JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label PRU Swak SPR. Show all posts
Showing posts with label PRU Swak SPR. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Pegawai SPR jahil undang-undang, kata Pengerusinya

Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana parti pemerintah Barisan Nasional sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.

"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka pada 12 April lalu sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak.

Wednesday, February 22, 2012

Kesedaran politik anak muda Sarawak rendah ?

KUCHING: Sikap individualistik dan kadar celik politik yang masih rendah menjadi punca mengapa Sarawak mencatat jumlah pengundi belia paling rendah di negara ini iaitu hanya sekitar 33 peratus daripada sejumlah kira-kira sejuta pengundi di negeri ini, setakat ini.

Hasil kajian dan soal selidik terkini Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, mendapati tahap kesedaran mengenai peranan belia dalam konteks demokrasi masih rendah di Sarawak.

Hasil penemuan kajian itu juga mendapati kebanyakan belia tidak ambil kisah kerana menganggap undi mereka tidak akan membantu mengubah keadaan.

“Justeru, pendidikan politik perlu dipertingkatkan di kalangan generasi muda di Sarawak. Mereka perlu sedar amat penting untuk mendaftar sebagai pengundi, tidak harus bersikap individualistik dan harus memainkan peranan berkesan dalam sistem demokrasi di negara ini,” katanya.

Kajian beliau juga mendapati daripada 2.5 juta penduduk Sarawak, kira-kira 400,000 atau 16 peratus daripada penduduk negeri itu adalah belia berusia antara 20 ke 29 tahun, manakala 345,000 atau 14 peratus lagi belia berusia antara 30 hingga 39 tahun.

Jumlah pengundi belia dari kaum Cina setakat tahun lalu adalah sekitar 100,000, Melayu 70,000, Bumiputera lain Sarawak sekitar 140,000 dan lain-lain sekitar 1,000.

Dr Jeniri mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) / Sabah / Sarawak Ke-6 di Hotel Hilton, di sini, semalam.

Ahmad Shabery berkata, Sarawak mencatat jumlah pengundi belia paling sedikit di negara ini, malah jumlah paling rendah pengundi belia dicatatkan di Bahagian Kuching.

Masalah ini berterusan biar pun pelbagai usaha sudah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pelbagai agensi kerajaan dan parti politik untuk menarik minat pendaftaran pengundi belia.

“Agak mengejutkan pengundi belia paling rendah di seluruh negara dicatatkan di Kuching. Walaupun Parlimen Bandar Kuching mempunyai Ahli Parlimen muda, masih ramai belia di sini tidak berminat mendaftar sebagai pengundi,” katanya.BH.2012/02/22

Wednesday, June 8, 2011

Daftar SPR sudah cecah 12 juta pemilih

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewartakan 219,550 pemilih baru bagi suku pertama tahun ini menjadikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada 12,032,467 orang, setakat 31 Mac lalu.

Pemilih baru itu diwartakan bersama 43,129 pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.

Dipetik Bernama Online, Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said orang ramai yang berminat untuk membeli Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2011 boleh membuat tempahan di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh diaju menerusi talian 03-88855600, atau Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Saturday, April 24, 2010

Apa salahnya calon BN Pengundi hantu - SPR

Sekutu dan pencacai Umno-BN, iaitu SPR tidak kisah jika calon MIC, P. Kamalanathan sebagi pengundi hanta dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof yang dihujani TENGAH HARI semalam, panggilan daripada beberapa pemberita akhbar Cina hanya berkata; 'apa salahnya'.

"Syarat menjadi calon ialah dia mesti tinggal di mana-mana negeri (warganegara Malaysia), berusia lebih 21 tahun, siuman dan tidak bankrap. Maka dibolehkan dari segi undang-undang untuk menjadi calon pilihan raya kerusi Parlimen.

Bagi Abd. Aziz, pertanyaan-pertanyaan tadi adalah baik untuk mencari jawapan terhadap kekeliruan yang timbul. Ia juga memperlihatkan keprihatinan dan minat mendalam terhadap proses demokrasi pilihan raya di negara ini.

"Seperti mana yang kita tahu, proses untuk mengesahkan seseorang individu sebagai calon pilihan raya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk berada dalam daftar pemilih.
Anda tidak boleh kata hari ini mendaftar, esok dipanggil satu pilihan raya kecil, anda segera boleh memilih wakil rakyat. Itu salah.

"Pengundi Hulu Selangor bertuah kerana mendapat peluang ini Ahad ini," katanya.

Menurut Abd. Aziz lagi, pengundi Hulu Selangor perlu mengambil peluang untuk menunaikan tanggungjawab kerana ia mungkin hanya datang sekali seumur hidup sebelum mandat kerajaan berakhir 2013.

"Ini kerana sesuatu pilihan raya kecil tidak boleh diadakan lagi jika berlaku kekosongan di luar jangka termasuk kematian wakil rakyat selepas April 2011.

"Ini kerana pilihan raya kecil tidak boleh diadakan sebelum dua tahun tempoh hayat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen," katanya.

Tempoh tiga tahun sebelum tempoh hayat itu mula dikira bermula sidang pertama Parlimen ke-12 yang bermula pada 30 April 2008. Ini bermakna mandat kerajaan dijadual berakhir pada 30 April 2013 meskipun berdasarkan sejarah pilihan raya negara, pembubaran Parlimen tidak pernah genap lima tahun pentadbiran parti pemerintah.

"Sebab itu, saya katakan tadi inilah (pengundian Ahad esok) saat terbaik anda (pengundi).

"Masuk ke tempat mengundi, segalanya rahsia, tidak ada orang yang akan kacau.

"Jangan ikut perasaan, tenang, fikir dengan waras dan pangkahlah calon yang anda suka," kata Abd. Aziz mengingatkan pengundi jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada orang yang tidak dikenali.

Untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, SPR membuka 136 saluran mengundi di 47 pusat mengundi.

Mengikut rekod SPR, sehingga akhir tahun lalu sejumlah 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Dari jumlah itu, 65 peratus adalah bumiputera.

Sunday, January 31, 2010

Jalan Selangau-Mukah, paling teruk di ASEAN?


Lebuhraya Kubang Kerbau - Gambar oleh King Kawi

Pada minggu lalu beberapa orang pegawai tinggi dari Putrajaya yang mempunyai gelaran Datuk telah ‘turun padang’ dengan memandu melalui jalan tidak berturap di salah satu kawasan di utara Sarawak.

Tujuan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat keadaan prasarana di luar bandar Sarawak, sesuai dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membawa lebih banyak pembangunan ke Sarawak dan Sabah.

Pegawai kanan terbabit sepatutnya turut pergi ke jalan Selangau-Mukah untuk merasai sendiri penderitaan yang dialami oleh puluhan ribu rakyat yang menggunakan jalan neraka itu.

Atau wajarkah jalan Selangau-Mukah itu dikategorikan sebagai jalan utama? Mungkin lebih sesuai disifatkan sebagai jalan balak.

Saya mempunyai pengalaman melalui jalan sekitar 50 km itu minggu lalu ketika membawa jenazah ayah saya yang meninggal dunia pada dinihari 14 Januari.

Pengalaman mengharungi jalan raya itu merupakan satu cabaran besar yang kadangkala menakutkan dan membimbangkan, apatah lagi pada waktu malam dan waktu hujan lebat.

Pelbagai kemungkinan menjelma di kepala sepanjang perjalanan selama sekitar tiga jam itu. Tiga jam untuk laluan sekitar 50 km? Ya, kerana anda terpaksa mengharungi jalan yang berlumpur, becak, berlubang-lubang, dan bertakung dengan air.

Tidak hairanlah, sesiapa yang pernah melalui jalan itu menganggapnya sebagai jalan paling teruk di Malaysia. Malah, saya berani mengatakan sebagai jalan utama paling teruk di negara Asean. Ini bukan kenyataan yang melampau.

Hakikatnya, isu mengenai jalan raya ini telah dibangkitkan untuk puluhan tahun. Lupakan sahaja soal 46 tahun apabila Sarawak sama-sama menubuhkan Malaysia.

Kita faham akan masalah yang dihadapi oleh Sarawak pada dekad 60-an dan 70-an, termasuk ancaman komunis dan ekonomi yang belum lagi membangun.

Tetapi bagaimana dengan era 80-an, 90-an dan alaf baru? Betulkah kita tidak ada peruntukan? Apakah kita tidak mempunyai perancangan? Atau terdapat motif tertentu mengapa jalan itu tidak dibina, sedangkan jalan raya di tempat lain diberi keutamaan.
Rakyat tidak mengharapkan lebuh raya enam lorong.

Rakyat hanya perlukan jalan yang selayaknya digunakan oleh mereka sebagai pembayar cukai dan orang yang telah memberi undi kepada calon Barisan Nasional sehingga memungkinkan mereka terus memerintah negeri ini untuk sekitar 40 tahun.

Apakah alasan terbaik untuk kita mempertahankan dasar tidak mahu membina jalan raya utama itu? Benarkah jalan berkenaan bukan jalan kerajaan, tetapi jalan syarikat ladang kelapa sawi? Jika benar, ini sesuatu yang cukup aneh.

Kalau benar, kenapa kerajaan tidak mempunyai perancangan konkrit untuk membina jalan sepenting itu? Mengapakah kita membiarkan rakyat dan pengundi menanggung penderitaan untuk puluhan tahun. Atau kita seronok melihat mereka menderita?

Sampai bilakah kita dapat meminta supaya rakyat dan pengundi bersabar dan bersyukur? Mereka telah bersabar lebih daripada 20 tahun, tetapi keadaan jalan itu tetap tidak berubah.

Memang, kini ada usaha untuk membina dan menaik taraf jalan terbabit, dengan unjuran awal dapat disiapkan pada tahun ini.

Tetapi saya berani mengatakan, berdasarkan pemerhatian pada minggu lalu, itu hanya impian. Pengguna jalan itu perlu terus menghadapi mimpi ngeri melalui jalan yang menjadi laluan utama ke Balingian, Oya, Dalat, dan kawasan di sekitarnya.

Maksudnya, untuk sementara waktu, mungkin selama tiga tahun lagi, rakyat perlu mengharungi jalan yang menyeksakan itu. Jika ada pilihan, rakyat tidak akan mahu menggunakan jalan yang boleh menyebabkan kenderaan mereka rosak teruk.

Kos untuk membaik pulih kenderaan sahaja mungkin beratus-ratus ringgit, kalaupun tidak beribu-ribu ringgit, seperti yang saya alami minggu lalu.

Tetapi mereka tidak mempunyai pilihan kerana penerbangan dari Lapangan Terbang Mukah ke Sibu telah lama dihentikan.

Bayangkan jika anda membawa pesakit dengan ambulans dari Hospital Mukah ke Hospital Sibu.

Ayah saya ketika masih ditahan di Hospital Sibu sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak bertekad untuk tidak lagi mahu dibawa dengan ambulans melalui jalan berkenaan sesudah mengalami pengalaman getir dan menyakitkan.

Malah, keputusan saya untuk tidak membawa mendiang balik sewaktu beliau masih bernafas adalah kerana bimbang keadaan akan bertambah tenat jika melalui jalan berkenaan.

Tetapi akhirnya, saya tidak mempunyai pilihan pada malam 14 Januari lalu apabila van yang membawa jenazah ayah terpaksa melalui laluan berkenaan.

Anda dapat bayangkan sendiri bagaimana keadaan jenazah di dalam keranda melalui jalan sedemikian?

Sementara itu, melalui jalan sedemikian, mereka yang sakit akan bertambah sakit, malah bukan tidak ada yang meninggal dunia di tengah jalan berkenaan. Mereka yang mengandung, ada yang melahirkan anak di tengah jalan.

Jalan yang sedia ada perlu diselenggarakan dengan baik sementara menunggu jalan raya baru siap dibina, setidak-tidaknya bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka yang perlu menggunakannya untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Jangan biarkan mereka terus menderita dan menghamburkan kemarahan dengan sumpah seranah.

Rakyat di Mukah menjadi begitu ‘emosional’ apabila bercakap tentang jalan itu. Lima orang penduduk yang terserempak dengan penulis di Mukah menyalahkan kerajaan kerana membiarkan jalan raya itu dalam keadaan teruk.

“Tidak layakkah kami menggunakan jalan yang lebih baik daripada itu? Adakah kerajaan tidak prihatin terhadap nasib kami di sini?

Sampai bilakah kami dapat bersabar? Kami telah diminta untuk bersabar setiap kali wakil rakyat dan ahli politik berkempen,” tegas seorang daripada mereka yang ternyata begitu sukar mengawal emosinya.

Saya tahu seorang mantan wakil rakyat pernah menulis surat sekurang-kurangnya tiga kali kepada pemimpin politik tertinggi negeri pada pertengahan dekad 90-an dahulu, berserta dengan gambar.

Kereta beliau pernah tersangkut dan rosak di tengah jalan, dan beliau sama-sama dihamburkan kata-kata kesat oleh rakyat kerana kononnya tidak mempedulikan nasib rakyat. Walhal, beliau kerap membangkitkan masalah jalan itu di dalam Dewan Undangan

Negeri, selain mengutus surat kepada pihak yang lebih berkuasa.

Tetapi, hasilnya tetap nol. Jadi, sebelum anda menyalahkan wakil rakyat, anda perlu berfikir banyak kali, kerana wakil rakyat sekadar dapat merayu dan mengutus surat kepada pihak yang lebih berkuasa.

Anda tahu kuasa sebenar terletak di tangan siapa?
Ketika Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berpindah ke Balingian dalam pilihan raya 2001, pengundi dan rakyat meletak harapan dan keyakinan tinggi bahawa masalah terbabit akan segera selesai.

Sesuai dengan kuasa yang ada padanya dan dasar politik pembangunan yang diwara-warakannya, harapan tinggi itu tentu munasabah.

Jika tidak kepada beliau, kepada siapakah lagi rakyat dapat menggantung harap?
Jangan salahkan penduduk Mukah jika mereka kecewa dan marah.

Mereka berhak untuk kecewa dan marah. Mereka telah diberi pelbagai janji setiap kali menjelang pilihan raya. Kini, mereka sudah muak dengan segala janji yang ditaburkan itu.

Wakil rakyat silih berganti, tetapi janji yang ditaburkan tetap tinggal janji.

Kini, salahkah jika mereka menuntut janji itu? Sebahagian daripada mereka yang pernah mendengar janji itu telah tidak ada lagi bersama-sama kita.

Ingat, kerbau diikat pada hidungnya, ahli politik diikat pada janjinya.Tetapi, sesudah pilihan raya 2006, apa perkembangannya? Keadaannya tidak berubah, malah bertambah buruk.

Yang pasti, tunggu pilihan raya yang akan datang, isu jalan raya Selangau-Mukah akan tetap menjadi duri dalam daging bagi pihak Barisan Nasional dan kerajaan.

Kali ini, adakah mereka akan terus mengulangi sekali lagi janji yang telah ditaburkan untuk sekian lama?

Oleh Dr Jeniri Amir

Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak dan anak jati Mukah.

Macam zon perang


MUKAH: Macam zon perang. Keadaan jalan raya ibarat lokasi sasaran pengguguran bom atau peluru meriam.

