JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label h1f1 selsema babi. Show all posts
Showing posts with label h1f1 selsema babi. Show all posts

Wednesday, September 23, 2009

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

vaccination

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.

Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”

Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”

Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”

Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”

neorologists1

(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen

Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS

hilar

Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu’alam …

perhatian_down

http://ibnuyaacob.com

Wednesday, August 19, 2009

H1N1 VS MERDEKA (MEREKA MENTEKEDARAH)


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 peringkat negeri pada 31 Ogos ini akan tetap diadakan walaupun berdepan penularan virus selesema babi atau influenza A (H1N1).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, bagaimanapun kerajaan akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak tersebut tidak menular.

"Kita akan buat seperti tahun sebelum ini dan terpulang kepada masyarakat untuk datang bersama-sama menghadiri majlis sambutan Bulan Kemerdekaan.

"Majlis keramaian seperti perbarisan dan kempen mengibar jalur gemilang akan diteruskan kecuali majlis perarakan kereta berhias tidak diadakan tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-52 dan mengibarkan Jalur Gemilang peringkat negeri di pekarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Peter Pang En Yin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman.

Yahya berkata, sempena menghormati Ramadan, sambutan kemerdekaan tahun ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.

Sementara itu, dalam ucapannya, Yahya berkata, Bulan Kemerdekaan dan kempen mengibar Jalur Gemilang bukan hanya mengajak rakyat menyahut seruan kepimpinan negara, tetapi bagi meningkatkan lagi semangat cintakan negara.

"Justeru, kita akan terus merayakan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini walaupun berlangsung dalam bulan Ramadan.

"Oleh kerana ia diadakan serentak, kita akan mengadakan majlis-majlis tahil secara serentak pada 30 ogos ini di semua masjid dan surau di seluruh negeri," katanya.Justify Full

Tambahnya, badan-badan agama yang lain digalakkan mengadakan upacara sembahyang khas sempena sambutan ulang tahun emerdekaan negara.

"Ini sebagai tanda syukur atas nikmat dan kemakmuran yang kita kecapi selama 52 tahun negara ini merdeka.

"Ini juga menggambarkan keunikan dan keharmonian sesama kita dalam menghidupkan suasana Bulan Kemerdekaan berdasarkan konsep 1Malaysia," ujarnya. UTUSAN

masdarwahid: beberapa bulan lalu, sarawak meluluskan konsert walaupun wabak h1n1 meningkat.

Saturday, August 15, 2009

More with flu virus in Sabah hospitals


Kota Kinabalu: The number of patients positive with the Influenza A(H1N1) virus in hospitals throughout Sabah has increased to 27 as of Thursday.

In a statement, the secretariat of the Cabinet Committee on Influenza A (H1N1) 2009 said five schools remained closed including SMK Pamol, SMK Beluran and SK Tangkungon, Telupid.

Director-General of Health, Tan Sri Dr Ismail Merican, advised the parents whose children showed symptoms of the flu virus not to send them to school to prevent its spread.

He reiterated that schools may not necessarily be closed if they only detected influenza-like illness among the students and teachers.

He said they ought to go home and acquire treatment immediately.

Monday, July 27, 2009

PENYAKIT UMNO UMPAMA H1N1


KEKELIRUAN DEMI KECALARUAN pendapat yang menyebabkan ramai yang tertanya tanya apakah benar kepimpinan baru UMNO Tenom sudah bersatu dan pulih sepenuhnya setelah dilanda krisis kepimpinan bahagian itu selepas pemilihan lalu, atau mungkin kenyataan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Bahagiannya sejak akhir akhir ini sekadar menutup tirai pentas ‘sandiwara politik’.

IRONINYA…ketika Rubin merasmikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO disini pada baru baru ini jelas sekali Rubin menidakkan adanya wujud dua kem dalam UMNO Tenom, malah dengan lantang beliau berkata kononnyanya perbalahan itu sememangnya lumrah politik dan bersifat sementara.

“ Kita ibaratkan perbalahan itu sebagai suatu fenomena penyakit yang baru menyerang seperti selsema H5N1…tetapi tidak lama lagi ia akan sembuh,” kata Rubin secara berseleroh dalam majlis itu.

Ramai ahli UMNO yang berada dikem seteru dengan Rubin timbul 1001 persoalan dan ada diantaranya tertanya tanya diri mereka sendiri bahawa apakah kenyataan Rubin itu sesungguhnya lahir sejujurnya dan seikhlas ikhlas hatinya atau lebih tepat lagi dalam bahasa tempatan Sabah ‘ cakap bunga bunga sahaja’.

DARI SEGI riak riak realitinya jelas kelihatan bahawa sememangnya telah wujud berpuak puak dalam UMNO selepas pemilihan, dan ini dapat dibuktikan apabila mengamati lunas lunas ucapan kedua dua sayap itu Pemuda dan Puteri, dimana ucapan mereka lebih terarah kepada kata kata rayuan kepada kepimpinan bahagian bahawa kedua dua sayap itu inginkan perpaduan dan penyatuan semula semua ahli baik dikem ‘A’ mahupun kem ‘B’.

BANYAK RAMALAN yang bermain dikepala khususnya ahli ahli UMNO yang berada diluar kampus kem ‘A’ dan ‘B’ yang melihat kelibat kepimpinan Rubin mengemudikan bahagian dari jarak jauh mungkin mengalami banyak kerumitan untuk bergerak bebas dan disebabkan itu bahagian mungkin akan ‘meletup’ sekali lagi sebelum PRU ke-13.

APA TIDAKNYA apa sahaja yang dirancang dan diputuskan Rubin mengikut selera politiknya, ada sahaja kekangan daripada para ‘Professor’ yang terdapat dibarisan ‘Kabinet bahagiannya’, tetapi mereka juga menawar pra syarat untuk merelakan Rubin berbuat apa sahaja perancangannya asalkan Rubin terpaksa menyanyikan ‘lagu senandung malam’ untuk melelapkan mata beberapa ‘Professor’ itu.

“ Kalau itu tak boleh…yang ini tak boleh..semua tak boleh..apa sudah jadi? Jadi serba salah! Siapa yang salah? Orang salah yang salah! Banduanlah jadinya?.

Oleh: Mail Mathew

Saturday, July 11, 2009

GRO HIDAP H1N1


Seorang penyanyi wanita di salah sebuah kelab malam di sini disahkan menghidap virus H1N1 iaitu kes keempat di Tawau setakat ini.

Mangsa berumur 20 tahun merupakan kes terbaru selepas ianya hanya disahkan menghidap penyakit itu kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Hj. Marzukhi Bin Md. Isa ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu.

"Sebanyak empat kes telah didaftarkan di Hospital Besar Tawau sehingga kini," katanya.

Beliau yang enggan mengulas lanjut memberitahu kes ke empat melibatkan seorang penyanyi itu baru didaftarkan kelmarin.

Sebelum ini, seorang lelaki berumur 20 tahun menjadi penghidap pertama di daerah ini dan difahamkan telah menjangkiti dua wanita lain masing-masing berumur 19 tahun yang turut disahkan positif menghidap virus itu.

Dengan jangkitan baru melibatkan penyanyi wanita 20 tahun itu menjadikan empat kes di Tawau setakat ini iaitu secara keseluruhannya tiga wanita dan seorang lelaki.

Thursday, July 9, 2009

WARTAWAN DIJANGKITI H1N1


Kakitangan editorial pejabat sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Cina di bandar Bintulu, kira-kira 270 kilometer dari sini, diarah berada di rumah selepas seorang daripada wartawan akhbar itu disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1) Isnin.

Bernama difahamkan arahan itu dibuat oleh pengurusan akhbar berkenaan atas nasihat Jabatan Perubatan Bahagian Bintulu bagi mengelak penularan wabak itu.

Wartawan berusia 34 tahun itu baru pulang dari lawatan ke China dan Hong Kong pada 2 Julai sebelum dia mengalami selesema dan sakit tekak dua hari kemudian.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh memberitahu pemberita di Sibu bahawa kes di Bintulu itu adalah yang ke-10 dicatat di negeri ini.

Berikutan pengesahan itu, pesakit kini dirawat di wad pengasingan Hospital, Bintulu, katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, July 1, 2009

KLINIK SELSEMA BABI PERCUMA


Sebuah klinik khas untuk pemeriksaan saringan Influenza A (H1N1) percuma terhadap semua peserta Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2009 akan diwujudkan di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Santubong, dekat sini, dua hari sebelum acara itu bermula.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata tugas utama klinik khas itu melakukan saringan kesihatan yang ketat terhadap semua pemuzik dari luar negara yang akan turut serta dalam RWMF 2009 itu nanti.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri berkata, sebelum itu, semua peserta RWMF 2009 akan melalui saringan kesihatan dengan ketat, sejurus pesawat mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KLIA), di ibu negara.


Katanya, sebelum dibenarkan masuk ke negeri ini sekali gus membuat persembahan di RWMF 2009, mereka diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini.

"Sejurus tiba di SCV mereka diwajibkan menjalani pemeriksaan saringan Influenza A (H1N1) di klinik khas yang diwujudkan di RWMF 2009.

"Mereka yang dikesan mempunyai sebarang tanda-tanda penyakit H1N1 akan dikuarantin serta merta dan saya berharap perkara itu tidak akan berlaku," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dr Chan berkata RWMF 2009 yang dijadualkan pada 10 hingga 12 Julai ini akan tetap diteruskan.

Bagaimanapun, katanya langkah berjaga-jaga termasuk pemeriksaan saringan ke atas peminat muzik dan artis akan dilakukan bagi mencegah sebarang penularan Influenza A (H1N1).

RWMF 2009 yang diadakan di kaki Gunung Santubong dengan penyertaan empat kumpulan pemuzik tempatan dan 13 kumpulan asing dari Portugal, Chile, Hungary, Finland, New Zealand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Tanzania, Maghribi, Poland, Indonesia dan Perancis.

Tahun lalu festival itu menarik kira-kira 22,000 peminat muzik dan menjana pendapatan sebanyak RM17 juta kepada negeri itu menerusi tempahan bilik hotel, makanan, minuman dan pengangkutan.

bharian

Tuesday, June 30, 2009

SELSEMA BABI: MENTERI PELANCONGAN HERDIK TIMBALAN KETUA MENTERI


ISU SELSEMA BABI YANG SEMAKIN SERIUS MENJADIKAN PELBAGAI ARAHAN SESUKA HATI DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN BERCELARU BEBAL NASIONAL BN. MENTERI PELANCONGAN Datuk Seri Ng Yen Yen (KENYATAANNYA DI SINI) MENGHERDIK SERTA MENYINDIR KENYATAAN KETUA MENTERI SARAWAK YANG MENGHALANG PELAJAR SARAWAK DARI LUAR NEGARA DARI KEMBALI KE NEGERI ITU. DISINI.

KEDUA-DUA LAPORAN INI DIKELUARKAN OLEH BERNAMA.

INILAH AKIBATNYA APABILA KENYATAAN DIKELUARKAN TANPA ROH MESYUARAT.

PADA PANDANGAN PERIBADI PENULIS, ISU INI SEBENARNYA LEBIH SERIUS APABILA KEMENTERIAN KESIHATAN GAGAL BERTINDAK PANTAS TERUTAMANYA MENYEDIAKAN PUSAT MEDIA (KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH BANYAK NEGARA MAJU DALAM MENGHADAPI SESUATU KES KECEMASAN) APABILA KES INI MULA DIKETAHUI.

Monday, June 29, 2009

Tangguh ke Sarawak - TKM


KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan menasihati pelajar Sarawak yang sedang belajar di Australia supaya menangguhkan kepulangan mereka buat sementara waktu berikutan empat kes Influenza A (H1N1) disahkan berlaku di negeri ini termasuk tiga kes yang melibatkan pelajar di Australia dan seorang warga Australia.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri berkata nasihat tersebut sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk menyekat penyebaran dalaman wabak H1N1 yang juga dikenali sebagai selesema babi di Sarawak.

"Mereka yang sedang belajar di luar negara termasuk di negara yang berisiko tinggi mengalami wabak seperti Australia dinasihat agar tidak pulang sehingga segalanya selesai.

"Bukan sebab kita tidak mahu mereka pulang tetapi sekiranya ibu bapa mereka begitu sayangkan mereka, ibu bapa boleh melawat mereka di sana," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Dr Chan berkata semua pengunjung luar dan rakyat tempatan yang pulang dari luar negara perlu mengisi maklumat pada borang pengisytiharan kesihatan mereka dengan tepat.

Beliau berkata kes terbaru di Sarawak melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang diuji positif H1N1 hari ini selepas dimasukan ke Hospital Umum Sarawak di sini.

Pelajar tersebut baru pulang dari Brisbane dua hari lalu melalui Kuala Lumpur menerusi penerbangan AirAsia.

Dr Chan berkata pihak kesihatan sedang mengesan kesemua 25 penumpang dan lima kru kabin pesawat tersebut.

Enam anggota keluarganya juga dikuarantin di rumah sehingga 4 Julai.

Beliau berkata lapan anggota keluarga kepada pengidap kes ketiga yang berupa seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun, seorang doktor dan dua kakitangan klinik swasta juga dikuarantin di rumah ekoran kes tersebut

Pelajar itu dimasukkan ke Hospital Bintulu selepas pulang dari Melbourne ke Bintulu melalui Kuala Lumpur Khamis lalu.

Dua kes lagi melibatkan pelajar lelaki berusia 23 tahun yang pulang bercuti dari Melbourne dan seorang wanita Australia berumur 26 tahun yang telah dibenar keluar dari Hospital Umum Sarawak.

Dr Chan berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan mewujudkan klinik saringan di Santubong, venue berlangsungnya Festival Muzik Hutan Hujan dari 10 hingga 12 Julai yang dijangka dihadiri ramai pengunjung luar dan tempatan.

Beliau berkata alat pengimbas akan turut diletak di lapangan terbang Bintulu, Miri dan Sibu secepat mungkin.

Sebuah mesin pengimbas sduah ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, katanya.

Selsema Babi: China, Jepun dan Korea Enggan Ke Malaysia


Industri pelancongan di negara ini mula menerima kesan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) apabila ramai pelancong dari China, Jepun dan Korea membatalkan tempahan pakej melawat Malaysia sepanjang Julai ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, laporan dari pejabat Tourism Malaysia di China memaklumkan 50 peratus tempahan melawat Malaysia telah dibatalkan.

Menurut beliau, di Jepun pula 2,000 pakej pelancongan melawat negara ini juga turut dibatalkan.

"Keadaan yang serupa juga berlaku di Korea, Taiwan dan Hong Kong apabila agensi-agensi pelancongan memaklumkan beberapa pakej pelancongan ke Malaysia mengalami nasib yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat pelancongan Melaka oleh Majlis Tindakan Pelancongan negeri di sini hari ini.

Menurut Yen Yen, kementerian menjangkakan kedatangan pelancong dari luar melawat negara ini akan terus berkurangan bermula bulan depan berdasarkan laporan yang diterima setakat ini

Keadaan itu, kata beliau, jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan industri pelancongan di negara ini akan terjejas teruk.

Tambahnya, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Krisis Pelancongan akan diadakan di kementerian itu esok bagi mencari jalan terbaik menyelamatkan industri pelancongan di negara ini.

"Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua agensi berkaitan dengan pelancongan termasuk pemilik-pemilik hotel dan syarikat penerbangan," katanya.

Sementara itu, kata Yen Yen, industri pelancongan domestik menunjukkan peningkatan mendadak kerana rakyat negara ini tidak lagi melancong ke luar negara akibat penularan selesema babi

utusan

Sunday, June 28, 2009

WHO dah guna balik istilah "Swine Flu" (Flu Babi)

Dua tiga minggu yang lalu tatkala mengistiharkan wabak virus H1N1 telah mencapai tahap "pandemic", pihak World Health Organization (WHO) telah menggunakan semula istilah "Swine Flu" atau Selsema Babi (Flu Babi). Ini adalah pengakuan secara rasmi oleh badan kesihatan sedunia tersebut bahawa kemungkinan besar virus tersebut berpunca dari babi

Baru-baru ini saya menghadiri suatu mesyuarat anjuran WHO dan telah menujuk kepada seorang kenalan lama ahli delegasi dari Amerika Latin akan penggunaan semula istilah "Swine Flu" dalam dokumen-dokumen yang diedarkan.

Beliau terus berkata,"So you are going to say Islam which forbids pork is the true religion." "Yes, of course,"jawab saya. Kami ketawa agar tidak ada rasa tersinggong

Ahli delegasi dari Amerika Latin itu seperti ramai di kalangan ahli delegasi yang beragama Kristian kurang bersetuju dengan penggunaan semula istilah "swine flu'. Mereka menegaskan..."the test results have not been conclusive though at this stage it strongly points to the pigs."

