JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Saturday, July 9, 2011
Zambry benci Teluk Intan?
Kami rakyat Perak berbesar hati kerana akhirnya pembinaan lebuh raya ini akan dimulakan setelah sekian lama tertangguh.
Adalah diharapkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat ini dapat memajukan kawasan di sepanjang lebuh raya ini, dari Changkat Jering, Taiping hingga ke Banting, Selangor dan melalui beberapa bandar di Perak serta Selangor.
Namun, apa yang saya ingin timbulkan adalah berhubung dengan cadangan Kerajaan Negeri Perak serta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mahukan laluan lebuh raya berkenaan diubah supaya ia melalui Bagan Datoh, Manjung sehingga ke Changkat Jering dalam erti kata lain lebuh raya ini melalui jalan pantai.
Cadangan ini menyebabkan ia tidak melalui bandar Teluk Intan seperti dalam perancangan awal sebelumnya.
Berbanding bandar utama lain di Perak, Teluk Intan adalah satu-satunya bandar di Perak yang jauh serta tersisih daripada lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Ipoh-Lumut mahupun Lebuh Raya Utara Selatan.
Adalah diharapkan kerajaan Negeri Perak dapat menimbang semula dan mengkaji cadangan berkenaan agar limpahan kemajuan dapat dirasai semua termasuk rakyat di Teluk Intan.
KAMI SAYANG TELUK INTAN, kamisayangtelukintan@yahoo.com.
Saturday, February 6, 2010
PR jelajah Perak memperingati setahun rampasan kuasa
BATU GAJAH, 6 Feb: Pakatan Rakyat Perak hari ini memulakan siri jelajah ke seluruh negeri bertemu rakyat bagi memperingati semepena genapnya setahun rampasan kuasa oleh kerajaan Umno BN negeri itu.
Program jelajah ini anjuran sekreteriat Pakatan Rakyat Perak menggunakan dua buah bas, iaitu satu kumpulan akan menjelajah kawasan utara Perak bermula dari Sungai Siput hingga ke Parit Buntar dan satu lagi ke bahagian selatan bermula di Batu Gajah hingga ke Tanjung Malim.
Mereka terdiri daripada pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pimpinan parti masing-masing di peringkat bahagian dan kawasan.
Di Pasar Awam Batu Gajah pagi tadi, antara yang hadir termasuk Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub, Adun Setiawan, Datuk Ngeh Ko Ham, Adun Tronoh, V.Sivakumar dan lain-lain kepimpinan termasuk dari Dewan Pemuda Pas Perak.
Selain bertemu masyarakat setempat, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.
Risalah berhubung kronologi rampasan kuasa oleh kerajaan BN Februari tahun lalu juga turut diedarkan.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui memberitahu tujuan program sebegitu diadakan bagi mengikatkan kembali kisah bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui rampasan kuasa yang tidak bermaruah.
"Program ini bagi mengenang peristiwa itu, jadi kita buat ini untuk memberitahu rakyat agar sentiasa ingat peristiwa rampasan tersebut," katanya.
Selain itu, ianya juga bermatlamat mengeratkan hubungan ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat disamping turun ke bawah bertemu masyarakat dan mengetahui kesusahan mereka.
Berhubung keputusan Menteri Besar Perak yang sah, yang akan diumum mahkamah 9 Februari ini, Abu Bakar memaklumkan empat buah bas akan disediakan Pakatan Rakyat Perak untuk membawa penyokong ke Putrajaya bagi mendengar keputusan itu.
Thursday, October 22, 2009
RAMAI YANG JAHIL MENGAPA PAKATAN RAKYAT DI PERAK DIGULINGKAN
KITA semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan di negeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Sultan kemudiannya meletak kan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.
Jurang masa selama seminggu itu telah memberikan masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.
Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas di kedua-dua negeri ini dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam di kedua-dua negeri ini.
Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang di belakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macam-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat di raja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.
Ini menyebabkan Sultan murka dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan.
Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.
Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.
Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.
1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, di sepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak di mana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan, Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.
4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak sementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) di mana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah.
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta di mana harga sebenar jauh lebih tinggi di pasaran terbuka. Hotel tersebut terletak di kawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di Malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.
Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.
Oleh: RAJA PETRA KAMARUDDIN
(Nota: Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today).
Wednesday, September 23, 2009
MENARIK DI PERAK AIDILFITRI INI :)
Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.
Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati, kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu.
Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.
Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka.
Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.
Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa.
Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman.
Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.
Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.
Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.
Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut.
Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.
Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.
Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal.
Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat. _ HARAKAHDAILY.NET

