JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Wednesday, September 28, 2011
Kabinet S'wak: 7 muka baru, jawatan TKM 2 tak disi
Kementerian baru dalam rombakan kabinet, yang akan berkuatkuasa Jumaat ini, ialah Kementerian Pembangunan Kebajikan, Wanita dan Keluarga yang akan diketuai Datuk Fatimah Abdullah dan dibantu dua menteri muda yang juga muka baru iaitu Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat Vincent.
"Muka-muka baru Menteri Muda lain ialah Julaihi Narawi, Abdul Karim Hamzah, Datuk Len Talif Salleh, Dr Jerip Susil dan Liwan Lagang," kata Taib dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.
Kesemua Menteri Muda baru itu akan mengangkat sumpah jawatan Jumaat ini.
Taib berkata Julaihi dilantik sebagai menteri muda pembangunan industri (pelaburan dan promosi) dan menteri muda pembangunan luar bandar; Abdul Karim sebagai menteri muda perumahan dan menteri muda pembangunan sosial (pembangunan belia).
Len Talif dilantik sebagai menteri muda perancangan sumber dan alam sekitar, dan menteri muda di pejabat ketua menteri (promosi pendidikan teknikal); Dr Jerip sebagai menteri muda kerajaan tempatan dan pembangunan komuniti (kesihatan awam) manakala Liwan sebagai menteri muda pembangunan sosial (kebudayaan dan warisan).
"Kesemua menteri penuh dikekalkan dan sebahagian kementerian mereka ditukar nama," kata ketua menteri Sarawak.
Taib berkata lima kementerian yang ditukar nama adalah kementerian pembangunan sosial dan urbanisasi yang akan dikenali sebagai kementerian pembangunan sosial diketuai presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan manakala kementerian alam sekitar dan kesihatan awam ditukar menjadi kementerian kerajaan tempatan dan pembangunan komuniti diketuai
timbalan setiausaha agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Wong Soon Koh.
Kementerian perancangan dan pengurusan sumber akan dikenali sebagai kementerian perancangan sumber dan alam sekitar; kementerian perumahan dan pembangunan bandar menjadi kementerian perumahan manakala kementerian pelancongan dan warisan dikenali sebagai kementerian pelancongan, kedua-duanya di bawah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Taib, yang mengekalkan porfolio kementerian kewangan serta kementerian perancangan sumber dan alam sekitar, berkata tiada keperluan segera untuk pelantikan timbalan ketua menteri kedua.
Beliau berkata barisan Kabinet sedia ada dengan hanya seorang timbalan ketua menteri yang dipegang oleh seorang lagi timbalan presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga menteri pembangunan luar bandar sepatutnya tidak menjadi isu besar.
Jawatan timbalan ketua menteri kedua sebelum ini disandang oleh presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan, kosong berikutan kekalahannya dalam pilahan raya negeri Sarawak April lepas.
Taib berkata presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing dikekalkan sebagai menteri pembangunan tanah dan juga akan memegang portfolio menteri kanan bersama Sooh Koh dan Mawan.
Ketua menteri itu berkata peranan mereka sebagai menteri kanan adalah untuk menyelaraskan sesama mereka pembangunan khusus yang perlu dilaksanakan bersama.
Taib berkata naib presiden kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dilantik menjadi menteri pembangunan industri yang baru dan kekal sebagai menteri perancangan sumber dan alam sekitar kedua serta menteri kemudahan awam manakal Datuk Seri Michael Manyin kekal dengan portfolio sebagai menteri pembangunan instruktur dan komunikasi.
Taib berkata tiga jabatan negeri negeri iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan pihak berkuasa tempatan akan disusun semula.
"Penyusunan semula JKR kini sudah hampir selesai manakala pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pertanian mungkin mengambil masa kira-kira lima tahun untuk selesai," katanya.- Bernama
=======================================
Tujuh muka baru dilantik
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan hanya satu sahaja jawatan timbalan Ketua Menteri diwujudkan dalam rombakan Kabinet baru Sarawak pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada 28 September lalu.
Beliau berkata, dalam rombakan tersebut, sebuah kementerian baru diwujudkan iaitu Kementerian Kebajikan, Wanita dan Hal Ehwal Prasekolah yang akan diterajui oleh Datin Fatimah Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri di Pejabat Ketua Menteri.
Menurutnya, tiada rombakan membabitkan jawatan menteri penuh, namun tiga dilantik sebagai menteri kanan iaitu Tan Sri James Jemut Masing; Datuk Seri Wong Soon Koh serta Tan Sri William Mawan Ikom.
‘‘Dalam rombakan kali ini juga menyaksikan tujuh muka baru dilantik sebagai Menteri Muda bagi mengisi kekosongan enam jawatan tersebut selepas keputusan pilihan raya negeri yang lalu.
‘‘Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Julaihi Narawi; ADUN Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah; ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat Vincent Entering; ADUN Belawai, Len Talif Salleh; ADUN Bengoh, Jerip Susil; ADUN Belaga, Liwan Lagang serta ADUN Bekenu, Rosey Yunus,” katanya di sini.
Abdul Taib berkata, rombakan kali ini lebih menjurus kepada memantapkan jentera kerajaan dalam menggunakan pendekatan baru dalam melaksanakan polisi serta dasar-dasar kerajaan.
Ditanya mengenai ketiadaan satu lagi jawatan Timbalan Ketua Menteri, Abdul Taib memberitahu, perkara tersebut tidak menjadi masalah memandangkan timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang merupakan seorang berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri dan banyak membantu beliau.
Dalam pada itu, lima kementerian akan diubah nama kepada Kementerian Pembangunan Sosial; Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat; Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar; Kementerian Perumahan serta Kementerian Pelancongan.’
‘‘Selain yang disebut itu, nama kementerian lain dikekalkan dan jumlah kesemuanya adalah sebanyak 13 kementerian,” katanya.
Wednesday, September 14, 2011
Wakil Rakyat BN mungkir janji - Boniface
Ini kerana kata Ahli Jawatankuasa (AJK) KEADILAN Mas Gading, Boniface Willy Tumek, janji pemimpin BN di Kampung Skibang, Bau misalnya, gagal ditunaikan.
“Bagaimana mereka mahu memperjuang hak rakyat jika janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru beberapa bulan berakhir gagal ditunaikan?
"Hak rakyat seperti kebebasan beragama, peluang sama untuk anak-anak kita di institusi pengajian tinggikhasnya biasiswa, pekerjaan, peluang perniagaan dan peningkatan harga barang yang kian melambung bukam agenda pimpinan BN” katanya pada sidang media 13 September lalu.
Wakil rakyat BN di kawasan itu ialah Datuk Dr Tiki Lafe selaku Ahli Parlimen Mas Gading dan Datuk Peter Nansian Ngusie selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru.
Sebagai contoh, kata Boniface, jentera pilihan raya SPDP berjanji menurap jalan raya sepanjang 1.5 kilometer jika sekiranya menang.
Wednesday, March 10, 2010
Dun Perak Bubar Jun ini ?

Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kederangan sejak tahun 2008 lagi. Namun, Ketua Menteri (KM) Sarawak, Taib Mahmud sehingga kini tetap dengan pendiriannya enggan membubarkan Dun di negeri itu.
Terdapat dua faktor utama yang sering diambilkira oleh Pengerusi BN Sarawak itu setiap kali adanya pilihanraya iaitu faktor pengukuhan ekonomi negara dan faktor perpecahan Pakatan Rakyat (PR).
Faktor Ekonomi
Sesuatu yang tidak mengejutkan apabila Pengerusi BN, Najib Razak tergesa-gesa mengumumkan Malaysia keluar dari kesan krisis ekonomi, iaitu sehari selepas Pengerusi Umno itu melawat Sarawak.
