JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 30, 2012

Lagi pemimpin Upko tinggalkan BN

Masdar Wahid

Tindakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN), Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN 29 Julai lalu dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat Sabah nampaknya tidak keseorangan.

Penyertaannya turut diikuti pimpinan tertinggi Upko termasuk Naib Presidennya yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Maijol Mahap (gambar atas), Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

Penyertaan beliau turut diikuti beberapa penyokong dan ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen Tuaran itu.

Beliau turut mengakui dipujuk Presidennya, Tan Sri Bernard Giluk Dompok agak menarik balik hasrat itu, namun beliau menolaknya dan bertegas menubuh Angkatan Perubahan Sabah (APS).

"Kami, Upko dan beberapa pemimpin PBS dengan ini secara rasminya meninggalkan BN dan bersetuju menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebagai paltform baru yang bukan sahaja menyertai Pakatan Rakyat.

Tetapi juga menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berjanji akan menjelajah seluruh Sabah untuk membangkitkan kesedaran politik terutama warga Kadazan-Dusun-Murut (KDM) agar mengundi Pakatan Rakyat," katanya pada majlis itu.

Beliau turut menafikan dakwaan beberapa blog dan media yang menyatakan APS ialah parti, tetapi menegaskan ia merupakan sebuah pertubuhan gerakan pembaharuan di Sabah dan menyokong Pakatan Rakyat.

Bumburing pernah mendesak partinya meninggalkan BN menjelang 16 September, namun senyap selepas beberapa pemimpin Upko diberi jawatan.

Bumburing sudahpun meletak jawatan selaku Pengerusi BN Tuaran pada 23 Julai lalu dan merupakan MP Tuaran sejak tiga penggal lalu.

No comments: