JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label POLIS MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label POLIS MALAYSIA. Show all posts

Friday, September 18, 2009

PAS mahu Suruhanjaya Diraja, tolak pasukan petugas khas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak bersetuju dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bagi menyelesaikan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kerana pihak Kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif bagi menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.

PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan. Diakhir tugas mereka, pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya.

Paling penting, pasukan yang diketuai oleh Tan Sri Sidek ini tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri. Dalam kes ini, salah seorang yang dilibatkan dalam siasatan adalah Menteri iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor dari Umno) yang juga pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

Selain itu, turut terlibat adalah Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB dan bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merangkap Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB. Timbalan CEO KDSB pula adalah Haji Faizal Abdullah yang sekarang ini adalah Bendahari Umno Selangor.

Penglibatan orang-orang politik ini kesemuanya melibatkan ahli komponen BN yang menerajui Kabinet sekarang. Maka tidak mustahil akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh Pasukan Khas ini nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.

Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu Suruhanjaya DiRaja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan Wakil NGO yang berkaitan.

Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini. Rakyat pastinya ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam Projek ini dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami kerugian yang besar.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ibu polis terkejut terima insurans RM100,000

Seorang ibu kepada anggota polis yang meninggal dunia pada Mei lalu terkejut apabila diberitahu anak lelakinya itu meninggalkan wang insurans berjumlah RM100,000 dari dua buah syarikat insurans.

Rapiah Kasman, tidak menyangka anaknya, Allahyarham Konstabel Azhari Ashari yang meninggal dunia akibat kemalangan meninggalkan wang pampasan itu untuk kegunaannya, meskipun dia kini telah tiada.

Menurut Rapiah, 53, arwah anaknya tidak pernah memaklumkan mengenai perkara itu sejak berkhidmat selama tiga tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baginya, walaupun wang yang diterima tidak boleh menggantikan nyawa anaknya, namun dia berjanji akan menyimpan wang tersebut dengan sebaik-baiknya.

"Mak cik akan memanfaatkan wang tersebut untuk kegunaan masa hadapan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.

Allahyarham Azhar, 22, meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah di kepala akibat dilanggar lari dari belakang ketika menyertai satu operasi bersepadu polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang menyampaikan cek tersebut memberitahu, Allahyarham berkhidmat di Unit Tugas Am di Balai Polis Petaling adalah seorang anggota yang prihatin dan matang dalam melakukan tugas.

Thursday, July 23, 2009

POLIS DI SAMAN ???

ebuah syarikat peralatan kanvas pada Rabu memfailkan saman bagi menuntut RM1.5 juta daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga lain kerana mendakwa mereka melanggar terma perjanjian.

System Canvas (M) Sdn Bhd yang mengemukakan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Azmi Talib & Associates menamakan Pengarah Jabatan Logistik PDRM, PDRM, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, syarikat berkenaan yang beralamat di Jalan Batu, Batu Caves, menuntut hutang pada jumlah pesanan yang belum dibayar sebanyak RM543,333, dan ganti rugi khas RM964,000 selain ganti rugi teruk, teladan dan faedah pada kadar 8 lapan peratus setahun, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan, syarikat itu mendakwa telah menandatangani kontrak dengan kerajaan Malaysia berjumlah RM833,332.50 untuk membekalkan peralatan perkhemahan kepada PDRM bagi tempoh 1 Okt 2006 hingga 30 Sept 2008.

Setelah syarikat itu menyiapkan peralatan yang dipesan, ia diberitahu mengenai satu prosedur baru pemeriksaan bagi peralatan keluaran mereka, yang tidak dinyatakan dalam terma perjanjian, dan akibat proses prosedur baru itu mengambil masa agak lama, tempoh kontrak akhirnya tamat dan defendan tidak menerima peralatan yang dibuat, dan ini menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian untuk kos penyediaan peralatan itu.

-- BERNAMA