JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 5, 2009

Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang



"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.

Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

Tuesday, November 18, 2008

ISA boleh disentuh dalam khutbah secara umum - Bekas Mufti

Oleh Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: Sikap pro ISA terserlah apabila Ahli Parlimen Rompin Jamaludin Jarjis membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)terhadap seorang imam di di Felda Kratong 4, Pahang yang mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut Suhaimi Saad beliau telah diherdik oleh Jamaludin Jarjis 14 November lalu sebaik sahaja beliau selesai mengimamkan solat Jumaat.

Pada waktu itu, beliau tidak menyedari kehadiran Jamaludin yang turut berada dalam masjid serta menjadi jemaahnya.

Menurut Suhaimi, beliau hanya menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh termasuklah undang-undang zalim ISA yang dilihat tidak adil dan kejam dalam Islam.

“Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik”. Ujarnya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Hasyim Yahya yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, khutbah Jumaat boleh menyentuh pelbagai perkara termasuklah isu Jenayah, kezaliman dan ketidakadilan secara umum kerana pendengar yang hadir pada hari itu terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan fahaman politik.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) Dr Badrulamin Bahron mengecam sikap MP terbabit kerana tidak menghormati Suhaimi yang juga 'ketuanya' sebelum itu kerana Jamaludin adalah makmum kepada Suhaimi yang mengimamkan Solat Jumaat pada hari itu.

Dr Badrulamin yang juga seorang ustaz turut sedih kerana masih wujud umat Islam yang tidak memahami isu kezaliman Undang-undang zalim tersebut.

"Kita amat sedih kerana sebagai seorang Ahli Parlimen beragama Islam, Jamaludin gagal memahami isu kezaliman dan ketidakadilan dalam ISA dengan baik". Katanya.

Menurut Dr Badrulamin, Isu keadilan dan kezaliman adalah isu besar dalam masyarakat dan tindakan Jamaludin 'membelasah' Suhaimi di Masjid merupakan suatu sikap yang sungguh biadab.

Mengenai dakwaan Jamaludin bahawa Suhaimi mempolitikan isu ISA dalam Khutbah Jumaat Badrul berkata, masjid adalah tempat membicarakan apa jua isu untuk kepentingan masyarakat.

Jamaludin adalah bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum digugurkan dari kabinet 8 Mac lalu.

Umno Pelu ditarbiyah dan Al - Qur'an tidak dikhaskan untuk orang Melayu - N. Gobalakrishnan



Berikut adalah temuramah penulis bersama Yang Berhormat N. Gobalakrishnan (gambar). Beliau yang pernah berguru dengan Dr. Harun Din amat menghormati Ulama' dan pernah menghadiri Kuliah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penulis menghubungi beliau bagi meminta pandangannya berkenaan isu Adun DAP yang arif dalam Undang-undang Islam dan membacakan ayat Al-Qur'an semasa perbahasan Bajet Negeri Perak minggu beberapa hari lalu.

Oleh Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: Al - Quran tidak dikhususkan untuk orang Melayu, tetapi untuk semua manusia termasuk Kaum Cina, India, Iban, dan Kadazan.

Ahli Parlimen (MP) Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata tiada kesalahan untuk sesiapa untuk mempelajari Al - Qur'an kerana Islam adalah harta pusaka yang amat berharga kepada manusia.

Menurut Gobala, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT), keberanian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dap itu merupakan sesuatu yang perlu dicontohi oleh Umno yang kononnya membela orang Melayu dan Islam.

Adun Canning yang juga Setiausaha Publisiti Dap Wong Kar Woh membacakan Ayat Al-Qur'an dari Surah Al-Hujurat serta menutup ucapannya dengan membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak 13 Nov lalu.

"Kita perlu mangamalkan Islam untuk kita mengetahui apa itu Islam menurut tafsiran yang sebenar dan tindakan Wong membacakan ayat Al-Quran itu adalah tarbiyah langsung kepada ahli Umno yang semakin jauh dari ajaran Islam". Kata Gobala.

Sementara itu, Gobala turut bersyukur kerana kewujudan Pakatan Rakyat (PR) adalah hadiah dari Tuhan untuk rakyat serta meminta rakyat bersabar sedikit kerana beliau yakin PR masih berada dilandasan ke arah pembentukan kerajaan baru bila-bila masa dari sekarang.

"Kita telah menunggu lebih 10 tahun berkenaan Kerajaan baru, dan kita cuma perlu bersabar sedikit seumpama menunggu nasi masak sekejap lagi". Tambahnya dengan penuh yakin.

Sunday, October 26, 2008

Sabah tidak memerlukan Parti Politik Baru. Cukup ! Cukup ! dan Cukup !



CADANGAN bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah serta beberapa bekas pemimpin kanan parti itu untuk menubuhkan sebuah parti politik baru perlu dipertimbangkan secara rasional.

Penubuhan itu bukan perkara yang mudah kerana beberapa aspek penting perlu dikaji misalnya adakah Sabah memerlukan satu lagi parti baru dan sejauh mana pula penduduk di situ akan menerimanya?

Shu Kiah sendiri mengakui, penubuhan parti baru tidak semudah yang dijangka dan perlu mendapat pandangan daripada beberapa pihak termasuk Barisan Nasional (BN) Sabah.

"Kita akan tengok dulu pandangan beberapa bekas pemimpin SAPP dan maklum balas ahli-ahli yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan parti yang keluar dari BN, Rabu lalu," katanya.

Faktor lain yang perlu dikaji ialah fungsi dan peranan yang akan dimainkan oleh parti tersebut selain faedah po- litik yang akan diterima khususnya oleh rakyat Sabah.

Dalam konteks ini, kewajaran dan keutamaan harus diberi pertimbangan paling berat kerana ketika ini BN Sabah memiliki lapan parti komponen setelah SAPP keluar daripada gabungan itu.

Sekiranya sebuah parti politik baru diasaskan juga, ini bermakna ia merupakan parti politik yang ke-15 ditubuhkan di Sabah sejak menyertai pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963.

Berdasarkan sejarah politik Sabah, tidak semua parti politik sama ada yang baru atau lama mampu bertahan dalam arus politik semasa, apa lagi dalam senario politik masa kini yang bila-bila masa boleh tenggelam.

Parti-parti politik di negeri ini yang tidak dapat bertahan dan telah berkubur ialah gabungan Perikatan, Berjaya, Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO), Bersepadu, Parti Rakyat Sabah (PRS), Bersih, Bersatu dan Angkatan Keadilan Rakyat (Akar).

Akar merupakan komponen BN Sabah terakhir yang dibubarkan iaitu pada 20 Mei 2001 setelah tidak mampu bertahan berikutan jumlah keahlian yang kecil selain tidak mempunyai kerusi.

Parti tersebut yang ditubuhkan pada 16 September 1989 oleh beberapa pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, dibubarkan sendiri oleh Presiden Akar, Datuk (sekarang Tan Sri) Pandikar Amin Mulia.

"Akar mengalami pelbagai rintangan dan cabaran termasuk kekalahan dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini," katanya yang kini Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ada di antara parti yang dibubarkan itu merupakan parti induk dan pernah menjadi pemerintah di Sabah seperti Kerajaan USNO dari 1967 hingga 1976 dan Kerajaan Berjaya dari 1976 hingga 1985.

Komponen BN yang masih bertahan sehingga hari ini ialah PBS, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Liberal Demoktrik (LDP), SAPP dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti pembangkang seperti DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti dari Semenanjung yang dibawa masuk ke Sabah.

Sementara parti pembangkang di Sabah yang masih bertahan ialah Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok), Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia) dan Parti Barisan Rakyat Sabah (Bersekutu).

