JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 19, 2009

PEMUDA PKR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA UMNO BAHAGIAN SILAM?

Oleh: HAFIZ JAMAIL

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat, telah membuat laporan di balai Polis Lahad Datu pada jam 1.30 petang kelmarin, 17 Julai 2009 terhadap Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur yang didakwa telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengagehkan peruntukan kerajaan kepada Ketua Cawangan UMNO dan Kroninya.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Zainuddin Hassan menghubungi Sabahkini.net memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan bagi membolehkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan dan menangkap Datuk Nasrun dan Pegawai Pembangunan Sabah (SDO) yang telah bersubahat menggunakan peruntukan kerajaan untuk tujuan politik.

"Kita merasakan seperti ada yang tidak kena apabila Ketua UMNO Bahagian boleh membelanjakan peruntukan kerajaan sesuka hati untuk menjalankan projek kecil di tiga Dewan Undangan Negeri yang termasuk di kawasan Parlimen Silam," ujar Zainuddin yang meminta agar siasatan menyeluruh juga diadakan bagi memastikan sama ada Ketua Komponen Parti BN yang lain juga mempunyai kuasa untuk membelanjakan peruntukan kerajaan seperti yang dilakukan Nasrun.

Kata Zainuddin, rangkaian AMK Keadilan telah membuat siasatan rapi mendapati hampir kesemua projek kecil berkenaan tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan dan telah dibayar walaupun belum siap sepenuhnya.

"Jika seorang Ketua Bahagian UMNO boleh membelanjakan sekitar RM500,000, bagaimana pula dengan Ketua Bahagian PBRS, MCA, Gerakan, PBS, UPKO, MIC dan sebagainya?," tanya Zainuddin yang kesal kerana peruntukan pembangunan kerajaan telah disalahgunakan untuk tujuan politik dan membazirkan wang kerajaan.
Ketika ditanya, apakah Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Haji Kalbi terlibat atau bersubahat meluluskan peruntukan tersebut kepada Nasrun, Zainuddin berkata pihaknya gagal mengesan penglibatan Salleh kerana daripada Ketua Cabang dan Ranting PKR yang mereka temui mengesahkan semua projek berkenaan diberikan oleh Nasrun dan diumumkan di beberapa Majlis keramaian.

"Sama ada Haji Salleh bersubahat atau tidak, termasuk meluluskan peruntukan kepada Ketua UMNO Bahagian Silam, terserah kepada Polis dan SPRM untuk siasat kerana saya telah menjalankan tugas sebagai Ketua Penerangan iaitu melaporkan salah laku ahli politik UMNO dan terpulang kepada pihak berkuasa sama ada mahu menjalankan siasatan atau tidak," tegas Zainuddin yang bersikap lebih profesional dan tidak melibatkan sentimen parti yang diwakilinya.

Menurut Zainuddin, pembaziran peruntukan kerajaan sama ada daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah atau Peruntukan Ahli Parlimen tidak sewajarnya berlaku ketika ekonomi negara menguncup dan kos hidup begitu tinggi di Sabah.
Memandangkan wang yang digunakan untuk menjalankan semua projek yang sempat disemak berkenaan adalah wang rakyat yang dikutip daripada pembayar cukai, Zainuddin berkata tiba masanya Kerajaan mengambil tindakan terhadap Ketua UMNO Bahagian yang menyalurkan peruntukan kerajaan untuk tujuan politik dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

"Ini perkara serius kerana melibatkan sebuah parti politik yang kononnya disegani dan popular dengan rasuah politik. Saya tidak hairan jika projek dijalankan ala kadar dan terlalu mahal terutama untuk menyelenggara sebatang jalan berbatu kelikir sejauh 100 meter dengan kos RM50,000," ujar Zainuddin yang mengakui telah menghantar laporan polis berkenaan kepada SPRM untuk siasatan segera.

Berikut isi kandungan laporan polis LDD/RPT/4280/09 yang dibuat Zainuddin di Balai Polis Lahad Datu;

Pada jam lebih kurang 8.30 pagi, saya menerima aduan daripada ahli PKR Lahad Datu bahawa peruntukan Parlimen yang digunakan oleh pihak UMNO untuk menjalankan semua projek kerajaan yang diberikan kepada Ketua Cawangan UMNO dan Kroni Ketua Bahagian UMNO Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Setelah selesai membuat siasatan, saya mendapati semua pengendalian projek tersebut tidak teratur dan saya terus pergi ke balai polis membuat aduan/laporan agar PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Datu Nasrun Datu Mansur kerana telah menyalahgunakan Peruntukan Kerajaan dan bersubahat dengan Pegawai Pembangunan Negeri Sabah (SDO) Tuan Haji Matusin Sunsang. Siasat penama ini dan tangkap jika didapati salah.

Berikut adalah senarai projek yangdikenalpasti dijalankan secara tidak teratur dan salahguna kuasa;

Projek Daerah Lahad Datu;


01. Naiktaraf Jalan Gemuk Agaseh dan Jalan Lee Kg Dam
02. Naiktaraf Jalan Kg, Sungai Merah
03. Naiktaraf Jalan Soon Phing dan Jalan Nge Chee Sing Kg Dam
04. Naiktaraf Jalan Kg Tagas-Tagas
05. Selenggara Jalan Kg. Tulibas.
06. Selenggara Jalan Kg. Bikang
07. Selenggara Jalan Kg. Wawasan
08. Selenggara Jalan Kg. Litok Pulau
09. Selenggara Jalan Kg. Simpang Batu-Batu Kg. Durian
10. Selenggara Jalan Kg. Air Batu 7
11. Selenggara Jalan Perkuburan Islam Kg. Segama Batu 8
12. Selenggara Jalan Perkuburan Islam Kg.Bulus
13. Selenggara Jalan Susur Kg. Kokos
14. Selenggara Jalan Kg. Tabanak
15. Selenggara Jalan Kg. Batu 1 1/2 Jalan Segama
16. Selenggara Jalan Kg. Puyut
17. Selenggara Jalan Kg. Sepagaya
18. Selenggara Jalan Kg. Sepadulang

Projek Daerah Tungku;


01. Selenggara Jalan Ke laut Membatu
02. Selenggara Jalan Haji Momin Kg. Bangkarat
03. Selenggara Jalan Kg. Siburai
04. Baik Pulih Jeti Utama Kg. Tambisan
05. Selenggara Jalan Kg. Membatu
06. Selenggara Jalan Kg. Bangingod
07. Selenggara Jalan Kg. Felda Tungku
08. Selenggara Jalan Kg. Desa Kencana
09. Selenggara Jalan Kg. Sri Darun
10. Selenggara Jalan Kg. Teburi
11. Selenggara Jalan Kg. Sungai Bilis

Projek Daerah Kunak;

01. Selenggara Jalan Halun Kg. Dasar Lama
02. Selenggara Jalan Kg. Pangi Utama
03. Selenggara Jalan Kg. Kabog Lampuruka
04. Selenggara Jalan Kg. Kabong Sarail
05. Selenggara Jalan Kg. Pangi Hujung
06. Selenggara Jalan Kg. Hampilan Surau
07. Selenggara Jalan Kg. Hampilan (Jaani)
08. Selenggara Jalan Ulu Lormalong Kg. Lormalong
09. Selenggara Jalan Lorong Kg. Dasar Baru
10. Selenggara Jalan Kg. Hampilan

No comments: