JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Sunday, May 12, 2013
Senarai Penuh Kabinet Sabah 2013-2018
Berikut ialah senarai jemaah menteri Sabah dan pembantu menteri yang diumum pada 10 Mei lalu.
JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH
Ketua Menteri/Menteri Kewangan - Datuk Seri Musa Aman (Umno)
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan(PBS)
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin (Umno)
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian - Datuk Raymond Tan Shu Kiah.(Gerakan)
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan - Datuk Hajiji Noor (Umno)
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar - Datuk Masidi Manjun (Umno)
Menteri Tugas-Tugas Khas - Datuk Teo Chee Kang (LDP)
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Radin Malleh (PBS)
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat - Datuk Siringan Gubat (Upko)
Menteri Belia dan Sukan - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Umno)
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Jainab Ahmad Ayid. (Umno)
SENARAI PEMBANTU MENTERI NEGERI SABAH
Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri
1. Datuk Edward Yong Oi Fah (PBS)
2. Datuk Ellron Angin (PBRS)
3. Datuk Arifin Mohd Arif (Umno)
Pembantu Menteri Belia dan Sukan
1. Masiung Banah (Upko)
Pembantu Menteri Kewangan
1. Datuk Ramlee Marahaban (Umno)
2. Datuk Michael Asang (PBS)
Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur
1. Datuk Bobbey Ahfang Suan (UPKO)
2. Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar (Umno)
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1. Datuk Zakaria Edris (Umno)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS)
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
1. Datuk Hamisah Samat (Umno)
Pembantu Menteri Menteri Pertanian dan Industri Makanan
1. Datuk Sairin Karno (Umno)
2. Datuk Musbah Jamli (Umno)
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian
1. Datuk Bolkiah Ismail (Umno)
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
1. Datuk Pang Yuk Ming (LDP)
2. Datuk Kamarlin Ombi (Umno)
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
1. Lasiah Baranting @ Anita (PBS)
Friday, May 10, 2013
Mereka digelar The Giant Killer Sabah
KEADILAN Sabah catat sejarah
Oleh Masdar Wahid
KEADILAN Sabah mencatat sejarah tersendiri di Sabah apabila berjaya menambah beberapa kerusi sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Malah parti itu juga merupakan parti pembangkang paling banyak memenangi kerusi berbanding parti lain termasuk parti tempatan di Sabah. KEADILAN mencatat satu kerusi Parlimen dan tujuh DUN diikuti DAP dua Parlimen, empat DUN serta lain-lain parti satu DUN.
Lebih membanggakan apabila kebanyakan calon KEADILAN yang menang kali ini bukan sahaja meraih majoriti besar, malah menumbangkan pemimpin utama BN dan penyandang kerusi sedia ada.
Bagi kerusi Parlimen Penampang misalnya, calon baru KEADILAN yang juga Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Ignatius Darell Leiking menumbangkan Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang merupakan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), parti terbesar masyarakat Kadazan Dusun Murut di Sabah.
Malah Dompok ialah penyandang kerusi itu sejak beberapa penggal dan menjawat Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi di peringkat persekutuan selain pernah menyandang Ketua Menteri Sabah.
Pada PRU kali ini, Darell meraih 22,598 undi berbanding Dompok hanya 12,382 sekaligus kerusi ini mencatat sejarah sebagai Parlimen pertama dimenangi KEADILAN sejak bertanding di Sabah pada 1999 hingga kini.
Begitu juga dengan calon KEADILAN DUN Api-api, Christina Liew yang menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai dalam saingan lima penjuru. Yee ialah penyandang kerusi itu sejak lebih 10 tahun selain pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS), sekutu BN di negeri itu.
Manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia Ming Shen menawan DUN Inanam sekaligus turut mencatat sejarah sebagai calon pertama parti menang di kawasan itu. Menariknya, Roland pada asalanya dicalon bertanding di kawasan lain, namun terpaksa bertanding di DUN Inanam dua hari sebelum penamaan calon atas sebab permuafakatan Pakatan di Sabah.
Pun, begitu Roland berjaya menewaskan calon BN, Joseph Paulus Lantip dan penyandang kerusi ini dari SAPP Eric Majimbun dengan majoriti 3,202 undi sekaligus menembusi kubu kuat BN di situ.
Lain-lain calon KEADILAN yang turut menang ialah Wilfred Bumburing di DUN Tamparuli, Jelin Dasanap (DUN Matunggong), Ukoh @ Jeremmy Malazad (DUN Kadamaian), Datuk Seri Lajim Ukin (DUN Klias) dan Terrence Siambun (DUN Moyog).
Tuesday, May 7, 2013
Strong showing in Sabah augurs well for PAS
KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) recorded a considerably strong showing in the just concluded 13th General Election (GE13) in Sabah, despite failing to win any of the 11 seats that it contested.
The peninsular-based Islamic party was tasked to represent Pakatan Rakyat (PR) in challenging the Barisan Nasional (BN) in nine predominantly Muslim majority seats, apart from two parliamentary constituencies.
Although they did not contribute any victory to the opposition alliance that wrested an additional 10 state seats and one parliamentary seat in Sabah, PAS came out of this election undefeated in spirit, stronger and more motivated.
This was the first time they contested under PR in so many seats in Sabah, and for a party previously viewed as alien and irrelevant in Sabah, their notable performance in the May 5 balloting was a victory in its own right.
“We did not win any (seat) but we managed to attract a significant number of voters in certain areas,” Sabah PAS state commissioner Hj Mohd Aminuddin Aling pointed out.
Had there been more straight fights, he said PAS would have won more votes.
“The point is, it shows that the voters in Sabah are beginning to accept the ideologies and agendas that PAS offers to them. It’s a good place to start, to continue marching forward. There is a lot more that needs to be done by PAS in Sabah and we will take this as a motivation to continue working hard. We will continue to touch base with the people, implement our programmes and activities and work towards achieving our Welfare State agenda,” he said when contacted yesterday.
The party officially began its operation in Sabah after it was registered in the State in the late 80s, but cold response from the mixed communities in Sabah saw them progressing at a snail’s pace.
Almost 30 years later, they are basically still on the sidelines, as the insignificant political party in Sabah and far from reaching the same iconic recognition it has in its home base Kelantan.
To date, they have only 13 to 15 branches in the whole of Sabah, with a few more protem divisional committees struggling to get their branches registered and functioning.
Yet, in Sunday’s polling, PAS won about 21,335 or 20.2 per cent of the combined votes from all the nine state seats they contested in, second behind BN who secured 68,342 or 56.4 per cent from the total of 105,595 votes.
The remainder of the votes went to KITA (0.1%), STAR (5.9%), SAPP (2.1%) and Independents (6.9%).
In fact, only two of its nine state candidates lost their deposit, in Pitas and Bugaya, after the party secured less than 10 per cent of the total votes in both areas.
Some of its candidates were more noticeable, like lawyer Hamid Ismail who received 5,409 or 32.6 per cent of the total votes in Tanjong Aru, and Ahmad Dullah who gained 3,957 (28.4%) votes in Merotai.
At the parliamentary level, PAS polled a total of 18,191 votes, which translated to 30.5 per cent of the overall turnout at the two constituencies they vied for, namely Kalabakan and Batu Sapi.
BN commanded 60.7 per cent (36,210 from 59,631 votes), while STAR 2.8 per cent and Independent candidates 6 per cent.
The question however, remains. Has PAS really began to be recognized by Muslim voters in Sabah or is their seemingly stronger performance just a stroke of luck?
Had the seats they contested in were tackled by the other PR members, could the result have been different, given that both Democratic Action Party (DAP) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) have done better?
PKR, who contested in 43 state seats, won seven, in addition to its surprise win for the Penampang parliamentary seat.
DAP, meanwhile, wrested an additional parliamentary seat, namely Sandakan, while retaining Kota Kinabalu, in addition to four new state seats now under its belt.
Together, PR now holds 11 state seats and three parliamentary seats in Sabah.
Posted on May 7, 2013, Tuesday
Saturday, May 4, 2013
Orang kuat Najib lawan BN di Sarawak
Masdar Wahid
Gelombang penolakan ahli BN terhadap partinya turut merebak ke Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, sekutu BN seperti SPDP, SUPP dan PRS menyaksikan pemimpinnya mengisytihar penentangan terbuka dan bertanding Bebas.
Paling mencuri tumpuan tindakan pemimpin SPDP, Datuk Dr Tiki Lafe bertanding Bebas Parlimen Mas Gading. Tiki ialah penyandang tiga penggal dan menjawat Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), program diasaskan Datuk Seri Najib Razak.
Malah Tiki disokong empat Adun SPDP, Datuk Sylvester Entri Muran, Rosey Yunus, Datuk Peter Nansian Ngusie dan Paulus Gumbang. Tiki berdepan Patrick Anek Uren (STAR), Nogeh Gumbek (BN) dan Mordi Bimol (DAP).
Sementara itu, tindakan Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mencalonkan dirinya di Parlimen Saratok menyaksikan penyandang, Jelaing Mersat keluar parti bersama lebih 300 penyokongnya. Parlimen ini berdepan tiga penjuru melibatkan Datuk Abang Rosli Abang Palei (Bebas) dan Ali Biju (KEADILAN).
Ali yang juga Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak menumbangkan Timbalan Presiden SPDP, Datuk Peter Nyarok Entrie pada Plihanraya Negeri lalu dengan majoriti besar.
Di DUN Balai Ringin, Snowdan Lawan memboikot majlis Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, presiden dan Timbalan Presidennya seperti didedah wanita dan pemuda PRS ekoran sikap membisu Snowdan berhubung tindakan bapanya, Donald Lawan bertanding Bebas.
Snowdan ialah Adun Balai Ringin, salah satu kerusi dalam Parlimen itu. Selain Masir dan Donald, dua calon ialah Wilfred Landong (SWP), dan Nicholas Mujah (KEADILAN) turut bertanding.
Di Parlimen Baram, bekas Ahli Majlis Tertinggi PRs, Patrick Sibat Sujang bertanding Bebas menentang Anyie Ngau (BN) dan peguam mewakili KEADILAN, Roland Engan.
Sementara itu, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memecat Edward Andrew Luwak yang bertanding tiket DAP bagi Parlimen Serian. Edward berdepan Datuk Richard Riot Jaem (BN) dan Johny Aput (Star).
Pemimpin BN Sabah Isytihar perang parti sendiri
Di Sabah, Umno dan PBS turut berdepan tindakan ahlinya mengisytihar perang terhadap mereka. Bagi kerusi DUN Matunggong, Jornah Mazahim mengisytihar keluar parti dan bertanding kerusi itu pada PRU kali ini.
Ahli Majlis Tertinggi PBS itu merupakan penyandang kerusi itu pada 2004 dan digugurkan saat-saat akhir menjelang penamaan calon PRU 2008. Jornah yang juga setiausa politik kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah meninggalkan PBS 19 April lalu dan dua hari kemudian empat cawangan PBS Matunggong dibubar.
Empat cawangan itu diketuai ketua Kampung Inukiran, Yasungki Tabok, Marajam Sidin (ketua Kampung Lompozou), Masiong Mubin (ketua Kampung Penampang) dan Stibin Mangantal (ketua Kampung Ponikuan). Sebelum ini, Umno turut mendesak DUN Matunggong diserah kepada mereka.
Sementara itu, PBS terpaksa menukar calonya bagi kerusi DUN Inanam (Joseph Paulus Latip) dan Kiulu (Datuk Joniston Bangkuai) secara mengejut ekoran saingan sengit dari Pakatan Rakyat. Nama Kedua-duanya diumum 18 April lalu, walaupun dua hari sebelumnya, parti itu mengumum dua nama lain.
KEADILAN meletakan Ketua AMK Tuaran, Rhodes Panilau bagi kerusi DUN Kiulu, manakala DUN Inanam ialah doktor profesional yang juga Timbalan Setiausaha MPN Sabah, Dr Roland Chia Ming shen.
Turut memberi tekanan BN di Sabah ialah tindakan MIC meminta jawatan Senator untuk parti itu dalam keadaan pilihanraya sedang berlangsung, Manakala lebih 1,000 MCA dalam DUN Luyang menolak Datuk shim Tshin Nyuk mewakili parti itu pada PRU kali ini. Pakatan Rakyat meletakan Penasihat DAP Sabah, Dr Hiew King Chew bertanding di kerusi itu.
Sementara itu, daripada 61 ahli Umno yang bertanding calon Bebas seluruh negara, 29 daripadanya berada di Sabah. Malah Parlimen Kalabakan yang selama ini Umno menang tanpa bertanding menyaksikan calon Pakatan Rakyat, Usman Madeaming berdepan saingan tujuh penjuru sekaligus teramai PRU kali ini.
Tiga daripada calon itu merupakan ahli Umno termasuk penyandangnya, Datuk Ghapur Salleh.
Pakatan Sabah catat sejarah
Rakyat Sabah mahu PR gerak perubahan
Rakyat Sabah hanya mahukan Pakatan Rakyat sebagai penggerak perubahan sekaligus bersama membentuk kerajaan persekutuan baru pada PRU akan datang, kata anggota Majlis Pimpinan Pakatan Sabah, Ahmad Thamrin Mohd Jaini.
Menurutnya, tindakan sesetengah parti pembangkang Sabah mahu memerintah bersendirian dan menolak kerjasama Pakatan pastinya ditolak rakyat sebagaimana ditunjukan dalam siri program KEADILAN, PAS dan DAP seluruh Sabah.
"Contohnya, program Pakatan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Gum-gum dalam Parlimen Libaran dihadiri lebih 3,000 orang dan ia jumlah besar kerana sebahagian besar hadirin ialah pengundi berbanding program parti lain," katanya yang juga Pengerusi KEADILAN Sabah.
Pada PRU kali ini 99 peratus kerusi menyaksikan saingan lebih dua penjuru ekoran tindakan Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Sarawak (Star) cawangan Sabah dan puluhan calon Bebas yang sebahagian besarnya bekas ahli Umno turut bertanding.
Daripada 25 kerusi Parlimen, KEADILAN bertanding 19, DAP (4) dan PAS (2). Manakala daripada 60 kerusi DUN, KEADILAN bertanding 43, DAP (8) dan PAS (9).
PRU 13 juga mencatat sejarah kerana buat pertama kali ketiga-tiga parti ini tidak bertembung di mana-mana kerusi di negeri ini. Malah kerusi majoriti tipis yang ditandingi DAP PRU lalu, kini diwakili KEADILAN. Manakala PAS bertanding di beberapa kerusi yang sebelum ini kuota KEADILAN.
Pada PRU 2008, 12 kerusi atau satu pertiga DUN Sabah menyaksikan BN sepatutnya tewas jika pembangkang bersatu menentang BN.
Mengenai tindakan beberapa pimpinan cabang KEADILAN keluar parti baru-baru ini, beliau melihatnya hanya memberi kesan minimum kerana rakyat tidak mempedulikannya.
"Itu keputusan peribadi mereka, tapi soal akhir ialah apa respon pengundi? kerana selepas mereka keluar, program anjuran Pakatan terus menerima sambutan menggalakan. "Malah rakyat tidak mempedulikan isu ini kerana hanya mahu undi lambang KEADILAN, PAS dan DAP 5 Mei ini" tegasnya.
"Saya juga menyeru rakyat menilai manifesto kami yang antaranya menawar 50,000 rumah mampu milik penggal pertama memerintrah, RM200 kepada setiap penduduk Sabah berusia 21 tahun ke atas, RM200 bagi setiap bayi baru lahir, elaun pasangan berkahwin kali pertama RM 2,000 dan banyak lagi," katanya.
10 Parlimen Sarawak dalam tangan
Pakatan Rakyat mampu memenangi minima 10 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum kali ini, kata anggota Majlis Pimpinan Pakatan Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh.
Beliau berkata, angka itu diperoleh hasil respon rakyat terhadap program Pakatan Rakyat seluruh Sarawak yang kian melonjak dari semasa ke semasa selain dailog dan culaan yang dibuat jentera pelbagai peringkat sama ada KEADILAN, PAS mahupun DAP.
"Sebelum pembubaran Parlimen dan Penamaan calon, jumlah kehadiran rakyat sangat menggalakan, namun apa yang memeranjatkan kita, jumlah itu terus melonjak sejak 21 April lalu di mana di kawasan bandar puluhan ribu rakyat konsisten hadir program kita.
"Sebagai contoh semasa ceramah di Miri yang turut dihadiri Ketua Umum. Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum hadir dan ini diluar jangkaan kita," katanya yang juga Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak.
Manakala di kawasan pedalaman katanya, program Pakatan terutama melibatkan Kaum Dayak di rumah panjang, gabungan itu berjaya menarik hampir 600 penduduk dan ia sesuatu yang berjaya.
"Pedalaman cabarannya lebih sukar sama ada sumber kewangan kita yang terhad, jalan berlopak mirip zaman perang dan ada antara penempatan hanya boleh dikunjungi melalui bot, kita berjaya mengumpul hadirin hampir 600 orang dan jumlah ini sesuatu yang besar bagi kami," katanya kepada Suara Keadilan.
Sebelum ini katanya, hendak mengumpul 10 orang di kawasan pedalaman sangat sukar, manakala di kawasan bandar jika berjaya menarik hadirin lebih 1,000 pun sudah dikira berjaya.
Daripada 31 Parlimen di Sarawak, KEADILAN bertanding 15 kerusi diikuti DAP (11) dan PAS lima kerusi.
Sebelum ini, Anwar bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu menetapkan Pakatan mesti menang minima 10 Parlimen di Sarawak dan begitu juga di Sarawak.
Friday, May 3, 2013
Pengundi hantu muncul di kem askar di Sabah
Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) wants to know why those registered as postal voters turned up at the army camp in Lok Kawi to cast their ballots as advance voters.
Mohd Yunus Sulaiman who was representing Mat Yunin Atin, a candidate contesting the Petagas State seat under the PKR ticket, claimed that postal voters turned up to cast their votes on Apr 30 despite having done so on an earlier date via postal vote.
"I felt something amiss and I informed polling clerks from contesting parties about this and these voters were then not allowed to cast their votes because they are registered as postal voters. I believe there were perhaps some 50 people involved but we have not lodged a police report because we have to discuss with all other polling agents on how to resolve this matter," he claimed.
He claimed to have referred the matter to the Election Commission officials on duty at that time and that they cooperated by not allowing these people to vote for a second time.
He also believed most of those supposed to cast their postal votes had no voting experience.
"For example when they received their ballot papers, they took it and marked it in front of the others, when they should have gone to the cubicle to cast their votes.
"I find this strange because I believe they must have had voting experience prior to this and I am confident there were certain people voting on their behalf," he claimed.
"When I asked them if they have voted before, they said it was the first time but there were some who used their fingers marked with the indelible ink to mark the ballot papers and they did not even know where the cubicle was," he claimed.
He said he came to the media to highlight the issue because he felt people had the right to know what is happening.
Subscribe to:
Posts (Atom)