Itu kata seorang rakan ketika menceritakan pengalaman mengharungi perjalanan penuh cabaran apabila melalui Jalan Selangau-Mukah, baru-baru ini.
Bagi beliau, jalan sepanjang 54.6 kilometer itu, tidak sewajarnya disebut sebagai jalan awam sebaliknya boleh dikategorikan sebagai laluan bagi cabaran pacuan empat roda atau apa juga pertandingan kenderaan lasak yang lain.

Laluannya berlopak, becak dan sempit, sekali gus membahayakan kenderaan kecil.

"Jika bukan pacuan empat roda, usah berangan membawa kereta itu ke kampung untuk ditayangkan pada saudara mara, kerana dikhuatiri apabila sampai ke destinasi, rupa kereta itu dah jadi lain.
"Saya rasa menyesal memandu di jalan itu. Dahlah terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang, kereta pula rosak dibuatnya," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Rungutan seperti itu bukan baru, kerana setiap pemandu yang pernah melalui Jalan Selangau-Mukah, pasti akan menceritakan pengalaman yang sama.

Walaupun merungut, pemandu faham kesukaran yang mereka hadapi itu akibat kerja pembinaan yang akan memberi keselesaan pemanduan pada masa depan.

Mengikut perancangan, projek yang bermula sejak beberapa tahun lalu itu dijangka selesai sepenuhnya pertengahan tahun ini.
Namun, dilihat keadaan jalan serta perkembangan projek itu yang agak lembap, ramai yang meragui kemampuan pemaju melaksanakan projek itu mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pengguna jalan berkenaan, Martin Lam, 48, dari Dalat, berkata dalam tempoh kurang enam bulan dari sekarang, mungkin sukar bagi pemaju menyiapkan projek itu tepat pada masanya.

"Mustahil dapat disiapkan dalam tempoh itu, kerana jika dilihat keadaan jalan itu sekarang, masa lebih lama mungkin diperlukan.

"Tetapi pemaju mungkin tahu apa yang mereka boleh buat dan saya berharap mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan pengguna jalan raya menikmati pemanduan yang lancar dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Beliau yang sering berulang alik dari Mukah ke Sibu, sudah lali dengan keadaan jalan itu, sama ada sebelum atau selepas projek dilaksanakan.

"Jika kemahiran saya melalui jalan seperti ini diiktiraf, mungkin kini saya sudah boleh menjadi pemandu pada cabaran Camel Trophy. Sudah bertahun-tahun saya melalui jalan ini, keadaannya memang teruk sejak dulu," katanya.

Jalan Mukah-Selangau dibina pada 1970 yang ketika itu tidak berturap kerana ia hanya digunakan untuk mengangkut kelapa sawit.

Jalan selebar enam meter dengan bahu jalan sempit itu menjadi laluan utama kenderaan dari laluan utama Sibu-Bintulu untuk ke Mukah serta beberapa daerah dalam bahagian itu antaranya Dalat, Oya, Igan, Matu dan Daro.

Keadaan jalan berkenaan bertambah teruk selepas 2005, apabila ia tidak dapat menampung kenderaan berat yang mengangkut hasil arang batu dan kelapa sawit dari kawasan berhampiran di samping faktor cuaca yang tidak menentu.

Oleh Mohd Roji Abdullah

Menuntut Janji 8 Mac 2008


MINGGU lalu beberapa pegawai kanan dari Putrajaya turun padang dengan merasai sendiri pengalaman mengharungi jalan raya tidak berturap di sebuah daerah di utara Sarawak. Mereka menaiki beberapa kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan sekali-sekala di beberapa tempat, terpaksa berjalan kaki meninjau dengan lebih dekat keadaan jalan raya terbabit.

Jalan raya tidak berturap, malah lebih layak dikategorikan sebagai jalan balak, bukan sesuatu yang asing di negeri ini. Di Miri, seorang wakil rakyat merungut kerana dua gelanggang yang baru siap, tidak menepati spesifikasi dan piawaian yang sepatutnya. Keadaan gelanggang yang dibina oleh kontraktor berkenaan mengecewakan wakil rakyat itu.
Sementara itu, ketika balik ke kampung dua minggu lalu, penduduk kampung penulis merungut kerana anak mereka terpaksa bersekolah di sekolah rendah yang terletak jauh dari kampung. Sekolah Rendah Kampung Tellian yang mengeluarkan ramai pelajar sejak awal 1960-an tidak lagi digunakan sejak 2003.

Penduduk kampung menunggu agar janji yang ditaburkan dalam setiap pilihan raya akan dikotakan. Namun, bayangan untuk melihat berdirinya sekolah berkenaan dalam setahun dua ini belum muncul. Kini, penduduk kampung yang rata-rata miskin dan bergantung pada pokok rumbia untuk hidup, terpaksa membelanjakan banyak wang untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang letaknya sekitar tiga kilometer dari kampung itu.

Sekolah itu terpaksa ditutup kerana dianggap tidak lagi selamat. Persoalannya, bagaimanakah pihak berwajib tidak menyedari keadaan berkenaan dan seterusnya membuat perancangan sewajarnya bagi membina sekolah baru yang lebih baik untuk menampung keperluan kanak-kanak di kampung sebaik saja menyedari bahawa keadaan sekolah itu tidak lagi sesuai digunakan?
Akibat kesilapan itu, penduduk kampung menanggung beban. Mereka bukan saja terpaksa berbelanja lebih besar untuk menyekolahkan anak-anak, tetapi sering risau dengan keselamatan mereka. Bayangkan jumlah wang yang perlu disediakan untuk membayar kos pengangkutan jika ibu bapa terbabit mempunyai tiga orang anak?

Sejak beberapa bulan lalu, berbeza daripada sebelumnya, Sarawak menerima banyak tetamu, termasuk menteri dan pegawai kanan dari Putrajaya. Hampir tidak ada hari atau minggu, Sarawak tidak menerima tetamu berkenaan. Langkah ini baik untuk memastikan Putrajaya benar-benar faham akan keperluan dan aspirasi penduduk. Jangan hanya merancang dari Putrajaya tanpa turun padang.

Keputusan pilihan raya 8 Mac 2008 menyebabkan mereka perlu lebih prihatin terhadap negeri ini, apatah lagi Sarawak dan Sabah dianggap sebagai 'simpanan tetap' bagi Barisan Nasional (BN). Justeru, simpanan tetap perlu dijaga, apatah lagi Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen, dengan hanya satu jatuh ke tangan DAP dalam pilihan raya umum lalu.

Justeru, memang dapat dimengerti mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu prihatin terhadap pembangunan, terutama di luar bandar Sabah dan Sarawak. Sebahagian besar kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua-dua negeri terbabit terletak di luar bandar. Sudah sewajarnya kebajikan mereka di luar bandar diberi perhatian saksama.
Tentu tidak adil untuk mengabaikan nasib mereka yang sejak 40 tahun lalu memberi undi kepada BN. Mereka sudah lama bersabar, dan inilah masa sesuai untuk membalas budi mereka, dan bukannya menyeru supaya mereka bersabar dan bersyukur seperti yang sering diminta oleh ahli politik di negeri ini.

Isu mengenai tiadanya pembangunan di luar bandar sering dieksploitasikan pembangkang menjelang setiap pilihan raya di negeri ini. Mereka menyerang kerajaan dengan wacana tandingan yang meyakinkan. Pembangkang menyoal, ke mana perginya pendapatan besar negeri daripada sumber semula jadi, termasuk balak?

Kawasan balak sudah hampir tiada lagi di negeri ini kerana dikaut oleh mereka yang berkepentingan. Mereka juga berhujah bahawa kerajaan BN gagal membawa pembangunan ke Sarawak meskipun sudah merdeka menerusi Malaysia selama lebih 40 tahun. Ada pengundi yang termakan oleh hujah pembangkang.

Bagi kerajaan pula, mereka sering bersikap defensif dengan menyatakan bahawa pembangkang hanya bijak bercakap, tetapi tidak akan mampu membawa pembangunan. Dalam keadaan pengundi yang lebih pintar sekarang, hujah sedemikian sukar ditelan bulat-bulat.

Penduduk dan pengundi luar bandar tidak meminta sesuatu yang canggih dan hebat. Mereka sekadar memohon agar keperluan dan kemudahan asas dibina, termasuk jalan kampung yang berturap, klinik, bekalan air dan elektrik, sekolah rendah dan seumpamanya. Bagi penduduk kampung, keperluan asas itu amat penting bagi memudahkan mereka bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, termasuk menghantar produk pertanian ke pekan dan bandar berdekatan.

Salahkah mereka jika mereka menuntut janji ahli politik yang ditaburkan setiap kali pilihan raya menjelma? Adakah satu dosa bagi penduduk miskin untuk mengharapkan kepada kerajaan yang dipilih mereka supaya membina kemudahan dan prasarana asas itu? Sebahagian daripada janji kerajaan memang sudah pun ditunaikan, tetapi sebahagian lagi gagal dilaksanakan meskipun Sarawak dikenali sebagai negeri yang kaya sumber semula jadi.

Dalam hubungan ini, tentu sesuatu yang amat melegakan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan lawatan ke Miri minggu lalu berikrar bahawa Kerajaan Pusat akan berusaha untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan kemudahan asas di Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ini satu komitmen luar biasa yang diberi oleh pemimpin negara kerana menyedari bahawa kedua-dua negeri itu tertinggal di belakang dari segi pembangunan. Sekitar 2.4 juta penduduk Sarawak bertaburan di negeri yang mempunyai keluasan geografi sebesar Semenanjung Malaysia. Bayangkan saja, ada sekitar 5,000 rumah panjang yang terletak di luar bandar dan pedalaman, termasuk di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini dan kawasan berbukit-bukau di Baram dan Marudi?

Untuk membina jalan raya berharga beratus-ratus juta ringgit bagi keperluan 1,000 penduduk tentu tidak munasabah dan tidak berdaya maju. Kemudahan asas yang cuba diselesaikan oleh beliau ialah bekalan elektrik, air dan jalan raya.

Pembangunan yang seimbang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak amat penting dilaksanakan sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Keseimbangan pembangunan juga penting antara bandar dan luar bandar di negeri ini. Jangan sampai penduduk di Sabah dan Sarawak berasa iri hati terhadap pembangunan dan kemajuan yang dilihat mereka berlaku di Semenanjung. Juga, jangan sampai pengundi di luar bandar meluat dengan janji kerajaan dan kecewa dengan nasib yang dihadapi mereka sehingga mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan.

Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya segala janji dalam pilihan raya lalu ditunaikan segera. Tempoh tiga tahun memang singkat, tetapi bukan mustahil untuk melaksanakannya. Kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek terbabit, terutama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) nanti perlu komited dan bertanggungjawab dengan memastikan projek itu dilaksanakan tepat pada waktunya dan mengikut piawai dan spesifikasi ditetapkan.

Projek yang tidak dilaksanakan mengikut piawai merugikan kerajaan dan rakyat. Rakyat tidak lagi dapat dibohongi. Rakyat di luar bandar perlu diutamakan dengan memberi kemudahan setimpal dengan keperluan mereka. Jangan memandang rendah atau memperlekeh mereka kerana mereka mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yang mereka suka. Jika kerajaan komited memenuhi keperluan dan kemudahan asas mereka, mereka akan membalas budi kerajaan dengan memangkah calon BN.

Oleh Dr Jeniri Amir

Belum ada bayangan – Taib


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud belum memberi sebarang bayangan mengenai kemungkinan pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak, Dr. Stephen Rundi Utom berkata, setakat ini beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu kerana keputusan mengadakan pilihan raya hanya akan ditentukan oleh Ketua Menteri.

Beliau bagaimanapun menafikan andaian beberapa pihak yang mengatakan pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa terdekat dan menyifatkannya lebih menjurus pada khabar angin semata-mata.

‘‘Saya andaikan ia diadakan lebih lewat berbanding apa yang kita jangkakan tetapi saya tidak boleh beritahu anda apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Baru-baru ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof memberitahu, suruhanjaya itu telah menemui Abdul Taib untuk memaklumkan supaya badan tersebut diberi tempoh notis secukupnya bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006 selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 24 April 2006.

Sarawak mempunyai 71 DUN dengan BN menguasai majoritinya dan sembilan kerusi dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya negeri sebelum ini.

SPR mula persiapan Pilihan Raya Sarawak


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula melaksanakan tugas pada peringkat pentadbiran sebagai persiapan awal menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Sarawak yang dijangka diadakan tahun ini atau 2011.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata mengikut rekod pihaknya, tarikh akhir pilihan raya di negeri berkenaan adalah pada Jun tahun depan.

"Walaupun tempohnya ada lebih setahun sehingga tarikh akhir, SPR sebagai badan pengendali pilihan raya mesti bersedia awal kerana mengikut pengalaman lalu, pilihan raya Sarawak tidak menunggu sehingga tarikh akhir tamat tempoh.

"Berikutan itu, arahan sudah diberi supaya SPR negeri berkenaan membuat persediaan terutama merangka anggaran bajet terutama membabitkan aspek logistik," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, SPR menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memaklumkan supaya badan itu diberi tempoh notis secukupnya untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.

Pengerusi SPR itu berkata, pilihan raya Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.

Abdul Aziz berkata, persiapan awal seperti kemudahan helikopter, bot, sampan dan kenderaan darat perlu kerana penempatan dan kedudukan geografi negeri berkenaan yang berbeza berbanding di Semenanjung.

"Selain itu, perlu dikenal pasti tempat penamaan calon, lokasi mengundi dan tempat yang sesuai untuk diadakan kursus bagi memilih pegawai sementara SPR sepanjang proses menjelang pilihan raya negeri itu," katanya.

Beliau berkata, sebagai badan yang mahu melaksanakan tugas dengan berkesan, SPR tidak mahu 'terperangkap' kerana tidak bersedia dari sekarang.

Malah, katanya, SPR juga meminta kerjasama kerajaan Sarawak supaya memberi notis yang cukup (sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri).

Tuesday, January 26, 2010

Pilihan raya Sarawak kian hampir?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini untuk memaklumkan supaya badan itu diberi tempoh notis secukupnya untuk membuat membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, meskipun mandat memerintah kerajaan negeri hanya berakhir Jun 2011 namun berdasarkan pengalaman SPR, pilihan raya negeri biasanya diadakan lebih awal.

"Pilihan raya negeri Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.

"Sebenarnya selain Ketua Menteri Sarawak, SPR juga menemui Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain membincangkan pelbagai aspek dan isu berkaitan pilihan raya.

"Dan ketika bertemu dengan Tan Sri (Abdul Taib), saya menyatakan supaya dapat memberi kami notis yang cukup (sebelum pembubaran DUN) untuk menyediakan kelengkapan menghadapi pilihan raya," katanya.

Abd. Aziz berkata, beliau juga telah mengarahkan Pengarah Pilihan Raya Sarawak membuat persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya negeri.

Antaranya, kata beliau, SPR negeri diminta menyediakan bajet pilihan raya yang cukup selain menentukan keperluan logistik yang tepat bagi mengelakkan kerumitan yang mungkin timbul.

"Demikian juga dari aspek kos pengangkutan termasuk kadar sewa perahu, helikopter dan jenis pengangkutan laut, sungai dan udara yang lain.

