JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 18, 2013

282 soalan untuk satu Rang Undang-undang



282 soalan untuk satu Rang Undang-undang

Masdar Wahid

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadual bersidang pada 19 Mei ini hanya akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan, kata Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar.

Bercakap kepada wartawan pada majlis raptai penuh Persidangan DUN di Kuching pada 16 Mei lalu, Mohammad Asfia berkata, pembentangan RUU itu bertujuan mendapat kelulusan dewan berhubung perbelanjaan tambahan yang melebihi bajet sebelum ini.

"DUN telah menerima 282 soalan yang akan diajukan pada sesi soal jawab persidangan kelak," katanya.

Berdasarkan rekod sebelum ini, tidak semua soalan itu akan dilayan terutama jika ianya menyentuh persoalan rasuah mengenai penglibatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, keluarga dan kroni BN di negeri itu.

Sebagai contoh, jenis soalan berikut yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen pada persidangan DUN 19 Jun 2011.

Soalan pertamanya ditujukan kepada ketua menteri berbunyi:

a) Dalam 15 tahun lalu, senarai tanah yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang pemegang sahamnya terdiri daripada anak-anak serta adik beradik lelaki dan perempuan ketua menteri dan keluasan tanah terbabit;

b) Premium yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk pemberian tanah itu kepada syarikat-syarikat berkenaan;

c) Adakah tanah ini diberikan kepada syarikat-syarikat berkenaan melalui tender terbuka? Jika tidak, apakah sebab-sebab untuk memberi tanah tersebut kepada syarikat-syarikat terbabit?

Soalan keduanya ialah untuk meminta Ketua Menteri menyatakan:

a) Memandangkan Syarikat SESCO Berhad telah memeterai perjanjian dengan Sarawak Hidro Sdn Bhd untuk membeli kuasa elektrik yang dijana oleh Empangan Bakun pada harga 6.25 sen / kWj, sama ada kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk mengurangkan tarif elektrik domestik, komersil dan perindustrian SESCO untuk pengguna tempatan, ahli perniagaan dan industri?

b) Siapa yang akan mendapat faedah daripada kadar murah elektrik yang dijana oleh Empangan Bakun?

Chong berkata, ianya merupakan soalan-soalan yang adil dan tidak sepatutnya ditolak serta tidak melanggar peraturan Perintah Tetap 20 (1) (a), (c) atau (l).

No comments: