JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label POLITIK PERKAUMAN. Show all posts
Showing posts with label POLITIK PERKAUMAN. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Elak siar berita perkauman - Musa

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengingatkan pengamal media agar mengelakkan menerbitkan dan menyiarkan laporan yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan hasutan.

Beliau berkata laporan sedemikian akan memberikan kesan negatif ka atas perpaduan dan keharmonian yang sedang dinikmati pelbagai kaum etnik di Sabah.

"Saya gembira bahawa rakyat pelbagai kaum bersatu di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Pengamal media perlu berperanan sebagai wadah atau saluran komunikasi antara kerajaan dan rakyat," katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA)di Kota Kinabalu pada 5 Februari lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai.

Sebelum ini, Umno kerap menipupkan api perkauman di negara ini termasuklah melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro-Umno iaitu Perkasa.

Thursday, April 22, 2010

Sampai kiamat MIC tak kan ada kerusi - Najib Mongolia

Presiden Umno, Najib Mongolia semalam memberi jaminan kepada para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor bahawa Barisan Nasional (BN) akan menunaikan segala janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu diadakan.

Untuk menunjukkan keseriusan kerajaan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN melantik Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar sebagai pengawas yang akan memastikan semua janji itu ditunaikan.

Beliau berkata, langkah tersebut dilakukan kerana salah satu isu di kawasan Parlimen berkenaan ialah pengundi bimbang jika janji yang dibuat tidak ditunaikan walaupun pelbagai pengumuman dibuat.


"Saya hendak beritahu kepada pengundi di Hulu Selangor, jangan gusar BN akan tetap tunaikan semua janji. Selama ini, rekod kita menunjukkan apabila ada pilihan raya kecil, kita berjanji, kita tunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan dengan jentera BN Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Bukit Sentosa, di sini, hari ini.

Dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan Ahad ini, calon BN, P. Kamalanathan akan berhadapan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan turun padang bagi memastikan segala janji yang telah dibuat oleh kerajaan dilaksanakan.

''Jika tidak cukup peruntukan, saya sebagai Menteri Kewangan akan meluluskan peruntukan bagi membolehkan apa yang dijanjikan itu dilaksanakan," katanya.

Najib berkata, langkah melantik Noh dilakukan bagi memberi keyakinan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa kerajaan BN akan menunaikan janji yang dibuat.

''Inilah isu utama di sini iaitu sama ada BN mampu menyelesaikan masalah pengundi atau tidak, maka saya memberi jaminan pada malam ini sebagai ketua kerajaan, kita tetap akan melaksanakan semua janji kepada pengundi.

''Tolong sampaikan perkara ini, pemberita-pemberita tolong laporkan, inilah janji kita," katanya sambil menyifatkan isu-isu lain seperti cabar-mencabar dan tuduhan oleh pembangkang bukanlah isu utama.

Beliau berkata, ketika ini permuafakatan antara parti komponen BN amat baik kerana boleh bertolak ansur walaupun Parlimen Hulu Selangor mempunyai 53 peratus pengundi Melayu.

''Tetapi kita bagi kepada MIC kerana kalau hendak kira majoriti, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang orang India menjadi majoriti, oleh itu sampai bilakah mereka akan mempunyai wakil di Parlimen, sampai kiamat pun mereka tidak ada wakil," katanya.

Najib berkata, berdasarkan kepada perkiraan itu, BN membenarkan calon MIC bertanding kerana kerusi seperti Hulu Selangor amat berharga jika MIC mahu mendapat pengaruh dalam politik negara.

''Semua warganegara Malaysia berketurunan India mesti sokong calon kita (BN) kerana mereka tidak ada banyak kerusi Parlimen," katanya.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri menasihatkan orang Melayu dan kaum Cina supaya tidak bimbang memandangkan Kamalanathan ialah calon untuk semua kaum.

''Orang Melayu sudah ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Hulu Bernam dan Batang Kali), orang Cina ada satu ADUN (Kuala Kubu Baru) di kawasan Parlimen ini, maknanya lengkap Malaysia, Parlimen ada, DUN ada," katanya.

Wednesday, December 23, 2009

TOLAK POLITIK PERKAUMAN

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menggesa rakyat Malaysia supaya menolak sekeras-kerasnya golongan pelampau dan pengamal sikap perkauman sempit yang cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat serta mengambil keuntungan politik daripadanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pesta Krismas di Kampung Bilangau Kecil yang turut disertai oleh sepuluh kampung yang lain dalam Daerah Pitas, di sini pada hari Ahad.

Selaku Anggota Parlimen Kudat, beliau berkata sikap tolak ansur dan saling menghormati yang diamalkan oleh masyarakat berbilang kaum di kawasan berkenaan harus diteruskan supaya tidak mudah digugat oleh pihak ektremis luar.

"Saya amat berbangga dengan sikap masyarakat majoriti di kawasan Kudat yang sentiasa mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati.

"Amalan begini harus berterusan supaya tidak diganggu-gugat oleh pihak ekstremis yang sentiasa mencari ruang serta menjadi musuh kepada perpaduan rakyat," katanya.

Pada majlis berkenaan, Abdul Rahim turut menyampaikan bantuan makanan kepada 150 orang penduduk miskin setempat.