JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Friday, September 18, 2009
Samy Vellu Liabiliti BN - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.
"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.
"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.
Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.
"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"
Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.
Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.
"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.
"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.
"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.
Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.
Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.
"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.
"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi.
Dr Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.
Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.
Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu kerana tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.
Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.
"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.
Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.
"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.
"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orang Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir.
-- BERNAMA
BAGAN PINAG: UNDI POS UNTUK BN ?
Ini kerana terdapat 4,604 pengundi pos, yang merupakan 33.7 peratus daripada 13,644 pemilih berdaftar, di kawasan berkenaan yang mempunyai beberapa kem dan pusat latihan tentera.
"Perkara ini harus ditangani kerajaan, khususnya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) supaya ketelusan agensi itu dapat dilihat," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama di sini.
Pas sejak dari awal lagi mengatur langkah mendesak SPR mengkaji sistem undi pos yang digambarkan dimanipulasi oleh BN.
Hari ini, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera di kawasan itu, dengan mendakwa kerajaan menggunakan Kementerian Pertahanan bagi mengadakan aktiviti dalam kem sedangkan pembangkang tidak diberi ruang.
Mohamad Agus berkata dakwaan kononnya BN memanipulasi undi pos, hanya suatu persepsi tetapi BN dan SPR perlu memandangnya secara serius kerana rakyat akan menilai.
Katanya setiap kali apabila bilangan undi pos di sesuatu kawasan pilihan raya banyak, maka timbul dakwaan "kerajaan menang kerana undi pos".
Pada pilihan raya umum 2008, tidak semua 5,191 undi pos di kawasan itu dibolot oleh calon BN yang meraih 3,080 manakala Pas mendapat 1,189.
Mohamad Agus berkata selain persepsi negatif mengenai undi pos, isu lain yang akan timbul di Bagan Pinang ialah nasib penduduk Kampung Buah Pala, isu kematian Teoh Beng Hock dan insiden "kepala lembu" di Seksyen 23, Shah Alam.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein berkata, beliau berpendapat isu di Bagan Pinang akan lebih tertumpu kepada soal calon bertanding.
"Siapa yang akan diletakkan oleh BN dan Pas akan menjadi perkiraan," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept lepas akibat jangkitan dalam darah.
-- BERNAMA
Wednesday, September 9, 2009
BAGAN PINANG : PRK 999 ?
Oleh MASDARWAHID
Mahu atau tidak, dari segi undang-undang, ianya tetap perlu diadakan selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kekososngan sesuatu kerusi itu.
Menariknya kali ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Penang merupakan PRK yang ke 9 pada bulan 9 di negeri 9 atau juga disebut PRK 999. Kecemasan ?
999 lazimnya kita ketahui sebagai talian kecemasan. Ianya juga boleh dilihat sebagai PRK yang cemas samada buat BN atau Pakatan.
Dari sudut BN, ianya cemas dalam pelbagai aspek kerana jika kecundang juga kali ini ianya suatu yang mengerikan dan menggoncang hebat gabungan itu yang sejak akhir akhir ini bercelaru dalam setiap sekutunya.
Lihat sahaja MCA, MIC, PPP, Gerakan dan sekutu bermasalah di Sabah dan
Bagi gabungan Pakatan pula, ianya cemas kerana ini peluang PAS untuk menambah koleksi kerusi di negeri itu yang diakui ramai sukar ditembusi. Adun tunggal PAS ketika ini ialah Mohd Taufek Abdul Ghani yang memenangi kerusi Dun Paroi buat pertama kali 8 Mac lalu.
Namun, perkembangan semasa politik negara menunjukkan peluang parti Islam itu menawan Dun Bagan Pinang amat cerah khususnya selepas beberapa siri PRK yang menyaksikan PAS menang berturut-turut termasuklah menawan Parlimen Kuala Terengganu yang sebelum itu merupakan kerusi Umno.
PRK lain yang dimenangi PAS ialah Parlimen Bukit Gantang di Perak, Dun Manik Urai, Kelantan dan Dun Permatang Pasir Pulau Pinang yang sehingga kini kemenangan itu masih dirasai.
Dari sudut lain, ianya sesuatu yang pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat di negeri itu yang sejak Mac tahun lalu menanti tumbangnya kerajaan rapuh BN yang kehilangan majorirti 2/3 dalam DUN itu.
Kedudukan kerusi dalam Dun kini amat dekat dengan BN memantau rapi mana-mana Adun nya yang mahu berhijrah ke kem Pakatan.
Ini kerana BN hanya mempunyai 20 kerusi iaitu kelebihan empat kerusi berbanding 16 wakil Pakatan.
Dari segi hakikat suara dalam DUN Negeri Sembilan, hanya 19 wakil rakyat BN boleh mengundi.
Ini kerana seorang lagi ADUN, Datuk Razak Mansor dilantik sebagai Speaker DUN yang hanya boleh memberi undi pemutus ketika keputusan seri.
Sebab itu, peringatan kepada BN ialah jika kalah di DUN Bagan Pinang, Pakatan akan meningkat suaranya kepada 17 undi dalam DUN manakala suara BN kurang satu kepada 18 undi iaitu hanya kelebihan satu undi.
SPR akan bermesyuarat Isnin ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon seterusnya pengundian yang djangka berlangsung selepas aidilfitri.
Pas menerusi calonnya, Ramli Ismail telah membuktikan parti itu semakin diterima di Bagan Pinang apabila memperoleh 4,097 undi. Undi majoriti untuk BN merosot berbanding majoriti 4,411 undi pada PRU11.
Perlu dinyatakan bahawa, tiga daripada lima kerusi DUN dalam Parlimen Teluk Kemang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu Chuah, Lukut dan Port Dickson di menangi Pakatan berbanding dua termasuk Bagan Pinang di menangi BN.
Bagi pengundi dan bakal pengundi di Dun Bagan Pinang, jika anda masih sukar dan ragu-ragu dengan PAS, anda bolehlah menilai Adun tunggal parti itu di negeri 9 iaitu Mohd Taufek Abdul Ghani.
Beliau bukan sahaja Yang Berhormat tetapi layak dinobatkan sebagai YANG BERKHIDMAT banyak masa, tenaga dan harta beliau lebih diutamakan kepada rakyat di kawasannya berbanding diri dan keluarga.
Beliau melakukannnya bukan semata-mata untuk pilihanraya tetapi itulah yang ditarbiyah dan dididik dalam PAS. Bekerja untuk Islam Kerana Allah. Semua perkara yang dilakukan adalah ibadah.
Perkara ini diakui sendiri oleh Pimpinan KEADILAN yang juga calon MP Rembau dalam PRU 12, Che Gu Bard yang mengakui tokoh muda itu lebih suka merendah diri pada sesiap jua sehingga beliau dihormati samada kawan mahupun lawan.
Atau setidak-tidaknya kita juga boleh menilai Adun tunggal PAS di Pulau Pinang yang walaupun berseorangan mewakili PAS di negeri itu.
Beliau berjaya memimpin rakyat di kawasannya kepada Islam.
Penduduk mendakwa, beliau sering makan bersama rakyat di kawasannya dengan membeli sendiri makanan dan makan bersama-sama di rumah penduduk.
Ini dilakukan tidak mengira musim samada wujud PRK atau PRU. Apa yang pasti berkhidmat untuk rakyat itulah yang diutamakan.
Buat petugas, penyokong, pendokong, pemerhati, pemimpin, pimpinan atau sesiapa jua yang pro Pakatan, penulis menyeru agar kita sering membaca dan melayari laman Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bagi menyatukan fikiran serta berusaha mungkin terpengaruh dengan propaganda murahan BN yang disebarkan khususnya menjelang pengundian kelak.
Ianya penting agar kita mudah menghadam dan memahami sesuatu isu dari akarnya dan bukan emosi semata-mata.
Juga yang perlu dilayari laman seperti Harakahdaily, Tranungkite, http://chegubard.blogspot.com/ dan laman-laman Pakatan N9. koleksinya di sini - http://mohdtaufek.blogspot.com/.
Bagi penulis, kita boleh membaca akhbar BN tetapi bookot pembelian.
Baca dengan matang dan bukan dengan emosi bagi mengembangkan minda kita.
Fakta menarik PRK Bagan Pinang
- PRK ke 9
- Bulan ke 9 (September)
- Tahun 2009
- 999 = PRK Kecemasan BN ?
BERHATI-HATI DENGAN PERNIAGAAN FRANCAIS - PNS LUMPUHKAN KEKAYAAN BUMIPUTRA
KUALA LUMPUR 8 September – ‘Kami rugi jutaan ringgit, ditindas francaisor dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) pula memihak francaisor’. Demikian luahan Muhamad Hizal Mustaffa, 33, salah seorang usahawan bumiputera yang tertindas dalam perniagaan francais anjuran PNS.
Hizal mengusahakan Restoran Marrybrown yang juga francaisor pada tahun 2007 dengan modal sendiri RM 120,000 selepas diyakinkan oleh PNS berkaitan potensi perniagaan francais makanan segera itu.
Hizal yang juga graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, mengikut perjanjian setiap usahawan bumiputera yang juga disebut francaisi perlu mengeluarkan modal sendiri sebanyak 10 peratus dari keseluruhan modal perniagaan itu.Menurutnya, perkara itu tidak berlaku kerana beliau sendiri terpaksa mengeluarkan lebih 20 peratus keseluruhan modal perniagaan atas dasar semangat berniaga.
Lebih malang dakwa Haizal, PNS hanya meluluskan pinjaman beliau berjumlah RM 460,000 selepas membuat bayaran RM 60,000 kepada francaisor walaupun PNS sering melaung-laungkan ‘Total Franchise Solutions’.
“Saya kesal dengan tindakan PNS yang seringkali menyebelahi francaisor, mengapa kami perlu membayar wang sebanyak itu semata-mata mendapatkan surat kebenaran francaisor,
Sepatutnya perkara ini telah diselesaikan oleh PNS sebaik kami bersetuju melibatkan diri dalam perniagaan ini
Tindakan PNS yang memekakan telinga dan memejamkan mata atas penderitaan kami, menyebabkan francaisor kian kejam menindas kami” Katanya.
Haizal menjelaskan, francaisor menetapkan syarat yang berat sebelah apabila memaksa beliau membeli kuantiti barangan tertentu tanpa kemahuannya yang mengakibatkan Haizal terpaksa menanggung kerugian besar.
Sehingga kini, sebanyak lapan buah outlet Marrybrown terpaksa ditutup walaupun kurang dua tahun beroperasi selepas menghadapi masalah dan kerenah birokrasi dengan syarikat induk, Marrybrown Fried Chiken Sdn Bhd.
Seorang lagi mangsa, Zulkarnain Taha, 32, berkata, beliau kecewa dengan sikap francaisor yang melanggar perjanjian perniagaan yang dipersetujui.
Beliau yang menyertai perniagaan Watershop pada tahun 2004 menjelaskan bahawa syarikat induk itu enggan menyokong memajukan perniagaannya dan sesuka hati menukar terma-terma dalam perjanjian francais yang telah ditandatangani untuk kepentingan mereka.
“Mereka menukar terma-terma perjanjian terutama berkaitan kos penyelenggaraan mesin yang menyebabkan kami terpaksa menanggung semua kos penyelenggaraan walaupun pada perjanjian asal ianya di bawah tanggungan francaisor” Katanya.
Zulkarnain kini berhutang RM 180,000 daripada PNS walaupun tidak pernah menerima sesen pun wang itu sehingga kini.Bagi Siti Farah Md Nasir, 27, berkata, beliau kini menanggung hutang RM 90,000 walaupun baru menyertai perniagaan francais di bawah syarikat induk Jukebox.
Saya menyertai perniagaan francais ini kerana difahamkan akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada PNS dan francaisor. Saya begitu yakin sistem francais ini akan membantu usahawan baru seperti saya. Katanya.
Beliau yang memulakan perniagaan pada Mei 2007 bagaimanapun kecewa kerana sistem francais itu hanya memihak kepada francaisor sahaja.
“Syarikat Harian Shoes Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan Jukebox hanya mementingkan keuntungan francaisor sahaja.
“Mereka melambakkan stok di kedai kami tanpa mengira sama ada stok yang dihantar itu boleh jual atau tidak.
“Mereka memaksa kami menerima semua stok yang dihantar walaupun kami tidak membuat sebarang pesanan dan semua barang yang dihantar itu dianggap telah kami beli”
Akibatnya, berlaku lambakan stok di kedai kami dan hutang kami terus meningkat.
Lebih mengecewakan barangan yang dihantar itu kebanyakannya barangan yang tiada sambutan daripada pelanggan,” Katanya.Sebanyak lapan syarikat francaisi Jukebox sahaja telah ditutup dengan jumlah kerugian hampir RM 3 Juta.
Mereka ditemui dalam sidang media di Sembang Sembang Café Kuala Lumpur hari ini bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Turut hadir Setiusaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, Pengarah tugas-tugas khas PPIM, Noorazman Idris dan usahawan-usahawan yang tertindas..
Sementara itu, Nadzim berkata ke semua mereka hadir pada hari ini bagi mendedahkan kepincangan, penindasan dan sikap lepas tangan pihak berkaitan termasuklah PNS, Persatuan Francais Malaysia (PFM), Francaisor dan Registration of Francais.
Mereka turut menuntut agar pihak kementerian yang berkaitan campurtangan kerana sejak pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDC), usahawan itu kian bermasalah kerana tiada pihak yang mahu membantu mereka.PNS secara rasmi mengambil alih peranan sebagai agensi pelaksana pembangunan francais daripada MEDC pada 2 Jun 2004.
sistem francais adalah satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan/mengedarkan barangan dan/atau perkhidmatan melalui "outlets" tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tidak.Ianya berdasarkan satu perjanjian dalam mana francaisor menganugerahkan kepada francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan dan/atau sistem beroperasi serta nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu.
Kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan.
Francaisor pada permulaan dan selanjutnya perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan.
Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.
ENDS
PERTEMUAN PENTING WARGA BORNEO DIPERANTAUAN
Satu program ukhuwah pertemuan Anak-anak Sabah, Sarawak dan Labuan yang berada diperantauan terutamanya yang berada di Semenanjung Malaysia akan diadakan. Program tersebut bagi merapat dan mengeratkan tali persaudaraan antara mereka sambil dapat berkenalan antara satu sama lain.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh : 13.09.2009 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Markaz Tarbiyyah Pas Pusat, Taman Melewar, K.Lumpur
Perasmian Oleh : Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Ketua DPPP)
Semua dijemput hadir (Pekerja, pelajar, ahli politik, petugas gerakan Islam, ngo’s dll).
Pertanyaan hubungi 013-8560679 / 012-9319696
Anjuran : Jabatan Sabah & Sarawak, DPP Pusat
PAS tolak saham Sime Darby dijual pada pelabur China
Sime Darby Berhad yang diasaskan oleh William Sime dan Henry Darby pada 1910 merupakan syarikat perladangan terbesar negara selain daripada Felda Holding Berhad. Sime telah bergabung dengan Kumpulan Guthrie Bhd dan Golden Hope Plantations Bhd. (GHope) dibawah payung Synergy Drive Bhd yang didokong oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada tahun 2007.
PAS sedar bahawa Sime mengalami kerugian pada sesi kewangan 2008 yang berakhir pada suku keempat tahun ini dengan hanya mengutip keuntungan sebanyak RM984.04 berbanding RM1.02 billion pada tahun sebelumnya. Namun itu bukanlah alasan terbaik untuk membuka tawaran pemilikan saham kepada pelabur dari China kerana jika dibandingkan situasi Sime dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) satu ketika sahulu, ternyata Sime mempunyai aset dan ekuiti kewangan yang kukuh dari sumber dalam negara.
Sokongan pelaburannya di Australia, sekitar Asian Tenggara masih kukuh dengan sektor gas dan minyak serta permotoran yang disertainya masih mendapat untung. Sektor industri keseluruhannya memberikan nafas buat Sime untuk terus bersaing sebagai GLC utama negara.
Ini ditambah lagi dengan kekuatan modal pasaran yang diperolehi dari sumber Synergy Drive Bhd yang dikongsi dengan kekuatan aset Guthrie dan GHope yang bernilai RM46.9 bilion. Maka PAS yakin Sime masih mampu untuk terus melangkah kehadapan dengan kekuatan yang ada.
Program pelaburan Sime yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ketika melawat China sebanyak RM3 Billion sebenarnya masih boleh ditampung oleh pelabur dari negara ini. Jika Perdana Menteri serius dengan dasar 1 Malaysia maka, 10 peratus saham Sime tidak boleh dibiarkan terlepas kepada pelabur asing termasuk dari China.
Sebagai alternatif, saham berkenaan boleh ditawarkan kepada pelabur dalam negara atau dibuka kepada Syarikat lain seperti Felda Holding, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tabung Haji, Perkeso dan beberapa sumber lain.
Bagi tujuan pelaburan di China, Sime boleh membuka anak syarikatnya dan disitulah ruang pelaburan boleh diberikan kepada pelabur di China, bukannya melalui pemilikan saham dalam induk Sime sendiri. Ia sewajarnya dilihat sebagai ancaman kepada GLC berkenaan pada masa akan datang. Kerana pada hari ini mungkin 10 peratus sahaja. Tapi esok lusa jumlah itu mungkin bertambah.
Malah,dengan tawaran itu juga setiap tahun 10 peratus keuntungan Sime akan mengalir keluar negara dan masuk ke kantung China begitu sahaja. Walhal pelaburan Sime bukan hanya tertumpu di China sahaja.
Maka, PAS mengajak Kerajaan berfikir panjang sebelum melaksanakan idea berkenaan dan tidak membelakangkan kepentingan negara dan rakyat dalam hal ini hanya kerana ingin menunjukan pada rakyat bahawa Perdana Menteri dan Kabinetnya buat kerja.
Ketua Penerangan PAS Pusat _ Ustaz Idris Ahmad
Tuesday, September 8, 2009
SALAM RAMADHAN
RAMADHAN KIAN MENGHAMPIRI PENGHUJUNGNYA. MARILAH KITA MEMPERTINGKATKAN LAGI AMAL KITA. BUKAKNKAH MALAIKAT MAUT MENGUNJUNGI KITA SETIAP HARI? DIKESEMPATAN INI, MEMOHON BERBILION KEMAAFAN ATAS KELEWATAN DAN BZ SEDIKIT PENULIS DAM MENYUMBANG SESUATU UNTUK DIKONGSI BERSAMA DIRUANGAN YANG TERHAD INI. PENULIS TERPAKSA REMOVE CHATBOX KERANA ADA PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENGHANTAR SPAM DAN VIRUS2 YG BERMACAM2... NASIB LAH BUKAN VIRUS HIV DAN SELSEMA BABI. HAHAHAHAHAH.
SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA. ADA MASA KITA BERSUA LAGI.
SYUKRAN N THANK U BUAT PENGUNJUNG DAN SAHABAT SEKALIAN YANG MENGHANTAR EMAL DAN KIRIMAN SMS ATAS PELBAGAI PERKARA TERMASUKLAH KERANA TIDAK MENGUPDATE BLOG INI.
APA2 PUN, INILAH KEHIDUPAN. SETIAP HARI KITA TERPAKSA BERDEPAN DGN MASA. ADA PERKARA YANG PERLU DIUTAMAKAN DAN ADA PERKARA YANG TERPAKSA DITANGGUHKAN TERMASUKLAH MENGUPDATE BLOG INI.
SALAM RAMADAN AL MUBARAK DAN SALAM LAILATUL QADAR.
P/S : UMNO N9 KINI KIAN KUAT MELOBI UNTUK MEMILIH CALON PILIHANRAYA MASING2 TERMASUKLAH BERKEMPEN MENGGUNAKAN RIBUAN RINGGIT MELOBI PEMFITNAH DAN WARTAWAN UPAHAN BAGI MEMASTIKAN CALON PILIHAN MASING2 TERPILIH. MUNGKINKAH TAN SRI ISA SAMAD AKAN DIPILIH?

