JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label Laporan Ketua Audit Negara. Show all posts
Showing posts with label Laporan Ketua Audit Negara. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Laporan Audit patut sudah ada sejak Jun - Azan

Masdar Wahid

Campur tangan politik Datuk Seri Najib Razak punca Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) lambat dikeluarkan, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Ini kerana katanya, laporan itu sepatutnya sudah siap Jun tahun ini kerana ia merupakan LKAN 2010.

"Lambatnya LKAN dikeluarkan adalah taktik Najib untuk melalaikan rakyat dari membanding laporan itu dengan belanjawan 2012 yang dibentangnya.

"Mengikut kelaziman, LKAN 2010 patutnya sudah siap enam bulan selepas berakhirnya tahun 2010," katanya dihubungi Suara Keadilan.

Beliau menyifatkan kelewatan itu membuktikan betapa lemahnya Najib sebagai seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Najib membentang belanjawan pada 7 Oktober lalu manakala LKAN hanya dikeluarkan pada 24 Oktober di Parlimen dengan tertera perkataan 'Embargo, tidak boleh dikeluarkan sebelum 10.00 pagi 24 Oktober 2011'.

Perbahasan Parlimen mula berehat selepas itu dan hanya akan bersambung semula awal November ini.

Wednesday, October 26, 2011

Kepincangan projek untuk miskin mengaibkan - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "kepincangan" yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengaibkan kerana melibatkan aktiviti dan projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin.

Antara projek itu, katanya, Program Pembasmian Kemiskinan di bawah bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan penyenggaraan jalan persekutuan (RM462.46 juta) yang diswastakan di Sarawak.

"Sungguhpun Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi," katanya.

Katanya, program pembasmian kemiskinan mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya maakala projek jalan persekutuan itu pengauditan antara Ogos dan Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaannya kurang memuaskan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka perdana menteri," katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.MK

Tuesday, October 25, 2011

Audit : Projek makmal komputer bernilai RM160.74 gagal !

Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

“Peralatan ICT didimpan di dalam kotak asalnya dan tidak diagih. Keadaan ini berlaku kerana 99.3 peratus makmal yang dibina gagal disiap dan diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Adalah juga didapati sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai,” petik laporan itu.

Projek makmal komputer yang ditugaskan kepada syarikat TimeCom Holdings Sdn Bhd itu sepatutnya bermula pada 31 Oktober, 2006 tetapi tellah mengalami kelewatan yang berpanjangan dan hanya siap pada 30 April, 2008.-MK-