Panduan

Kekuatan serta kelemahan sesebuah parti politik di Sabah yang masih bertahan atau sebaliknya perlu dikaji kerana perkara itu akan menjadi panduan sekiranya mahu menubuh parti baru.

Namun, bagi Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pihaknya bersedia menerima penubuhan parti baru dan terbuka dalam hal tersebut.

"Jika mahu menubuhkan sebuah parti baru, itu terpulang kepada mereka, kita tidak menghalang. Mereka lihatlah mana yang perlu, tubuh parti baru atau sertai parti BN lain," katanya

Sejarah penubuhan parti di Sabah adalah berdasarkan kepada beberapa faktor utama iaitu berasaskan kaum dan agama selain untuk memenuhi kepentingan diri dan menyelamatkan karier politik.

Jika parti baru yang akan ditubuhkan oleh Shu Kiah dan bekas pemimpin kanan SAPP termasuk bekas Naib Presiden LDP, Datuk Liew Yun Fah itu adalah berasaskan kaum Cina, maka ia boleh dianggap tidak relevan. Ini kerana Sabah telah mempunyai parti-parti yang mewakili kaum Cina seperti LDP, MCA dan Gerakan termasuk parti yang melibatkan penyertaan semua kaum seperti PBS.

Adalah lebih baik jika bekas ahli dan pemimpin SAPP menyertai MCA yang hanya mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kepayan atau Gerakan yang tidak mempunyai kerusi dan hanya wujud sebagai badan perhubungan di sini.

Kalau alasan tidak mahu menyertai MCA atau Gerakan adalah kerana prestasi buruk parti itu selepas pilihan raya umum lalu, mereka perlu memikirkan sama ada parti baru yang ditubuhkan kelak mampu mempunyai penyokong sendiri.

Pada masa yang sama, kos untuk menyelenggara sebuah parti bukan sedikit dan dikatakan lebih RM1 juta setahun diperlukan untuk sebuah parti politik yang kecil beroperasi.

Keterbukaan MCA dan Gerakan serta parti komponen BN Sabah lain untuk menerima mereka tidak harus dipandang sepi kerana perkara itu jelas melambangkan semangat setiakawan dan makna perkongsian kuasa dalam BN.

Selain itu, hala tuju parti-parti politik BN negeri adalah sama iaitu memperjuangkan hak, kepentingan dan isu-isu yang melibatkan Sabah melalui kuasa politik, cuma ideologi parti masing-masing sedikit berbeza.

Bukti perjuangan komponen BN Sabah adalah sama boleh dinilai melalui pertemuan BN Sabah dengan Perdana Menteri, pada 7 April lalu, yang mana permintaan dan suara-suara mereka adalah senada.

Selain penubuhan parti baru, bekas pemimpin SAPP itu juga dikatakan sedang mengkaji untuk mengambil alih Setia dan jika menjadi kenyataan, parti pembangkang itu akan dibawa masuk ke dalam BN.

Langkah itu, sudah tentu mempunyai motif tersendiri dan secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat parti tersebut yang mempunyai pengaruhnya sendiri di Sabah.

Bagaimanapun, sekiranya niat untuk menubuhkan parti baru itu menjadi kenyataan, sudah tentu akan menambah kemeriahan politik khususnya di Sabah yang mempunyai bilangan parti politik paling banyak.

Shu Kiah dijangka tidak mempunyai sebarang masalah untuk menarik ahli parti berikutan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Perkara paling penting bagi sebuah parti yang baru ialah cara membina keyakinan dan pengaruh bukan sahaja di kalangan ahli-ahli parti tetapi juga masyarakat.

Sehingga artikel ini ditulis, antara nama yang dikemukakan oleh shu Kiah ialah Part Perpaduan Sabah (PPS) dan Teck Lee menafikan Shu Kiah dalam Kabinet BN Sabah sebagai pengintip SAPP.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan ianya antara strategi yg baik untuk kelangsungan hayat parti SAPP.

Teck Lee sendiri yang amat rapat dengan Anwar sejak tahun 1994 banyak mempelajari taktik poltik Mantan TPM Malaysia itu bagi memastikan matlamat yg dirancang tercapai.

Disusun Oleh : Masdarwahid

Sunday, September 14, 2008

Sistem LRT di Sarawak ?



Salam mahabbah dan salam muhasabah dari org sabah.

Berita tentang LRT yg bakal sahabat2 sekalian baca ini penulis salin dar Akhbar Borneo Post iaitu akhbar yang banyak memaparkan perkembangan tentang negeri sarawak. Setelah 45 tahun Sarawak merdeka (16 September bersama Sabah), nampaknya, pemimpin politik sarawak bijak memanfaatkan situasi semasa politik negara berbanding politikus bee end sabah yang rasuah dan mementingkan diri. lihat sahaja di Sarawak, walaupun bee end memerintah, namun Umno diharamkan memasuki bumi Kenyalang walaupun pernah diusahakan oleh mahathir selepas pilihan raya umum 1999. berbalik pada berita LRT ini, Sarawak nampaknya lebih maju dan pantas dalam soal pembangunan berbanding Sabah walaupun tarikh kemerdekaannya sama dan keluasan sarawak lebih luas berbanding Sabah.

Secara logiknya, Sabah sepatutnya sama-sama maju ataupun lebih maju berbanding sarawak kerana Umno wujud di sabah sejak tahun 1991. bukankah presiden umno itu perdana menteri msia? ada kuasa dan banayk diut pulak tuh. nah, patutnya sabah wajar memanfaatkan ruang itu. soalnya ialah ke mana perginya peluang dan ruang itu? apakah selama ini sabah tiada wang? ke mana perginya hasil balak dan minyak sabah selama ini?

Penulis tidak bermaksud membanding2 antara sabah dan sarawak tetapi sepatutnya setiap negeri di Malaysia wajar mendapat haknya yg sebenar. Jika hasil ekonomi Sabah dan Sarawak disalurkan secara telus dan jujur oleh pemimpin bee end, kedua2 negeri ibi tidak miskin seperti yang kita lihat pada hari ini.

Selama 23 tahun pemerintahan mahathir, di katakan hasil Sabah banyak di gunakan untuk membina putrajaya dan cyberjaya yang sehingga kini belum siap sepenuhnya dan kerajaan bee end masih berhutang berbilion2 ringgit. Fakta yang harus difikirkan oleh kita bersama ialah Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah negeri pengeluar Minyak Malaysia. Persoalan yg bermain di minda ini ialah, kenapa ketiga2 negeri ini masih miskin? ke mana semua hasil minyak itu ya?

p/s: Zakat fitrah Sabah pada tahun ini ialah RM 7.70 dan di katakan antara yang tertinggi berbanding sebelum ini. Kadar tersebut berasaskan sukatan 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Sabah itu meningkat RM2.50 berbanding RM5.20 seperti yang ditetapkan tahun lalu.

KUCHING: Rakyat Sarawak mungkin berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih moden - Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selepas laporan keseluruhan kajian mengenai perkara itu disiapkan pada Januari 2009, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata, kajian sama yang dikendalikan oleh sektor swasta dilantik oleh kementerian itu telah mula dibuat sejak awal tahun ini dan dijangka berakhir pada Januari 2009, turut dijalankan di Sabah.

“Dalam usaha untuk memperkasakan industri pengangkutan awam di negara ini, Sarawak turut disenaraikan sebagai antara negeri yang sedang dalam kajian untuk membangunkan LRT.

“Kementerian akan melantik konsensi swasta untuk melaksanakan pembinaan LRT jika keputusan kajian menjurus kepada keperluan ini, tetapi ia juga bergantung kepada kelulusan Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan sembahyang berjemaah di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Ditanya lokasi sebenar kajian berkenaan dilakukan, Lajim memberitahu tinjauan sedang dijalankan di bandar raya ini.

Menurutnya lagi, laporan penuh mengenai tinjauan berhubung perkara itu (pembinaan LRT) turut memuat-kan aspek keselamatan, alam sekitar, kesesuaian lokasi dan pendapat masyarakat umum.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan akan memberi perhatian serius dalam usaha untuk meningkatkan imej pengangkutan awam di negeri ini yang disifatkannya masih sedikit ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Situasi yang dialami oleh industri pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak hampir sama iaitu kemudahan jalan rayanya yang terhad serta masih bergantung kepada pengangkutan sungai,” katanya sambil menambah, keadaan itu menyebabkan tidak ramai pihak yang berminat melibatkan diri dalam industri pengangkutan awam.

Lajim juga menasihati semua pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi di bawah kementeriannya supaya sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri agar lebih mudah dalam membuat perancangan ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan masing-masing.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah Jabatan Peng-angkutan Jalan (JPJ) Sarawak Hamed Akob.

Monday, September 1, 2008

HIJRAH MALAYSIA (remix from MAAL HIJRAH)



16 SEPTEMBER DETIK PERMULAAN,
PERKIRAAAN TAHUN MALAYSIA HIJRAH,
PERPINDAHAN Y.B. DAN RAKYAT MALAYSIA,
DARI PARTI BEE END KE PAKATAN RAKYAT.

ATAS KEYAKINAN DAN IMAN YANG TEGUH,
PUAK BEE END DAN PR BERSATU,
RELA BERKORBAN HARTA DAN NYAWA,
DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA.

HIJRAH ITU PENGORBANAN,
HIJRAH ITU PERJUANGAN,
HIJRAH ITU PERSAUDARAAN,
HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN.

OLEH ITU MARI SEMUA,
KITA SAMBUT HIJRAH MALAYSIA,
TINGKATKAN SEMAGAT TEGAKKAN SYIAR ISLAM,
UNTUK SEPANJANG ZAMAN.

Thursday, August 14, 2008

BULAN OGOS YANG MENGGEMBIRAKAN


Salam muhasabah dan salam mahabbah dari org sabah.

Bulan ogos bukan sahaja bulan kemerdekaan tetapi juga bulan kegembiraan buat diri ini. Manakan tidak, pada bulan ini pelbagai peristiwa yang berlaku samada ianya secara kebetulan, patut berlaku dan telah ditakdirkan berlaku.

01 ogos 2008

Tarikh ini menjadi kegembiraan buat diriku kerana datuk seri anwar ibrahim (dsai) yang selama ini bermain teka-teki bila dan di mana beliau akan bertanding akhirnya sah selepas isteri tercinta yang menjadi payung terjun dalam dunia politik telah meletak jawatan sebagai ahli parlimen permatang pauh bagi memberi laluan dsai bertanding.

10 0gos 2008

Ehem2… tarikh ini sebenarnya adalah tarik lahir diri penulis yang hensem ini (ek, ensem ke..) hu hu hu…. Setiap kali menjelma birthday, soalan lazim yang diajukan oleh sahabat dan teman dan tidak terkecuali adik yang jauh di sabah “bang, bila nak kahwin…” . Saya tersenyum sendirian dan menjawab ringkas, “insya’ allah, teruskan doakan utk abg ya…” Bagus sebenarnya soalan itu sekurang2nya kita sentiasa memikirkannya dan ada persediaan ke arah itu. Oh ya terlupa pulak, sebenarnya tarikh lahir diri penulis sama dengan tarikh lahir bakal PM Msia yg ke enam, sapa lagik kalau bukan dsai. Bagi penulis kebanggaan pada persamaan itu perlu tetapi terlalu menyanjung seseorang itu perlu ada hadnya. Dsai sekurang2nya menggembleng segala kudrat, kelebihan dan auranya utk menumbangkan bee end yg zalim dlm pru 12 yang baru lalu.

15-17 ogos 2008

Tarikh ini adalah tarikh penting sebuah gerakan islam msia yang menjadikan jalan politik sebagai wasilah utk mencapai cita2 islam parti islam semalaysia (PAS). Pada tarikh ini akan berlangsungnya muktamar pas ke 54 (muktamar54.blogspot.com) yang antara topik yang hangat dibincangkan ialah keahlian bukan islam antara ahli penuh atau bersekutu. Menarik juga untuk dicatatkan di sini, jika keahlian pas di buka kepada bukan islam, bgmn kah bentuk nya nanti kerana hal ini memerlukan pindaan penting dalam perlembagaan pas. Org yg lantang menyuarakan hal ini adalah ustaz mujahid yusof rawa selaku pengerusi lajnah perpaduan pas pusat. Beliau juga bertanggung jawab menubuhkan kelab penyokong pas di Sarawak pada tahun lalu.

Anehnya, sehingga artikel ini di tulis, tiada kedengaran langsung kelab yg sama ditubuhkan di sabah walaupun pas sabah lebih maju, ahli yg ramai dan lebih dulu pas mengembangkan sayapnya di sabah berbanding Sarawak. Di harapkan perkara ini turut di ambilkira semasa berlangsungnya muktamar nanti. Bukan hendak membanding pas negeri, tetapi perlu dibuktikan kesungguhan keseluruh negeri di msia bahawa pas serius bukan sahaja di semenanjung tetapi juga di sabah. Sejarah membuktikan, jika berlaku perubahan sokongan politik di sabah, Sarawak juga akan berubah… bukankah sejak 5 bulan lalu, mp bn di sabah yg terawal mahu lompat joint pakatn rakyat? Nah, pas juga haruis serius mendengar luahan ahli dan penyokong pas dari sabah…

teringin benar nak pergi muktamar, apakan daya, transport tak de. ada yg sudi tumpangkan ke... hik2...

16 dan 26 ogos 2008

16 ogos adalah tarik penamaan calon permatang pauh yang sehingga saat ini BN buat pertama kali dalam pilihanraya kecil tidak menamakan calon pilihannya, walaupun mungkin sudah diketahui siapa calon mereka yg sebenar. Pastinya, isu2 dalam muktamar pas, akan digunakan sebaik mungkin oleh bn utk memecahbelahkan pakatan rakyat dalam pilihanraya kecil ini.

Pada pandangan penulis, BN memang senganja memilih tarik yg menyusahkan bn, apa tidaknya, sebelum pengundian 26 ogos nanti, 3 hari sebelum itu adalah kongres tahunan dap kebangsaan dan dikatakan akan berlaku pemilihan, disamping berkecamuknya negara dgn isu2 majlis peguam, 10% bukan melayu boleh masuk uitm sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi kongres dap yg matlamat parti itu hak sama rata semua kaum di msia. Adalah diharapkan kongres ke, muktamar ke, isu2 semasa ke, yg pasti pakatan rakyat bijak memanfaatkan segala ruang dan peluang utk memastikan kemenangan dsai di kerusi permatang pauh seterusnya di angkat sebagai ketua pembangkang di parlimen nanti.

31 0g0s 2008

Pada tarikh ini adalah sambutan buat pertama kali hari kemerdekaan msia yang diuruskan buat pertama kali oleh menteri penuh dari sabah, iaitu datuk shafie apdal yg buat pertama kali mengumumkan mahu merebut jawatan naib presiden umno pd pemilihan agong parti itu disember ini. Mungkin ramai yg tidak tahu, sabah dan sarwak sebenarnya merdeka bukan 31 ogos, tetapi 16 september. Nah, bercampur2 sudah tulisanku ni kan…uh uh uh…..

Yang pastinya ia berkait antara satu sama lain dan tarik kemerdekaan sabah Sarawak itu adalah dateline yg ditetapkan oleh dsai utk membentuk kerajaan pusat nanti. Harap2, kerajaan yg dibentuk itu nanti, lebih baik dan lebih mesra rakyat dari sebelum ini dan lebih mesra segfala2nya, dan lebih pentinga adalah undang2 islam di angkat lebih tinggi dari undang2 sivil. (ustaz nasharuddin tantawi – sila layari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/). Jgn islam lebih terpinggir sudah, klu islam terpinggir, bukan sahaja islam susah, kami penduduk di sabah ini akan lebih susah nanti…. Ialah, org kuat pkr sabah kan Jeffery kitingan yg pernah berhasrat mahu mengeluarkan sabah dari msia suatu ketika dahulu dan menubuhkan kerajaan kristian seperti di filifina….. sebab itu politik sabah penuh dgn drama politik perkauman yg tiada kesudahan. Apa tidaknya, islam dipinggir dan di tolak mentah2....sepatutnya pas bertanding semua kerusi muslim di sabah berbanding pkr. Sekurang2nya rakyat sabah tahu pas di sabah wujud khususnya di kwsn pedalaman sabah... harakahdaily baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa antara pengunjung tertinggi laman itu ialah dari kota kinabalau (kwsn bandar). Nah, kenapa pas tidak memanfaatkan peluang itu... besar harapan penulis utk pas bertanding di setiap kwsn majoriti muslim pd pru akan datang..

Sahabatku mula sokong pas

Sehari selepas aku menyambut birthday iaitu 11 ogos 2008, aku menghubungi seorang sahabat lama yang kini sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di pulau pinang. Sahabat ini yg sejak di sekolah dahulu istiqamah menyokong Bn. Biasalah kan, sabah kurang dapat informasi isu semasa yg ada hanya tv3, rtm, berita hairan dan utusan meloya. Itu pun, akhbar ini, hanya tiba di sabah pada jam 4 petang.... bayangkan lah.... betapa susahnya masalah di sana... di sabah bah.... sejak memasuki alam universiti pun, sahabat ini tidak pula mencampuri politik, tetapi sedikit sebanyak universiti di ukm itu, membuka mindanya tentang isu semasa. Dalam perbualan bersama sahabat itu, beliau mula terbuka utk membaca harakah, wasilah, siasah dan seumpamanya krn teringin benar mengetahui isu2 semasa yg membuatkannya berfikir dari sudut keadilan. Dan buat pertama kali beliau meluahkan rasa meluatnya dgn kerajaan bn. Semuanya bermula krn isu liwat kali ke-2 dsai. Alhamdulillah...luah ku dalam perbualan itu, sekurang2nya bertambah lagi seorang bakal pengundi pakatan rakyat di sabah kelak, krn beliau berhasrat balik ke sabah utk mengajar selepas tamat nanti. Penulis cuba membuka mindanya agar mengenali pas sedikit demi sedikit agar tidaklah dia menyokong pkr kerana dendam terhadap bn, (pas, pkr dan dap adalah komponen pakatan rakyat)tetapi kerana perjuangan yg dbawa oleh pas. Bimbang nanti, pendiriannya mudah berubah. Teringat aku pesan seorg ustaz, kita mesti menyokong sesuatu dgn jelas dan terang bukan kerana dendam, sebab dendam boleh berubah bila kemarahan dah reda...yg penting sahabat ini tidak mengundi bee end dlm p/raya akan datang, dan masa yg sama, mengenali perjuangan pas dengan jelas dan terang...

Wallahu a’lam..

p/s, alhamdulillah.....semalam ptptn dah dikurangkan kpd 1%.

bagi jak bah 0 %.... 

sila layari jugak, sahabat baru penulis dalam dunia blogers,

(http://alasrarfilqalb.blogspot.com/)