JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label GENGSTAR SAMSENG. Show all posts
Showing posts with label GENGSTAR SAMSENG. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

MENTERI AKUI KONGSI GELAP WUJUD DI SARAWAK


Kerajaan percaya pertubuhan kongsi gelap mendalangi kemasukan kenderaan pacuan empat roda jenis Kijang dari Indonesia untuk menyeludup barangan dan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata, kenderaan itu dibawa masuk dari Tebedu ke Kuching dan berhenti di pintu masuk Brunei di Kuala Baram Miri.

"Kami percaya mereka dilindungi oleh pertubuhan gelap yang menyukarkan tugas penguatkuasaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan majlis dialog di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri petang semalam.

Sehubungan itu, Hoi Chew mencadangkan kepada JPJ melakukan operasi mengejut untuk menahan pemilik kereta sapu yang dikhuatiri terlibat dalam aktiviti penyeludupan haram di negeri ini.

Setakat ini katanya, JPJ telah mengenal pasti kawasan-kawasan operasi kereta sapu serta nombor kenderaan yang terlibat dalam kegiatan haram ini.

"JPJ mempunyai pelan induk untuk mengatasi masalah kereta sapu di negeri ini di mana laporan pertamanya akan dibentangkan pada pertengahan Ogos ini," katanya.

Beliau juga berharap JPJ, polis, pihak berkuasa tempatan dan wakil rakyat meningkatkan kerjasama untuk menangani masalah ini secepat mungkin.

MIRI 4 Ogos -utusan

Tuesday, June 30, 2009

Gengsterisme Kembali Aktif Di Sarawak ???


Polis Sarawak mahukan bukti sah terhadap kenyataan bahawa kegiatan gengsterisme kembali aktif di negeri ini.

Sehubungan itu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Salleh meminta Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing agar memberi penjelasan secara tepat berhubung kenyataanya itu

Mohamad yang terkilan dengan kenyataan itu meminta orang ramai supaya memberi maklumat dan maklum balas kepada polis.

"Orang awam termasuk ahli politik sila tampil (beri laporan yang tepat). Ada banyak saluran, jumpa saya atau pun Ketua Polis Daerah, kalau polis tidak berfungsi sila bagi tahu kita, saya rasa terkilan dengan laporan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sejak Ops Cantas Kenyalang dilancarkan pada April 2007, usaha membanteras gengsterisme di Sarawak masih diteruskan termasuk menerusi tindakan menahan beberapa individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan dan aktiviti pembalakan haram.

Mengenai kenyataan bahawa polis enggan menerima aduan berhubung kegiatan gengsterisme, Mohamad berkata: "Kita mempunyai kira-kira 7,000 anggota di Sarawak dan saya akui ada anggota saya yang tidak berdisiplin.

"Namun jumlahnya terlalu kecil iaitu kurang satu peratus dan tidak adil jika ia menjadi ukuran kepada prestasi keseluruhan pasukan kita".

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Huzir Mohamed berkata sejak 2007 seramai 79 suspek yang dipercayai terbabit dalam gengsterisme telah ditangkap di bawah Ops Cantas Kenyalang

Katanya daripada jumlah tersebut, 22 orang suspek telah pun dibawa balik ke Sarawak dan dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad 1933, manakala 57 lagi masih ditahan di Simpang Renggam, Johor di bawah Ordinan Darurat 1969.

"Baru-baru ini kita menangkap seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes gengsterisme di Sarawak, manakala polis turut mencari enam lagi yang turut sama terbabit," katanya.

Huzir berkata sejak 2007, sebanyak 89 kes gengsterisme dilaporkan kepada polis yang kebanyakannya melibatkan jenayah kekerasan dan pembalakan haram.

-- BERNAMA