JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Sketsa Isteri FRU

Isteri : Wah bergayalah abang lepaskan gas semalam, tengok kt TV.
Polis FRU : Hehe.... baru awak taw..... ehem.. (eksyen)
Isteri : Sayaaaaang abang!
Polis FRU : Masak apa hari ni?
Isteri : Tak masak!
Polis FRU : Apasal lak.... ni lapar ni....
Isteri : Gas habis!

Bersih di Sabah, Ketua Pemuda PAS turut ditahan

Gelombang Bersih bukan sahaja dirasai di Semenanjung Malaysia dan Sarawak malah turut merebak ke Sabah.

Ini terbukti pada 9 Julai lalu, Markaz PAS Sabah di daerah Tawau, di Jalan Kuhara yang menyediakan tayangan langsung mengenai himpunan Bersih dari semenanjung turut tidak terlepas dari pemantauan polis.Ini kerana seawal 8 pagi, beberapa kenderaan polis berlegar-legar di kawasan itu selain beberapa jurugambar yang dipecayai Pegawai Cawangan Khas mengambil gambar di markaz tersebut yang turut dihadiri pimpinan PAS dan DAP.

"Seawal jam 8.00 beberapa orang petugas sudah membuat persiapan memasang skrin layar putih bagi mengikuti perkembangan semasa BERSIH 2.0 di semenanjung Malaysia dan seawal itu jugalah Jabatan Penyiaran, Helikopter, serta pegawai polis membuat rondaan dan ada sebilangan pihak Cawangan Khas yang mengambil gambar," kata Pemuda PAS Kawasan Tawau.Sementara itu, Pemuda PAS Kawasan Sepanggar mengecam tindakan polis yang menangkap Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

Menyifatkan tangkapan itu diluar bidang kuasa polis, Pemuda PAS Kawasan Sepanggar mengingatkan polis agar tidak keterlaluan menahan dalam tindakan mereka kerana kesalahan itu tidak jelas.

"Tindak biadap polis menggari Ketua Pemuda PAS Sabah menggambarkan polis telah bertindak diluar bidang kuasa.

"Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar mengecam cara penahanan tersebut dan ingin mengingatkan pihak polis agar jangan keterlaluan apabila menahan mana-mana pihak yang belum tentu akan kesalahan mereka," kenyataan itu dipetik.

Sehubungan itu, pihaknya sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai insiden itu.

"Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, saudara Julfikar Abd Mijan, tindakan mahkamah akan diambil terhadap cara penahanan tersebut.

"Pihak polis harus bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang menyalahi undang-undang dan bertindak diluar bidang kuasa," kata kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan, Lahirul ditahan pada jam 5 petang 10 Julai lalu di sebuah restoran pinggir bandar Kota Kinabalu kerana memakai baju BERSIH dan cuba mengedarkan 20 helai lagi kepada rakan-rakannya.

Menurut Lahirul, polis menyiasatnya mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Katanya, beliau dibawa ke balai polis Karamunsing, dekat pusat bandar Kota Kinabalu di mana beliau bermalam dan kenyataannya dirakamkan.

"Mereka (polis) sudah ambil keterangan dari saya, 18 Julai diminta untuk lapor diri ke balai dan sekarang dilepas dengan jaminan polis," kata Lahirul.

Dalam soal siasat, polis banyak mengemukakan soalan berkaitan pemakaian baju-T BERSIH.

Lahirul juga berkata, polis turut membawanya pulang dalam keadaan bergari untuk menggeledah rumahnya di Sepanggar - kira-kira 15km dari pusat bandar Kota Kinabalu - pada jam 8.30 malam.

"Dalam tangan bergari saya dibawa ke rumah untuk digeledah. Lalu polis menjumpai kotak bekas baju BERSIH yang tertera alamat rakan saya.

"Tanpa waran, polis terus pergi mengeledah rumahnya walaupun dalam rumah tersebut ada orang gaji," dakwanya yang merasa terkilan kerana digari di hadapan anak dan isterinya.

Keretanya kini masih dalam simpanan pihak polis, tambahnya.

Sebelum ini, beberapa hari menjelang Bersih, Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat yang juga anak jati Sabah, Dr Natassia Sarah Mohd Danny bersama beberapa pemuda Pakatan Rakyat Sabah ditangkap polis semasa menjamu selera di sebuah restoran di Kota Kinabalu Sabah.Menariknya, Natassia ketika itu hanya berbaju hitam dan alasan tangkapan itu pula kerana mereka berpakaian Bersih.

Natassia dan yang lain turut diminta melaporkan diri di sebuah balai polis di negeri itu pada 9 Julai yang disifatkan wanita ini bertujuan mensabotaj mereka dari menyertai himpunan Bersih.

Sementara itu, blogger saif al mansur melaporkan dua hari sebelum Bersih, FRU sudah berlatih di Padang Merdeka Kota Kinabalu untuk mengekang pergerakan Bersih dari diadakan di negeri itu.

Anak muda ditangkap, selepas himpunan Bersih.

Seorang anak muda, Mohd Radzman Ramly ditangkap Polis kira-kira 2 petang semalam kerana berpakaian kuning yang tertera perkataan 'Bersih' semasa bermain boling bersama kawannya di sebuah pusat membeli belah di Seremban.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin yang ketika ini berada di balai polis Seremban berkata, seorang pegawai polis bernama ASP Affendy memberitahu beliau bahawa Radzman ditahan di bawah Akta Pertubuhan kerana terlibat dengan pertubuhan yang didakwa haram di negara ini iaitu Bersih.

"Selepas Radzman ditahan 2 petang semalam, sehingga kini kita belum menemuinya. Cuma polis memberi jaminan akan membebaskannya sebelum 2 petang hari ini.

"SAMM menyifatkan tangkapan ini membuktikan ketakutan kerajaan Umno BN terhadap kebangkitan rakyat kesan himpunan pada 9 Julai lalu," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau menyeru Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) meneruskan kempen dengan berpakaian kuning setiap hari sabtu.

"Kempen ini penting bagi memastikan ke semua lapan tuntutan Bersih berjaya sebelum berlangsungnya pilihan raya umum akan datang," katanya.

Berikut ialah 8 Tuntutan BERSIH

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Sunday, July 10, 2011

BERSIH di Sarawak : Adun KEADILAN turut ditahan

Polis Sarawak hari ini menahan 19 orang, termasuk ADUN Krian, Ali Biju di Miri dan Bintulu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata seorang lelaki ditahan kerana memakai baju-T kuning yang bertulisan “Bersih” di Miri pada pukul 12 tengah hari.

Di Bintulu, beliau berkata 18 orang termasuk ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali dan Ketua Cawangan Bintulu PKR, Paul Raja ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, di sebuah kedai kopi di kawasan komersil Parkcity pada pukul 2.15 petang.

NONE“Semua yang ditahan diambil keterangan. Seramai 17 daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi terus ditahan polis.

“Dua lagi ditahan polis kerana memakai baju kemeja-T kuning bertulisan Bersih,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Antara yang dibebaskan ialah Ali (kiri).

Di Kuching, keadaan tenang walaupun kira-kira 30 penyokong dan 12 ADUN DAP yang berbaju kemeja-T kuning berkumpul dan bersarapan di sebuah kedai kopi di Pusat Komersial Stutong di Kuching sejak pukul 8.30 pagi.

Sejam kemudian, 12 ADUN itu dibahagikan kepada empat kumpulan untuk mengadakan pendaftaran pengundi di pusat komersial BDC, King Centre, Tabuan Jaya dan Stutong.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan di sekitar bandar raya Kuching.- Bernama

Saturday, July 9, 2011

Apabila anak muda pimpin himpunan

oleh Masdar Wahid
Tindakan rejim Umno BN menghalang pimpinan utama BERSIH dan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki Kuala Lumpur hari ini tidak menghalang sekumpulan anak muda pro rakyat tampil memimpin himpunan aman BERSIH di sekitar Masjid Jamek dan Masjid India hari ini.Di kawasan ini, antara tempat yang jarang kelihatan pemimpin utama Pakatan Rakyat dan BERSIH kecuali beberapa aktivis reformasi 1998 dan pimpinan Kawasan PAS yang bersilih ganti memberi arahan mengenai himpunan bagi memastikan mereka berjaya menuju ke arah Stadium Merdeka.Seawal 7 pagi, tempat ini masih lengang walaupun Polis mengadakan pelbagai sekatan termasuk memeriksa sesiapa sahaja yang membawa beg dengan bertanyakan apa yang dibawa.

Turut diperiksa, sekumpulan warga emas yang membawa kain telekung untuk menunaikan solat.Namun, sebaik LRT Masjid Jamek ditutup kira-kira 12 tengah hari, Polis mula mengepung ribuan rakyat yang berkumpul di kawasan ini sebelum melepaskan gas pemedih mata dan memukul rakyat yang berhimpun.Menariknya, beberapa minit sebelum itu, sekumpulan anak muda tampil ke depan memimpin himpunan dengan laungan BERISH, kami mahukan pilihan raya adil dan bersih serta laungan takbir.Selepas aksi anak muda itu barulah kelihatan beberapa warga emas yang meminta laungan itu diteruskan bagi memantapkan semangat hadirin sebelum Polis 'menyambutnya' dengan memberi amaran akan bertindak ganas.Menjelang Zohor, Polis terus menghalang rakyat yang mahu melakukan solat di masjid bersejarah berusia ratusan tahun, iaitu masjid Jamek dengan melepaskan gas pemedih mata.

Turut kelihatan, Polis menahan dengan kasar seorang lelaki sehingga bajunya terbuka.

Malah, tindakan seorang wanita yang cuba merakam aksi itu ditahan Polis dengan mengarahkannya memadam aksi yang dirakamnya melibatkan sekumpulan anggota itu tadi.Selepas rakyat selesai menunaikan Solat di sebuah masjid lain iaitu masjid India, mereka meneruskan himpunan dengan berarak ke dataran May Bank, sebelum disambut gas pemedih mata beberapa kali sehingga memaksa mereka berundur sebelum hujan turun memudahkan orang ramai yang disembur tadi lega, kerana memudahkan mereka bernafas.

Tahniah turut diucapkan kepada aktivis dan individu tertentu yang membawa garam dalam jumlah yang sewajarnya dengan membantu secara percuma rakyat yang mengalami mata pedih selepas disembur berkali-kali tadi.

Namun, sesuatu yang perlu diambil iktibar jika adanya lagi himpunan besar dan penting seperti ini pada masa akan datang, penganjur BERSIH dan pimpinan Pakatan Rakyat harus mengeluarkan lebih awal jalan2 yang perlu dilalui menuju ke stadium merdeka selain memberitahu siapa individu yang memimpin himpunan di tempat tertentu.

Sebentar tadi, akibat adanya arahan pelbagai menyebabkan himpunan berpecah dan harus diingat, jika kita bergerak dalam himpunan dalam kuantiti kecil memudahkan Polis untuk menangkap sekaligus menjejaskan himpunan.Apa-apa pun, himpunan BERSIH hari ini bukan sahaja lebih baik dari dari himpunan BERSIH 2007, malah sangat-sangat berjaya kerana mampu memnarik puluhan ribu rakyat pelbagai kaum diseluruh negara hadir walaupun beberapa minggu sebelumnya dikekang dengan Polis serta pimpinan Umno cuba membentuk persepsi di media memburukan himpunan ini.Himpunan sudah berakhir, di harap ke semua 8 tuntutan BERSIH segera diluluskan oleh kerajaan.

Himpunan hari ini juga akan menjadi sejarah penting buat negara pada masa akan datang.

Oh ya, sebelum terlupa, peniaga disekitar masjid Jamek hari ini juga terus membuka kedai mereka terutamanya pemilik kedai makan.

BERSIH 2.0 berjaya, menanti BERSIH 3.0 pula

BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) - seorang lagi ahli
jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.

NONEBeliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".

"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.

BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.

"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.

Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya.

Peristiwa BERSIH di luar negara

Ketika polis mengawal ketat Kuala Lumpur, rakyat Malaysia di seluruh dunia mengadakan perhimpunan masing-masing menyokong tuntutan BERSIH untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Melbourne Bersih 2.0Perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.

Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square
mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter.

Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu 'Negara Ku'.

Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta.

Melbourne Bersih 2.0"Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!" tulis satu tweet.

Semasa di Perth, Australia, 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul
di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut.

Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu
serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Bersih Korea"Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan," laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri).

Memakai baju-T kuning, mereka - kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu - membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.MK

Friday, July 8, 2011

Zulhaidah mengaku tidak bersalah

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Miri semalam atas tuduhan memiliki dan mempamerkan baju-T bertulis BERSIH 2.0.

Zulhaidah, 38, dari Taman Da Sing, Taman Tunku Miri didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan yang dihadapi.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa tidak mempunyai kuasa atau sebab sah di sisi undang-undang kerana didapati memiliki dua helai baju-T bertulis ‘BERSIH 2.0’.

