JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, January 31, 2008

46 TEMPAT DIPASANG CCTV DI SABAH

15th January, 2008

KOTA KINABALU: Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya 46 tempat di empat kawasan di Sabah yang akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah mencegah jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata daripada tempat itu, 20 adalah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu, 11 di Penampang, Sandakan (8) dan Tawau (7).

Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membantu dalam pemasangan CCTV itu, katanya kepada pemberita kelmarin.
Sabtu lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM75 juta untuk pemasangan CCTV di kawasan berisiko jenayah di seluruh negara.

Mengenai kadar jenayah di Sabah, Noor Rashid berkata kadarnya meningkat 10 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Katanya jumlah kes yang dicatat-kan tahun lepas ialah 7,869 kes ber-banding 6,948 kes pada tahun sebelumnya, yang kebanyakan kes yang dilaporkan tahun lepas membabitkan jenayah curi dan pecah rumah.

Beliau berkata polis turut memandang serius berhubung kes kecurian harta benda terutama kecurian kabel atau besi.

“Walaupun kes kecurian kabel tidaklah serius namun polis perlu mengambil tindakan proaktif memandangkan kes seumpama ini boleh mengusarkan rakyat terutama apabila talian telefon atau elektrik terjejas akibat kecurian kabel,” katanya.

No comments: