JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Wednesday, February 22, 2012
Pembatalan Snap: ROS dapat kebenaran merayu
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ROS.
ROS merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2010 yang membenarkan permohonan bekas Timbalan Presiden Snap, Datuk Justine Jinggut untuk mengetepikan keputusan pembatalan parti tersebut, 10 tahun lalu.
ROS dibenar mengemukakan empat persoalan undang-undang berhubung tafsiran Seksyen 16(1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang isunya melibatkan kepentingan awam serta belum pernah diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara sebelum ini.
Persoalan itu sama ada badan tersebut mempunyai kuasa di bawah Seksyen 16(1) untuk memutuskan kesahihan mesyuarat pihak-pihak dalam pertikaian sebelum memutuskan terdapat pertikaian mengenai identiti pemegang-pemegang jawatan.
Persoalan itu turut melibatkan sama ada mahkamah, setelah menimbang fakta kes secara objektif, boleh memutuskan bahawa tidak terdapat pertikaian mengenai identiti pemegang-pemegang jawatan bagi membolehkan ROS mengeluarkan notis di bawah Seksyen 16(1).
Isu undang-undang itu turut melibatkan sama ada di bawah Seksyen 16 dibaca bersama Seksyen 13(2), ROS hendaklah bertindak secara mekanikal atau mempunyai budi bicara untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan sekiranya syarat-syarat di bawah Seksyen 16(1) tidak dipatuhi.
Selain itu, persoalan yang juga akan dihujahkan ialah sama ada di bawah Seksyen 16 dibaca bersama Seksyen 13, ROS dikehendaki memberikan alasan-alasan bagi keputusan beliau untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan sekiranya syarat-syarat di bawah Seksyen 16(1) tidak dipatuhi.
Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili ROS manakala peguam Khoo Guan Huat mewakili Justine.
Pada 15 September 2006, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menolak dengan kos permohonan Justine untuk mengetepikan keputusan ROS itu selepas berpuas hati bahawa permohonan semakan kehakimannya tidak mempunyai merit.
Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa memang wujud pertikaian dalam Snap dan ROS ketika mengeluarkan notis membatalkan parti itu di bawah Seksyen 16 dan 13.
Justine mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah certiorari bagi mengetepikan keputusan ROS bertarikh 5 November 2002 dan mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan ROS itu adalah batal dan tidak mempunyai kesan.
Permohonan asal dikemukakan pada 25 November 2002 selepas Pendaftar ROS, Datuk Ismail Dolah Harun pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran parti yang ketika itu sudah berusia 41 tahun, ekoran kegagalan menyelesaikan krisis kepimpinannya.
Thursday, September 15, 2011
SNAP’s presidential race mired in money politics?
Posted on September 15, 2011, ThursdayKUCHING: Money politics has crept into the tussle for the president’s post of Sarawak National Party (SNAP) during its coming triennial general assembly (TGA) this Sept 24 and 25.
A concerned senior party member said a certain candidate for the president’s post is offering as much as RM3,400 for each delegate to cover air tickets, hotel room, pocket money and dinner.
“It saddens me when I heard and learned that money politics is now practised in the party by a certain individual who aspires to become the party president.”
“So it is my fervent hope that such thing (money politics) will stop for the sake of the party because the TGA is not about money, but the leadership quality, commitment and responsibility to serve and deliver.”
“The party is not and must not be sold,” he told yesterday.
He advised party members not to be influenced by money politics, but to choose candidates who have the calibre and leadership quality to lead the party.
SNAP secretary-general Edmund Stanley Jugol when contacted said he has been told by a few delegates that they were promised money by “someone”.
He denied being involved with money politics in the party, adding: “I do not have money.”
Jugol warned of severe consequences for those who resort to bribing delegates to vote for them at the TGA.
“We are watching the situation closely and those involved will be suspended or sacked. There is also a possibility that we will refer them to Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC),” Jugol warned.
Jugol said money politics have happened in Umno where the guilty members were sacked, and SNAP will sack members found guilty of doing that.
Meanwhile, SNAP president Edwin Dundang is sticking to his decision not to seek re-election in the coming TGA.
In a telephone interview, Dundang said the decision was to pave way for younger party members to lead the party.
“Many senior party members have accepted (my decision not to contest) and that I give way to younger ones,” said Dundang who has indicated several times that he will not seek re-election to helm the party.
According to Dundang, so far two candidates – secretary-general Edmund Stanley Jugol and Michael Lias – are contesting for the president’s post. Nomination for the president post closed on Sept 17.
SNAP, the oldest state political party was formed on April 10, 1961 and deregistered by the Registrar of Societies (RoS) in 2002.
However, it won the appeal last year when the Court of Appeal set aside the RoS decision.
In the last April 16 state election, the Election Commission (EC) reported that from the total 672,667 (68.66 per cent) registered voters who turned up, SNAP only received 15, 663 votes (2.33 per cent).
In the election, the party contested in 26 seats and lost all.
Saturday, March 26, 2011
SNAP dapat dana dari BN ?
Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) semalam membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana meragui calon yang dipertaruhkan parti itu untuk pilihan raya negeri itu, 16 April depan.Presidennya, Haris Ibrahim, mendakwa 16 calon yang dipertaruhkan SNAP untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti dikatakan berdepan masalah integriti.
MCLM katanya, menjalinkan kerjasama dengan parti itu sebelum ini bertujuan untuk menangani masalah masyarakat Bumi Kenyalang selain menamatkan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Harus ditekankan bahawa tindakan SNAP adalah membelakangi perjanjian sebelum ini untuk memastikan hanya calon berpotensi saja dipertandingkan dan kini calon dikemukakan mengundang persoalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sebelum ini SNAP yang juga parti pembangkang di Sarawak turut berdepan dengan masalah pengagihan kerusi dengan rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga mengambil keputusan untuk menutup pintu kerjasama dengan parti berkenaan.
Haris berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa calon SNAP dan beberapa pemimpin parti itu dikatakan tiba-tiba mendapat dana yang besar.
“Kami dimaklumkan bahawa dana itu diperoleh dari Kuala Lumpur atas arahan BN, tiada bukti sahih tetapi dalam situasi seperti ini, anda jarang mendapat bukti hitam putih,” katanya,
Maklumat berkenaan membuatkan pihaknya berasa curiga dengan 16 calon SNAP dan menyifatkan ia satu pengkhianatan besar dilakukan parti berkenaan sekiranya perkara itu benar.
MCLM enggan teruskan kerjasama dengan SNAP 2011/03/26 = BH
Saturday, January 16, 2010
SNAP sah sertai Pakatan Rakyat - Dominique Ng

KUALA LUMPUR : Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang ditubuhkan sebelum Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia, disahkan menyertai Pakatan Rakyat (PR) sejak 2006 lagi yang mana pada ketika itu, gabungan pembangkang di Sarawak menamakan diri mereka sebagai Barisan Bersatu Sarawak (BBS).
Perkara itu didedahkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dominique Ng Kim Ho ketika mengulas isu penyertaan SNAP ke dalam gabungan PR baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun PR ditubuhkan selepas Mac 2008, namun, dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, SNAP telah pun bersama PKR, Kongres Dayak Malaysia (MDC) dan PAS bagi menjalinkan satu gabungan politik untuk menentang BN yang akhirnya menyaksikan pembangkang berjaya meraih sembilan buah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Walaupun pada masa itu DAP tidak menyertai BBS secara rasmi, tetapi kerjasama yang ditunjukkan oleh gabungan parti politik pembangkang di sini memberi suatu bentuk politik baru di Sarawak,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.
Beliau yang juga Adun Padungan memberitahu, pada ketika itu MDC turut bertanding menggunakan lambang PKR apabila pendaftaran parti mereka gagal diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Antara pimpinan utama MDC ialah Baru Bian yang kini memikul tugas sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak.
Dominique yang juga mantan Pengerusi PKR Sarawak turut menjelaskan dakwaan segelintir pihak berhubung wujudnya pemimpin tertentu di dalam SNAP yang menyokong BN.
"Pemimpin SNAP yang menyokong BN itu telah dikenakan tindakan disiplin oleh jawatankuasa SNAP dan orang itulah yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Batang Air tahun lalu sehingga menyaksikan BN mengekalkan DUN tersebut,” katanya.
Mengulas isu sama, Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Allyanni berkata, Presiden SNAP, Edwin Dundang Bugak pada Majlis Makan Malam PR di Miri pada 9 Januari lalu, ada membuat pengumuman berkaitan perlunya kerjasama antara parti-parti pembangkang di Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
Menurut Addy, fokus ucapan Edwin pada malam itu berkaitan ekonomi dan politik Sarawak yang sekian lama ketinggalan akibat kelemahan pentadbiran kerajaan BN.
Majlis pada malam itu adalah sesuatu yang bersejarah bagi parti politik pembangkang di negeri itu kerana buat pertama kalinya gabungan PKR, SNAP, PAS dan DAP duduk bersama dalam satu majlis rasmi atas nama Pakatan Rakyat yang turut dihadiri pimpinan PR kawasan, negeri dan pusat.
Antara pimpinan PKR yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Strategik, Tian Chua, Pengerusi, Baru Bian, Timbalan Pengerusi, Wan Zainal Wan Senusi, Naib Pengerusi, Jimmy Donald, Ketua AMK Sarawak yang baru dilantik, Ahmad Nazib Johari dan mantan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Hafsah Harun.
Turut serta ialah beberapa pimpinan DAP, PAS dan SNAP iaitu Speaker PR di Perak V. Sivakumar, Adun DAP kawasan Batu Lintang, Voon Lee San, Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Allyanni, Presiden SNAP, Edwin Dundang Bugak dan Timbalan Presiden SNAP Kebing Wan serta beberapa pimpinan PR di Miri.
Sementara itu, Voon Lee San mencadangkan agar SNAP terus menyemarakkan sejarah perjuangan Stephen Kalong Ningkan dalam parti yang ditubuhkan sejak 1961 itu.
Menurutnya, perkara itu penting bagi meningkatkan momentum SNAP yang sejak dahulu lagi menunjukkan kesungguhan membantu masyarakat pelbagai kaum di Sarawak khasnya kaum Iban yang gagal mendapat pembelaan kerajaan negeri.
PR yang dianggotai PKR, PAS dan DAP sehingga kini masih lagi menunggu kelulusan rasmi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pendaftaran gabungan itu yang tertangguh hampir tiga bulan.
http://www.erapakatan.com/berita/snap_sah_sertai_pakatan_rakyat
Thursday, July 9, 2009
KRISIS SNAP

Ting Ling Kiew, a former Bintulu MP and Sarawak National Party (SNAP) deputy president predicted that the state assembly would be dissolved in three months to pave way for early state election.
The last state election was in 2006, and the next polls are only due in 2011. Ting, said Barisan Nasional might opt for early polls to capitalized on opposition parties weakening position now.
Another indication is the frequent visits made by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to Sarawak to boost the coalition’s image, he said Friday.
Najib, who was here on a two-day working visit two weeks ago, is scheduled to be in Sibu to close the National Chinese Cultural Festival on Sunday.
Ting said SNAP would not cooperate with Pakatan Rakyat in the next state polls. ’’We are going on our own as SNAP still commands strong support as shown in the recent Batang Ai by-election,’’ he said.
Ting and his supporters had defied SNAP’s leadership and campaigned for Barisan which won in the Batang Ai by-election.
Info bintulu