Mereka kurang bersetuju sebab soal sensitiviti sesetengah agama, terutamanya agama Kristian, yang anggap daging babi itu hidangan istimewa yang mesti ada pada majlis jamuan agama. Mereka juga tidak mahu agama Islam yang mengharamkan babi itu kelihatan benar, terutamanya di masa sekarang ini di mana tahap kebencian terhadap Islam dan umat Islam itu amat tinggi dengan propaganda Barat tentang terrorism atau keganasan yang berjaya dikaitkan dengan Islam
Hampir semua kenalan saya yang keturunan Cina turut kurang berasa senang dengan penggunaan istilah 'swine flu' atau 'selsema babi' juga kerana ianya membuat Islam kelihatan benar. "PAS will definitely take advantage of this to promote negara Islam and hudud," tegas mereka. Begitu benci sekali golongan kafir ini terhadap Islam.Tapi kebencian golongan kafir ini terhadap Islam serta usahasama agama-agama kafir untuk mengkhianati Islam memang sudah kita pelajari dari Al Quran dan Hadis-Hadis sahih.
Balik kepada wabak flu babi..harap kerajaan Malaysia akan ikut teladan World Health Organization (WHO), sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations), yang sudah mengguna balik istilah 'swine flu' atau 'selsema babi'
Walau pun memang benar results kajian belum conclusive tapi segalanya menuding ke arah babi sebagai pembawa atau carrier. Kita jangan 'take chances'. Rakyat kita berketurunan Cina melantak babi setiap hari, dan oleh itu elok kita ikut jejak WHO dan gunakan istilah 'selsema babi' agar mereka elak buat sementara ini untuk terus melantak babi.Memang tidak dapat dipastikan bahawa makan babi itu boleh menyebabkan penyakit selsema babi. Kajian belum muktamad. Tapi elok kiranya kerajaan kita ambil langkah 'preventive' Langkah preventive yang pertama adalah ikut contoh WHO dan gunakan semula istilah selsema babi..manalah tahu kalau-kalau apabila kajian diselesaikan nanti didapati memang benar antara sebab merebaknya selsema babi ini adalah dari memakan babi. Dan mungkin pada masa itu dah ramai yang makan babi dah mampos terkangkang. (Dengan kerajaan Malaysia ni, kekadang kena guna bahasa yang kasar seperti 'melantak, 'mampos terkangkang', baru dia faham)

sumber Tarabulsi_2008 dan tranungkite.net

Saturday, June 27, 2009

Selsema Babi: 10 panduan kuarantin di rumah


10 langkah yang perlu dilakukan semasa kuarantin di rumah seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:

bullet buttonTutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

bullet buttonKerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda

bullet buttonElakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain

bullet buttonPastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah

bullet buttonPermukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.


Panduan ini diterbitkan sepenuhnya seperti disediakan oleh Kementerian Kesihatan di laman webnya 26 Jun 2009

Selsema Babi = RM10 ribu


KUCHING: Orang ramai yang disyaki mempunyai simptom Influenza A (H1N1) tetapi enggan menerima rawatan daripada Jabatan Ke-sihatan Negeri (JKN) akan dikenakan penalti RM10,000.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata kerajaan negeri akan berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan undang-undang itu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Mana-mana individu tidak boleh mengatakan mereka tidak mahu memberi kerjasama… kita (Sarawak) akan mengikut akta ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pameran Persatuan Pengilang Sarawak di sini semalam.

Dr Chan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pesakit yang enggan memberi kerjasama dengan kakitangan Hospital Umum Sarawak (HUS) kelmarin.

Menurut sumber, pesakit tidak mahu menerima rawatan malah terus bergegas meninggalkan HUS.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu menyebut sekiranya individu didapati bersalah, penalti sebanyak RM10,000 akan dikenakan atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika diminta mengulas sama ada majikan perlu memberi gaji penuh kepada pekerja yang disyaki dijangkiti virus Influenza A(H1N1), Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri berkata kerajaan tidak dapat memaksa sektor swasta mengikuti langkah yang diambil kerajaan.

Katanya, sebarang sektor swasta yang baik akan membenarkan pekerja menerima gaji penuh sekiranya dijangkiti penyakit itu.

“Saya rasa majikan perlu membayar gaji penuh kepada mereka. Ini adalah wajib kerana tidak ada pekerja yang mahu sakit dan dikuarantin.

“Akan tetapi, jika gaji mereka dipotong, mereka boleh merayu kepada Jabatan Buruh,” ujarnya.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini wabak pandemik itu di negeri ini, Dr Chan berkata setakat ini Sarawak belum mencatatkan banyak kes H1N1 walaupun ia sedang merebak di dunia.

Beliau turut berharap kes kematian dapat dikurangkan.

Setakat ini Sarawak merekodkan dua kes positif Influenza A(H1N1).

Kes pertama direkodkan pada 22 Jun 2009 membabitkan rakyat tempatan iaitu pelajar lelaki berusia 23 tahun yang pulang dari Melbourne Australia untuk menghabiskan cuti semesternya di Kuching dan dua hari kemudian (24 Jun 2009) kes kedua melibatkan wanita warga Australia diuji positif Influenza A (H1N1).

Kedua-dua pesakit berkenaan masih menerima rawatan di HUS dan difahamkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, seorang lagi pesakit dimasukkan ke wad pengasingan selepas meng- alami selesema serta batuk setelah pulang bercuti dari United Kingdom (UK) pada 24 Jun lepas.

Bagaimanapun, keputusan ujian klinikal daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur belum lagi diketahui.

borneopost