Tindakan Pemuda Umno membuat kenyataan biadab dan dimuatkan dalam laman Youtube membuktikan mereka tertipu dengan propaganda media mereka sendir, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin.
Menurutnya, semasa himpunan itu, Adam Adli dan beberapa aktivis mahasiswa 'meminjam' tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikan bendera Panji Kebebasan Mahasiswa beberapa minit sebelum menaikan bendera yang tertera gambar Najib.
"Semasa himpunan berlangsung, beberapa siswa meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa.
"Namun tindakan ini difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak, koyak dan seumpamanya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, propaganda Utusan itu sudah biasa walaupun ianya menimbulkan kemarahan rakyat.
"Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai.
"Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang termakan penipuan alat propaganda mereka dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun," katanya lagi.
Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang juga bekas Ketua Pemuda Perkasa (NGO pro Umno) bersama beberapa orang mahu meludah muka Adam Adli dengan video itu dimuat naik di Youtube.
Pada 17 Disember lalu, sekumpulan mahasiswa berarak dan berhimpun di hadapan PWTC termasuk menurun dan menaikan semula bendera Najib.
Pemimpin himpunan itu, Ahmad Syukri Ab. Razab menegaskan, penurunan bendera itu adalah reaksi spontan mahasiswa ekoran keengganan Datuk Seri Najib Razak memansuh Akta Universiti dan Kolej dan Universiti (AUKU).
Sebelum ini, gerakan mahasiswa seluruh negara pernah menghantar memorandum mendesak Auku dimansuhkan di Putrajaya, Parlimen selain menemui sendiri menteri berkaitan.
Namun, semua itu ditolak pentadbiran Najib, walaupun Presiden Umno itu pada 16 September lalu berkata mahu menjadikan Malaysia sebagai negara terbaik dunia dari segi kebebasan.
Terbaru, pentadbiran Najib membuat rayuan selepas mahkamah memutuskan akta Auku bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Antara dasar berat sebelah Auku ialah mahasiswa dilarang terlibat dengan parti pembangkang, namun pada masa sama Umno memiliki Kelabnya di institusi pengajian tinggi di luar negara.
Buktinya, Kelab Umno Luar Negara turut berucap pada perhimpunan Agung Umno di PWTC baru-baru ini yang dirasmikan Najib.
Manakala Datin Seri Rosmah Mansor secara terang-terangan meminta Kelab Umno Luar Negara membantu Najib membersihkan imej mereka, termasuklah dalam kes pembunuhan Altantuya dan sikap boros Rosmah yang didakwanya tidak benar.
Malah, Pemuda Umno bersama NGO yang menyokongnya turut membuat himpunan di UPSI, tempat Adam Adli belajar dua hari lalu.
Pada masa sama pentadbiran Najib bersama Polis menghalang mahasiswa berhimpun di UIA bagi membantah tindakan universiti itu menghalang pensyarah memberi pandangan mengenai isu semasa.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Show all posts
Showing posts with label Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Show all posts
Wednesday, December 21, 2011
Aziz Bari sertai Politik atau tidak ?
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari masih berteka-teki samada beliau akan menyertai politik atau tidak bermula 2012.Beliau bagaimanapun menyifatkan Politik dan bidang akademik penting untuk perubahan dalam masyarakat.
“politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat.
“Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik," katanya dalam temubual dengan The Malaysian Insider.
Beliau yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa bagaimanapun menegaskan tetap memberi pandangan mengenai isu semasa walaupun bakal meninggalkan universiti itu pada 31 Disember ini.
"Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya.
"Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA,” katanya.
Tokoh itu kini sedang menyiapkan buku ke-10 mengenai kedudukan dan peranan raja berperlembagaan di Malaysia.
Beliau yang berat hati meninggalkan UIA kerana memikirkan pelajarnya, menegaskan, beliau terpaksa berbuat demikian kerana UIA tidak lagi mesra kepada golongan akademik untuk memberi pandangan mengenai bidang masing-masing.
“Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik.
“Kemungkinan, saya merupakan tenaga akademik pertama menjadi mangsa disebabkan persekitaran seperti ini, berhadapan dengan tekanan kerana memberi komen hanya berdasarkan kepakaran saya.
“Memang ada tenaga akademik yang pernah berhenti kerana bercakap atas platform menggunakan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi saya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa menggunakan kepakaran saya,” katanya lagi.
Najib perlu fahami mesej, mengapa benderanya diturunkan - Aziz Bari
Masdar WahidPakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan Datuk Seri Najib Razak perlu memahami dan menerima mesej dari himpunan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada 17 Disember lalu.
Menurutnya, himpunan mahasiswa itu adalah protes terhadap keputusan pentadbiran Najib yang enggan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).
“Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?” katanya, lapor Malaysian Inseider.
