JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, December 9, 2009

‘Jangan cakap sahaja, kotakan kata-kata kamu'



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘mengotakan apa yang dikata’ berkaitan siasatan kes rasuah di negeri itu yang membabitkan kes penyelewengan projek bernilai RM6 juta.

Ketua Penerangannya, Abdul Azeez Mohamad berkata, beliau mengalu-alukan siasatan itu tetapi ia haruslah dibuktikan dengan tindakan yang telus dan segera kerana badan itu selama ini hanya dilihat sebagai ejen rejim Barisan Nasional.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila kes membabitkan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang pernah didedahkan oleh media sebelum ini akhirnya dibiarkan terperap.

“Rakyat Sarawak sehingga ke hari ini masih tertanya-tanya dan mahu tahu apa sudah jadi dengan kes rasuah yang melibatkan Taib Mahmud (gambar bawah).

"Bagaimana status terkini kes itu, atau ia terus ditutup hanya kerana Ketua Menteri itu pemimpin BN,” soalnya.



Abdul Azez memberitahu, terlalu banyak kes rasuah yang berlaku di Sarawak termasuklah salah seorang wakil rakyat di negeri itu yang baru sepenggal bergelar wakil rakyat tetapi telah memiliki rumah mencecah jutaan ringgit.

Sambil menyatakan kekesalannya, beliau berkata, wakil rakyat BN hanya mementingkan diri dan membiarkan rakyat terus miskin tanpa bekalan elektrik dan air bersih.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat segera segala kes rasuah di Sarawak termasuklah di kalangan ‘orang politik’ kerana perkara itu merupakan tanggungjawab mereka yang di bayar gaji oleh pembayar cukai.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sedang menyiasat satu kes penyelewengan dalam pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan bernilai RM6 juta.

Abu yang bakal menggantikan ketuanya, Ahmad Said Hamdan bermula 1 Januari ini bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan apabila diajukan samada siasatan itu melibatkan orang politik atau menteri tertentu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Samsiah Abu Bakar mengesahkan 17 orang termasuk Sembilan pegawai kerajaan sudah ditahan berkaitan kes itu.

Dalam perkembangan lain, Samsiah menjelaskan berdasarkan kajian ke atas empat daripada 295 kes rasuah yang berlaku di Sarawak sejak tahun 2002 hingga 2005, sebanyak 60 peratus daripadanya berlaku ketirisan dengan kos ke semua empat projek itu mencecah RM245,000.

erapakatan.com

No comments: