JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label pbb. Show all posts
Showing posts with label pbb. Show all posts

Wednesday, December 23, 2009

YB PONTENG : MP BN SINDIR NAJIB DAN SPEAKER


KUCHING: Kekal atau tidak sebagai calon Barisan Nasional (BN) terutama bagi Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak pada pilihan raya umum seterusnya, adalah terpulang kepada budi bicara Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selaku Pengerusi BN Negeri.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ketidakhadiran Ahli Parlimen BN pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu bagi meluluskan Bajet 2010 bukan kriteria utama bagi mengukur prestasi kerja mereka.

“Ini bukan persoalan kekal atau tidak (sebagai calon BN). Ia bergantung kepada Ketua Menteri, kita tidak boleh mempersoalkan kuasa budi bicara Ketua Menteri dalam menentukan siapa patut kekal atau tidak,” kata-nya kepada Utusan Borneo, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kekecewaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ketidakhadiran ramai Ahli Parlimen pada sidang Dewan Rakyat.

Ia dilihat sebagai perkara serius yang boleh memungkinkan belanjawan negara tidak diluluskan.

Bagaimanapun, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, beliau tidak tahu kalangan Ahli Parlimen BN dari Sarawak yang tidak hadir.

“Pada masa itu bukan saya yang mempengerusikan mesyuarat. Giliran Datuk Ronald Kiandee. Saya tidak dapat mengesahkan siapa yang hadir atau tidak,” katanya.

Apa yang pasti menurut beliau, Timbalan Menteri Pertanian Datuk Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berada dalam Dewan ketika itu.

Beliau berkata, kehadiran Ahli-ahli Parlimen BN amat penting dalam persidangan bukan sahaja ketika proses meluluskan bajet.

“Satu ketika dahulu saya pernah bangkitkan isu yang hampir serupa (tentang kelantangan Ahli-ahli Parlimen BN Sarawak di Parlimen). Sekarang PM pun bersuara tentang perkara ini,” katanya.

Selepas teguran itu dilakukan satu ketika dahulu, beliau berkata beberapa Ahli Parlimen BN dari Sarawak melihat ia sebagai teguran positif.

Antara yang berubah selepas teguran itu ialah Ahli Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang dan Ahli Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, Ahli Parlimen BN dari Sarawak lazimnya cuma mengetengahkan perkara-perkara berkaitan pembangunan di kawasan masing-masing, berbanding bercakap soal politik.

“Ini yang positifnya tentang Ahli Parlimen BN dari Sarawak. Mereka jarang bercakap soal politik,” katanya.

Mengenai apa kemungkinan tindakan diambil oleh Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata ia terpulang kepada pemimpin tertinggi BN.

“Saya yakin PM dan TPM akan berbuat sesuatu agar perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Najib dipetik sebagai berkata, kegagalan meluluskan Bajet 2010 itu mungkin menyebabkan Parlimen dibubarkan dan BN terpaksa berhadapan dengan pilihan raya untuk membentuk semula kerajaan.

Pada sidang Dewan Rakyat itu, seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Thursday, July 23, 2009

BUDAYA CANTAS DALAM PBB



MIRI: Kekuatan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai parti tonggak negeri ini akan lemah dan goyah sekiranya sikap cantas-mencantas dan mementingkan diri sendiri menguasai ahli-ahli parti.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mahu semua ahli berpegang kepada disiplin dan semangat perjuangan parti untuk membangunkan rakyat dan negeri yang merupakan asas kekuatan parti PBB selama ini.

“Jangan kita cantas-mencantas memburukkan peribadi orang lain hanya untuk kedudukan kerana ini akhirnya akan menyebabkan perpecahan parti. Jika parti lemah, kita rugi.

“Sebagai ahli yang taat setia kepada perjuangan parti, kepentingan parti lebih tinggi daripada kepentingan peribadi,” tegas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) N.63 Piasau dan N.65 Senadin di Hotel Imperial di sini, petang semalam.

Awang Tengah yang juga Naib Presiden Kanan PBB memberitahu, perpecahan ahli dalam parti Barisan Nasional (BN) telah berlaku Semenanjung Malaysia akibat sikap tersebut yang memberi kesan kepada sokongan dan kepercayaan rakyat.

Kelemahan ini, katanya, memberi peluang kepada parti pembangkang untuk menguasai kerusi BN seperti yang berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor semasa pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau tidak mahu kesilapan sama berlaku dalam parti PBB kerana PBB perlu terus memperkuatkan ben- tengnya berdepan cabaran baru daripada parti-parti pembangkang Semenanjung Ma-laysia yang mahu memper- luaskan pengaruh mereka di Sarawak.

Menurut beliau, PBB berdepan dengan fitnah dan propaganda baru daripada pembangkang yang telah menimbulkan perasaan syak wasangka rakyat terhadap kerajaan, menakutkan rakyat, serta menyemai rasa benci kepada pemimpin dan kerajaan.

“Apa akan jadi kepada ma-syarakat kalau kita mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah ini yang akhirnya menyebabkan kita berpecah belah dan saling membenci. Ingat keadaan dulu berbanding hari ini. Hari ini jauh berbeza,” tegasnya.

Menteri Kemudahan Awam itu memberitahu, pembangunan negara sekarang adalah hasil perjuangan pemimpin terdahulu yang mahukan perubahan untuk rakyat khasnya generasi baru.

Kejayaan tersebut, ujarnya, lahir daripada keyakinan, kebolehan dan keupayaan pemimpin dan rakyat itu sendiri yang mahukan perubahan untuk kebaikan bersama.

“Hari ini ramai masyarakat bumiputera sudah berjaya dalam perniagaan dan kita akan memastikan perniagaan terus dibudayakan dalam masyarakat kita. Semua ini adalah hasil kekuatan perjuangan orang kita sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Awang Tengah menggesa rakyat untuk berani mendedahkan dasar dan program kerajaan untuk menepis propaganda daripada pembangkang.

Rakyat tidak harus takut menerangkan kebenaran kerana kebaikan, perubahan dan kemajuan semestinya datang daripada kerajaan dan rakyat itu sendiri, jelasnya.

Beliau menambah, kestabilan politik yang membawa perubahan ekonomi, politik dan sosial rakyat tidak boleh dipisahkan dalam perjuangan parti yang merupakan asas kekuatan parti.

Selain itu, katanya, kemajuan, pembelaan untuk membasmi kemiskinan dan seterusnya memberi masa depan yang baik kepada rakyat dan negara juga tidak boleh dipisahkan daripada perjuangan politik parti.

“Kalau kita hilang kuasa, nak ambil semula bukan mudah. Jika ini berlaku, perubahan dasar (oleh kerajaan baru) akan memberi kesan kepada semua,” jelasnya.

Oleh yang demikian, untuk membangkitkan peranan generasi muda, Awang Tengah menyeru mereka untuk aktif melibatkan diri dalam program-program pembangunan kerajaan demi menguatkan lagi perasaan cintakan negara.

Turut berucap ialah bekas Pengerusi PBB Piasau yang juga Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan bekas Pengerusi PBB, Senadin Abdillah Abdul Rahim.

Hadir sama ialah Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Aidan Wing dan ADUN Telang Usan Lihan Jok.

borneopost