JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, September 2, 2011

Pelacuran dibiarkan, Tadika Islam mahu ditutup

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama Penasihat Ekonomi Negerinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah dan Sarawak bermula esok sehingga Ahad ini.

Khalid akan bersama masyarakat Sabah merayakan sambutan Aidilfitri di Tawau seawal 11.30 pagi pada 3 September ini sebelum berakhir di daerah Putatan pada sebelah malamnya.

Jarak antara Tawau dan Putatan mengambil masa kira-kira 8 jam perjalanan dengan menaiki pengangkutan darat.

Isu berbangkit di Tawau termasuklah pengagihan kerusi antara SAPP, DAP dan KEADILAN melibatkan DUN Sri Tanjung dan Parlimen Tawau.

Pakatan Rakyat juga harus menjelaskan dengan segera apa kedudukan SAPP yang jelas berkeras mahu bertanding 40 daripada 60 kerusi DUN Sabah dan kawasan Parlimen lain di seluruh negeri itu.

Manakala pada 4 September pula, Khalid akan berada di Sarawak meliputi Miri dan Kuching sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada 11 Malam.

Sementera itu, Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan Malaysia akan meraikan Merdeka Raya bersama masyarakat Sabah bermula esok di Sandakan pada sebelah siangnya dan malamnya ke Putatan dan Tuaran.

Antara isu-isu berbangkit dalam masyarakat Sandakan kini sebahagian besarnya melibatkan rampasan Tanah dan kegagalan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dengan terbaru peningkatan caj untuk meletak kenderaan.

MPS juga dilihat gagal membendung Pelacuran di daerah itu tetapi pada masa sama mahu menutup Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).Jarak perjalanan dari Sandakan ke Tuaran dan Putatan juga mengambil masa kira-kira 8 jam perjalanan.

Manakala pada 4 September iaitu Ahad ini, Anwar akan ke Kuching, Sarawak termasuk menghadiri taklimat terkini dari pimpinan KEADILAN negeri.

Penduduk Sabah dan Sarawak dialu-alukan menghadiri program itu bagi mendapatkan maklumat secara langsung atau bertanyakan apa jua soalan kepada pimpinan khasnya mengenai dasar Buku Jingga.

Pastinya, maklumat yang disampaikan kelak tidak akan anda dapati di media arus perdana yang dikawal Umno Barisan Nasional.

Keterangan lanjut segera berhubung dengan pimpinan Cabang KEADILAN Sabah yang terdekat.

Berikut ialah jadual penuh tersebut.

3 September 2011 (Sabtu) – Sabah

Program Datuk Seri Anwar Ibrahim

1) 11.00 – 2.00 ptg –Kampong Lot M, Kinabatangan.

2) 3.00 – 6.00 ptg – Sabah Hotel, Sandakan.

3) 7.00 – 11.00 mlm – Kampong Petagas Lama, Petagas, Putatan

4) 7.00 – 11.00 mlm – Kampong Batangan, Tuaran


Program Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

1) 11.00 – 1.00 ptg – Ocean Restaurant, Tawau

2) 2.00 – 5.00 ptg – Lorong 6, Taman Aman Jaya, Lahad Datu

3) 7.00 – 11.00 mlm – Kampong Batangan, Tuaran

4) 7.00 – 11.00 mlm – Kampong Petagas Lama, Petagas, Putatan


4 September 2011 (Ahad) – Sarawak


Program Datuk Seri Anwar Ibrahim

1) 12.00 – 2.00 ptg – 133, Jln Bunga Tanjung, Kg Pinang Jawa, Petra Jaya, Kucing

2) 2.30 – 4.30 ptg - RPR Batu Kawa, Lorong 20, Phase 2, Kucing

3) 5.00 – 6.00 ptg – Perjumpaan Bersama Majlis Pimpinan Negeri Sarawak

4) 7.00 – 9.00 mlm – No 11, Kramau, Kg Besira Rayang, Jln Liuk, Padawan,


Program Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

1) 12.00 – 2.00 ptg – 133, Jln Bunga Tanjung, Kg Pinang Jawa, Petra Jaya, Kucing

2) 2.30 – 4.30 ptg – RPR Batu Kawa, Lorong 20, Phase 2, Kucing

3) 4.00 – 7.00 ptg – Lot 12, Kampong Tunku Abd Rahman, Lambir, Miri

4) 8.00 – 11.00 mlm – Beverly CafĂ©, Taman Tunku, Miri

No comments: