JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 30, 2012

Nong chik tanding di Labuan ?

Masdar Wahid

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dijangka bertanding di Labuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ia bagi memastikan Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan itu menang kerana beranggapan Labuan lebih mudah dipertahan berbanding jika Nong Chik bertanding di Lembah Pantai yang disandang Nurul Izzah Anwar.

Mengulas isu itu, Pemangku Pengerusi Umno Labuan, Datuk Yunus Kurus menolaknya , malah bertegas agar calon tempatan diturunkan pada PRU akan datang.

Yunus juga enggan menjawab sama ada beliau berminat bertanding ekoran jawatan beliau selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Senator Dewan Negara sejak 30 Mei 2011 hingga 29 Mei 2014.

"Walaubagaimanapun, kami akan menerima sesiapa calon yang diputuskan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak," katanya pada majlis Aidilfitri di Sungai Bangat, Labuan 25 Ogos lalu.

Turut dihadir, Naib Pengerusinya, Datuk Bashir Alias, Setiausaha; Siput Ispli Razman, Ketua Pemuda; Mohd Rafi Alli Hassan, Ketua Puteri; Rahimah Lamat dan pimpinan Umno Labuan lain.

Mengenai status Ahli Parlimen Umno Labuan, Datuk Yussof Mahal yang diisytihar bankrap oleh mahkamah 7 Ogos lalu, beliau akan menulis surat rasmi kepada Najib dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengenainya.

Yussof Mahal ialah Ahli Parlimen Umno yang ketiga di Labuan selepas Datuk Suhaili Abdul Rahman (dua penggal) dan Datuk Mulek Awang Damit (tiga penggal sejak 1986).

Suhaili juga sebelum ini terpaksa tidak bertanding juga kerana berdepan status bankrap.

PPS tanding semua kawasan Umno - Lajim

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Sabah, Ahmad Thamrin Jaini menafi laporan konon Pakatan Perubahan Sabah (PPS) pimpinan Datuk Seri Lajim Ukin akan bertanding di semua kerusi majoriti Melayu/Islam negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Hakikatnya kata Thamrin, Lajim mengakui agihan kerusi akan dibincangkan bersama KEADILAN, PAS dan APS sebelum keputusan dimuktamadkan.

Thamrin mengulas laporan Daily Express 28 Ogos lalu bahawa PPS hanya bertanding di semua kerusi majoriti Muslim di Sabah pada PRU akan datang, namun enggan meletak calon di kerusi majoriti Cina dan Kadazan Dusun Murut (KDM).

Mengulas lanjut, Thamrin berkata, Pakatan Rakyat menerima pandangan semua pihak termasuk Lajim yang berhak bersuara namun keputusan akhir akan dibuat pimpinan pusat mengenai agihan kerusi sebelum PRU akan datang.

"Pakatan bukan sahaja memberi ruang untuk PPS tetapi Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred M. Bumburing juga kerana objektif kami sama iaitu mengubah kerajaan negeri dan persekutuan pada PRU akan datang," katanya.




Berbanding Umno katanya yang menafi hak ahlinya bersuara sehingga Lajim dan Wilfred meninggalkan BN.

PPS dan APS ditubuh Lajim dan Wilfred, 29 Julai lalu dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dalam dua majlis berasingan di Beaufort dan Tuaran.

Kedua-dua Ahli Parlimen BN itu turut mengisytihar keluar parti dan berjanji menyokong Pakatan Rakyat.

Sementara itu, ketika ditemubual Suara Keadilan penghujung Julai lalu, Lajim akui PPS akan berubah menjadi parti, namun Wilfred berpendapat APS akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Pakatan.

Monday, August 27, 2012

Senarai Parlimen Sabah sasaran Pakatan Rakyat

Sasaran Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Pakatan Rakyat Sabah mesti memenangi minima 10 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang kian positif.

Ia ekoran strategi Ketua Pembangkang itu memanfaatkan tindakan Ahli Parlimen BN Tuaran, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing dan Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang keluar parti sejak 29 Julai lalu.

Wilfred menubuh Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam, manakala Lajim memastikan undi Bumiputera Islam menyokong Anwar melalui Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Manakala kerusi majoriti Cina kini solid menyokong Pakatan Rakyat, namun KEADILAN, DAP dan SAPP perlu menyelesaikan isu agihan kerusi yang membelenggu mereka sehingga kini.

BN Sabah juga memiliki 24 kerusi Dewan Undangan Negeri dan Sembilan kerusi Parlimen majoriti Kadazan Dusun Murut (KDM)

Berikut pula ialah 13 dari 25 kerusi Parlimen Sabah yang bakal ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Parlimen Kota Marudu (kini disandang oleh Timbalan Presiden PBS-BN, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili)

Parlimen Tuaran (kini disandang oleh bekas Timbalan Presiden Upko-BN, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing) - pro Pakatan

Parlimen Kota Belud (kini disandang oleh Setiausaha BN Sabah dari Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan)

Parlimen Sepanggar (kini disandang oleh Timbalan Presiden SAPP, Datuk Eric Enchin Majimbun) - pro Pakatan

Parlimen Putatan (kini disandang oleh Bendahari Upko, Datuk Dr. Marcus @ Makin Mojigoh)

Parlimen Penampang (kini disandang oleh Ahli Majlis Tertinggi Upko, Donald Peter Mojuntin atau Donald Mojuntin)

Parlimen Beaufort (kini disandang oleh Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Lajim Ukin) - pro Pakatan

Parlimen Ranau (kini disandang oleh Timbalan Ketua Bahagian Upko Ranau, Datuk Siringan Gubat)

Parlimen Keningau (kini disandang oleh Presiden PBS-BN, Datuk Seri Pairin Kitingan sejak 1976 hingga kini)

Parlimen Tenom (kini disandang oleh Ketua Cawangan UMNO Kg. Mamaitom, Datuk Raime Unggi)

Parlimen Beluran (kini disandang oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat (Umno) Datuk Ronald Kiandee)

Parlimen Batu Sapi (kini disandang oleh Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura, Datin Linda Tsen Thau Lin)

Parlimen Tawau (kini disandang oleh Naib Presiden SAPP, Datuk Dr Chua Soon Bui) - pro Pakatan

Parlimen Pensiangan (kini disandang oleh Presiden PBRS-BN Tan Sri Joseph Kurup

Parlimen Sandakan (kini disandang oleh Presiden LDP-BN, Datuk V.K Liew)

Parlimen Kota Kinabalu (kini disandang oleh Penasihat DAP Sabah, Dr Hiew King Chew) - DAP

Sunday, August 26, 2012

Penyokong Wilfred kembali sertai Upko

Bendahari Upko Tuaran, Daukim Gilu yang sebelum ini mendakwa menyokong Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred M. Bumburing mengishtihar kembali menyokong BN.

Beliau memberi alasan menyokong APS sebelum itu kerana Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai warga asing Sabah belum ditubuh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak mempunyai motivasi untuk terus mempromosikan APS kerana saya gembira dengan komposisi panel RCI dari segi berkaliber dan integriti. Saya yakin RCI akan dapat mencapai objektifnya.

"Oleh itu, saya memutuskan meneruskan perjuangan politik melalui Upko BN dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Tan Sri Bernard Dompok (presiden Upko) dan Ketua Bahagian Upko Tuaran, Datuk Wilfred Tangau," katanya dalam kenyataan 17 Ogos lalu.

Sebelum ini, pegawai media APS Lesaya Lopog Sorudim memaklumkan beliau, Daukim Gilu dan John Hussein akan menggerakan APS bahagian Tuaran.

Kenyataan dikeluarkan selepas John mengumum meninggalkan BN dan menyokong APS bersama Pakatan Rakyat dan ia disahkan Daukim dalam kenyataan itu.

"Ia adalah benar bahawa saya terlibat dengan Lesaya dalam mempromosikan APS di kawasan Kiulu. "Malah, saya sepatutnya menjadi pengarah operasi untuk Kiulu," katanya.

Tidak pasti apa objektif Daukim meninggalkan APS, namun yang pasti, kumpulan Wilfred Tangau tidak sebulu dengan kumpulan Wilfred M. Bumburing (semasa dalam Upko) dalam usaha mereka meletak calon masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebab itu sebelum ini, Wilfred Bumburing semasa dalam Upko mendesak Datuk Seri Najib Razak agar Sabah ditambah 10 kerusi Parlimen bagi memberi ruang lebih banyak proksinya bertanding.

Sebab itu tidak menghairankan bekas Senator BN, Datuk Maijol Mahap akan bertanding di Parlimen Kota Marudu, kerusi yang dimenanginya sebelum di rampas PBS.

Ketika ini kebanyakan kerusi asal Upko dirampas Parti Bersatu Sabah (PBS), sekutu BN negeri itu dan ia berlaku sebaik PBS yang sebelum ini pembangkang menyertai BN pada tahun 2000.

Upko dan PBS masing-masing merebut kerusi yang majoriti pengundinya masyarakat Kadazan Dusun Murut.

Berikut pula ialah senarai pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang meninggalkan BN setakat ini.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Wilfred Bumburing

Naib Presidennya yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap

Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh

Bekas Ketua Pemuda 12 tahun, Datuk kalakau Untol

Ahli Majlis Tertinggi,
Denis Gimpah,
Lesaya Lopog
Petrus Guriting

Khalid Ibrahim datang, Umno berang


Walaupun kunjungan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar atas) ke Sabah pada 6 Ogos lalu hanya beberapa jam, namun ia sudah cukup mencemaskan BN negeri termasuk pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman.

Bimbang kunjungan Khalid itu memperkukuh sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan, Musa tampil dengan memujuk rakyat agar jangan terpengaruh dengan dasar-dasar Pakatan.

“Saya hairan dengan MB dari PR ini, sanggup datang ke Gum-Gum menabur bermacam dakyah mengelirukan rakyat. Apa dia tahu pasal kawasan ini, sebaliknya dia jagalah negerinya," kata Musa.

Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Sri Gum-Gum, Batu 16, Jalan Labuk, 25 Ogos lalu.

Pada 6 Ogos lalu, Khalid berkunjung ke Kampung Garinono, Sandakan atas jemputan KEADILAN Sabah Cabang Libaran pimpinan Ahmad Thamrin Jaini.

Selain bertarawih, berbuka puasa, berdailog dengan masyarakat setempat, Khalid turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan ke-pada warga emas dikenali sebagai Puan Gerobo (gambar bawah) yang hidup sebatang kara di Kampung itu.

Khalid tersentuh dengan keadaan kehidupan wanita itu yang tinggal seorang diri tanpa saudara-mara di sebuah rumah usang.

Turut serta, Thamrin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah (MPN), Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) negeri, Serman Hassnar, Pengerusi Zon Sandakan, Mustapha Datu Tambuyong dan pimpinan lain.

Pada majlis berasingan, Khalid dalam ucapannya menjelaskan pelbagai dasar merakyatkan ekonomi Selangor termasuk pemberian air percuma, Skim Mesra Usia Emas, pembiayaan pendidikan kepada bakal mahasiswa dan sebagainya.

Khalid menjelaskan, walaupun Laporan Audit Negara memuji pentadbiran kerajaan Selangor dan negeri lain pimpinan Pakatan, namun media kawalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak melaporkannya.

Sehubungan itu, Khalid menyeru rakyat Sabah memanfaatkan media alternatif dan berita di internet untuk dicetak dan disebar kepada pengundi negeri itu.

Beliau turut menyeru rakyat Sabah berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan memastikan undi hanya untuk calon Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, dasar Pakatan jelas lebih baik, telus, pro rakyat dan menguntungkan rakyat berbanding dasar Umno BN yang hanya memperkaya segelintir kecil kroni yang rapat dengan pemerintah.


Pada majlis itu, Khalid turut menerima penyertaan kira-kira 300 anggota baru KEADILAN Cabang Libaran dari pelbagai ranting parti yang aktif ditubuh di kawasan itu.

Kad Aidilfitri PAS menjadi bualan rakyat

KUCHING: Kad raya daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah diedarkan di beberapa kampung di sekitar Bahagian Samarahan sebelum Hari Raya Aidilfitri menjadi ‘buah mulut’ orang kampung di situ.

Menurut seorang penduduk Kampung Tanjung Bundong Tradisi yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Madi berusia lewat 50-an, kad raya itu diedarkan ke rumah-rumah di kampung itu seminggu sebelum Hari Raya ini.

“Beberapa penduduk kampung di sini mula bercakap mengenai kad Raya itu… ada yang bertanya sama ada menerima kad raya daripada pembangkang (PAS) atau tidak.

“Apa tidaknya penduduk di sini tidak pernah menerima kad raya daripada pihak itu (pembangkang) sebelum ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Kad raya itu dikatakan telah diedarkan di beberapa kampung seperti Kampung Tanjung Bundong, Muara Tuang, Tanjung Parang dan beberapa kampung lain di Bahagian Samarahan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tidak perlu dikomen dan tidak perlu dibesar-besarkan untuk mereka (pembangkang) mendapat publisiti. Itu hak mereka,” katanya  menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Awal Ogos lalu ketika ditemui selepas majlis penyerahan biji benih labu di Dewan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan, Abdul Karim memberitahu kawasan Samarahan merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin kerusi Parlimen Samarahan tidak mempunyai masalah untuk kita (BN) menang kerana ia masih lagi kubu kuat BN,” katanya yang juga merupakan Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia (Bandar).

Monday, August 13, 2012

Ada lagi pemimpin Umno keluar parti selepas Aidilfitri - Lajim

Masdar Wahid

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengesahkan akan ada lagi pemimpin Umno Sabah yang akan keluar parti dalam masa terdekat atau seawalnya selepas sambutan Aidilfitri hujung Ogos ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada rangka lawatannya ke Sarawak atas jemputan KEADILAN negeri 12 Ogos lalu yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Sarawak.

Lajim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenainya walau didesak berkali-kali dan hanya menegaskan, "Mungkin  selepas Hari Raya."

Lajim berkata, tindakan rakan-rakannya kelak meninggalkan Umno adalah sama dengan beliau iaitu enggan menerima salah guna kuasa dan penyelewengan Umno BN terhadap rakyat.

"Kami mahu kerajaan persekutuan mengambil maklum dan menyelesaikan masalah di Sabah, tetapi selepas 18 tahun banyak isu kekal tidak diselesaikan.

"Jika satu pihak gagal menyelesaikan masalah, apa yang untuk kita tunggu lagi? Oleh itu, kita beralih kepada pihak lain (Pakatan Rakyat) yang boleh membantu rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi," katanya lagi.

Selepas mengumum meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Pengerusi Umno BN Beaufort pada 29 Julai lalu, Lajim turut menubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang memfokuskan pengundi Melayu Muslim Sabah pada PRU akan datang.

Pelancaran APS Kota Marudu gusarkan BN

Masdar Wahid

Tindakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) mengembangkan pengaruhnya dalam Parlimen Kota Marudu 12 Ogos lalu sangat menggusarkan BN kawasan itu.

Ia terbukti apabila Ahli Parlimen BN Kota Marudu yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili turut mengadakan program mengejut dengan nama 'pelancaran Gerakan Biru Kota Marudu pada hari sama.

"Kita akui lebih banyak perlu dilakukan di sini, oleh itu adalah penting agar tiga kerusi di Kota Marudu kekal dimenangi BN untuk mendapat faedah daripada program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri.

"Pihak pembangkang tidak boleh meningkatkan pembangunan di Kota Marudu. Apa yang mereka boleh lakukan hanyalah menjadikan Kota Marudu lebih mundur jika mereka memenangi sebarang kerusi di sini, "katanya berucap pada majlis itu.

Maximus yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut menunjukan kebodohannya apabila apabila mencabar Pakatan Rakyat melaksana dasar dengan memberi RM100 kepada bayi yang baru lahir di negeri yang diperintah KEADILAN, PAS dan DAP.

Hakikatnya, Selangor dan Pulau Pinang yang dipimpin Pakatan Rakyat misalnya sudah melaksana dasar itu sejak menawannya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Maximus yang merupakan Ahli Parlimen Kota Marudu sejak 2004 bakal ditentang Senator BN yang keluar parti 12 Ogos lalu, Datuk Maijol Mahap yang juga bekas Ahli Parlimen Bandau pada PRU 1999.

Parlimen Kota Marudu sebelum 2004 dikenali dengan nama Parlimen Bandau.

Lebih fokus pada Sabah kerana S'wak ok - Anwar


Masdar Wahid

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, partinya lebih memfokuskan kepada Sabah menjelanga Pilihan Raya Umum akan datang berbanding Sarawak.

Ini kerana katanya, peluang, peratus kemenangan dan jentera parti itu lebih kukuh dan lebih bersedia di Sarawak berbanding di Sabah yang memerlukan lebih perhatian.

Mengenai kedudukan pemimpin BN Sabah yang keluar parti sejak akhir-akhir ini, beliau memberi kebebasan kepada mereka memilih mana-mana parti untuk diwakili pada PRU akan datang, namun menegaskan KEADILAN turut memberi ruang kepada mereka.

"KEADILAN lebih menumpukan kepada Sabah memandangkan keadaan di Sarawak lebih ‘okay’
 dan anda (media) tahu stail saya, saya akan biarkan mereka sendiri umumkan (pengisytiharan keluar BN, sokong Pakatan),” katanya pada sidang media di Sarawak 11 Ogos lalu.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Naib Pengerusi KEADILAN negeri See Chee How, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim selepas itu menyertai Anwar dan berucap pada majlis Pentas Rakyat di Kuching yang turut dihadiri seorang lagi bekas Menteri Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Anwar turut memanfatkan lawatannya ke negeri itu dengan melawat keluarga mendiang Peter Ato termasuk menyampaikan sumbangan.

Pada 29 Julai lalu, Ahli Parlimen BN Tuaran, Datuk Seri wilfred M. Bumburing menubuh Angkatan Perubahan Sabah (APS), manakala pada hari sama, Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

APS memfokuskan pengundi dan kawasan majoriti Kadazan Dusun Murut (KDM) terutama yang ditandingi Parti Bersatu Sabah (PBS), sekutu kedua terbesar BN Sabah.

Manakala PPS memfokuskan pengundi Bumiputera Melayu Muslim atau kawasan yang bakal ditandingi proksi Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Umno Sabah kini berpecah kepada dua kumpulan utama iaitu proksi Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Berikut ialah senarai terkini pemimpin utama BN yang menyokong Lajim dan Bumburing

Penyokong Datuk Seri Wilfred M. Bumburing

1. Naib Presiden Upko yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap

2. Pengerusi Tetap Upko, Datuk Herman Tiongsoh

3. Bekas Ketua Pemuda Upko selama 12 tahun, Datuk kalakau Untol

4. Ahli Majlis Tertinggi Upko iaitu Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

5. Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan Pemaju Mukim bahagian Kiulu, John Hussein.

Senarai penyokong Datuk Seri Lajim Ukin

1. Ketua Penyelaras BN Parlimen Beaufort, Johiar Matlani

2. Bekas setiausaha Umno Beaufort Jusih Sarin

3. Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga, merangkap  Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort, Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian dan Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias sejak 1994, Amsir Dani

4. 15 dari 19 AJK Umno, Pemuda dan Puteri Umno Beaufort turut meletak menyokong Lajim secara senyaap seperti ditegaskan tiga AJK PPS, iaitu Ahmad Said, Ibrahim Salim dan Safari Lidan.

Disebalik pembelotan Senator BN

Masdar Wahid

Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap (gambar atas) sudah sah meninggalkan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), sekutu BN Sabah yang disertainya sejak 1990.

Perkara itu diumum di kediamannya, Kampung, Goshen, Kota Marudu yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri wilfed Bumburing, pimpinan Pakatan dan lebih 5,000 rakyat.

Beliau pastinya akan menerajui APS bahagian Kota Marudu dan bakal bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Namun ada perkara lebih menarik mengenai Maijol yang merupakan anak kelahiran Kota Marudu dan sejarah Parlimen Kota Marudu.

Parlimen Kota Marudu sejak 2004 hingga kini disandang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), sekutu BN Sabah ketika ini.

Sebelum 2004, Parlimen Kota Marudu dikenali sebagai Bandau dan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Maximus tewas kepada Maijol.

Maximus yang mewakili PBS ketika itu adalah pembangkang di Sabah, manakala Maijol dari Upko mewakili BN.

PBS menjadi pembangkang antara tahun 1990 hingga 2001 dan memohon menyertai BN pada 2002 ekoran kekalahan teruk parti itu pada PRU 1999 selain beberapa wakil rakyatnya melompat menyertai BN.

Sejak PBS melompat menyertai BN, Parlimen Kota Marudu diserahkan kepada PBS dan dimenangi Maximus pada PRU 2004 dan 2008.

Bagi mengelak Maijol dan beberapa pemimpin Upko menyertai pembangkang kerana tidak berpuas hati, maka Maijol dilantik sebagai Senator Dewan Negara sejak 6 Disember 2006 dan berakhir 8 Disember 2012.

Namun bagi anda yang menetap di Kota Marudu, keinginan Maijol menjadi calon bukan lagi rahsia apabila Naib Presiden Upko itu kerap menjelajah ke kawasan itu atas nama 'Ketua Upko Kota Marudu' sejak 2004 hingga kini.

Ini kerana beliau kehilangan hak bertanding di situ hanya selepas PBS melompat kepada BN sejak 2004 yang disifatkan beliau tidak adil kepada Upko.

Kebanyakan pemimpin Upko pun ialah bekas pemimpin yang meninggalkan PBS bagi menubuh Parti Demokratik Sabah (PDS) pada 1990 dan menukar nama menjadi Upko sejak 1994 hingga kini.

Sebab itu, pada 30 November 2011, Maijol dan Upko pernah mendesak Datuk Seri Najib Razak agar Sabah ditambah sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen bagi memberi peluang lebih banyak wakil parti itu menjadi calon dalam PRU.

Selain Upko dan PBS, BN Sabah memiliki komponen termasuk LDP, MCA, MIC, PPP, Umno, PBRS dan Gerakan.

Maka tindakan Maijol melancarkan APS peringkat Parlimen Kota Marudu semalam pastinya menjanjikan persaingan sengit antara PBS dan Upko yang sekian lama bersaing merebut ahli berasaskan masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di situ.

Pada PRU 1999 dalam pertandingan tiga penjuru, Maximus menang selepas meraih 8,465 undi atau 51 peratus dari jumlah pemilih yang keluar mengundi.

Manakala Maijol mendapat 6,781 undi atau 41 peratus dan baki undi itu diraih calon Bebas, Baintin Adun.

Namun, situasi politik kini berubah dan lebih memihak kepada pembangkang kerana APS sudah berjanji memastikan undi KDM dan Bumiputera Bukan Islam Sabah menyokong Pakatan Rakyat.

Adakah Maximus berjaya mengekalkan kerusi itu atau Maijol kembali merampasnya selepas terlepas peluang sejak dua penggal lalu? Ia hanya akan diketahui selepas PRU akan datang.

Saturday, August 11, 2012

Lajim bersama Anwar gempur Sarawak hari ini

11 Ogos 2012 (Sabtu)
 
1) 3.00 ptg – Perjumpaan Dengan MPN, AMK, Wanita, Sri Kandi, NGO Dan Aktivis Parti
Lokasi : Hotel Grand Continental, Kucing

2) 6.50 ptg – Iftar /Solat Maghrib, Isya’ & Tarawikh / Tazkirah
Lokasi: Kediaman Datuk Seri Hafsah Harun, Jalan Gita, Matang, Kucing

3) 8.30 -12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi : Perkarangan Pejabat PKR Petra Jaya, Jalan Satok, Kulas, Kucing

Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Baru Bian
iv. YB Chong Chien Jen
v. YB Ali Biju
vi. YB See Chee How
vii. YBhg Ahmad Nazib Johari
viii. YBhg Zulrusdi Mohamad Hol

KEADILAN will hold a gathering at Jalan Satok tomorrow (Aug 11) with de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and former Deputy Minister of Housing and Local Government Datuk Seri Lajim Ukim as the main speakers.

Anwar and Lajim will hold a dialogue with state Pakatan Rakyat (PR) leaders and invited non-governmental organisation (NGO) leaders according to a press statement yesterday.

They will also attend a ‘buka puasa’ meal at KEADILAN state advisor Datuk Hafsah Harun’s residence prior to the Jalan Satok event.

Lajim is Beaufort Member of Parliament and lost his deputy minister’s post when he quit Umno on July 18.

Tuaran Member of Parliament Datuk Wilfred Bumburing, former United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) deputy president, also left Barisan Nasional (BN).

In the statement, KEADILAN state vice-chairman See Chee How said the duo’s support for PR means the opposition fronts slowly but surely gaining ground in the two East Malaysian states.

Besides proving that Sabah and Sarawak are no longer the ‘fixed deposit’ states for BN, it is the popular sentiment of Sabahans and Sarawakians to play a crucial role to elect PR as the federal government
in the coming general election,he added.

Thursday, August 9, 2012

Senarai penyokong Wilfred, Lajim tinggalkan BN setakat ini

Penyokong Datuk Seri Wilfred M. Bumburing

1. Naib Presiden Upko yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap

2. Pengerusi Tetap Upko, Datuk Herman Tiongsoh

3. Bekas Ketua Pemuda Upko selama 12 tahun, Datuk kalakau Untol

4. Ahli Majlis Tertinggi Upko iaitu Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

5. Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan Pemaju Mukim bahagian Kiulu, John Hussein


Senarai penyokong Datuk Seri Lajim Ukin

1. Ketua Penyelaras BN Parlimen Beaufort, Johiar Matlani

2. Bekas setiausaha Umno Beaufort Jusih Sarin

3. Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga, merangkap  Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort, Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian dan Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias sejak 1994, Amsir Dani

4. 15 dari 19 AJK Umno, Pemuda dan Puteri Umno Beaufort turut meletak menyokong Lajim secara senyaap seperti ditegaskan tiga AJK PPS, iaitu Ahmad Said, Ibrahim Salim dan Safari Lidan.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyambut hari lahirnya pada 10 Ogos 2012 (esok)  akan berada di Kota Belud dan Kota Marudu untuk mengumum penyertaan beberapa lagi pemimpin BN yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

'Jika dia tidak keluar, kami akan memecatnya'

Jika Wong Judat (gambar) tidak meningglkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)pun, kami akhirnya akan memecatnya kerana kita tidak boleh terima hasratnya menentang calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Tan Sri William Mawan Ikom.

William mengulas tindakan Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan yang menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli SPDP dipejabat parti itu  8 Ogos lalu namun gagal kerana ketiadaan pemimpin SPDP.

"Majlis tertinggi SPDP akan bermesyuarat tidak lama lagi dan kita akan membincangkan mengenai peletakan jawatannya. "Walaupun saya kecewa dengan tindakan itu dan sudah menasihatinya, namun kami mungkin menerima hasratnya itu," katanya.

Beliau juga berharap dengan keluarnya Wong itu akan 'menyedapkan hati' beberapa pemimpin BN yang memburuk-burukan SPDP sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sejak Julai lalu, Wong dilihat bersama Parti Pekerja Sarawak (SWP), sekutu baru BN yang bertanding sebagai calon bebas pada PRU akan datang.

Wong memberi alasan meninggalkan SPDP kerana ingin menentang Datuk Joseph Salang Gandum yang juga penyandang Ahli Parlimen Julau dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).

PRS dan SPDP ialah sekutu BN Sarawak yang majoriti ahlinya berketurunan Dayak dan sering bergaduh sejak beberapa tahun lalu sama ada merebut kerusi, ahli atau wakil rakyat.

Manakala SWP sudah mendapat 'lampu hijau' dari Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar parti itu menentang setiap kerusi Parlimen yang diperuntukan kepada PRS pada PRU akan datang.

Mengulas lanjut, Wiliam berkata, jika Wong menyertai SWP, beliau berharap parti itu diterima menyertai BN.

"Jika Wong memutuskan untuk menyertai SWP, BN perlu bersatu untuk mengambil Wong dan SWP," katanya.

Pada November 2011, William memecat tiga Adun dan seorang Ahli Parlimennya kerana menentang beliau dan menyokong PRS.

Mereka ialah Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe, Datuk Peter Nansian Ngusie (Adun Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri Muran (Adun Marudi), Paulus Gumbang (Adun Batu Danau) dan Rosey Yunus (Adun Bekenu).

William kini satu-satunya Adun yang ada dalam SPDP.

Wednesday, August 8, 2012

Langkah sulung Lajim cemaskan Umno

Dakwaan pemimpin Umno konon tindakan Datuk Seri Lajim Ukin menubuh Pakatan Perbuahan Sabah (PPS) tiada kesan hanya taktik mereka untuk menyedapkan hati penyokong parti itu.

Buktinya, langkah sulung Lajim bersama PPS yang diterajuinya ke Kuala Penyu bukan sahaja direspon. Malah setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Isnin Aliasnih terpaksa datang dan berjanji akan menyelesai masalah rakyat kawasan itu.

Lajim ke Kuala Penyu pada 4 Ogos lalu, manakala Isnin ke kawasan sama tiga hari kemudian iaitu semalam selepas kunjungan Lajim itu didedahkan media.

Segala-galanya bermula selepas Lajim mendedahkan antara punca mengapa masalah air dan bekalan elektrik di Kuala Penyu gagal diselesai kerana keengganan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memenuhi desakan beliau.

Menariknya, dalam kunjungan itu, beberapa pemimpin Umno BN turut mengiringi Lajim termasuk bekas Ketua Penyelaras Parlimen Beaufort, Johiar Matlani dan bekas setiausaha Umno Beaufort Jusih Sarin serta isterinya, Datin Normilah Siong.

"Saya sudah membangkitkan isu ini berkali-kali kepada kerajaan persekutuan tetapi tidak berjaya.

"Malah, mereka melabel saya sebagai pemimpin pembangkang setiap kali saya bertanya perkembangan isu yang saya bangkitkan," katanya pada majlis berbuka puasa di Kampung Temporong, Kuala Penyu 4 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Lajim mendesak Najib dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyelesai masalah itu yang membelenggu penduduk sejak sekian lama.

Kampung Kekapor dan Kampung Temporong Seliku dalam daerah Kuala Penyu antara yang paling teruk berdepan masalah bekalan air dan elektrik.

Kuala Penyu terletak dalam Parlimen Beaufort yang diwakili Lajim sejak 2008.

Pada majlis itu, Lajim turut berbuka puasa serta memberi bantuan kepada 126 fakir, anak-anak yatim, ibu tunggal selain sumbangan kepada masjid dan surau sempena Ramadan yang mulia.

Sementara itu, seorang penduduk Kuala Penyu, Sailli Suntim mengakui masalah bekalan air dan elektrik di kawasan itu berlaku sejak sekian lama.

"Ini bukan masalah baru dan penduduk di sini bosan dengan alasan yang diberi pemimpin sama ada di peringkat bahagian atau negeri. "Mereka berjanji untuk mencari penyelesaian namun masalah ini masih berlaku.

"Masa untuk menabur janji sudah berakhir dan kami berharap janji kali ini dipenuhi, bukannya sekadar retorik atau publisiti murahan," katanya respon kepada janji yang dinyatakan Isnin.

Lajim bukan pengkhianat - pemimpin BN

Masdar Wahid

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus @ Makin Mojigoh meminta rakyat Sabah tidak menggelarkan Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) sebagai pengkhianat hanya kerana Ahli Parlimen Umno Beaufort itu meninggalkan BN.

Ini kerana katanya, sebagai negara demokrasi, tindakan Lajim meninggalkan BN sebagai hak kebebasan beliau selaku rakyat Malaysia sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia adalah hak beliau. Kita tidak boleh memanggil dia pengkhianat kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi," katanya pada majlis penyampaikan 'moreh' kepada 11 masjid dan surau di daerah Putatan 7 ogos lalu.

Marcus yang juga Bendahari Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko) mengulas tindakan Lajim dan Ahli Parlimen Upko Tuaran, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing meninggalkan BN sejak 29 Julai lalu.

Parlimen Putatan diperuntukan BN untuk Upko sejak beberapa penggal lalu, namun sejak 2008 Umno bahagian itu menuntut kerusi itu diserahkan kepada mereka.

Adun BN sah keluar parti

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat (gambar) mengesahkan beliau sudah keluar dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP-BN) berkuat-kuasa serta-merta sejak semalam.

Surat peletakan jawatan beliau bagaimanapun gagal diserahkan kepada Presiden SPDP, Tan Sri  William Mawan Ikom atau Setiausaha Agung parti itu, Nelson Balang Rining kerana mereka tiada di pejabat.

"Ya, ini memang surat peletakan saya. Saya tidak dapat menunjukan kepada anda (wartawan),” katanya dalam sidang media yang turut diiringi tiga pembantunya, Angoi Meringai, Nyingkok Bungap dan Tambi Luat
semalam.

Judat yang tiba di ibu pejabat SPDP kira-kira 2 petang, ingin menyerah surat peletakan jawatan itu kepada Pemangku Setiausaha Eksekutif SPDP, Sallih Bitin tetapi ditolak.

Sallih menjelaskan, surat itu sepatutnya diserah secara terus kepada Setiausaha Agung atau Timbalan Setiausaha Agung atau Presiden atau Timbalan Presiden.

Dalam sidang media itu, Wong turut menegaskan hasratnya untuk menentang penyandang BN dalam Parlimen Julau yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Wong ialah Adun Melaun selama tiga penggal dan menyertai SPDP sejak 2003.

Pada penghujung Julai lalu, Wong mengumum akan keluar parti selepas menemui Presiden dan Timbalan Presiden.

Dengan peletakan jawatan itu, SPDP kini hanya memiliki satu Adun iaitu Wiliam yang juga presiden parti itu.

Pada Februari lalu, tiga Adun dan seorang Ahli Parlimen SPDP mengisytihar keluar parti, lima bulan selepas mereka dipecat oleh William pada November tahun lalu.

Sementara itu, Abdul Karim Rahman Hamzah yang jug Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak menyifatkan Wong sebagai mementingkan diri sendiri dan mengkhianati BN.

Monday, August 6, 2012

Lagi pemimpin BN keluar parti

Masdar Wahid

Tindakan dua Ahli Parlimen BN keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat pada 29 Julai lalu terus mendapat sokongan rakyat Sabah yang menyaksikan satu demi satu ahli parti itu meninggalkan BN.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatannya sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan Pemaju Mukim bahagian Kiulu dengan memberi notis selama 30 hari kepada partinya sejak 1 Ogos lalu.

John turut meletak jawatan sebagai Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi parti itu di Bahagian Kiulu serta menyokong perjuangan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diasas dan diterajui Datuk Seri Wilfred M. Bumburing.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.

"Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah," kata John.

Pembinaan SMK Nabalu, berdekatan kaki Gunung Kinabalu pernah diumum Datuk Seri Noh Omar selaku Menteri Pelajaran pada 10 Disember 2007, namun gagal dilaksana sehingga rakyat membuat bantahan dan menuntut janji itu.

Pada 21 Ogos 2009 pula, Timbalan Menteri Pelajaran yang baru, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ia akan dibina bermula Oktober 2009 dengan peruntukan RM35 juta.

"Peruntukan sudah tersedia dan saya berharap projek pembinaan Sekolah Menengah Nabalu ini akan dilaksanakan secepat mungkin iaitu kalau boleh dalam tempoh dua bulan dari sekarang," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu ketika berucap pada majlis bersama rakyat sempena lawatannya ke tapak sekolah itu di Dewan Pekan Nabalu, pada 21 Ogos 2009.

Namun, ia tidak siap juga sehinggalah pada 12 Disember, 2010 Wilfred semasa dalam BN memberi jaminan pembinaannya akan bermula pada 2011 dengan peruntukan RM45 juta.

"Projek SMK Nabalu ini sudah diluluskan untuk pembinaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan lagi dan sepatutnya kerja pembinaan dimulakan tahun lepas.

"Bagaimanapun, terdapat sedikit masalah berkenaan tawaran tender yang memerlukan pengubahsuaian dan keadaan ini sedikit sebanyak melambatkan pelaksanaan projek berkenaan," kata wilfred selepas menghadiri majlis perjumpaan semula pelajar Sek Men Keb Badin, pada 12 Disember 2010.

Manakala pada 23 Jun 2011, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata pembinaan sekolah itu siap pada hujung 2011.

"Saya dimaklumkan ada sedikit masalah teknikal mengenai isu ini kerana apabila sekolah itu ditender, dikatakan ia melebihi daripada bajet yang diluluskan dan terpaksa ditender semula.

"Akhir tahun lepas (2010) apabila ke Kuala Lumpur, saya dimaklumkan pertukaran tender baru itu kini telah diselesaikan, dan dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah baru-baru ini, kita juga telah maklumkan perkara itu kepada beliau, dan isu itu akan diberi perhatian," kata Masidi.

Sehubungan itu, John berkata, beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakan APS Bahagian Kiulu.

Lesaya ialah bekas Pegawai Maklumat Upko Tuaran, manakala Daukim ialah Bekas Bendahari Upko dari bahagian sama.

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi; Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut keluar parti dan menyokong Pakatan melalui APS pada 29 Julai lalu.

APS pimpinan wilfred memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam terutama masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah dengan beliau sudah menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau sejak 1 Ogos lalu.

Kedua-dua kawasan itu diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan sejak 1976 hingga kini dengan Pairin ketika ini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Wilfred pula pernah mengajak presiden Upko, Datuk Seri Benard Dompok agar parti itu keluar parti menjelang 16 September 2008, namun ia senyap selepas beberapa pemimpin parti itu mendapat jawatan dalam BN.

Pandang serius tindakan Wilfred, Lajim - Maslan

Masdar Wahid

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, BN memandang serius tindakan Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Upko Tuaran, Datuk Wilfred M. Bumburing meninggalkan gabungan itu di Sabah pada 29 Julai.

Walaupun beliau tidak yakin tindakan keluar parti di Sabah akan merebak ke Sarawak, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 4 Ogos lalu mengarahkan gelombang biru dijana khusus untuk mempengaruhi pengundi luar bandar di Sabah dan Sarawak.

“Saya bersama ahli politik BN lain berpandangan, apa yang berlaku di Sabah tidak akan terjadi di Sarawak.

“Setakat ini, hanya empat Ahli Parlimen BN termasuk di Sepanggar dan Tawau (keluar). “Ia (tindakan Lajim, Wilfred itu) tidak menggusarkan walaupun kami memandang serius perkara ini," katanya pada Program Asyura 1Malaysia Kuching, 5 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun dan Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui, kedua-duanya dari Parti Majus Sabah (SAPP) meninggalkan BN pada 17 September 2008 dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat.

Manakala pada hari sama Lajim, Wilfred mengumum menyokong Pakatan Rakyat di Sabah pada 29 Julai lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP-BN), Wong Judat turut mengumum keluar parti.

Selain SPDP, BN Sarawak mempunyai tiga lagi sekutu termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

SUPP, wakil utama masyarakat Cina dalam BN negeri pada pilihanraya Sarawak April lalu, hanya menang dua kerusi dominasi Cina dan merupakan antara kekalahan teruk dalam sejarah parti kedua tertua di negeri itu.

Manakala SPDP dan PRS kini bergaduh sesama sendiri dan berebut kerusi dominasi Dayak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Sarawak dan ia sudah lama berlarutan sejak kedua-dua sekutu itu ditubuh beberapa tahun lalu.

Manakala PBB sedang berusaha menjatuhkan beberapa Ahli Parlimennya yang dilihat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijangka keluar parti jika BN kalah teruk pada PRU akan datang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, Kementerian Kesihatan melancarkan Strategi Lautan Biru khusus untuk penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah pada 4 Ogos lalu.

Saya sudah sedia fizikal, mental - Lajim

Datuk Seri Lajim Ukin berkata, beliau sudah bersedia dari fizikal dan mental berhubung tekanan berterusan yang dikenakan terhadap tindakan beliau menyokong Pakatan Rakyat melalui Pakatan Perubahan Sabah yang diterajuinya.

"Saya diserang secara peribadi dan dikaitan semula dengan tindakan saya meninggalkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1994 bersama rakan-rakan lain.

"Tetapi mereka lupa kerana tindakan saya itulah mereka kini menikmati banyak kesenangan yang mereka tidak jangkakan termasuk mereka yang mengejek saya ketika ini," katanya pada majlis berbuka puasa di Kampung Temporong, Kuala Penyu, 4 Ogos lalu.

Beliau diiringi isterinya Datin Hajah Normilah Siong, bekas Ketua Penyelaras Parlimen Beaufort Parlimen Johiar Matlani, bekas setiausaha Umno Beaufort Jusih Sarin dan beberapa bekas pemimpin BN yang meninggalkan parti Umno BN baru-baru ini.

Lajim berkata, pemecatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 1 Ogos lalu, tidak menjejas khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Beaufort dan terus berjuang demi kepentingan rakyat kawasan itu.

"Saya tidak lagi mampu untuk memberi peruntukan kepada mana-mana projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat. "Tetapi itu bukan halangan untuk saya memperjuangkan hak rakyat," katanya lagi.

Pada majlis itu, Lajim turut menyumbang bantuan Zakat kepada 82 fakir, anak-anak yatim, ibu tunggal serta masjid dan surau dalam Parlimen Beaufort sempena Ramadan yang mulia.

Pada 29 Julai lalu, Lajim meletak jawatan sebagai Pengerusi Umno BN Beaufort, enggan bertanding pada pemilihan Umno mendatang dan sudah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu pada pertengahan Jun lalu.

Lajim turut dipecat sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 30 Julai lalu dan sedang menanti untuk dipecat selepas enggan menjawab keahliannya dalam Umno pada surat tunjuk sebab yang diberi padanya sejak 1 Ogos lalu.

Tindakan Lajim, susahkan jentera Umno

Tindakan Datuk Seri Lajim Ukin menyokong Pakatan Rakyat menyukarkan pergerakan Jabatan Penerangan Sabah, kata Pengarahnya, Almain Ajirul.

Ini kerana katanya, Lajim meruapakan antara pemimpin penting dalam jentera itu selain tahu selok-belok dan maklumat penting berkaitan kepentingan rakyat Sabah sejak sekian lama.

"Kami berkomunikasi, berdailog dan berbincang banyak perkara bersama Datuk Lajim yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Maklumat dalam jabatan ini.

"Sekarang kami tidak lagi boleh berbuat demikian (kerana beliau menyokong Pakatan Rakyat)," katanya pada majlis kunjungan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Abu Bakar Hassan di Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu 1 Ogos lalu.

Jabatan Penerangan merupakan alat komunikasi penting kerajaan untuk memberi penjelasan dan mempromosikan dasar dan program pembangunan kepada rakyat serta diberi kepercayaan untuk menilai sentimen rakyat terhadap kerajaan Umno BN, dasar dan programnya.

Terdahulu, Almain dimaklumkan bahawa Jabatan itu kini mempunyai 363 kakitangan dengan 179 atau 50 peratus daripadanya berada di Kota Kinabalu.

Jabatan itu mempunyai pejabat utama di Kota Kinabalu dan setiap daerah di negeri itu turut memiliki jabatan sama.

Pada 29 Julai lalu, Lajim meletak jawatan sebagai Pengerusi Umno BN Beaufort, enggan bertanding pada pemilihan Umno mendatang dan sudah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu pada pertengahan Jun lalu.

Lajim turut dipecat sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 30 Julai lalu dan sedang menanti untuk dipecat selepas enggan menjawab keahliannya dalam Umno pada surat tunjuk sebab yang diberi padanya sejak 1 Ogos lalu.

Friday, August 3, 2012

'Pecat Frankie macam Lajim'

'Pecat Frankie macam Lajim'

Masdar Wahid

Datuk Frankie Chong wajar dipecat dari jawatannya selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebagaimana pemecatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kata Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Dr Johnson Tee.

Ini kerana kata Johnson, Frankie yang juga ahli Parti Maju Sabah (SAPP) turut menentang BN termasuk berkempen dalam DUN Sook yang diwakili PBRS sejak akhir-akhir ini.

"Datuk Frankie Chong tidak harus diberi peluang menggunakan kemudahan BN apabila dia sudah mengisytihar untuk menjatuhkan BN," katanya semalam.

SAPP meninggalkan BN pada 17 September 2008, manakala PBRS ialah sekutu terkecil BN Sabah dengan parti itu hanya diberi DUN Sook dan kerusi Parlimen Pensiangan, kawasan yang menjadi sasaran untuk ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tarikh PRU-13, Najib ikut negeri Pakatan, paling lewat November - Menteri

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Najib Razak enggan membubar Parlimen sekarang kerana terpaksa mengikut negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

“Jadi sekarang kita berada pada pertengahan jalan di mana jika kita membubarkan Parlimen sekarang, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak mampu untuk tidak dibubarkan.

“Ini mungkin perkara yang menghalang Perdana Menteri daripada mengumumkan pembubaran pada waktu itu walaupun beliau mungkin mahu berbuat demikian.

"Tetapi jika beliau merasakan pihak pembangkang tidak akan membubarkan kerajaan tidak guna pilihan raya diadakan kerana selepas pilihan raya kita masih hilang empat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan biji benih labu di Dewan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan semalam.

Dalam ucapannya sebelum itu, Karim berkata, menyatakan PRU13 kemungkinan akan diadakan dalam tiga bulan ini iaitu September, Oktober dan selewat-lewatnya November tahun ini.

“Jadi mungkin itu sebabnya kenapa mereka perlu menunggu sehingga selepas (sambutan) merdeka atau perayaan Hari Raya atau dalam bulan September, Oktober dan November…itulah pandangan saya,” katanya lagi.

15 AJK Umno Beaufort letak jawatan, sokong Lajim

15 dan 19 Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort sudah meletak jawatan dan menyokong penuh tindakan Datuk Seri Lajim Ukin menubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) untuk perjuangan rakyat, kata Ahli jawatankuasa (AJK) PPS, Ahmad Said.

Ahmad mengulas dakwaan Setiausaha BN negeri, Datuk Abdul Rahman konon keputusan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin untuk meninggalkan BN atas pilihan peribadi.

Ahmad berkata, majoriti pemimpin Umno di 19 bahagian juga menyokong Lajim termasuk wanita dan pemuda dalam Parlimen Beaufort.

"Kesetiaan kami kepada Lajim bukan membuta-tuli kerana kami percaya perjuangan beliau untuk membawa perubahan kepada rakyat Sabah," katanya semalam.

Sokongan kepada Lajim juga katanya dilihat dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat pelbagai pada pelancaran PPS di Sabah baru-baru ini ke arah kebangkitan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan tindakan pemimpin Umno menafi hakikat sebenar setiap kali parti itu ditolak rakyat.

Seorang lagi AJK PPS, Ibrahim Salim, berkata Rahman tidak layak bercakap mengenai kekuatan BN Beaufort kerana hanya rakyat kawasan itu sahaja tahu kekuatan dan sumbangan Lajim kepada mereka sejak sekian lama.

"Ia adalah lebih baik jika Abdul Rahman memberi tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab di kawasan Parlimen Kota Belud kerana sebagai calon import, beliau mungkin akan kalah pada PRU akan datang," katanya.

Bagi seorang lagi AJK PPS, Safari Lidan, tindakan pemimpin BN menyerang Lajim merupakan budaya mereka terhadap mana-mana individu yang menjadi ancaman kepada Umno.

'Terima pemecatan dengan hati terbuka' - Lajim

Masdar Wahid

Ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menerima dengan hati terbuka pemecatan beliau sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya tidak boleh menafikan kuasa Perdana Menteri untuk membatalkan jawatan saya. "Jadi, saya menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Mengenai keahliannya dalam Umno, Lajim memutuskan sama ada akan membalas surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya atau terus mengabaikannya.

Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) menasihatkan suku kaum itu memberi tumpuan kepada pembangunan kumpulan etnik dari segi pendidikan dan taraf hidup tanpa mengira fahaman politik.

"Saya presiden PBBS sejak 1980-an dan kami mempunyai lebih 20,000 anggota seluruh negeri, tetapi tidak semua mereka terlibat secara aktif dalam politik.

"Objektif utama kami ialah membantu masyarakat Bisaya Sabah memperbaiki taraf hidup mereka termasuk mempunyai taraf pendidikan yang baik," katanya lagi.

Wednesday, August 1, 2012

Ini sebabnya saya tinggalkan BN - Senator Dewan Negara

Masdar Wahid.

Isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar Kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), peminggiran Sabah antara punca Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap meninggalkan BN pada 29 Julai lalu.

Bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) berkata, beliau sudah 14 tahun dalam BN, namun masalah itu gagal diselesaikan termasuk diera Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

"Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka dengan berat hati saya terpaksa meninggalkan BN.

"Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PTI, tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM, NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya dalam satu kenyataan media 31 Julai lalu.

Maijol yang jawatannya sebagai Senator tamat 8 Disember ini bagaimanapun tidak mengulas dakwaan penyokong Umno adakah kerana beliau tidak dicalon semula menjadi punca beliau meninggalkan BN.

Maijol yang juga Ketua Upko Bahagian Kota Marudu bakal digantikan Datuk Madius Tangau, Setiausaha Agong Upko ketika ini.

Maijol juga tewas dalam cubaannya merebut jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia pada Jun 2011.

Pada 29 Julai lalu, turut meninggalkan BN ialah Timbalan Presiden Upko merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Pengerusi Tetap; Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi; Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

Sementara itu, Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok pada hari sama kenyataan Maijol itu dikeluarkan, Dompok menyerahkan kepada ahli partinya untuk memilih hal tuju politik masing-masing.

"Saya tak tahu...ada banyak spekulasi (mengenai aakn ada lagi ahli Upko keluar parti). Tapi, inikan negara bebas. Anda boleh sertai mana-mana parti yang anda suka dan orang lain juga akan menyertai kami (upko)," katanya.

Belau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Asas Teknologi Tanaman Koko dan Penyerahan Insentif Program Tanaman Baharu Koko dan Lada bagi Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian kira-kira 60 kilometer dari Kuching, 31 Julai lalu.

Bagi Ketua Penerangan Upko, Datuk Donald Mojuntin, semua pemimpin yang keluar itu adalah pengasas bersama parti itu.

Menurutnya, Majlis Tertinggi Upko akan bermesyuarat Ogos ini mengenainya termasuk membincang hala tuju parti dan persediaan berdepan PRU akan datang.

Senarai pemimpin Upko tinggalkan BN

Senarai pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang meninggalkan BN setakat ini.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Wilfred Bumburing

Naib Presidennya yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap

Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh

Bekas Ketua Pemuda 12 tahun, Datuk kalakau Untol

Ahli Majlis Tertinggi,
Denis Gimpah,
Lesaya Lopog
Petrus Guriting.