JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label MALAYSIAKINI DITAJA GEORGE SOROS ???. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIAKINI DITAJA GEORGE SOROS ???. Show all posts

Monday, November 16, 2009

KETUA BAHAGIAN PKR SAMAN MALAYSIAKINI


KENYATAAN Sohon Singh yang mendakwa seorang Ketua Bahagian PKR Sabah lari ke China kerana hutang adalah satu fitnah dan tidak berasas sama sekali. Walaupun namanya tidak disebut, umum mengetahui ianya merujuk kepada, Peguam Ansari Abdullah kerana cuma hanya seorang Ketua Bahagian yang juga saorang peguam yang telah menunaikan fardu haji.

Sebelum ini pelbagai tomahan dan fitnah telah di lemparkan oleh Joe Fernandez dalam tulisannya di Malaysiakini tetapi Ansari hanya berdiam diri. Bagaimanapun, apabila keimanannya telah cuba dicemari dengan fitnah, kononnya Ansari telah membohongi seorang pada hari beliau berlepas ke Mekah, ianya telah melampaui batas etika kewartawanan dan peradaban manusia.

“Sohon Singh bukanlah anakguam saya dan saya tidak pernah menerima atau pun berhutang kepadanya satu sen pun. Ini adalah kali ketiga dia digunakan untuk menyerang peribadi saya. Pertama pada tahun 2007 apabila dia dijemput untuk berucap menyerang peribadi saya di hadapan ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli KDM Task Force di Sokid Villa,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari, kali kedua, apabila orang tertentu yang telah dicam oleh penyokong-penyokong beliau, telah mengedarkan surat layang serta salinan laporan polis semasa pilihanraya pada bulan Mac, 2008.

Kini, Sohon Singh, tegas Ansari, telah digunakan untuk mengaibkan beliaua sebagai seorang Islam dan peguam. Ianya bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga untuk menjejaskan reputasi beliau di dalam profession yang telah diceburinya selama 30 tahun dan menjatuhkan pandangan orang Islam terhadapnya yang dijenamakan sebagai terlalu kotor dan jijik.

“Saya tahu pengecut-pengecut yang menjadi dalang di sebalik serangan-serangan ini. Mereka mengangap saya adalah batu penghalang dalam usaha mereka untuk menguasai PKR Sabah secara langsung atau melalui proksi mereka,” ujar Ansari lagi yang akan menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran undang-undang.

Tegas Ansari, beliau amat kesal keran satu laman web yang dihormati boleh di jadikan kuda tunggangan untuk mendewa-dewakan pemimpin tertentu dan memburukkan yang lain.

Joe Fernandez, kata Ansari, seorang wartawan veteran sepatutnya mengasingkan perasaannya sebagai Ahli Forum Borneo Heritage agar penulisannya tidak berat sebelah.

“Ada juga kawan-kawan yang memaklumkan kepada saya tentang anak-anaknya yang berkerja dengan syarikat-syarikat milik saorang peminpin Barisan Nasional,” Ujar Ansari lagi.

Ansari turut menafikan segala tuduhan dan 'Insinuations' yang terkandung dalam rencana bertajuk 'Sabah PKR Divisional Chief ran to China from Debt' yang di siarkan pada 13 November, 2009.

"Saya telah memberikan kenyataan saya kepada Polis dan akan berkerjasama dengan mana-mana ajensi termasuk MACC agar kebenaran dapat di tegakan. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Sohon Singh, Joe Fernandez dan Malaysiakini," tegas Ansari.

Oleh: HAFIZ JAMAIL

Tuesday, June 30, 2009

Malaysiakini accused of ethics breach


A bilingual portal, www.malaysiafreenews .com, Monday took news portal Malaysiakini.com to task for what it alleges as breach of journalistic ethics over its recent article attacking a Malaysian tycoon.

In a posting today, Hu Yan Jiu Qu said, “Just by a mere email, Malaysiakini started their onslaught on Tan Sri Tiong Hiew King, a move that is deemed unprofessional and seriously in breach of impartiality in news reporting.”

It said the Malaysiakini report is based on an email by a “dubious foundation,” (in apparent reference to the Swiss-based Bruno Manser Fund -BMF)

The article pointed out that, “This foundation itself is a highly controversial non-governmental body and allegations made in their statement were merely supported by speculations.”

Basing on the email from BMF, Malaysiakini posted a hard hitting story three days ago titled: “Campaign to strip timber tycoon’s knighhood.”
In the report, Malaysiakini said,”Two weeks after Malaysian timber tycoon cum media mogul Tiong Hiew King was awarded a knighthood by Queen Elizabeth II, environmental groups have launched a campaign to strip him of the honour over his ‘illegal logging record’”.

It also said BMF, in a statement emailed to Malaysiakini, lamented that the Queen was “ill-advised by her Papua New Guinea ministers” in conferring the award on the billionaire.

It alleged that, “Tiong is commonly known to be one of the chief people responsible for widespread illegal logging in both Papua New Guinea and other countries.”

Today’s Malaysiafreenews posting claimed that BMF have accused the wrong party of illegal logging in Papua New Guinea and has blamed it on Tiong’s Rimbunan Hijau.

Malaysiakini alleged that Tiong, “has been accused by environment groups for the destruction of PNG rainforests, corruption and violation of human rights.”

Malaysiafreenews defended Tiong by saying the Rimbunan Hijau Group, adhering to their principle of giving back to the society, “took the lead in bringing economic development to PNG with the ultimate intention of benefiting the people of that country.”

It is also due to recognition of their contribution, the article said that the PNG government has recommended Tan Sri Tiong for a knighthood, “but again parties with agenda known only to them have seized this as an opportunity to slam unfair comments with the intention of maligning and destroying Tiong.”

“I would like to ask Malaysiakini a good question, if anyone from Malaysiakini has received an award, and their award was stripped off due to certain news report casting doubts onto the loyalty of your news portal to the nation, how would you feel or react?”

The writer said when there is a serious allegation made against any individual, he/she must have the right to reply and be given the opportunity to rebut any untruthful report, and his side of story should be accorded with equal space.
It said Malaysiakini’s report on the campaign to strip Tiong’s knighthood has denied the right of the person in question to offer his side of story and hence setting very bad example to the profession.

“Malaysiakini has breached the very basic principle of journalism and abused their rights as the fourth estate, and this would eventually would cost them dearly,” it added. (MySinchew)

MySinchew 2009.06.29

Thursday, June 25, 2009

MALAYSIAKINI DITAJA GEORGE SOROS ???


Saya membaca tulisan addin77 di laman TKOdaily.net berkaitan dengan “Boikot Malaysiakini !! ” dan saya juga membaca tulisan beliau "Berhati -Hati Dengan Malaysiakini" sebelum itu. Saya ingin kongsi pengalaman untuk semua pembaca.

Beberapa tahun lalu, pernah menjadi isu apabila Tun Mahathir mengatakan Malaysiakini didalangi oleh Goerge Soros. Saya pada ketika itu pernah berjumpa dan bertanyakan sendiri dengan Steven Gan di pejabat Malaysiakini berkaitan dengan kenyataan ini.

Steven Gan mengaku, sebelum memulakan Malaysiakini beliau mendapat sumber kewangan, sekitar RM40 ribu daripada Media Independent yang berpengkalan di Thailand. Media Independent ini dibantu oleh George Soros yang digelar oleh Tun Mahahir sebagai penyangat Mata Wang Antarabangsa

Steven juga menyebut bahawa pendapatan iklan (pada masa itu) adalah sekitar RM200 ribu setahun dan ini tidak mampu untuk menanggung kos pembiayaan Malaysiakini yang ketika itu mempunyai 18 orang kakitangan

Saya tidak berhasrat untuk menceritakan struktur organisasi Malaysiakini, tapi sekadar memberitahu saya rapat dengan beberapa orang wartawan Melayu Malaysiakini pada ketika itu.

Diceritakan kepada saya, Malaysiakini telah membuat “celebrite” bagi menyambut kekalahan PAS di Terengganu untuk kakitangan Bukan Melayunya di satu tempat Khas. Saya tak nak panjangkan cerita dan maklumat ini. Cukup sekadar kita semua boleh berfikir, kenapa majlis itu diadadakan?

Tidak dinafikan bahawa wartawan dan penulis Malaysiakini cukup komitmen dengan kerja-kerja ke wartawannya berbanding dengan wartawan dan penulis Harakah. Saya bukan nak merendah-rendahkan wartawan dan penulis Harakah yang banyak berjasa kepada perjuangan Islam tetapi saya mahu wartawan dan penulis Harakah mempunyai “penilaian” ini

Malaysiakini tahu apa isu yang perlu disajikan, berita apa perlu diutamakan, malah Malaysiakini boleh mencipta dan membangkitkan isu. Kemahiran mencetus isu adalah satu perkara yang cukup baik untuk sesuatu akhbar. Harakah perlu berusaha ke arah ini.

Berbalik dengan isu menghalang perjuangan Islam, saya rasa Allah Maha Pencipta mengetahui akan rahsia penciptaanNya telah memberikan peringatan untuk berhati-hati dalam perkara ini seperti saudara addin77 tuliskan. Antaranya

"Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu berkawan dengan penerima kitab yang terdahulu yang mempersenda dan mengejekkan agama kamu, dan jangan juga kamu berkawan dengan orang orang yang ingkar. Kamu mesti memuliakan Allah kalau kamu benar benar orang orang yang percaya." QS.5:57

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." QS.2 : 120

"Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (QS. 66:9)

sumber: http://polispencen.blogspot.com dan http://addin77.blogspot.com/
artikel berkaitan DI SINi