
"In the context of government officers, most of them were either related or close ally of the State leaders," he said in a statement.
He said the awards were no longer based on merits and requirements but by way of political connections.
"This is disgusting and disturbing as it deprived the real needy students who are financially incapable."
The defaulters are the real traitors and deserve condemnation by taxpayers, he added.
"PAS Sabah demanded stiffer action by YS including filing a suit to institute bankruptcy proceedings against government officials whose income reached four digit stage and incurring loans amounting to RM30,000," he said.
Tuesday, July 5, 2011
PAS opening 5 more divisions in Sabah

Its President, Abdul Hadi Awang, said the party now has eight divisions in the State and 11,000 registered members and is in the process of opening five more divisions.
He was speaking to reporters after he officiated at the opening of the Putatan PAS division in a ceremony held at Asia City, here, Monday.
He also said that the party has directed its members in Sabah to wait for developments related to the Bersih rally in the peninsula before taking the next course of action.
"PAS members here will do according to what is suitable with the situation in Sabah," he said.
On the arrests of seven people including two PAS members for suspected involvement in Bersih in Sabah last Saturday, Abdul Hadi said it just shows kegelabahan (panic) in the Barisan Nasional (BN) which he described as not very wise when dealing with an issue at hand.
"We see other civilised democratic countries have already undertaken much political reforms as the ruling party is not afraid of dealing with issues which became subjects of protest from the people," he said.
On the alleged involvement of PAS and other opposition parties in Bersih, he said the movement actually involved non-governmental organisations, groups and individuals, not any political movement, which are concerned over issues affecting the country which included political issues.
Bersih demanded positive political reformation in the country, he said, adding that the party is only supporting the Bersih movement and not as part of the organisers.
Abdul Hadi also welcomed the Agong's advice to rally organisers to rethink their plan and for the Government to act with justice and wisdom. He urged an investigation on criticisms about the country's electoral system, saying all parties must face the realities about the system's weaknesses with an open heart.
"This is in line with Tuanku's decree that the Government should carry out their responsibility entrusted to it by the people in a just and wise manner.
The protest is mooted because there are too many weaknesses in Malaysia's electoral practice, tainted by cheating, corruption, power abuse and an undemocratic media," he said, adding election abuses had increased recently.
He said there was also continued confusion and misunderstanding surrounding the rally planned for July 9, due to the traditional media's campaign against the event.
"Such a misunderstanding has led to provocations by several parties to give the impression that the situation is out of control to the extent that the country's law is no longer respected by the authorities," he said.
Sabah PAS Commissioner Mohd Aminuddin Aling was among those present.
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=78479
Selepas ini, giliran Pakatan perintah Sabah - Hadi

Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah.
Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.
Katanya, oleh itu, rakyat Sabah perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
"Rakyat Sabah pernah membuat beberapa kali perubahan politik daripada Usno kepada Berjaya, PBS dan Umno. Maka giliran kali ini ialah Pakatan Rakyat untuk memerintah Sabah," katanya ketika merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Putatan, Sabah semalam. (Gambar)
Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail yang turut mengikuti rombongan beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sabah menjelaskan, pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyentuh tentang tangkapan terhadap orang ramai yang memakai baju berlambang Bersih termasuk di Sabah yang menunjukkan kegelabahan BN dan tidak bijaksana dalam menangani isu.
"Barisan Nasional gelabah berdepan kuasa rakyat yang akan menumbangkan mereka dalam pilihanraya akan datang. Ini kerana banyak kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka takut untuk kalah," katanya.
Presiden PAS dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama tiga hari. Selain merasmikan bangunan PAS Putatan, beliau juga menemui rakyat di sekitar Masjid Negeri dan kawasan bandar di Asia City.
Pada sebelah malamnya, beliau melancarkan borang tanah Felda Plantation yang ditawarkan kepada anak-anak Sabah di majlis bersama rakyat di Kota Belud.
Turut bersama beliau AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, Pengerusi DAP Sabah, Dr Liew dan Setiausaha PKR Sabah serta pemimpin-pemimpin PAS negeri.
Menurut Nasaie, seramai 500 penduduk setempat yang kebanyakannya anak muda hadir ke majlis di Kota Belud. Hari ini, rombongan beliau akan melawati kawasan Keningau dan Persiangan.-Harakahdaily-
Friday, July 1, 2011
Pimpinan Baru PAS Sabah
PESURUHJAYA Mohd Aminuddin Aling
TIMBALAN PESURUHJAYA I Haji Hamzah Abdullah
TIMBALAN PESURUHJAYA II Ahmad Dolah
TIMBALAN PESURUHJAYA III Ustaz Anuar Md Ali
SETIAUSAHA Ustaz Ag Laiman Ikin
PENOLONG SETIAUSAHA I Zaidi Shadan
PENOLONG SETIAUSAHA II Abdul Wahid Rafaei
PENOLONG SETIAUSAHA III Kosong
BENDAHARI Ali Hasan
KETUA PENERANGAN Hisammuddin Haji Sulaiman
PENGARAH PILIHANRAYA Muhamad Husain
KETUA ULAMAK Ustaz Nuruddin Ibrahim
KETUA PEMUDA Lahirul Latigu
KETUA MUSLIMAT Zaiton Ahmad
AHLI Matlan Idris
Abdul Salim Karim
Seri Wahyuni Bukhari
Ustaz Ratib Duraman
Ramlan Rahimin
Noor Ain Kadir
Haji Norbin Aloh
Siapa Hj. Paiman Hj. Abd Karim?
1. Beliau sebenarnya adalah bekas AJK Masjid Bandaraya, Likas.
2. Beliau juga adalah suami kepada Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun (wakil rakyat UMNO dan juga Exco Wanita UMNO) yang kini menyandang jawatan di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. (rujuk disini: http://www.sabah.gov.my/adminstructure/govstructure.asp?section=statecabinet)

Kejadian yang berlaku itu juga sebenarnya bukanlah arahan rasmi pihak masjid kerana ianya adalah merupakan tindakan individu.
Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar mengingatkan agar beliau tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut kerana semata-mata isteri beliau adalah seorang menteri di Sabah.
Sepatutnya beliau harus memahami bahawa asas keharmonian masjid sebagai institusi yang menghubungkan silaturahim sesama Islam haruslah diutamakan.
Pada kesempatan ini, DPP Sepangar sekali lagi menyeru agar rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya bangkit menuntut pilihanraya yang bersih dan adil melalui program BERSIH.
Tuntutan BERSIH tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan tetapi seharusnya dilihat sebagai memperbetulkan sistem Demokrasi Malaysia yang tempang akibat dari kebobrokan pemimpin UMNO/BN dalam mengurus tadbir.
Note: Nantikan pendedahan Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar tentang aktiviti 'A DANCE MUSIC FESTIVAL' yang akan dianjurkan pada 2 Julai nanti. Pesta Maksiat terbesar Sabah-Labuan-Brunei.
http://passepanggar.blogspot.com/2011/06/siapa-hj-paiman-hj-abd-karim.html
Wednesday, June 8, 2011
7 Resolusi Konvensyen PAS Sabah

7 RESOLUSI KONVENSYEN PAS SABAH
Pertama: PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
Kedua: Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga;
Ketiga: PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah;
Keempat:PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak;
Kelima:PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah;
Keenam:PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya ‘access’ kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa;
Ketujuh: PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah.
'PAS untuk orang Sabah'
Tuesday, May 24, 2011
Selepas cubaan Haramkan PKR gagal, Umno BN mahu 'bunuh' organisasi PAS pula

Terbaru, BN pimpinan Datuk Seri Musa Aman didakwa mengarahkan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), menghentikan operasinya.
PASTI ialah tadika yang dikendalikan PAS dan turut membantu kanak-kanak Islam termasuk di Sabah belajar mengenai Islam di negeri itu.
Mengulas isu itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah (gambar) menyifatkan tindakan MPS itu sia-sia dan bertentangan dengan undang-undang dan semangat demokrasi di negara ini.
“Saya menasihatkan MPS supaya menghentikan tindakan yang sia-sia ini dan bertindak mengikut lunas demokrasi serta undang-undang yang sedia ada,” katanya.
Beliau merujuk notis yang dikeluarkan MPS bertajuk “Notis menghentikan operasi taska PASTI” bertarikh 23 Mei 2011 dengan nombor rujukan MPS:200-00/031/0004/007/.
Notis ini menuntut supaya PASTI menghentikan operasinya serta-merta.
Hamzah yang juga pejuang rakyat di negeri itu menegaskan, PAS tidak akan menghentikan operasi PASTI kerana kewujudannya sah dan memberi manfaat kepada masyarakat dalam membentuk peribadi Muslim.
Beliau turut memberitahu isu mengenai PASTI di Sabah sudahpun selesai sejak lebih 20 tahun lalu sebaik PAS melebarkan perjuangannya di negeri itu.
PASTI ditubuhkan sejak 25 tahun lalu dan sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2)dan berdaftar dibawah Dewan Pemuda PAS Pusat serta dibenarkan perlembagaan parti.
"Bagaimana mungkin perlu menghentikan operasi PASTI sedangkan ia merupakan salah satu aktiviti parti yang disebut di dalam perlembagaan PAS.
“Sewajarnya MPS bertindak menutup pusat-pusat maksiat yang telah banyak menjerumuskan remaja Muslim ke lembah maksiat dan keruntuhan moral,” katanya.
Rekod menunjukan ini bukan kali pertama PAS dan organisasi bawahannya cuba diharamkan kerajaan Umno BN.
Sebelum ini wujud usaha menghapuskan perkataan Islam dalam 'Parti Islam SeMalaysia' itu.
Manakala rakan PAS iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) baru-baru ini turut berdepan ancaman diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sebuah lagi rakan Pakatan Rakyat itu, DAP sedang dipujuk pula Umno BN untuk melompat menyertai Umno namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal-awal lagi menolak jemputan itu.
Taktik memecahkan dan mengancam ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat akan terus dilakukan sehinggalah Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
Ibu pejabat PKR hadapi kemungkinan dilelong
Regina Lee
Mei 26, 11
2:16pm
Kongsi 95
PKR mungkin diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.
NONEBuat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000".
Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.
Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.
“Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa.
“Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya.
NONEPada 2008, ibu pejabat parti itu berpindah dari sebuah pejabat kecil di Brickfields, Kuala Lumpur ke bangunan sekarang di Merchant Square Tropicana.
Leong berkata PKR sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk berpindah.
“Kita juga boleh terus menyewa daripada pemilik baru, ataupun membeli bangunan itu sendiri,” katanya.
'Bukan milik Soh Chee Wen'
Apabila ditanya mengapa PKR tidak berbuat demikian daripada mula, Leong berkata tindakan tersebut adalah untuk menjimatkan dana parti bagi 'operasinya'.
NONE“Kami belum buat keputusan lagi. Semuanya bergantung kepada perbincangan oleh pemimpin parti,” katanya,
Apabila diasak mengenai siapa pemilik bangunan itu, Leong yang memegang jawatan bendahari sejak 2008 tidak mahu mendedahkannya.
“Saya tak boleh ingatlah. Saya kena semak dulu dan bagi tahu awak,” katanya.
Apabila ditanya sama ada bangunan berkenaan milik ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen, beliau menafikannya.
Soh adalah bekas ahli PKR sebelum berpaling tadah yang banyak membantu parti itu dari segi kewangan antara 2007 dan 2009.
Sunday, May 22, 2011
PR sedia ganti BN di Pensiangan

Ini kerana kata Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman (gambar), sekutu BN itu gagal menyelesaikan masalah rakyat termasuklah melabelkan pejuang tanah di kawasan itu sebagai menggangu ketenteraman awam yang didakwanya mengadakan demonstrasi.
"Untuk makluman, kehadiran saya pada hari itu untuk menyaksikan proses prosiding Mahkamah Anak Negeri.
"Tiada sebarang kekacauan dan huru hara. Malah, Polispun tidak mengkelaskan program itu sebagai demostrasi. Kehadiran mereka (rakyat) dalam keadaan aman," katanya dalam satu kenyataan.
Hisammuddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup mengenai kehadiran penduduk semasa proses prosiding Mahkamah Anak Negeri di kawasan itu baru-baru ini.
Sehubungan itu, Hisammuddin mengingatkan Kurup agar jangan melakukan ugutan hanya kerana kegagalannya menyelesaikan permasalahan rakyat dalam Parlimen Pensiangan.
"Jangan bermain dengan kata-kata sehingga melupakan perkara sebenar yang harus diselesaikan.
"PAS bersama Pakatan Rakyat bersedia mengantikan PBRS di Pensiangan pada pilihanraya akan datang," tegasnya.
Sebelum ini, Kurup juga memaksa polis menyoal siasat rakyat Pensiangan hanya kerana menghadiri program anjuran PAS di kawasan itu.
Monday, February 15, 2010
Apa beza lawatan BN berbanding PR ?
KENINGAU : Jika ada yang bertanya kepada anda, apakah perbezaan lawatan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), berikut mungkin jawapannya.
Baru-baru ini, pimpinan PR di Sabah mengadakan lawatan mengejut hampir di setiap tempat tumpuan rakyat di daerah Keningau, iaitu kawasan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah merangkap Ahli Parlimen Keningau, Pairin Kitingan.
Lawatan yang bermula 9 pagi itu berakhir jam 2 petang turut disertai Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffery Kitingan, bersama Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamuddin Sulaiman, pimpinan DAP dan pimpinan PR dari kawasan Keningau kira-kira 25 orang.
Hishamuddin berkata, antara kawasan yang dilawati ialah beberapa deretan kedai yang memperlihatkan peniaga di kawasan Keningau mengadu kepada pimpinan PR yang datang menjenguk mereka.
Menurut Hishammuddin, walaupun lawatan pimpinan PR itu hanya beberapa jam, namun dua hari selepas itu peniaga di kawasan terbabit mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan PR kerana masalah mereka sudah pun selesai.
Hishammuddin menjelaskan, dua hari selepas lawatan mereka Majlis Daerah Keningau (MDK) telah turun padang sekali gus menyelesaikan masalah peniaga di kawasan itu yang tertangguh sekian lama walaupun BN merampas Sabah sejak 15 tahun lalu melalui wakil rakyatnya yang beramai-ramai masuk BN.
"Kehadiran kita cukup memberi kesan seolah-olah peniaga itu memberikan autoriti cukup bermakna kepada kita sebagai bakal 'pemerintah kerajaan negeri' dan inilah antara perbezaan lawatan pimpinan PR berbanding BN.
"Kita melawat beberapa jam, masalah selesai dalam dua hari, BN melawat bertahun-tahun, masalah tidak selesai dan bertambah parah," katanya yang juga Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Keningau.
Mengulas lanjut, katanya, pemimpin Cina itu dalam ceramah bersama pimpinan PR mengungkapkan kata-kata berikut.
"Kita harus membantu segenap upaya kita untuk memenangkan Pakatan Rakyat di Sabah dan setiap satu undi bukan untuk BN dan bukan juga untuk calon bebas, tetapi hanya untuk calon PR," jelas beliau.
Sehubungan itu, Hishammuddin menyeru setiap ahli dan penyokong PR di Sabah melipatgandakan usaha ke arah menawan Sabah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekali gus menyambut baik isyarat rakyat pada malam itu.
Saturday, February 6, 2010
Suara dari bawah untukmu PAS di Sabah

Berikut merupakan hampir 60 komen setakat ini di Sabahdaily berhubung perkembangan PAS di negeri Sabah. Samada ia merupakan rintihan sebenar warga Sabah terhadap PAS, tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti, rintihan berikut perlu diperhalusi sesuai dengan hasrat parti itu yang sehingga kini aktif melebarkan pengaruhnya di negeri bawah bayu itu.
1. Melton on January 29th, 2010 at 8:39 am
Mana-mana ja ko PAS…
2. tiger beer on January 29th, 2010 at 9:33 am
Sabahan cannot live without
a. Beer
b.cigarettes
c.night life
d.hanging out with friends at upperstar
e.clubbing
f.eating pork (for non-muslim)
vote for PAS if u disagree with me
3. termosfy on January 29th, 2010 at 11:00 am
Alhamdulillah… syukur pada Allah yang membuka hati masyarakat Sabah untuk menerima parti Islam…
4. Anak Bulan on January 29th, 2010 at 12:08 pm
Perjuangan ini memang menarik tetapi untuk meletakkan calon pada Pilihanraya,rasanya belum berupaya lagi.Masih banyak yang perlu dilakukan.Saya juga mencadangkan agar PR membincangkan letak duduknya pembahagian kerusi dengan SAPP,barulah boleh lawan dengan BN.
Bagaimanapun,sokong sangat kiranya PAS memilih kawasan Mejoriti Penduduk Islam di Sabah sebagai satu permulaan dan selebihnya biar Keadilan dan SAPP bincang,baru namanya 1 hasrat,1 Perjuangan…..
Teruskan langakah anda……….
5. monster on January 29th, 2010 at 12:42 pm
Tiger beer, no upperstar outside of KK. Pas never restrict people to hang out at upperstar. And no restriction for non Muslim to drink beer, cigarettes, and eating pork even in the state of Kelantan.
Infact some of the practices like taking alcohol drinks, cigarettes and night life are not healthy.
6. tiger beer on January 29th, 2010 at 1:31 pm
no karaoke, no club at kelantan…boringnya!!
mari undi pas ramai2 :)
7. dedaru on January 29th, 2010 at 2:25 pm
Pembangunan yang lemah di kawasan pendalaman membuka ruang dan peluang untuk dibangkit oleh pembangkang. Keluhan dari penduduk pendalaman sudah diabai berpuluh tahun. BN harus menghantar pemimpinnya turun ke padang dan bantu golongan terpencil.
Tidak hairan jika mereka mengunakan tiket undi mendenda BN satu hari nanti.
8. Passu on January 29th, 2010 at 5:40 pm
sabah tak sesuai untuk PAS, kita ada parti tempatan, undilah SAPP parti untuk semua kaum, Non racial Party
9. yaka on January 29th, 2010 at 7:15 pm
Penyokong pembangkang tegar.Pas x mainlah di sabah. memang adalah yang akan menyokong tapi mungkin 2 tiga kerat aja. PKR n SAPP adalah pilihan masa kini.
10. nelton on January 29th, 2010 at 7:59 pm
non-muslim tidak suka parti islam..
11. you yao on January 29th, 2010 at 8:01 pm
Tak kira PAS, PKR, SAPP atau Barisan Nasional, yang penting barisan yang iklas dan berkemampuan untuk membawa pembangunan yang berterusan di Sabah.
Parti yang bersatu merangkumi semua suku kaum di Malaysia, samada parti tempatan atau Nasional.
12. orang dusun on January 29th, 2010 at 8:48 pm
Teruskan perjuangan .. ALLAH HU AKBAR, semoga perjuangan PAS berjalan lancar… Hidup PAS .. Hidup Pakatan .. Kami mengalu-alukan kehadiran PAS.
13. Aryaa on January 29th, 2010 at 9:37 pm
PAS telah mengembangkan sayapnya. Kalo ikhlas nak berjuang untuk kepentingan rakyat dan bukan diri sendiri, Insya-allah, semuanya akan berjalan lancar.
14. Arjuna on January 29th, 2010 at 9:40 pm
Semakin diterima? Macam sya tidak yakin dengan kenyataan ini.. biar betul tok guru oii..setahu saya, agak payah untuk orang kami menerima party yang bukan tempatan.
15. Day-break on January 29th, 2010 at 9:42 pm
Eh? PAS is here ody ka? Aiyooo..i’m such a slowpoke when it comes to opposition party..
16. poor man on January 29th, 2010 at 11:08 pm
PAS Sabah umpama kereta kuda, ada kudanya jalan lah ia, ndak da kudanya berhenti lah keretanya….. kuda PAS Sabah adalah guru-guru agama islam dari Malaya, terutama dari Kelantan dan Kedah…..
17. Murdus on January 29th, 2010 at 11:59 pm
kalau orang dusun dan murut sokong PAS di keningau alahai…….aina’ riun…..barangkali mahu kiamat sudah ini dunia, kita ada parti tempatan di sabah kenapa mahu sokong parti dari sebarang! sorry 2 u … orang dusun!!!!!!
18. PKRKgau on January 30th, 2010 at 12:12 am
Kalau ditakdirkan PAS calun di keningau sya dan keluarga saya walaupun org DUSUN tetap akan mengundi calun PAS 100%….Yg penting kerajaan BN tumbang.
19. orangbiasa on January 30th, 2010 at 5:42 am
PAS terbukti parti yang sangat jujur dgn mandat dari rakyat, pernah dengar tak YB PAS melompat atau rasuah….kalau ada cuba buktikan dengan fakta….
20. Geng Pesara on January 30th, 2010 at 8:48 am
saya stuju dg knyataan orangbiasa….wlubagaimanapun kita brharap PAS akan meletakkan bakal2 calon trdiri drpd bekas Pensyarah Islam atau paling tidak Sarjana2 Islam…bukan main tangkapmuat saja…maaf kalau saya katakn pengalaman pd PRU12..d kwsn saya PAS letak ustaz celop..org Islam sndiri tidak yakin dg calon yg brtanding..inikn pulak org bukn Islam…smoga pngalaman ini mnjadi aktibar pd PRU13..ALLAHU AKBAR!

21. Kiambang on January 30th, 2010 at 2:42 pm
hhhmm. tunggu dan lihat ja la, pa kejadiannya nanti. hehehe
22. DD on January 30th, 2010 at 2:51 pm
PAS tidak diterima umum oleh kaum bukan Islam sebelum PRU 12 yang lalu.Keputusan PRU12 menunjukan sokongan dari bukan Islam pada PAS meningkat sehingga terjadinya tsunami politik 308.
BN Sabah harus berwaspada dan lebih sensitif dengan ketidakpuasan rakyat terhadap isu-isu tertentu.
SIlap langkah, tampuk pimpinan negeri Sabah terjatuh pada tangan pembangkang.
23. OAA on January 30th, 2010 at 3:31 pm
Sape mahu potong kaki, potong tangan, rejam dengan batu, intai sana intai sini undilah PAS hehehe.
Ahli PAS sahaja yang akan dikenakan hudud. Sebab mereka setuju dan ada kad PAS sebab itu mereka disebat mimum Tiger Beer.
Potong sajalah PAS….hehe Parti Ajaran Setan, Nik Aziz..
24. Lavender on January 30th, 2010 at 3:43 pm
ya ka PAS semakin diterima??? saya tak rasa cam tu pun. hehehe
25. aku bah on January 30th, 2010 at 4:04 pm
apa2 lah… yang ku tau, konpom susah mo masuk kampung kami la.. Bukan senang mo buktikan kemampuan parti. hehehe..
setakat tempat meluahkan perasaan, mungkin lah. hehehe
26. kari Sabah on January 30th, 2010 at 4:14 pm
Terkejut Kaum Cina dan India di semenanjung mengundi PAS pada 308. Satu petanda yang merisaukan BN. Jika keadaan ini berlaku di Sabah, tidak dapat tidur BN Sabah.
27. Matahari on January 30th, 2010 at 4:15 pm
bagi saya dalam keadaan mcm ni umnobn perlu lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat. Jangan sampai rakyat jauh hati & terpaksa mengundi pas utl lepaskan rasa marah pada umnobn. So masih belum terlambat, bertindak lah segera.

28. amr on January 30th, 2010 at 9:35 pm
golongan yang bukan Islam perlu melihat kebaikan dalam pemerintahan Islam.
Malangnya di negara kita, mereka belum berpeluang melihatnya, sebaliknya ditambah dengan orang Islam (Umno-BN) sendiri yang sengaja memberikan gambaran buruk kepada Islam agar bukan Islam tidak menyokong PAS.
Jika orang Islam sendiri menerusi media-media yang dikuasainya memburuk-burukkan Islam, pemerintahan Islam dan undang-undang Islam, tentulah orang-orang kafir akan lebih menolaknya.
Bagi umat Islam yang sebenar, sudah sewajibnya mereka yakin dan percaya dengan kebaikan-kebaikan Islam. Ianya agama Allah. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tentulah agama-Nya penuh dengan kebaikan.
Antara perkara yang menyebabkan orang-orang kafir tidak mahu menerima Islam, adalah kerana umat Islam sendiri tidak menghormati agamanya.
Sekiranya dapat dilaksanakan hukum Islam yang syumul pastilah kebaikannya untuk semua manusia, Islam dan bukan Islam.
Firman Allah (mafhumnya): “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak berasa keberatan untuk menerima apa yang engkau telah putuskan (hukumkan), dan mereka menerima Islam sepenuhnya.” (Surah an-Nisa’ ayat 65)
Ayat ini mengisyaratkan kepada kebaikan hukuman yang diputuskan oleh Rasul berteraskan daripada al-Quranul Karim, di mana jika dilaksanakan hukum itu dengan baik, orang-orang kafir tidak keberatan menerimanya, setelah mereka membanding-bandingkan antara hukum-hukum ciptaan manusia dengan hukum-hukum Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.
Antara contoh yang boleh disebutkan, berlaku dalam sejarah, setelah tentera Tartar/Mongol menyerang dan mengalahkan umat Islam di Baghdad dan sekitarnya, mereka pada mulanya mahu memaksa umat Islam menganut agama penjajah.
Tetapi setelah mereka melihat dan mengamati kebaikan Islam, serta melihat keunikan dan kestabilan hukum-hukumnya, melihat akhlak orang-orang Islam, akhirnya tentera Mongol seluruhnya memeluk agama Islam.
Cita-cita PAS adalah jelas, ianya adalah untuk perjuangan jangka panjang, pasti akan tiba masanya Allah SWT akan menolong orang-orang yang memartabatkan agama-Nya.
Itulah keyakinan yang pasti akan berhasil jua akhirnya. Wallahua’lam. _
29. aku bah on January 30th, 2010 at 10:14 pm
muslim @ non-muslim tu belakang kira.. Isu plg penting ialah kemampuan PAS tarik umdi org Sabah.. Bukan senang tau.. Tapi tunggu & lihat ja la – dalam politik mmg best percaturannya.. hehehe
30. KK on January 30th, 2010 at 10:18 pm
tak tau lah napa kan… firasat saya kan, konpom BN menang next GE lagi la. hmmm…
31. Kunci pintu on January 30th, 2010 at 11:15 pm
Entah betul ka tidak PAS memang boleh kena trima kah tidak.Tiada parti yang betul2 memperjuangkan hak Sabah sebaliknya agama pla yang harus dikaitkan.Jangan lupa Sabah bukan milik pemerintahan Islam.

KK on January 30th, 2010 at 10:18 pm
Why am I not surprise?
aku bah on January 30th, 2010 at 10:14 pm
True. What matters is that PAS ability to gain votes for Sabahans.
33. Jonjon on January 30th, 2010 at 11:28 pm
Hurm…I think i will just wait and see if it’s really happen.
34. Setsuna on January 30th, 2010 at 11:51 pm
This is just a political game among themselves. One will psycho the other to “kacau” undi until the other win. Peh..
35. Kalaukaubolehbah on January 31st, 2010 at 1:24 am
Di Semenanjung, orang Cina dan India mengundi calun-calun PAS di kawasan majoritinya Islam.
Jadi bagi non-muslim sokong lah PAS di kawasan majoriti nya Islam.
Saya percaya PAS tidak akan bertanding dikawasan non-muslim.
Bukan kah matlamat kita untuk menumbangkan UMNO/BN dan PAS adalah anggota Pakatan yang kemungkinan dianggotai oleh SAPP.
Biarlah SAPP membuat perundingan dengan anggota Pakatan yang lain. Satu cara ialah SAPP memohon untuk menguasai kerajaan Negeri dan Persekutuan oleh Pakatan. Bukan kah bagus macam itu.
Bagi saya, kerajaan sekarang harus ditukar.
Ingat tak, PAS yang mempunyai pandangan yang liberal mengenai dengan isu ALLAH jika dibandingkan dengan UMNO.
36. juara rakyat on January 31st, 2010 at 12:35 pm
kalau dapat dirunding bagus juga, itu namanya tolak ansur. Sapp 40 kawasan dun dan beberapa MP (7 – 10), selebihnya PKR, DAP dan PAS . bagi peluang pati tempatan perintah negeri sendiri, manakalah Pakatan di peringkat pusat.
37. aku bah on January 31st, 2010 at 6:02 pm
Ya, SindraRichie :)
lagi best kalau banyak persaingan bah. Kita boleh tgo mana parti yg betul2 jaga kebajikan rakyat. at least dgn adanya ura-ura PAS semakin diterima ramai – UMNOBN akan sedar rakyat semakin bijak menilai.
Apapun saya sentiasa harapkan yg terbaik utk Sabah dan Sabahan :)
38. Lavender on January 31st, 2010 at 6:21 pm
Saya pun mahu ambil kepetusan utk tunggu dan lihat sahaja krn bagi saya dalam politik, apa2 pun boleh berlaku. hehehehe
39. papa rama on February 1st, 2010 at 3:05 pm
Terlalu awal merumuskan bahawa PAS makin diterima diSabah. Kadang-kala syarat awal lansung tidak menyama atau manifestasi dalam keputusan pilihanraya.
40. takut hukum on February 1st, 2010 at 4:32 pm
Rakyat umum yang bukan Islam masih tidak yakin dengan prinsip perjuangan PAS. Belum lagi PAS secara rasmi melepaskan hasrat membina sebuah negara Islam.
41. don on February 1st, 2010 at 9:00 pm
Ada persaingan ada kemajuan. Bolehlah kita pilih yang terbaik dari yang terbaik untuk kita. Tapi kalau banyak pilihan di Sabah, BN menang lagi.

42. faris on February 2nd, 2010 at 1:48 pm
Cara penilaian dan carra rakyat memilih parti mengalami trasfomasi sejak 308 lalu. Latar belakang parti walau ia parti Islam seperti PAS tidak lagi menjadi halangan bagi pengundi terutamanya bukan Islam memangkar undi mereka kepada calon PAS.
Tidak wajar bagi pihak tertetu membangkitka isu Islam untuk menakutkan rakyat dari menyokong PAS. PAS telah membuktikan pendirian terbukanya dalam banyak isu berkaitan Agama seperti isu pengunaan kalimah Allah dan pembakaran gereja yang melandai negara baru-baru ini.
43. kuda liar on February 2nd, 2010 at 2:58 pm
Kalau rakyat rasa keiklasan PAS ingin berjuang untuk rakyat, sokongan terhadap PAS akan semakin menambah. Rakyat tahu siapa yang jujur. Semakin rakyat umum terdedah pada maklumat terkini, semakin bijak mereka membuat pilihan.
44. makin sengit on February 2nd, 2010 at 9:02 pm
PAS dan sekutunya rajin turun padang. Apa tindakan BN menangani pencabaran pembangkang?
45. OAA on February 2nd, 2010 at 11:23 pm
PAS adalah parti semenanjung dari golongan Melayu yang jumud.
Mereka tidak mahu merdeka, mereka setuju dan Katolik Kristian Allah yang sama.
PAS mahu potong tangan dan kaki ahli PAS atau mereka yang mengaku Islam.
Yang lain bebas enjoy.
Jadi siapa yang mahu dipotong kaki dan tangan sila masuk PAS hehehe.
46. poor man on February 2nd, 2010 at 11:54 pm
PAS sekarang ok dah, HUDUD depa tak main dah, sebut pun tak berdaya dah…
47. weywoo on February 3rd, 2010 at 2:06 pm
poor man speak with ‘lorat Kelante’ . true PAS now are more tolerance in certain issues.
People have different view toward PAS now.
48. flower on February 3rd, 2010 at 3:39 pm
What s the PAS politic agenda? Do they still held their manifesto to build a Islamic country?
49. dian on February 4th, 2010 at 8:52 pm
Good comment from amr. We encourage more of the comment like what amr presented. Not criticizing, no accusation but more on informative.
50. kvn on February 4th, 2010 at 10:06 pm
We support who can bring development to Sabah.
51. Leonard on February 5th, 2010 at 11:56 am
whatever party leading our state, it is us who responsible to choose them. we always choose one what we thought is the best.
52. Liyana on February 5th, 2010 at 11:57 am
we need a leader who cares to develop Sabah and cares about the people.
53. LeaveAMonster on February 5th, 2010 at 12:20 pm
selagi ada pembangunan dan penambahbaikan, selagi itu kami menyokong kerajaan.
54. arin on February 5th, 2010 at 2:37 pm
Tiada parti politik di dunia ini mendapat sokongan seratus peratus dari rakyat begitu juga di Sabah. PAS mendapat sejumlah sokongan adalah pekara biasa.
55. 1 by 1 on February 5th, 2010 at 3:26 pm
Satu galakan yang memerangsang buat PAS. Persaingan BN dan PR membawa satu debaran baru pada Malaysia yang kita sedang menuju ke sistem dua parti di Malaysia.
Tuesday, November 17, 2009
BAI'AH : PAS SELAR MEDIA REJIM UMNO

TINDAKAN media massa pro Barisan Nasional (BN) memainkan isu bai'ah talak 3 yang kononnya dijalankan oleh pimpinan PAS bagi menyekat wakil Rakyat PAS melompat parti disifatkan sebagai isu murahan dan tindakan terdesak pimpinan BN setelah melihat istiqamahnya ADUN dan MP PAS dalam memperjuangkan hasrat parti.
Telah terbukti, BN gagal mempengaruhi dan membeli ADUN dan MP PAS sekalipun dengan habuan jutaan ringgit. Demikian tegas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah semasa merasmikan Konvokesyen PASTI ke 20, Zon Sandakan.
Hamzah juga menyifatkan isu Bai'ah ini sebagai usaha fitnah mereka yang tidak suka kepada perjuangan Islam dan Islam tegak di muka bumi ini. Banyak persoalan pokok Islam dibiarkan dan diperlekehkan oleh pemimpin UMNO tetapi sibuk menimbulkan isu-isu yang syubhat dan mengelirukan masyarakat.
Beliau hairan bagaimana manusia boleh patuh kepada hukum solat, haji dan sebagainya akan tetapi menolak undang-undang Allah yang hendak ditegakkan oleh perjuangan Islam.
"Tindakan manusia menolak hukum Allah seperti hudud dan pemerintahan Islam seolah-olah manusia beranggapan Allah tidak faham akan keperluan hakiki manusia. Bukankah fahaman ini boleh merosakan aqidah seorang muslim?" soal beliau.
Beliau mengakui, perjuangan menegakkan agama Allah pasti terpaksa merintis jalan kepayahan. Kalaulah Rasulullah yang terkenal dengan ‘Al-Amin’nya ditolak dakwahnya oleh bapa saudara dan keluarganya. Apalah sangat kita yang tidak sempurna ini.
Lagikan Rasullullah pernah disihir, dituduh gila, sukakan perempuan dan segala macam tohmahan yang tidak masuk akal. Kita pejuang biasa yang rendah iman dan serba kekurangan mesti tabah melalui rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.
Oleh: FAIZAL OKADAU
Tuesday, October 27, 2009
LANTIK SEGERA WARTAWAN PAS DI SETIAP DAERAH
MEDIA alternatif mesti diperkasakan dan dikuasai oleh pendokong-pendokong jemaah Islam dalam menghadapi asakan maklumat yang menghakis ketuanan Islam. Penguasaan media alternatif, khususnya ICT amat penting dalam mengimarahkan medan dakwah dan siasah.
Demikian tegas, AJK PAS Pusat juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Ahmad Dullah semasa merasmikan penutupan Konvosyen ICT PAS Sabah di sini kelmarin.
Kejatuhan Regim Suharto di Indonesia dan pengekalan kuasa Parti Komunis di China bersangkutpaut dengan peranan yang dimainkan oleh media di negara terbabit. Kewujudan media baru atau media alternatif patut dijadikan aset oleh pendokong-pendokong jemaah dalam memperkasakan dan melebar pengaruh jemaah. Kesangsian generasi muda terhadap media sedia ada begitu terhakis kerana laporan yang berat sebelah patut ditampung oleh media baru.
Sehubungan dengan itu, Hj Ahmad berharap, hasil daripada konvesyen ini akan lahir penulis, wartawan dan blogger yang boleh memberi pandangan yang bernas dan membina anjakan paradigma kepada masyarakat. Persoalan kebajikan dan kemiskinan rakyat patut diberi keutamaan oleh para penulis sebagai satu usaha membela rakyat.
Beliau juga berharap pihak Harakah dapat melantik pemberita-pemberita di setiap daerah kerana jemaah memerlukan ramai penyalur maklumat. Faktor geografi dan keluasan negeri Sabah turut menjadi hambatan dalam menyalurkan berita sekalipun Sabah sarat dengan berita-berita kemiskinan dan kebajikan rakyat.
Turut hadir Pengarang Kanan Harakah, Taufek Yahya, Mazlan Jusoh dan Zubair Embong serta Aminuddin Aling, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Sabah.
Friday, October 23, 2009
USNO LEBIH BAIK BERSAMA PAS
Saudara Pengarang,…..SAYA kira bahasa yang saya gunakan ini memang sesuailah untuk melayan warkah yang dinukilkan oleh Mohd Hassan berhubung cadangannya supaya USNO dengan PBS bergabung demi untuk menambat hati rakyat Sabah.
Apabah yang kau cakap Ini Mohd Hassan? Kau Ini, kalau bikin cadangan Itu biarlah professional sikit bah. Siok juga untuk dibaca. Yang kau cadang supaya USNO bergabung dengan PBS Ini apa hal? Kau kajilah sejarah pergolakan politik Sabah Ini betul-betul.
Kalau kau masih tidak faham, itu PBS sebenarnya parti yang telah menipu USNO bah! Dia tipu USNO! Dia tipu Allahyarham Tun Mustapha! Dia bikin pakatan dengan USNO untuk tumbangkan BN bah dulu. Pairin bilang, kalau sudah menang pilihanraya, PBS dan USNO boleh kongsi kuasa untuk mentadbir Sabah.
Tetapi rupa-rupanya, bila sudah menang, itu gagang telepon pun pemimpin PBS sudah angkat, sampai bunyi engage terus-terusan bah. Jadi, pasal itu lah berlaku krisis di Istana itu. Kau tanya bah Karim Ghani, dia pakar dalam sejarah..dia mesti tau punya. Itu PBS mendapat sokongan Bumiputra Islam dulu pasal kempen dia..”kalau kamu undi PBS, sama juga macam kamu undi USNO”. Naah..di situlah rakyat Bumiputra Islam Sabah termakan kempen dia orang PBS itu.
Kau bilang pemimpin PBS sanggup korbankan parti untuk keamanan rakyat Sabah. Bukan untuk keamanan bah..untuk kasih buncit dia orang punya perut dengan itu projek bah. Kau ini!! Waktu PBS perintah dulu, itu virgin jungle yang tidak boleh di balakpun diorang telan semua itu kayu balak!! Itulah kalau kau tengok badan pemimpin PBS macam kayu balak juga saiz dia orang. Kau tengok sajalah mansion dan bungalow dia orang…hoooi macam rumah si Michael Jackson!
Kalau aku mahu buat cadangan…baguslah seluruh ahli dan pemimpin USNO menyertai PAS sahaja. Sebagai seorang Muslim, kita mesti yakin akan kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Kita mesti yakin akan adanya hari perhitungan. Jadi, kalau kita berjuang dalam PAS, kita berjuang untuk menegakkan syariat Allah.
Setiap sen dan keringat yang kita sumbangkan untuk agama Allah, akan mendapat ganjaran pahala. Di akhirat nanti, Allah bukan tanya kenapa kita tidak menang dalam perjuangan. Tetapi yang Allah tanya ialah kemana kita habis kan usia muda kita. Kalau ada orang jawab, dia habiskan usia muda dia dalam perjuangan nasioanlisme, mengaut kekayaan melalui projek BN, maka sia-sia lah kehidupan dia…di dunia dan di akhirat.
Kepada ahli dan pemimpin USNO…, ingatlah hadis Nabi yang menyatakan… orang Islam tidak sepatutnya dipatuk dua kali dalam lubang yang sama. Sekali PBS menipu, maka selama-lamanya tabiat mereka akan terus sebati dengan penipuan.
Wednesday, October 14, 2009
WARGA SABAH DI KEDAH PERLIS DAN PINANG - BERITA INI UNTUK ANDA
JABATAN Hal Ehwal Sabah dan Sarawak meminta aktivis Pas Warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang bekerja di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis agar menghubungi MOHD ANUAR 0138560679 dalam kadar segera kerana satu perjumpaan akan diadakan pada 16 Oktober 2009 di Pulau Pinang.
MASDARWAHID : KEPADA PEMBACA SEKALIAN, SILA SEBARKAN BERITA INI. TERIMA KASIH
Tuesday, August 25, 2009
MISI BN TAWAN KEDAH - MP SEMPORNA MAHU SEMPURNAKAN KEDAH ?
Bagaimanapun, Shafie harus bertanggung jawab di atas cubaan dan tindakan beliau memancing keluar Adun PKR tersebut dengan habuan yang lumayan dan seharusnya berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO peringkat akar umbi di Kedah.
Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu (berbaju merah hati), menjelaskan bahawa beliau tahu siapa yang memainkan peranan memancing Adun PKR dan sedang berusaha memancing sekirang-kurang tiga lagi Adun agar meninggalkan parti tersebut dengan ganjaran yang lumayan, sama dengan modus operandi yang dijalankan di Perak dan Sabah sebelum ini.
"Kita telah lama mengekori seorang jutawan dari Sandakan, Sabah yang amat rapat dengan Shafie dan kita mempunyai bukti pertemuan mereka sebelum ini. Kita akan serahkan bukti kepada pihak berwajib apabila tiba masa yang sesuai," ujar Lahirul yang kesal dengan cara Shafie cuba mendapatkan kuasa melalui pintu belakang.
Lahirul menegaskan pihaknya mengutuk tindakan membeli 'Adun' oleh mana-mana pihak kerana memegang prinsip demokrasi disebabkan Adun atau Ahli Parlimen yang dipilih berdasarkan parti yang diwakili dan bukannya peribadi tokoh berkenaan.
"Sewajarnya Mohd Radzi meletakkan jawatan setelah keluar daripada PKR dan tidak menggunakan tiket parti untuk kepentingan diri. Dia mahu keluar Pakatan, dia boleh keluar tetapi jangan bawa kerusi yang dimenangi atas tiket PKR," tegas Lahirul yang mengecam tindakan Mohd Radzi yang mengekalkan potfolio Exconya sekalipun kini menjadi Adun bebas.
Bagaimanapun Lahirul enggan mengulas sama ada Adun tunggal DAP, Lim Guan Aik yang telah mengumumkan menjadi ahli bebas pada 4 Julai lalu adalah atas pengaruh Shafie atau tokoh lain kerana mereka masih menjalankan pemantauan.
Percubaan koresponden Sabahkini di Kedah untuk menghubungi Mohd Radzi di pejabatnya di No. 76 Tingkat 1, Taman Sri Limau, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman gagal kerana dimaklumkan beliau berada di Kuala Lumpur.
Monday, August 24, 2009
PAKSI PAS TAWAN SABAH
Sangat berbangga dengan kepimpinan yang telah membuka medan-medan yang baru dan luas untuk dakwah dan jihad di bumi Malaysia ini. Ia adalah satu pengalaman yang baru, malah menjadi kebanggaan pendakwah-pendakwah di luar negara. Selepas kejayaan PRU 2008, ada dikalangan ‘ahli-ahli’ terpinga-pinga dengan kejayaan ini. Malah merasa binggung dan menganggap ia satu musibah pula.
Bagi penulis kejayaan telah bermula apabila PAS berjaya menyesuaikan diri dengan pengundi-pengindi bukan Islam dan mengekalkan pengundi Islamnya. Kejayaan telah bermula apabila medan-medan amal untuk ahli semakin terbuka. Lebih jelas apabila mereka diberi peluang oleh Allah untuk duduk bersama dengan Cina dan India dalam banyak aktiviti mereka. Satu tindakan yang sangat berani bagi sebuah Jemaah Islam di Malaysia. Jangan diharap kepada Jemaah lain kerana PASlah satu-satunya yang berani dan telah memulakannya.
Namun kelihatan apabila diberi kejayaan kedua, dengan memenangi banyak kerusi yang sebahagiannya dari tangan pengundi Islam dan sebahagian yang lain dari kerjasama tangan-tangan pengundi bukan Islam, ‘ahli PAS’ kebingungan. Terasa betapa susahnya dan kekok sebahagian ‘ahli PAS’ bekerjasama dengan bukan Islam dan bukan rakan sefikrah. Sedangkan bekerja dengan sang rakan sefikrah pun kadang-kadang dianggap musuh dan munafiq; inikan pula dengan dua kumpulan sang kafir dan sang bukan sefikrah yang disebut sebelum ini. Bagi penulis inilah saat paling manis apabila kita ahli-ahli PAS yang menjadi ‘gurkha’ bekerja siang dan malam untuk parti.
Mengorbankan segalanya, demi Jemaah tercinta ini. Bagi penulis yang cuba berkorban di medan kecil di Rengit yang tidak dikenali orang sejak 1999 dapat merasakan kemanisan bekerja dengan pengundi-pengundi UMNO yang pekat dan karat. Pengorbanan ini tercabar apabila melihat sebahagian ‘ahli PAS’ yang berjaya tidak pandai menghargai kejayaan itu.
Kita berjuang kerana Allah dan bermatian untuk memenangkan Jemaah di medan pekat Johor; tidak terfikir meninggalkan bumi Johor, kerana memang niat nak mulakan sesuatu di Johor. Dan ia bermula berputik, tetapi bimbang pengalaman di kawasan yang dimenangkan Allah, kelihatan sebahagian ‘ahli PAS’ tidak menunjukkan kematangan ‘memimpin’.
Ya! Menjadi Ahli PAS dan meleburkan diri dalam PAS adalah perjuangan dunia dan akhirat. Kita bersedia berdakwah, mendidik, mentarbiyyah dan MEMIMPIN mereka. Kebijaksanaan ahli PAS menyesuaikan diri dengan tuntutan Cina dan India di Semenanjung adalah sesuatu tuntutan amal Jama’ie hari ini.
Tuntutan Cina dan India adalah bom jangka panjang yang ditinggalkan oleh penjajah. Adakah ‘ahli PAS’ tidak mengkajinya sebelum sama-sama membuat keputusan untuk terlibat dengan pilihanraya ala demokrasi Malaysia. Mengganggap kerjasama dengan Cina dan India sesuatu yang silap dan merugikan, satu perkiraan yang sangat menghampakan.
Kerjasama ini berdasarkan ilmu ‘Qawaid Dakwah’ dan ‘Siasah Syariyyah’ yang kita pelajari dan amalkan. Dicampur dengan ilmu sepak terajang ‘win-win situation’ adakah Jemaah ini mengaku kalah sehingga ada dikalangan sebahagian ‘ahli PAS’ yang merasakan PAS telah rugi dan dinodai.
Berbangga dengan PAS yang semakin matang dan terkehadapan menyebabkan banyak lagi pengorbanan yang akan disumbangkan oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PAS ‘menumpang sementara’ populariti DSAI sesuatu yang sangat ajaib. Semua tahu ke mana sangat fikrah dan ilmu DSAI. Dia insan biasa dari segi kelulusan ilmu agama.
Tetapi memahami beliau ada satu kekuatan anugerah Allah semulajadi, boleh menarik perhatian manusia dan pengundi, boleh menggerakkan jentera dan negeri, boleh menyebabkan India dan Cina menghampiri, pemimpin PAS dengan penuh bijaksana menumpang anugerah Allah itu. Menumpang tanpa menggadai prinsip Jemaah yang jelas.
Kerjasama itu tidak akan menarik ahli-ahli PAS yang ditarbiyyah meninggalkan Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan Jemaah ini. Kerjasama dibatasi dengan fikrah dan aqidah yang jelas. Pemimpin PAS tidak merasa cemas apabila melihat orang awam berbangga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Pemimpin PAS tidak pernah merasa pengaruh PAS hilang bila bekerjasama dengan DSAI. Malah PAS berjaya menarik dari kalangan awam itu ke Jemaah kita. DSAI pula tidak pernah menghalang kita secra terbuka, untuk menarik orang awam kepada kita. Itulah bijaknya pemimpin kita.
Tidak seperti sebahagian ‘ahli PAS’ yang sukar menyesuaikan diri dalam suasana baru. Tarbiyyah sentiasa berkembang dengan mengekalkan ‘Tsawabit’ dan menyesuaikan diri Jemaah dengan ‘Mutaghaiyirat’. Mengekalkan Asas-asas yang ada dan menyesuaikan diri dengan perkembangan dan perubahan yang dibenarkan syarak. Percayalah, kegemilangan Jemaah Islam akan kembali di bumi Malaysia. Tahniah kepada pemimpin PAS.
Oleh: USTAZ HASANUDDIN
( UstazHasanuddin@hotmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
RAMADAN DAN ELEKTRIK DI SABAH
PAS Kawasan Tawau sangat prihatin dan simpati dengan nasib rakyat seluruh Tawau yang terpaksa meneruskan penghidupan harian mereka dalam keadaan terus-menerus setiap hari menerima gangguan bekalan elektrik.
Kami juga melahirkan rasa bimbang dengan gangguan bekalan elektrik ini akan menggagalkan malahan mencacatkan ibadah puasa dan ibadah lain yang sangat diharap, di sanjungi dan di tunggu-tunggu oleh umat Islam terutama yang hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan sahaja.
Sehubungan itu, kami menuntut supaya kerajaan mengkaji dan seterusnya membayar ganti rugi terhadap kerosakan akibat dari bekalan elektrik yang tidak menentu ini dan kerajaan perlu memberi pampasan kepada seluruh rakyat Tawau ekoran ketidak selesaan dan gangguan mental serta tekanan yang dihadapi berikutan dengan gangguan bekalan elekterik ini.
Kami juga menuntut supaya kerajaan merombak pengurusan SESB dan mengkaji semula semua kontrak SESB dengan pembekal-pembekal tenaga bebas. Dalam hal ini kami mencadangkan supaya kerajaan melantik satu perunding pengurusan bagi mengkaji dan membuat cadangan supaya satu sistem urus tadbir yang sistematik dan telus dapat dibuat untuk SESB.
Salam Hormat,
Yang Dipertua PAS Tawau
23 Ogos 2009 bersamaan 02 Ramadan1430 H
PAS KIAN SUBUR DI SABAH
PARTI PAS sudah mulai popular namanya di mulut rakyat Sabah terutama sekali Bumiputera Islam. Nama Parti PAS disebut-sebut di merata tempat kampung Bumiputera Islam. Di kedai-kedai kopi Bumiputera Islam bercerita semasa sendiri, kerana kata mereka, di masa lalu Bumiputera Islam Sabah tidak serasi dengan perjuangan PAS kerana pada ketika itu ada sebuah pertubuhan politik yang mewakili Bumiputera Islam iaitu USNO di bawah pimpinan Tun Datuk Mustapha Bin Datuk Harun.
Namun memandangkan USNO sudah tidak wujud lagi dalam arus politik perdana, maka PAS mula menusuk kalbu rakyat Sabah yang mula menerima PAS sebagai penerus kesinambungan perjuangan UMNO. Pada mulanya PAS sangat digeruni oleh bukan Islam kerana PAS ditohmah akan mengganggu-gugatkan agama lain di Sabah.
Sebenar PAS cuma bergiat dalam kebajikan dan politik serta menjaga hokum-hakam Islam kepada orang Islam sahaja dengan tidak mengganggu-gugat agama lain di Sabah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak agama agama lain juga terpelihara dalam Negara Malaysia.
PAS bukan berperanan seperti Majlis Ugama Islam Sabah atau Pertubuhan USIA. Majlis Ugama Islam Sabah di bawah kerajaan UMNO/BN Sabah dan USIA anggota-anggotanya majoriti daripada Parti UMNO Sabah. Peranan PAS menjaga hukum hakam Islam dan memperjuangkan Islam dalam politik agar ia sejajar dengan kehendak Allah swt.
Pendekatan PAS kepada seluruh rakyat Bumiputera Islam Sabah hendaklah dimulakan dari sekarang melawat ke kampung-kampung untuk membuka Cawangan dan Bahagian PAS Negeri Sabah. Yang penting sekali, mereka harus menerangkan dengan terperinci halatuju PAS di setiap pelusuk kampung Bumiputera Islam di Sabah.
Sebagai langkah pertama, PAS Sabah sewajarnya melantik 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir (Think Thank) di Sabah terdiri dari para cendikiawan untuk merangka strategi mendekati Bumiputera Islam Sabah. Ahli-Ahli Fikir mesti menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang rapi dan teratur untuk mendekati individu secara peribadi sehingga dapat PAS menubuhkan cawangan di tempat-tempat yang menjadi sasaran operasi.
Cawangan PAS yang diwujudkan juga sewajarnya mempunyai 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir untuk merangka penubuhan Bahagian PAS di kawasan tersebut dan menjalankan gerak kerja penganjuran acara kemasyarakatan dan keagamaan melalui perbincangan dari hati ke hati dengan penduduk kampung.
PAS Sabah juga mesti aktif menganjurkan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Sabah agar Pakatan Rakyat Sabah dapat menganjurkan satu perhimpunan raksaksa yang akan dihadiri oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari Semenanjung.
SEKRITARIAT..... Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat akan merintis kerusi di Sabah pada pilihanraya akan datang. Dari kiri Teddy Yang, Razak Jamil dan Lahirul Latigu bersama logo parti masing-masing.
Kesungguhan gerakan Pemuda Pas Sabah harus dipuji apabila telah berjaya menubuhkan Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah yang akan menjalankan aktiviti secara bersama dan menjalinkan kerjasama bestari dengan jentera Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi.
Kesungguhan tenaga muda yang dipacu Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu menunjukkan PAS mula diterima generasi muda yang berpendidikan agama dan professional bumiputera sehingga pandangan serong rakyat Sabah terhadap PAS mula lekang dan kejayaan terserlah melalui semua aktiviti yang dianjurkan di kawasan pedalaman mendapat sambutan masyarakat setempat daripada pelbagai jurai keturunan dan agama.
Oleh: HALIK ZAMAN
Wednesday, August 19, 2009
DPPNS sangkal kenyataan Muhyiddin
Kota Kinabalu: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam akhbar New Sabah Times bertarikh 17 Ogos semasa lawatannya ke Kudat untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kudat dan Kota Marudu pada 16 Ogos 2009.
Jelas Sdr Lahirul, bukannya rakyat Sabah tidak tahu apa yang UMNO dan BN lakukan selama ini terhadap hasil mahsul di negeri ini.
Jika benar Kerajaan UMNO dan BN mendakwa merekalah selama ini yang memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin Sabah pada hari ini kekal pada kedudukan tertinggi sekali kadar kemiskinannya.
Tegas beliau, UMNO-BN bukan sahaja gagal menaik taraf kedudukan bumiputera Sabah, malah mereka juga telah gagal membantu orang melayu di semenanjung walaupun sebahagian besar pemimpinnya terdiri daripada orang nombor satu di Malaysia dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari kalangan orang melayu.
Sdr Lahirul juga menegaskan pengkhianatan UMNO terhadap orang melayu juga terbukti apabila cuba menyekat pembangunan orang melayu di Kelantan dengan melantik konco-konco meraka dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Telah banyak wang rakyat dibazirkan di Kelantan, dakwa beliau, semata-mata kerana dendam kesumat UMNO sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga sekarang.
Ketidakadilan UMNO dalam memberikan hak kepada rakyat juga dapat dilihat sewaktu PAS memerintah pada tahun 1059 sehingga 1978.
Tambah Lahirul, pengkhianatan UMNO-BN terhadap rakyat Sabah juga apa kurangnya.
Melalui kroni-kroni mereka yang diserap masuk kedalam USIA dan MUIS, akhirnya tanah yang menjadi tempat berdirinya 1 Borneo bersebelahan UMS, menjadi mercu tanda bahawa UMNO telah merompak hasil mahsul negeri ini dengan sesuka hati.
Sementara itu, juak-juak UMNO terus bermaharajalela dengan menipu perjanjian tanah kononnya untuk menyewa tetapi sebenarnya cuba untuk melupuskan hak bumiputera terhadap tanah tersebut.
Mengulas berkenaan tuduhan Muhyiddin terhadap PAS, beliau berkata, UMNO sepatutnya cermin diri sendiri sebelum menuduh pembangkang sebagai pengkhianat.
Saudara Lahirul mengingatkan pemimpin UMNO, bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan akan bangkit membuat perubah.
Soal siapa pengkhianat bangsa, rakyat Sabah sudah celik dan tahu membuat penialaian. -DPPNS/SABAHDAILY.COM
Saturday, August 15, 2009
PIMPINAN BARU PAS SABAH
Manakala kesemua Timbalan Pesuruhjaya dikekalkan iaitu Tuan Haji Hamzah Abdullah (Batu Sapi), Ahmad Dolah (Tawau) dan Aminudin Aling (Kota Belud). Turut dikekalkan Setiausaha, Kadarisman Kadiran (Kalabakan) dan Norain Kadir sebagai Bendahari (Tawau). Tiga orang telah dilantik Penolong Setiausaha iaitu Nasir Che Ali (Tawau), Sahar Abdul Majid (Sandakan) dan Salman Amin (Sepanggar).
Di samping itu bekas Ketua Pemuda sesi lepas, Ustaz Anuar Ali (Sepanggar) telah dilantik sebagai ahli Badan Perhubungan. Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat telah dimanahkan menerajui Lajnah Perpaduan Nasional. Turut dilantik ialah Tuan Haji Akriah Abdullah (Sepanggar), Khairul Yusri (Dewan Pemuda), Seri Wahyuni (Dewan Muslimat), Tuan Haji Norbin Aloh (Kalabakan) dan Ustaz Kamal Mat Daud (Keningau), seorang bekas pimpinan kanan pelajar universiti.
PAS Sabah kali ini menyaksikan seramai tiga orang telah dilantik sebagai pimpinan Pusat iaitu Tuan Haji Muhamad Abdullah selaku Pesuruhjaya Negeri, Saudara Ahmad Dolah selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ustaz Anuar Ali selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat