
KUALA LUMPUR 9 Mac - Isteri Ke dua Najib, Rosmah Mansor (sesetengah pihak menggelarnya Big Mama atau emelda, gelaran kepada awanita yang suka berbelanja besar) yakin golongan wanita di negara ini mampu terus menjadi kuasa utama dalam mempengaruhi perkembangan generasi masa depan menjelang 2020.
Selain itu, katanya, wanita juga akan terus berperanan sebagai sumber penting kepada ekonomi negara.
Tambahnya, tambah beliau, wanita Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang khususnya dalam bidang kesihatan, politik dan juga ekonomi.

Beliau menyampaikan ucaptama pada persidangan 'The Women of Independence 2010' di Hotel JW Marriot di sini hari ini.

Persidangan kali keenam anjuran IBN International selama dua hari mulai hari ini dihadiri kira-kira 220 peserta dari kalangan wanita profesional di negara ini.

"Saya yakin dengan kerjasama erat ini akan membolehkan wanita di negara ini mencapai kejayaan cemerlang selari dengan pembangunan di negara," katanya.

"Ini kerana wanita juga inginkan perubahan serta bersedia ke arah itu kerana percaya setiap apa yang diinginkan tidak akan diperoleh dengan mudah," katanya.
No comments:
Post a Comment