JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 24, 2008

Pakatan Rakyat dan Nasihat Menteri Besar Kelantan


01 April 2008, satu lagi tarikh bersejarah kepada pakatan pembangkang apabila gabungan tiga pembangkang utama negara iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bersetuju menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat bagi mengambarkan kerjasama di antara ke tiga-tiga parti tersebut.

Sebenarnya PKR, Pas dan DAP bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM) pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) semasa era reformasi pada tahun 1999. Tetapi, oleh kerana DAP tidak tahan dengan desakan penyokongnya diperingkat akar umbi yang menolak Negara Islam, maka Dap meninggalkan BA pada tahun 2001.

Jika disorot sejarah pakatan pembangkang di Malaysia, Pakatan Rakyat adalah rebranding kali ke Sembilan bagi gabungan beberapa parti pembangkang dalam mendepani cabaran Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1964. Sepanjang gabungan itu, hanya pada pilihanraya umum ke 12 sahaja pakatan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua per tiga BN.

Permulaan gabungan pembangkang pada asasnya mempunyai sejarah yang panjang. Ianya bermula apabila Pas bersama PRM dan Parti Buruh menentang Parti Perikatan (BN) pada tahun 1964. Percubaan seterusnya ialah pada pilihanraya umum tahun 1978, atas nama Barisan Rakyat yang dianggotai DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Barisan Rakyat pada ketika itu dikatakan gagal kerana penyertaan Pas dalam BN atas pelawaan Perdana Menteri Almarhum Tun Abdul Razak. Pas sebelum itu antara pembangkang yang kuat menyaingi pengaruh BN.

Pakatan pembangkang dalam mengharungi pilihanraya tahun 1986 pula adalah detik-detik awal kepada kerjasa rasmi antara Parti Pas dan DAP dalam menentang BN. Harakah Keadilan Rakyat (HAK) yang dipimpin oleh Pas merangkumi hampir keseluruhan parti pembangkang seluruh semenanjung. Walaupun dalam pilihanraya itu DAP menarik diri disaat-saat akhir kerana tidak mahu dikaitkan dengan Pas, tetapi HAK berjaya menyatukan Parti Nasionalis Malaysia (NASMA), yang diketuai oleh bekas ahli Umno, dan Parti Demokratik Sepakat (SDP). Parti Demokratik Sosialis adalah nama asal SDP yang dianggotai oleh bekas pemimpin PRM dan DAP.

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang menubuhkan Parti Semangat 46 (S46) setelah keluar dari Umno pada tahun 1990, memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang. Ku Li berjaya menyatupadukan pembangkang pada dalam satu gabungan yang bernama Gagasan Rakyat (GR) yang terdiri daripada DAP, PRM Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Manakala di Kelantan pakatan pembangkang di kenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang menghimpunkan Parti S46, PAS, Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), dan Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Hasilnya, APU menang seratus peratus kerusi di Kelantan dan GR pula gagal di peringkat nasional dalam usahanya menubuhkan kerajaan. S46 dibubarkan pada tahun 1996 dan Ku Li menyertai Umno semula. IPF dan Kimma selepas itu menyokong BN dan PBS kini di dalam BN

Pas dan DAP yang berbeza ideologi akhirnya bersetuju untuk bergabung buat pertama kali dalam Barisan Alternatif (BA) bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 yang menyaksikan Pas berjaya memerintah Terengganu selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Kini, ke tiga-tiga parti Pas, PKR dan DAP bergabung lagi dengan jenama baru iaitu Pakatan Rakyat (PR) bersama Harapan Baru untuk Malaysia yang Lebih Adil. Persamaan asas PR ialah ianya dibentuk dalam kerangka seluruh Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dalam pilihanraya baru-baru ini mahukan perubahan dan amat mengharap kerajaan BN bertukar kepada PR. Ini terbukti apabila pembentukan kerajaan Negeri Perak dan Selangor mahukan kerjasama erat ke tiga-tiga parti berkenaan dengan menepikan perbezaan pendapat dalam mengurus negeri itu mengikut prioriti, tiada rasuah, lebih adil dan lebih telus di samping mengutamakan kebajikan rakyat.

Ternyata dalam hal pembentukan Pakatan Rakyat ini, pengaruh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz amat bermakna dan membuahkan hikmah. Selaku Ulama yang disegani kawan dan lawan, beliau bijak membaca suasana dan mood rakyat. Buktinya dapat di lihat melalui Surat Terbuka Mursyidul Am Pas itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang antaranya berbunyi

“Tahniah yang sejujurnya buat Datuk Seri dari saya.

Dalam meneruskan fasa perjuangan berupa pengisian di negeri-negeri 5+1 (Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan), saya masih terasa akan perlunya kita untuk lebih berhati-hati.

Terkini, setelah membaca dan mengikuti rentak respons rakan-rakan pimpinan kita di dalam PAS dan BA pada umumnya, yang mengatur langkah apa yang dinamakan sebagai ‘era pembaharuan 100 hari’, mungkin ada baiknya kita menyegerakan langkah mewujudkan badan penyelaras peringkat pusat.

Ia wajar berfungsi sebagai badan pemantau keutamaan program bertindak mengisi pelaksanaan manifesto ‘negara kebajikan’ mengikut marhalah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan. Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan sahaja buat sementara waktu.

Dalam keghairahan menerima kemenangan, kita perlu cermat di sini. Sesungguhnya, ini saya kira terlalu penting kerana kehadiran kita terkini cukup diikuti oleh seluruh lapisan rakyat dan seteru kita

Buat diri saya sendiri, InsyaAllah, saya akan lebih berhati-hati untuk mendokong roh kesedaran ini.

Semoga keadaan kita yang seiring saling pesan memesan ini akan sentiasa dipimpin oleh petunjuk dan keredhaan dariNya jua.

wallahu’alam”

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas.

Musyidul bermaksud penunjuk jalan. Beliau sentiasa menjadi rujukan dan panduan buat ahli-ahli pas dalam mendepani mehna dan tribulasi yang semakin kompleks kini. Tuan Guru Nik aziz, begitulah sifatnya dalam merencanakan sesuatu perkara. Membaca situasi dan bertindak dengan cermat sesuai dengan sifatnya sebagai Ulama , ahli politik, Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan.

Frasa yang berbunyi “Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan. Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan sahaja buat sementara waktu” mungkin merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kedah yang baru Ustaz Azizan Abdul Razak yang mahu melaksanakan Undang-undang Hudud di negeri itu.

Sewajarnyalah pihak Pakatan Rakyat mengamati setiap bait-bait dan ayat Mursyidul am Pas itu dalam melaksanakan apa-apa tindakan yang boleh dimanipulasi oleh BN, kerana sesungguhnya rakyat dan seluruh dunia kini sedang melihat sejauh mana Pakatan Rakyat yang dibentuk ini mampu bertahan. Penilaian juga sudah pastinya melihat kesungguhan Pimpinan DAP dan Pas dalam mendidik ahli-ahli di peringkat akar umbi agar menghormati dan menyokong kerjasama ini agar tidak berhenti sekerat jalan seperti yang berlaku kepada nama Barisan Alternatif (BA).

Khususnya dalam rangka Pakatan Rakyat mengisi kemenangan dalam tempoh selepas 100 hari ini.

Monday, May 19, 2008

Muslihat mahathir disebalik keluar umno


Tun dr mahathir mohamad yang juga bekas presiden umno hari ini meninggalkan parti itu atas tujuan mendesak agar perdana menteri yang dilantiknya sendiri menggantikan beliau agar berundur diri dan berharap digantikan oleh najib razak, yang juga timbalan presiden umno merangkap pengarah pilihanraya bn dalam pilihanraya umum (pru) baru-baru ini.

Beberapa hari yang lalu pula beliau memberitahu wartawan bahawa beliau telah pun bertemu najib bin razak selepas beberapa kali dihalang oleh pak lah dari menemui beliau.

Apakah muslihat mahathir dosebalik pengishtiharannya keluar parti dan mengalu-alukan ahli-ahli umno yang lain agar turut mengikut jejak langkah beliau dan masuk semula umno selepas pak lah letak jawatan? Mahathir pasti mempunyai agenda pribadi disebalik semua ini. Mungkin benar mahathir saying umno, tetapi ianya boleh diragui selepas keluar parti hari ini. Apa yang pasti, mahathir masih risau jika pakatan rakyat yang diterajui datuk seri anwar ibrahim mungkin membentuk kerajaan yang dijangkakan pada 16 september tahun ini.

Umum mengetahui bahawa jika pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan, sudah pastinya mahathir boleh bertambah-tambah sakit jantungnya dan mungkin sekali lagi akan masuk ke ijn ataupun sekurang-kurangnya harapan anaknya untuk mendaki jawatan yang lebih tinggi dalam umno akan berkubur ataupun banyak kepentingan mahathir dalam kerajaan akan terjejas termasuklah tanah di kawasan merotai yang dibelinya semasa menjadi perdana menteri.

Tun dr mahathir pastinya tidak rela jika anwar yang menjadi perdana menteri walaupun pernah mendidik bekas timbalan perdana menteri itu selama 16 tahun sebelum diaibkan dan mencatat sejarah hitam dalam politik negara hingga ke hari ini.

Jika orang seperti anwar itu berjaya digulingkan oleh mahathir, apalah sangat dengan pk lah yang digelar lembap, kuat tidur dan mudah dipengaruhi oleh penasihat disekelilingnya termasuk menantu dan kelurga terdekatnya.

Adalah diharapkan pakatan rakyat tidak terperangkap dengan isu ini dan diharap pakatan rakyat sesegera mungkin membentuk kerajaan dalam bulan ini juga bagi mengelakkan najib mrnduduki kerusi singgahsan politik negara.

Ada yang berpendapat, jika najib berjaya menjadi pm dalam tempoh terdekat ini pastinya beliau akan membalas dendam terhadap datuk seri anwar sesegera mungkin dan membuat muslihat dan tipu daya yang lebih zalim dari mahathir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum akan datang ataupun sebelum September ini.

Pastinya yang lebih malang jika najib razak menjadi pm, wang rakyat akan dihabiskan dengan lebih banyak dan kerap menerusi projek PLKN yang diasaaknnya yang sehingga artikel ini ditulis seramai 16 orang.

Kualiti kraf tangan Sabah perlu bertaraf dunia

Pengusaha kraf tangan Sabah perlu meningkatkan kualiti produk tempatan itu bagi membolehkan mutu penghasilannya memenuhi tahap pasaran antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, langkah ke arah itu perlu memandangkan pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memasar produk-produk tempatan ke luar negara.

"Produk kita seperti kraf tangan ini masih ditahap rendah jika dibandingkan kraftangan dari negara jiran yang dijual di negeri ini.

"Perkara ini berlaku disebabkan kita terlalu cepat berpuas hati atau dari segi pembuatan sekadar 'cukup sudah siap' dan boleh jual. Sesetengah pengusaha tidak mengambil kira kualiti kraf tangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran program Kraf tangan Eksotik 2008 dan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri di Kampung Warisan, Kompleks Muzium Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Muzium Sabah, Datuk Joseph Guntavid dan Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Datuk Yaman Mus.

Bagi mengatasi masalah itu, Masidi menyarankan agar pengusaha kraf tangan men- jadikan perusahaan mengeluar produk kraf tangan sebagai satu kerjaya yang tetap.

"Kalau mahu cemerlang dalam bidang ini kita harus anggap kerja ini sebagai sepenuh masa dan mengambil inisiatif daripada mereka yang berkemahiran," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak pengurusan Muzium Tamadun Islam supaya membawa lebih banyak barangan pameran berkonsepkan ilmu Islam dari luar negara.

Menurut beliau, cara tersebut akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Muzium Tamadun Islam.

Hari Gawai: Masyarakat Dayak dinasihat berjimat

Masyarakat Dayak di Sarawak dinasihatkan supaya berbelanja dengan berhemah menjelang perayaan Hari Gawai Dayak pada 1 dan 2 Jun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan (gambar) berkata, mereka harus mempertimbangkan keadaan ekonomi semasa serta krisis bekalan makanan yang dihadapi kini, dalam berbelanja.

Menurutnya, dengan amalan ber- belanja secara ber- hemah, mereka da- pat membantu me- ngurangkan kesan kenaikan harga ba- rangan dan krisis makanan yang kini memberi tekanan kepada masyarakat dunia.

"Justeru semasa menyambut perayaan Gawai Dayak akan datang ini, kita hendaklah juga memikirkan isu-isu ini (kenaikan harga barang dan krisis makanan) supaya kesannya boleh dikurangkan.

"Berbelanjalah dengan cara paling sederhana supaya kita boleh mengelakkan pembaziran dan men- jejaskan perbelanjaan untuk hari yang mendatang," katanya.

Beliau berucap pada majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri anjuran gabungan kesemua 14 persatuan Dayak di Miri yang diketuai Persatuan Dayak Miri, di Dewan Utama, Eastwood Valley Golf & Country Club.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.
Sabung ayamJacob yang juga penaung perayaan Gawai bahagian Miri turut meminta supaya masyarakat Dayak mengurangkan amalan minum minuman keras dan sabung ayam sewaktu perayaan tersebut.

Sebaliknya beliau menegaskan, generasi hari ini perlu memberi contoh yang baik dengan mengekalkan adat resam dan tradisi kunjung-mengunjung.

"Kita juga harus mendokumentasikan adat resam dan kebudayaan masyarakat Dayak supaya boleh diwariskan kepada generasi baru akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Hong Nam pada ucapan perasmiannya meminta rakyat di negeri ini mengambil pe- ranan dalam menangani isu krisis makanan dan kenaikan harga berterusan pelbagai barangan di pasaran dunia.

Katanya, amalan pertanian sekadar cukup makan juga perlu ditukar kepada pertanian berskala besar dan komersial yang mana ia dapat meningkatkan ekonomi negeri Sarawak pada masa akan datang.

"Kita mahu menghasilkan makanan sendiri bagi menampung keperluan jangka masa panjang rakyat negara ini,'' katanya.

Sementara itu, pelatih pramugari, Elizabeth Anon Lee, 19, dari Jih, Kanowit dinobatkan Kumang Iban, manakala Teresa Baru, 24, dan Fellisias ak Bledaeng, 18, masing-masing diumumkan sebagai Keligit Gawai dan Kumang Bidayuh.

Mereka bertiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala, sijil dan sejambak bunga.
Bagi kategori Keling-Belawan Gawai Dayak 2008 pula dimenangi Mecky Lawai Laing, 21, dari Long Julan Baram. Beliau menerima wang tunai RM700.

Pada majlis yang sama, seramai 114 pelajar Dayak yang memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan awam tahun 2007 turut menerima anugerah pelajar cemerlang.

Sunday, May 11, 2008

Tanya Sama Babi

Tanya Sama Babi..
Apa sebab J.E...
Nanti Jawab Babi...
Makan Tahi Kutty...

Tanya Sama Kutty..
kenapa Bela BABI...
nanti jawab Kutty...
mana ada lagi??..
aku dah bagi bedawi

tanya sama babi..
kenapa jadi SB...
nanti jawab babi..
cukup bulan makan gaji....

tanya sama babi
kenapa TOL naik lagi
nanti jawab Samy
mau kongsi sama Kutty

tanya sama babi
sapa Ibrahim Ali
nanti jawab babi
si lompat parti

tanya sama babi
sang gagap nak jadi menteri
nanti jawab kutty
lantik anak sendri

tanya itu babi
tak masuk spital lagi
nanti jawab babi
orang IJN dah benci

tanya sama SB
kenapa jadi babi
pukul melayu dpt gaji
hari-hari boleh OT

tanya sama SB
berapa banyak gaji
nanti jawab babi
habih kat meja judi

tanya sama babi
kenapa siput babi
nanti jawab SB
muka aku mcm babi

kenapa muka cam babi
nanti jawab babi
babi tak pukul babi
SB bela Kutty

tanya sama Kutty
sapa interview SB
manusia jenis babi
babi yg makan babi

Wednesday, April 16, 2008

Dilema Parti Terkecil BN

Parti komponen BN yang terkecil dan tertua di negeri Sabah dan juga parti yang paling bermasalah dan cuba mengajar umno erti disiplin iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP), menerusi Presiden Parti itu yang pertama kali memenangi kerusi Parlimen Sandakan Datuk V.K Leong telah memecat dan menggantung keahlian ahli parti mereka termasuk naib presiden parti itu yang juga bekas Adun Merotai Datuk Liew Yun Fah.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad (13 April), Presiden LDP, Dato' Liew Vui Keong mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai, Dato' Liew Yun Fah, digantung keahlian berkuatkuasa di hari sama. Yun Fah adalah juga Naib Presiden LDP. Beliau digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai pada pilihan raya bulan lalu.

Turut digantung keahlian mereka ialah empat yang lain, iaitu Bendahari parti yang juga Pengerusi LDP Bahagian Karamunting, Lawrence Tan Kien Yee; Ahli Majlis Tertinggi (MT) LDP, Francis Chang Yin Kong; Ketua Pemuda LDP Merotai, Vun Nyuk Onn dan Ketua LDP Bahagian Balung, Raymond Sia Vun.

Sehari selepas itu pula, Parti terkecil dan paling lantang menuntut tambahan kerusi sebelum pilihanraya iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) melalui Pengerusi PPP Sabah mempelawa Bekas Adun Merotai parti LDP itu untuk menyertai PPP dan bersedia mengangkat Datuk Liew Yun Fah sebagai pengerusi baru PPP Sabah.

Umum mengetahui PPP adalah parti yang terpinggir dan tidak dipedulikan oleh BN samada sebelum atau selepas pilihanraya. Ini terbukti apabila Presiden PPP Datuk M Kayveas yang kalah dalam usahanya mempertahankan Kerusi Parlimen Taiping tetap datang semasa taklimat ADUN dan ahli Parlimen BN yang diadakan di PWTC baru-baru ini.

Kayveas yang juga ahli politik terakhir meninggalkan tempat jamuan BN pada hari itu, menanti-nanti wartawan untuk ditemuramah walaupun ramai yang tahu beliau tidak lagi popular di mata rakyat.

Begitu juga dengan satu lagi parti komponen BN yang bermasalah dan semakin tidak relevan terutama selepas kekalahan teruk mereka di Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu iaitu parti Gerakan menerusi Pemangku Presidennya Tan Sri Dr. Koh Tsu koon menunggu wartawan di meja makan dengan harapan ada liputan diberikan.

Begitulah kisah dan nasib parti terkecil BN, hidup segan, mati tak mahu. Persoalannya, bilakah parti terkecil ini ingin meninggalkan Gagasan BN yang ditubuhkan pada tahun 1974 itu untuk menyebrang ke gagasan baru yang lebih relevan sebagai harapan baru untuk rakyat Malaysia iaitu Gagasan Pakatan Rakyat (PR)? Melihat kepada senario semasa, adalah lebih afdal jika parti-parti terkecil itu mencontohi parti terkecil yang ada dalam PR yang bijak memanfaatkan peluang dan suasana semasa untuk kepentingan rakyat. Parti terkecil PR yang dimaksudkan ialah Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan Parti Demokratik Malaysia (MDP). Kedua-dua parti ini bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya 12. Kini sudah tiba masanya parti terkecil dalam BN itu sama-sama membaca mood rakyat yang mahukan Kerajaan Baru untuk memerintah Malaysia ke arah negara yang Maju, Adil, maanah, berkebajikan dan lebih penting lagi ialah diberkati Allah selaku pemilik alam ini. amin…