"Kami juga meminta supaya dikenal pasti syarikat-syarikat sewa yang sesuai untuk keperluan ini. Ini semua bagi mengelakkan pegawai SPR 'terperangkap' apabila keputusan pembubaran DUN dibuat dalam tempoh terdekat," katanya.

Oleh ZULKIFLI JALIL

Pilihan raya negeri Sarawak, BN diramal menang besar

Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka menang besar pada pilihan raya negeri yang diramalkan pada April tahun ini.

Penyelaras, Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), BK Ong berkata beberapa faktor akan menyumbang kepada kemenangan besar itu.

Antaranya, barisan pembangkang di Sarawak tidak bersatu, kekurangan jumlah pengundi muda dan kehadiran pembangkang di luar bandar yang hambar.

Menurut beliau, bagi mana-mana parti untuk menguasai Sarawak, mereka perlu memenangi kerusi-kerusi di kawasan luar bandar dengan memenangi hati penduduk berkenaan.

“Dalam aspek ini, BN Sarawak mendahului parti pembangkang seperti DAP dan PKR.

“Buat masa ini, kerusi luar bandar dianggap sebagai kawasan yang cukup selamat buat BN,” kata Ong yang juga mengetuai Rangkaian Pemerhati Pilihan Raya Malaysia (Meon) yang juga ditugaskan memantau pilihan raya Sarawak.

Meon ditubuhkan dengan keanggotaan daripada beberapa kumpulan pemerhati pilihan raya. Mereka termasuk Kesatuan Pengundi Malaysia, Pulau Pinang (MVUP), Institut Kebangsaan Pilihan Raya (NIEI), Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Pilihan Raya Bebas dan Adil untuk Sarawak (Safrel).

Menurut Ong, walaupun PKR dan DAP bersatu melaui Pakatan Rakyat, namun kerjasama mereka tidak semantap BN.

“Pembangkang mungkin dapat merampas beberapa kerusi tetapi mereka tidak mampu menafikan BN daripada kemenangan dua pertiga.”

Menurutnya lagi, tidak seperti BN yang telah sepakat berhubung pembahagian kerusi, pakatan pembangkang masih terkial-kial dan tercari-cari calon yang bersesuaian.

“Pembangkang kini kesuntukan masa untuk mengemas kini senarai calon.

“Sepatutnya senarai calon seharusnya dimuktamadkan bagi membolehkan mereka bermesra dengan pengundi,” katanya.

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.

Pada pilihan raya negeri yang terakhir, BN memenangi 62 kerusi manakala parti-parti pembangkang cuma mampu menawan lapan kerusi.

Pilihan raya diramal April ini

Tarikh tempoh DUN Sarawak akan berakhir pada Mei 2011.

Bagaimanapun Ong dengan yakin meramalkan ia akan diadakan tahun ini, dengan jangkaannya pada April atau selewat-lewatnya September ini.

Keyakinannya itu berdasarkan kerja-kerja persiapan yang giat dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seperti Sabah, Sarawak dilihat sebagai kunci utama bagi menjadikan impian Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihan raya ke-13 menjadi kenyataan.

Meskipun pilihan raya negeri tidak akan menyaksikan perubahaan kuasa, namun ia adalah petunjuk awal sebelum kerajaan persekutuan itu boleh ditumbangkan.

Daripada 222 kerusi parlimen, Sarawak diperuntukkan 31 kerusi dan pada pilihan raya 2008, kecuali satu kerusi, yang lain diduduki oleh BN.

Sabah pula mempunyai 25 kerusi parlimen.

Menurut Ong, meskipun Pakatan Rakyat mungkin memenangi beberapa kerusi tambahan di Semenanjung pada pilihan raya akan datang, namun hasrat mereka menguasai kerajaan persekutuan akan terkubur jika gagal menembusi Sarawak.

Athi Shankar
Jan 26, 10
11:47am

Thursday, January 14, 2010

PERSEMPADANAN SPR MEI 2011

PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf hari ini menafikan dakwaan PAS berhubung draf persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dikemukakan melalui pejabat Perdana Menteri sebelum di bawa ke Parlimen.

"Dakwaan itu tidak berasas sama sekali," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, persempadanan semula bahagian pilihan raya akan hanya bermula pada Mei 2011.

"Persempadanan semula pilihan raya hanya boleh dilakukan lapan tahun sekali mengikut peruntukan Perlembagaan.

"Saya nak tahu juga mana mereka dapat maklumat ini? Kalau betul dakwaan itu, mereka boleh kemukakannya kepada kami," katanya. Semalam PAS mendesak SPR menggubah amalan mengemukakan laporan draf persempadanan semula bahagian pilihan raya melalui Pejabat Perdana Menteri sebelum dibawa ke Parlimen.

Dalam laman web parti itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, walaupun amalan ini sudah menjadi satu kebiasaan sebelum ini, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan.

"Perdana Menteri merupakan seorang ahli parti politik yang berkepentingan dalam urusan pilihan raya dan turut menjadi calon setiap kali ada pilihan raya.

"Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat Perdana Menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ia boleh dipinda sesuka hati oleh perdana menteri mengikut kepentingan partinya," kata beliau.

Oleh itu, Idris menambah kredibiliti SPR dan Perdana Menteri sebagai pegawai eksekutif dalam kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.

"SPR sewajarnya menjadi badan bebas yang tubuhkan melalui akta yang dibentangkan di Parlimen.

"SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap dokumen atau draf hanya perlu dilihat oleh ahli Parlimen termasuk Perdana Menteri ketika dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya dibawa ke mesyuarat Kabinet terlebih dahulu untuk diedit," katanya.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Abdul Aziz berkata keputusan berhubung persempadanan semula bahagian pilihan raya akan hanya diputuskan selepas ahli lembaga SPR mengadakan mesyuarat mengenainya.

"Isu persempadanan semula ini berkaitan dengan struktur pentadbiran dalaman kami, jadi kenapa perlu orang luar campur tangan.

"Kita di peringkat ahli lembaga pengarah pun belum mula bincang mengenai isu ini," ujarnya.

Menurutnya, persempadanan semula dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan SPR.

"Persempadanan semula perlu dikaji dengan teliti dan kita akan laksanakan ikut prosedur dan undang-undang kita.

"Jadi saya nak tahu juga daripada mana dia (PAS) dapat dakwaan seperti itu," tegasnya.

Mengenai dakwaan PAS yang mempertikaikan soal integriti SPR, Aziz berkata: "Kita sememangnya sebuah badan yang bebas, jadi kenapa kita perlu merujuk kepada mana-mana pihak untuk dapatkan kelulusan dalam apa-apa perkara yang kita laksanakan."

Wednesday, January 6, 2010

Landskap politik Sarawak jangan dipandang ringan


Tiba masa BN gugur pemimpin wajah lesu, beban kepada parti

APABILA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas, Gabriel Adit Demong merasmikan cawangan Ngemah di Rumah Unchin Demong di Nanga Bejait, Kanowit Sabtu lalu, Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Sarawak itu meletakkan harapan tinggi untuk bertanding di 36 kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang.

Adit yang bagai kehilangan arah sesudah membuat keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedar akan hakikat bahawa pengaruhnya adalah terbatas kepada kawasan Kanowit.

PCM seperti parti lain yang pernah hadir dalam arena politik Sarawak dijangka tidak memberi kesan, malah nasib Adit di kawasannya sendiri adalah kelabu.

Peluang untuknya mengekalkan kerusi itu dijangka tipis. Adit tidak boleh dipersalahkan jika beliau mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangi kerusi itu sekali lagi. Beliau tidak pernah tewas dalam sebarang pilihan raya di kerusi Ngemah yang menjadi kubu kuatnya sejak 1981 dan sudah menjadi Adun lima penggal.

