JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Monday, April 16, 2012
Menanti sikap berlapang dada SAPP-Star
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp.
"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.
Selain PKR, Pakatan Rakyat (PR) turut dianggotai oleh Pas dan DAP.
"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.
"Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.
Ketika ditanya sama ada PR mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.”
“Apabila tiba masanya, mereka sendiri (PR dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."
Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika PR memerintah, Anwar berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan. – Bernama
Thursday, October 27, 2011
SAPP will not join PR – ex-minister
Veteran politician Datuk Mohd Noor Mansoor said SAPP was a local opposition party and it was not wrong if SAPP would not join PR.
Mohd Noor, who is a former State finance minister, said they would respect the other OPs but would not to be misused or manipulated by them.
He said SAPP wished to have sincere cooperation or negotiations from the other OPs.
He told the media this at a press conference at Emas Hotel here.
Also present were SAPP deputy president Haji Amde Sidik @ Hamdi, treasurer-general Duli @ Dullie bin Marie, vice-president Datuk Chua Soon Bui, as well as Supreme Council members Kenneth Goh Piang Kiong and Yong Chong Kim.
Meanwhile, SAPP deputy president Haji Amde Sidik @ Hamdi disclosed that SAPP was only interested in struggling for Sabah and for Sabahans.
Meanwhile, vice-president Datuk Chua Soon Bui said the party would organise a ‘cyber-media’ training for youths on October 26, at SAPP office, Takada here.
The programme would start at 10am and open to all youngsters in Tawau.
Chua said SAPP leaders would tour Sabah and that the party had fully prepared their election machinery.
She said a list of SAPP candidates for Tawau would be announced by the party committee presidential council at the appropriate time.24 Oktober 2011.
Wednesday, June 8, 2011
Kenyataan Dangkal SAPP
Kenyataan Naib Presiden SAPP, Dulli marie yang menyebut bahawa pemimpin politik Pakatan Rakyat dari Semenanjung khasnya Lim Kit Siang dan DAP sebagai mempunyai mentaliti penjajah dalam mengutarakan pandangan berkenaan Sabah kelihatan sangat dangkal. Nampaknya SAPP melalui Dullie cuba menjadi jaguh kampung dan melupakan sejarah bagaimana mereka dahulunya berada bersama kerajaan UMNO-BN dan telah gagal untuk memanfaatkan peluang itu untuk mengubah kedudukan rakyat Sabah khasnya yang mereka wakili melalui Wakil Rakyat mereka ke arah yang lebih baik namun bersekongkol untuk menjajah pemikiran dan harta rakyat.
Pengunduran SAPP dari komponen BN lebih disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dalam pembahagian jawatan dan kedudukan politik bukannya kerana mahu membela rakyat Sabah secara jitu.
Sebagai rakyat Sabah, walaupun dilahirkan di Semenanjung saya suka mengingatkan Saudara Dullie dan SAPP amnya bahawa politik sentimen akan menemui jalan buntu suatu masa nanti dan kelihatannya masa itu sudah semakin hampir.
Jangan sama sekali cuba meneruskan tabiat buruk semasa berada dalam komponen BN sekiranya mahu terus releven kepada perjuangan rakyat sekarang.
Tidakkah beliau ingat bagaimana SAPP hanya berada di tempat terakhir dalam PRK Batu Sapi walhal Presiden mereka pernah menjadi Ketua Menteri Sabah.
Pakatan Rakyat sangat komited untuk membela keseluruhan rakyat Sabah tanpa mengira agama dan keturunan.
Walaupun PAS, PKR dan DAP berlainan ideologi, namun kami berjaya mengecilkan saiz perbezaan tersebut dan dapat berkerjasama dan mencapai titik pertemuan demi untuk kebajikan rakyat yang kami wakili malah kami telah membuktikannya di Selangor, Pulau Pinang,Kedah, Kelantan dan Perak sebelum kerajaan PR yang sah dirampas oleh mahkamah UMNO.
Rakyat Sarawak telah membuktikan bahawa istilah parti luar, parti semenanjung dan berbagai istilah ciptaan talibarut UMNO-BN telah pecah dan PR telah menang di 15 kerusi.
Apakah Dullie lupa bagaimana parti dominasi cina tempatan telah gagal mendapat sokongan?
Kegagalan dan kejayaan bukan disebabkan oleh samada parti tempatan atau semenanjung tetapi rakyat menilai dan mandapati bahawa parti- parti dalam gabungan Pakatan Rakyat dapat melaksanakan pelan pembangunan yang dijanjikan kepada rakyat dengan baik.
Kelantangan Lim Kit Siang dan DAP terhadap SAPP tentulah bersebab memandangkan SAPP yang lebih dahulu menonjolkan sikap bongkak mereka.
Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin SAPP sangat menyinggung perasaan pemimpin PR dan ahli-ahlinya.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa membuat ucapan di majlis mengumumkan calon PR dalam PRK Batu Sapi dahulu, telah menegaskan sekiranya PR memerintah, PAS sebagai salah satu rakan utama PR akan memastikan bahawa PR akan melaksanakan pemerintahan yang penuh adil, telus dan dedikasi kepada seluruh rakyat samada Sabah, Sarawak atau Semenanjung.
Malah beliau memberi jaminan bahawa PR akan melaksanakan amalan federalisma yang sebenarnya dengan memastikan hasil petroleum sesebuah negeri itu dibelanjakan untuk keperluan samada pembangunan, pendidikan dan sebagainya bagi negeri tersebut terlebih dahulu sebelum diambil oleh Kerajaan Pusat.
Jaminan ini bukan semata-mata cakap politik sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Presiden SAPP semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah dahulu.
Sekiranya Dullie dan partinya SAPP benar-benar mahu melaksanakan kebaikan untuk rakyat Sabah maka sudah sampai masanya SAPP memikirkan secara serius tindakan yang bakal dilaksanakan menjelang PRU 13 nanti.
Jangan bercakap seolah mahu membela rakyat tetapi bertindak sebaliknya tanpa mempedulikan samada apa yang mereka lakukan akan memberi kesan terhadap perjuangan rakyat dalam usaha menumbangkan UMNO-BN.
Rakyat mempunyai akses yang luas kepada maklumat sekarang ini maka tindakan membodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan dangkal akan merugikan SAPP sendiri.
Memang tidak dapat dinafikan terdapat kalangan rakyat yang terpengaruh dengan politik perkauman seumpama ini namun kita harus menjadi lebih rasional samada mahu membawa rakyat berundur kebelakang atau memacu mereka ke hadapan untuk menumbangkan UMNO-BN dan mengambil alih tampuk pemerintahan agar kita dapat membetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan oleh UMNO-BN.
Adalah lebih baik Dullie dan SAPP memfokuskan serangan dan propoganda media terhadap UMNO-BN yang menjadi musuh politik bersama yang sedang cuba dijatuhkan oleh PR dari cuba memecahbelahkan kesepakatan rakyat terhadap PR dalam menghadapi UMNO-BN yang telah merosakkan negara dan rakyat selama sedekad yang lalu.
Saya ingin mengutarakan kepada Saudara Dullie dan SAPP agar membantu dan berkerjasama dengan PR secara jujur serta bersungguh-sungguh dalam usaha mengakhiri legasi pemerintahan UMNO-BN samada di peringkat Persekutuan atau negeri Sabah.
Dengan menguasai kerajaan Persekutuan sahaja kita dapat mengubah perlembagaan negara yang mengandungi perkara-perkara yang merugikan negeri-negeri dan rakyat seluruhnya.
Jangan menjadi seperti orang yang asyik mempertikaikan mana yang lebih dahulu samada ayam atau telur.
Sebaliknya fikirlah apa yang boleh dilakukan dengan ayam dan telur tersebut untuk rakyat seluruhnya.
http://nakhodakeningau.blogspot.com/
Tuesday, June 7, 2011
SAPP akan perangkap Pakatan
Sementara negara memfokus ke arah pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat mula bergerak secara aktif untuk membentuk satu gandingan formal dengan parti tempatan di Sabah — SAPP dengan harapan dapat mematahkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia timur itu.Sabah antara negeri yang dilihat masih muncul deposit tetap bagi BN dengan menawarkan 25 kerusi Parlimen.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kerjasama dengan Parti Progresif Sabah itu, yang diterajui oleh bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee, adalah penting demi merancakkan peluang perikatan tersebut menentang BN dalam pilihan raya umum, yang dijangka dipanggil bila-bila masa.
The Malaysian Insider difahamkan PKR Sabah di bawah kepimpinan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membentuk satu pasukan perundingan untuk mengadakan perbincangan dengan SAPP.
DIfahamkan anggota dalam pasukan itu termasuklah ketua cabang PKR Libaran Ahmad Thamrin Jaini, Datuk James Ghani (Papar), Datuk Halik Zaman (Tenom), Christina Liew (Kota Kinabalu), Datuk Kong Hong Ming (Tawau), ketua sayap pemuda PKR Sabah Jafery Jomion dan timbalan setiausaha agung PKR dan ketua cabang Penampang, Darell Leiking.
Kesemua mereka berada dalam majlis presiden khas yang ditubuhkan awal tahun ini.
Anggota lain dalam pasukan itu ialah bekas pemimpin BN dan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk Kalakau Untol dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Roland Chia.
Seorang anggota parti memberitahu The Malaysian Insider, anggota pasukan itu akan bertemu hari ini untuk melantik pengerusinya sebelum diadakan perbincangan mengenai penggabungan.
Kata sumber itu lagi, apabila persetujuan dicapai dalam Pakatan Rakyat Sabah, perundingan dengan SAPP akan dimulakan.
Bagaimanapun, jika pilihan raya negeri Sarawak April lalu diambil kira sebagai petanda, kerjasama politik sedemikian boleh berubah rumit ekoran perselisihan pandangan antara Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan SAPP, yang memperjuangkan autonomi bagi Sabah.
Yong didakwa sudah melenting berhubung cadangan tersebut ekoran satu pandangan penasihat DAP Lim Kit Siang minggu lalu bahawa parti itu sewajarnya membentuk pakatan formal dan bukan hanya persahabatan politik.
Ketika dihubungi, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mempertahankan pandangan Lim dengan berkata, apa yang diperkatakan itu tidak dikeluarkan dengan niat jahat.
SAPP, kata Wong, mesti menjadi “adik kandung” Pakatan Rakyat, bukannya hanya rakan atau saudara kepada perikatan itu.
Meskipun adanya pertengkaran kecil itu, kedua-dua DAP dan PKR secara terbuka memperlihatkan hasrat mereka dan kesegeraan untuk bergerak ke arah itu sementara SAPP kekal tidak komited setakat ini.
Ketika dihubungi hujung minggu lalu, Ketua Penerangan SAPP Chong Pitt Fah juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa partinya juga telah membentuk jawatankuasa perundingan untuk membincangkan soal penggabungan.
“Kami sudah membentuk jawatankuasa kami tetapi tidak mengadakan sebarang perundingan,” katanya.
Beliau juga yakin bahawa pakatan PKR-DAP-PAS-SAPP tidak akan berakhir seperti yang disaksikan di Sarawak antara Pakatan Rakyat dan SNAP.
Friday, July 23, 2010
Harris saman Presiden SAPP RM50 juta?
Saman terhadap Teck Lee tersebut difailkan oleh peguam Harris Tetuan Maringking and Co.
Teck Lee adalah mantan ketua menteri Sabah semasa sistem penggiliran ketua menteri tajaan Tun Dr Mahathir Mohammad.
SAPP telah keluar daripada BN Sabah pada tahun 2008 selepas sahaja PRU-12 kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawai sebagai Perdana Menteri.
Teck Lee juga dikaitkan dengan gerakan 16 September Anwar, dan jika gerakan itu berjaya Teck Lee akan dilantik sebagai Timbalan Perdana III.
Kini SAPP merupakan parti pembangkang di negeri Sabah, namun tiada kaitan dengan Pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Thursday, July 23, 2009
SAPP: Sabah BN powerless?
KOTA KINABALU, July 21, 2009: Sabah Barisan Nasional (BN) Government is powerless for failing to press the Health Ministry to solve the healthcare chaos in the State especially here.
Sabah Progressive Party (SAPP) Information Chief Chong Pit Fah said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman-led government have to admit that he and the entire State Cabinet members are lacking tooth on the matter causing the city losing a proper general hospital.
"According to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabah is the 'fixed deposit' of the BN when he visited here early May but sadly Musa and his Cabinet are unable to capitalize it to solve the chaotic healthcare situation in the State.
"The State Government could not do anything when the Queen Elizabeth Hospital (QEH) here was declared unsafe late last year, which was worse. Construction of the twin towers to replace the unsafe main tower block as announced by the Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lay also has yet to commence," he said in a statement, here, today.
He said the people must be wondering why the construction of the twin towers have yet to take off, such a situation made the State Capital the only city in the world without a general hospital.
Chong said the QEH is also the only referral hospital in Sabah and such situation caused Malaysians residing in the State and Sarawak's Lawas and Limbang districts losing such badly needed facilities.
According to him, the people residing in the State and at Lawas and Limbang have no choice but to travel to Kuala Lumpur or Singapore for referral, which the poor could not afford.
He said Musa must remind the Federal Government that they have taken over the healthcare and education services of the State after Sabah Government had many years ago handed it over to Kuala Lumpur in exchange of income tax revenues.
"However, Kuala Lumpur have not responded well to the dire needs of a good healthcare services of the State. This reflects that Sabah is being sidelined despite tagged as a 'fixed deposit'," he said.
He said Musa had admitted about the bad healthcare situation here but the Health Minister had said it was not so.
"So who is right? It is the Chief Minister or the Health Minister who is hardly seen here," Chong said.
He said SAPP welcomes more private hospitals here as it could provide better services due to healthy competition but not to convert the abandoned Wisma Khidmat building, owned by a State agency whose aim chiefly to provide credit facilities to the deserving people and Small and Medium Enterprises.
He said Sabah Credit Corporation (SCC) the owner of the Wisma Khidmat building should also not be forced to venture into the healthcare sector short of experience and expertise.
"We do not want to see them fall into financial difficulties due to huge losses. We fear if that should happen, SCC might one day could not assist the Small and Medium Enterprises anymore and this could affect the State's economy," he said.
It was reported that the private hospital to costs more than RM100 million.
He said Musa must also explain to the people how the SCC owned private hospital could benefit the people especially the poor folks. He said that all quarters understand that a private hospital is a profit oriented entity and would no way charge a very low fee to stay afloat.
"SAPP insists Musa to explain how the low income group could benefit from the setting up of the private hospital. The Chief Minister has announced that the private hospital would be loaned to the government but what would happen if the upgrading of the QEH has completed. We do not wish to see another State-owned private hospital forced to be sold to the Health Ministry in future," he said.
He also calls on Musa to push the Federal Government to speed up the taking over of the Sabah Medical Centre (SMC) at Luyang, here, because the delay is puzzling despite being announced by the Prime Minister and the Health Minister.
"Musa is obliged to explain the people on this matter so that we would know what are the actual reasons," he said.
Friday, July 10, 2009
RM25.9b from Sabah since '95

Finance Minister Datuk Mohd Najib Tun Razak, said this in reply to Sepanggar MP Datuk Eric Majimbun during a question and answer session in Parliament here.
He said the system for recording the Federal Government's revenue according to State was only created and implemented since 1995.
To another question from Majimbun, the Human Resource Ministry in a written answer stated that 338 workers in Sabah were retrenched between October 2008 and June 23 this year.
It said out of this the highest was in the manufacturing sector involving 191 workers, followed by in the agriculture, hunting and forestry sector with 59 workers, community services, social and other individual activities (23); trading of wholesale and grocery, auto vehicle repair, motorcycle, private goods, household and others (20); public administration and defence, security and social (12); transportation (11); hotels and restaurants (9); financial intermediary (5); mining and quarry (4); construction (2); electrical, gas and water supplies (1); real estate, leasing and trading (1).The Ministry said in the said period some 28,851 local workers throughout the country were permanently retrenched, while another 8,908 quit their jobs voluntarily.
Of this it said the manufacturing sector recorded the highest with 21,905 workers, involving 463 employers, followed by the construction sector with 542 workers retrenched involving 57 employers, the service sector (hotel and restaurant) with 593 workers retrenched, involving 18 employers.
sumber: SAPP
Sunday, June 28, 2009
SAPP to Raymond: Let the people be the judge

KOTA KINABALU, June 28, 2009: Sabah Progressive Party (SAPP) has reiterated its acceptance of the challenge from Parti Gerakan National Vice President Datuk Raymond Tan for re-contesting of all its four seats i.e. two state seats (Likas and Luyang) and two Parliamentary seats (Sepanggar and Tawau).
Reiterating the challenge on-behalf of the four SAPP Elected Representatives (YBs) namely the MPs for Sepangar and Tawau, Datuk Eric Majimbun and Datuk Chua Soon Bui, the State Assemblyman for Likas Datuk Liew Teck Chan and Luyang Assemblywoman Melanie Chia, was SAPP Information Chief Chong Pit Fah in a statement issued here yesterday.
He was responding to a statement by Tan who is also the State Industrial Development Minister cum Tanjung Papat State Assemblyman, that the four SAPP YBs should resign and re-contest because they won their respective seats under the BN symbol.
Chong however reminded Tan to first get the Barisan Nasional (BN) government to amend the election law, to allow incumbent Elected Representatives to re-contest if they resign.
This is because the present election law forbids an Elected Representative to contest for five years if he or she resigned.
Chong who is also SAPP Kepayan CLC Chairman said the re-contest would also once and for all resolve the so-called issue of 'moral standing' cited by Tan earlier, to find out who will the people support eventually.
"There is no use of issuing challenges in the media. Let's face off and let the electorates be the judge," he challenged.
He also reiterated SAPP's stand earlier that both Tan and his party colleague, Au Kam Wah who is currently the Elopura State Assemblyman cum Chairman of Sabah Energy Corporation (SEC) should resign and to re-contest their seats.
Chong said this was because it is a public knowledge that both of them resigned from SAPP and later joined Gerakan for selfish agenda and interest, rather than for the people's interest as what they have been claiming all the while.
He thus doubted both Tan and Au would ever vacate their seats for fear of losing their current positions and all the perks and privileges that come with them, should they lose in the contest.
He further quipped that Tan had even failed to honour his words when he (Tan) announced during his last meeting with SAPP Supreme Council last year that, he would resign as both the Deputy Chief Minister and Infrastructure Development Minister within 24 hours if SAPP pulls out of the BN coalition.
Chong also took a swipe at Tan for proclaiming that Parti Gerakan will contest all the four State and two Parliament seats in the event of by elections, describing it as a blatant display of sheer arrogance.
"Would the other BN component members agree to this," he asked.
Besides this, Chong also called on Tan to better explain what he meant when said in his earlier statement that "SAPP should emulate Datuk Anwar Ibrahim".
sumber: SAPP
Thursday, June 25, 2009
SAPP Terima Cabaran Bertanding Semula Enam Kerusi Di Sabah
KOTA KINABALU, 25 Jun (Bernama) -- Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua Anggota Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden baru parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.
Keempat-empatnya mengeluarkan kenyataan yang ditandatangani bersama berhubung perkara itu di sini Khamis, sebagai respons kepada cabaran yang disuarakan oleh Tan semalam supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing.
Bagaimanapun, mereka berkata memandangkan Tan mendakwa mempunyai nilai moral yang tinggi, SAPP membalas semula cabaran itu kepada beliau (Tan) dan rakannya dalam parti Gerakan Au Kam Wah, yang juga Adun Elopura, supaya mengosongkan kerusi mereka dan bertanding semula di bawah panji-panji BN-Gerakan.
"Ini disebabkan mereka telah pun beralih parti selepas memenangi kerusi yang disandang oleh SAPP sejak 1994. Jika bukan kerana SAPP, mereka tidak akan menjadi calon dalam pilihan raya sebelum ini.
"Kalaulah bukan kerana usaha anggota dan penyokong parti, mereka tidak akan menjadi YB (wakil rakyat), menyandang jawatan tinggi dan menguntungkan dalam kerajaan hari ini.
"Raymond Tan dan Au Kam Wah tidak pernah menjadi anggota BN kerana tidak ada peruntukan bagi anggota individu dalam BN. Mereka adalah anggota SAPP yang menggunakan jentera dan anggota SAPP untuk memenangi pilihan raya," dakwa mereka.
Mereka berkata: "Sebagai seorang peguam dan YB selama empat penggal, Datuk Tan tidaklah jahil sangat bahawa Artikel 17 (5) Perlembagaan Sabah dan Artikel 48(6) Perlembagaan Persekutuan melarang anggota Dewan daripada bertanding semula dalam pilihan raya selama lima tahun sekiranya beliau mengosongkan kerusinya".
Sehubungan itu, SAPP menggesa Gerakan supaya meminta kerajaan BN menguatkuasakan, antara lain, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Sabah bagi membolehkan anggota DUN dan Parlimen bertanding semula bagi kerusi masing-masing dalam pilihan raya kecil selepas mereka mengosongkan kerusi berkenaan.
SAPP juga mahukan pengosongan kerusi dilakukan secara serentak oleh Tan (Tanjong Papat) dan Au (Elopura) bersama-sama Adun daripada SAPP iaitu Liew (Likas), Chia (Luyang) dan Eric iaitu Anggota Parlimen Sepanggar serta Chua (Tawau).

