JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label Surcaj BAS. Show all posts
Showing posts with label Surcaj BAS. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Cubaan naikan tambang bas ditolak

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah menolak permohonan Syarikat Pengendali Bas Bandaraya untuk menaikkan tambang perkhidmatan bas di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengerusi LPKP Cawangan Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata LPKP Sabah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kebajikan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini terutama di bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau berkata kerajaan sedia maklum akan peningkatan kos yang perlu ditanggung oleh pengguna pada masa ini.

"Oleh itu, permohonan mereka telah ditolak sebulat suara oleh LPKP Sabah," katanya pada sidang media di Bangunan Kuwasa Kota Kinabalu 9 April lalu.

Sunday, December 4, 2011

Tambang bas sekolah naik tahun depan

KUCHING: Tambang bas sekolah akan dinaikkan mulai sesi persekolahan pada tahun depan, demikian menurut Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Bumiputera Kuching-Samarahan Sawoi Anee.

Tanpa menyatakan jumlah kenaikan, keputusan itu diambil bagi menyerap pe-ningkatan harga tayar dan alat ganti kenderaan.

Jumlah kenaikan sebenar sudah dibincangkan pada mesyuarat Persatuan Bas Sekolah Malaysia di Bintulu pada 3 November lalu.

“Saya tidak dapat beritahu berapa ia akan naik, tetapi yang pasti akan berlaku kenaikan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan, kenaikan itu turut mengambil kira kenaikan harga pelbagai barang makanan pada masa sekarang.

Situasi demikian menyebabkan persatuan berkenaan tidak mempunyai pilihan kecuali menaikkan tambang.

Thursday, June 11, 2009

Serap surcaj 30% Ditolak

Dua persatuan pengguna menolak cadangan kerajaan mengekalkan kadar surcaj 30 peratus kepada penumpang bas ekspres untuk dijadikan sebahagian daripada kadar tambang.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Sha'ani Abdullah mendakwa, ia sebagai satu taktik lama yang telah digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan tambang bas.

Beliau berkata, penyerapan surcaj ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia bakal membebankan penumpang.

''Kenaikkan tambang bas sebenarnya telah berlaku tetapi ramai yang tidak menyedarinya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kadar surcaj 30 peratus yang dikenakan kepada penumpang oleh syarikat-syarikat bas ekspres sejak Hari Raya Aidilfitri lalu sedang dipertimbangkan untuk dikekalkan sebagai sebahagian daripada tambang bas.

Mohamed Nazri berkata, ketika ini kerajaan masih membenarkan surcaj itu selepas mendapat permohonan syarikat bas terbabit.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan mengekalkan surcaj itu sebagai sebahagian kadar tambang hanya menambahkan lagi masalah rakyat ketika kegawatan ekonomi sekarang.

Katanya, kelulusan kerajaan untuk kenaikan tambang bas baru sebenarnya belum pasti menjanjikan perkhidmatan bas yang berkualiti kepada penumpang.

''Ini kerana melalui pengamatan CASSA selama 15 tahun ini, kemalangan melibatkan bas masih berlaku.

''Sepatutnya, pengusaha bas perlu mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang agar setimpal dengan caj tambang yang dikenakan," ujarnya.

Selain itu, katanya, masih terdapat bas yang tidak menepati jadual perjalanan sehingga menyukarkan penumpang.

Jacob berharap kerajaan melakukan kajian komprehensif terlebih dahulu sebelum melakukan penyerapan dan menyemak semula cadangan tersebut.

Utusan