Selepas Perdana Menteri menolak negara berkebajikan dan memanipulasiwang KWSP milik rakyat untuk agenda politiknya, pentadbiran Datuk Seri Najib terus berdolak dalik mengenai gaji minima.
Terbaru, pentadbiran Najib belum menetapkan RM900 sebagai gaji minimum untuk rakyat walaupun berjanji ia akan dikuatkuasakan Julai ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, penetapan kadar itu masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan Pusat.
“Setakat ini masih dalam perbincangan, belum ada kata putus dan belum boleh menyatakan bila kadar baru itu akan dilaksanakan,” katanya hari ini.
Ketika ditanya adakah benar kadar gaji minimum dibincangkan itu RM900, beliau berkata:
“Ya, kami ada menerima cadangan itu dan ianya sedang dibincangkan.”
Pelaksanaan gaji minima ini akan melibatkan lebih lima juta pekerja sektor swasta pelbagai industri termasuk perladangan dan pembinaan kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.
Difahamkan daripada jumlah itu pekerja swasta warga asing turut mendapat manfaat yang sama.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam sudah membawa laporan yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) ke mesyuarat Kabinet.
Selain kadar gaji minimum RM900, laporan itu turut menyatakan, pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet.
Menurut sumber, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap akan memperjuangkan kadar gaji minimum RM900 itu, walaupun ada cadangan daripada pihak kerajaan iaitu RM750.
Sementara itu, Pakatan Rakyat melalui menifestonya bertekad menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini jika di beri mandat sebagai kerajaan persekutuan yang baru pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Tekad itu turut diikrarkan dalam Buku Jingga, sebuah buku yang merupakan sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, PAS dan DAP.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label Buku Jingga. Show all posts
Showing posts with label Buku Jingga. Show all posts
Tuesday, February 7, 2012
Thursday, September 15, 2011
Terbaik dari Tuan Ibrahim : Buku Jingga = Najib kutuk dan juga tiru
PAS hari mendakwa tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tercatat dalam Buku Jingga semakin ditiru Umno Barisan Nasional (BN), walaupun merekalah golongan yang mengkritiknya habis-habisan.“Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.
Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat,” selar Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim memberikan reaksi sedemikian sebagai menjawab balas laporan media yang menjangkakan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman penting untuk meminda atau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, kata Tuan Ibrahim, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.
“PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh. Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka".
Demikian juga, Rasulullah juga bersabda " kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat."
PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan,” terang Tuan Ibrahim, sambil menambah ISA telah menyebabkan ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.
PAS katanya akan mengalu-alukan pengumuman Najib sekiranya benar, dan pada masa yang sama percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.
“Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" - berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka,” tambah beliau.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.
Namun katanya, sekiranya pemansuhan ini berlaku, tindakan Najib dan kerajaan BN kini terbukti semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.
Tuan Ibrahim juga berkata bahawa PAS difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.
“Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi Umno BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan,” selar beliau.
Beliau turut menyeru rakyat untuk bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan Barisan Nasional dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.
“Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, ‘Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang Umno yang lemas ini, insya Allah,” tambah beliau.
Tuesday, September 13, 2011
Perlembagaan Rakyat dibentuk semasa kelahiran Anwar
Tahukah anda, selain Perlembagaan Persekutuan, ada satu lagi perlembagaan yang diperjuangkan nasionalis negara sebelum kemerdekaan.Ianya dikenali Perlembagaan Rakyat yang ditulis bersama PUTERA-AMCJA bertarikh 10 Ogos 1947.
Gabungan PUTERA-AMCJA merupakan kumpulan rakyat pelbagai kaum yang membentuk kesatuan rakyat untuk menuntut kemerdekaan dengan slogan 'Merdeka dengan Darah' berbanding Umno dengan slogannya 'Hidup Melayu'.Atas sebab itu juga, British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu terpaksa menyokong Umno kerana bimbang rakyat pelbagai kaum bangun menentang mereka selaku penjajah.
Sebagai timbal balas, Umno mesti menjaga kepentingan British jika 'kemerdekaan' diberi.
Sebagai contoh, Umno menyokong Perlembagaan Persekutuan yang direka Suruhanjaya Reid, berasaskan perlembagaan British yang diguna pakai di India pada 1947.
Oleh kerana sejarah negara ditulis kebanyakannya memihak untuk kepentingan Umno, maka sejarah mengenai Perlembagaan Rakyat tidak diberi penekanan.
Namun, seorang aktivis mahasiswa bernama Fahmi Reza ada mendedahkannya melalui sebuah video bertajuk '10 tahun sebelum merdeka'.
Antara tuntutan yang terkandung dalam Perlembagaan Rakyat ialah Hak mengundi untuk rakyat 18 tahun dan ke atas.
Sehingga kini Pakatan Rakyat berterusan mendesak Hak mengundi untuk rakyat 18 tahun dan ke atas, namun ditolak oleh pentadbiran Najib Razak.
Mungkin secara kebetulan, PUTERA-AMCJA yang bersifat pelbagai kaum, sebenarnya mirip dengan konsep Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN), pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, PAS dan DAP yang selama ini dilihat hanya didominasi kaum tertentu kini beransur-ansur menjadi parti pelbagai kaum selepas Anwar membantu merapatkan muafakat kedua-dua parti itu.
Menariknya, Perlembagaan Rakyat didraf bersamaan tarikh kelahiran Anwar, iaitu 10 Ogos 1947.
Hari ini, slogan perjuangan Anwar ialah 'Ketuanan Rakyat'.Bagi Anwar, tiada gunanya slogan Ketuanan Melayu jika agihan ekonomi negara hanya berlegar dalam kalangan kroni elit yang rapat dengan pemimpin Umno BN.
Buktinya, lebih 50 tahun dulu, Saham Bumiputera dan Orang Melayu ialah RM54 bilion tetapi kini hanya berbaki RM2 bilion.
Ini berlaku kerana Umno memperalat nama Melayu hanya untuk kepentingan politiknya.
Mungkin benar, ucapan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah semasa kongres parti itu pada 2010, Anwar ialah anugerah Allah untuk rakyat Malaysia.
Sebagai bakal Perdana Menteri, Anwar bersama Pakatan Rakyat menawarkan Dasar Buku Jingga yang pro rakyat.
Antara tawaran awal dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan ialah merombak struktur subsidi negara dengan menarik subsidi dari pihak swasta untuk dikembalikan kepada rakyat.Jika ini berlaku, bukan setakat harga minyak diturunkan serta merta, tetapi harga barangan lain juga akan menurun sekaligus meningkatkan wang boleh guna rakyat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

