JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Wednesday, December 23, 2009
Sarawak rugi RM3.2 bilion akibat nahas jalan raya
Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerugian itu berdasarkan kehilangan tenaga kerja dan kos rawatan kepada mangsa.
Menurutnya, dalam tempoh itu seramai 2,749 pengguna jalan raya di negeri ini kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Secara purata, katanya, Sarawak mencatatkan 305 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun dengan kerugian bernilai RM267 juta.
''Kerugian yang kita alami akan memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang terutama berkaitan tenaga kerja," katanya.
Beliau berucap pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2010 peringkat negeri di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong; Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Onn Abdullah dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Rano Aylwino Akat.
Daud yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) memberitahu, hospital kerajaan di negeri ini terpaksa membelanjakan kira-kira RM42.12 juta bagi menyediakan rawatan kepada 351 mangsa yang mengalami kecederaan parah setiap tahun. utusan
Tuesday, September 29, 2009
Kanak-kanak perempuan maut kemalangan jalanraya
Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pesisir Pantai KM28 Sungai Uban, Beraya Bekenu pagi tadi.
Mangsa, Letitia Elaine Mocthar,4, yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala maut ditempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta Proton Saga yang dipandu oleh ibu saudaranya, 24
Dalam kejadian sekitar jam 9.45 pagi tadi, mangsa bersama lima lagi penumpang termasuk kedua-dua ibu bapa, dua saudara dan ibu saudara dalam perjalanan pulang balik ke Miri dari Bekenu.
Sebaik sahaja tiba berhampiran Sungai Uban, pemandu dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan bagaimanapun terbabas ke bahu jalan dan terbalik ke dalam parit berhampiran jambatan Sungai Uban.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurut polis, semasa kejadian mangsa dipercayai duduk di pangkuan ayahnya, Mochtar Jagim 26 di tempat duduk hadapan penumpang.
Ibu mangsa Lina Lenggam 28 mengalami patah kaki kiri sementara yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan kini mendapat rawatan di Hospital Miri. sarawakupdate
Wednesday, August 19, 2009
4 KEMALANGAN DALAM TEMPOH 48 JAM
| | |||
|
KENINGAU: Empat kemalangan berlaku da- lam tempoh 48 jam di lokasi yang sama, di Ke- ningau melibatkan satu daripadannya nyaris mengundang maut. Mangsa yang terlibat seorang pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri Cawangan Keningau, dikejarkan ke hospital daerah sebaik diselamatkan oleh orang ramai, selepas kenderaannya terbabas dan tergolek sekurang-kurangnnya 10 kali, sebelum terjunam kira-kira 50 meter ke gaung. Mangsa seorang wanita dan masih trauma dengan kejadian mengerikan itu. Menurut saksi, kemalangan pertama berlaku tengah hari dan petang pada Isnin, sementara pagi tadi dua lagi kemalangan berlaku kesemuannya disebabkan gagal dikawal ketika menuruni jalan aspal sebebuah anak bukit, yang ditembusi batu kelikir yang terjatuh daripada lori yang membawa batu pasir berlebihan. Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas di tempat yang sama selang 3 jam daripada kejadian pertama pagi tadi. Pemandu terselamat, namun kenderaannya mengalami kerosakan selepas terbabas sebelum tergolek. Saksi saksi kejadian memberitahu, jalan aspal menuruni sebuah anak bukit berhampiran Taman Bersatu Jalan Trans Pegalan, sering ditimbusi batu kelikir mengakibatkan kenderaan yang melalui jalan itu sukar diberhentikan dan terbabas. Tahun lalu seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, nyaris maut di tempat yang sama. Laluan setinggi 30 darjah ketinggian itu menjadi laluan utama lori-lori pengangkut batu pasir, milik sebuah pengusaha kauri yang beroperasi kira-kira 1,000 meter dari tempat tersebut. Amaran telah beberapa kali dikeluarkan oleh pihak keselamatan kepada pengusaha kauri tersebut, agar tidak membenarkan lori-lori membawa muatan batu pasir berlebihan, tetapi amaran itu tidak pernah dihormati oleh syarikat tersebut, menyaksikan kemalangan demi kemalangan berlaku. “Mereka memperlekehkan keselamatan pengguna … mereka lebih memikirkan keuntungan,” jelas seorang mangsa yang enggan namanya dipetik. Pengerusi Tukun Tetangga (RT) Panagatan Ulu – Mohd Khairil Abdullah mahu supaya laluan itu ditutup sementara kepada kenderaan berat, bagi mengelak kemalangan berulang lagi. Khairil mendesak pengurusan syarikat itu supaya bertanggungjawab ke atas kesemua kejadian kemalangan itu, dan membayar kesemua kerugian yang dialami mangsa-mangsa yang terlibat. | |||
Tuesday, August 18, 2009
KELUARGA NYARIS MAUT
Tuah menyebelahi nasib seorang bapa bersama tiga orang anaknya yang tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandu olehnya terbabas ke kawasan longkang di Kilometer 22, Jalan Sri Aman – Betong sekitar jam 6 petang kelmarin.
Sumber dari tempat kejadian memberitahu bahawa kemalangan terbabit berlaku apabila si bapa yang turut disertai oleh rakan lelakinya itu sedang mengekori sebuah kenderaan dari arah belakang ketika dalam perjalanan menuju ke arah Betong dari Sri Aman.
“Ketika di tiba di selekoh kawasan Wong Padong (kilometer 22), kereta yang dipandu oleh mangsa bersama anak-anak dan rakannya itu tiba-tiba hilang kawalan dan terus berpusing.
“Kenderaan yang dipandu oleh mangsa kemudiannya terbabas ke kawasan parit yang berdekatan sebelum orang ramai datang membantu mengeluarkan mereka dari dalam kenderaan terbabit,” kata sumber.
Pihak ambulan kemudiannya kata sumber tiba di tempat kejadian dan membawa kesemua mangsa kemalangan tersebut ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan rawatan lanjut oleh pihak hospital.
Si bapa melahirkan rasa syukur memandangkan kemalangan di kawasan ‘panas’ tersebut tidak mendatangkan kecederaan kepada semua mereka terutama sekali terhadap tiga orangnya yang masih kecil.
sarawakupdate