Walaupun diakui, angka-angka ekonomi yang diumumkan itu langsung tiada kesan kepada rakyat marhaen, tetapi lebih kepada mahu meraih keyakinan pengundi Cina di Sarawak untuk kembali menyokong BN pada pilihanraya negeri akan datang.
Pada pilihanraya negeri sebelum ini, sekutu BN yang mewakili masyarakat Cina, iaitu SUPP mengalami prestasi terburuk dalam sejarahnya apabila hilang lapan kerusi Dun walaupun ketika itu Tsunami Politik belum melanda seluruh negara.
SUPP sehingga kini kekal dengan krisis dalaman apabila presidennya enggan melepaskan jawatan walaupun sebelum ini pernah berjanji untuk melepaskannya.
Malah, parti tertua di Sarawak itu juga berdepan dengan sindrom keluar parti beramai-ramai termasuklah pemimpin kanannya yang menyertai PR.
Dari aspek lain juga, Taib yang juga Presiden parti PBB turut mengambil tema ekonomi sempena perhimpunan agung parti itu di Kuching baru-baru ini, sesuatu yang jarang berlaku bagi parti itu.
Faktor Pakatan Rakyat
Ingat lagi tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Batang Air yang diadakan serentak dengan PRK Dun Bukit Selambau dan PRK Parlimen Bukit Gantang pada 7 April tahun lalu?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu hanya menetapkan ketiga-tiga PRK itu berlangsung serentak selepas menemui Taib Mahmud, walaupun sebelum itu SPR mahu ia diadakan secara berasingan.
"Oleh kerana ia melibatkan bahagian di Sarawak dan oleh kerana SPR juga bercadang mengunjungi pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, maka mesyuarat akan diadakan di Kuching bagi menetapkan tarikh pilihan raya.
Kerusi Batang Air melibatkan kawasan pedalaman dan ia terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Semenanjung.
Jadi, banyak persiapan perlu diadakan... jadi tidak mungkin diadakan serentak," ," kata Timbalan Pengerusi SPR ketika itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 25 Februari 2009.
Pada PRK itu, BN berjaya mengekalkan kerusi Dun Batang Air yang antara faktornya ialah kurangnya pimpinan PR berada di Dun Batang Air akibat jentera pilihanraya yang terpaksa berpecah kepada tiga bahagian.
Malah, Ketua Umum PKR sendiri ketika itu menghadapai kekangan masa untuk menjelajah dalam tempoh singkat di Dun Batang Air kerana turut berkempen di Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.
Pada masa sama, seluruh jentera BN negeri berkampung di Dun itu selain bantuan media dan SPR sendiri yang kurang dipantau oleh pimpinan PR pusat.
Ini diakui sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak, Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Aliyanni yang berkampung di Batang Air sebelum penamaan calon sehinggalah selesainya PRK di situ.
"Wujud keadaan di mana pengiraan undi dikira seawal pukul tiga petang sedangkan waktu itu proses membuang undi masih lagi berjalan.
Lebih malang lagi, apabila pengiraan itu dilakukan tanpa kehadiran wakil calon dari PR,” katanya yang turut ditemani Kelab Penyokong PAS dari Sarawak.
Pada pilihanraya itu, seluruh jentera BN negeri berkampung di Dun Batang Air manakala pimpinan utama PR amat jarang ditemui bagi membantu jentera PR ketika itu.
Pilihanraya Perak, Sarawak serentak ?
Bagi memastikan BN terus memerintah di Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang, strategi yang sama akan digunakan iaitu memecahkan jentera PR agar tidak tertumpu di Sarawak.
Sehubungan itu, pilihanraya Perak dan Sarawak akan diadakan serentak selain beberapa lagi kerusi parlimen dan Dun akan diishtiharkan kosong.
Sebab itu, awal-awal lagi Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain menyifatkan penafian Bendahari Umno, Ahmad Husni Hanadzlah sebagai kenyataan politik berhubung pilihanraya di negeri itu.
Turut menafikan perkara itu ialah Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yasin.
Untuk rekod, penfian itu dibuat oleh kedua-dua timbalan Najib, di mana Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno manakala Husni Hanadzlah ialah Menteri Kewangan II dan Najib ialah Menteri Kewangan I.
Perlu diketahui, jadual asal program Juara Rakyat anjuran Umno bagi peringkat negeri Perak ialah pada Mei ini tetapi ia diawalkan pada bulan ini, Mac sebagai persediaan awal parti itu untuk berdepan dengan pilihanraya negeri selain pemimpin MCA, Chua Soi Lek telah memberikan senarai calon parti itu kepada Zambry beberapa minggu lalu.
Menarik juga untuk dicatatkan di sini, Program Juara Rakyat anjuran Umno buat pertama kali diishtihar sebagai program itu juga mesti diperluaskan di Sarawak.
Sarawak satu-satunya negeri yang mengharamkan kemasukan Umno ke negeri itu dan jadual yang diterima oleh pihak media semasa pelancaran program Umno itu di Hulu Selangor Januari lalu tidak menyenaraikan Sarawak dalam program itu.
Fenomena 'Dua Bukit Satu Batang' berulang kembali
Bagi memecahkan lagi jentera PR, dijangkakan beberapa lagi PRK akan berlangsung secara serentak di seluruh negara termasuklah yang melibatkan kerusi yang dimenangi PR sebelum ini bagi kawasan Parlimen Batu, Chua Tian Chang.
Oktober tahun lalu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR dihukum enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menggigit anggota polis.
Beliau akan hilang kerusi parlimennya itu jika rayuannya yang dijadualkan didengar pada 13 April ini ditolak.
Jika kerusi itu kosong, maka pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari atau selewat-lewatnya pertengahan Jun tahun ini.
Selain itu, kerusi Dun Kota Seputeh sehingga kini terus tertangguh di mahkamah walaupun sebelum ini ia telah diishtihar kosong.
Jika itu kedua-dua kerusi itu kosong, maka situasi Dua Bukit Satu Batang akan berulang kembali setersunya jentera PR akan berpecah untuk menumpukan keseluruhan PRK itu.
Apa yang berlaku Mei ini ?
BN tahu, Anwar merupakan antara faktor penting dalam PR, sehubungan itu, mereka akan melakukan apa jua cara bagi memastikan Anwar terganggu atau sekurang-kurangnya disibukkan dengan apa jua kes bagi memastikan Pimpinan utama PR itu tidak membantu PR.
Selain isu tuduhan liwat dalam Fitnah kali ke dua yang dilemparkan terhadap Ketua Pembangkang itu, Anwar turut disibukan dengan beberapa kes lain termasuklah apabila Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mei ini, untuk mendengar permohonan mantan Timbalan Perdana Menteri itu berhubung pembatalan samannya terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang didakwa memalsukan keterangan dalam siasatan kes insiden ‘mata lebam’ pada tahun 1998.
Kerajaan turut membatalkan buat sementara waktu berhubung struktur baru subsidi minyak yang sepatutnya diumumkan Mei ini.
Malah, Menterinya, Ismail Sabri Yaakob menukarkannya kepada Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengabui mata rakyat.
Bagi Sarawak, Mei ini ialah kemuncak program Hari Bertemu Pelanggan, anjuran SPR Sarawak yang telah dimulakan sejak Januari lalu.
“Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan melancarkan program kemuncak 'Pendaftaran Perdana Peringkat Negeri Sarawak' di Tebingan Sungai Kuching Mei ini,” kata Timbalan Pengarahnya Wan Fadilah Wan Ahmad pada 27 Januari lalu.
Program itu telah berjalan sejak setahun lalu dan dilancarkan secara agresif sejak Januari lalu dengan kemuncaknya di Kuching pada Mei ini.
Setakat ini, SPR mengesan sejumlah 437,369 orang di negeri Sarawak yang sudah layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Di pihak BN Sarawak pula, satu-satunya sekutu BN di negeri itu yang belum mengadakan pemilihan tahunan parti mereka ialah PRS yang dijadualkan pada 15 Mei ini, di Bintulu, Sarawak.
Sekutu BN di Sarawak terdiri daripada SUPP, SPDP dan PBB yang masing-masing telah mengadakan pemilihan termasuklah PBB yang berakhir minggu lalu.
Mengapa Jun ?
Pada 10 Disember tahun lalu, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno memberitahu, kementeriannya menetapkan tempoh dua tahun untuk menyelesaikan isu Kad Pengenalan penduduk Sarawak, termasuklah 10,056 kaum Penan yang menetap di luar Bandar dalam kawasan Baram di negeri itu.
“Selepas tempoh itu berakhir semua permohonan individu yang mendakwa sudah menetap lama di negeri ini tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan MyKad tidak akan dipertimbangkan lagi,” katanya semasa melawat Long Kevok di Baram, Sarawak 10 Disember lalu.
Anehnya, pada 7 Mac lalu, gabungan Mahkamah, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang menggempur kawasan Baram memberitahu bahawa masalah Kad Pengenalan di kawasan itu akan di selesaikan dalam tempoh tiga bulan yang akan berakhir awal Jun ini.
Najib pula akan memperincikan Model Ekonomi Baru Jun ini yang draf pertama akan dibentangkan hujung Mac ini.
“ Draf pertama MEB yang merangkumi matlamat dan cadangan akan diumumkan pada persidangan InvestMalaysia 2010 hujung bulan ini. Yang akan diumumkan Jun ini adalah butiran terperinci model berkenaan," Ketua Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Prof Dr Norma Mansor pada 8 Mac lalu.
Pada 10 Jun ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10).
“Peruntukan kerajaan kepada Sarawak untuk RMK-10 hanya akan diketahui pada 10 Jun setelah ia dibentangkan di Parlimen dan saya tidak dapat mendedahkan maklumat ini lebih awal kerana ia merupakan maklumat sulit,” katanya selepas menghadiri sesi dialog mengenai RMK-10 dengan kerajaan negeri di Kuching, 15 Januari lalu.
Turut hadir, Ketua Menteri (KM) Sarawak, Taib Mahmud, Timbalannya, George Chan Hong Nam dan Alfred Jabu Numpang serta barisan Kabinet kerajaan negeri.
Rekod menunjukkan, Taib Mahmud yang menjadi KM sejak era Tun Hussien Onn itu kerap membubarkan Dun setahun lebih awal.
Tempoh Dun Sarawak akan berakhir Jun tahun depan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng pada 8 Mac lalu memberitahu, PR di Sarawak akan dibentuk secara rasmi Jun ini.
Friday, October 16, 2009
DUN PERAK DIBUBARKAN SELEPAS HARI RAYA HAJI ?
KRISIS PERAK YANG BERLARUTAN SEJAK RAMPASAN KUASA OLEH REJIM BEE END SEJAK AWAL TAHUN INI BERKEMUNGKINAN MENJADI PILIHAN TERAKHIR UNTUK MENGADAKAN PILIHANRAYA DI NEGERI ITU.
MENGAMBIL KIRA KEMENGAN UNDI POS OLEH BN DI BAGAN PINANG BARU-BARU INI, MEREKA KIAN YAKIN DAN BONGKAK UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGERI ITU.
PEMBUBARAN ITU MUNGKIN DIADAKAN SERENTAK DENGAN DUN SARAWAK, IAITU TAKTIK SAMA YANG DIGUNAKAN DALAM PILIHANRAYA HATRIK (prk DUA BUKIT 1 BATANG), YANG MENYAKSIKAN JENTERA PAKATAN BERPECAH YANG AKHIRNYA MENYAKSIKAN DUN BATANG AIR BERJAYA DIPERTAHANKAN OLEH REJIM BN DAN MENYAKSIKAN PARLIMEN BUKIT GANTANG DIMENANGI PAKATAN.
PARLIMEN BUKIT BUKIT GANTANG MENYAKSIKAN JENTERA PAKATAN BERGABUNG KUKUH TERMASUK MENYAKSIKAN SOKONGAN LUAR BIASA OLEH PELBAGAI KAUM.
PILIHANRAYA SARAWAK BAKAL DIADAKAN SELEPAS HARI RAYA HAJI KERANA BN DI NEGERI ITU KIAN BERSEDIA TERMASUK PERUNTUKAN BERBILION RINGGIT KE NEGERI ITU SEJAK AWAL TAHUN 2008.
SILA BACA BERITA BERNAMA BERIKUT. APA TUJUAN TIMBALAN PENGARAH PILIHANRAYA PERAK INI ???
Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, Pejabat Pos, Pejabat Penghulu dan pejabat-pejabat daerah.
Tempoh pameran selama seminggu bermula Selasa depan (20 - 26 Oktober 2009), katanya.
Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri Perak di nombor telefon 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.
—BERNAMA
Tuesday, July 28, 2009
Bangunan baru DUN dirasmi
dan MUHAMAD ZAID ADNAN
utusansarawak@utusan.com.my
KUCHING 27 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya pada satu majlis penuh bersejarah.
Majlis perasmian bangunan baru dewan perundangan yang dibina dengan kos RM300 juta itu turut dihadiri Raja-raja Melayu atau wakil baginda serta Yang Dipertua Negeri-Negeri.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Tuanku Mizan yang diiringi Raja Permaisuri Agong melakukan pemeriksaan barisan kehormat Batalion Ke-11 di halaman bangunan baru yang berhadapan dengan Sungai Sarawak itu.
Kesemua orang kenamaan yang hadir turut menandatangani sebuah plak sebagai memperingati peristiwa tersebut.
Selesai majlis perasmian, pasangan diraja itu bersama Raja-Raja Melayu atau wakil, Yang Dipertua Negeri-Negeri serta pasangan masing-masing dibawa melawat bangunan berkenaan sebelum bersantap.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut mengiringi Yang di-Pertuan Agong serta Duli-Duli Tuanku sepanjang majlis perasmian bangunan baru DUN Sarawak itu.
Dibina atas tapak seluas 68.8 hektar, bangunan baru DUN Sarawak yang siap dibina Mei lepas terletak berhampiran Astana, tempat kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Tersergam indah di atas bukit yang menggabungkan reka bentuk moden dan kebudayaan tempatan, ia akan menjadi tempat untuk 108 ADUN Sarawak bersidang.
Bangunan sembilan tingkat itu dibina dengan menggabungkan pelbagai elemen kaum serta etnik di negeri ini termasuk bentuk terendak atau topi yang dipakai etnik Melanau.
DUN Sarawak telah menempuh tiga zaman yang penting iaitu zaman keluarga Brooke, diikuti dengan zaman kolonial atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.
Tuanku Mizan yang dijadual menghadiri Pra Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 di tempat yang sama esok akan menyaksikan regata khas pada petang ini serta perarakan kapal berhias di Tebingan Kuching.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan berlangsung pada Rabu dan Khamis ini.
Perubahan DUN Sarawak sejajar ikon politik abad ke-21
KUCHING 27 Julai - Perubahan dan kesinambungan Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam tempoh 100 tahun kewujudannya menjadi bukti penerimaan model berparlimen di negeri ini.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sebagai dewan perundangan tertua di negara ini, DUN Sarawak perlu menjalani perubahan sejajar dengan ikon politik pada abad ke-21 dan selepas itu.
"Seperti juga di negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah, Sarawak mempunyai keperibadian politik, budaya politik dan tradisi politiknya sendiri dan evolusi berparlimennya telah jelas membuktikan interaksi budaya dan keharmonian erat di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negeri ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Sambil menyifatkan bangunan berharga RM300 juta itu sebagai satu mercu tanda terkini di Kuching yang tersergam indah di atas bukit dan menghadap Sungai Sarawak, katanya, Majlis Negeri pernah menyaksikan pemerintahan raja kulit putih, penaklukan Jepun, kerajaan koloni dan kemerdekaan Sarawak menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia.
"Kesinambungan terpelihara walaupun berlakunya perubahan terhadap Majlis Negeri seperti tempat, bangunan mesyuarat dan komposisi anggotanya," katanya.
Mesyuarat kali pertama DUN Sarawak yang ketika itu dikenali sebagai Majlis Umum diadakan di Bintulu pada 8 Sept 1867.
Menurut Abdul Taib, demokrasi di Sarawak sinonim dengan bangunan tersebut yang menjadi tempat perbahasan serta meluluskan dasar dan belanjawan negeri.
Katanya, sesuai dengan peredaran zaman, perubahan akan berlaku terhadap bangunan mesyuarat dan komposisi Ahli Majlis Negeri.
''Perubahan yang dialami dan kesinambungan dalam tempoh lebih 100 tahun itu menjadi bukti penerimaan model berparlimen di Sarawak," ujarnya.
Sementara itu, Abdul Taib memberitahu, bangunan baru tersebut melambangkan kedaulatan kuasa rakyat dan wakil-wakil rakyat yang terpilih akan bersidang di tingkat lapan bangunan berkenaan.
Menurutnya, dewan perundangan itu dapat memuat 108 wakil rakyat walaupun jumlah keahlian hanya 71 orang ketika ini.
utusan
Wednesday, July 1, 2009
New Sarawak DUN Complex: Something To Be Proud Of, Or To Be Ashamed Of?
From tomorrow auxiliary cops will be guarding the new DUN complex 24/7, 365 a year. Meanwhile at Kuching Waterfront on the opposite bank, the police are powerless to stop the mugging of tourists and the frequency of snatch thefts on unwary pedestrians.
Not to mention the wastage of public funds to finance a ridiculously expensive and grandiose building where the state assembly meets twice a year for a fortnight in May and November. When the ‘old’ DUN complex would still have continued to serve its purpose well.
After almost 50 years of independence, rural Sarawakians still live in a world of their own caught in a time warp: no clean water, no electricity, no well equipped schools, no dental care and inadequate healthcare, if available.
Erstwhile, it is so pretentious that our politicians will be discussing poverty in a showy 6-star multimillion ringgit structure wantonly conjured by a few people in power.
Until our politicians have the decency to contemplate meaningfully use of taxpayers’ money for the good of the Sarawak people, no amount of trumpeting about the grandeur of the new DUN complex can redeem them in the eyes of any Sarawakian worth his salt.
Let this grotesque showpiece stand as monument and testament to the excesses of Sarawak politicians for a long, long time to come.
Old Sarawak DUN Complex: What is wrong with it? Why waste public funds?
BY: linasoo.Friday, June 19, 2009
DUN SARAWAK BUBAR TAHUN DEPAN ???
KUCHING: Datuk Seri Najib Razak berkata, pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka diadakan akhir tahun depan atau awal 2011, penting sebagai pengukur prestasi Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2012.
Dalam perjumpaan tertutup dengan pemimpin dan wakil rakyat BN Sarawak di sini semalam, Perdana Menteri memberitahu, persiapan jentera BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, bermula dengan Sarawak.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri yang juga Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datin Fatimah Abdullah, berkata Najib mahu semua pemimpin dan wakil rakyat BN menyuntik kesegaran pendekatan supaya lebih rapat dengan rakyat mulai sekarang.
Katanya, pemimpin dan wakil rakyat BN juga diminta mencontohi pendekatan Perdana Menteri ke arah merapati masyarakat akar umbi, sekali gus memastikan BN dapat diterima sebagai parti yang berjiwa rakyat.
“Beliau berkata, jika BN Sarawak menang besar dalam pilihan raya negeri, Insya-Allah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pun BN akan menang besar,” katanya selepas perjumpaan dan dialog tertutup pemimpin dan wakil rakyat BN Sarawak dengan Perdana Menteri di sini, semalam.
Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sekarang akan berakhir pada 24 Julai 2011 dengan pilihan raya dijangka diadakan lewat 2010 atau awal 2011.
Fatimah berkata, Perdana Menteri juga mengingatkan semua wakil rakyat BN supaya mengambil langkah serius bagi memantapkan kekuatan BN dan mahu mereka saling bekerjasama serta tidak membiarkan bahtera yang mereka naiki sekarang karam.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Tan Sri Dr George Chan, berkata Perdana Menteri juga mengingatkan semua wakil rakyat BN di Sarawak supaya memenuhi segala janji kepada rakyat sejajar dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
“Pesanan utama beliau ialah supaya kita turun padang menemui rakyat kerana kerajaan BN adalah sebuah kerajaan untuk rakyat,” katanya selepas pertemuan itu yang turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB), Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk William Mawan dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Masing.
BHARIAN
Thursday, June 11, 2009
Dewan Perundangan Tertua di Malaysia
| |
| KOMPLEKS Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru ini bakal digunakan pada penghujung tahun ini. |
Persidangan DUN Sarawak yang bermula pada 11 hingga 20 Mei yang lalu merupakan pertemuan kali terakhir bagi 71 Ahli DUN (ADUN) bersidang membincangkan hal-hal pembangunan negeri.
Di sebalik kenangan-kenangan manis, para ADUN juga sudah pasti tersenyum bangga apabila Kompleks DUN Sarawak yang baru dan terletak tidak jauh dari bangunan yang lama, bakal digunakan pada persidangan hujung tahun ini.
Kini kerja-kerja pembinaan bangunan berharga RM300 juta itu yang tersergam indah di tebing Sungai Sarawak difahamkan telah siap pada hujung Mei lepas.
Baru-baru ini, Setiausaha DUN Sarawak Abang Othman Abang Fata berkata, persidangan DUN yang lepas merupakan kali terakhir diadakan di bangunan sekarang.
''Ya kali ini (persidangan DUN Sarawak pada Mei lepas) merupakan yang terakhir diadakan di kompleks digunakan sekarang," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan baru itu dilakukan dengan penuh teliti bagi menjamin kualitinya.
''Ini adalah bangunan tempat menggubal undang-undang dan membincangkan pembangunan untuk rakyat. Ia tidak hanya digunakan untuk beberapa bulan tetapi bertahun-tahun. Justeru, kualitinya mesti diberi keutamaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dibina atas tapak keluasan 172 ekar, Kompleks DUN Sarawak baru itu terletak berhampiran dengan Astana, tempat kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Tersergam indah di atas bukit yang menggabungkan reka bentuk moden dan kebudayaan tempatan, ia mampu menampung kehadiran seramai 108 ADUN.
Tambah istimewa, semua ADUN disediakan bilik pejabat masing-masing.
Pasti ia memberikan keselesaan berbanding dengan kapasiti 48 ADUN di bangunan DUN lama yang mula digunakan pada 1976.
Kompleks baru itu juga dibina dengan satu Dewan Santapan yang boleh menampung kehadiran 1,000 orang pada satu-satu masa.
Terletak berhadapan dan di seberang Tebingan Sungai Sarawak, bangunan yang simbolik terhadap sistem demokrasi berparlimen itu dibina dengan 315 ruang letak kereta.
Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah Dewan perundangan yang tertua di Malaysia, demikian menurut kenyataan dalam laman web rasmi DUN Sarawak.
Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu pada 8 September 1867.
DUN Sarawak pada mulanya dikenali sebagai Majlis Umum dengan jumlah ahli dipilih seramai 21 orang.
"Ahli-Ahli dipilih daripada kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan James Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran," laman web itu dipetik.
DUN Sarawak telah menempuh tiga zaman yang penting.
Zaman rajah putih keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.
Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.
Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbirkan oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.
"Zaman gemilangnya mula berputik pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan melalui Malaysia," kenyataan dalam laman web itu dipetik.
Utusan

