Masdar Wahid
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mengesahkan ahli majlis tertinggi parti itu ada membincang mengenai kedudukan Upko dalam BN sama ada kekal atau meninggalkan gabungan itu.
Namun katanya, Upko bersetuju tidak meninggalkan BN selepas Datuk Seri Najib Razak melulus penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.
"Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI dan sebagainya.
"Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu (Upko keluar BN) ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya selepas merasmikan konvensyen Upko Bahagian Penampang 4 November lalu.
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan bekas Naib Presiden Upko, Datuk Maijol Mahap mengakui parti itu nyaris meninggalkan BN bersama mereka pada penghujung Julai lalu namun tertangguh kerana RCI.
wilfred dan Maijol kini mengetuai Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat menawan sebanyak mungkin undi masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Pakatan Rakyat turut bekerjasama dengan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) pimpinan bekas Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bagi menarik sebanyak mungkin undi Melayu dan Bumiputera Islam di Sabah.
Manakala bagi masyarakat Cina, sokongan kaum itu sangat konsisten bersama Pakatan Rakyat sejak 2008 dan hingga kini, malah terus bertambah selepas gabungan itu membentang buku Jingga pada 2009 dan Belanjawan Alternatif oleh Datuk seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Monday, November 5, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Pakatan tawar Beras, Air dan Gas percuma untuk rakyat Sabah
Masdar Wahid
Buat pertama kali dalam sejarah politik Sabah, pembangkang membentang Belanjawan Alternatif, kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen.
Beliau berkata ia membuktikan pembangkang memiliki integriti untuk mentadbir negeri jauh lebih baik daripada Umno BN.
"Ia membuktikan pembangkang bersedia untuk mentadbir Sabah dengan dasar telus, berintegriti dan menentang rasuah melalui pelbagai program jangka panjang," katanya.
Pakatan Rakyat Sabah membentang belanjawan itu pada 17 Oktober lalu, berbanding BN negeri yang membentangkannya dua hari selepas itu.
Ia dibentang bersama Pengerusi MPN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini, Pengerusi DAP negeri, Jimmy Wong Sze Phin dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Aminuddin Aling.
Turut hadir, pimpinan Pakatan Rakyat negeri, wakil Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).
Ia merangkumi lima aspek utama berkaitan tanah, pendapatan rakyat, kebajikan, masyarakat tempatan dan sistem perhubungan.
Antara intipatinya ialah menubuhkan Tabung Anak Sabah dengan memberikan RM200 bagi setiap kanak-kanak yang baru lahir, menubuh Skim Bantuan Perubatan dengan modal awal RM40 juta bagi penduduk luar bandar.
Selain itu, pemberian air percuma 20 meter padu, pemberian satu gas silinder percuma dan 2 kampit beras 10 kilogram kepada keluarga miskin melalui peruntukan RM55.5 juta.
Lain-lain ialah elaun RM2,000 kepada mereka yang berkahwin buat kali pertama dengan peruntukan awal RM21.6 juta.

Sunday, October 21, 2012
Lebuhraya tanpa tol di Sabah
Masdar Wahid
Datuk Paduka Husam Musa yakin kerajaan Pakatan Rakyat mampu membina lebuhraya tanpa tol di Sabah jika diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Ini kerana katanya, Sabah kaya dengan pelbagai hasil mahsul bagi merealisasikan hasrat itu dengan syarat ia diuruskan dengan baik tanpa rasuah sebagaiman berlaku dalam pentadbiran BN.
"Lebuh raya bandar Kota Kinabalu-Sandakan-Tawau akan dibina Pakatan Rakyat tanpa tol," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre 20 Oktober lalu.
Pimpinan PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Vincent Lee dan Senator Khairiah Mohamed Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan hadir sama.
Turut hadir memberi pandangan perubahan politik Sabah termasuk bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Bekas Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Husam turut menyokong hasrat rakyat Sabah agar dasar Kabotaj yang menjadi penyebab melonjaknya harga barang hingga 30 peratus di Sabah dihapus dan bagi tujuan itu dana RM1 bilion sedia diberi kepada negeri itu jika Pakatan Rakyat memerintah.
"Kalau dia (BN) tak nak tukar (kabotaj), kita kena tukar kerajaan, baru boleh tukar polisi kabotaj. "Kalau kita terima sahaja polisi ini, maknanya rakyat Sabah mengainaya diri sendiri," katanya lagi.
Sementara itu, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas (R Sabah) menyokong tawaran Pakatan Rakyat menaik royalti untuk Sabah dari lima ketika ini kepada 20 peratus.
"Tambahan peratusan bayaran royalti kepada 20 peratus menjadikan jumlah itu RM3.2 bilion.
"Maka gaji boleh ditingkatkan, pembangunan dapat dilakukan, peluang kerja makin banyak dan boleh memajukan infrastruktur di seluruh Sabah," kata Pengerusinya, Nemrone Loveh.

Friday, October 19, 2012
'Kampung Selamat' Terbakar, 5 cedera, rugi hampir RM1j
SEMPORNA: Seramai 611 penghuni di Kampung Selamat, Simunul, tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman yang diduduki musnah dalam satu kebakaran yang memusnahkan 81 rumah di sini, pada pagi 18 Oktober lalu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu.
Namun difahamkan lima penduduk cedera kerana melecur di bahagian kaki dalam kebakaran itu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Semporna.
Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd Razali Awang Ahmad, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Jelasnya, bomba hanya mengambil masa beberapa minit untuk tiba ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna.
Menurut beliau, operasi memadam api turut menerima bantuan daripada sebuah jentera dan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau selain dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Daerah Kunak.
“Bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 1.50 petang.
“Operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 3.53 petang serta kami difahamkan lima penduduk tercedera kerana melecur di dalam insiden itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya sambil menambah, hasil siasatan awal mendapati jumlah kerugian mencecah kira-kira RM938,000.
Kampung Selamat yang rata-ratanya merupakan penempatan di atas air dan padat dengan kapasiti penghuninya sekitar 3,000 orang itu terletak berhampiran bandar Semporna.
Wednesday, October 17, 2012
'Pemimpin Upko keluar BN, saya 'no komen','
Masdar Wahid
Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Madius Tangau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan pemimpinnya menyertai Pakatan Rakyat.
“Saya tiada komen mengenai hal ini, hanya ucapan ‘semoga berjaya’ kepada mereka semua,” katanya pada satu program di Kampung Molisau Tenghilan, dekat Tamparuli Sabah 15 Oktober 2012.
Beliau berkata demikian selepas diasak media sekali lagi berhubung perkara itu kerana pada 13 Oktober lalu, seorang lagi tokoh korporat, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) bersama Pakatan.
Pengisytiharan itu dibuat beliau didepan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen Pensiangan yang bakal ditandinginya bagi mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
APS ditubuh bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing pada 29 Julai lalu dan sehingga kini turut menyertai gagasan itu ialah Senator BN, Datuk Maijol Mahap dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi Upko.

Monday, October 15, 2012
SAR dibantu jika silibusnya ditentukan Umno, kata Muhyiddin
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno bagaimanapun menegaskan Kerajaan Persekutuan hanya akan membantu SAR jika ia didaftar di bawah Kementerian Pelajaran yang diterajuinya.
"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. 'Lebih mudah untuk kita bantu' bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan," katanya pada sesi perbahasan di Parlimen 15 Oktober 2012.
Sebelum itu, Ahli Parlimen PAS kawasan Sik, Che Uda Cik Nik mendesak Kerajaan Persekutuan memberi jaminan agar mengekal sukatan pelajaran SAR sebagai syarat jika pusat pengajian Islam itu berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Ini kerana katanya, tenaga pengajar SAR menolak tindakan kerajaan mengubah sukatan dan tradisi pengajaran kitab lama apabila sekolah itu didaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
"Kalau mendaftar, tetapi silibusnya perlu diubah. Ini yang kita tidak setuju, kerana apa? Kerana pusaka datuk nenek kita yang membaca kitab lama ini adalah penting. Kalau kita mendaftar, tradisi itu kita buang. Yang ini para ustaz tak mahu terima.
"Adakah menteri dan Kementerian Pelajaran boleh memberi jaminan jika didaftarkan, kita boleh kekalkan silibus itu. Soalnya silibus, bukannya soal kuasa, tanah dan lain-lain," katanya.
Che Uda menambah, sekolah terlibat akan menyokong jika kerajaan persekutuan menjamin bahawa silibus dan sistem pengajaran itu dikekalkan di sekolah berkenaan.
Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 yang menyaksikan Umno kalah teruk termasuk tumbang di Terengganu, hilang kerusi 2/3 di Kedah dan sebagaian besar pemimpinnya tumbang di tangan PAS, kerajaan Persekutuan mahu merampas SAR dan mendesak didaftar di bawah Kementerian Pendidikan.
Ia dibuat bertujuan mengekang pengaruh PAS dalam kalangan anak muda yang didakwa Umno sebagai penyumbang kekalahan mereka dalam PRU itu.
Isu pendaftaran SAR sekali lagi timbul selepas PRU 2008, selepas Umno BN hilang kuasa 2/3 di Dewan Rakyat serta tumbang di empat negeri selain tewas teruk di Wilayah Persekutuan.
Pada pembentangan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tiada satu sen pun dari RM38.7 bilion peruntukan Kementerian Pelajaran diberi kepada SAR.
Saturday, October 13, 2012
Harap ada pemerintah baru selepas PRU-13, kata penyanyi Aishah
Penyanyi terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah berharap pentadbiran baru wujud selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ia katanya penting bagi membantu mengubah suasana dunia seni sekarang agar menjadi medium perantara bagi menyampaikan mesej positif kepada umum.
“Harapan saya akan ada pemerintahan baru seterusnya wujud cara baru dalam industri seni, setidak-tidaknya masih ramai yang boleh aktif dengan cara berlandaskan agama,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Santai Bersama Selebriti anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bahru semalam.
Aishah berkata, beliau berharap industri seni tanah air akan mempunyai kekuatan tersendiri suatu hari nanti dan tidak terlalu meniru dunia hiburan barat sehingga keluar dari landasan syariah.
"Walaupun tidak mengehad kepada lagu-lagu ketuhanan namun industri seni tanah air sepatutnya mempunyai jenama sendiri, supaya ia tidak diperlekeh dan penggiat seni dipandang serong oleh masyarakat,“ katanya yang turut mengakui budaya hiburan dari barat banyak mempengaruhi dunia hiburan tanah air kebelakangan ini.
Ditanya adakah beliau akan selamanya bergiat aktif dalam politik, Aishah berkata, walaupun mungkin tidak selamanya, namun beliau akan terus mengikuti perkembangan semasa dan menjadi pemerhati yang aktif.
Aishah yang juga ibu kepada dua anak mengakui jadualnya agak padat malah kian sibuk selepas secara rasmi menyertai Pas pada Mei lalu.
“Peminat sentiasa memberi respons positif malah akur dengan keputusan saya untuk berjuang di landasan politik," kata bekas pemenang Anugerah Juara Lagu ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)