Manakala tuduhan kedua, beliau didakwa tidak mempunyai kuasa atau sebab sah di sisi undang-undang kerana didapati mempamerkan sehelai baju-T bertulisan ‘BERSIH 2.0’.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukannya pada jam 1.45 petang, 4 Julai lalu di Lapangan Terbang Miri.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Yaccub Chik memohon ditetapkan satu tarikh baru untuk perbicaraan kes ini kerana tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Yaccub turut mencadangkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 untuk setiap tuduhan yang dihadapinya kerana dilakukan tertuduh adalah serius dan kononnya boleh menjejaskan imej dan ekonomi negara.

Pun begitu, jumlah jaminan itu dibantah ketiga-tiga peguam bela Zulhaidah yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau, Ling Sie Kiong, Majen Panyog dan Abun Sui Anyit.

Menurut Ling, jumlah jaminan RM5,000 yang ditawarkan pihak pendakwa terlalu tinggi sedangkan denda maksimum bagi kesalahan yang didakwa ke atas tertuduh tidak melebihi RM5,000 jika sabit kesalahan.

Justeru beliau berharap mahkamah mengurangkan jumlah jaminan yang ditawarkan itu dan tidak menjadikan ia (wang jaminan) satu hukuman kepada tertuduh.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pendakwa dan peguam bela, Majistret Nasrul Hadi Abdul Ghani kemudian menetapkan 15 dan 16 Ogos depan untuk perbicaraan lanjut.

Manakala tertuduh dibenarkan untuk dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM4,000 berserta seorang penjamin tempatan (bapa Zulhaidah) bagi setiap tuduhan dihadapi, menjadikan jumlah jaminan adalah RM8,000.

Zulhaidah yang juga Timbalan Ketua AMK Sarawak adalah individu pertama yang ditangkap polis mengenai himpunan Bersih di Sarawak.

Basic guidelines for 9/7 (BM/Eng)

Panduan utk 9/7 (sebarkan!) -

1) Datang ke KL seawal mungkin – cuba elak dari memandu ke KL.

2) Sementara menunggu 2pm, anda boleh bersarapan atau makan angin di tempat awam berdekatan Stadium Merdeka (sokong peniaga tempatan).

3) Rakan2 Muslimin/Muslimat boleh tunaikan solat Zohor di mana-mana masjid sesuai.

4) Sebelum 2pm, sila menuju ke Stadium Merdeka.

5) Terpulang kepada anda jika ingin memakai kuning atau tidak. Rakyat memakai kuning mungkin akan menghadapi sekatan yang lebih kuat untuk masuk KL.

6) Tatacara lebih mendalam boleh diteliti di: http://bersih.org/?page_id=414​5

*

Guidelines for 9/7 (pls spread!)

1) Come to KL as early as possible, try to avoid driving into the city.

2) While waiting for 2pm, feel free to hang out at public places near Stadium Merdeka (support local business!)

3) Muslims are welcome to perform their Zohor prayers at appropriate mosques.

4) Before 2pm, make your way to Stadium Merdeka.

5) It’s up to you to wear yellow or not. Those in yellow may face greater obstacles trying to get into the city.

5) Other rally guidelines: http://bersih.org/?page_id=414​5

BERSIH meets with Istana officials

6 Nov 2007 = http://bersih.org/?p=414

At 11.00am this morning, a BERSIH delegation went to Istana Negara to deliver a letter to DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Alwathiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah.

The purpose of the letter was to inform Tuanku about a procession going to the Istana on Saturday, 10 November 2007, to hand over a memorandum. The Istana then asked BERSIH to submit the names of the delegation who will be handing over the memorandum.

BERSIH sees this as a positive response from the Istana.

Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0

Oleh : Herman Samsudeen

1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

-------------------------------------------------------------------------------------

Herman Samsudeen adalah Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, July 7, 2011

Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Perkasa

Datuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman Abu Bakar

Syed Hassan Syed Ali

Irawah Fahmi Ideris

Roslan Kassim

Sharifuddin Abd Hamid

Dr Zubir Harun

Ameir Hassan

Datuk Ahmad Saad

Ahmad Zaini Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira Jaafar

Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Omardin

Rizalman Mokhtar

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez Rahim

Ungku Saleh Ungku Jamal

Arman Azha Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih

Datuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad Sabu

Hishamuddin Md Rais

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman Mohamad

Dr Mohd Hatta Md Ramli

Syed Shahir Syed Mohamud

Syed Ibrahim Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisha Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izzah Anwar

Kohila Yanasekaran

Zaid Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasrudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari Amamt

Wan Hassan Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin

Muhammad Hilman Idham

Mohd Shukri Che Ab Razab

Mohd Syukri Kamaruddin

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izham Nurul Anuar

Abd Rahim Osman

Mohd Sibri Ismail

Mohd Lukam Muda

Datuk Prof Kamaruddin Kachar

Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Wednesday, July 6, 2011

Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam,

Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna:

• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.

• Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu:

• menjawab "ya";

• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:

1. Bantah;

2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072

• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428

• Negeri Sembilan : 06-6013 844

• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514

• Johor : 07-2235 698

• Perak : 05-2550 523

• Kedah & Perlis : 04-7333 467

• Kelantan : 04-7448 660

• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410

• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0

Tuesday, July 5, 2011

Penetang Bersih berfahaman komunis - Arip

KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) khasnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak bersekongkol dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, tegas Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Arip Ameran.

Arip menjelaskan bahawa pucuk pimpinan negeri PR tidak pernah memberi arahan untuk menyertai perhimpunan itu yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

“Setakat ini kami tidak mengadakan perjumpaan atau mesyuarat untuk berbincang mengenai perkara itu (perhimpunan BERSIH 2.0).

“Kami tidak melibatkan diri dengan perhimpunan itu…ia adalah dianjurkan pihak NGO bukan Pakatan Rakyat…kalau adapun yang terlibat dengan perhimpunan itu adalah atas dasar individu bukan atas dasar parti,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di pejabatnya di sini semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut memberitahu bahawa perhimpunan anjuran BERSIH itu diadakan bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong (YDA) bukan sebaliknya.

“Kekecohan mungkin berlaku akibat sabotaj justeru kami minta pihak PDRM untuk memantau supaya tidak berlaku kekacauan.

“Jika berlaku kekacaun, mereka patut menahan orang yang melakukan kekacauan itu bukan sebaliknya membuat provokasi,” tambahnya.

Selain itu, Arip turut memberitahu bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianjurkan bukan perhimpunan haram kerana ia mengikut Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“BERSIH mengadakan perhimpunan itu mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan…kecuali Perlembagaan Persekutuan menghalang dan tidak termaktub dalam Artikel 10 barulah perhimpunan BERSIH itu haram.

“Sementara itu polis mengatakan perkara itu (perhimpunan) bertentangan dengan Akta Polis…kalau polis mengehadkan perkara itu, bermakna Akta Polis itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ini kerana undang-undang paling tinggi di Malaysia ini adalah Perlembagaan Persekutuan, apa-apa undang-undang yang digubal hendaklah mengikut kuasa yang diberi Perlembagaan Persekutuan dan kalau ia melebihi Perlembagaan Persekutuan maka undang-undang itu terbatal.

“Walaupun Ketua Polis atau Perdana Menteri memberi arahan, adakah arahan itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata Arip sambil menambah pihak berkuasa sepatutnya menjaga dan memantau orang berhimpun kerana perhimpunan itu berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya lagi jika polis menghalang perhimpunana itu maka ia melanggari apa yang terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan dan memberi kebebasan rakyat Malaysia untuk berhimpun, bersuara dan berparti.

Beliau juga menyatakan bahawa amalan mencegah dan menghalang rakyat untuk mengadakan perhimpunan juga salah satu fahaman komunis.

“Untuk mengkategorikan perhimpunan itu haram atau tidak kita kena kembali kepada undang-undang, kalau undang-undang mengatakan perkara itu haram maka haramlah tetapi kalau undang-undang sudah membenarkan maka benda itu tidak haram.

“Haram itu hanya dilihat dari konteks pandangan penguasa-penguasa yang ada kepentingan tersendiri,” ujarnya.BP.

Monday, July 4, 2011

Bersih: Exco AMK ditahan di Lapangan Terbang Kuching

KUCHING: Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Zulhaidah Suboh (gambar, berbaju kuning) ditahan di Lapangan Terbang Kuching, tengahari tadi, sebelum berlepas ke Miri, sekaligus merupakan tangkapan pertama di Sarawak.

“Saya ditahan sebelum penerbangan saya dari Kuching ke Miri dan alasan penangkapan itu kerana saya berpakaian Bersih di bawah Akta polis Seksyen 27, kata polis itu kepada saya.

“Antara 10 hingga 15 Pegawai Polis berpakaian biasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan saya seorang dan sebaik tiba di lapangan terbang Miri, Polis menggeledah pula beg pakaian saya,” katanya kepada Suara Keadilan.

Beliau ketika ini ditahan di balai polis daerah Miri untuk memberi keterangan bersama peguamnya, Majen Panyuk.

Beliau juga percaya, penahanan itu ada kaitan dengan cadangan Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal mengadakan himpunan aman di tiga lokasi di semenanjung Malaysia selain di Sabah dan Sarawak 9 Julai ini.

Dua hari lalu, kira-kira 70 pegawai Polis bersama empat buah van menangkap tujuh anak muda dari KEADILAN dan PAS di Kota Kinabalu, Sabah.

Saturday, July 2, 2011

Menjelang BERSIH : Amalkan langkah berikut jika anda ditangkap Polis

KUALA LUMPUR: Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk ‘Hak Untuk Berhimpun’.

Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada 30 Jun lalu.

Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.

“Jika Polis itu tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasanya dan jika kad kuasa itu berwarna merah, bermakna pegawai itu sedang digantung tugas dan tiada kuasa apa-apa terhadap anda,” katanya di hadapan lebih 100 orang.

Menurutnya, jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama, nombor ID, nombor pendaftaran kereta atau motorsikal mereka dicatat kerana semua itu amat penting.

Latheefa berkata, seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya ‘Adakah saya ditangkap’ dan dijawab ‘ya’ oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari.

Namun katanya, tangkapan tidak sah sekiranya pihak polis tidak memberitahu alasan tangkapan itu dibuat.

"Perkara asas apabila anda ditangkap atau ditahan Polis ialah jangan panik, bertenang dan gunakan sebaik mungkin hak anda untuk tindakan seterusnya- Latheefa

“Pastinya, semasa tangkapan, Polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi seperti dompet dan telefon bimbit kecuali selepas anda dihantar ke lokap untuk tahanan.

“Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan,” katanya.

Pastikan balai atau lokap yang dihantar

Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain.

“Semasa ditangkap, setiap tahanan berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan dan peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan ditangkap dan di balai polis mana anda di bawa dengan tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.

“Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda,” katanya.

Semasa soal siasat, katanya, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat.

“Namun hanya nama, alamat, pekerjaan, dan umur sahaja yang boleh anda berikan dan selain itu anda wajar berdiam diri dengan berkata ‘Saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) atau ‘saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah’,” katanya.

Latheefa berkata ia penting bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah.

“Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu,” katanya.

Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.

“Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda,” katanya.

BERSIH : Kini baju Hitam pun ditangkap

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny (atas, berbaju hitam) bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam.

“Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing.

“Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan ‘kerajaan tidak suruh pakai baju kuning’ sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam,” katanya.

Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda (baju Bersih, di bawah) yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat.Mengulas tangkapan itu, Natassia menyifatkan tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkankan rakyat untuk menyertai himpunan aman Bersih 9 Julai ini.

“Tangkapan ini semakin menaikkan semangat saya untuk menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini dan saya menyeru rakyat agar turut sama dalam himpunan itu kelak.

“Jangan gentar kerana ini hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana tuntutan Perlembagaan,” katanya.

Ketika ini, empat peguam diketuai Ansari Abdullah bersama Erviana Ansari Ali, Ryian Soo dan Christina Liew berada di balai polis Karamunsing untuk membantu.

Bersih, anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan didokong pelbagai aktivis rakyat serta Pakatan Rakyat bakal mengadakan himpunan amanpada 9 Julai ini di tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, Selain di Sabah dan Sarawak.8.02 Malam : Sementara itu, Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah (Berkopiah Putih, baju kuning) memberitahu, ke tujuh-tujuh anak muda itu dibebaskan sebentar tadi, dengan jaminan Polis.

"Alhamdullillah. Selepas solat magrib bersama tahanan di Surau IPD Karamunsing semua 7 orang dibebaskan dengan jaminan Polis.

"Mereka diperintah untuk hadir diBalai pada 9 Julai ini, confirm tak dapat hadir perhimpunan BERSIH," kata Ansari.