Beliau mengulas himpunan SMM bersama pelbagai kumpulan mahasiswa termasuk Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berhimpun dan berarak di hadapan pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu lalu.
Sementara itu, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab. Razab dalam sidang media Isnin lalu menegaskan himpunan itu dibuat ekoran desakan berterusan mereka agar Auku dimansuhkan ditolak Najib.Sebelum ini, SMM bersama gerakan mahasiswa seluruh negara pernah menghantar memorandum mendesak Auku dimansuhkan di Putrajaya, Parlimen selain menemui sendiri menteri berkaitan.
Namun, semua itu ditolak pentadbiran Najib, walaupun Presiden Umno itu pada 16 September lalu berkata mahu menjadikan Malaysia sebagai negara terbaik dunia dari segi kebebasan.
Terbaru, pentadbiran Najib membuat rayuan selepas mahkamah memutuskan akta Auku bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Antara dasar berat sebelah Auku ialah mahasiswa dilarang terlibat dengan parti pembangkang, namun pada masa sama Umno memiliki Kelabnya di institusi pengajian tinggi di luar negara.
Buktinya, Kelab Umno Luar Negara turut berucap pada perhimpunan Agung Umno di PWTC baru-baru ini yang dirasmikan Najib.
Manakala Datin Seri Rosmah Mansor secara terang-terangan meminta Kelab Umno Luar Negara membantu Najib membersihkan imej mereka, termasuklah dalam kes pembunuhan Altantuya dan sikap boros Rosmah yang didakwanya tidak benar.
Malah, Pemuda Umno bersama NGO yang menyokongnya turut membuat himpunan di UPSI, tempat Adam Adli belajar dua hari lalu.
Pada masa sama pentadbiran Najib bersama Polis menghalang mahasiswa berhimpun di UIA bagi membantah tindakan universiti itu menghalang pensyarah memberi pandangan mengenai isu semasa.
Friday, October 21, 2011
Handfon wartawan dirampas dan dibaling ke tanah
GOMBAK : Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis yang menahannya ketika beliau mahu menunaikan solat Jumaat tengahari tadi biadap dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara di negara ini.“Saya memberitahu polis, kalaupun nak tangkap, bagi saya solat Jumaat dahulu.
“(Malangnya) Saya langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lain.
“Mereka (polis) terus berkasar dengan mengheret saya keluar dari masjid sebelum sebuah kereta peronda membawa kami keluar dari kawasan universiti,” katanya dihubungi Suara Keadilan.
Shamsul ditahan di dalam Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika sedang Iqamat dan dikasari sekumpulan 15 anggota polis.
“Semasa saya ditangkap, beberapa rakan media alternatif dikasari dan telefon bimbit mereka dirampas sebelum dibaling ke tanah.
“Manakala sekumpulan mahasiswa yang cuba merakam insiden sama turut diherdik dan dikasari polis yang menangkap saya,” jelas Shamsul.
Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA.
Mereka bagaimanapun dibebaskan kira-kira 2.45 petang tadi.
Mengulas penangkapan itu, Shamsul kesal UIA sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogannya ‘Taman Ilmu dan Budi’ berlaku sebaliknya.
“Penahanan ini jelas membuktikan pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Prof Dr Abdul Aziz ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Shamsul merupakan graduan UIA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan juga bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti itu.
Ketua AMK diheret keluar masjid ketika Iqamat
GOMBAK: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ditahan selepas dikasari sekumpulan 15 anggota polis di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, hari ini.Ketika dihubungi, Shamsul berkata, beliau ditahan ketika sedang iqamat untuk menunaikan solat Jumaat dan diheret dari masjid ke kereta peronda dan dibawa keluar dari kawasan berkenaan.
Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA.
"Apabila ditanya alasan tangkapan, seorang anggota polis berkata, pihak pengurusan UIA tidak membenarkan saya berada dalam kawasan UIA," katanya yang juga graduan undang-undang dari universiti itu.
Ribuan anak muda terutama golongan mahasiswa dari pelbagai universiti menyertai perhimpunan itu bagi membantah penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari di Masjid UIA hari ini.
Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.
Perhimpunan aman itu mula terjejas selepas campur tangan polis menyebabkan ramai jemaah solat dan mahasiswa dikasari.
Turut kelihatan, dua Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh universiti itu sejak beberapa hari lalu kerana didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.
UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.
Gantung Aziz Bari tindakan zalim - Azizah
Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa(UIA) terhadap Pensyarahnya, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dilihat merendah dan menzalimi cendekiawan, Kata Presiden KEADILAN, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.“Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat,” kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurutnya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.
Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu.
“Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.
“Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara,” katanya,
Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIA mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu.
Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh UIA sejak beberapa hari lalu kerana didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.
UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.
Difahamkan, penggantungan itu menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