Apatah lagi, disebabkan rekod itu, beliau diberi gelaran 'Tok Guru' oleh Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan. Namun, hal ini tidak mematahkan azam beliau untuk memperluas sayap parti itu di kawasan luar bandar dengan majoriti Iban, termasuk di Kakus, Sri Aman, Lubok Antu, Batang Air, Betong, Saratok, Engkilili dan Serian.

PCM perlu bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) sama ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) atau Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) di kawasan majoriti Iban.

Dari sudut ini dan berdasarkan sejarah, amat sukar bagi PCM untuk menyebarkan pengaruhnya di kalangan pengundi dan rakyat luar bandar dalam waktu singkat, menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan sebelum suku pertama tahun depan.

Dengan keterbatasan kewangan, kredibiliti kepemimpinan Adit sendiri yang boleh dipertikaikan, kelemahan sokongan akar umbi, selain kekuatan dan kelebihan yang masih memihak kepada BN, kita boleh katakan bahawa PCM akan menerima nasib sama seperti parti baru di Sarawak dalam tempoh lebih empat dekad lalu.

Impian PCM untuk memenangi sebarang kerusi akan menjadi mimpi ngeri. Ini adalah kenyataan pahit yang perlu diterima Adit sebagai pemimpin parti baru seperti PCM. Kecualilah beliau dapat meyakinkan PCM mampu memperjuangkan dan mentransformasi sosioekonomi pengundi luar bandar, terutama menyelesaikan isu berkaitan Tanah Adat Bumiputera (NCR) yang jelas menjadi duri dalam daging bagi BN.

Sebenarnya, tanda bahawa isu pilihan raya akan menjadi hangat sudah pun bermula. DAP memasang angan-angan untuk bertarung di sekurang-kurangnya 20 kerusi. Jumlah itu semacam kompromi dan tanda bahawa DAP yang menang besar dalam pilihan raya negeri 2006, ingin memastikan wujud kesepakatan dari segi pengagihan kerusi dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Parti pimpinan Wong Ho Leng itu mempunyai keyakinan tinggi untuk menambah jumlah tujuh kerusi yang dimenanginya pada 2006 di tengah-tengah kemelut yang melanda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Impian DAP untuk memenuhi hasratnya itu mungkin tidak sukar direalisasikan jika SUPP gagal menyelesaikan segera masalah dalaman yang membelit parti berusia 50 tahun itu untuk sekian lama.

Masyarakat Cina sudah muak dengan kerenah pemimpin parti terbabit yang dianggap bercakaran sesama sendiri kerana kepentingan peribadi yang sempit. Pilihan raya akan datang tidaklah semudah pilihan raya yang lepas-lepas bagi BN. Landskap dan peraturan politik negeri sudah jauh berubah. Semakin ramai golongan muda akan mengundi dan rakyat semakin sedar dan kritikal terhadap pemimpin.

Mereka masih ingat akan janji pemimpin dalam pilihan raya lalu dan bagaimana pengagihan kekayaan negeri dilakukan. Mereka tidak lagi boleh dipandang ringan, terutama generasi pengundi muda yang berpendidikan.

Jika BN tidak menggugurkan wajah yang sudah lesu dan menjadi beban kepada parti, jangan hairan Pakatan Rakyat akan mampu menggoncang kedudukannya. BN perlu segera menyelesaikan pelbagai isu dan masalah rakyat termasuk masalah ciptaannya sendiri, terutama isu NCR. Dengan gendang perang yang sudah dipalu parti pembangkang, BN tidak boleh terlalu yakin dengan kelebihannya selama ini.

Namun, dengan politik keperluan asas yang masih lagi kuat menguasai rakyat, bukanlah tugas yang mudah untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kepemimpinan negeri sekurang-kurangnya untuk tiga pilihan raya lagi.

Oleh Dr Jeniri Amir


Penulis ialah penganalisis politik dan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak

Tuesday, January 5, 2010

Polis Sarawak sedia hadapi pilihan raya negeri

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, ini termasuk menggerakkan segala latihan berkaitan kawalan rusuhan dan ketenteraman awam di kalangan anggota dan pegawainya.

"Malah ia merupakan kesinambungan daripada Pilihan Raya Kecil Batang Air pada tahun lalu.

"Kita tidak mempunyai masalah untuk melakukan persiapan dalam tempoh singkat walaupun dalam tempoh sebulan sebelum pilihan raya negeri diumumkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak antara Asisten Komisioner Albert Lunju Amin kepada Datuk Ahmad Sofian Md. Yassin.

Ahmad Sofian sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman.

Mohmad mengakui secara peribadi tidak mengetahui tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak tetapi memberi jaminan sentiasa bersedia untuk tujuan tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tugas polis ialah sentiasa mempersiapkan diri dengan apa juga bentuk tugas keselamatan pada setiap masa termasuk berdepan dengan pilihan raya negeri ini.

"Jika berdasarkan kekuatan kontinjen Sarawak semata-mata, ia sememangnya tidak mencukupi terutamanya dari segi logistik serta sokongan keanggotaan," katanya.

Katanya, bagaimanapun pihaknya akan mendapatkan bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di samping kontinjen-kontinjen lain.

Monday, January 4, 2010

PILIHANRAYA SARAWAK PADA PANDANGAN KU LI


Money and a lot of it is key to winning Sarawak elections says former Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah in exclusive interview with Malaysiakini.

“Money is a big factor there… if you don’t go in with big money there is no way you can change the attitude of the people,” he said and then clarified he was talking from the practical side, not that he encouraging use of money or money politics. “But that how the game is played,” he said.

Razaleigh said being a big state, getting the messages across to people who are scattered in a vast areas is already a daunting task that need lot of money.

“We hear all kind of stories out of Sarawak. It’s not easy to have access. You go in there before the election, suddenly find all helicopters have been chartered, all the boats have been on requisition by the ruling parties.”

“Where you go from there, you can’t even go up the Rejang river. It’s so big a river. It’s so difficult to communicate and the campaigning period is only seven days”.

“How do you get from point A to point B is not easy,” Razaleigh said.

To compound the problems according to Razaleigh Sarawak is also made up of so many different ethnics that speak different languages.

“We [though] could win the people over, but they are all over, so far to get to them.”

“They speak different lingual… the Melanau, the Iban, Land Dayak.. they are all different people. Even the Chinese clans in Kuching are different from Chinese in Sibu”

“It’s not easy.There are so many parties involved,” he added.

Tuesday, November 24, 2009

PRU SARAWAK : TUAI RUMAH UNDI PAKATAN ?


OLEH MASDARWAHID

Beberapa bulan lalu, Najib Razak ada memberi signal Pilihanraya di Sarawak akan diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13. dalam erti kata lain pilihanraya Sarawak mesti diadakan sebelum tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak berakhir iaitu pertengahan tahun 2011.

Walaupun begitu, bagi rejim BN di negeri itu, mereka mula kepanasan apabila melihat sokongan rakyat di Bumi Kenyalang terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Terbaru, sepanjang minggu pertama bulan ini, beberapa Adun rejim BN mula memberi kenyataan bertali arus berkaitan perkara itu apabila mendesak dan mengugut ketua-katua kaum atau juga disebut Tuai Rumah di Sarawak agar jangan menyokong atau memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dipastikan samada kenyataan Adun-adun rejim BN itu dirancang atau tidak, tetapi yang pasti kenyataan mereka itu menunjukkan kerisauan mereka terhadap sokongan berterusan rakyat pelbagai kaum di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.

Bermula 1 November lalu, ADUN Pakan, William Mawan anak Ikom, mengugut ketua kaum Dayak di negeri itu terutama di kawasan luar Bandar agar jangan berjuang bersama Pakatan Rakyat jika mahu pembangunan di negeri itu diteruskan.

