JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, April 27, 2009

Mayat 'Menonton' TV



Apabila sesama jiran jarang bertegur sapa. akibatnya, jiran mati sehingga berulat pun tidak diketahui hatta jiran itu baru saha memeluk Islam. berita ini wajar diambil perhatian oleh kita semua.

Mayat berulat 'menonton' TV ditemui selepas empat hari

KOTA TINGGI 26 April - Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Semayong, Sedili dekat sini akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui sedang 'menonton' televisyen.

Mayat A. Rahim, 40, yang sudah berulat ditemui penduduk kampung tersandar di atas kerusi menghadap televisyen yang masih terpasang. Dia dipercayai meninggal dunia kira-kira empat hari lalu.

A. Rahim yang berasal dari Kepulauan Flores, Indonesia difahamkan baru memeluk Islam. Dia dikatakan tinggal berseorangan di rumah itu sejak tiga bulan lalu.

Ketua Kampung Semayong, Sh Kassim Sh Islam menghubungi Balai Polis Kuala Sedili pukul 9 malam kelmarin selepas terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah berkunci terletak kira-kira 100 meter dari kawasan tempat tinggalnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mati mengejut dan punca sebenar kematian masih belum diketahui.

"Siasatan juga mendapati tiada kesan darah, kecederaan atau sebarang kesan pergelutan berlaku malah barangan berharga mangsa didapati tiada terusik atau hilang.

"Polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa pernah bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit serta memiliki permit yang sah.

Sunday, April 26, 2009

Mukhriz Timbalan Perdana Menteri ?


‘‘SAYA sebenarnya terkejut’’ itulah yang dilafazkan oleh DATUK MUKHRIZ MAHATHIR apabila ditanya perasaannya apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau dimaklumkan mengenai pelantikan berkenaan ketika berada di Tokyo, Jepun atas urusan peribadi.

Walaupun Mukhriz menganggap kejutan namun bagi sesetengah pihak, pelantikan berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ini kerana biarpun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun populariti Mukhriz sebagai pemimpin pelapis tidak pernah pudar.

Malah Ahli Parlimen Jerlun itu telah dilihat sebagai pemimpin muda yang harus diberi perhatian dalam tujuan memantapkan lagi kepimpinan kerajaan dan parti.

Bagaimanapun dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRIL HAMID, anak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ini tetap merendah diri.

Dalam pertemuan itu juga Mukhriz turut mengulas beberapa isu politik termasuk soal hubungan UMNO dan Pas yang dilihat terlalu sukar untuk bekerjasama.

‘‘Kita boleh bersaing tetapi jangan bermusuh kerana kita adalah sebangsa dan seagama,’’ kata Mukhriz.

- macam2 hal isu utusan minggu ini. yang kasihan adalah hak2 wartawan dalam organisasi itu yang tidak dipedulikan walaupun wartawan itulah yang selama ini menaikan nama akhbar berkenaan.

http://www.utusan.com.my = 26 April 2009

Monday, April 20, 2009

Ketua Menteri Sabah & Sarawak Dua Kali Lima ?


Apakah persamaan di antara Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud? Jawapan biasa yang kita dengar ialah kedua-duanya berasal dari Wilayah Borneo Sabah dan Sarawak iaitu antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib Altantuya) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa 11 kepada syarikat proksinya City Best Corporation Sdn Bhd. Kontrak bernilai RM 450 juta (Baca: Duit Rakyat Sabah) itu diberikan kepada syarikat berkenaan walaupun tanpa pengalaman dan modal untuk menggerakkan projek tersebut.

2. Musa Aman Memanipulasi pengaruhnya ke atas Jabatan Kerjaraya (JKR) Sabah agar menganugerahkan kontrak penyelenggaraan jalanraya di Sabah kepada syarikat proksinya Globanico Sdn Bhd. Projek selama 15 tahun itu bernilai RM 600 juta diberikan tanpa tender terbuka.

3. Musa Aman Mendesak Kementerian Kerja Raya memberikan projek membina Jalan Donggongon-Papar Spurs kepada syarikat proksinya Kenatex Sdn Bhd. Projek 200 juta itu juga tanpa tender terbuka.

4. Musa Aman Menekan Menteri Kewangan Noor Mohamed Yaacob agar membatalkan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bernilai RM 800 juta kepada yang telah diluluskan kepada Ting Pek King dengan menyerahkan projek itu kepada syarikat WCT Sdn Bhd yang juga syarikat kroninya

5. Musa Aman Mengarahkan Yang di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) agar melantik syarikat yang ada kepentingan dengannya Sagajuta Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membina Kompleks membeli belah bernilai RM 1 billion, suatu angka yang cukup besar.

6. Musa Aman meluluskan Konsesi Kayu Balak di Benta Wawasan kepada 18 Syarikat Kroninya tanpa tender dan penjualan Kayu Balak Bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat proksinya.

7. Beberapa hari lalu, salah seorang Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)keADILan mempersoalkan perlantikan Mohd Hasnol bin Ayub, 44 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS). untuk rekod, Hasnol ialah anak kepada abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004.

Rasuah Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud

1. Taib Mahmud dikatakan menyogok RM 32 juta dalam kes berkaitan kayu balak di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.

2. Keluarga Taib Mahmud memiliki kepentingan perniagaan besar di Sarawak sejak berkuasa selama 26 tahun lalu. Eksport kayu balak di Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diterajui oleh adik Taib Mahmud

3. Syarikat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang berkepentingan dalam bidang perbankan, kewangan dan pembinaan dimiliki oleh isteri Taib Mahmud, Laila.

4. Laila turut memiliki 27 juta saham dalam syarikat pengeluar Simen, CMS.

5. Anak Taib Mahmud turut memiliki saham dalam syarikat CMS bernilai 22 juta.

6. Pada 15 April lalu Bernama melaporkan, anak syarikat CMS, iaitu CMS Land Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kontrak bernilai RM232 juta. Kontrak tersebut adalah bagi pembangunan dan pembinaan bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Bhd di Isthmus, Kuching

secara peribadi, Penulis menyokong usaha pembangunan demi rakyat Sabah dan Sarawak kerana itu adalah hak mutlak rakyat di kedua-dua negeri tersebut.

Malah, menjadi tanggungjawab mana-mana manusia yang diberikan amanah untuk memimpin melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan adil pada semua pihak.

Tetapi, penulis amat tidak setuju dengan tindakan kedua-dua KM tersebut yang mengutamakan kekayaan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat.

Lupakah mereka kepada Abdullah, Menantu dan kroni? Yang menjadi punca kejatuhannya? Ataukah mereka buat2 lupa? Jika Abdullah terpaksa melepaskan jawatan lebih awal, akibat desakan pihak berkepentingan, tidak mustahil kedua KM ini akan menimpa nasib yang sama.

Bukankah sejarah sering berulang? Sejarah adalah suatu panduan dan iktibar untuk manusia zaman kini, tetapi manusia tidak suka mengambil pengajaran daripada sejarah tetapi lebih suka mencipta sejarah yang akhirnya memakan diri sendiri.

Pelik Tetapi Benar

Suatu yang pelik apabila SPRM memejam mata berkenaan rasuah kedua-dua KM Sabah dan Sarawak yang juga pengerusi BN negeri masing-masing. Sedangkan pada masa bersungguh-sungguh untuk menyiasat hingga ke lubang cacing Menteri Besar Pakatan Rakyat di Selangor, Khalid Ibrahim dalam isu pemberian lembu kepada masjid di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara telah dilembukan oleh BN dalam perkara ini. Jelas, kedua-dua KM Sabah dan Sarawak ini sama sahaja dan bersifat dua kali lima atau lima kali dua.

RAKYAT SABAH DAN SARAWAK MENANTI PENTADBIRAN PAKATAN

Wednesday, April 1, 2009


Nostalgia 31 Oktober 2003 (Pak Lah jadi PM)

Terkenang nostalgia semasa menguruskan program motivasi untuk bakal penuntut SPM dalam program ‘Lambaian Menara Gading’ bertarikh 31 Oktober 2003. Penulis diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Program. Dalam sato slot khas selepas Isyak, bersama pengarah, sahabat penulis, Kasman Mohamad atau nama Glamournya Mahdi Mahsyuri bertanyakan kepada peserta siapa perdana menteri pada hari ini. Majoritinya menjawab, Dr. Mahathir Mohamad dan ternyata jawapn itu salah hinggakan peserta kehairanan sesama sendiri.

Mahdi memberitahu peserta bahawa Perdana Mentari kini ialah Abdullah Ahmad Badawi yang sebentar tadi menggantikan Dr. Mahathir Mohamad yang kini bergelar Tun.

Peristiwa itu sudah pun bersejarah dan baru sebentar tadi TV3 suku menyiarkan propaganda berkaitan perjalanan hidup Pak Lah yang difahamkan akan meletakkan jawatan sebagai PM 2 April ini sekaligus digantikan oleh najib Mongolia ke esokan harinya iaitu empat hari sebelum penngundian di 3 Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air.

Bermula 31 Oktober 2003 hingga 31 Mac 2009, antara soalan popular dihujani kepada saya oleh beberapa sahabat jauh dan dekat berbunyi ‘ apsal ha, pak lah jadik pm, lembap, lambat, kuat tidur, sering ke luar Negara dan mengutamakan menantu. Anwar pun satu hal, mengapa sejak dibebaskan dari penjara tidak menyerang Pak Lah dan hanya menyerang BN dengan memfokuskan Najib?

Saya beritahu kepada sahabat2 ini, Pak Lah tetap lebih baik daripada Najib. Sebab, KELEMAHAN Pengerusi Bn itu adalah KELEBIHAN kepada Baridan Alternatif (kini Pakatan Rakyat). Sama halnya dengan kemenangan Khairy, = bebanan Umno/BN.

Teman bertanya lagi, adakah sebab Anwar terhutang budi pada Pak Lah sebab membebaskannya menyebabkan Anwar tidak menyerang Pak Lah? Saya kata tidak, yang membebasan Anwar ialah mahkamah dan kalau ya pun atas arahan Pak Lah, ianya sebab untuk kepentingan politik BN dan sedikit sifat kelembutan Pak Lah. Saya berkata demikian kerana pak lah seorang yang lemah lembut dan juga seorang yang mudah dipengaruhi oleh orang diselilingnya termasuk Ketua Pemuda Umno Baru Khairy Jamaludin.

Saya memberitahu sahabat ini, jika PM disokong oleh pembangkang, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Mana mungkin seorang musuh disokong oleh musuhnya? Pasti ada udang di sebalik batu.

Lihat sahaja Karpal Singh yang bengis, lantang, emosi, suka menentang tetapi tetap menyokong kepimpinan Pak Lah sejak dilantik menjadi PM termasuklah semasa isu 16 September 2008 tarikh keramat yang dikatakan pertukaran kerajaan pusat yang dirancang oleh Anwar. Karpal satu2nya pimpinan Pakatan yang berdiri teguh dibelakang Pak Lah. Mengapa?
Sebabnya mudah. Karpal Sing tahu Pak Lah seorang pemimpin yang lemah dan terlalu baik dan amat baik untuk memimpin sebuah parti yang rosak dan rasuah bernama Umno. Atas sifat lemahnya itulah akan memudahkan pembangkang bergerak dengan lebih bebas berbanding zaman dictator mahathir.

Dizaman Pak Lah demonstrasi lebih terbuka sehinggakan BN mengambil masa yang lama untuk mengISAkan aktivis HINDRAF yang tidak mungkin dibiarkan jika Mahathir berkuasa.

Dizaman Pak Lah kempen Pilihanraya Umum di panjangkan sedikit yang tidak berlaku di zaman Mahathir.

Di Zaman Pak Lah Akhbar Harakah diluluskan terbit seminggu sekali berbanding sebulan dua kali dizaman mahathir.

Suara keadilan juga bebas diedarkan dan walaupun lambat dapat permit, akhbar itu tetap bergerak bebas.

Mahathirisme yang diura2kan akan dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi Malaysia dan Pak lah akan dilantik sebagai penasihat kanan Hal Ehwal Islam Hadhari. (ye ke)

Pak Lah juga antara pemimpin dizaman mahathir yang naik dalam hiraki kepimpinan umno tanpa rasuah. Atas kelembutan sifat baiknya itulah Mahathir meletakkannya lama di kementerian luar kerana yakin dengan sifat kelembutan dan sifat toleransinya dalam menjalin hubungan dengan masyarakat antarabangsa.

Berkenaan serangan Anwar lebih banyak kepada Najib berbanding Pak Lah, disebabkan Najib itu sendiri boleh dikatakan anak didiknya semasa dalam umno khususnya yang dibentuk bernama team wawasan.

Sebab itulah Anwar tahu style politik Najib dan berusaha membentuk kerajaan baru menjelang 16 September. Namun sayang, tidak semua bersungguh membantu Anwar ke arah itu atas sebab2 mereka yang tersendiri termasuklah pimpinan utama Pakatan, aktivis, NGO walaupun rakyat marhaen menanti perubahan itu dengan 1001 harapan.

Anwar berharap mengambil alih kerajaan pusat di zaman Pak Lah adalah lebih mudah dan lebih baik berbanding selepas kenaikan Najib kerana yakin jika Najib dah berkuasa, rejim nya akan lebih ganas dan zalim berbanding mana-mana pemimpin umno sebelum ini.

Lihat sahaja, belum apa2 lagi, Najib menggantung 3 bulan akhbar Suara Keadilan dan Harakah serta merta walaupun belum bergelar PM, suatu yang tidak pernah dibuat oleh Mahathir yang juga kejam


Seorang teman membuat lawak, sempatkan Najib jadi PM? Jika dia tiba2 meninggal dunia macam mana? Alah… mcm ayah dia jugak lah. Mesti Pak Lah akan kekal jadi PM kan? Saya berkata kepadanya, habislah Muhyiddin… rosaklah Umno

Masdarwahid: sekadar mengimbau nostalgia

Friday, February 27, 2009

Dun Sarawak bubar April ini?



Oleh:Masdarwahid

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak (PRDUNS) hanya akan berakhir Julai 2011. Namun, signal2 terkini menunjukkan PRDUNS Bumi Kenyalang itu berpotensi untuk dibubarkan selepas 7 April iaitu selepas selewat-lewatnya pertengahan bulan April tahun ini.

Ini berikutan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan (Dun) Batang Ai tidak akan diadakan serentak dengan Pilihanraya Kecil (PRK) di 3 Bukit menguatkan lagi hujah ini.

Dun Batang Ai kosong selepas penyandangnya Dublin Unting Anak Ingkot meninggal dunia 25 Februari lalu dan pilihanraya mesti diadakan dalam masa 60 hari memandangkan tempoh Dun Sarawak berbaki 27 Bulan atau lebih 2 tahun setengah.

Mengikut perkiraan, PRK Dun Batang Ai mesti diadakan selewat-lewatnya 25 April ini.

Tiada Pilihanraya Kecil tetapi Pilihanraya Negeri

Sudah menjadi keutamaan SPR, sesuatu Pilihanraya itu hanya akan diadakan mengikut telunjuk Bebal Nasional (BN) atau mengikut kesesuaian masa BN. Contoh terdekat dapat dilihat dengan menetapkan tarikh PRK di Bukit Selambau dan Bukit Gantang sehari selepas pemilihan Agung UM-No yang bertujuan meredakan kemarahan rakyat Perak yang menyerlar tindakan Najib Mongolia merampas kerajaan Perak secara haram dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Najib pastinya tidak sabar mahu menduduki kerusi empuk Presiden Umno dan Perdana Menteri secepat mungkin walaupun Najib Mongolia itu terpalit dengan pelbagai skandal termasuk pembabaitan isteri No. 2nya Rosmah Mansur dalam isu Altantuya.

Berkemungkinan tiada PRK di Dun Batang Ai kerana BN akan membubarkan Dun di negeri itu sebelum 25 April ini.

Tambahan pula dalam kegawatan ekonomi kini adalah lebih baik PRKDUNS seperti yang dijangka akan diadakan pertengahan tahun.

Mengapa? Kerana SPR telah lama bersedia untuk mengadakan PRK di Sarawak. Kan SPR adalah parti komponen BN dan pastinya segala keputusannya pasti terarah untuk kepentingan BN.

Pada 21 Februari lalu Unit Pencegah Rusuhan (PORU) dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telahpun bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang. Demikian menurut Timbalan Komander Briged Sarawak PGA ACP Abdul Manaf Abdul Razak.

Katanya memandangkan Sarawak tidak mempunyai Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), maka PORU akan bertindak sebagai pasukan utama dalam memantau aspek keselamatan untuk memastikan pilihan raya negeri akan datang dapat diadakan dengan lancar dan aman.

Anehnya, P.O.R.U dilancarkan seminggu selepas Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan antara sebab sesuatu Pilihanraya itu atas faktor keselamatan.

Mari lihat pula kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar apabila diajukan soalan berkenaan PRK dun Batang Ai baru-baru ini.

"OLEH KERANA ia melibatkan bahagian di Sarawak DAN OLEH KERANA SPR JUGA BERCADANG MENGUNJUNGI PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK, maka mesyuarat akan diadakan di Kuching bagi menetapkan tarikh pilihan raya," kata Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.

Wan Ahmad juga mengulangi kemungkinan pilihan raya kecil Batang Ai TIDAK AKAN DIADAKAN SERENTAK dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Mesyuarat itu akan diadakan di Kuching berbanding empat pertemuan sebelum ini yang berlangsung di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Jadi, banyak persiapan perlu diadakan... jadi tidak mungkin diadakan serentak," katanya.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil Batang Ai diadakan selepas 7 April, Wan Omar berkata, "secara peribadi saya merasakan kita tidak perlu tergesa-gesa kerana masih ada masa (tempoh 60 hari).


Peruntukan RM275,000 untuk Adun BN

10 Februari lalu, setiap Adun BN Sarawak telah beri diperuntukkan olah Pak Lah.

“Dengan adanya peruntukan tersebut nanti, ia diharap dapat memudahkan wakil rakyat dari parti BN melaksanakan tanggungjawab dalam usaha meningkatkan taraf infrastruktur penduduk di kawasan DUN masing-masing,” ujar ADUN Dudong Soon Choon Teck.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana telah membantu wakil rakyat kita dari parti BN melaksanakan tugas serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri ini,” tambah beliau.

Penulis: Ek ellehhhhhhhh wang tu bukan ko yang punye, tu duit rakyattttttttttttttttttt…….

Najib Mongolia juga telah melawat Sarawak dua hari selepas itu yang memuji BN dinegeri itu selain memasukkan peruntukan tambahan untuk Sarawak dalam bajet yang akan dibentangkan 10 Mac ini.

Dun Batang Ai : Peluang Pakatan Menang Cerah

Apapun, samada PRK diadakan di kawasan ini, Peluang Pakatan untuk menawan kawasan itu cerah memandangkan parti sekutu BN yang bertanding adalah PRS iaitu parti yang paling bermasalah di negeri itu.

Calon BN dari parti paling bermasalah

PRK Dun Batang Ai memiliki pengundi Iban sejumlah 95 peratus dan BN hanya menang tipis pada PRDun Sarawak yang lalu pada tahun 2006.

Antara calon BN yang dijangka di awasan ini ialah MP Sri Aman Masir Kujat, MP Lubok Antu William Nyallau, MP Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo, pengari KN Bengoh Dr Jerip Susil.

Dipercayai calon yang paling hamper adalah MP Lubok Antu William Nyallau kerana Dun Batang juga berada dalam Parlimen Lubok Antu.

Uniknya Dun ini ialah ianya adalah antara kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu salah satu parti sekutu BN Sarawak yang bermasalah. Parti ini yang lahir hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sejak 2004.

Tambahan pula jika BN klah di sini, peluang untuk menguburkan parti ini cerah memandangkan PRS adalah parti baru BN dan paling banyak bermasalah. Sejak beberapa bulan lalu, PRS terpecah kepada dua kumpulan yang salah satunya kini menyertai keADILan secara beramai-ramai.

Siapa pula Calon Pakatan?

Calon Pakatan Rakyat pastinya dari komponen Parti keADILan samada mantan MP Lubok Antu Jawah Gerang yang kini menyertai keADILan bersama ribuan penyolongnya atau Nicholas Bawin Anggat iaitu bekas calon MP Lubok Antu yang juga lulusan ITM yang cukup berpengaruh di kawasan ini.

Batang Ai merupakan salah satu kerusi dalam Parlimen Lubok Antu, Sarawak. Satu lagi adalah Dun Engkili yang turut dimenangi BN.

DUN Batang Ai terletak di kawasan pedalaman di wilayah selatan Sarawak, berdekatan dengan sempadan barat Kalimantan. Ia terletak kira-kira 200km di timur ibu negeri Sarawak, Kuching.

Siapa pun yang menang di kawasan ini pastinya ianya memberi signal yang jelas untuk PR dan BN. Yang pasti, kaum Iban di kawasan ini dah bersedia untuk menghukum BN.

NGAP SAYOT

Wednesday, February 18, 2009

PPSMI: Hishamuddin Wajar Letak Jawatan


Oleh: Masdarwahid

KEGAGALAN dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semakin jelas apabila dua buah sekolah luar bandar di Sabah mencatatkan kegagalan 100 peratus bagi semua murid tahun enam di sekolah terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Randah (UPSR) yang lalu.

Dua sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid. Sementara itu, hampir semua 41 buah sekolah di daerah Beaufort mencatatkan kemerosotan ketara dalam peperiksaan UPSR dan enam daripada sekolah itu hanya lulus antara satu hingga empat orang dari keseluruhan murid di setiap sekolah terbabit.

Enam sekolah yang mengalami kemerosotan ialah SK Jabang yang hanya seorang yang lulus, SK Bentuka (2), SK Blah Batu 65 (3), SK Karangan (2), SK Nukahan (2) dan SK Kota Klias (4).

Mengulas, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham Shahrin berkata, sekolah luar bandar amat daif dari segi kemudahan asas dan Hishamuddin seharusnya memantau sendiri perkembangan sekolah berkenaan tanpa menunggu laporan dari kakitangannya.

"Namun kementerian itu tiada keazaman membantu sekolah luar bandar dan hanya mendengar taklimat serta laporan dari Nazir Sekolah yang mereka lantik tanpa melihat sendiri masalah berkenaan," kata Badrul.

Menurut Badrul, Kementerian Pelajaran adalah antara kementerian yang menerima peruntukan tertinggi dalam Bajet tahunan dan beliau kesal kerana berlaku jurang yang besar dalam pengagihan dana antara sekolah di bandar dan luar bandar.

Menurut beliau, Hishamuddin seharusnya mengambil tanggungjawab ini dengan meletakkan jawatan serta-merta dan memansuhkan dasar PPSMI yang turut ditolak hampir semua guru serta tokoh pendidikan negara.

"Hishamuddin bukan sahaja perlu meletak jawatan tetapi juga tidak layak menerajui kementerian kerana tidak memiliki nilai keintelektualan yang tinggi serta tiada sumbangan yang boleh dibanggakan," kata Badrul yang juga bekas guru.

Tuesday, February 17, 2009

Dua sekolah di Sabah gagal UPSR 100 peratus


BEAUFORT - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan pencapaian buruk dua buah sekolah rendah di sini dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang gagal 100 peratus.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Klias berkata, pencapaian terburuk itu adalah amat memeranjatkan dan semua pihak diminta tidak menuding jari antara satu sama lain.

''Kita harap pihak sekolah akan membuat kajian terperinci punca utama yang menyebabkan sekolah-sekolah ini gagal seratus peratus,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan guru-guru besar sekolah rendah dari daerah ini di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid.

Beliau berkata, pencapaian UPSR 2008 yang buruk bukan sahaja di SK Kebulu dan SK Kepawa tetapi juga hampir di semua 41 buah sekolah yang terdapat di Beaufort.

Menurutnya, sekolah lain yang turut mengalami kemerosotan ialah SK Jabang yang hanya seorang yang lulus, SK Bentuka (2), SK Blah Batu 65 (3), SK Karangan (2), SK Nukahan (2) dan SK Kota Klias (4).

Utusan Meloya 27 November 2008