JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label ROSMAH BUNUH ALTANTUYA. Show all posts
Showing posts with label ROSMAH BUNUH ALTANTUYA. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Pantun untuk Big Mama


pergi ke Paris x pon ke Italy,

pastu ckp la ade conference First Lady,

you ni memang syok sendiri,

suka pulak besar-besarkan diri,

memang dasar suka berjoli,

beli cincin juta2 USD,

cakap duit menabung dari kecik lagi,

jangan la nak temberang kami,

kami tau you memang penipu berdiplomasi,

You aaa soo dirty...

====================================

SPRM Surhanjaya Puaka Rosmah Mansor.

PDRM Polis Di arah Rosmah Mansor.

RM Rosmah Mansor

Friday, May 6, 2011

Najib ttakut pandang Rosmah waktu malam

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku beliau tidak berani pandang muka isterinya Rosmah Mansur pada malam hari, lapor akhbar The Star.

Ini kerana menurut akhbar itu, jika Najib memandang muka Rosmah, pasti isterinya akan marah gara-gara beliau sibuk dengan twetternya.

Kenyataan itu dipetik dari paparan tweeter Najib sendiri. "Isteri saya pasti marah kepada saya kerana itu saya tengok iPad (smartfon) saya dari tengok muka beliau," kata Najib dalam twetter tersebut.

Sebelum ini, bukan lagi rahsia bahawa Najib adalah seorang ahli politik yang takut kepada isteri, malah ada yang menganggap isterinya sebenarnya menjalankan tugas Perdana Menteri.

Friday, August 13, 2010

Kisah Keluarga Rosmah di Negeri Sembilan


Rosmah Mansur, isteri kedua kepada Presiden Umno, Najib Razak pernah dikaitkan dengan pembunuhan terhadap wanita Mongolia Altantuya Sharibu...

Rosmah juga digelar sebagai wanita puaka dalam kempen politik yang turut dikaitkan memakai susuk diwajahnya seperti mana dalam satu ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru=baru ini.

Berita di bawah adalah sesuatu yang pelil dan benar yang melibatkan keluarga Rosmah di negeri Sembilan.

Kru Wartawan Suara Keadilan, setahun lalu pernah diganggu polis apabila mereka berusaha mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kejadian itu.

Jika pemerhati politik dan dan peminat setia yang sering mengikuti siri perkembangan isteri kesayangan Najib ini, mereka pasti tahu bahawa wajah Rosmah suatu ketika dahulu ada memiliki tahu lalat di bahagian pipinya yang didakwa di buang selepas itu.

Malah Rosmah turut dikaitkan dengan kisah perceraian Najib semasa Najib bergelar Menteri Besar Pahang suatu ketika dahulu.

Rosmah juga pernah dikaitkan dengan Video Puaka sebelum ini yang turut dimuatkan dalam laman You Tube yang didakwa diceritakan sendiri oleh keluarga beliau di negeri Sembilan.

Apa-apa pun, saya melihat Najib Razak bukan sahaja dibebani dengan cara beliau yang gagal menuruskan ekonomi negara bahkan lebih parah ialah beliau terpaksa menghadapi bebanan Rosmah kesayangannya yang dilaporkan kaki Shopping di luar negara selain beberapa kerenahnya termasuklah lebih menonjol berbanding Najib sendiri di media milik pemerintah.

Jika Pak Lah sebelum ini dikaitkan dengan penguasaan Khairy, Najib pula lebih parah apabila lebih dikuasai Rosmah.

Lihat sahaja program Permata Negara, kesannya kepada dunia pendidikan kita cukup parah.

Pemansuhan UPSR dan PMR bakal berlaku kononnya mementingkan peperiksaan tetapi sebenarnya kerajaan BN terbeban dengan kos yang tidak sedikit wang yang perlu dibelanjakan untuk tujuan kedua-dua peperiksaan itu setahun selain perlu membayar gaji pemeriksa di seluruh negara.

begitu juga guru yang dipotong pelbagai kos termasuklah claim dan hanya makan sepotong kuih dan nasi bungkus dalam kursus.

Semua bajet ini dipotong agar projek Rosmah berjalan lancar.

Rosmah juga kini lebih 'Wanita' berbanding Menteri Wanita, Shahrizat Jalil.

Selamat Membaca!


SEREMBAN 12 Ogos - Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya mendakwa, dia kerap mendapat visual tulisan di dinding yang menjadi medium perhubungannya antara alam hidup dan alam mati.

Rasidi, 32, juga menyatakan, visual tulisan tersebut yang mengarahkan dia membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuk, Atan Daud, 87; nenek, Sufiah Katas, 80; dan adik, Siti Khadijah, 22, pada awal Januari lalu.

Pengakuan itu dibuat olehnya ketika membela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh bapa, datuk dan neneknya di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada masa dan tarikh yang sama.

Keempat-empat tuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Rasidi yang berbaju kemeja putih dan seluar hijau muda memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan membacakan kenyataan yang ditaip di atas dua helai kertas.

Dalam keterangan tanpa bersumpah itu, Rasidi yang kelihatan tenang menyatakan, dia telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang kematian bapa, ibu, abang dan adiknya.

"Visual tersebut memaparkan ayah saya telah diangkat ke langit dan ibu saya terperanjat lalu meninggal dunia manakala abang kedua saya menjadi batu dan adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Ujarnya, walaupun ahli keluarganya telah meninggal dunia tetapi dia masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan dari hati ke hati.

Menceritakan kejadian itu, Rasidi berkata, dia pulang ke kampung pada 4 Januari lalu tetapi pada sebelah malamnya, dia tidak dapat tidur kerana tulisan di dinding memberitahu syaitan dan dajal telah keluar di negara ini.

"Setelah hari siang, saya mendapat arahan daripada tulisan di dinding menyuruh saya membunuh dajal yang telah memasuki badan nenek saya dan membunuh syaitan yang memasuki badan datuk saya.

"Saya telah pergi ke rumah datuk dan mendapat arahan agar menikam nenek saya menggunakan pisau yang berada di lantai sebelum menikam datuk saya," ujarnya.

Selepas membunuh kedua-dua mangsa, kata Rasidi, dia pulang ke rumah untuk membasuh tangan dan pisau tersebut.

"Tiba-tiba ayah saya keluar dan tulisan di dinding itu mengarahkan saya menyembelih ayah dan mengambil kepalanya untuk dibawa ke Thailand.

"Selepas itu saya terus masuk ke dalam rumah dan berjumpa adik saya. Tulisan di dinding itu kemudian mengarahkan saya menikam adik saya untuk menyelamatkannya daripada dirasuk dajal dan syaitan," jelasnya.

Kata pemuda itu, dia membawa kepala bapanya dengan menaiki motosikal ke pekan Tampin dan dari situ dia menaiki teksi ke Seremban sebelum ke ibu negara dengan menaiki bas.

"Di Kuala Lumpur saya menyewa bilik di sebuah hotel bajet di Jalan Petaling dan pada malam itu saya telah diadili oleh Tuhan atas pembunuhan yang saya lakukan serta dijatuhi hukuman pancung.

"Pada waktu pagi saya pergi ke Penjara Pudu untuk menjalani hukuman gantung tetapi saya dapati ia sudah ditutup. Saya kemudian pergi ke mahkamah berdekatan Dataran Merdeka tetapi mahkamah itu sudah berpindah," katanya.

Rasidi memberitahu, dia kemudian pergi ke Masjid Jamek dan mendengar banyak suara menyuruhnya menyerang anggota polis agar mereka menembaknya sekali gus melaksanakan hukuman pancung yang dijatuhkan terhadapnya.

"Saya kemudian mengambil sebilah pisau dari sebuah kedai makan berdekatan Masjid Jamek lalu berjalan mencari balai polis berhampiran.

"Tiba-tiba saya terjumpa dua anggota polis bantuan yang sedang meronda di stesen LRT Masjid Jamek dan saya telah mengacukan pisau tadi kepada mereka dengan harapan mereka akan menembak saya," ujarnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Hanif Hassan berkata, anggota polis berkenaan tidak melepaskan tembakan sebaliknya mereka mengejar dan memberkasnya.

Bekas tunang tertuduh, Mysharah Mohammad Ali, 29, yang turut dipanggil sebagai saksi pembelaan memberitahu, dia dihubungi oleh tertuduh pada 3 Januari lalu dan dimaklumkan mengenai ibu, bapa, abang dan adik lelaki tertuduh telah meninggal dunia.

"Saya tanya tertuduh... betul ke, takkan semua mati serentak. Kemudian tertuduh kata betul sebab dia (Rasidi) adalah Rasulullah," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersambung 30 Ogos ini.

Sunday, March 21, 2010

Rosmah kini Ketua Wanita Umno


KUALA LUMPUR: Pemimpin wanita diseru supaya lebih kerap turun padang bagi menyelami dan memamahi hati rakyat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika menyarankan perkara itu berkata, tugas itu perlu dilaksanakan oleh pemimpin wanita bagi memahami masalah, keperluan, aspirasi dan kegelisahan rakyat sebagai stategi dalam memastikan rakyat sentiasa didahulukan dalam semua aspek.

"Pada waktu seperti inilah kita melihat bagaimana wanita dan kepimpinan wanita negara memainkan peranan dengan menunjukkan segala sifat keibuan kita, rakyat bukan sahaja didahulukan tetapi diberi perhatian sepanjang masa.


"Saya yakin, dengan keupayaan dan kelebihan wanita yang Allah kurniakan iaitu perasaan lebih peka, pemikiran lebih wajar, kita dapat bersama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki untuk membantu merealisasikan konsep 1Malaysia ini," katanya.


Beliau berkata demikian pada Program Mesra Bersama Rakyat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Parlimen Batu bertemakan 'Rakyat Didahulukan' di sin hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Raja Nong Chik dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga WPKL, Senator Datuk Azizah Abd. Samad.

Dalam pada itu Rosmah berkata, slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' di bawah gagasan 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya sekadar dilafaz, sebaliknya dipadatkan dengan pengisian program bersesuaian yang dipertingkatkan dari masa ke semasa demi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menambah, masa depan negara bergantung kuat kepada faktor-faktor tersebut.

Sementara itu, Shahrizat berkata, PPR Taman Wahyu merupakan antara contoh projek perumahan rakyat terbaik dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur yang selesa dan lengkap termasuk tadika serta pusat komuniti.

Katanya, selain memperkasakan wanita setempat ia turut meningkatkan martabat wanita dari golongan sederhana dengan melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti berfaedah.

Wednesday, March 10, 2010

Rosmah jadi kuasa utama di Malaysia



KUALA LUMPUR 9 Mac - Isteri Ke dua Najib, Rosmah Mansor (sesetengah pihak menggelarnya Big Mama atau emelda, gelaran kepada awanita yang suka berbelanja besar) yakin golongan wanita di negara ini mampu terus menjadi kuasa utama dalam mempengaruhi perkembangan generasi masa depan menjelang 2020.

Selain itu, katanya, wanita juga akan terus berperanan sebagai sumber penting kepada ekonomi negara.

Tambahnya, tambah beliau, wanita Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang khususnya dalam bidang kesihatan, politik dan juga ekonomi.

"Ini membuktikan mereka telah diberi peluang untuk meneruskan kerjaya yang diinginkan," katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama pada persidangan 'The Women of Independence 2010' di Hotel JW Marriot di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IBN International, Sam Selvaraj.

Persidangan kali keenam anjuran IBN International selama dua hari mulai hari ini dihadiri kira-kira 220 peserta dari kalangan wanita profesional di negara ini.

Dalam pada itu, Rosmah mengingatkan golongan wanita supaya saling berganding bahu bagi membolehkan mereka mencapai matlamat yang sebelum ini dianggap mustahil.

"Saya yakin dengan kerjasama erat ini akan membolehkan wanita di negara ini mencapai kejayaan cemerlang selari dengan pembangunan di negara," katanya.

Jelas Rosmah, walaupun telah ada peningkatan tetapi masih ada lagi banyak perkara yang perlu diperbaiki.

"Ini kerana wanita juga inginkan perubahan serta bersedia ke arah itu kerana percaya setiap apa yang diinginkan tidak akan diperoleh dengan mudah," katanya.

Sunday, February 28, 2010

I Love U Rosmah - Najib


Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah, perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai semula.

"Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?" soal beliau lagi. -erapakatan

Saturday, July 11, 2009

PM MALAYSIA KE 7 IALAH ROSMAH ???


Datin Seri Rosmah Mansor (RM) berharap rakyat berpuas hati dengan kepimpinan suaminya sebagai ketua kerajaan sepanjang 100 hari tempoh pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kata Rosmah, apa yang penting adalah sokongan dan sambutan rakyat terhadap cara pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau percaya rakyat akan menilai dan menerima pentadbiran beliau dengan cara yang

baik. Beliau juga berharap rakyat berpuas hati dengan cara beliau dalam mengendalikan beberapa masalah dalam tempoh 100 hari.

Daripada kesemua isteri Perdana Menteri Malaysia yang pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima, cuma isteri Perdana Menteri Malaysia yang keenam sahaja yang cukup menonjol dan terlalu sibuk dalam urusan politik Perdana Menteri seperti sikap Datin Seri Rosmah Mansor.

Publisitinya pun cukup kuat dalam TV3 dan media arus perdana, menyebabkan rakyat merasakan seolah-olah peranan Perdana Menteri Malaysia itu sudah di 'remote control' di sebalik tabir oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Wibawa Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak begitu menyerlah lantaran tindih bertindih dengan karisma politik Datin Seri Rosmah Mansor yang secara terbuka merayu dan berharap supaya rakyat berpuashati, menilai dan menerima pentadbiran serta kepimpinan Dato' Seri Najib.

Bila isterinya Perdana Menteri meminta rakyat menilai serta berpuas hati di atas kepimpinan Dato' Seri Najib sebagai Ketua Kerajaan Malaysia, rakyat kebanyakan akan membuat tanggapan bahawa Dato' Seri Najib ada bermasalah dengan kepercayaan rakyat dan kurang berpengaruh tanpa bersandar kepada pengaruh isterinya Datin Seri Rosmah?

Rakyat tertanya-tanya dan berfikir, apakah pengaruh Datin Seri Rosmah sehingga beliau berkata bagi pihak Najib untuk mendapatkan kepercayaan rakyat?

Seperti biasa isteri kepada semua Perdana Menteri Malaysia yang lalu, mereka tidak aktif dalam politik tetapi mereka aktif dalam hal ehwal kebajikan rakyat seperti bergiat cergas dalam persatuan-persatuan yang menitik beratkan soal kebajikan masyarakat, kesihatan rakyat, kraftangan, bergiat cergas dalam Persatuan OKU, Persatuan Pesakit-Pesakit Jantung, Persatuan Pesakit Kanser, Persatuan Orang Buta dan sebagainya, tetapi bukan dalam bidang politik.

Pada dasarnya tidak salah kalau Rosmah bergiat sepenuh masa dalam politik tapi perkara tersebut belum pernah berlaku atau dilakukan oleh isteri-isteri Perdana Menteri yang terdahulu. Lagi pun tanggapan dan persepsi orang Melayu, seolah-olah Datin Seri Rosmah ada bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pula?

Tanggapan orang Melayu yang berfikiran negatif nanti bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia itu akan Rosmah jadikan sebagai jawatan Perdana Menteri yang bercorak 'Dinasti' walaupun Datuk Seri Hishamuddin mula mengintai daripada jauh!

sabahkini

Thursday, July 9, 2009

RAKYAT YANG MENILAI NAJIB - ROSMAH


“Rakyatlah yang sepatutnya menilai khidmat Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan saya,” kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya sebagai seorang isteri, sudah tentu beliau menyokong perkhidmatan Najib sebagai Perdana Menteri kepada rakyat dan negara.

“Tapi apa yang mustahak, rakyatlah yang patut memberi pendapat mereka dan bukannya saya, nanti berat sebelah,” kata Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada sidang akhbar sempena pertandingan badminton anjuran Bakti di Bukit Kiara International Equestrian and Country Club di sini kelmarin

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita mengenai perasaannya tentang genap 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri Sabtu ini.

Rosmah berharap rakyat dapat menilai dan menerima dengan baik cara Najib menguruskan negara dan juga masalah-masalah yang dihadapi sekarang.

Pertandingan badminton itu disertai 100 pemain termasuk Rosmah. Mereka mewakili empat pasukan iaitu Bakti, Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kera-jaan Negeri Sembilan (Pekerti), Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Melaka (Bistari) dan Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Bai-duri).

“Ramai muka baru yang menyertai aktiviti ini yang mampu mengeratkan hubungan persaudaraan. Juga terdapat pelbagai bangsa yang menyertai pertandingan ini selaras dengan konsep 1Malaysia,” kata Rosmah.

sabahtimes

Friday, July 3, 2009

ROSMAH OH ROSMAH

Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi (gambar) menegaskan sebagai 'first lady' yang sentiasa menjadi tumpuan ramai, Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor tidak boleh kekal mendiamkan diri.

"Jika tidak mempertahankan, ia seolah-olah ada benarnya juga," kata Athirah merujuk laporan dalam satu portal berita baru-baru ini.

Sebagai wanita pertama negara, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabiliti kepada perjuangan Umno dan suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan beliau.

Hampir dua minggu tiga klip video berupa dokumentari pendek yang menyiarkan beberapa orang yang dikatakan saudara terdekat Rosmah Mansor memberi gambaran negatif terhadap beliau.

Apa yang jelas, bagi Athirah belenggu 'hitam' yang membayangi wanita pertama itu akan terus menghantui perjalanan politik negara.

"Isu-isu 'C4' misalnya dikaitkan langsung dengan beliau. Malah rakyat juga percaya Najib duduk di bawah telunjuk Rosmah dan ternyata ia sangat sukar untuk dinafikan," katanya.

Beliau juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun apa yang menimbulkan tanda tanya, kata Athirah tidak pernah berlaku dalam sejarah negara 'first lady' menjadi tumpuan pemimpin besar negara luar malangnya sehingga kini masih tidak terjawab oleh beliau.

"Najib sebagai Perdana Menteri tetapi Rosmah yang lebih berperanan dalam sidang tertentu, Najib pula tidak menonjol," katanya.

Justeru, tegas Athirah, Rosmah harus membersihkan nama baiknya dan membuat penafian terhadap klip video tersebar itu sepertimana beliau pernah membuat kenyataan tidak mengenali wanita Mongolia.

Tiga klip video yang tersebar itu memaparkan beberapa individu yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rosmah. Video yang disebarkan dalam 'you tube' itu semakin mendapat perhatian pengunjung internet.

Video berupa dokumentari itu, menyiarkan beberapa interview yang membongkar kisah perjalanan hidup Rosmah Mansor dari awal kemuculannya hinggalah beliau menjadi isteri Najib Tun Razak.

Ekoran kemunculan klip video itu, dilaporkan dua pelajar Universiti Malaya Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli merengkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan Rosmah Mansor.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri Perdana Menteri. Badrul Hisham dilaporkan tidak mengetahui tentang penerbitan video itu.

Berikut Kenyataan Penuh Athirah melalui laman webnya, Pena Perjuangan.

"Kelmarin saya dihubungi oleh salah seorang sahabat, wartawan Harakah bagi mendapatkan respon saya berhubung penyiaran beberapa dokumentari you tube berhubung isteri PM ke-6.

Kebetulan saya sendiri sudah menonton beberapa tayangan itu melalui capaian you tube, dan mengulangnya beberapa kali bagi meneliti dokumentari tersebut daripada pelbagai sudut. Termasuklah meneka-neka apakah "nawaitu" pembikin dokumentari itu...iya sudah tentu kita tidak mahu diheret ke dalam "nawaitu" yang songsang.

Setelah melihat dan berusaha memahaminya maka beberapa perkara yang saya boleh rumuskan ialah :

1. Dokumentari itu sangat jelas, tidak langsung berselindung baik di sudut individu-individu yang terlibat memberi pandangan dan membuat ulasan..bahkan sukar untuk ditolak kefahaman mereka terhadap apa yang mereka utarakan..kerana yang terlibat boleh lah difahami sebagai "orang rapat" kepada individu yang mereka perkatakan. Bahkan, individu yang kediamannya dikatakan menjadi lokasi pernikahan dua orang besar negara ini.

2. Ada nilai sejarah dan asal usul individu yang sedang dibicarakan yang selama ini kita tidak pernah perolehi. Iya... seseorang yang "hebat" itu mesti bermula daripada "sebuah perjalanan" yang juga hebat, saya percaya begitu. Dan umum berhak untuk tahu, bukan atas alasan mencari kelemahan tetapi memahami "kehebatannya".

3. DS Rosmah Mansor & PM6 wajar dan wajib ambil tahu dan menyelesaikan "masalah" yang berbangkit daripada you tube "Puaka" ini kerana mereka berdua adalah ikon kepada rakyat, pemimpin negara yang sudah pasti meletakkan mereka berdua itu dalam kedudukan "public figure" apatah lagi selari dengan nazam perjuangan PM6 iaitu SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN maka sudah tentu mereka berdua juga menjadi "hak rakyat" . Justeru, sekarang ini segala persoalan yang membungkami kepala otak rakyat berhubung "kebersihan" mereka berdua sangat-sangat menuntut kepada respon dan jawapan segera! Jika tidak, saya pasti berontak rakyat tidak akan hanya dilihat di dinding kampus UM bahkan barangkali akan ada di mana-mana, dan kita tidak mahu ianya terjadi begitu kerana...iya bukankah kita berkongsi SATU MALAYSIA yang sama?!