JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label malaysian insider. Show all posts
Showing posts with label malaysian insider. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

Lagi cubaan jatuhkan Khairy dan Geng Pak Lah


KUALA LUMPUR 19 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak seorang ahli perniagaan, Shaikh Akmal Shaikh Alaudin membuat penjelasan berhubung segala pendedahan yang dibuat pihaknya terhadap Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana Kalimullah hanya mendiamkan diri tanpa menafikan dua pendedahan yang dibuat pihaknya sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, Shaikh Akmal adalah individu yang paling layak untuk membuat penjelasan bagi pihak Kalimullah kerana mereka berdua mempunyai hubungan baik sebagai rakan kongsi perniagaan.

"Shaikh Akmal perlu bertanggungjawab dan menjawab pendedahan JMM kerana kami difahamkan dia adalah sahabat baik Kalimullah dan juga rakan kongsi perniagaan kerana nama mereka berdua ada dalam senarai Pengarah Syarikat E-Efficient Solution Bhd.

"Dia juga perlu membuat penjelasan apakah hubungan antara Regalia Record Management Sdn. Bhd. dengan E-Efficient kerana kita tahu Regalia adalah salah satu penaja portal berita propembangkang The Malaysian Insider melalui pemaparan logonya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sidang akhbar 17 Februari lalu, JMM mendesak Kalimullah membuat penjelasan berhubung laporan sebuah laman blog yang mendakwa beliau membiayai portal berita propembangkang, The Malaysian Insider yang banyak mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 25 Februari pula, JMM sekali lagi mengadakan sidang akhbar mendakwa penginapan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di London didaftarkan atas nama isteri Kalimullah iaitu Helinna Hanum Dadameah.

Sementara itu, Azwanddin turut melahirkan rasa pelik dengan sikap Kalimullah itu kerana pihaknya telah mengemukakan dokumen lengkap sebagai bukti.

Katanya, bukti itu adalah dalam bentuk dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan geran pemilikan sebuah kondominium mewah Trinity Court di London.

"Takkanlah Kalimullah tidak tahu pendedahan kami ini kerana ia dilaporkan oleh sebahagian besar media massa," tegasnya.

Selain daripada dua pendedahan itu, Azwanddin turut mendesak Shaikh Akmal menjelaskan adakah benar berlaku perbincangan antara Kalimullah dengan seorang tokoh pembangkang daripada DAP.

Katanya, perkara itu menimbulkan kemusykilan kerana Kalimullah adalah seorang tokoh perniagaan yang mendapat banyak manfaat daripada kerajaan sebelum ini.

"Saya difahamkan syarikat Kalimullah mendapat tender bernilai RM900 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tetapi hari ini beliau bersekongkol dengan DAP pula.

"Shaikh Akmal perlu membuat penjelasan apa agenda pertemuan yang berlangsung pada tahun lalu itu" katanya.

Saturday, February 6, 2010

Siapa memiliki Malaysian Insider ?


KALAU mengikut pelbagai pandangan yang berterusan dimuatkan dalam beberapa portal berita antipihak berkuasa (antiestablishment) kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang sudah sampai ke suatu tahap yang amat genting yang tidak boleh diselamatkan lagi. Kerana bila-bila masa Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung nanti, pengundi akan menolaknya dan akan terkuburlah parti yang memerintah negara ini sejak 1955, iaitu dua tahun sebelum merdeka lagi.

Sesiapa saja yang melayari beberapa portal berita yang memaparkan dirinya sebagai bebas akan mengetahui pendirian sebenar mereka tidak seperti yang dilaungkan. Ada portal seperti Malaysian Insider dengan bangganya berikrar pendiriannya sebagai ‘sebuah portal bebas untuk rakyat Malaysia yang dahagakan perimbangan dalam pemberitaan dengan menyajikan laporan yang mendalam terhadap pelbagai isu’.

Tetapi apakah ia benar-benar berpegang kepada janji dan ikrarnya itu? Melayarinya jelas kelihatan apa yang dijanjikannya tinggal janji saja. Ikrarnya jauh meleset daripada kenyataan. Laporannya bukan saja berat sebelah, malah ia mengakui pula dengan memberikan penarafan terhadap pelbagai komen yang disiarkannya daripada orang ramai. Sesiapa yang bersetuju dengan pendiriannya diberi penarafan positif dan sebaliknya untuk komen yang tidak sebulu. Itu pun kalau disiarkan.

Penulis sendiri mempunyai pengalaman dengan portal berita ‘bebas’ yang tidak beretika ini. Ia berterusan saja menyiarkan kolum ini - bukan saja tanpa mendapatkan izin bahkan tidak memberi tahu pun - tetapi secara berpilih-pilih. Ia itu memilih artikel yang hanya dianggap dapat memenuhi agendanya dan dengan itu memberikan ruang kepada pelayarnya menghentam pandangan penulis.

Walaupun menganggap dirinya sebagai sebuah portal berita, ia tidak pula menghormati etika kewartawanan di mana penulis diberi peluang untuk pertahankan pendapat dan pendirian.

Maka itu misalnya, ia telah menyiarkan kembali artikel dari ruang ini mengenai keputusan kerajaan menolak permintaan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali ke kampung kelahirannya di Sitiawan. Chin Peng sebenarnya menolak tawaran awal untuk kembali tidak seperti lebih dari 400 orangnya yang telah pun menerima tawaran itu untuk kembali menetap di sini dalam tempoh yang ditetapkan berikutan dengan Perjanjian Hatyai pada 1989.

Hanya selepas tempoh itu lupus begitu lama baru Chin Peng ingat hendak pulang. Jadi bagi pemimpin komunis ini hasratnya itu sudah terlambat.

Ruang luas diberikan portal berita ini kepada pelayarnya membelasah penulis dan menghentam kerajaan kononnya memungkiri janji dengan tidak membenarkan Chin Peng kembali. Malangnya ia tidak pula bersedia untuk menyiarkan tangkisan penulis terhadap komen dan pandangan yang ada kalanya bersikap sungguh biadab dan tidak bersopan itu.

Inilah dia portal berita yang menganggap dirinya bebas dan sebagai satu portal untuk memberi liputan seimbang dan serius. Sebenarnya bebas untuk menghentam keromo serta sering pula mengambil sikap sinis terhadap apa saja yang dilakukan pemerintah.

Sikap demikian ini juga menghairankan memandangkan adanya desas desus portal ini mulanya dibiayai mereka yang rapat dengan kerajaan. Dan sejak itu portal ini didokong pula dengan sokongan iklan dari pelbagai jabatan dan kementerian selain dari beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Malaysian Insider sendiri menyenaraikan pengiklannya termasuk Kerajaan Malaysia, CIMB Bank, MAS, Celcom, Proton selain AirAsia, Maxis, DiGi. Yang lainnya termasuk Nokia, Singapore Tourism Board, Persuruhjaya Tinggi Britain, Tiger Airways, Dell Computers, Exxon-Mobil dan Caltex.

Inilah masalahnya, sesebuah akhbar atau portal berita dianggap bebas bila mengecam kerajaan di samping memuji sebarang bangkangan. Apa-apa program dan tindakan kerajaan berterusan dipertikaikan malah bila wujud yang terbaik sekali pun dilihat dari kaca mata yang amat sinis sekali. Dan mana-mana akhbar atau portal yang bersikap lebih adil terhadap kerajaan dianggap sebagai tidak mempunyai kredibiliti hanya kerana memberikan liputan yang saksama.

Kerajaan harus mengambil iktibar dari perkembangan demikian ini kerana potal berita begini termasuk Malaysiakini dan Malaysia Today serta juga Asia Sentinel mempunyai ramai pelayar khususnya di kalangan generasi muda dan golongan menengah dan profesional.

Maka itu portal begini dianggap bebas tetapi bagi mereka kebebasan untuk bersuara itu hanyalah dengan menghentam kerajaan. Di Malaysia, kerajaan diterajui Umno, iaitu sebuah parti Melayu. Maka itu gambaran yang diberikan seolah-olah Melayu sudah hilang kewibawaan kerana Umno sudah dicemari rasuah yang amat ketara hingga sudah tidak boleh diubati lagi. Malangnya Melayu sendiri termakan dengan tohmahan meluas begini.

Dengan sikap kebebasan yang amat ketara sekarang kerajaan sememangnya tidak boleh menyekat kewujudan portal berita dan blog yang antikerajaan. Apa yang perlu dilakukan ialah melaksanakan berbagai program dan usaha untuk menentukan BN termasuk Umno sendiri akan tetap mendapat sokongan rakyat.

Kekuatan BN adalah bergantung kepada kekuatan dan keutuhan semua parti komponennya. Ia juga perlu menguatkan esemua parti komponennya untuk bertekad mahu bekerjasama dengan lebih rapat demi kepentingan kedudukan BN sendiri.

Tetapi melihat pelbagai perkembangan dan krisis yang sedang melanda beberapa parti komponennya termasuk MCA, MIC, Gerakan dan PPP apakah BN akan dapat bertahan dalam pilihan raya yang akan datang ini?

Dalam pada itu nasib nampaknya menyebelahi BN kerana pakatan pembangkang sendiri sedang menghadapi pelbagai pergolakan. Jadinya, pakatan sendiri tidak bersepakat dan amat rapuh.

Maka itu kini sudah wujud pelbagai perbalahan antara pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP, Pemimpin Pas dengan pemimpin Keadilan dan juga DAP. PKR sendiri sedang menghadapi pergolakan berikutan dengan pemberhentian beberapa orang pimpinannya.

Apa pun BN khususnya Umno juga perlu mengubah sikap untuk bertindak lebih mementingkan rakyat, bukannya golongan tertentu saja. Ramai profesional Melayu khususnya, semakin kehilangan kepercayaan terhadap Umno kerana dicemari rasuah dan politik wang yang ketara.

Umno hingga sekarang masih gagal mengubah persepsi ramai terhadapnya, iaitu sebuah parti yang berjuang untuk kepentingan pelbagai pemimpinnya saja. Selagi persepsi ini tidak dapat ditangkis dan diubah selagi itulah Umno dan BN akan menghadapi keadaan yang amat mencemaskan baginya apabila pilihan raya umum diadakan kelak.

Oleh Rejal Arbee