Ini diikuti oleh Adun Simanggang, Francis Harden anak Hollis pada 3 November lalu yang mendesak katua kaum yang disifatkannya sebagai orang tengah agar menerangkan kepada penduduk berkaitan pembangunan kerajaan jika mahu projek dilaksanakan di kawasan mereka.

Skrip yang sama oleh adun-adun itu disambut pula oleh ADUN Engkilili, Johnical Rayong Ngipa semasa berucap di Rumah Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai, di Kampung Selindung Ulu dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman.

Rayong yang risau dengan sokongan berterusan ketua-ketua kaum itudipetik sebagai berkata bahawa sokongan Pakatan Rakyat yang kukuh di semenanjung tidak layak mengembangkan pengaruh mereka di Sarawak atas alasan memecahbelahkan sokongan politik penduduk di negeri itu terhadap BN.

Anehnya, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, iaitu Kanselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai pada majlis yang sama menggesa agar kerajaan Sarawak menaikkan bayaran elaun Tuai Rumah atau Ketua Kampung bagi mengelakkan mereka dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar.

Rejim BN pula menyambut dingin permintaan itu apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB, iaitu salah satu sekutu rejim BN di negeri itu, Alfred Jabu anak Numpang menempelak kembali persatuan itu dengan menyamakan perkara itu dengan tuntutan Cuepacs terhadap Najib.

Jabu berkata, NajibRazak pada 4 November lalu ada menegur (Ceupacs) kerana menuntut bonus pada masa kerajaan sedang bergelut untuk keluar dari kemelesatan ekonomi sekarang.

Sementara itu, Timbalan Residen Sri Aman (Bahagian Pembangunan Sosial), Felicia Tan dalam sebuah akhbar on-line berkata, sejumlah 1,516 penduduk dari daerah Lubok Antu dan daerah Sri Aman dikategorikan sebagai golongan Penduduk Miskin Tegar.

Habis…

Saturday, September 19, 2009

PILIHANRAYA SARAWAK KIAN HAMPIR - SPR GESA PENGUNDI YANG LAYAK DAFTAR SEGERA SEBAGAI PEMILIH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri menggesa rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas dan menetap di mana-mana 71 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 31 kawasan Parlimen di Sarawak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.

Berikutan pendaftaran sebagai pemilih diadakan sepanjang tahun, mereka boleh mendaftarkan diri mereka di ibu pejabat SPR, pejabat-pejabat SPR negeri, Pejabat Pos Berkomputer, unit bergerak SPR, jabatan dan agensi yang dilantik SPR dan wakil parti-parti politik, menurut kenyataan SPR di sini , Khamis.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 082-254867 atau laman web www.spr.gov.my atau e-mel spr@spr.gov.my.

-- BERNAMA

Friday, September 18, 2009

MENJELANG PRU SARAWAK BN EKSPLOITASI BTN

Biro Tatanegara (BTN) disaran mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak agar BN dapat meraih sokongan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan berkata pilihan raya negeri semakin dekat dan BTN sebagai agensi kerajaan memainkan peranan penting dalam meneruskan dasar kerajaan dan mempertahankan kerajaan sedia ada di negeri ini.

“BTN sebagai agensi kerajaan perlu mengukuh dan mempertahankan kerajaan bukan menumbangkannya,” katanya dalam majlis berbuka puasa anjuran BTN Cawangan Sarawak di sini, pada malam Isnin lepas.

Kata Ahmad, BTN harus mempertahankan kerajaan yang ada melalui kursus-kursus, ceramah, penerangan dan seminar serta memperjelaskan lagi Konsep 1Malaysia.

Selain itu kata beliau, BTN perlu meneruskan dasar kerajaan terutamanya dasar kerajaan yang baru iaitu Konsep 1Malaysia yang bertemakan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. borneopost

Balu daif perlukan bantuan sarai keluarga

gambar 3

Misteri rumah dua tingkat yang tingkapnya ditutup dengan papan buruk terbongkar petang tadi apabila rumah itu sebenarnya tempat tinggal seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 2006.

Daif...dapur rumah Sahidah

Daif...dapur rumah Sahidah

“Kami diam di sini atas belas simpati selepas beberapa kali dihalau kerana tidak mampu membayar sewa rumah. Sehingga hari ini kami tidak kenal siapa pemilik rumah ini, namun kami bahagia kerana sekurang-kurangnya ada tempat berteduh,” kata Sahidah Kasim, 33, ketika ditemui di kawasan perumahan di Piasau Jaya petang tadi.

Selain Sahidah, rumah itu dihuni oleh empat orang anaknya masing-masing berusia 16, 15, 11 dan 8 tahun dan neneknya yang berusia 90 tahun sejak sembilan bulan lalu.

Penulis kemudian menjenguk ke dalam, namun malangnya tiga orang anaknya dan nenek sedang tidur ditingkat atas. Tiada ruang tamu, tiada sofa, hanya dapur kecil yang daif dan serba kekurangan.

“Pintu dapur ini tak dapat dibuka, begitu juga jendela ini sudah rosak dan tak pernah diperbaiki. Malah bekalan elektrik dan air pun tiada. Kami terpaksa memasang wayar ke rumah jiran berhampiran untuk menerangi kegelapan,” kata Sahidah dengan nada sebak.

Menurut ibu tunggal ini, setiap hari dia berjual kuih-muih di hadapan sekolah demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan nenek

“Suami saya meninggal pada 2006 selepas mengalami barah usus. Sejak itu kami hilang tempat bergantung,” katanya sambil menambah dia pernah cuba mendapatkan bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat namun tiada maklumbalas.

Mujurlah Biro Kebajikan dan Anak Yatim Masjid Darul Ehsan Piasau begitu prihatin dengan nasib malang yang menimpanya.

Berkat pertolongan mereka dan Rukun Tetangga Piasau, Sahidah dan anak-beranak ditempatkan di rumah tersebut yang tidak lagi digunakan pemiliknya.

Mengenai sambutan Hari Raya tahun ini, Sahidah berkata mereka sekeluarga menyambut ala kadar sahaja.

“Tiada kemeriahan, namun kalau ada tetamu yang sudi berkunjung, kami tetap terima dengan hati terbuka. Seperti tahun-tahun sudah, kami menyambut terlalu sederhana kerana wang yang ada hanya cukup untuk menampung persekolahan anak-anak dan makan minum,” katanya sambil memeluk anak bongsunya.

Sementara itu, penderitaan ibu tunggal ini mendapat perhatian daripada Bank Muamalat Miri yang menderma wang raya sebanyak RM500 serta makanan seperti beras, telur, mee dan minuman.

Sumbangan disampaikan Pemangku Pengurus Bank Muamalat cawangan Miri, Abdul Razak Abdul Karim. Hadir sama Pengerusi Biro Kebajikan dan Anak Yatim Masjid Darul Ehsan, Talhah Mansor. sarawakupdate

Kemiskinan bandar kian membimbangkan

KUCHING: Ketika negara memperhebatkan usaha membasmi masalah kemiskinan di kawasan pedalaman, kadar kemiskinan di bandar dilihat semakin membimbangkan.

Masalah ini lebih ketara di bandar-bandar besar di negeri ini seperti bandar raya Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu berikutan peningkatan inflasi dan penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar.

Pendapatan yang tidak seberapa kerana majoriti penduduk luar bandar yang berhijrah ke bandar akan terlibat dalam pekerjaan buruh kerana latar belakang pendidikan kurang memuaskan menyebabkan pilihan mereka mendapat pekerjaan begitu terhad.

Keadaan lebih serius apabila mereka berhijrah membawa keluarga dengan keadaan anak-anak masih kecil atau di bangku sekolah.

Tanpa pendapatan tetap mereka perlu menyewa, tidak kurang juga yang mendirikan rumah mereka di kawasan setinggan menyebabkan hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Jika aspek-aspek ini diambil kira maka penduduk yang tinggal di kawasan setinggan mahupun penempatan sementara di dalam atau pinggir bandar raya Kuching dengan keadaan rumah dilihat tidak sesuai didiami, mereka boleh dianggap miskin.

Rentetan kesempitan hidup itu menyebabkan ada di kalangan anak-anak mereka terbiar, berkeliaran di sekitar bandar menagih simpati orang ramai untuk sedikit wang dan makanan.

Beberapa minggu lepas Utusan Borneo dalam ruangan ini (Laporan Khas) memaparkan kisah tiga adik beradik yang sering berkeliaran di sekitar pusat membeli-belah di BDC Stampin, Kuching. Mereka berusia antara enam hingga sembilan tahun dan mengaku tidak berkesekolah.

Lebih mengejutkan yang tua memberitahu perbuatan mereka meminta wang dan makanan daripada orang ramai sememangnya diketahui ibu bapa mereka.

Menurut yang lebih tua (mungkin sulung) antara mereka bertiga, mereka tinggal di kawasan setinggan di Stutong dan berbangsa Iban.

Kisah tiga beradik itu jelas menunjukkan kemiskinan bandar membawa kepada wujudnya pengemis muda yang akan memburukkan lagi masalah pengemis yang sedia wujud di negeri ini.

Walaupun masalah pengemis di negeri kita belum mencapai peringkat membimbangkan seperti di ibu kota Kuala Lumpur, jika dibiarkan ia akan menjadi masalah serius dalam masyarakat.

Kewujudan kemiskinan dalam bandar di Sarawak diakui Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah dan menurutnya kemiskinan bandar semakin menular di bandar-bandar utama di negeri ini.

“Masalah ini timbul disebabkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar bagi mengejar peluang pekerjaan… mungkin agak sukar untuk mereka yang sudah berkeluarga dengan pendapatan RM1,000 ke bawah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, masalah kemiskinan masih lebih ketara di kawasan luar bandar berbanding di bandar lebih-lebih lagi jika pendapatan seisi keluarga diambil kira.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 sesebuah keluarga itu dikategorikan miskin jika pendapatan sebulan mereka di bawah RM720 di Semenanjung Malaysia, RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak.

Manakala keluarga yang berpendapatan RM430 di Semenanjung Malaysia, RM540 untuk Sabah dan RM520 bagi Sarawak diklasifikasi sebagai miskin tegar.

Hakikatnya kemiskinan sukar didefinisikan kerana ia mempunyai banyak makna.

Seseorang itu juga dianggap miskin jika tidak dapat ke sekolah atau mendapat perkhidmatan kesihatan sempurna selain tiadanya perkhidmatan bekalan air bersih dan sanitasi sempurna.

Di Malaysia kemiskinan diukur berdasarkan pendapatan seisi rumah yang dikira mengikut PLI dan sesebuah keluarga itu dianggap miskin jika pendapatannya di bawah PLI.

Tidak dapat dinafikan sejak program pembasmian kemiskinan diperkenalkan di negara ini, kadar kemiskinan lebih-lebih lagi kemiskinan tegar berjaya dikurangkan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2009, Ogos tahun lepas berkata kadar kemiskinan tegar isi rumah di negara ini menunjukkan penurunan 43 peratus dalam tempoh tiga tahun iaitu 67,300 (2004) kepada 38,400 (2007). Malah Abdullah begitu yakin sifar kemiskinan tegar boleh dicapai menjelang 2010.

Berdasarkan statistik angka makro dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dari tahun 1976 hingga 2004, jumlah keluarga di Sarawak yang berpendapatan di bawah PLI menunjukkan penurunan yang boleh dibanggakan iaitu 60 peratus kepada lapan peratus.

Sebahagian besar daripada lapan peratus itu adalah penduduk peribumi yang menetap di pedalaman dan pesisir pantai. Manakala Bidayuh dan Iban dikatakan penyumbang terbanyak kepada jumlah kemiskinan tegar di negeri ini.

Namun persoalannya di sini, bagaimana pula dengan kadar kemiskinan di bandar, mampukah ia dibasmi ketika kos sara hidup semakin meningkat ditambah masalah ekonomi yang bagaikan ada musimnya sukar diramal.

Dalam mengurangkan masalah kemiskinan bandar di negara ini, Fatimah berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar.

“Program menghapuskan kemiskinan bandar lazimnya merangkumi enam aspek utama iaitu pendidikan, ekonomi, kesihatan, perumahan, pengangkutan dan insfrastruktur,” katanya.

Menyedari kemiskinan adalah punca kepada wujudnya pelbagai masalah social, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak bagi membasmi kemiskinan bandar dan luar bandar.

Bagi kemiskinan bandar misalnya, KPKT telah mengagihkan berjuta-juta ringgit kepada penduduk miskin bandar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Selain itu, kerajaan negeri menerusi Perbandanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperkenalkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebagai sebahagian daripada projek penempatan semula dan projek individu bagi mengurangkan masalah setinggan di negeri ini.

Baru-baru ini, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg memberitahu kerajaan akan membina lebih banyak RMR bagi golongan berpendapatan rendah dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan bandar.

Menurut beliau beberapa kawasan telah dikenal pasti antaranya daerah Lundu, Lingga, Kabong (bahagian Sri Aman), Bekenu (Miri), Sungai Midin (Petra Jaya) dan Sungai Tiram, Salak (Kuching) dengan sebuah rumah dianggarkan berharga RM57,000.

Sementara itu, bagi Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Dr Hirman Ritom Abdullah pula, kemiskinan sukar didefinisikan kerana ia mempunyai banyak makna.

“Seseorang itu juga dianggap miskin jika tidak dapat ke sekolah atau mendapat perkhidmatan kesihatan sempurna selain tiadanya perkhidmatan bekalan air bersih dan sanitasi sempurna,” katanya.

Namun Dr Hirman mengakui sejak program pembasmian kemiskinan diperkenalkan di negara ini, kadar kemiskinan lebih-lebih lagi kemiskinan tegar berjaya dikurangkan.

Walaupun begitu Suhakam dalam Laporan mengenai Pendekatan Hak Asasi Manusia untuk Mengurangkan Kemiskinan (HRAPR) 2007 yang dikemukakan kepada kerajaan mencadangkan dalam sesuatu usaha berhubung kemiskinan dan akses kepada pembangunan, perkara paling penting adalah mengetepikan unsur-unsur diskriminasi.

“Memang Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam usaha membasmi kemiskinan tetapi ia tidak memberi gambaran menyeluruh.

“Pengurangan kadar kemiskinan dari segi statistiknya sungguh signifikan.

“Jika disbanding dengan kadar kemiskinan secara menyeluruh dan dibahagikan kepada dua penggal 1970-2004 dan 2004 hingga 2007, memang ada pengurangan.

“Daripada 5.7 peratus (2004) kepada 3.6 peratus (2007),” katanya.

Bagi jumlah kelompok yang dilabel sebagai miskin tegar pula katanya, ia menurun daripada 1.2 peratus (2004) kepda 0.7 peratus (2007).

Bagaimanapun realiti angka mikro tidak begitu baik apabila keadaan sukar serta pengalaman kumpulan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan bandar diambil kira, masih terdapat ramai rakyat Sarawak dikategorikan miskin.

Apapun bantuan diberikan kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan kepada rakyatnya sama ada di bandar mahupun luar bandar diharap golongan ini mempunyai semangat jati diri untuk mencari serta merebut apa jua peluang pekerjaan dan perniagaan disediakan.

Apabila golongan ini mempunyai pendapatan yang lebih baik dan stabil nescaya mereka dapat memberi fokus terhadap usaha meningkatkan taraf hidup keluarga serta sentiasa dapat berdikari.